Anda di halaman 1dari 25

SBSU 4153

PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF

TAJUK:

PENGANTARAAN DAN TIMBANG TARA: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

NAMA PENSYARAH:
ENCIK HAMMAD BIN MOHAMAD DAHALAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


WAN NUR’AIN SYAHIDA BINTI WAN ARIFFIN 18BI01113
KUIZZATUL MAISARAH BINTI KASNI 19BI01005
AYU SOFIA ARINA BINTI ALSEEKRI 19BI01031

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG

KUMPULAN 8A

SESI II 2022/2023
DAFTAR ISI
BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1.0 Pendahuluan 1-3

2.0 Kaedah-Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif 4-6


2.1 Kaedah Primer
2.1.1 Perundingan
2.1.2 Pengantaraan
2.1.3 Timbang Tara

3.0 Pengantaraan 7-11


3.1 Konsep Pengantaraan
3.2 Prinsip Pengantaraan
3.3 Proses Pengantaraan
3.4 Praktis dan Prosedur Pengantaraan di Malaysia
3.5 Kelebihan dan Kelemahan Pengantaraan

4.0 Timbang Tara 12-19


4.1 Konsep Timbang Tara
4.2 Prinsip Timbang Tara
4.3 Proses Timbang Tara
4.4 Praktis dan Prosedur Timbang Tara di Malaysia
4.5 Kelebihan dan Kelemahan Timbang Tara

5.0 Analisis Perbandingan Pengantaraan dan Timbang Tara 20

6.0 Kesimpulan 21
1.0 PENDAHULUAN

Kehidupan seharian manusia yang memerlukan manusia berinteraksi antara satu sama
lain dalam sesebuah komuniti sosial menyebabkan mereka tidak boleh lari dari terlibat dalam
sebarang pertikaian. Pertikaian boleh wujud dalam banyak keadaan. Sebagai contoh, pertikaian
ketika menjual beli, transaksi komersil, kekeluargaan bahkan yang berkaitan dengan urusan
seharian. Meski pun telah wujud mahkamah sebagai platform berautoriti untuk menyelesaikan
pertikaian-pertikaian, terdapat banyak masalah yang membimbangkan masyarakat seperti kos
litigasi yang mahal dan masa yang lama bagi sesuatu kes diselesaikan sekiranya pertikaian
dibawa ke mahkamah.

Melihat kepada konteks Islam, Islam sebagai agama yang syumul telah menganjurkan
satu kaedah yang berdasarkan prinsip ‘al-Sulh’ iaitu perdamaian apabila ingin menyelesaikan
suatu pertikaian. Dalam hubungan ini, terdapat ayat-ayat di dalam al-Quran yang menyentuh
tentangnya. Buktinya:

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan


dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau membuat ma’ruf, atau
mengadakan perdamaian di antara manusia, dan barangsiapa yang berbuat demikian
kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang
besar.
(Surah an-Nisa’: 114)
Kaedah Sulh ini merupakan penyelesaian pertikaian alternatif dalam Islam di mana ianya
adalah satu kaedah penyelesaian pertikaian pihak-pihak tanpa melibatkan proses litigasi di
mahkamah. Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia telah menjalankan kaedah ini di mana
Selangor sendiri telah memperkenalkan Kaedah Sulh pada tahun 2001. Tambahannya, pada
tahun 1999 Pusat Mediasi telah ditubuhkan oleh Majlis Peguam. Salleh Buang (2002)
menjelaskan mediasi pula didefiniskan sebagai proses di mana suatu pihak (pihak yang ketiga
atau mediator) membantu dua pihak yang bertikai antara satu sama lain dan berunding untuk
mencapai penyelesaian secara damai.1

Melihat kepada konteks umum, selain penggunaan mahkamah sebagai penyelesai


pertikaian, terdapat juga penyelesaian pertikaian alternatif atau Alternative Dispute Resolution

1
Mohamad Hafifi Hassim, Nor ‘Adha Ab Hamid, Norazla Ab Wahab, Nurhafiza Raja Abdul Aziz, Roslinda Ramli &
Siti Noor Ahmad (2019). Penyelesaian Pertikaian Alternatif dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-kes
Kekeluargaan dan Kehartaan di Mahkamah Syariah. e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI. Vol. 6 No.2. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Hlm. 3.

1
(ADR) yang merupakan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih mudah dan cepat.2
Penyelesaian pertikaian alternatif ialah satu proses atau prosedur yang secara sukarela diterima
pakai untuk menyelesaikan kontroversi atau menyelesaikan perselisihan faham sebelum
mengambil tindakan undang-undang. Ia juga satu kaedah di mana konflik dan pertikaian
undang-undang diselesaikan secara persendirian. Penyelesaian pertikaian alternatif ini
merupakan satu kaedah yang akan melengkapkan atau menggantikan litigasi sebagai mod
penyelesaian utama pertikaian dan penyelesaian pertikaian alternatif adalah cara yang terbaik.3
Terdapat juga kaedah-kaedah yang lain selain kaedah perbicaraan di mahkamah yang boleh
dirujuk sebagai alternatif bagi mencapai penyelesaian. Kaedah ini dipanggil kaedah
penyelesaian pertikaian alternatif.

Isu terkini yang dibincangkan melibatkan Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR)


dalam hubungan antarabangsa adalah konflik antara Malaysia dan Sepanyol perihal pelantikan
Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk


Seri Azalina Othman Said berkata, mahkamah menolak rayuan perlembagaan luar
biasa yang difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai 'waris'
kumpulan Sulu (penuntut) terhadap pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang
tara dalam kes itu.
Datuk Seri Azalina Othman Said.4
Ungkapan tersebut merupakan kutipan daripada pernyataan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said
berkenaan pelantikan Stampa oleh Mahkamah Tinggi Keadilan Madrid (HCJM) sebagai
penimbang tara dalam pertikaian Sulu tanpa perbincangan daripada pihak Malaysia. Pelantikan
tersebut telah ditarik balik oleh HCJM pada 29 Jun 2021 menujukkan bahawa mereka secara
sukarela meninggalkan prosiding yang menjadi asas untuk rayuan perlembagaan mereka.
Secara tidak langsung, Stampa tidak lagi berkuasa untuk bertindak sebagai penimbang tara.
Namun, pada 29 Jun 2021 juga, Stampa telah membuat keputusan untuk memberikan ‘final

2
Nurul Husnah Omar & Ruzian Markom (2017). Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Kes-Kes Kewangan
Islam. Current Legal Issues. 1. pp. 1-11. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahan diakses pada 9 Februari 2023,
dari http://journalarticle.ukm.my/13351/
3
Mumtaj Hassan et al. (2020). Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Dalam Perhubungan Perusahaan di Malaysia:
Satu Tinjauan. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC). Volume 5 Issue 19 (June
2020) PP. 85-94. Hlm. 87.
4
Anon. (2023, 2 Februari). Mahkamah Sepanyol sahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara dalam
pertikaian Sulu. Astro Awani Online. Bahan diakses pada 9 Februari 2023, dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-sepanyol-sahkan-pembatalan-stampa-sebagai
penimbang-tara-dalam-pertikaian-sulu-404746

2
award’ yang bersalahan di sisi undang-undang dan kononnya memberikan pihak yang
menuntut US$14.92 bilion sebagai pampasan untuk wilayah Sabah. Penangguhan ‘final award’
tersebut telah diarahkan mahkamah Perancis sementara menunggu keputusan kehakiman
tindakan Malaysia untuk mengetepikannya atas dasar bahawa kedaulatan Malaysia ke atas
wilayah Sabah bermungkinan terancam.

