Anda di halaman 1dari 39

ARAHAN TETAP OPERASI PENGUATKUASAAN (PUNCA TETAP)-SIRI V

PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN

PROSES
PENDAKWAAN
MAHKAMAH
TANGKAPAN

HAK-HAK OKT/OKS

PROSES MAHKAMAH
TANGKAPAN
Tangkap Dengan Waran dan Tangkap Tanpa Waran
• Tangkap dengan waran - "non seizable offence".
• hukuman yang kurang daripada tiga tahun penjara.
• Tangkap tanpa waran - "kesalahan seizable" ( seizable offence )
• hukumannya adalah penjara tiga tahun atau lebih.
• Merujuk Jadual Pertama Kolum Ke3 KAJ.
TANGKAP TANPA WARAN
• Boleh tahan tak lebih 24 jam (Sek. 28 KAJ)
• Siasatan dalam tempoh 24 jam
• Kena tuduh di mahkamah dlm tempoh 24 jam.
• 24 jam termasuk masa perjalanan.
• Jika siasatan tak siap dlm 24 jam (Sek 117 KAJ)
• Pohon untuk tahanan reman di hadapan majistret
• Jika hukuman kesalahan – penjara kurang 14 tahun
• Reman pd permohonan pertama tk lbh 4 hari
• Permohonan ke 2 tk lbh 3 hari
• Jika kesalahan hukuman mati / penjara 14 tahun / lebih
• Reman permohonan pertama tk lbh 7 hari
• Permohonan ke 2 tk lbh 7 hari
HAK OKT APABILA DITANGKAP (SEK. 28A-KAJ)
SEMASA DITANGKAP
• tahu sebab apa kena tangkap;
• tidak beri apa2 kenyataan melainkan memberi nama, no. kad
pengenalan dan alamat;
• dilepaskan tanpa lengah kecuali dpat perintah reman dlm tempoh 24
jam
• diwakili peguam semasa dapat perintah reman di hadapan Majistret;
• beritahu Majistret cara dilayani, keadaan bilik tahanan , keadaan
kesihatan dan perkara-perkara berkaitan yang lain;
• dilayani dengan adil;
• dapat senarai benda yang dirampas semasa penggeledahan, sekiranya
penggeledahan dibuat semasa tangkapan.
HAK OKT APABILA DITANGKAP (SEK. 28A-KAJ)
SEMASA PENYIASATAN
• boleh enggan menjawab apa-apa soalan
• perlu dibaca balik pernyataan beramaran
• boleh enggan untuk memberi pernyataan beramaran kepada pegawai
penyiasat.
• boleh guna bahasa yg disukai semasa beri pernyataan
• Jika IO dorong/ugut/janji supaya mengaku bersalah, boleh report
polis @ bgtau majistret
• Tk boleh paksa tunjuk brng kes tanpa rela
• Boleh bgtau majistret/hakim jika layanan tk adil semasa disiasat
HAK OKT APABILA DITANGKAP (SEK. 28A-KAJ)
HAK DAPAT JAMINAN
• Terdapat dua jenis kesalahan –
• (a) kesalahan yang boleh dikenakanhukuman mati atau pemenjaraan
seumur hidup;
• (b) kesalahan yang lain daripada itu:

• kesalahan (a), orang yang dipertuduh tidak boleh dilepaskan dengan


jaminan. W/bagaimanapun, mahkamah mempunyai budi bicara
untuk membebaskan dengan jaminan, iaitu kanak-kanak, wanita atau
orang yang sakit atau lumpuh anggota.

• kesalahan (b), mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk


membebaskan orang kena tuduh atas jaminan atau tidak.
HAK OKT APABILA DITANGKAP (SEK. 28A-KAJ)
DOKUMEN
• salinan laporan maklumat pertama daripada pihak polis;
• salinan pernyataan beramaran
• salinan kertas pertuduhan sekiranya anda telah dipertuduh di
mahkamah.
PERTIMBANGAN MAHKAMAH MEMOHON JAMINAN
• hal keadaan dan berat kesalahan berkenaan;
• keterangan yang ada yang menyokong pertuduhan;
• sama ada wujud atau tidak wujud alasan munasabah untuk mempercayai
orang yang dituduh itu bersalah;
• berat hukuman yang boleh dikenakan andainya disabitkan kesalahan;
• kepastian orang yang dituduh tidak akan menghilangkan diri atau
menghalang perjalanan tugas pendakwaan;
• bahaya kesalahan yang sama mungkin diteruskan atau diulangi oleh orang
yang dituduh;
• kemungkinan orang yang dituduh, jika dibebaskan akan membuat kacau
atau mengganggu pihak pendakwa;
• kemungkinan orang yang dituduh akan membuat keterangan palsu bagi
menyokong pembelaannya;
• peluang orang yang dituduh untuk menyediakan pembelaan dirinya;
• tempoh tahanan yang berpanjangan.
PRINSIP UNDANG-UNDANG

