Anda di halaman 1dari 35

KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN

BAGI KESALAHAN BERHUBUNG AJARAN SESAT DI NEGERI SEMBILAN : SATU


KAJIAN

Oleh : Suhaizad bin Saifuddin1

Abstrak

Isu dan masalah ajaran sesat telah sekian lama menular di seluruh dunia tidak terkecuali di
negara kita. Jika disingkap tabir sejarah, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, Umat
Islam mula berpecah dan telah terbit perbezaan pendapat seterusnya mewujudkan pelbagai
fahaman dan aliran samaada bertepatan dengan hukum syarak atau sebaliknya. Kajian ini
akan menyentuh dua aspek utama iaitu peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan
berkaitan dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan secara khusus. Kajian ini dimulakan dengan
memberikan difinisi, ciri-ciri serta sejarah perkembangan ajaran sesat di Malaysia dan di
Negeri Sembilan. Seterusnya, secara literal kajian ini akan menganalisa peruntukan undang-
undang bagi kesalahan ajaran sesat dalam kerangka perundangan syariah di Negeri Sembilan.
Di akhir kajian, penulis akan mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang
wajar diimplementasikan bagi membaiki kelemahan –kelemahan yang wujud seterusnya
memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan di negeri ini secara khusus

Pengenalan

Mutakhir ini, ajaran sesat semakin berkembang dan amat membimbangkaN. Isu ini sentiasa
hangat dan telah banyak kali dibincangkan termasuk langkah menfatwa dan mewartakan ajaran-
ajaran sesat tersebut. Disamping itu ajaran sesat telah diperuntukkan sebagai kesalahan jenayah
syariah dibawah enakamen atau akta di setiap negeri setelah sekian lama. Namun, seperti ada
kelompangan, ajaran-ajaran sesat terus menular dan semakin membarah di dalam masyarakat
kita.

1
Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson, Negeri Sembilan
1
Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur`an al-
Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya
kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari
teman, perubahan masa dan keadaan.2

Setakat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyenaraikan lebih 50
senarai ajaran sesat yang berada diseluruh Malaysia. Fatwa terakhir berkaitan dengan ajaran
sesat adalah pada tahun 2006 iaitu berkaitan dengan Ajaran Tal Tujuh, Aliran Pemikiran Liberal
dan penyelewengan Syarikat Rufaqa Corparation dan lain-lain syarikat dalam usaha
menghidupkan semula Ajaran Al-Arqam.3 Di Negeri Sembilan, beberapa ajaran telah difatwakan
sebagai menyeleweng dan sesat. Setakat ini 6 fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri
Sembilan berhubung dengan ajaran sesat dan 2 daripadanya telah difatwakan pada Julai 2013
dan masih belum diwartakan.

Isu Ajaran ssesat ini tidak boleh dipandang ringan. Ianya dilihat sebagai virus yang akan
merencat agenda pembangunan dan perpaduan Umat Islam di Malaysia amnya dan di Negeri
Sembilan khususnya. Ia juga boleh mengancam keselamatan negara sebagaimana peristiwa-
peristiwa berdarah yang berlaku pada 19 Ogos 1979 dimana seramai 4 orang pengikut Ilmu
Kasyaf yang diketui Hj.Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu
persitiwa di Kerling, Selangor. Sejarah juga menyaksikan pada 16 Oktober 1980 seramai 8
orang dari kumpulan ajaran sesat dipimpin oleh Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai
Imam Mahdi terbunuh setelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di
Balai Polis Batu Pahat, Johor.4 Pada 9 Julai 2012 pula, Malaysia digemparkan dengan kejadian
amuk seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
dan menyaksikan lelaki tersebut mati ditembak oleh pihak polis.5

2
Zamihan Mat Zin , Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm. 1
3
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), e-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/,
14 Disember 2013.
4
Azlan Raihan, Penolong Mufti Unit Istiqra`, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 12 November 2013.
5
Saksi: Lelaki mengamuk di Putrajaya mengaku dirinya Imam Mahdi, Sinar Harian, 27 Februari 2013.
2
Definisi Ajaran Sesat

Ajaran sesat telah ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam
yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan
pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah
Islamiah, bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang
muktabar dan bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wal-Jama‘ah6

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi telah memperhalusi takrifan yang diberikan JAKIM tersebut
dengan memberikan takrifan yang lebih sesuai dengan masa kini iaitu:

“Sebarang ajaran dan amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang
bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam
sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Qur’an dan al-
Sunnah, bercanggah dengan akidah Islam dan berlawanan pula dengan mazhab yang muktabar
iaitu mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.”7

Selain itu, Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim pula mendefinisikan ajaran sesat sebagai ajaran
dan amalan yang bertentangan dengan Islam. Beliau juga menghubungkaitkan ajaran sesat
dengan tasawuf - tarekat. Ini adalah kerana masyarakat Islam dewasa ini meletakkan tasawuf -
tarekat itu bukan pada tempatnya yang sebenar. Natijahnya, ilmu tasawuf - tarekat bertukar
wajah sebagai ajaran sesat akibat penglibatan masyarakat awam yang bukan dalam kalangan ahli
falsafah dalam permasalahan ilmu falsafah.8

6
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Kajian Ajaran Sesat Dalam Pengajian Islam: Satu Sorotan, Jurnal Usuluddin, JIlid
26, 2007,hlm.2
7
Ibid
8
Prof. Dr.Abdul Fatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 1.
3
Ajaran sesat juga dikenali dengan nama-nama yang lain. Antaranya ajaran salah9, pencemaran
10
akidah dan penyelewengan akidah . Ungkapan pencemaraan akidah telah digunakan oleh Dr.
H.O.K. Rahmat S.H. didalam bukunya yang bertajuk Pencemaran Akidah Di Nusantara.
Berdasarkan isi kandungan buku ini, Dr. Rahmat kelihatan mahu mendefinisikan istilah tersebut
sebagai ketidakmurnian akidah Islam disebabkan palitan dan adunan pengaruh-pengaruh yang
berasal dari bumi nusantara sendiri seumpama kepercayaan Dinamisme dan Animisme
Nusantara ataupun yang berasal dari luar seumpama unsur-unsur Yahudi, Kristian, Yunani
Purba, Majusi, Hinduisme, Buddhisme dan berbagai-bagai unsur lain yang menyerap masuk ke
dalam akidah sebahagian umat Islam rantau ini hingga akidah Islam yang murni menjadi
tercemar. Dalam pandangan Dr Rahmat, kelihatan unsur-unsur luar yang menyerap ke dalam
pegangan akidah itu terjelma dalam anutan manusia Nusantara terhadap fahaman-fahaman
seumpama aliran tasawuf wihdah al-wujud 12, ajaran Batiniah, ajaran Bahai dan lain-lain.11

Kesimpulannya, sungguhpun terdapat berbagai takrifan dan penggunaan istilah, namun


kesemuanya berlegar pada isu yang sama. Dari sudut takrifan, pada pendapat penulis, takrifan
yang telah diperhalusi oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berdasarkan takrifan yang diberi
oleh JAKIM adalah takrifan yang lebih tepat dan menyeluruh serta sesuai dengan keadaan masa
kini.

