Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN

Semenjak Ahli Parlimen Marang mengemukakan RUU Persendirian untuk meminda


Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) pada 26 Mei
2016, polemik berkaitan isu ini bertambah panas. Isu ini menjadi panas disebabkan
komen berbaur emosi dan pengaruh keagamaan tanpa difahami secara tuntas apakah
persoalan yang sebenar di sebalik isu ini dan juga ianya melibatkan kepentingan
politik semata-mata.

Bahkan, ramai yang tidak pernah pun membaca teks sebenar Akta 355 sebelum
memberikan komen ke atas isu ini. Oleh itu, adalah wajar sekiranya kita melihat
perspektif sebenar berkaitan hal ini.

1.1 KANDUNGAN AKTA 355

Akta 355 merupakan satu akta ringkas yang hanya mengandungi hanya 3 seksyen
sahaja. Akta 355 ini dimulai dengan Tajuk Panjang dan Mukadimah yang
menyatakan seperti berikut:

Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah


yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang - undang Negeri bagi maksud
membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.

Untuk pengetahuan, seksyen 1 Akta 355 telah menerangkan dan menyatakan


bahawa pemakaian akta ini adalah terhad di semua negeri di Semenanjung Malaysia
sahaja. Kemudian, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan Dan
Perluasan) 1989 (Akta A730) telah diluluskan bagi memperluaskan pemakaian akta
ini di Sabah dan Sarawak.
Seterusnya, berkaitan Akta 355 dibawah seksyen 2 pula, uanya menerangkan dan
menyatakan keperluan seperti berikut:

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-


mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas
orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana
perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam
Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi
bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun
agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh
ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dengan syarat bahawa
bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa
kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau
denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa
gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Oleh itu ianya amat nyata bahawa seksyen 2 Akta 355 ini menetapkan bidang kuasa
yang terhad kepada Mahkamah Syariah. Bidang kuasa yang dimaksudkan itu adalah:

1. Kesalahan yang boleh dihukum adalah terhad kepada kesalahan terhadap rukun-
rukun agama Islam (precepts of the religion of Islam).[Lihat kes Sulaiman Takrib
v Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (Intervener) & other cases
[2008] 3 MLRA 257 berkaitan definisi precepts of Islam].

2. Kesalahan itu dilakukan oleh penganut agama Islam.

3. Kesalahan itu hanya boleh dihukum dengan penjara tidak lebih 3 tahun, denda
tidak lebih RM5000 atau sebatan tidak lebih 6 kali atau gabungan hukuman-
hukuman itu.
Akhir sekali, penerangan mengenai hal berkaitan dengan seksyen 3 yang terdapat dalam
Akta 355.Untuk makluman,mengikut di dalam seksyen 3 ini ianya hanya melibatkan hal
berkaitan perbicaraan yang dijalankan sebelum berkuatkuasanya Akta 355 ini iaitu tiada
sesiapa boleh mencabar kesahihan perbicaraan sebelum itu. Oleh itu, ianya amat jelas
bahawa Akta 355 ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditentang malah dicabar jika
tiada persetujuan bersama.

2.0 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan satu
perundangan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia bagi menentukan
had bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman
keatas orang-orang Islam yang melakukan kesalahan di bawah hukum syarak.

Akta ini hanya menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman kesalahan Syariah
yang boleh digubal oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan dan seterusnya
dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Secara amnya , Akta 355
melibatkan tiga seksyen yang terdiri daripada:

Seksyen 1: Tajuk ringkas dan pemakaian.


(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa
Jenayah) 1965.
(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung
Malaysia.

Seksyen 2: Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.


Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana
undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-
orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara
yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual
Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang
kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam
oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh
dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum
penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima
ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan
hukuman-hukuman tersebut.

Seksyen 3: Pengesahan.

Segala kesalahan di bawah hokum syarak yang sebelum mula berkuatkuasa


akta ini berhubunh dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysiadan juga
sebelum berkuatkuasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
(Pindaan dan Perluasan) 1989 berhubungan dengan negeri-negeri Sabah dan
Sarawak telah dibicarakan dengan sah dan berkenaan itu telah diberikan
kepada mahkamah-mahkamah tersebut oleh undang-undang Persekutuan.