Antaranya; –
• undang-undang menganggap OKT tidak bersalah sehingga dibuktikan
sebaliknya di mahkamah;
• beban untuk membuktikan bahawa OKT telah lakukan kesalahan
adalah terletak pada pihak pendakwa;
• pertuduhan yang dihadapkan terhadap OKT hendaklah dibuat
dengan tepat dan jelas bagi membolehkan OKT mengetahui dengan
pasti apakah kesalahan yang dipertuduh itu dan boleh membuat
persediaan untuk menjawab dan membela diri dengan cara yang
terbaik;
• OKT berhak untuk dibela oleh seorang peguam pilihan anda.
PROSES MAHKAMAH
MEMBUAT LAPORAN & SIASATAN
Berlakunya suatau jenayah dan satu laporan polis dibuat
Pengadu akan membuat laporan polis
Bermulanya proses siasatan
IO dilantik untuk menyiasat suatu jenayah yang berlaku

Bermulanya penyiasatan (Pengumpulan bukti);


• Rakaman percapan pengadu / saksi2 lain anggota untuk memberi
kenyataan terperinci tentang kejadian jenayah tersebut.
• Pengumpulan bukti fizikal
• IO membuat lawatan lokasi kejadian secepat yg mungkin
• Keterangan saksi luar
• Laporan pakar dll
PROSES MAHKAMAH
PERTUDUHAN
• Siasatan selesai/lengkap , bukti2 dinyatakan dalam IP
• Cadangan suspek di tuduh atau tidak
• IP rujuk TPR
• Bukti cukup boleh dakwa
• Siasatan lanjut jika bukti tk mencukupi
• Rujuk balik TPR – jika bukti cukup dakwa di mahkamah
• Bukti tak cukup – NFA (Tiada tindakan lanjut)
• Jika ada bukti baru boleh buka semula IP – rujuk blk TPR
DAFTAR MAHKAMAH