9
Buku Panduan Program Ijazah Dasar, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Tahun Akademik 2003/2004.
Universiti Malaya(UM), Kuala Lumpur, hlm. 188.
10
Zakaria Stapa, Bahagian Kedua: Masalah dan Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia, dalam kertas kerja bertajuk
Wihdah al-Wujud dan Hubungannya dengan masalah Ajaran Sesat di Malaysia , Kertas Kerja Seminar
Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawuf Anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Jabatan
Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus di Hotel Hilton, Seremban, Negeri Sembilan, 17 – 19 Ogos 2002, hlm. 51.
11
Ibid, hlm.52
4
Ciri-ciri Ajaran Sesat

Secara ringkasnya , ajaran sesat berkaitan dengan ciri-ciri berikut:

i. Menyalahi Prinsip Sumber Perundangan Islam


ii. Berhubungan Dengan Kuasa Jin, Syaitan Dan Iblis
iii. Mengaitkan Unsur-Unsur Tarekat, Mitos, Persilatan Dan Perbomohan
iv. Fanatik Kepada Ketua Atau Pemimpin
v. Semberono Dalam Pengambilan Hukum Dan Fatwa
vi. Bersifat Tertutup Dan Banyak Berahsia
vii. Beranggapan Benar Dan Ekstremis12

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Di nusantara, khususnya Malaysia terdapat tiga bentuk ajaran sesat. Antaranya:

i. Kumpulan Yang Membawa dan Menyebarkan Ajaran Sesat

Maksudnya sesuatu ajaran itu dibawa dan disebarkan dalam sebuah kumpulan tertentu.
Kumpulan ini mempunyai carta organisasi yang tersusun yang dipimpin oleh seorang ketua
atau pemimpin serta dibantu oleh orang kanannya. Kebiasaannya ia dianggotai oleh pengikut
yang ramai, mempunyai dana dan pengaruh tersendiri. Bahkan membentuk satu kumpulan
yang kuat dan amat sukar untuk dihapuskan dalam jangkamasa yang pendek. Justeru, tidak
hairanlah jika taktik ini dipergunakan oleh sebahagian besar pemimpin ajaran sesat atau
menyeleweng di negara kita.

ii. Ajaran Sesat Yang Hanya Wujud Sebagai Satu Ajaran Sahaja

Ajaran bentuk ini hanya diketuai oleh seorang guru dan diikuti oleh pengikut-pengikut yang
terhad dan tidak berorganisasi. Kumpulan ajaran ini biasanya tidak kuat dan mudah terhapus
setelah pemimpinnya dikenakan tindakan atau bertaubat kembali ke jalan yang benar.

12
Zamihan .Mat Zin, Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm.4-10.

5
iii. Ajaran Sesat Yang Wujud Dalam Bentuk Media

Ketahuilah bahawa media cetak dan media elektronik juga turut dipergunakan sebagai
medium dakwah ajaran sesat atau menyeleweng. Jika kita meninjau premis perniagaan toko-
toko buku didapati terdapat buku-buku tertentu dijual secara bebas di pasaran. Buku-buku
seperti Hakikat Insan, Tasawuf al-Haq, tulisan anti hadis, Islam Liberal, Wahhabiyyah,
Syi‘ah, al-Arqam dan lain-lain masih berlegar dalam ruangan media cetak walau pelbagai
tindakan telah diambil untuk mengatasinya. Sesetengah aliran pula menjadikan media
elektronik sebagai medium propaganda. Caranya dengan mengetengahkan tokoh-tokoh
mereka membincangkan isu-isu agama melalui media arus perdana. Maka tidak hairanlah
televisyen kita kita selalu menyiarkan kenyataan beberapa tokoh yang beraliran Wahhabiyah
dan Liberal bagi membicara isu-isu agama kontemporari. Menyebabkan masyarakat menjadi
gempar lantaran keliru dengan kenyataan yang dipersembahkan mereka.13

Sejarah Ajaran Sesat di Malaysia

Pada abad ke -19, Ajaran Ahmad Matahari yang mengasaskan Ajaran Taslim merupakan
ajaran yang dikenalpasti mula-mula sekali bertapak di Tanah Melayu yang bergiat aktif di
Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang. Sejak dari itu ajaran –ajaran lain mula
meresap masuk ke negara kita setiap dekad.

Pada Dekad 1930 an pula menyaksikan kewujudan beberapa ajaran yang dikhuatiri
menyeleweng dari akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah seperti ajaran Qadiani atau Ahmadiah
yang dilaporkan bermula di Selangor iaitu di Jeram, Sungai Tua, Sungai Buluh dan Kampung
Nakhoda. Keadaan ini menggesa pihak berkuasa mengkanunkan beberapa undang-undang
bagi menyekat penyebarannya. Sekitar tahun 1950an pula, muncul Ajaran Subud dan Ajaran
Martabat Tujuh di Kelantan. Ajaran-ajaran ini khususnya Ajaran Martabat Tujuh telah
tersebar hampir disetiap negeri di Malaysia. Ajaran Subud kemudiannya berjaya dihapuskan
hingga ke akar umbi dan pengaruhnya menjadi semakin lemah.

Dekad 1960an pula dicemari oleh perkembangan Tarikat Mufarridah, Tarikat Samaniah
Ibrahim Bonjol dan beberapa lagi, 1970an Tarikat Naqsyabandiah KadirunYahya, Ajaran

13
Zamihan .Mat Zin, Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm.10-11.
6
Nordin Putih dan sebagainya. Awal 1980an pula menyaksikankewujudan kumpulan Anti-
Hadith, fahaman Syiah, manakala kumpulan Al-Arqam dengan ajaran Aurad Muhammadiyah
didapati bergiat aktif dengan cara yang tersendiri dan menjadi satu kumpulan yang kaya-raya
hasil dari pelbagai sumber termasuk pernigaan.

Namun pada 1995, negara digemparkan dengan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan
ini. Ketuanya Ashaari Muhamad dan pengikut-pengikutnya telah ditangkap secara beramai-
ramai dan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Ekoran dari
itu, Ashaari Muhammad telah membuat pengakuan terbuka mengenai pembohongan dakyah
mereka serta menyeru seluruh warga al-Arqam supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan
yang benar. Ashaari sendiri berjanji menerusi siaran secara langsung TV1 ketika itu untuk
memulihkan pengikutnya. Antara tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah dengan
mengadakan siri pemulihan akidah, tetapi tidak dihadiri sepenuhnya oleh pengikut tegarnya.

Antara pengikutnya juga, ada yang menulis pengalaman bersama kumpulan terbabit dan
menelanjangi kepincangan kumpulan berkenaan serta mendedahkan kebenaran
tentangAshaari Muhammad beserta kaum keluarganya. Malah ada juga yang
cubamenghidupkannya kembali atas nama lain seperti syarikat berkaitan perniagaan yang
dinamakan sebagai Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Dengan adanya fatwa yang
lengkap tentang ajaran-ajaran menyeleweng yang telah wujud di Negara kita ini, maka sudah
tentu jangkaannya ialah ajaran berkenaan akan berakhir, pengikutnya akan sedar dan kembali
ke pangkal jalan, fatwa akan berupaya menjadi garis panduan dan sempadan kepada orang
lain yang sedar tentang pengharamannya. Namun hakikatnya, tinggalan ajaran berkenaan
didapati masih ada dan cuba dikembangkan oleh saki baki pengikutnya sehingga kini.

Pada tahun 2009, Abdul Kahar Ahmad yang lebih dikenali sebagai “Rasul Melayu” dibicara
dan disabitkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pelbagai kesalahan berkenaan
aktiviti beliau selama ini, masyarakat boleh merasa lega kerana satu lagi anasir yang
mencetuskan kekeliruan akidah di kalangan umat Islam di negara ini khususnya di
Selangor akhirnya berjaya dibanteras. Lima pertuduhan telah dikenakan dan Abdul
Kahar telah mengaku salah di atas kelima-lima pertuduhan berkenaan iaitu kesalahan
mengajar doktrin palsu, membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul,
menghina agama Islam, mengingkari arahan pihak berkuasa agamadan memberi pendapat
yang bertentangan dengan fatwa. Namun hakikatnya, usaha penyiasatan dan penangkapan

7
beliau memakan bmasa yang panjang iaitu sejak sebelum tahun 2005 lagi, tahun di mana fail
kes terhadapnya dibuka di Mahkamah Syariah Shah Alam. Fatwa status haram terhadap
ajarannya iaitu Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal pula telah difatwakan pada 3
Januari 2007, manakala buku karangannya bertajuk al-Furqaan-Pembeda telahpun
diharamkan di Selangor kerana menyelewengdari ajaran Islam yang sebenar.