2.1 AKTA 355 (1965)

Parlimen meluluskan Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965 atau Akta
1965, berpandukan kepada kuasa yang diberikan kepada Parlimen
oleh Perlembagaan Persekutuan untuk meletakkan bidang kuasa tertentu
kepada Mahkamah Syariah dalam perkara kesalahan. Kuasa Mahkamah Syariah
yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda


ke atas orang Islam sahaja

2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau

3. 6 bulan penjara atau


4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

2.2 PINDAAN 1984

Pada tahun 1984, RUU 355 telah dipinda bertujuan memperluaskan lagi bidang
kuasa jenayah bagi membolehkan Mahkamah-Mahkamah Syariah membicarakan
kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3
tahun atau apa-apa denda tidak melebihi RM 5,000 atau sebat tidak melebihi 6 kali
atau apa-apa cantumannya berbanding dengan kuasa yang diluluskan pada tahun
1965 yang menghadkan kepada penjara 6 bulan atau dengan denda RM 1,000 atau
kedua-duanya sekali.

Pindaan ini bertujuan memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk


memberikan peringatan dan amaran kepada umum (orang Islam) serta gesaan untuk
mengelakkan daripada melakukan kesalahan jenayah. Kuasa Mahkamah Syariah
yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah
seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda


ke atas orang Islam sahaja

2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau

3. 3 tahun penjara atau

4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau

5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan).

Pada tahun 1989, akta ini telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan
sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan)
1989.
3.0 CADANGAN PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG (RUU) 355

Pada 26 Mei 2016, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul hadi Awang telah
membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian iaitu pindaan Rang Undang-
Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 bertujuan memperkasa
dan memperluas bidang kuasa mahkamah syariah.

Ianya telah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman
Said merangkap menteri di Jabatan Perdana Menteri dan disokong oleh Ahli
Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Timbalan Menteri
Kerja Raya.

3.1 APA ITU RANG UNDANG-UNDANG (RUU 355)?

RUU 355 adalah Rang Undang-Undang 355. Ianya merupakan akta di peringkat
Kerajaan Persekutuan yang berkuatkuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk
meminda dan menggubal enakmen syariah masing-masing.

3.2 PINDAAN RUU 355

Selama hampir 35 tahun Akta 355 tidak pernah dipinda dan kali terakhir ianya
dipinda ialah pada tahun 1984.Jadi, pindaan itu sebenarnya bertujuan
memperkasakan institusi syariah yang jauh lebih rendah berbanding mahkamah
majistret, sedangkan Islam adalah agama persekutuan.

Hukuman paling tinggi boleh dikenakan terhadap pesalah khalwat, berzina atau
bersekedudukan menurut Enakmen Jenayah Syariah negeri adalah denda tidak
melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam
kali atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355)
mengehadkan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan
jenayah syariah dan mahkamah syariah hanya dibenarkan menghukum dengan
hukuman disebutkan. Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan Parlimen dan
berkuatkuasa di seluruh negara. Apa-apa mengenai pindaan Akta 355 perlu mendapat
persetujuan majoriti Ahli Parlimen.

Jika ada Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang berlawanan akta itu,
maka undang-undang itu akan menjadi ultra-vires (melampaui) dan terbatal setakat
mana yang berlawanan. Ini termaktub dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.
Rajah 3.0: Hukuman sedia ada dan usul pindaan

3.3 PENJELASAN DARIPADA PERKARA YANG DIPERSOALKAN

Setiap perkara yang dilakukan pasti akan ada yang dipersoalkan. Oleh itu,
penerangan dan penjelasan amat penting bagi mengelakkan salah faham berlaku.

3.3.1 KESAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM?

RUU 355 sebenarnya tidak melibatkan yang bukan beragama Islam kerana skop
kuasa mahkamah syariah hanya ke atas umat Islam sahaja. Pindaan akta 355 ini
hanyalah berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah syariah. Jadi perkara yang
paling penting untuk diingati ialah, Malaysia merupakan negara yang berbilang
kaum dan agama. Islam adalah agama persekutuan dan RUU 355 hanya untuk
orang yang beragama Islam sahaja.

3.3.2 ADAKAH PINDAAN AKAN MEMPERKENALKAN UNDANG-


UNDANG BERBAUR HUDUD?
RUU 355 bukanlah hudud kerana ianya tidak melibatkan jenayah rogol, tiada
hukuman mati dan tiada hukuman potong tangan. Ianya tidak menyentuh bidang
kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah kanun
keseksaan.