3
2.0 KAEDAH-KAEDAH PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF

Pada umumnya, kaedah-kaedah penyelesaian pertikaian alternatif terbahagi kepada tiga iaitu
kaedah primer, kaedah sekunder dan kaedah hybrid. Terdapat pula beberapa kaedah khusus
dibawah kaedah-kaedah ini. Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji akan membincangkan
mengenai kaedah primer sahaja.

2.1 Kaedah Primer

Kaedah primer terbahagi kepada tiga iaitu rundingan, pengantaraan dan timbangtara dimana
menjadikan kajian ini lebih tertumpu kepada kaedah primer disebabkan skop kajian ini yang
melibatkan pengantaraan dan timbang tara sahaja. Ketiga-tiga kaedah ini iaitu rundingan,
pengantaraan dan timbang tara digunakan secara meluas pada peringkat domestik dan juga
antarabangsa. Perkara yang terdapat dalam proses ADR kebiasaannya mempunyai ciri-ciri
berikut:

i. membenarkan pihak-pihak mengekalkan hubungan perniagaan yang sedang berjalan;

ii. membolehkan pihak-pihak menilai potensi kerugian secara keseluruhan tanpa


menanggung biaya guaman yang besar untuk litigasi;

iii. memastikan penyelesaian yang lebih cepat;

iv. memperoleh hasil yang saling menguntungkan kedua-dua pihak;

v. menjimatkan wang;

vi. mengelakkan keperluan untuk menjelaskan kepada hakim butiran profesion atau
perdagangan mereka;

vii. memastikan kerahsiaan dan kekurangan unsur publisiti;

viii. memberikan fleksibiliti yang sangat tinggi.

2.1.1 Perundingan

Ini adalah kaedah yang paling penting dan digunakan sebagai titik permulaan dalam hampir
setiap proses ADR. Ia adalah permulaan kepada proses perbincangan yang panjang antara
pihak untuk mengenal pasti persetujuan dan perselisihan di kalangan mereka, untuk melihat

4
sejauh mana masing-masing boleh mengemukakan hujah-hujah, untuk melihat kepentingan
bersama dan membawa kepada proses memberi-dan-menerima. Rundingan adalah unik dalam
erti kata bahawa proses itu tidak melibatkan mana-mana pihak luar iaitu pihak itu sendiri yang
dapat mengawal proses dan hasilnya. Walaupun kejayaan dalam rundingan dikatakan pada
asasnya bergantung kepada kepakaran peribadi dan praktikal daripada perunding, namun
terdapat garis panduan dan teori tertentu dalam proses rundingan. Tiada formaliti yang boleh
dikaitkan dengan proses rundingan. Setiap pihak boleh berunding sama ada secara bersemuka,
atau melalui telefon, melalui pos, atau e-mel, atau gabungan semua kaedah ini. Kadangkala
eksekutif sesebuah organisasi, (umumnya dikenali sebagai 'wise men') melakukan rundingan,
dengan objektif yang lebih luas pandangan.

2.1.2 Pengantaraan

Apabila pihak ketiga yang neutral dijemput oleh pihak-pihak yang bertikai untuk menyertai
rundingan, tanpa memberikan kepadanya apa-apa kuasa untuk mengenakan penyelesaian ke
atas mereka, proses itu dikenali sebagai pengantaraan. Individu yang neutral ini boleh dipanggil
‘facilitating intermediary’ atau pengantara fasilitasi, yang menjaga neutraliti pada tahap
tertinggi, membantu pihak-pihak untuk mencari kepentingan, matlamat dan kelebihan yang
sama di antara mereka. Pengantara bertemu dengan pihak-pihak secara berasingan dan
bersama-sama untuk membantu mereka dalam mencapai satu perjanjian. Dia hanya boleh
membuat cadangan tetapi tidak boleh membuat keputusan. Pengantara tidak boleh dilihat
sebagai membuat penyelesaian sendiri kerana ini bukanlah peranannya. Penyelesaian perlu
dicari oleh pihak-pihak sendiri. Kadang-kadang dia boleh memberikan penilaian yang tidak
mengikat tentang pertikaian jika pihak-pihak meminta beliau berbuat demikian. Tetapi ini
jarang berlaku. Kebiasaannya keputusan dibuat oleh pihak yang bertikai. Walaupun
'pengantaraan' dan 'konsiliasi' kadangkala digunakan secara sinonim, namun terdapat
perbezaan di antara kedua-dua perkataan ini.

2.1.3 Timbang tara

Timbang tara ialah penentuan dan penyelesaian pertikaian yang timbul daripada kontrak antara
dua pihak melalui keputusan mengikat yang diberikan oleh satu atau lebih individu yang
dipanggil sebagai penimbang tara, dimana dipilih dan dibayar secara persendirian oleh pihak-

5
pihak yang bertikai. Mereka juga boleh dilantik oleh institusi yang ditetapkan dalam perjanjian
untuk tujuan penimbang taraan ini seperti Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.
Penimbang tara perlu mengikut peraturan prosedur yang mungkin diiktiraf undang-undang atau
dilaksanakan oleh organisasi timbang tara seperti Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.
Perbezaan antara penimbang tara, jika mereka lebih daripada satu, akan diputuskan oleh
pengadil manakala Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa semakan kehakiman terhadap
prosiding timbang tara. Undang-undang berkaitan timbang tara di Malaysia adalah terkandung
dalam Akta Timbang Tara 1952. Pihak-pihak dibenarkan membentangkan kes melalui
penghujahan lisan atau bertulis, dan mengemukakan saksi dan bukti. Pihak-pihak boleh
mengemukakan kes mereka atau menggunakan khidmat peguam untuk menyokong kes
mereka, terutamanya dalam kes kompleks yang melibatkan undang-undang.