Di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali sebagai“Ayah Pin” yang
membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman beliaumenarik perhatian awam. Pihak
berkuasa tempatan akhirnya merobohkan binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan
tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali
sebagai Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan
Hukum Syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi.
Namun, cubaan untuk menangkap dan membawa AyahbnPin ke muka pengadilan seringkali
menemui jalan buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak berkuasa beberapa tahun
2009. Setakat ini tindakan yang telah diambil terhadap pengikutnya, adalah didakwa dan
disabitkandi bawah seksyen 10 iaitu berkaitan kesalahan menghina atau mengingkari pihak
berkuasa agama dan seksyen 14 iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan
Hukum Syarak. Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun
didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Kelantan atas
kesalahan membuat istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak atau fatwa
yangdikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(MAIK).
Terdapat laporan bahawa Ayah Pin berada di Selatan Thailand sebelum ini dan telah pun
kembali ke Semenanjung dan bergerak di sekitar Kuala Lumpur. Pelbagai pihak
mempersoalkan kenapa beliau tidak ditangkap. Ironi pula apabila pihak PDRM mendakwa
tidak dapat menahan Ayah Pin kerana tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu.

Pada tahun 2008, akhbar mendedahkan wujud sekurang-kurangnya dua lagi bentuk kesesatan
yang bertopengkan konsep perniagaan multi-level marketing (MLM) yang mensasarkan
pengikutnya mencari ahli tambahan dan mendapat tebusan dosa jika berjaya menambah
pengikut baru, manakala satu lagi berkaitan seorang lelaki berusia 60-an dikenali sebagai

8
“Bang Chik”yang menggelarkan dirinya Guru Yahu dan mengajar pengikutnya berzikir
sahaja tanpa perlu melakukan ibadat lain.14

Baru-baru ini kita digemparkan dengan siri penangkapan pengikut Ajaran Tuhan Harun yang
mana ajaran ini dipercayai telah tersebar ke beberapa negeri khususnya di Negeri Pahang.
Ajaran ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffali Abdul Malik
pada 11 November 2013 yang lalu. Terbaharu beberapa pengikut ajaran ini telah ditahan dan
akan didakwa diatas pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di
Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang.15 Kes ini menjadi boleh dianggap sebagai penanda
aras dan menjelaskan kepada kita bahawa senario ajaran sesat di negara kita berada pada
tahap yang amat membimbangkan dan mengancam keselamatan negara ini.

Latar Belakang Ajaran Sesat di Negeri Sembilan

Sepertimana negeri-negeri lain, Negeri Sembilan juga tidak terlepas dari bahana ajaran sesat.
Sekitar tahun 1940 an hingga 1980 an antara ajaran sesat dan amalan khurafat yang dikenal
pasti bertapak di Negeri Sembilan ialah Tariqat Mufarridiyyah (Ajaran Sheikh Makmun),
Ajaran Qadiani, Tariqat Naqsyabandiyyah, Ajaran Taslim, Ajaran Ittiba al-Sunnah, amalan
Zikir Allah, Tariqat Nur Zaman, Persilatan Kebatinan Nasrul Haq, perbomohan, pemujaan jin
dan lain-lain.16

Pada tahun 90-an pula, pertubuhan Al-arqam atau ajaran Aurat Muhammadiah telah giat
membuka markaz-markaznya di beberapa tempat di negeri ini. Beberapa buku dan risalah
yang menyebarkan ajaran masing-masing juga turut dikesan sehinggalah Jabatan Mufti
Negeri menfatwakan beberapa risalah dan buku sebagai menyalahi akidah Islam pada tahun

14
Siti Zubaidah Ismail, Menangani Ajaran Sesat Di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-undang Dan
Pentadbiran, Jurnal Syariah, Jil.8, Bil.2, 2010, hlm. 250-254.
15
Ketua Kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ didakwa Isnin ini, Utusan Malaysia, 14 Disember 2013.
16
Nurul Atikah Jamaluddin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Peranan Hj.Abdullah bin Hj.Sijang dalam
Menangani Masalah Ajaran Sesat dan Khurafat di Daerah Port Dickson Negeri Sembilan, Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara (NUN) V 9-10 September 2013: Ulama dan Cabaran Idalisme Semasa, Jabatan Pengajian Arab
dan Tamadun Islam UKM, 2013, hlm.333-335.
9
1996 seperti Risalah ‘Tiang Agama’, Qamar Al-Huda dan Risalah Kesufian anjuran Bahari
Salleh.

Pada masa kini, terdapat beberapa ajaran tersebut dikenal pasti masih aktif dan ada yang telah
terkubur. Begitu juga terdapat ajaran-ajaran sesat atau yang meragukan mula berkembang
dikenal pasti menyalahi akidah Islam khususnya akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di sebarkan
di negeri ini seperti Syiah, Persilatan Tapediri 65, Ajaran Taslim, Ajaran Syed Muhammad al-
Mansur (Al-Mas), Ajaran Alunan Zikir Zat Cinta, Ajaran Gagak Hijau dan lain-lain samada
telah difatwakan atau masih dalam proses penyiasatan. Selain itu pertubuhan Al-arqam telah
dikesan semula pada hari ini dengan menggunakan modus operandi yang lain seperti
menjalankan perniagaan dan pusat jagaan dengan menggunakan berbagai-bagai nama seperti
Global Ikhwan, Restoran Nur Muhammad, Pusat Jagaan Anak Yatim Asnaf Murni dan
banyak lagi.17

Peruntukan undang-undang berkaitan dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan18

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, terdapat beberapa
peruntukan yang boleh dikaitkan dengan ajaran sesat iaitu:

BIL JENIS SEKSYEN DAN PERUNTUKAN


KESALAHAN TAJUK

1. Kesalahan Seksyen 47. Mana-mana orang yang memuja pantai,


mengenai Pemujaan salah. pokok, padang, kubur, hutan, bukit atau mana-
akidah mana orang atau apa-apa benda dengan apa-
apa jua cara yang bercanggah dengan Hukum
Syarak untuk apa-apa jua tujuan adalah
bersalah atas sesuatu kesalahan dan hendaklah
apabila disabitkan dikenakan hukuman denda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
dan mahkamah boleh memerintahkan supaya
alat-alat yang digunakan atau bangunan atau
binaan yang digunakan bagi pemujaan itu
dimusnahkan.

17
Mohd Zamri bin Samsudin , Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Akidah, Bahagian Dakwah, Jabatan hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, 18 November 2013
18
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.
10
2. Kesalahan Seksyen 49. Mana-mana orang yang mempermainkan,
mengenai Mempermainkan mencela, mengejek-ejek atau menghina sama
pencelaan dsb. ayat al-Quran ada dengan perkataan atau perbuatan akan
agama dan atau Hadith ayat-ayat al-Quran atau Hadith adalah bersalah
institusinya atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila
disabitkan dikenakan hukuman denda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
3. Kesalahan Seksyen 50. Mana-mana orang yang dengan perkataan,
mengenai Mencela, menghina sama ada secara lisan atau bertulis, atau
pencelaan dsb. Agama Islam dengan isyarat, atau dengan penyertaan zahir,
agama dan atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau
institusinya kelakuan, atau dengan apa cara lain sekalipun-
mencela atau disifatkan sebagai menghina atau
cuba mencela atau menghina Agama Islam;
atau
mempermainkan, mengajuk atau mengejek-
ejek akan amalan atau upacara yang berkaitan
dengan Agama Islam; atau
perjalanan mana-mana mazhab yang
muktabar; atau
mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan
sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran
Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En.
1/1991],adalah bersalah atas suatu kesalahan
dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan
hukuman denda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.
4. Kesalahan Seksyen 51. Fatwa Mana-mana orang yang memberi,
mengenai yang berlawanan. menghebahkan atau mengembangkan apa-apa
pencelaan fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai
agama dan apa-apa soalan, ajaran Islam atau Hukum
institusinya Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa
yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di
bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak
(Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah
apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan
fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan
dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh
mahkamah dan segala penerbitannya,
penjualannya, dan pengedarannya hendaklah
dilarang.