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh enam jenis kesalahan; empat


bersifat individu atau dosa peribadi iaitu zina, menuduh zina (qazaf), minum
arak dan murtad, manakala dua lagi melibatkan kesalahan jenayah awam
seperti mencuri dan merompak.

Namun begitu, empat jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi sudah
ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak
melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang
merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan
peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-
negeri.
Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol. Orang Islam dihukum di
mahkamah syariah manakala bukan Islam di mahkamah sivil? Rogol bukan
kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa negeri kerana ia terletak di bawah
kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun
Jenayah Persekutuan.

Perlaksanaan hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua


set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan. Oleh itu, pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan hudud
mahupun hukuman jenayah di bawah bidang kuasa persekutuan.

3.3.3 APAKAH PERLEMBAGAAN BOLEH DIPINDA?

Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 ahli-ahli
parlimen bersamaan 148 daripada 222 orang ahli parlimen bersetuju
menyokong sesuatu pindaan. Di dalam Akta 355 sebelum ini, ianya sudah
diluluskan Parlimen Malaysia sejak tahun 1965 dan pindaan itu juga dibuat
menerusi Parlimen.

3.3.4. KENAPA BUKAN KERAJAAN YANG MEMBENTANGKAN RUU


UNTUK MEMINDA AKTA 355?

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan


Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf
Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana
Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau
Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah
kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum
bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis
Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun
ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang
terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang
perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri
dari Parti-parti bukan Islam.

Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan


proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan
sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan
ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-
mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun
tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu
dilakukan di peringkat DUN.
Rajah 3.1: Penjelasan ringkas mengenai RUU 355

3.4 RUU 355 MENAIKTARAF SYARIAT ISLAM

Akta 355 merupakan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen bagi


menentukan had bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan dan
menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang Islam yang melakukan kesalahan
terhadap perintah agama Islam.

Akta ini menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman kesalahan Syariah yang
boleh digubal oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya
dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

Cadangan pindaan yang dibentangkan jelas menunjukkan ianya hanya berhasrat


untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah, menaiktaraf dan dimuliakan
sebagaimana syariat Islam itu sendiri.Oleh itu,anya sama sekali tidak menyentuh
mana-mana aspek sensitiviti apatah lagi menindas pihak lain; malah cadangan ini
telus kearah pemerkasaan undang-undang yang lebih praktikal untuk dilaksanakan.

Rajah 3.2: Cadagan pindaan RUU


355

3.4 KRONOLOGI BACAAN USUL PERSENDIRIAN


RUU 355

Pada 26 Mei 2016, Ahli Parlimen Marang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang telah mengusulkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk
dibacakan di Dewan Rakyat. Hasilnya, RUU Persendirian ini telah dibawa ke dalam
Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) parlimen pada kedudukan ke 15 pada awal pagi
persidangan tersebut dijalankan.

Apabila telah mendapat kelulusan untuk dibentangkan, selepas sesi rehat jam 2.30
petang pada hari yang sama iaitu 26 Mei 2016, YB Hal Ehwal Parlimen iaitu Dato
Azalina Othman Said melalui Aturan Mesyuarat 14(2) telah mengusulkan agar RUU
persendirian YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk didahulukan.

Oleh itu, usul ini telah diperkenankan oleh Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Pandikar
Amin Mulia untuk dibentangkan. Usul ini telah mendapat sokongan daripada YB
Kota Bharu, Dato Takiyuddin Hassan dan YB Kuala Nerus, Dato Dr. Khairuddin
Aman untuk dibentangkan dan YB marang telah membentangkan RUU Persendirian
tersebut.
Sebaik sahaja selesai membentang RUU Persendirian tersebut, YB Marang memilih
untuk menangguhkan perbahasan bacaan kali pertama ke persidangan parlimen akan
datang.

Rajah 3.3:
Menunjukkan
secara ringkas
perjalanan
pembentanga
usul RUU 355

4.0 PENDAPAT DAN CADANGAN

Pembentangan usul persendirian dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu
presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang mengenai RUU 355 merupakan
langkah awal bagi menyatukan kedudukan perjalanan Mahkamah Syariah di
Malaysia. Had-had sekatan bagi hukuman terberat di dalam kesalahan jenayah
bukanlah sebagai suatu hak yang mutlak dan tidak dapat dipinda, tetapi dicadangkan
agar ditambah hadnya pada masa akan datang.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali
sebagai Akta 355 adalah suatu Akta untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa
kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri
bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak. Akta ini bertujuan
untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa berkaitan hukuman kepada
mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri dalam hal
berkaitan undang-undang Islam.