6
3.0 PENGANTARAAN DALAM PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF

3.1 Konsep Pengantaraan

Pengantaraan merupakan suatu proses mediasi yang merupakan salah satu daripada cabang
Penyelesaian Pertikaian Alternatif itu sendiri (ADR). Pengantaraan bermatlamat untuk
menyelesaikan pertikaian dan mengekalkan reputasi yang baik antara kedua pihak yang
bertikai. Peranan yang dimainkan oleh pengantara ialah membantu pihak-pihak yang bertikai
untuk mencapai kata sepakat yang akhirnya dipersetujui antara kedua belah pihak5.Pengantara
akan membantu memudah cara dan membantu mencari jalan penyelesaian bagi pihak-pihak
yang bertikai serta merundingkan perjanjian yang saling menguntungkan dan boleh diterima
oleh pihak-pihak. Apabila pihak-pihak bertikai mencapai suatu persetujuan dalam sesi
pengantaraan, suatu Perjanjian Penyelesaian akan dibuat secara bertulis, ditandatangani dan
akan mengikat pihak-pihak6.

Pihak pengantara tidak mempunyai apa-apa autoriti untuk membuat sebarang keputusan yang
boleh mengikat antara kedua belah pihak, tetapi menggunakan prosedur tertentu, teknik dan
kemahiran yang khusus untuk membantu pihak-pihak yang bertikai untuk membuat rundingan
dan akhirnya mencapai suatu kata sepakat. Dalam proses pengantaraan, pihak yang bertikai
akan mempunyai peluang dan kesempatan dan akhirnya mencari suatu titik pertemuan dan
kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memeterai satu perjanjian yang melibatkan kepentingan
kedua-dua belah pihak. Terdapat pelbagai cabang pengantaraan yang wujud pada masa kini
seperti pengantaraan sivil, pengantaraan keluarga, pengantaraan rakan sebaya dan lain-lain.
Rentetan daripada pelbagai cabang pengantaraan ini, kebanyakan sarjana sepakat bahawa
dalam pengantaraan itu sendiri terdapat tiga elemen penting yang mendasari iaitu bantuan,
pihak ketiga dan kebebasan untuk menyelesaikan kes.

5
Mohamad Hafifi Hassim, Nor ‘Adha Ab Hamid, Norazla Ab Wahab, Nurhafiza Raja Abdul Aziz, Roslinda Ramli &
Siti Noor Ahmad (2019). Penyelesaian Pertikaian Alternatif dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-kes
Kekeluargaan dan Kehartaan di Mahkamah Syariah. e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI. Vol. 6 No.2. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Hlm. 5.
6
Norazla Abdul Wahab & Nurhayati Abdul Ghani (2022). Mediasi Sebagai Kaedah Penyelesaian Pertikaian
Alternatif: Tinjauan Awal Terhadap Pusat Mediasi Covid-19 (PMC-19). Kertas kerja dibentangkan di 6th
Muzakarah Fiqh & International Conference 2022 anjuran Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah & Undang-
undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Hlm. 18.

7
3.2 Prinsip Pengantaraan

Kelemahan penyelesaian pertikaian secara litigasi telah menyebabkan tingginya minat


masyarakat untuk menyelesaikan pertikaian secara rundingan sesama mereka dengan cara
merujuk orang tengah atau lebih dikenali dengan istilah kaedah pengantaraan. Kaedah
pengantaraan ialah usaha untuk menyelesaikan pertelingkahan dalam aspek undang-undang
melalui peranan aktif daripada pihak tengah untuk menemukan formula penyelesaian dan
membuat kedua-dua pihak yang bertelingkah berpuas hati terhadap penyelesaian yang telah
dihasilkan. Pihak tengah disebut sebagai pengantara yang bertugas untuk membantu kedua-dua
pihak yang bertelingkah dan menyediakan kemudahan bagi pihak-pihak dalam majlis
pengantaraan untuk mencapai kesepakatan7.

Kaedah pengantaraan merupakan suatu proses penyelesaian pertikaian secara sukarela di mana
pihak-pihak yang terlibat, bersetuju untuk membenarkan pihak ketiga untuk membantu
mereka. Tugas seorang pengantara itu adalah mengenal pasti isu-isu yang mengutamakan
kepentingan bersama. Pengantara akan bertindak sebagai seseorang yang memudahkan,
menyediakan pilihan alternatif dan bertindak untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Pengantara
juga bertindak mencari jawapan ke atas isu-isu yang diterima daripada pihak-pihak yang
berselisihan. Pihak tengah iaitu pengantara hanya membantu kedua-dua pihak yang
bertelingkah untuk membuat keputusan. Pihak ketiga ialah orang tengah yang berkecuali
daripada pihak-pihak yang bertelingkah untuk membantu menyelesaikan pertikaian mereka
dengan mencapai persetujuan bersama secara cepat dengan kos yang rendah berbanding
dengan kos prosiding perbicaraan di mahkamah.

Kaedah pengantaraan juga telah digunakan dalam menyelesaiakan pertikaian di negara Afrika,
Timur Tengah dan berkembang ke negara-negara di kawasan Asia Tenggara. Singapura
merupakan salah sebuah negara yang telah mendahului bidang kuasa lain dengan
menggalakkan pihak-pihak yang bertelingkah untuk mempertimbangkan kaedah pengantaraan
pada peringkat awal suatu tindakan undang-undang8. Mahkamah Rendah Singapura
mempunyai sistem Court Dispute Resolution yang akan menjalankan tatacara pengantaraan

7
Muhammad Hatta, Tengku Noor Azira Tengku Zainudin & Ramalinggam Rajamanickam (2018). Pengaplikasian
Kaedah Pengantaraan bagi Menyelesaikan Kes-kes Kecuaian Perubatan di Indonesia. JUUM (ISU KHAS/SPECIAL
ISSUE). 53-71. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 56.
8
Moore, C. W. (2014). The mediation process: Practical strategies for resolving conflict, 4th ed. San Francisco:
Jossey-Bass. Hlm. 20.

8
bagi membolehkan pihak-pihak yang terlibat menyelesaikan pertikaiannya sebelum
perbicaraan dimulakan9.

3.3 Praktis dan Prosedur Pengantaraan di Malaysia

Dalam konteks di Malaysia, mediasi diperuntukkan di bawah Akta Pengantaraan 2012 (Akta
749). Pengantaraan telah digunakan dalam pelbagai konteks antaranya di Mahkamah Sivil bagi
kes-kes sivil melalui Pusat Mediasi Mahkamah10, Pusat Mediasi Malaysia (MMC) yang
dikawal selia oleh Jawatankuasa Pertikaian Resolusi Alternatif (ADR) Majlis Peguam
Malaysia (Bar Council) dan Jabatan Bantuan Guaman yang merangkumi kes sivil dan syariah
seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26).
Manakala pengantaraan atau sulh dilaksanakan Mahkamah Syariah dalam hal berkait
hubungan dan masalah kekeluargaan (Zainul Rijal, 29 Mac 2019 &) dan tertakluk kepada
Kaedah, Arahan Amalan, Manual Kerja Sulh dan Tatacara Mal (Sulh) negeri-negeri. Selain itu,
Mediator Komuniti (MK) pula adalah pengantara yang diberi tauliah oleh Jabatan Perpaduan
untuk melaksanakan pengantaraan di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) untuk
menyelesaikan pertikaian sosial dalam kalangan anggota masyarakat setempat dan kejiranan
sesuatu penempatan11.