5. Kesalahan Seksyen 52. Mana-mana orang yang mengajar Agama


mengenai Perbuatan atau Islam atau menghuraikan perkara yang sama
pencelaan ajaran salah. kepada seseorang atau sekumpulan orang di
11
agama dan tempat awam atau sebaliknya atau
institusinya menjalankan sesuatu upacara atau sesuatu
perbuatan yang berlawanan dengan Hukum
Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan
dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan
hukuman denda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali
dan segala dokumen dan peralatan yang
berkaitan dengan sabitan itu hendaklah
dirampas dan dimusnahkan sebagaimana
diarahkan oleh Mahkamah.
6. Kesalahan Seksyen 53. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama
mengenai Mengajar agama tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah
pencelaan tanpa tauliah. di bawah subseksyen 118(3) Enakmen
agama dan Pentadbiran, kecuali kepada ahli-ahli
institusinya keluarganya di tempat kediamannya sahaja,
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan
bolehlah apabila disabitkan dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang tauliahnya ditarik balik


tetapi tidak mengembalikan tauliah itu kepada
Jawatankuasa Tauliah adalah bersalah atas
suatu kesalahan dan bolehlah apabila
disabitkan dikenakan hukuman denda tidak
melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.

7. Kesalahan Mana-mana orang yang mencetak, menerbit


mengenai Seksyen 54. atau membahagi untuk jualan atau dengan
pencelaan Penerbitan agama jalan yang lain, atau sesiapa yang ada dalam
agama dan yang berlawanan possessi sesuatu buku, risalah atau dokumen
institusinya dengan Hukum yang memberi atau dimaksudkan memberi
Syarak pengajaran atau mana-mana fatwa mengenai
apa-apa perkara Hukum Syarak, jika buku atau
. dokumen itu mengandungi sesuatu perkara
yang berlawanan atau bersalahan kepada qaul-
qaul Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki atau
Hambali atau kepada sesuatu fatwa yang sah
dikeluarkan oleh Mufti di bawah Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan)
1991[En. 1/1991.] adalah melakukan satu
kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan
dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan
segala buku, risalah, dokumen atau alat-alat
12
percetakan, penerbitan, penjualan dan tiap-tiap
perkara yang mengenainya itu hendaklah
dirampas dan dimusnahkan sebagaimana
diarahkan oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa buku, risalah, dokumen


atau penerbitan tersebut telah diharamkan
percetakan, penerbitan atau pengedarannya
untuk jualan atau pemilikannya oleh
Kementerian Dalam Negeri di bawah mana-
mana undang-undang yang sedang
berkuatkuasa.

Statistik Kes Berhubung Dengan Peruntukan Ajaran Sesat

Berikut merupakan statistik kes bagi kes-kes yang telah didakwa di negeri ini berhubung
dengan ajaran sesat19:

BIL. SEK. KESALAHAN BIL.KES TERTUDUH (OKT)

1 47 Pemujaan Salah 1 1.Muhammad Sombhas bin


Abdullah
2 49 Mempermainkan dsb. Ayat al- 1 1.Muhammad Sombhas bin
Quran atau hadith Abdullah
3 50 Menghina Agama Islam 1 1.Muhammad Sombhas bin
Abdullah
4 51 Fatwa yang berlawanan 0
5 52 Perbuatan atau Ajaran Salah 0
6 53 Mengajar Tanpa Tauliah 4 1. Rasul bin Dahari
2.Mohd Herman bin Ab
Wahab
3. Irwan Hidayat bin Abd
Rahim
4. Fathul Bari bin Mat Jaya
7 54 Penerbitan bertentangan dengan 0
Hukum Syarak

Tidak banyak kes-kes yang didakwa berhubung dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan. Pada
tahun 2012, amalan nikah batin oleh tertuduh bernama Muhammad Sombhas bin Abdullah

19
Portal e-Syariah ( Negeri Sembilan), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, 1 November 2013
13
telah berjaya disekat berikutan penangkapan tertuduh.20 Berita ini telah menggemparkan
negeri ini khususnya kerana ajaran ini tidak pernah diketahui dan tidak pernah mendapat
liputan mahupun difatwakan sebagai ajaran sesat. Tertuduh telah didakwa dengan 4
pertuduhan termasuklah pertuduhan memikat atau membawa pergi atau menahan dengan niat
jahat perempuan bersuami atau anak dara sebagaimana yang diperuntukkan pada seksyen 77
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Bagi kesalahan mengajar tanpa tauliah pula, tertuduh yang bernama Rasul bin Dahari sahaja
telah disabitkan bersalah diatas pengakuannya sendiri. Manakala kes bagi tertuduh yang
bernama Fathul Bari bin Mat Jaya yang ditangkap bersama Mohd Herman bin Abd Wahab
dan Irwan Hidayat bin Abd Rahim kerana mengajar tanpa tauliah di Madrasah Ittibak
Assunnah, Kuala Pilah telah ditarik balik oleh pihak pendakwa diatas sebab-sebab tertentu.21

Perbandingan Fatwa Berkaitan Dengan Ajaran Sesat di Malaysia

Semua Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia memperuntukkan


bahawa pihak yang berhak dan bertanggungjawab mengeluarkan hukum apabila diperlukan
ialah Institusi Fatwa setiap negeri. Institusi Fatwa setiap negeri terdiri daripada gandingan
antara mufti dan Jawatankuasa Syariah bagi setiap negeri tersebut. Fatwa yang hendak
dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri hendaklah melalui Jawatankuasa Syariah
dengan mufti menjadi pengerusinya. Oleh itu,
Perbincangan mengenai perlantikan pihak yang mengeluarkan serta menguatkuasakan fatwa
hukum akan menjurus kepada perlantikan mufti dan Ahli Jawatankuasa Syariah atau bagi
Kedah dan Terengganu dipanggil Jawatankuasa Fatwa, di Kelantan dipanggil Jamaah
Ulamak, di Johor dipanggil Lujnah Fatwa dan di Wilayah Persekutuan dikenali sebagai
Jawatankuasa Undang-undang
Syarak. Negeri-negeri lain menggunakan nama Jawatankuasa Syariah.22

Fatwa hendaklah diiktiraf oleh Mahkamah Syariah di negeri di mana fatwa itu diwartakan.
Penguatkuasaan fatwa yang di bawah kuasa negeri sebenarnya menyumbang kepada
kesukaran untuk membuat penyeragaman fatwa bagi seluruh Malaysia. Sehingga kini, hanya

20
Bomoh Nikah Batin Ditangkap, Akhbar Sinar Harian,17 September 2012
21
Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, 1 November 2013.
22
Hasnan Kasan, Prosedur Mengeluar dan menguatkuasa Fatwa di Semenajung Malaysia, Jurnal Undang-
undang dan Masyarakat, Jld.10, 2006, hlm.2.
14
terdapat beberapa kes di mana semua negeri membuat serta mewartakan fatwa yang serupa.
Misalnya dalam pengharaman buku Aurad Muhammadiyah dan kumpulan al-Arqam
([1986]1JH 32). Dalam kes tersebut, semua negeri bersetuju menerima dan mewartakan fatwa
hasil daripada keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setelah diperakui oleh
Majlis Raja-Raja.23

Disebabkan perbezaan bidangkuasa ini, jumlah fatwa disetiap negeri juga adalah berbeza.
Perbezaan jumlah fatwa berhubung dengan ajaran sesat di beberapa negeri dapat dilihat
sebagaimana pada jadual berikut :