Oleh itu, kami berpendapat bahawa RUU 355 wajar dan perlu juga disokong untuk
memperkasakan Islam di Malaysia. Hal ini kerana ianya merupakan satu perkara
yang terbaik bagi memperkasakan institusi syariah bagi negara islam seperti
Malaysia. Pindaan RUU 355 ini langsung tidak membebankan mereka yang bukan
islam kerana ianya tidak melibatkan hukum hudud.

Apabila kita lihat keadaan semasa di Malaysia, kadar jenayah dalam kalangan orang
Islam semakin meningkat dan makin susah untuk dibendung.Oleh itu, dengan
memperkenalkan usul persendirian mengenai pindaan RUU 355 yang meningkatkan
jumlah hukuman kepada 100 sebatan, 30 tahun penjara dan RM100 ribu denda akan
sedikit sebanyak memberikan pengajaran & kesedaran kepada orang Islam untuk
melakukan kesalahan.

Sebagai umat Islam, semua beriman bahawa Islam adalah agama yang terbaik bukan
setakat untuk orang Islam tetapi untuk segala makhluk yang bernyawa mahupun
yang mati. Oleh itu, penuhi jiwa ini dengan semangat khalifah sebagaimana asal
tujuan penciptaan manusia. Seorang khalifah bukan setakat mahu mentadbir orang
Islam tetapi mentadbir keseluruhan umat manusia, haiwan, batu batan dan tumbuh-
tumbuhan. Seorang khalifah yang dihantar ke muka bumi ini mempunyai tugas
untuk memakmurkan bumi, tidak berbuat kerosakan, selalu tunduk dan patuh kepada
Allah SWT dan selalu bersabar dalam segala ujian.

Uniknya di Malaysia ini ialah pengamalan system demokrasi yang membolehkan


rakyat bebas untuk melontarkan pelbagai idea dan pendapat dalam ruang lingkup
yang diizinkan. Setiap warganegara berhak dan mempunyai kebebasan bersuara dan
menyatakan pendapat. Budaya intelektualisme yang sihat tidak patut ditentang
namun perlu digalakkan lagi agar idea yang pelbagai dapat disampaikan untuk
meningkatkan kemajuan negara Malaysia. Namun begitu, pendapat dan idea yang
dikemukakan perlu kepada asas, dalil dan hujah samaada naqli ataupun aqli dengan
cara istinbat serta istidlal yang betul.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebarang rang undang-undang yang dipinda haruslah diteliti dan


difahami kepentingannya terlebih dahulu. Hak kebebasan bersuara juga perlu berasas
dan tidak berdasarkan sentimen dan emosi sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia yang
beragama Islam perlu memahami dan mendalami kepentingan, kenaikan serta
meningkatkan kualiti sesebuah akta sebelum menjadikannya sebuah undang-undang
di Malaysia.

Sebarang sokongan atau bantahan mengenai RUU 355 sewajarnya dilakukan dengan
cara yang baik dan aman. Namun, pindaan RUU 355 ini perlu disokong selagi ia
tidak bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Sokongan ini perlu dibuat dengan
cara yang baik agar tidak menimbulkan salah faham terutamanya kepada orang yang
bukan beragama Islam dan demi menjaga imej baik agama kita sendiri. Kita juga
digalakkan untuk melihat ke arah sudut yang positif.
Apabila kita berfikiran positif, kita akan menjadi berfikiran terbuka untuk menerima
saranan dan idea selain bersedia untuk dikritik oleh orang lain dengan tujuan lain
membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman yang lebih berat ini bukan
bertujuan untuk menzalimi orang-orang Islam itu sendiri tetapi sebagai peringatan
kepada umum untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan jenayah yang
semakin parah hari demi hari.

RUJUKAN

1. http://www.ismaweb.net/2017/02/ruu355-perkasa-mahkamah-syariah-dan-
untuk-umat-islam-sahaja/

2.http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Update
d.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/30fc8a06c5f8b8d6482572dd0017edb
6?OpenDocument

3. http://peguam.blogspot.my/2016/07/memahami-akta-mahkamah-syariah-
bidang.html

Anda mungkin juga menyukai