Akta Malaysia bagi kaedah pengantaraan adalah merujuk kepada Akta Pengantaraan 2012 yang
terdiri daripada 7 bahagian. Bahagian I adalah merupakan tafsiran dan penerangan terhadap
ketidakpakaian akta ini dalam situasi-situasi khas dengan merujuk kepada jadual 2(a) iaitu Akta
Pengantaraan 2012 tidak akan diguna pakai apabila berkaitan dengan situasi pilihan raya,
perkara-perkara jenayah, apa-apa pengantaraan yang dilakukan oleh seseorang hakim,
majistret atau pegawai mahkamah serta yang dijalankan oleh jabatan bantuan guaman.
Bahagian II pula merupakan perkara-perkara permulaan bagi menjalankan kaedah
pengantaraan. Bahagian III merangkumi perlantikan pengantara dan penamatan pelantikannya.
Seterusnya bahagian IV menerangkan proses kaedah pengantaraan dan Bahagian V pula adalah

9
Lim, PG. (1998). The Growth and Use of Mediation Throughout the World: Recent Developments in
Mediation/Conciliation among Common Law and Non-Common Law Jurisdictions in Asia. Vol. 4. Available at
<http: www.lexis.com/research/retrieve?M=dc840374fcaf079baf508e9151c448&docnu…>
10
https://www.kehakiman.gov.my/ms [14 Februari 2023].
11
Hendun Abd Rahman Shah, Maszuriyati, Norfadhilah Mohamad Ali dan Abidah Abdul Ghafar (2021). Sulh dan
Mediasi dalam Kerangka Undang-Undang di Malaysia: Kajian Perbandingan dalam Buku Integrasi Ilmu Naqli Dan
Aqli Dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang. Siri Ke-3. Universiti Sains Islam Malaysia.

9
penamatan kaedah pengantaraan. Bahagian VI menyentuh aspek kerahsiaan dan perlindungan.
Akhir sekali merupakan Bahagian VII yang merangkumi aspek yang pelbagai seperti kos,
kuasa meminda jadual, tanggungan pengantara dan peraturan-peraturan.

Pada tahun 1995, Majlis Peguam Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa kaedah
penyelesaian alternatif yang berfungsi sebagai pusat pengantaraan di Malaysia. Pusat tersebut
adalah Malaysian Mediation Centre (MMC) yang ditubuhkan pada 6 November 1999 dan
bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan dalam bidang sivil secara kaedah pengantaraan.
Proses pengantaraan yang ditakrifkan oleh MMC adalah merupakan proses yang dilakukan
secara sukarela di mana terdapat satu pihak ketiga yang akan bertindak sebagai pengantara
(mediator) dan akan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan permasalahan
mereka secara baik12.

3.4 Kelebihan dan Kelemahan Pengantaraan

Bagi mekanisme pengantaraan, dapat dilihat terdapat beberapa saluran yang bermanfaat buat
pengguna untuk merujuk permasalahan yang dihadapi. Kos pengantaraan adalah lebih rendah
dan memakan masa singkat berbanding kos dan tempoh masa proses keseluruhan litigasi.
Selain itu, kelebihan proses pengantaraan adalah jaminan kerahsiaan apabila semua maklumat,
konsesi, pendedahan dan pengakuan yang dibuat semasa keseluruhan proses pengantaraan
adalah tanpa prejudis, sulit dan hanya terhad kepada pihak-pihak dan pengantara yang terlibat.
Campur tangan pihak orang tengah hendaklah neutral dan tidak memihak kepada mana-mana
parti. Selain itu, terdapat penjimatan masa dan kos apabila menyelesaikan dengan kaedah ini.
Keperluan untuk mencapai penyelesaian hendaklah juga secara sukarela tanpa sebarang
paksaan dan ia hendaklah dalam keadaan dua-dua pihak mencapai kemennagan. Akhir sekali,
persetujuan yang dicapai dapat mengekalkan sifat hormat dan hubungan kemasyarakatan yang
berpanjangan13.

Namun demikian, kekangan yang terdapat dalam mekanisme ini adalah kedua-kedua pihak
yang bertikai perlulah bersetuju untuk mendapatkan khidmat mediasi ini sebelum ia

12
Bukhari, K.Z. (2003). Arbitration and mediation in Malaysia. ASEAN: the Law & Practice, In 8th general
Assembly 2003 (pp. 1-6). http://www.aseanlawassociation.org/docs/w4_malaysia.pdf
13
Nur Khalidah Dahlan, Mohd. Rizal Palil, Mohamad Abdul Hamid & Noor Inayah Yaakub (2017). Kaedah
Penyelesaian Pertikaian Alternatif dari Sudut Syariah di Malaysia. Journal of Nusantara Studies 2017. Vol 2(1).
86-98. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 97.

10
digunapakai. Jika salah seorang dari pihak yang bertikai tidak bersetuju, mekanisme ini tidak
boleh digunapakai. Bagi skop kewangan dan perbankan Islam, perdamaian adalah jarang
digunapakai namun ia tidak menjadikan mekanisme ini tidak kompeten untuk mengendalikan
kes-kes pertikaian kewangan dan perbankan Islam. Hal ini demikian kerana, perdamaian yang
bersifat perbincangan secara aman masih dapat menyelesaikan pertikaian yang timbul apabila
pihak-pihak bersepakat dan bersetuju dengan nasihat dan cadangan yang diberikan oleh
pendamai14.

14
Nurul Husnah Omar & Ruzian Markom. 2017. Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Kes-Kes Kewangan
Islam. Current Legal Issues. 1. pp. 1-11. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 10. Bahan diakses pada 9 Februari
2023, dari http://journalarticle.ukm.my/13351/

11
4.0 TIMBANG TARA
4.1 Konsep Timbang Tara
Konsep penting timbangtaraan adalah, penimbang tara berhak untuk membuat dapatan fakta
untuk kesimpulan mengenai satu-satu hal keadaan dalam tafsiran beliau atas peruntukan
perjanjian antara pihak-pihak.15Dalam perselisihan kontrak swasta, prinsip-prinsip undang-
undang awam tidak dirujuk. Sehubungan dengan itu, penimbang tara tidak terikat oleh undang-
undang atau aturan tertentu, menyebabkan pemahaman mereka tentang teori yang membentuk
konsep timbangtaraan sangatlah penting.

