Anda di halaman 1dari 4

Nama:azlin maulad mahmod

(i18103035)

Group 2

Akhirnya Tamat. Pembunuh Tersenyum Menunggu Hukuman Gantung

Syafiqah Jalal

BY SYAFIQAH JALAL

30 MAC 2017. 12:36 PM

23

Akhirnya Tamat. Pembunuh Tersenyum Menunggu Hukuman Gantung

Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap
bekas peguam dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya
dan tiga pembantunya tujuh tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh masih mampu tersenyum sebelum dibawa anggota Jabatan Penjara keluar dari
Mahkamah Persekutuan selepas hukuman dibacakan.

Kes pembunuhan jutawan kosmetik itu antara kes berprofil tinggi yang misteri dan mengambil tempoh
panjang untuk diselesaikan.

Kredit: Utusan Malaysia

Berita kehilangan jutawan kosmetik itu mula tersebar di laman sosial Twitter beberapa hari sebelum
menyambut Hari Kemerdekaan dan pertengahan bulan Ramadhan 2010.

Pada 12 Sep 2010, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang
mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh.

Selepas beberapa kali prosiding mahkamah, pada 16 Mac, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam
untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas ketiga-tiga lelaki itu kerana membunuh Sosilawati, 47,
pegawai bank Noohisham Mohamed, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu
Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44 dikekalkan.

Kami mengimbau kembali kronologi kes pembunuhan yang menyayat hati, Datuk Sosilawati Lawiya,
Noohisham Mohamed, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Kamaruddin Shamsuddin. Moga roh mereka
ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.

30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin dilaporkan hilang selepas
ke Banting atas urusan jual beli tanah.
6 Sept 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang digunakan Sosilawati pada
hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak keretaflat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya
manakala kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan
kawasan perumahan teres dua tingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

9 Sept 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.

11 Sept 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorang peguam, turut ditahan
bagi membantu siasatan.

12 Sept 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri MohdBakri Zinin mengesahkan
keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di sebuah ladang,
manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai berhampiran.

13 Okt 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayandihadapkan ke


Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuhSosilawati, Noorhisham, Ahmad
Kamil dan Kamaruddin.

15 Okt 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap U.
Suresh dan K. Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskanbahan bukti dalam pembunuhan itu.

21 Feb 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun penjara kepada 20 tahun ke
atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan itu.

4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

3 Nov 2011: Pakar perunding forensik Dr. Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital
Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan mengesahkan bahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang
ditemui di sebuah sungai dan ladang di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-
empat individu berkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia.

Dr. Nurliza juga berkata semua tulang itu menunjukkan kesan pembakaran atau pendedahan pada suhu
haba amat tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 800 darjah selcius ke atas.

10 Nov 2011: Dr. Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik HKL memberi
keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi yang ditemui di Sungai Panchau dan Ladang
Gadong, adalah gigi manusia.

31 Jan 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon memberi keterangan
mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan darah pada kayu kriket.

Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamil diperoleh daripada kesan darah
pada kepingan zink yang dijumpai di ladang kelapa sawit Sungai Arak, Banting.
30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matandan Kathavarayan
membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham,Ahmad Kamil dan Kamaruddin
selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacie.

23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat
tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan
Kamaruddin

16 Mac 2017: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam
dan dua pekerja ladangnya.Teks oleh: Amri HassanSumber: Bernama, Sinar Harian, Astro Awani, Utusan
Malaysia

Ulasan mengenai pembunuhan datin sosilawati dan 3 pekerjaanya

Dalam kes ini dimulakan dengan Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang
yang mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh.

Dalam kes ini usaha (pembuktian ) di mulai dengan melakukan laporan kehilangan keempat mangsa
dan telah ditemui Kereta di depan kawasan perumahan teres dua tingkat berhampiran Hotel. Mengikut
Dalam prosiding, dimulai , Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorang peguam,
turut ditahan bagi membantu siasatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengesahkan
berkenaan dibunuh dengan kejam bagi Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1997 (Akta 561) Bab 2: Keterangan Lisan diperlukan untuk pembelaan diri sementara Akta
Keterangan keempat-empat individu 1950 (Akta 56) Bab 4.

Pengesahan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah keempat-empat individu berkenaan dibunuh
sebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai berhampiran
membuktikan Permulaan dan Qarinah berkait dengan Akta 561 dan Akta 56 digunakan.

Pesalah (Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan )dihadapkan ke Mahkamah


Majistret atas tuduhan membunuh keempat mangsa. Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman
penjara tujuh tahun terhadap U. Suresh dan K. Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskan
bahan bukti dalam pembunuhan itu. Dalam kes ini Bab 6: Penyingkiran Keterangan Lisan oleh
Keterangan Dokumen dengan mengikut akta 56 Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh
tahun penjara kepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalam
pembunuhan itu. Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Firman Allah SWT
yang bermaksud:

“Dan tidaklah kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan
orang-orang lelaki, yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan
musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui

Dalam pembuktian menurut undang-undnag islam berdasarkan Al-Ra’yu al-Khabir (Pendapat Pakar)
Pakar perunding forensik seorang doktor tentang perjumpaan memberi keterangan mengesahkan
spesimen yang ditemui manakala seorang lagi doktor mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi Yang
ditemui.

Manakala Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia memberi keterangan mengesahkan profil DNA
(mangsa) Noorhisham diperoleh daripada kesan darah pada kayu kriket. mengesahkan profil DNA
Kamaruddin dan Ahmad Kamil diperoleh daripada kesan darah pada kepingan zink mengikut Akta
Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta 561 Pendapat Pakar
(Seksyen 33 .hingga 39) manakala Akta Keterangan 1950 (Akta 56) juga dibolehkan digunakkan pendpat
pakar dalam undang-undang islam keterangan keadaan boleh juga digunakan dalam kenyataan pakar ini
merupakan petanda zahir yang boleh dijadikan daripada sesuatu yang terlindung .

Pendakwa (bahagian forensik) mengambil tempatnya, bercakap dan mengemukakan kes pendakwaan
terhadap tertuduh. mereka mempunyai bukti yang diperlukan untuk membuktikan setiap kesalahan
yang didakwa dengannya,dan meyakinkan hakim bahawa adanya pembuktian ini.

Selepas dikenal pasti melalui forensik barulah boleh Hakim memerintahkan tertuduh membela diri atas
pertuduhan membunuh tetapi tidak diterima selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacie
dan akhirnya Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh
selepas mendapati mereka bersalah diatas pembunuhan ini.

Anda mungkin juga menyukai