BIL. NEGERI BILANGAN FATWA

1 Wilayah Persekutuan 30

2 Negeri Sembilan 6

3 Selangor 36

4 Melaka 20

5 Johor 10

6 Pahang 12

7 Perak 15

8 Kedah 11

23
Zaini Nasohah, Undang-undang Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia, Islamiyyat, Jilid 27 (1), 2005, hlm.29.
15
Fatwa berkaitan Ajaran Sesat di Negeri Sembilan dan kepentingannya.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan adalah organisasi yang bertanggungjawab


menguruskan hal ehwal fatwa di negeri ini. Senarai fatwa berhubung dengan ajaran sesat di
Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:

BIL. TAJUK/PERKARA TARIKH WARTA/BELUM

1 Aurad Muhammadiah 2 Ogos 1994 Warta

2 Buku-buku dan Risalah Ajaran Sesat.


Qamar al-Huda 17 April 1996 Warta
Nukilan Ahli Sufi Allahu Akbar Encik
Bahrin bin Salleh
Risalah Kesufian – Anjuran Baharin
Salleh
Sebaik-baik makrifah yang
dipertunjukkan bagi hati

3 Ke Arah Membendung Pengaruh 12 Mac 1998 Warta


Syiah di Malaysia

4 Risalah ‘ Tiang Agama’ menyalahi 4 November 1999 Warta


akidah Islam

5 Penyelewengan Ajaran Syiah 17 Julai 2013 Belum

6 Penyelewengan Ajaran Taslim 17 Julai 2013 Belum

Berdasarkan maklumat diatas, dapatlah diketahui bilangan fatwa berkaitan dengan ajaran
sesat di Negeri Sembilan adalah sedikit berbanding negeri-negeri yang lain. Sedangkan jika
dikaji pada perkembangan ajaran sesat di Negeri Sembilan sejak abad 40 an lagi terdapat
lebih 10 ajaran yang boleh dikategorikan sebagai sesat dan perlu diambil tindakan.
Berdasarkan maklumat, terdapat beberapa ajaran yang masih aktif di Negeri Sembilan tetapi
masih belum difatwakan sebagai ajaran sesat iaitu Tarekat Khaidiriah, Persilatan Tapediri 56,
Ajaran Syed Muhammad al-Mansor (Al-Mas), Ajaran Wahabi, Ajaran Qadiani, Ajaran
Alunan Zikir Zat Cinta, Ajaran Gagak Hijau dan lain-lain. Daripada ajaran-ajaran ini terdapat

16
ajaran yang masih dalam siasatan dan telah memakan masa yang lama.24Tarekat Khaidiriah
hanya ditolak pendaftarannya sebagai satu aliran tarekat yang sah dan berdaftar sebagaimana
peruntukan yang terkandung pada Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan) 2005 dan
tidak difatwakan sebagai ajaran sesat sedangkan jika dilihat pegangan akidah pengikutnya
aliran tarekat ini sudah tersasar jauh dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Fatwa berkaitan dengan sesuatu ajaran sesat dan mewartakan adalah penting bagi membantu
pihak penguatkuatkuasaan mendapatkan bukti yang kukuh. Ini kerana beban pembuktian
adalah terletak kepada tanggungjawab pihak penguatkuasaan. Tanpa bukti kukuh adalah sukar
untuk pihak yang bertanggungjawab mengemukakan dakwaan. Oleh itu sebagai pihak yang
bertanggungjawab menguruskan hal ehwal fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri harus
mengambil pendekatan yang lebih sesuai dengan keadaan masa kini iaitu dengan
menfatwakan kesemua ajaran sesat di negeri ini sebagaimana tindakan yang diambil oleh
kebanyakan negeri yang lain. Selain itu Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga
memainkan peranan penting dalam mewartakan fatwa-fatwa tersebut supaya tindakan
penguatkuasaan dapat dilakukan.

Masalah-masalah yang dihadapi

Jika dilihat kepada statistik kes-kes yang telah didakwa di Negeri Sembilan, menggambarkan
bahawa isu ajaran sesat di Negeri Sembilan adalah tidak membimbangkan. Namun hakikatnya
adalah sebaliknya. Kajian mendapati bahawa terdapat banyak kes yang melibatkan ajaran
sesat di Negeri Sembilan yang telah kenal pasti, namun tiada tindakan diambil diatas faktor-
faktor berikut:

i. Terdapat kelemahan dan kekurangan pada beberapa peruntukan undang-


undang yang berkaitan.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, terdapat beberapa peruntukan yang boleh
didakwa terhadap pengamal-pengamal ajaran sesat. Namun pembuktian yang kukuh
merupakan perkara utama yang perlu dikenalpasti sebelum tangkapan dan dakwaan
24
Mohd Zamri , Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Akidah, Bahagian Dakwah, Jabatan hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sembilan, 18 November 2013

17
boleh dibuat. Elemen pembuktian juga mempunyai hubungan dengan peruntukan-
pertuntukan undang-undang. Semua ini berhubungkait supaya pertuduhan boleh
mencapai tahap prima facie dan sabitan boleh dilakukan terhadap tertuduh. Jika
diperhalusi terdapat banyak peruntukan berhubung dengan kesalahan didalam
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan(1992) yang perlu kaji dan dipinda
semula. Enakmen ini pernah dipinda pada tahun 2004 yang hanya melibatkan 8
seksyen termasuk pindaan terhadap Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah. Hukuman
terhadap kesalahan juga harus dinilai semula supaya ianya benar-benar memberi
kesan terhadap tertuduh dan masyarakat.

ii. Penyelarasan gerak kerja yang kurang teratur dan sistematik


Penyelarasan gerak kerja yang tersusun dan sistemasik merupakan unsur penting bagi
sesuatu pelaksanaan kerja yang berkesan. Penguatkuasaan merupakan aspek utama
bagi mengekang ajaran sesat dari terus menular. Aspek ini merangkumi penyelidikan,
penfatwaan, pewartaan, penangkapan seterusnya pendakwaan. Ianya melibatkan
beberapa agensi kerajaan yang utama iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Proses kerja boleh
digambarkan seperti berikut:

18
•Aduan
•Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

•Penyelidikan dan Penyiasatan


•Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

•Penfatwaan dan Pewartaan


•Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
•Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

•Risikan dan Penangkapan


•Bahagian Penguatkuasa, JHEAINS

•Pendakwaan
•Bahagian Pendakwaan, JHEAINS

•Hukuman
•Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Namun, kajian mendapati terdapat juga aduan yang tidak melalui Unit Akidah,
Bahagian Dakwah, JHEAINS begitu juga dengan proses penyelidikan dan kajian
terhadap sesuatu ajaran samaada didapati melalui aduan, laporan media massa dan
internet. Kajian juga mendapati bahawa Unit Istiqra`, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Sembilan juga dalam masa yang sama mengambil tindakan penyelidikan terhadap
aduan yang diutarakan terus kepadanya. Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Akidah
oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini juga dilihat boleh
mengelirukan proses gerak kerja asal yang sedia ada.

iii. Ajaran –ajaran sesat tidak difatwakan dan diwartakan


Jika diteliti, hanya beberapa ajaran sahaja yang telah difatwakan sebagai sesat di
Negeri Sembilan berbanding bilangan ajaran sesat yang telah dikenal pasti wujud di
negeri ini sejak sekian lama. Terdapat beberapa kemungkinan ajaran tersebut tidak
difatwakan dan diwartakan, antaranya pendekatan diplomasi berbanding undang-