Sebagai contoh, pihak yang menjadi ahli sesebuah persatuan sukan telah menandatangi
kontrak, maka secara tidak langsung mereka terikat dan tertakluk kepada terma-terma serta
syarat-syarat dalam persatuan tersebut. Hal ini bermaksud mereka bersetuju untuk mematuhi
undang-undang dan peraturan persatuan tersebut. Aturan tersebut mungkin mengecualikan ahli
persatuan dari mengambil tindakan mahkamah sebelum merujuk sebarang pertikaian ke mana-
mana forum sama ada domestik atau timbang tara. Aturan seperti ini adalah sah dan tidak
melanggar polisi awam. Meskipun mahkamah umumnya tidak akan campur tangan dalam
urusan dalaman persatuan sebegini, namun ia tidak bererti mahkamah tidak mempunyai
peranan dalam hal timbangtaraan. Kepentingan mahkamah dalam hal timbangtaraan ini dapat
dilihat melalui Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 termasuklah Akta Timbang Tara 2005 (AT
2005). Sebelum ini mahkamah cenderung untuk mengatakan bahawa klausa timbang tara
seolah-olah mengalihkan bidang kuasa mereka. Hal ini disangkal oleh pandangan moden (yang
seiring dengan prinsip asas undang-undang Inggeris kebebasan kontrak dan Konvensyen-
konvensyen Antarabangsa) yang menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai sebarang
kepentingan untuk campur tangan sedangkan pihak-pihak telah bersetuju meletakkannya di
bawah genggaman tribunal.

Antara keadaan yang membolehkan mahkamah campur tangan adalah dengan menggunakan
seksyen 37(1)(b) AT 2005, dimana Plaintif perlu membuktikan bahawa ia telah mengalami
prejudis disebabkan tindakan penimbang tara. Terdapat kaitan rapat antara soal prejudis ini
dengan rukun keadilan asasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini menitikberatkan rukun
keadilan asasi dalam konteks prejudis dalam timbang tara. Mahkamah tidak boleh
membenarkan sesuatu award bercanggah dengan bidang kuasa yang jelas berlebihan dan

15
Mathew, Abraham. 2018. Analisis pemakaian prinsip keadilan dalam timbang tara. Jurnal Undang-Undang
dan Masyarakat. 22. pp. 41-51. Universiti Kebangsaan Malaysia.

12
melanggar prinsip yang sama pentingnya walaupun mahkamah mesti mematuhi prinsip
kemuktamadan award, autonomi pihak, dan campur tangan minimum oleh mahkamah dalam
konteks regim undang-undang UNCITRAL.

Dalam menilai semula award-award yang berbangkit daripada tribunal timbang tara,
Mahkamah perlu menggunakan pendekatan sekatan dengan membandingkan dapatan-dapatan
penimbang tara dengan skop dan tahap di mana keputusan itu boleh disemak semula. Walau
bagaimanapun, dapatan-dapatan tersebut tidak boleh tersesar hanya kerana mahkamah
berpendapat bahawa kesimpulan berbeza boleh dicapai berdasarkan keterangan di hadapan
tribunal timbang tara. Oleh sebab itu, adalah penting bagi sesuatu kajian timbang tara dengan
secara kritisnya membuat penilaian terhadap tugas sesuatu tribunal timbang tara itu. Dalam
membuat dapatan fakta, tribunal timbang tara mesti mematuhi undang-undang tempat timbang
tara dan tidak boleh membuat kesilapan dalam tafsiran undang-undang tempatan seperti
undang-undang Perancis lebih-lebih lagi dalam membuat dapatan fakta.

4.2 Prinsip Timbang Tara

Timbang tara adalah proses penyelesaian tuntutan menerusi orang tengah, iaitu proses
penimbangtaraan penyelesaian sesuatu perbalahan oleh pendamai tidak berat sebelah yang
dipilih dengan persetujuan pihak tersebut.16Istilah ‘Penimbang tara pengerusi’ merujuk kepada
penimbang tara yang telah ditetapkan sebagai pengerusi tribunal timbang tara, penimbang tara
tunggal atau penimbang tara ketiga yang dilantik di bawah seksyen 13(3) Akta Timbang Tara
2005. Timbang tara secara epistomoligi wujud apabila:

i. Terdapat pertikaian atau perbalahan antara pihak-pihak yang telah dirumuskan dalam
satu cara atau yang lain;
ii. Pihak-pihak telah meminta pihak ketiga (iaitu penimbang tara) untuk menyelesaikan
pertikaian atau perbalahan tersebut dengan fungsi kehakiman;
iii. Pihak-pihak mempunyai peluang untuk membentangkan keterangan atau permohonan
bagi menyokong tuntutan masing-masing, di mana sesuai; dan
iv. Persetujuan dari pihak-pihak untuk menerima keputusan penimbang tara tersebut.

16
Ibid.

13
‘Fasal timbang tara’ pula ialah fasal yang dibuat dalam perjanjian untuk membolehkan pihak
yang terlibat merujuk kepada penyelesaian timbang tara.17Sistem timbang tara ini
diperkenalkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan sebagai alternatif kepada penyelesaian di
Mahkamah Perusahaan dan terbukti lebih berkesan dalam mengurangkan kes tertunggak.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam, jumlah kes yang tertunggak di
Mahkamah Perusahaan telah berkurangan daripada 4,000 kes menjadi 2,000 kes menjelang
akhir tahun 2010.

Lantikan dilakukan kepada penimbang tara atau arbitrator yang bertindak sebagai pihak yang
berkuasa untuk mendengar, membicarakan dan membuat keputusan muktamad bagi kes-kes
pertikaian yang dirujuk di hadapannya. Penimbang tara duduk bersidang dan bertindak secara
kehakiman bagi memutuskan atau menentukan bentuk pertikaian yang boleh diselesaikannya
seperti sebuah mahkamah, dalam kes-kes pertikaian. Ringkasnya, pertikaian diselesaikan
penimbang tara melalui cara rundingan dan mengatasi perselisihan dengan cara yang mudah
diterima dan disetujui oleh semua pihak. Umum mengetahui bahawa semua pihak yang dilantik
untuk bertindak, sama ada sebagai penimbang tara, mediator atau perantara mestilah bebas
daripada prasangka, tiada sebarang kepentingan di dalam pertikaian yang dikendalikannya dan
berwibawa sebagaimana yang digariskan dalam Kanun Tata Kelakuan Profesional.

Keputusan tribunal timbang tara dipanggil award.18Tafsiran award ini ada dinyatakan dalam
Akta Timbang Tara 2005 di mana ‘award’ adalah keputusan tribunal timbang tara mengenai
isi pertikaian dan termasuk apa-apa award muktamad, interim atau sebahagian dan apa-apa
award tentang kos atau faedah tetapi tidak termasuk perintah interlokutori. ‘Tribunal Timbang
Tara’ pula ertinya penimbang tara tunggal atau panel penimbang tara.19

Melainkan jika perjanjian timbang tara itu berlawanan dengan dasar awam, apa-apa pertikaian
yang pihak-pihak telah bersetuju untuk dikemukakan kepada timbang tara di bawah suatu
perjanjian timbang tara boleh ditentukan melalui timbang tara. Hal ini dengan erti kata lain
bermaksud tribunal timbang tara boleh dirujuk dalam apa jua bentuk pertikaian sivil atau tort
tanpa mengambil kira jumlah tuntutan. Sebagai contoh, kerosakan atau kerugian dalam
perniagaan akibat perbuatan atau kecuaian orang lain akibat perlanggaran kontrak atau tuntutan
kerugian kerana kehilangan hak ke atas suatu harta alih atau tak alih. Salah laku pengurusan

17
Ibid.
18
Ibid.
19
Seksyen 2 AT 2005.

14
yang menyebabkan kerugian kewangan, yang bukan akibat daripada pecah amanah juga boleh
memakai tindakan yang sama. Sebaliknya, ia tidak boleh ditimbang tara jika wujud pecah
amanah kerana melibatkan unsur-unsur jenayah.