Kod pendaftaran bagi kes-kes Kesalahan Spesifik di bawah bidang kuasa


mahkamah sesyen hendaklah didaftar di bawah Kod 62ES/63ES dan 83
ES/87ES bagi mahkamah majistret.
Manakala Kod pendaftaran bagi kes-kes Kesalahan Am di bawah bidang
kuasa mahkamah sesyen adalah Kod 62EG/63EG dan 83EG/87EG bagi
mahkamah majistret.
Kod pendaftaran bagi kesalahan di bawah bidang kuasa majistret akan
kekal digunakan walaupun didengar oleh hakim mahkamah sesyen di atas
kapasiti sebagai majistret.
s.64. Collecting birds’ nests without licence
SPECIFIC ENVIRONMENTAL OFFENCES (ES) s.65. Importing, etc., protected wildlife without licence
s.66. Operating zoo, etc., without permit
s.9 - Requirement for licence s.67. Carrying out research or study without permit
s.10 - Requirement for permit s.68. Hunting, etc., totally protected wildlife without special permit
s.11 - Requirement for special permit s.69. Hunting, etc., immature totally protected wildlife without special
s.21 - Assignment of licence, etc. permit
s.22 - Return of licence, etc., upon expiry s.70. Hunting, etc., female of totally protected wildlife without special
s.29 - Prohibition of possessing, etc., snares permit
s.40 - Sale of protected wildlife by licensed hunter s.71. Importing, etc., totally protected wildlife without special permit
s.41 - Sale of birds’ nest by birds’ nest collector s.72. Using, etc., totally protected wildlife without special permit
s.42 - Purchase of protected wildlife by licensed dealer or licensed s.73. Carrying out research or study without special permit
taxidermist s.74. Damaging, etc., nest or egg of protected wildlife
s.43 - Period during which wildlife may be sold by licensed dealer s.75. Damaging, etc., nest or egg of totally protected wildlife
s.46 - Keeping wildlife at other premises s.76. Hunting, etc., wildlife in wildlife reserve or wildlife sanctuary
s.49 - Prohibition of certain acts in wildlife reserves and wildlife s.77. Hunting wildlife during prohibited hours
sanctuaries s.78. Hunting protected wildlife during close season
s.51 - Aborigine may hunt certain wildlife s.79. Hunting wildlife with poison, etc.
s.53 - Owner or occupier of land may use birdlime to destroy grain- s.80. Hunting wildlife with arms or traps other than prescribed
eating birds s.81. Hunting, etc., wildlife within four hundred metres of salt lick
s.54 - Capturing or killing of wildlife for protection of crops s.82. Hunting wildlife from conveyance
s.55 - Wildlife which is an immediate danger to human life may be killed s.85. Disturbing salt lick or its vicinity
s.60 - Hunting, etc., protected wildlife without licence s.86. Cruelty to wildlife
s.61. Hunting, etc., immature protected wildlife without licence s.87. Things containing derivative of totally protected wildlife
s.62. Hunting, etc., female of protected wildlife without licence s.88. Provocation of wildlife
s.63. Carrying out business of dealing, etc., without licence s.117. Controlled species
s.119. Prohibition on hybridization activity
s.120. Purchase of protected wildlife, etc., by persons other than
licensed dealer, etc.  
PERTUDUHAN
Setelah TPR buat keputusan untuk menuduh suspek
•pertuduhan dirangka oleh IO/PO/TPR
•Pertuduhan mengandungi:
- Masa /tempat kesalahan
- Orang dan benda yang berkenaan dengan kesalahan yg dilakukan
- Bahasa undang2 dan seksyen undang2 dengan tepat
- Seksyen hukuman

Di mahkamah, kemuka kertas pertuduhan yang menyatakan butir-butir penting mengenai


jenayah yang didakwa.
Kertas pertuduhan akan dibacakan kepada suspek yang kini dikenali sebagai tertuduh, dan
beliau akan disoal sama ada beliau faham pertuduhan, dan samada beliau ingin mengaku
bersalah ataupun tidak mengaku bersalah kepada jenayah yang dipertuduhkan. Mana-mana
pilihan tertuduh akan direkodkan sebagai pilihan pengakuannya.
Apabila tertuduh mengaku bersalah
• Bukti atau keterangan mengenai jenayah perlu dibentangkan atau dihujahkan di dalam
mahkamah selepas pengakuan dibuat pd hari yg sama dan hukuman pd hari yg sama.
• Mahkamah boleh bg satu tarikh lain yg ditetapkan untuk merekod pengakuan bersalah
tertuduh dan bagi menjatuhkan hukuman,
• Hukuman juga boleh ditetapkan pd tarikh yg lain jika tertuduh /peguam buat semakan
mitigasi.
• Apabila hukuman tersebut dijatuhkan, maka berakhirlah perbicaraan di mahkamah tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan “HUKUMAN”?


• Keputusan Hakim tentang jenis hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh selepas menilai
beratnya kesalahan jenayah yang telah dibuktikan. Untuk menetapkan hukuman yang sesuai,
• rujuk kepada peruntukan undang2 jenayah yang terpakai bagi kesalahan yang dilakukan.
• budi bicara untuk menetapkan kadar hukuman berdasarkan keseriusan perbuatan jenayah
yang berlaku.
• Hukuman tidak boleh lebih yang dinyatakan oleh undang-undang berkenaan.
Apabila tertuduh mengaku tidak bersalah

• kes akan diteruskan ke perbicaraan penuh di mahkamah.