19
undang, hasil penyelidikan terhadap sesuatu ajaran tidak mencapai tahap yang
memuaskan dan sebagainya. Pendekatan diplomasi merupakan salah satu langkah
yang telah lama dilaksanakan dinegeri ini. Sebagai contoh , dalam menangani isu
persilatan kebatinan Nasrul Haq, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah menggunakan
metode atau pendekatan secara diplomasi dan berhemah. Menurut Hj. Omar bin
Hassan, dalam menentang isu Nasrul Haq, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah
mengutuskan surat peribadi kepada pengasas Nasrul Haq iaitu Tan Sri Samad dan
secara tegas beliau menyatakan bahawa Nasrul Haq adalah haram kerana ajaran dan
amalannya bertentangan dengan ajaran Islam. Peristiwa beliau menghantar surat
kepada Tan Sri Samad yang merupakan seorang Menteri Kabinet yang berpengaruh
adalah bukti ketegasan beliau dalam persoalan akidah. Akhirnya, atas desakan
golongan ulama Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa Nasrul Haq
diharamkan.25

Persoalannya adakah pendekatan diplomasi ini masih sesuai dan berkesan digunakan
terhadap kesemua ajaran sesat tersebut? Mengapa masih wujud ajaran-ajaran sesat
yang telah dikenalpasti wujud sejak beberapa dekat yang lalu sehingga kini? Begitu
juga dengan persoalan yang timbul mengenai ajaran-ajaran yang telahpun difatwakan
sesat seperti Ajaran al-Mas pada tahun 2000 dan pengharaman ajaran Rufaqa oleh
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan? Mengapa kita tidak mengambil langkah dengan
menfatwakan sahaja ajaran-ajaran yang telah diputuskan sebagai sesat oleh
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ?

iv. Tiada kepakaran khusus dalam hal berkaitan dengan penyiasatan dan
penyelidikan sesuatu ajaran.
Kepakaran dalam penyiasatan dan penyelidikan amat diperlukan bagi mengenalpasti
ciri-ciri atau pegangan sesuatu ajaran samaada bertepatan dengan Hukum Syarak dan
Ahli Sunnah wal Jamaah atau tidak. Pada asalnya, tugas menyiasat dan menyelidik
sesuatu ajaran ini adalah terletak kepada Unit Akidah , Bahagian Dakwah, JHEAINS.
Unit Akidah, JHEAINS sebelum ini diletakkan dibawah Unit Penyelidikan jabatan
yang sama.Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S41, 2

25 25
Nurul Atikah Jamaluddin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Peranan Hj.Abdullah bin Hj.Sijang dalam
Menangani Masalah Ajaran Sesat dan Khurafat di Daerah Port Dickson Negeri Sembilan, Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara (NUN) V 9-10 September 2013: Ulama dan Cabaran Idalisme Semasa, Jabatan Pengajian Arab
dan Tamadun Islam UKM, 2013, hlm.336.

20
orang Pegawai hal Ehwal Islam, Gred S27, 2 orang Pembantu Hal Ehwal Islam , Gred
S17. Kajian mendapati bahawa unit ini tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama
dengan mana-mana universiti mahupun pihak-pihak yang boleh dianggap pakar
dalam mengenalpasti ciri-ciri sesuatu ajaran. Kekosongan jawatan Pegawai Hal
Ehwal Islam, Gred 41 yang tidak diisi dalam tempoh hampir setahun juga dilihat
sebagai satu kekangan yang boleh menghalang unit ini mencapai matlamat
penubuhannya.

v. Masalah penangkapan dan pembuktian


Penangkapan dan pembuktian merupakan elemen penting bagi memastikan tertuduh
(OKT) dapat disabitkan dengan kesalahan yang didakwa. Pihak yang
bertanggungjawab untuk menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan
jenayah syariah di Negeri Sembilan ialah Bahagian Penguatkuasaan, JHEAINS.
Manakala pihak yang harus mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong sesuatu
pertuduhan ialah Bahagian Pendakwaan, JHEAINS. Sungguhpun begitu bagi kes-kes
seperti ajaran sesat peranan semua pihak yang terlibat amatlah penting. Justeru,
kerjasama kesemua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan ajaran sesat di negeri
ini dapat diambil tindakan. Sebagai contoh, sekiranya aduan diperolehi berkaitan
dengan sesuatu ajaran dan wujud masalah berkaitan penyelidikan atau penfatwaan
dan pewartaan, maka penangkapan tidak dapat dilakukan kerana kekurangan elemen
pembuktian. Begitu juga dengan kepakaran yang terbatas bagi hal-hal berkaitan
dengan penangkapan ajaran sesat oleh Bahagian Penguatkuasaan, JHEAINS. Semua
ini boleh membantut tindakan penguatkuasaan terhadap pengamal ajaran sesat di
negeri ini.

21
Cadangan Penambahbaikkan

i. Undang-undang:

(a) Semakan semula terhadap beberapa peruntukan undang-undang yang terdapat pada
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 iaitu:

1. Seksyen 51 berkaitan dengan fatwa yang berlawanan. Seksyen ini telah


memperuntukkan bahawa : Mana-mana orang yang memberi, menghebahkan atau
mengembangkan apa-apa fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai apa-apa
soalan, ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang
dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak
(Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] adalah bersalah atas suatu kesalahan dan
hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara
bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan fatwa itu jika bertulis
hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh mahkamah dan
segala penerbitannya, penjualannya, dan pengedarannya hendaklah dilarang.

Jika diperhalusi peruntukkan ini membawa maksud seseorang yang mengebahkan,


memberi atau mengembangkan sesuatu fatwa berlawanan dengan fatwa yang
berkuatkuasa di negeri ini adalah satu kesalahan. Bagi menyesuaikan dengan
kesalahan ajaran sesat, kesalahan fatwa yang berlawanan perlu dipinda kepada
pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Ini kerana fatwa setiap negeri adalah
hampir serupa terutama dalam hal berkaitan akidah. Begitu juga dengan pemakaian
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] yang
terkandung didalam peruntukan ini adalah tidak relevan lagi kerana enakmen ini telah
dimansuhkan dan telah diganti dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Sembilan) 2003 (En.10/03). Adalah dicadangkan bahawa peruntukkan ini diganti
dengan peruntukan yang diamalkan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Sarawak,
Pulau Pinang, Terengganu dan Johor iaitu:

22
Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.
(1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-
apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara' yang
bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara
lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan
dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang
berkaitan dengan pendapat itu.

2. Seksyen 52 iaitu bagi kesalahan perbuatan atau ajaran salah. Peruntukkan ini
perlu diperhalusi semula dari sudut bentuk kesalahan dan hukuman. Perbezaan
peruntukan di negeri ini berbanding negeri-negeri lain boleh dilihat sebagaimana
berikut:

BIL. NEGERI DAN JENIS SEKSYEN PERUNTUKAN HUKUMAN


ENAKMEN KESALAHAN DAN
TAJUK

Selangor (Enakmen Kesalahan yang Seksyen 7. (1) Mana-mana 1. Denda tidak


1.
Jenayah Syariah berhubung Doktrin palsu orang yang melebihi lima
(Selangor) 1995) dengan akidah mengajar atau ribu ringgit
menjelaskan apa- atau
Wilayah-wilayah apa doktrin atau dipenjarakan
2. Persekutuan Sek.4 melaksanakan selama tempoh
(Akta Kesalahan Doktrin palsu apa-apa upacara tidak melebihi
Jenayah Syariah atau perbuatan tiga tahun atau
(Wilayah-wilayah yang sebat tidak
Persekutuan) 1997) berhubungan melebihi enam
dengan agama sebatan atau
3. Terengganu Sek.4 : Islam dimana- dihukum
(Enakmen Kesalahan Doktrin palsu mana tempat, dengan mana-
Jenayah Syariah sama ada tempat mana
(Takzir)(Terengganu) persendirian atau kombinasi
2001 tempat awam, hukuman itu.
adalah
melakukan suatu 2. Mahkamah
23
kesalahan jika boleh
doktrin atau memerintahka
Sarawak (Ordinan Sek.4. upacara atau n supaya
4. Kesalahan Jenayah Doktrin palsu perbuatan itu mana-mana
Syariah 2001) bertentangan dokumen atau
dengan Hukum benda yang
Sek.4. Syara` atau digunakan
Johor (Enakmen Doktrin palsu mana-mana fatwa dalam
5.
Kesalahan Jenayah yang sedang perlakuan
Syariah (Johor) 1997 berkuatkuasa di kesalahan atau
Negeri ini/ yang ada
Sek.4. Wilayah kaitan dengan
Doktrin palsu Persekutuan/ di kesalahan yang
Pulau Pinang Negeri disebut dalam
6.
(Enakmen Kesalahan Terengganu dan subseksyen (1)
Jenayah Syariah apabila dilucuthakkan
Pulau Pinang 1996 disabitkan boleh dan
didenda tidak dimusnahkan,
melebihi lima walaupun tiada
ribu ringgit atau seorang pun
dipenjarakan telah
selama tempoh disabitkan atas
tidak melebihi kesalahan itu.
tiga tahun atau
sebat tidak
melebihi enam
sebatan atau
dihukum dengan
mana-mana
kombinasi
hukuman itu.
(2) Mahkamah
boleh
memerintahkan
supaya mana-
mana dokumen
atau benda yang
digunakan dalam
perlakuan
kesalahan atau
yang ada kaitan
dengan kesalahan
yang disebut
dalam
subseksyen (1)
dilucuthakkan
dan
dimusnahkan,
walaupun tiada
seorang pun telah
disabitkan atas
kesalahan itu
24
7. Kesalahan Sek.162
Pahang Ajaran yang 1) Sesiapa 1. Denda tidak
(Enakmen salah mengajar atau lebih daripada
Pentadbiran Ugama menghuraikan lima ribu
Islam dan Adat kepada orang ringgit atau
Resam Melayu ramai apa-apa penjara tidak
Pahang 1982) ajaran atau lebih daripada
menjalankan apa- dua tahun atau
apa perbuatan kedua-duanya
berkaitan dengan atau sebat
Ugama Islam sebanyak tiga
yang berlawanan kali sebatan
dengan Hukum atau ketiga-
Syara' adalah tiganya.
melakukan suatu
kesalahan dan
apabila sabit
bolehlah 2. Barang-
dihukum dengan barang bertulis
didenda tidak dirampas
lebih daripada dengan arahan
lima ribu ringgit supaya
atau penjara tidak dimusnahkan
lebih daripada atau dengan
dua tahun atau apa-apa arahan
kedua-duanya yang sesuai
atau sebat sama ada
sebanyak tiga pendakwaan
kali sebatan atau dibuat atau
ketiga-tiganya. tidak ke atas
sesiapa pun

(2) Jika, semasa


dalam
pembicaraan di
atas sesuatu
tuduhan di bawah
seksyen ini ada
berbangkit soal-
soalan yang
berkehendakkan
penyelesaiannya
dengan
berpandukan
sesuatu fatwa
yang belum
diakui atau
dibuat dalam
Negeri ini maka
Mahkamah itu
hendaklah
25
merujukkan
soalan itu dengan
secara bertulis
kepada Majlis
dan Mahkamah
itu hendaklah
patuh kepada
apa-apa
penetapan yang
dibuat oleh
Majlis di atas
soalan yang
dirujukkan itu.

(3) Apabila
rujukan dibuat di
bawah seksyen-
kecil (2), maka
Mahkamah itu
bolehlah
menangguhkan
pembicaraan kes
itu hingga
diterima
penetapan dari
Majlis.

(4) Semua ajaran


yang salah bagi
maksud seksyen-
kecil (1), jika
bertulis, maka
Mahkamah
hendaklah
memerintahkan
bagi barang-
barang bertulis
itu dirampas
dengan arahan
supaya
dimusnahkan
atau dengan apa-
apa arahan yang
sesuai sama ada
pendakwaan
dibuat atau tidak
ke atas sesiapa
pun

26
8. Perak Kesalahan Seksyen 9. Sesiapa yang
(Enakmen Jenayah berhubung Ajaran atau mengajar agama, 1. Denda tidak
(Syariah 1992) dengan akidah amalan salah. menghuraikan melebihi lima
perkara yang ribu ringgit
sama kepada atau penjara
seseorang atau selama tempoh
sekumpuIan tidak melebihi
orang di tempat tiga tahun atau
awam atau kedua-duanya
sebaliknya atau
menjalankan 2. Segala
sesuatu upacara dokumen dan
atau sesuatu peralatan yang
perbuatan, yang berkaitan
berlawanan dengan sabitan
dengan Hukum itu hendaklah
Syara' adalah dirampas dan
bersalah atas dimusnahkan
suatu kesalahan
dan hendaklah,
apabila
disabitkan,
dikenakan
hukuman denda
tidak melebihi
lima ribu ringgit
atau penjara
selama tempoh
tidak melebihi
tiga tahun atau
kedua-duanya
dan segala
dokumen dan
peralatan yang
berkaitan dengan
sabitan itu
hendaklah
dirampas dan
dimusnahkan
sebagaimana
yang diarah oleh
Mahkamah.

Pertama, dalam enakmen yang berkuatkuasa di negeri ini, kesalahan ini dikategorikan
sebagai kesalahan berkaitan dengan pencelaan agama dan institusinya. Dibanyakkan
negeri-negeri yang lain, kesalahan ini diletakkan dibawah kategori kesalahan berkaitan
dengan akidah. Jika diperhalusi kesalahan seumpama ini lebih sesuai dikategorikan
sebagai kesalahan berkaitan akidah kerana ianya berhubung dengan penyelewangan
akidah.
27
Seterusnya didalam peruntukan di negeri ini dinyatakan bahawa ‘mana-mana orang
yang mengajar Agama Islam’,klausa ini adalah kurang tepat ini kerana terdapat ajaran
sesat yang tidak mengajar hal-hal berkaitan dengan Agama Islam seperti ajaran sesat
yang berkaitan dengan ilmu persilatan. Di Selangor, Wilayah-wilayah Persekutan,
Terengganu, Johor ,Sarawak dan Pulau Pinang istilah doktrin telah digunakan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, doktrin bermaksud prinsip atau kepercayaan
yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima. Manakala menurut Kamus
Pelajar pula doktrin membawa erti ajaran(bukan agama,sesuatu ilmu dll) yang dianuti
atau yang dijadikan pegangan. Sedangkan ajaran menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat bermaksud segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan
mazhab.26

Selanjutnya didalam seksyen tersebut tidak diperuntukkan bahawa ‘ajaran yang


bersalahan dengan fatwa yang sedang berkuatkuasa di negeri ini’ sebagai salah satu
kesalahan yang boleh didakwa dibawah peruntukan ini. Perkara ini wajar dimasukkan
sebagai menguatkan lagi kesalahan yang dibuat seterusnya menyokong dakwaan dan
menguatkan elemen pembuktian kes.

Bagi hukuman pula, hukuman maksimum perlu diimplementasikan sebagaimana


peruntukkan yang terdapat pada kebanyakkan negeri yang lain. Oleh yang demikian
hukuman 6 kali sebatan wajar ditambah kepada peruntukan sedia ada sebagai
hukuman maksimum bagi kesalahan tersebut. Kesimpulannya, bagi kesalahan ini,
peruntukan bagi kesalahan yang sama yang diamalkan di Negeri Selangor, Wilayah-
wliayah Persekutuan, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Sarawak adalah satu
peruntukan yang lengkap dan wajar diemplementasikan di Negeri Sembilan dengan
tambahan mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah sebagai hukuman
terhadap tertuduh.

26
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my, 16
Disember 2013
28
3. Seksyen 54, penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syarak.
Peruntukkan ini masih menggunapakai Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri
Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] sedangkan enakmen ini telah dimansuhkan dan telah
diganti dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003
(En.10/03).

4. Mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah

Disamping itu mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah di mana-mana


pusat pemulihan akidah yang kompiten adalah salah satu bentuk hukuman yang wajar
diemplimintasikan sesuai dengan keadaaan semasa.