Perbezaan yang paling ketara antara proses litigasi mahkamah dan proses timbang tara ialah
kelonggaran, di mana dalam proses timbang tara, pihak-pihak yang bertikai tidak terikat kepada
undang-undang atau kaedah tertentu. Contohnya, Akta Profesion Undang-undang 1976 (APU
1976) (Akta 166) menghalang orang yang tidak diberi kuasa daripada bertindak sebagai
peguam bela dan peguam cara atau ejen dalam sesuatu prosiding. Walau bagaimanapun,
peruntukan ini tidak terpakai dalam prosiding timbang tara. Selain itu, APU 1976 juga tidak
terpakai kepada mana-mana penimbang tara atau pengadil untuk menyelesaikan pertikaian
antara pihak-pihak dalam penimbangtaraan, selagi penimbang tara dan pengadil tersebut
bertindak sah di bawah undang-undang bertulis dalam konteks timbang tara.

4.3 Proses Timbang Tara

Proses timbangtaraan bergantung kepada perjanjian antara pihak-pihak dan jika perjanjian
tersebut tidak menyatakan undang-undang yang terpakai secara spesifik, maka bantahan akan
ditimbulkan dalam hal tersebut. Namun, bantahan sedemikian tidak akan berjaya jika wujud
persefahaman antara negara-negara sekufu.20Secara umumnya, kaedah penimbang tara adalah
melalui perjanjian antara pihak-pihak. Sekiranya ada sebarang pertikaian yang timbul di bawah
perjanjian tersebut dan tidak dapat diselesaikan melalui perundingan, maka pertikaian tersebut
boleh dirujuk kepada beberapa orang atau badan dengan pihak-pihak yang terlibat untuk
mendapatkan keputusan telah memberikan persetujuan masing-masing. Sebaliknya, pertikaian
itu bolehlah atas permintaan salah satu pihak dikemukakan untuk timbang tara bagi pihak yang
satu lagi, dalam kes dimana pihak-pihak yang terlibat tidak bersetuju. Pihak yang
menghadapkan pertikaian tersebut kepada timbang tara hendaklah memberitahu kesemua
pihak yang lain mengenai pertikaian itu pada masa permintaan timbang tara dibuat.

Hal ini boleh dirujuk dalam kes Sri Lanka Cricket (dulunya dikenali sebagai Board of Control
for Cricket in Sri Lanka) v World Sport Nimbus Pte. Ltd. (dulunya dikenali sebagai WSG Nibus
Pte. Ltd.).21Fakta kes ini adalah penimbangtaraan antara plaintif dan defendan telah

20
Ibid.
21
[2006] 3 MLJ 117.

15
dilaksanakan, dan award telah dibuat di Singapura. Isu timbul apabila plaintif membuat
permohonan supaya award tersebut dikuatkuasakan di Malaysia, namun ditentang defendan.
Dalam konteks ini, seksyen 2(2) Akta Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan
Penguatkuasaan Award Timbang Tara Asing 1985 dirujuk oleh kedua-dua pihak. Seksyen
tersebut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta,
mengisytiharkan mana-mana negara ditetapkan dalam perintah itu sebagai pihak kepada
Konvensyen dan perintah tersebut, dan hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa
Negara itu merupakan pihak kepada Konvensyen tersebut. Mahkamah Rayuan dalam
keputusannya menyatakan bahawa sekiranya YDPA (pada hakikatnya Kabinet Persekutuan)
mempunyai hasrat untuk menganjurkan manfaat cara ringkas penguatkuasaan suatu award,
maka YDPA boleh membuat pengisytiharan melalui Pemberitahuan Warrta, bahawa negara
tempat award berkenaan dibuat sebagai satu pihak kepada konvensyen tersebut.

4.4 Praktis dan Prosedur Timbang Tara di Malaysia

Panduan tentang praktis dan prosedur timbang tara yang terpakai di Malaysia diterangkan
dalam Akta Timbang Tara 2005. Kaedah Timbang Tara ini di mulai dengan Perjanjian
Timbang Tara, yang mana perjanjian tersebut menjadi asas kepada penyelesaian melalui
kaedah ini. Kemudian, setelah terwujudnya perjanjian, maka akan dilantik penimbang tara
yang mana perlantikan penimbang tara itu telah diperuntukkan di dalam Seksyen 13 Akta
Timbang Tara 2005.22 Apabila perjanjian telah wujud dan penimbang tara telah dilantik, maka
prosiding timbang tara akan dimulakan. Pihak-pihak akan menyatakan perkata yang dituntut
dan juga pembelaan oleh pihak yang satu lagi. Setelah beberapa ketika penimbang tara akan
menentukan sama ada perlu atau tidak kepada prosedur pendengaran ataupun dikenali sebagai
‘hearing’. Setelah itu keputusan akan diberikan dan penyelesaian bersama akan dicapai. Award
juga akan diberikan seiring dengan perjanjian yang telah ditetapkan sebelum memulakan
prosiding timbang tara ini. Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah award yang diputuskan di
dalam kadah ini adalah sah digunakan merentas sempadan antarabangsa.

22
Akta Timbang Tara 2005.

16
Di Malaysia juga, mekanisme ini selalunya dirujuk di Pusat Timbangtara Serantau Kuala
Lumpur (KLRCA) yang juga menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan kewangan
Islam.23 Pada 17 Oktober 1978, KLRCA telah ditubuhkan oleh Asian-African Legal
Consultative Organization (AALCO) melalui kerjasama dengan Kerajaan Malaysia dengan
matlamat untuk mewujudkan kestabilan dan keharmonian dalam perdagangan antarabangsa
khususnya di kawasan Asia Pasifik. Umum mengetahu bahawa KLRCA adalah sebuah
pertubuhan tanpa keuntungan, KLRCA juga dilihat sebagai salah satu sistem penyelesaian
pertikaian untuk faedah mereka yang melakukan perdagangan dan pelaburan di rantau ini
spesifiknya di negara-negara ASEAN yang tidak memiliki kemudahan untuk mengadakan
timbang tara antarabangsa. Tambahnnya, peranan KLCRA juga dilihat dalam memberi bantuan
dalam pelaksanaan award timbang tara dan perkhidmatan nasihat serta bantuan timbang tara
kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Peraturan Timbangtara bagi Perbankan Islam dan Perkhidmatan Kewangan 2007
yang diperkenalkan oleh KLRCA, dinyatakan bahawa24:

“Any dispute, controversy or claim arising from Islamic banking business,


Takaful Business, Islamic financial business, Islamic development financial
business, Islamic capital market products or services or any other transaction
or business which is based on Shari’ah principles out of this
agreement/contract shall be decided by arbitration in accordance with the
Rules for Arbitration of Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (Islamic
banking and Financial Services).”