• Semua bukti perlu dikemukakan di mahkamah untuk dinilai, supaya Hakim dapat
membuat keputusan pada penghujung kes samada tertuduh didapati bersalah atau tidak
atas jenayah yang dituduh.
• Sementara kes dibicarakan, tertuduh biasanya akan bebas di bawah jamin.
• Sekiranya dapat ditunjukkan bahawa tertuduh jika dibebaskan mungkin mengganggu
saksi-saksi atau mengganggu proses mahkamah, mahkamah boleh memerintahkan
tertuduh ditahan di penjara sementara perbicaraan masih berjalan.
Apakah yang dimaksudkan dengan “JAMIN”?
• syarat yang ditetapkan oleh mahkamah - sejumlah wang dalam bentuk sijil deposit tetap
diberikan kepada mahkamah bg memastikan tertuduh tetap hadir di mahkamah sepanjang
perbicaraan.
• Orang yang membayar jumlah deposit tersebut kepada mahkamah dan berjanji untuk
memastikan tertuduh hadir digelar sebagai penjamin.
• Penjamin adalah dari kalangan ahli keluarga atau rakan tertuduh.
• Jika tertuduh tidak dapat menyediakan wang jaminan dia boleh ditahan di bawah reman di
penjara.
• Jika jaminan telah dibayar tetapi tertuduh tidak hadir di mahkamah dan tiada sebab
munasabah ditunjukkan oleh penjamin untuk menjelaskan kenapa tertuduh tidak hadir,
waran tangkap boleh dikeluarkan untuk menahan tertuduh. Kadangkala syarat lain boleh
ditambah kepada jaminan yang diberi untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah
dan proses mahkamah tidak terganggu. Contoh syarat-syarat jaminan adalah seperti serahan
pasport tertuduh kepada mahkamah, larangan mengganggu saksi terutamanya mangsa
jenayah, dan arahan melaporkan diri di balai polis terdekat pada masa-masa tertentu.
PERBICARAAN PENUH
Mahkamah boleh menetapkan tarikh sebutan utk;
• perlantikan peguam
• Serahan dokumen
• Permohonan reprensati pihak peguam
Persediaan sebelum perbicaraan penuh;
• Perbincangan /taklimat saksi2 .
Tujuan;
• Memperbetul/kemaskini apa2 kekeliruan
• Segarkan ingatan
• Bantu saksi confident ketika dlm kandang
• Penyediaan / semakan dokumen2 tambahan utk serahan pihak peguam.
• Penyediaan Penyataan Saksi semua saksi yang terlibat
• Serahan dokumen tambahan dan penyata saksi kpd pihak peguam 14 hari
sebelum tarikh bicara
• Sapina saksi-saksi yang terlibat
PERBICARAAN PENUH

Apakah “Sapina”?
Perintah mahkamah (Mah. 143 / Mah. 111) yang memaklumkan saksi tentang
tarikh dan masa saksi tersebut perlu hadir di mahkamah. Jika saksi yd disapina
tidak hadir, TPR atau peguam bela boleh mohon waran tangkap terhadap saksi
tersebut.

Persediaan pada hari perbicaraan penuh;


• Anggota ddan kenderaan mencukupi
• IO pastikan semua saksi yg disapina hadir
• Pastikan eksibit ok dan berlabel
• Berada dimahkamah awal pagi sebelum pkl 9.00 pg
• Sentiasa berada dlm bilik saksi.
PERBICARAAN PENUH
Peringkat 1:
Pemeriksaan Utama TPR menyoal saksi
Pihak TPR memanggil saksi untuk memberi keterangan dengan bertanya kepada
saksi soalan-soalan terbuka yang dapat membantu saksi menjelaskan bagaimana
jenayah itu dilakukan oleh tertuduh, sepertimana yang ditulis/tertera di dalam
pertuduhan.
Peringkat 2:
Peguambela menyoal balas saksi
Pemeriksaan Balas
Peguam bela soal balas saksi dengan beberapa soalan khusus untuk
mendapatkan jawapan yang antaranya menunjukkan bahawa saksi tidak bercakap
benar, mungkin tersilap memberi keterangan atau mempunyai tujuan lain untuk
menipu tentang kesalahan yang dituduh.
Tujuan soalan2 ini - untuk menimbulkan keraguan sama ada tertuduh benar-
benar telah melakukan jenayah tersebut.
PERBICARAAN PENUH

Peringkat 3:
TPR menyoal semula saksi
Pemeriksaan Semula
TPR menyoal semula saksi , tanya soalan yang berkait dengan perkara ditimbulkan
oleh peguam bela.
Pada peringkat ini soalan yang ditanya oleh TPR memberi peluang kepada saksi
untuk menerangkan semula mana-mana jawapan yang tidak jelas, mengelirukan
atau yang berkemungkinan bercanggah, yang diberikan oleh saksi semasa
pemeriksaan balas.
PERBICARAAN PENUH
Hujahan (Di Akhir kes Pendakwaan)

• Semua saksi selesai disoal oleh TPR (semua saksi selesai melalui
ketiga-tiga peringkat),
• kesemua bahan bukti sokongan telah dikemukakan,
• peringkat pendakwaan bagi kes berakhir dan TPR menutup kes
pendakwaan.