5. Menambah peruntukan Dakwaan Palsu.

Iaitu dengan menggunapakai peruntukan yang sedia ada di negeri Selangor,


Wilayah Persekutuan, Johor, Sarawak , Pulau Pinang dan Terengganu iaitu:

Mana-mana orang yang-


(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi,
Imam Mahadi atau wali; atau

(b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui
peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,

sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu serta


bertentangan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

29
ii. Penguatkuasaan:

(a) Menyelaras Semula Bidang Tugas Setiap Agensi


Hampir setiap agensi agama di negeri ini mempunyai tanggungjawab dan peranan
dalam membasmi ajaran sesat di negeri ini. Justeru, semua agensi ini harus
mengadakan pertemuan dan mesyuarat berkala bagi melicinkan urusan-urusan
yang berkaitan. Mesyuarat ini juga penting bagi membincangkan segala masalah
yang timbul disetiap agensi bukan sahaja berkaitan dengan ajaran sesat bahkan
semua urusan yang melibatkan kerjasama yang lain. Kajian mendapati bahawa
mesyuarat penyelarasan yang melibatkan kesemua agensi agama belum pernah
diadakan di negeri ini. Justeru satu mesyuarat yang melibatkan kesemua agensi
agama secara berkala wajar diadakan bagi membentuk perpaduan dan kerjasama
yang lebih erat.

(b) Mewujudkan Jawatankuasa Khas


Adalah dicadangkan supaya jawatankuasa khas dibentuk yang dianggotai oleh
kesemua agensi agama yang terlibat dengan hal ehwal akidah. Selain untuk
mengeratkan hubungan kerjasama, jawatankuasa ini berperanan sebagai platform
bagi menyalurkan maklumat gerak kerja yang dilakukan terhadap sesuatu ajaran
di negeri ini.

(c) Memperkasakan Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS


Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, unit ini merupakan pihak pertama yang
mula-mula mengambil tindakan berkaitan dengan ajaran sesat di negeri ini. Ini
kerana kesemua aduan ataupun maklumat yang diperolehi harus disiasat dengan
terperinci oleh unit ini. Segala dapatan daripada siasatan dan penyelidikan harus
dikemukakan kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri sebelum tindakan
penfatwaaan dan pewartaan boleh diambil. Sekiranya siasatan dan penyelidikan
yang dibuat tidak mencapai tahap yang memuaskan akan menyebabkan kesukaran
kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tindakan selanjutnya..
Sebagai satu organisasi yang khusus berkaitan dengan ajaran sesat, unit ini harus
dimantapkan dari sudut penambahan bilangan jawatan dan kemahiran terhadap
siasatan dan penyelidikan.
30
(d) Mewujudkan unit khas dan menggembleng kepakaran di Bahagian
Penguatkuasaan, JHEAINS.
Bahagian Penguatkuasaan juga merupakan bahagian yang penting dalam menyekat
penyebaran ajaran sesat di negeri ini. Bahagian ini berperanan sebagai agensi yang
bertindak dengan melakukan penangkapan. Sebelum penangkapan dapat dibuat,
segala pembuktian perlu dikumpul dan diteliti terlebih dahulu. Oleh itu, kepakaran
dalam meneliti elemen pembuktian khususnya ajaran sesat memerlukan individu
yang mahir dan cekap bagi mengelakkan kesalahan dalam penangkapan. Kajian
mendapati selain bilangan pegawai penguatkuasa agama yang tidak mencukupi,
ketiadaan satu unit khas berkaitan dengan ajaran sesat juga menjadi kekangan.
Justeru satu unit khas yang berperanan bagi mengumpul dan mendapatkan
maklumat berkaitan dengan sesat perlu ditubuhkan.

(e) Keluar dari kepompong kebiasaan dan berani mengambil risiko


Mantan Ketua Hakim Syarie Pertama Negeri Sembilan, mencadangkan supaya
Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan, JHEAINS harus keluar dari
kepompong tugasan yang biasa dilakukan dan harus berani mengambil risiko. Ini
kerana sejak enakmen kesalahan jenayah berkuatkuasa di negeri ini, hanya
beberapa jenis kes jenayah sahaja yang selalu dihadapkan ke mahkamah iaitu kes
percubaan persetubuhan haram, kes judi dan minum arak. Beliau mencadangkan
supaya bahagian-bahagian ini perlu berani mengambil risiko dan belajar dari
kesilapan sekiranya berlaku kesalahan atau kekalahan pada kes yang didakwa.
Dari kesilapan ini pihak-pihak tersebut dapat mempelajari sesuatu dan semakin
matang dalam mengambil tindakan terhadap kes yang serupa di masa hadapan.27

27
Dato` Baharum bin Hasbullah, Mantan Ketua Hakim Syarie Pertama, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sembilan, 17 Disember 2013.
31
(f) Menggiatkan lagi program anjuran bersama seperti kursus dan seminar
berkaitan dengan ajaran sesat kepada masyarakat.
Penekanan terhadap program anjuran bersama perlu diambikira. Sebagai agensi
agama yang perlu mempunyai hubungan yang baik, penganjuran kursus dan
seminar berkaitan dengan ajaran sesat amat wajar melibatkan agensi-agensi agama
yang lain. Selain dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama program anjuran
bersama ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agensi yang
berkaitan.

(g) Mewujudkan Pusat Pemulihan Akidah dan Akhlak serta langkah


mewartakan
Sebagai langkah pemulihan kepada pesalah-pesalah ajaran sesat, adalah
dicadangkan agar satu Pusat Pemulihan Akidah dibangunkan. Pusat ini bukan
sahaja boleh berfungsi sebagai tempat pemulihan pesalah-pesalah ajaran sesat
tetapi boleh digunakan sebagai pusat pemulihan akhlak terutama bagi golongan
remaja yang bermasalah. JAKIM telah membina dua buah pusat pemulihan yang
dikenali sebagai Pusat Pemantapan Akidah yang terletak di Jelebu, Negeri
Sembilan dan di Hulu Yam, Selangor. Walaubagaimanpun Negeri Sembilan tidak
mewartakan pusat-pusat tersebut sebagai tempat pemulihan akidah bagi kesalahan-
kesalahan yang didakwa di negeri ini.

(h) Menjalinkan hubungan dengan pihak-pihak yang pakar seperti Jabatan


Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan lain-lain.
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas sebelum sesuatu ajaran
difatwakan sebagai sesat, kerjasama dengan pihak luar juga perlu dijalinkan. Di
universiti-universiti khususnya kajian dan penyelidikan sesuatu ajaran lebih
banyak diadakan samada oleh pelajar atau pensyarah itu sendiri. Dengan
menjalinkan hubungan ini, segala maklumat berkaitan sesuatu ajaran lebih mudah
dan lebih banyak input boleh diperolehi.

32
Penutup

Berdasarkan segala dapatan dan cadangan penambahbaikkan yang dikemukakan, masih


banyak perkara yang perlu diperbaiki samada dari aspek perundangan mahupun
penguatkuasaan. Hakikatnya kesemua pihak yang terlibat haruslah membentuk kerjasama
yang erat supaya usaha-usaha untuk membanteras ajaran sesat di negeri ini dapat
dilaksanakan seterusnya dibanteras sehingga akar umbi. Usaha mengekang ajaran sesat
bukanlah satu tindakan jangka pendek tetapi memerlukan perancangan jangka panjang dan
rapi supaya ajaran sesat tidak kembali lagi bertapak di bumi tercinta ini. Kesimpulannya,
terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi mengekang ajaran sesat di negeri ini
dari terus berleluasa. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama semua
pihak. Usaha ini juga akan terkubur sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab
mengambil sikap tidak peduli dari meneliti masalah yang dikenalpasti dan cadangan yang
dikemukakan di dalam kajian ini.

33
34
35

Anda mungkin juga menyukai