Penjelasan ringkas mengenai klausa peraturan ini adalah mana-mana pertikaian


kewangan Islam juga boleh diusulkan ke KLRCA tanpa perlu kepada kebergantungan kepada
mekanisme mahkamah sahaja.

23
Nurul Husnah Omar & Ruzian Markom (2017). Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Kes-Kes Kewangan
Islam. Current Legal Issues. 1. pp. 1-11. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 3. Bahan diakses pada 9 Februari
2023, dari http://journalarticle.ukm.my/13351/
24
Ibid.

17
4.5 Kelebihan dan Kelemahan Timbang Tara

Kaedah Timbang Tara dianggap lebih mudah berbanding proses litigasi di mahkamah. Hal ini
kerana semasa menjalankan proses timbang tara, perkara dan peraturan tatacara yang teknikal
seperti yang terdapat di Mahkamah Sivil tidaklah diikuti dengan tegas. Oleh itu, proses timbang
tara adalah mudah jika dibandingkan dengan proses perbicaraan di mahkamah.

Selain itu, proses timbang tara juga lebih selesa memandangkan ianya boleh dijalankan di
mana-mana dan pada bila-bila masa mengikut kelapangan pihak-pihak yang bertikai dan
penimbang tara. Seksyen 14 Akta Timbang Tara 1952 membenarkan penimbang tara, dalam
keadaan biasa, membuat award pada bila-bila masa.

Kemudian, kaedah timbang tara ini tidak mengambil masa yang terlalu lama. Biasanya tempoh
bagi membuat award timbang tara adalah lebih pendek daripada perbicaraan di mahkamah,
atau dengan kata lain, proses timbang tara adalah lebih cepat.

Seterusnya, kaedah ini lebih bersifat ‘privacy’. Sesetengah perkara yang dipertikaikan
melibatkan hal-hal peribadi dan persendirian atau ia mungkin merupakan rahsia perniagaan.
Jika dibincangkan dalam timbang tara, ia tidak tersebar luas kepada orang luar. Hal ini
berlainan daripada perbicaraan di mahkamah terbuka, dimana hal- hal itu boleh didengar oleh
para hadirin.

Disamping kelebihan-kelebihan tersebut, kaedah ini juga memiliki kelemahannya tersendiri.


Antaranya ialah apabila melibatkan kepakaran undang-undang dimana kemungkinan wujud
persoalan yang melibatkan undang- undang. Seseorang penimbang tara mungkin tidak
mempunyai kepakaran dalam undang- undang yang mencukupi untuk bertindak dalam
persoalan yang melibatkan undang- undang.

Kos bagi kaedah ini juga kadang kala agak mahal. Walaupun biasanya bayaran dan kos urusan
timbang tara lebih murah dibandingkan dengan bayaran dan kos perbicaraan di mahkamah,
namun kadangkala bayaran kos timbang tara lebih mahal daripada bayaran dan kos mahkamah.
Setiap pihak yang merujuk kaedah timbang tara perlu membayar bayaran penimbang tara dan
wasit. Jika penimbang tara dan wasit itu ialah profesional dan pakar, maka bayarannya biasanya
menjadi lebih mahal.

Akhir sekali, menerusi kaedah alternatif timbang tara, doktrin duluan tidak dipakai. Doktrin
duluan ialah perkara-perkara yang dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah dengan

18
merujuk kes-kes yang serupa yang telah dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah yang
setara atau mahkamah yang lebih tinggi bidang kuasanya daripada mahkamah yang merujuk
sebelum itu. Dalam proses timbang tara, doktrin duluan tidak dipakai. Setiap kes yang dirujuk
kepada timbang tara akan diputuskan mengikut merit kes itu sendiri dan kes itu tidak akan
dirujuk oleh timbang tara pada masa akan datang walaupun fakta dan kes itu adalah serupa.

Secara tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa pelaksanaan kaedah timbang tara menekankan
tempoh proses penyelesaian pertikaian yang singkat, iaitu dalam tempoh masa tiga bulan.
Proses penyelesaian pertikaian adalah adil, telus dan mengikut persetujuan bersama antara
pihak-pihak yang terlibat. Tiada kos yang dikenakan oleh mahkamah terhadap permohonan
pihak-pihak yang terlibat berhubung dengan apa-apa prosiding sepanjang tatacara timbang tara
ini dilaksanakan.25

25
Syed Khalid Rashid (2006). Alternative Dispute Resolution in Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Kuliyyah of
Laws, IIUM. Hlm. 101.

19
5.0 ANALISIS PERBANDINGAN PENGANTARAAN DAN TIMBANG TARA

PERKARA PENGANTARAAN TIMBANG TARA


AWAM/ Privasi. Privasi,
PRIVASI namun akan menjadi tidak privasi
jika dibawa ke mahkamah untuk
semakan kehakiman.
SUKARELA/ Sukarela. Sukarela.
TIDAK
SUKARELA
TAHAP Tidak formal. Prosedur mengikut pihak-pihak.
KEFORMALAN Secara formal mengikut keadaan.

CARA Perbincangan secara tidak formal, Setiap pihak mendapat peluang


PROSIDING pengemukaan bukti-bukti dan untuk mengemukakan bukti-bukti
pengenalpastian persamaan bagi dan hujah-hujah.
kepentingan kedua-dua pihak.

Proses adalah neutral dan Proses adalah neutral dan juga


hendaklah berasaskan peraturan- berasaskan undang-undang
PROSES peraturan yang ditentukan oleh persekutuan dan peraturan-
MMC. peraturan timbang tara.

1) Diputuskan oleh pihak- 1) Diputuskan oleh pegawai


pihak yang terlibat, tugas timbang tara yang
KEPUTUSAN pegawai pengantara adalah bertauliah dan
hanya membantu dalam keputusannya muktamad.
menyediakan keputusan. 2) Keputusan adalah
2) Keputusan bersama mengikat.
hendaklah dijadikan 3) Award diberikan dalam
kontrak. kes-kes tertentu.
3) Keputusan adalah tidak
mengikat sekiranya tidak
ada kontrak.