Kedua-dua pihak TPR dan peguam bela kemudiannya akan berhujah di


hadapan mahkamah untuk memutuskan sama ada kes telah mencapai
tahap prima facie ataupun tidak, di peringkat ini.
Kedua-dua pihak boleh dengan kebenaran Hakim untuk berhujah dalam
bentuk hujahan bertulis.
“Kes prima facie “
bermaksud terdapat bukti yang kukuh untuk menunjukkan tertuduh
telah melakukan jenayah tersebut.
PERBICARAAN PENUH
Keputusan: (Di Akhir peringkat Pendakwaan)
Jika bukti yang adalah cukup kukuh bahawa jenayah tersebut telah berlaku, iaitu satu kes prima
facie telah dibuktikan, perbicaraan akan diteruskan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat
pembelaan.

Sekiranya Hakim memutuskan bahawa bukti yang dibentangkan tidak cukup kukuh untuk
menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan jenayah tersebut, mahkamah akan
melepaskan dan membebaskan tertuduh.

“Pembebasan bermaksud “
tertuduh didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

Rayuan boleh dibuat oleh TPR terhadap keputusan pembebasan tersebut di peringkat ini.
Kadangkala, Hakim mungkin memutuskan untuk “melepaskan tanpa membebaskan” (DNAA
/discharge not amounting to an acquittal) kerana beberapa sebab seperti; ketiadaan saksi, bukti, atau
sebab-sebab perundangan yang lain. Ini bermakna tertuduh dilepaskan tetapi boleh didakwa
semula pada masa hadapan jika terdapat perkembangan baru, contohnya, bukti atau saksi
yang hilang sebelum ini telah ditemui.
PERBICARAAN PENUH

Peringkat Pembelaan
• Peguam bela panggil saksi beri keterangan dan kemuka dokumen, atau objek
untuk membuktikan bahawa tertuduh tidak melakukan jenayah tersebut atau
menimbulkan keraguan bahawa jenayah itu dilakukan oleh tertuduh.
• Jika tertuduh tidak lantik peguam bela, tertuduh perlu mengendalikan sendiri
perbicaraan di peringkat ini.
• Tertuduh - saksi pertama memberikan keterangan di peringkat pembelaan,
diikuti oleh saksi-saksi lain untuk menyokong keterangan pembelaan, jika ada.

Cara menyoal saksi sama seperti di peringkat pendakwaan, di mana terdapat tiga
peringkat .
• Perubahan hanyalah pada turutan pihak yang menyoal saksi;
• Pemeriksaan utama akan dikendalikan oleh peguam bela, pemeriksaan balas
oleh TPR
• Pemeriksaan semula oleh peguam bela.
PERBICARAAN PENUH

Hujahan (Di Akhir kes Pembelaan)


• Penghujung diakhir peringkat pembelaan.
• TPR dan peguam bela akan berhujah berdasarkan semua bukti yang telah
dikemukakan.
• Hakim akan membuat keputusan sama ada tertuduh telah didapati bersalah
ataupun sebaliknya.
• Hakim boleh meminta agar hujahan dibuat secara bertulis.
• Hakim kemudiannya mungkin akan menetapkan satu tarikh yang lain untuk
memberi keputusan kes.
PERBICARAAN PENUH

Keputusan (Di Akhir Kes Pembelaan)

Tertuduh Didapati Bersalah


Jika Hakim mendapati bukti adalah cukup kuat untuk menghukum tertuduh (tahap bukti
ini dinamakan sebagai melampaui keraguan munasabah), tertuduhakan didapati
bersalah.