Berpandukan perjanjian bertulis Berpandukan perjanjian bertulis


PANDUAN yang dibuat oleh pihak-pihak yang yang dibuat oleh pihak-pihak yang
BAGI terlibat serta mengikut Akta terlibat serta mengikut Akta
MEMBUAT Pengantaraan 2012. Timbang Tara 2005.
KEPUTUSAN

20
6.0 KESIMPULAN

Kedua-dua bentuk penyelesaian ini iaitu menerusi perbicaraan di mahkamah dan kaedah
penyelesaian pertikaian alternatif telah lama diiktiraf amalannya. Salah satu tujuannya adalah
untuk menjadikan kehidupan masyarakat sejagat sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni.
Namun begitu, sekiranya ada pelanggaran terhadap keharmonian tersebut, perkara tersebut
akan merujuk kepada bentuk-bentuk penyelesaian pertikaian alternatif ini. Kaedah-kaedah
ini boleh dirujuk dalam urusan peribadi atau rasmi pihak-pihak yang terlibat. Akan tetapi,
apabila melibatkan kesalahan jenayah, penyelesaian akan ditentukan menerusi
perbicaraan di mahkamah. Ringkasnya, persetujuan penyelesaian bergantung kepada peranan
yang dilaksanakan oleh pihak hakim ataupun pihak orang tengah (kaedah penyelesaian
pertikaian alternatif). Namun begitu, kelebihan menyelesaikan pertikaian menerusi kaedah
penyelesaian pertikaian alternatif lebih banyak berbanding dengan melalui proses
perbicaraan di mahkamah. Antaranya, campur tangan pihak ‘orang tengah’ yang neutral dan
tidak memihak kepada mana-mana parti. Selain itu, terdapat penjimatan masa dan kos apabila
menyelesaikan pertikaian dengan kaedah ini. Keperluan untuk mencapai penyelesaian
hendaklah juga secara sukarela tanpa sebarang paksaan dan ia hendaklah dalam keadaan
‘menang-menang’ atau ‘win-win situation’. Akhir sekali, persetujuan yang dicapai dapat
mengekalkan sifat hormat dan hubungan kemasyarakatan yang berpanjangan. Oleh hal yang
demikian, kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif ini semakin menjadi pilihan bagi pihak-
pihak yang bertelingkah (urusan peribadi / rasmi) untuk mendapatkan penyelesaian. Kaedah
ini mengamalkan prosedur yang fleksibel, kepakaran yang kreatif dalam bidang yang tertentu
dan suasana yang lebih harmoni dimana pihak-pihak yang terlibat dapat menyertai secara
langsung dalam mencapai penyelesaian bersama. Kelebihan-kelebihan ini tidak akan
wujud melalui penyelesaian di mahkamah. Hal ni kerana pertikaian dan hujahan penyelesaian
dilakukan menerusi para peguam dan keputusan yang ditentukan oleh hakim akan hanya
berpihak kepada salah satu parti sahaja26.

26
Nur Khalidah Dahlan, Mohd. Rizal Palil, Mohamad Abdul Hamid & Noor Inayah Yaakub (2017), Kaedah
PenyelesaianPertikaian Alternatif Dari Sudut Syariah di Malaysia, Journal of Nusantara Studies2017, Vol2(1) 86-
98 Universiti Sultan Zainal Abidin.

21
RUJUKAN

Akta Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Award Timbang Tara Asing
1985

Akta Pengantaraan 2012

Akta Profesion Undang-undang 1976 (APU 1976) (Akta 166)

Akta Timbang Tara 2005

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Kanun Tata Kelakuan Profesional

[2006] 3 MLJ 117.

Anon. (2023, 2 Februari). Mahkamah Sepanyol sahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang
tara dalam pertikaian Sulu. Astro Awani Online. Bahan diakses pada 9 Februari 2023,
dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-sepanyol-sahkan-
pembatalan-stampa-sebagai-penimbang-tara-dalam-pertikaian-sulu-404746

Bukhari, K.Z. 2003. Arbitration and mediation in Malaysia. ASEAN: the Law & Practice, In
8th general Assembly 2003 (pp. 1-6).
http://www.aseanlawassociation.org/docs/w4_malaysia.pdf

Hendun Abd Rahman Shah, Maszuriyati, Norfadhilah Mohamad Ali dan Abidah Abdul Ghafar.
2021. Sulh dan Mediasi dalam Kerangka Undang-Undang di Malaysia: Kajian
Perbandingan dalam Buku Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli Dalam Disiplin Syariah dan
Undang-Undang. Siri Ke-3. Universiti Sains Islam Malaysia.

Lim, PG. 1998. The Growth and Use of Mediation Throughout the World: Recent
Developments in Mediation/Conciliation among Common Law and Non-Common Law
Jurisdictions in Asia. Vol. 4. Available at <http:
www.lexis.com/research/retrieve?M=dc840374fcaf079baf508e9151c448&docnu…>

Mathew, Abraham. 2018. Analisis pemakaian prinsip keadilan dalam timbang tara. Jurnal
Undang-Undang dan Masyarakat. 22. pp. 41-51. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Hafifi Hassim, Nor ‘Adha Ab Hamid, Norazla Ab Wahab, Nurhafiza Raja Abdul
Aziz, Roslinda Ramli & Siti Noor Ahmad. 2019. Penyelesaian Pertikaian Alternatif

22
dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-kes Kekeluargaan dan Kehartaan di
Mahkamah Syariah. e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI. Vol. 6 No.2. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Moore, C. W. 2014. The mediation process: Practical strategies for resolving conflict, 4th ed.
San Francisco: Jossey-Bass.

Muhammad Hatta, Tengku Noor Azira Tengku Zainudin & Ramalinggam Rajamanickam.
2018. Pengaplikasian Kaedah Pengantaraan bagi Menyelesaikan Kes-kes Kecuaian
Perubatan di Indonesia. JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE). 53-71. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mumtaj Hassan et al. 2020. Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Dalam Perhubungan


Perusahaan di Malaysia: Satu Tinjauan. International Journal of Law, Government and
Communication (IJLGC). Volume 5 Issue 19 (June 2020) PP. 85-94.

Norazla Abdul Wahab & Nurhayati Abdul Ghani. 2022. Mediasi Sebagai Kaedah Penyelesaian
Pertikaian Alternatif: Tinjauan Awal Terhadap Pusat Mediasi Covid-19 (PMC-19).
Kertas kerja dibentangkan di 6th Muzakarah Fiqh & International Conference 2022
anjuran Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah & Undang-undang, Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Nur Khalidah Dahlan, Mohd. Rizal Palil, Mohamad Abdul Hamid & Noor Inayah Yaakub.
2017. Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif dari Sudut Syariah di Malaysia.
Journal of Nusantara Studies 2017. Vol 2(1). 86-98. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Husnah Omar & Ruzian Markom. 2017. Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Kes-
Kes Kewangan Islam. Current Legal Issues. 1. pp. 1-11. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bahan diakses pada 9 Februari 2023, dari
http://journalarticle.ukm.my/13351/

Syed Khalid Rashid. 2006. Alternative Dispute Resolution in Malaysia. Kuala Lumpur.
Penerbit Kuliyyah of Laws, IIUM.

https://www.kehakiman.gov.my/ms [14 Februari 2023].

23

Anda mungkin juga menyukai