Sebelum hukuman dijatuhkan,


Mitigasi Peguam bela – ringankan hukuman .
TPR - berhujah kenapa hukuman sepatutnya diberatkan.
Setelah mempertimbangkan kesemua perkara di atas dan faktor kepentingan awam,
Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.
PERBICARAAN PENUH
Tertuduh Didapati Tidak Bersalah
Jika bukti pihak pendakwaan tidak kuat untuk mendapati tertuduh bersalah
atas jenayah yang dituduh, ataupun keraguan yang mencukupi telah berjaya
ditimbulkan oleh pihak pembelaan, tertuduh akan dilepaskan daripada
pertuduhan jenayah dan dibebaskan.

Rayuan
Setelah Tertuduh didapati bersalah dan hukuman telah dijatuhkan.

Jika tak berpuas hati (TPR/Pembelaan).

Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau hukuman tersebut
(TPR/Pembelaan), boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi terhadap
keputusan dan/atau hukuman tersebut.
(Tempoh rayuan 14 hari dari tarikh keputusan)
PERBICARAAN PENUH
Pihak yang merayu keputusan / hukuman asal diubah - perayu.
Pihak yang meminta keputusan / hukuman asal dikekalkan - responden.
• Dokumen2 difailkan untuk membuat rayuan, dan satu tarikh ditetapkan untuk
mendengar rayuan.
• Mahkamah mendengar hujahan pihak yang merayu (samada TPR @ Peguam bela),
serta responden, dan pertimbangkan semua bukti yang dikemukakan semasa
perbicaraan penuh sebelum itu,
• Mahkamah buat keputusan sama ada hukuman dikekalkan, diubah atau dibicarakan
semula.
• Keputusan rayuan boleh dirayu ke peringkat rayuan yang lebih tinggi, Mah. Rayuan
atau Mah. Persekutuan
Eg: Perbicaraan dan keputusan di Mah. Sesyen – rayuan dibuat di Mah. Tinggi
PERBICARAAN PENUH
HADIR SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH
• Polis mahkamah akan panggil nama saksi untuk masuk ke dalam mahkamah
dan duduk di kandang saksi.
• Jurubahasa mahkamah akan meminta kad pengenalan asal saksi
• Saksi mengangkat sumpah dalam bahasa yang selesa baginya.
• Angkat sumpah - perjanjian secara lisan untuk beritahu perkara yang benar dan
ia berbunyi :
“Saya ...(nama)....dengan sesungguhnya dan suci
hati bersumpah dan berikrar bahawa keterangan
yang akan saya berikan dalam kes, adalah benar,
tiada apa-apa yang tidak benar melainkan benar
belaka”

Selepas itu ;
• Jurubahasa / PO meminta saksi menyatakan butir-butir berikut:
• nama penuh / alamat / umur / pekerjaan / tempat tinggal
• Jika saksi tidak selesa beritahu alamat rumah, permintaan boleh dibuat kepada
TPR sebelum perbicaraan bermula.
• Saksi hendaklah menjawab soalan secara jelas serta perlahan-lahan.
• Menghadap ke arah Hakim supaya saksi boleh didengari dan direkodkan.
• Bersuara kuat supaya dapat alat perakam di mahkamah dapat rakam butiran
keterangan dengan jelas ( jika Mahkamah ada kemudahan rakaman).
• Bila keterangan selesai diberikan, saksi akan dibebaskan daripada sumpahnya
oleh mahkamah.
• Saksi boleh dipanggil semula jika ada keterangan perlu diteliti semula @
terdapat seseorang @ pihak baru yg perlu dikenalpasti/camkan.
• Proses ini dikenali sebagai memanggil semula saksi.
PANDUAN-PANDUAN YANG BERGUNA (SAKSI) KETIKA MEMBERI KETERANGAN DI
MAHKAMAH:

• Dengar dengan teliti dan fikir sebelum menjawab


• Jika gementar, tarik nafas panjang dan dalam2, supaya dapat relax.
• Jawab soalan dengan perlahan-lahan, jelas dan teratur.
• Jangan beri jawapan yang bercanggah dengan jawapan yang diberi sebelumnya, khususnya
apabila disoal peguam di peringkat pemeriksaan balas.
• Minta soalan diulangi atau dijelaskan jika perlu.
• Jangan ketawa atau menjawab secara acuh tak acuh.
• Guna istilah atau kata-kata rasmi dan mengikut tertib, bagi pemahaman
• yang jelas (elakkan bahasa pasar).
• Guna panggilan hormat kpd Hakim;
“Yang Arif” bagi Mahkamah Tinggi,
“Tuan/Puan Hakim” bagi Mahkamah Sesyen
“Tuan/Puan Majistret” bagi Mahkamah Majistret.

Jika kurang sihat / tertekan – pohon pada Hakim pergi ke tandas saksi boleh meminta Hakim
memberi masa rehat yang singkat untuk tujuan tersebut.
ETIKA MAHKAMAH
Ketertiban dalam mahkamah
• Pakaian
• Tatacara masuk dalam mahkamah
• Tatacara keluar bilik mahkamah
• Persediaan pegawai pendakwa sebelum ke mahkamah
• Saksi memberi keterangan

Ketertiban dalam mahkamah meliputi juga:


• Penampilan diri
• Perwatakan
• Tutur kata
• Pakaian
ETIKA PEGAWAI PENDAKWA

Pegawai pendakwa lelaki hendaklah berkemeja putih lengan panjang, bertali


leher warna gelap, seluar panjang warna gelap, kasut hitam dan memakai blazer
(baju kot) berwarna hitam.

Pegawai pendakwa perempuan hendaklah berpakaian bersesuaian dan tidak


menjolok mata, tetapi mesti berwarna putih dan hitam.

Tiada halangan bagi orang lelaki muslim bersongkok atau wanita muslim
bertudung.

ETIKA SAKSI

Seorang saksi hendaklah berpakaian kemas dan bersih serta membawa dokumen
yang berkaitan dengan kes.
Dia hendaklah bercakap dengan munasabah dan jangan menjerit sewaktu
memberi keterangan.
Semasa memberi keterangan hendaklah duduk dalam kandang saksi.
ETIKA PEMERHATI (ORANG AWAM)
• Orang awam boleh menghadiri mahkamah yang terbuka.
• Pakaian hendaklah kemas dan jangan bercakap, merokok semasa menghadiri
mahkamah.
• Patuh pada arahan polis mahkamah yang betugas atau penterjemah mahkamah.
• Jika gagal mengikuti arahan mahkamah atau biadap, tuan boleh dipenjara
kerana engkar arahan mahkamah ('contempt of court'). .. Menghina mahkamah

Matikan /senyapkan
H/phone
ETIKA KETIKA MASUK MAHKAMAH
• Apabila majistret / hakim masuk - semua yang berada di mahkamah berdiri dan
tunduk apabila majistret / hakim menunduk ke arah galeri
• Apabila mahkamah sedang bersidang - masuk dan tunduk ke arah majistret /
hakim
• Apabila hendak duduk - tunduk sekali lagi sebelum duduk

ETIKA KETIKA KELUAR MAHKAMAH

Apabila mahkamah sedang bersidang


Bangun dan tunduk ke arah majistret/ hakim. Tunduk sekali lagi
sebelum buka pintu dan keluar dari bilik mahkamah.

Apabila mahkamah selesai bersidang


Majistret/hakim akan bangun maka semua yang berada di mahkamah akan
bangun dan tunduk ke arah majistret/ hakim
PERSEDIAN IO DAN ANGGOTA SEBELUM HADIR KE MAHKAMAH.
• Eksibit fizikal
1.Tanya PO perlu/tidak bawa eksibit
2.Tagging
3.Dalam keadaan baik / kemas
• bilangan anggota / kenderaan terlibat
• Maklum okt kena hadir mahkamah
• Bawa gari ikut keperluan
• Tanya pg atau tak
• Ada peguam ke tak / nasihat ambil peguam YBGK (jika tk mampu) – kalu boleh maklum awal (penting masa
mitigasi jika nak pg.
• Pesan bawa sekali saudara mara /sahabat handai
• Backup kendraan stanby jika kena hantar ke penjara

PERSEDIAAN IO / ANGGOTA KETIKA SEBUTAN DI MAHKAMAH


• Hadir ke mahkamah awal 30 minit sebelum mahkamah bersidang 9.00 pg
• Sarapan awal / elak sarapan ketika mahkamah hendak bersidang / sedang bersidang
• 1 @ 2 anggota + IO hendaklah sentiasa berada dalam mahkmah ketika prosiding berlansung (untuk kes
sebutan).
• Anggota segera yg mungkin bawa Tertuduh masuk ke lokap mahkamah apabila hukuman telah dijatuhkkan
sehingga segala urusan denda/ke penjara selesai.
SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai