Anda di halaman 1dari 18

Bandingkan antara Undang-Undang Jenayah Buatan manusia

dan Undang-Undang Jenayah Islam

ABSTRAK
Konfliks yang melanda dalam bidang kuasa kehakiman pada konteks hari ini ialah
pertembungan diantara undang-undang Shariah dan sivil dalam memustukan beberapa kes yang
melibatkan orang Islam terutamanya.Pengamalan undang-undang Shariah telah berabad
diamalkan di Malaysia bermula semasa pemerintahan para Sultan Melayu pada ketika
itu.Manakala, pemakaian undang-undang sivil mula diamalkan ketika British menjajah ke tanah
Melayu pada kurun ke 18.Pada hari ini, Malaysia dan kebanyakkan negara yang lain telah
mengamalkan sepenuhnya undang-undang sivil dalam hukuman jenayah walaupun wujud
undang-undang shariah yang juga mampu untuk laksanakan hukuman jenayah.Kewujudan dan
aplikasi undang-undang Shariah dilihat oleh pengamal undang-undang sivil hanya tertakluk
khusunya keatas perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian
sahaja.Justeru itu, artikel ini akan mengupas lebih lanjut memgenai konsep undang-undang sivil
dan Shariah serta membuat perbandingan diantara undang-undang sivil dan Shariah dalam
melaksanakan hukuman jenayah.

PENGERTIAN UNDANG-UNDANG SIVIL DAN SHARIAH


Islam sebagai Ad-din yang bermaksud suatu cara hidup manusia. Ini bermakna Islam
telah menetapkan beberapa garis panduan dan peraturan hidup untuk manusia hidup di atas muka
bumi ini. Manusia pula didefinisikan sebagai makhluk yang berakal, berfikiran, berperasaan,
bernaluri, bernafsu serta beremosi dan mempunyai perilaku yang tersendiri. Sifat-sifat inilah
yang membentuk Islam kerana manusia yang membawa agama Islam dalam hidup mereka.
Mana-mana budaya atau cara hidup yang tidak diakui oleh Islam tidak boleh diikuti dan dikira
menyeleweng dari landasan Islam. Perkembangan dunia hari ini telah membawa perkembangan
manusia dan agama Islam bersama-sama. Oleh itu, telah banyak wujud undang-undang ciptaan

manusia yang kadang-kadang tidak begitu relevan berbanding undang-undang syariah yang telah
sedia termaktub dalam Islam.
Perundangan Islam dari segi bahasa bermaksud jalan yang lurus. Pada istilahnya
bermaksud hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada manusia yang
merangkumi aspek politik, sosial, akidah, ibadah, syariah, makanan dan minuman serta akhlak
yang perlu diyakini. Pengertian syariah ini termasuk dalam undang-undang Islam yang
bersumberkan Al-Quran, hadis Nabawi, ijma` ulama, qias, al-maslahah, al-musallah dan sumber
lain yang telah diyakini. Perundangan yang dicipta oleh manusia tidak menyentuh hal-hal
keagamaan dan jika menyentuh hal-hal keagamaan melalui ijtihad sahabat serta ahli fikah yang
berasaskan kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.
Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia
merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.w.t yang diperturunkan menerusi RasulNya. Syariah dari segi bahasa membawa maksud Jalan yang Lurus sebagaimana Firman Allah
S.w.t di dalam Al-Quran,Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang lurus
(Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikuti nafsu mereka
yang tidak mengetahui (Al-Quran 45:18) Antara maksudnya juga ialah sebagai saluran air yang
mengalir yang menjadi sumber minuman.
Ahli-ahli perundangan Islam yang terdiri dari Ulama-ulama Muktabar kemudiannya
meluaskan lagi definisi Syariah ini daripada maksud jalan yang lurus tadi iaitu meliputi segala
hukum-hakam yang diatur oleh Allah S.w.t kepada umat manusia. Syariah Islam adalah
merupakan hukum-hukum perundangan Allah yang termaktub di dalam sumber perundangan
utama bagi umat Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.a.w. Sumber perundangan kedua
iaitu hasil ijtimak para Ulama termasuk Ijma, Qiyas, Istihsan, Mursalah Mursoleh dan
sebagainya yang berasaskan Quran dan Sunnah juga termasuk di dalam sumber perundangan
Syariah. Undang-undang Syariah ini adalah sebagai pengatur hidup manusia yang perlu
berlandaskan segala Perintah dan Larangan dari Allah sebagai Pencipta kepada kita, makhluk
dan hamba-Nya.
Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia
iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan),
2

Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah
S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud
Syariah) itu sendiri iaitu lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam
kehidupan umat manusia seperti ; menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga
keturunan dan menjaga harta.
Manakala definisi bagi undang-undang sivil atau lebih dikenali dengan undang-undang
ciptaan adalah, perkataan al-Qanun di dalam bahasa arab membawa erti undang-undang yang
ditakrifkan sebagai satu perintah yang dikuatkuasakan ke atas semua pihak. Terdapat beberapa
pendapat yang memperkatakan tentang pengertian sebenar undang-undang. Di antaranya ialah
pendapat John Austin yang menyatakan undang-undang itu adalah peraturan berkenaan dengan
tindakan yang dikenakan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah. Menurut takrifan ini menjelaskan
bahawa apa yang sahaja peraturan yang dikenakan ke atas rakyat atau sesebuah masyarakat
adalah merupakan undang-undang. Begitu juga dengan penguatkuasaan peraturan, maka ia
dianggap sebagai undang-undang.
Salmond yang merupakan tokoh perundangan sivil pula berpendapat bahawa undangundang merupakan himpunan hukum yang diiktiraf dan dilaksanakan oleh sesebuah negara
dalam pentadbiran keadilan. Takrif ini menggambarkan bahawa matlamat utama penggubalan
undang-undang adalah menjurus kepada keadilan sejagat.Hal ini disebabkan wujudnya undangundang itu adalah hasil daripada apa yang telah diamalkan dan diterima oleh masyarakat.
Pengertian undang-undang menurut kamus A Dictionary of Law telah mendefinisikan
undang-undang sebagai peraturan yang dibuat oleh pihak berkuasa untuk aturan yang baik
kepada komuniti atau masyarakat atau untuk tindakan yang betul dalam kehidupan. Menurut
pendapat Hans Kelsen telah mendefinisikan undang-undang sebagai sistem atau hierarki biasa
menyeluruh yang patut diikuti.
Setelah meneliti definisi undang-undang Islam dan definisi undang-undang ciptaan, tiba
masa untuk mengkaji dan menganalisis perbezaan di antara kedua-dua undang-undang ini dari
segi beberapa aspek.

KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DALAM UNDANGUNDANG SIVIL


Negara Malaysia adalah sebuah negera yang membangun dan secara kesuluruhanya
mengamalkan sistem undang-undang perlembagaan yang bertulis atau written law dari
Westminster.Konsep undang-undang bertulis dari Westminster ini berasal dari British yang
datang menjajah di Malaysia pada abad ke 16(Michiel 2010 : 510). Undang-undang
perlembagaan ini mengamalkan doktrin pengasingan kuasa ataupun separation of powers yang
telah muncul di Greek.Dalam doktri pekngasingan kuasa ini, ia membahagikan kepada tiga jenis
kuasa iaitu; kuasa Eksekutif, kuasa Perundangan dan Kuasa kehakiman.Menurut Montesquieu,
doktrin pengasingan kuasa ini bertujuan untuk menghadkan dan mengawal kuasa kerajaan serta
menghalang ultra vires.Pengasingan kuasa ini akan memastikan supaya setiap badan-badan yang
berkuasa dapat melaksanakan tugas dalam bidang yang diberi tanpa ada tindihan kuasa (Abdul
Samat Musa & Zuliza Kusrin 2006 : 17)
Kuasa Eksekutif adalah terdiri dari ahli jemaah menteri yang melaksanakan dan
menguatkuasakan undang-undang.Kuasa perundangan pula bertanggungjawab dalam membuat
undang-undang manakala, kuasa kehakiman bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu
masalah atau pertikaian yang timbul dalam sesuatu kes atau mentafsirkan sesuatu undangundang itu.Pengamalan doktri pengasingan kuasa ini dipercayai dapat megelakkan dari
kezaliman dan penyelewengan kuasa.
Kuasa kehakiman Shariah di Malaysia adalah sangat terhad dalam mengendalikan keskes jenayah (Michiel 2010 : 519).Kes-kes jenayah kebanyakkanya dikendalikan oleh mahkamah
sivil.

JENIS UNDANG-UNDANG CIPTAAN


4

Di dalam sistem undang-undang ciptaan manusia, ia mempunyai beberapa jenis undang-undang


di mana pada setiapnya dikategorikan mengikut aplikasi dalam konteks kehidupan sesebuah
masyarakat maka menurut Noor Aziah Mohd Awal (2013:2) ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu;
1.

Undang-undang Awam (Public Law)

Undang-undang awam ini bertujuan untuk mengawal hubungan antara individu dan negara.Ia
merangkumi undang-undang jenayah, perlembagaan, pentadbiran dan industri.
2.

Undang-undang Antarabangsa (International Law)

Undang-undang antarabangsa ini ditafsirkan sebagai satu badan undang-undang yang


mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang membuatkan negara-negara di dunia berasa
terikat untuk mematuhinya.
3.

Undang-undang Persendirian (Personal Law)

Undang-undang persendirian ini pula mengenai hak dan tanggunjawab seseorang individu
dengan individu lain.Undang-undang ini bertujuan untuk melaksanakan ganti rugi kepada pihakpihak yang tercedera, menguatkuasakan tanggunjawab kontrak dan harta.Undang-undang ini
merangkumi undang-undang kontrak, tort dan amanah.
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa undang-undang ciptaan manusia mempunyai banyak
kategori dan cabang dimana dalam setiapnya mempunyai fungsi dan peranan dalam memelihara
dan menjaga hak masyarakat.

FUNGSI UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA


Setiap perkara yang dicipta atau direka oleh manusia mempunyai fungsi dan tujuannya
yang tertentu, begitu juga dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia di dunia
ini.Menurut pandangan beberapa tokoh perundangan di barat, tujuan undang-undang dicipta
ialah untuk mengawal dan menghadkan perilaku individu atau masyarakat dari melanggar hak,
etika atau sesuatu peraturan yang telah ditetapkan oleh individu atau masyarakat lain.

Undang-undang ciptaan ini juga berfungsi sebagai peraturan yang membolehkan orang
menjalankan perniagaan seperti biasa seperti peraturan-peraturan dalam syarikat, perniagaan dan
perhutangan.
Selain dari itu, undang-undang ciptaan ini bertujuan untuk mengatur dan menentukan
fungsi sesebuah institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara.Tentuan fungsi ini
bermaksud alat sebagai pengawal kepada setiap perilaku dan moral dalam sesebuah masyarakat.
Walaupun yang demikian, jelas dilihat pada prinsipnya bahawa undang-undang ciptaan
tidak menumpukan sepenuhnya kepada aspek moral dan akhlak dalam kehidupan.Sebagai
contoh, undang-undang ciptaan manusia itu tidak menghukum perbuatan zina umpamanya,
kecuali perbuatan zina itu dilakukan secara dipaksa oleh pihak yang lain maka ia akan dihukum
sebagai menyentuh peribadi dan menganggu ketenteraman umum (Abdul Kadir Audah 1966:34).
Selain dari itu, undang-undang ciptaan berpendapat bahawa meminum arak dan sebagainya yang
memabukkan tidak dilihat sebagai satu kesalahan yang boleh dihukumkan kerana ia beranggapan
arak sebagai satu minuman yang biasa dan tidak menimbulkan sebarang bahaya.

CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA


Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia akan membawa kepada kebaikkan atau
keburukkan.Begitu juga pada sifat undang-undang yang dicipta dan diaturkan oleh
manusia.Undang-undang ciptaan manusia mengandungi kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri.Ciri-ciri undang-undang ciptaan manusia boleh disifatkan sebagai berubah-ubah dan
tidak konsisten
1. Sumber dari akal dan fikiran Manusia
Undang-undang ciptaan manusia bersumberkan dari pemikiran rasional manusia.Penghukuman
yang dicipta oleh manusia tidak berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Sumber akal dan
fikiran yang diperolehi oleh manusia adalah hasil dari penilaian perilaku dan moraliti dalam
sesebuah masyarakat menurut padangan dan teori dari barat.
2. Berubah-ubah
6

Apa yang dimaksudkan dengan berubah-ubah ialah undang-undang ciptaan manusia tidak
bersifat tetap dan setiap peraturan dalam undang-undang yang telah dicipta adalah mengikut
keperluan dan perubahan dalam masyarakat pada sesuatu masa itu.Seperti dalam undang-undang
sivil di Malaysia, dimana ia telah melalui banyak pindaan untuk selaraskan dengan tuntutan dan
kehidupan masyarakat yang berubah-ubah.
3. Tidak kekal
Selain bersifat berubah-ubah, undang-undang ciptaan manusia ini adakalanya tidak
berkekalan.Bermaksud sesebuah undang-undang itu boleh berlaku pindaan atau kemansuhan
undang-undang yang dianggap tidak relevan dan praktikal pada satu-satu zaman atau masa.
Hukuman terbatas di Dunia
Hukuman yang dijalankan dalam undang-undang ciptaan manusia hanya terbatas di dunia.Ini
kerana undang-undang yang dibentuk umumnya tertakluk dibawah perlembagaan undangundang dunia.
4. Memberi kesan kepada Individu
Maksud dari memberi kesan kepada individu ialah cara penghukuman yang dijalankan oleh
institusi atau badan kehakiman hanya memberi kesan kepada individu yang melakukan jenayah
dengan orang yang menjalankan hukuman.Contoh seperti; jika seseorang individu didapati
bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dan dikenakan sebatan, maka pada sesi sebatan yang
berlangsung di dalam sebuah bilik yang hanya terdapat seorang pengawai yang menjalankan
sebatan dengan seorang pesalah.Oleh yang demikian, keinsafan dan pengajaran akan hanya terbit
dalam diri pesalah dan pegawai itu sahaja .Orang awam dan masyarakat tidak perolehi sebarang
iktibar kerana tidak dapat menyaksikan hukuman tersebut.

ASPEK BEBAN PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG SIVIL DAN


SHARIAH

Beban pembuktian (Bahasa Inggeris: burden of proof, Latin: onus probandi) adalah suatu
tanggungjawab memindahkan kesimpulan teranggap dari suatu pendapat berbantah ke
kedudukan seorang sendiri. Burden of proof hanya boleh ditepati dengan bukti.1
Kaedah pembuktian bermaksud cara yang digunakan bagi membuktikan kesalahan dihadapan
mahkamah. Sebagai suatu kaedah bagi tujuan khusus, ia mungkin berbeza daripada
pembuktian dalam konsepnya yang umum. Kerana, dalam konsepnya yang umum, pembuktian
tidak semestinya di hadapan mahkamah dan tidak terikat dengan cara-cara tertentu. Sedangkan
dalam konsepnya yang khusus ini ia perlu dilakukan di hadapan mahkamah dan perlu
menggunakan cara-cara yang tertentu.Ini bererti, kadangkala sesuatu kebenaran pada
pandangan mahkamah tidak sama dengan realiti sebenar di luar mahkamah2.
Dengan kata lain, kadangkala apa yang diputuskan oleh mahkamah bertentangan dengan
realiti sebenar di luar mahkamah. Semuanya terhenti atas samada realiti yang sebenar di luar
mahkamah itu berjaya dibuktikan dengan cara-cara tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang
yang terpakai bagi mahkamah berkenaan.
Pembuktian dalam undang-undang ciptaan, rujukan utama dalam pengurusan prosedur
pembuktian dalam kes-kes jenayah adalah Kanun Acara Jenayah (N.M.B. Bad 6 & Pindaan serta
Perluasan melalui Akta A324 tahun 1976), dan juga Akta Keterangan 1950. Dalam kes jenayah,
pendakwa (yang dibuat atas nama atas nama Pendakwaraya) akan memanggil saksi untuk
mengemukan keterangan (testimoni) bersama dengan lain-lain keterangan seperti dokumen dan
barang atau benda. Ini diikuti pula oleh pihak Kena Tuduh yang juga akan mengemukakan saksi
dan lain-lain keterangan (seperti dokumen, barang dan lain-lain). Oleh itu, aspek perbezaan
dalam pembuktian antara undang-undang jenayah Islam dengan undang-undang jenayah ciptaan
dapat dibahagikan kepada tiga aspek. Ketiga-tiga aspek ini ialah tentang saksi.
Dari segi jenis saksi, undang-undang ciptaan tidak membezakan jantina dalam penilaian
hakim semasa perbicaraan. Dengan lain perkataan, jantina tidak menjadi factor pemberat dalam
keputusan penghakiman dalam undang-undang common law (ciptaan). Sebaliknya dalam
undang-undang jenayah Islam terutamanya hudud, seorang saksi lelaki yang memenuhi syarat
1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Beban_pembuktian
2 Paizah Haji Ismail, 2008, Kaedah Pembuktian Dalam Kes Hudud, Jurnal Fiqh: No. 5.

dan rukunnya menyamai dua orang saksi perempuan yang memenuhi syarat dan rukunnya (alQuran, al-Baqarah 2:282). Bahkan terdapat dalam sesetangah kesalahan sepeti zina, tidak
diterima sama sekali saksi perempuan untuk mensabitkan had zina. Sebenarnya perbincangan
tentang jenis saksi berdasarkan jantina ini mengambil ruang yang panjang dalam kitab-kitab
fikah.
Manakala dari aspek jumlah (bilangan) saksi pula, Islam amat mementingkan jumlah
saksi dalam sesuatu kes, terutamanya hudud. Misalnya dalam kes zina memerlukan penyaksian
(syahadah) oleh empat orang lelaki yang adil. Dalam kebanyakan kes hudud yang lain
memerlukan tidak kurang daripada dua orang saksi lelaki yang adil atau seorang saksi lelaki dan
dua orang saksi wanita yang adil juga. Berbeza dengan pembuktian mengenai saksi dalam
undang-undang ciptaan, dalam undang-undang ciptaan jumlah saksi adalah tidak relevan untuk
menentukan atau memutuskan kes. Hakim akan melihat dari segi pembuktian yang lain sebelum
memutuskan satu-satu kes.
Seterusnya berkenaan dengan kualiti saksi. Kualiti saksi yang dimaksudkan ialah the
truthworthy of a witnwss, atau kebolehpercayaan seseorang saksi. Dalam aspek ini dikenali
dengan adalat al-shahid iaitu seseorang saksi yang adil dan boleh dipercayai untuk layak
memberi keterangan di mahkamah. Kelayakan seseorang itu untuk menjadi saksi terutamanya
dalam kes hudud bergantung sepenuhnya kepada adalah. Penentuan seseorang saksi itu sama
ada adil atau tidak akan dibuat melalui proses tadkiyat al-shuhud yang hamper meyerupai
perbicaraan dalam perbicaraan.Dalam Islam, apabila seseorang saksi itu telah diputuskan
sebagai adil melalui proses tadi, maka penyaksiannya mestilah diterima dan mengikat mahkamah
dalam membuat keputusan.
Dalam undang-undang jenayah ciptaan, walaupun kebolehpercayaan seseorang saksi itu
juga penting dan jika didapati sebaliknya dia boleh dipecat, namun begitu penerimaan atau
penolakan seseorang saksi di dalam Mahkamah Jenayah Sivil adalah bergantung kepada kuasa
budi bicara seseorang hakim yang membicarakan kes tersebut. Mahkamah Sivil juga tidak begitu
meletakkan pemberatan ke atas peribadi atau perwatakan seseorang saksi, kecuali dalam kes-kes
tertentu seperti kes rogol di mana keterangan tentang peribadi mangsa boleh dijadikan alasan
oleh pihak pembela dalam menguatkan pembelaannya, dan hakim boleh membenarkan
keterangan ini di mahkamah, dan terpulang kepada hakim untuk menerima atau tidak.
9

Dengan kata lain, kualiti seseorang saksi amata penting dalam kehakiman Islam terutamanya
hudud, manakala dalam undang-undang ciptaan ia terpulang kepada budi bicara hakim untuk
menilai sejauh mana kebolehpercayaan seseorang saksi dalam sesuatu perbicaraan.
Kesimpulannya, wujudnya perbezaan yang ketara dalam perbincangan mengenai
pembuktian dari aspek jenis saksi, jumlah saksi dan kualiti saksi dalam memutuskan kes bagi
kedua-dua undang-undang iaitu undang-undang jenayah Islam dan undang-undang jenayah
ciptaan.

ELEMEN JENAYAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL DAN


SHARIAH
Adakah berbeza kedua-dua aspek ini bagi mengadili sesuatu keputusan kes di Mahkamah
samaada Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah? Konsep asas kepada mens rea adalah niat
jahat yang biasanya dapat dilihat dalam bentuk perbuatan cuai, perkataan,gopoh, curang dan
sebagainya yang mana kesemua ini akan menentukan darjah bagi penjatuhan hukuman ke atas
tertuduh. Manakala actus reus membawa erti sesuatu perbuatan yang di lakukan tidak akan
membolehkan seorang pesalah itu terlepas dari tuduhannya walaupun kejadian yang berlaku
bukan atas niat jahatnya. ( mens rea ). Terdapat pelbagai istilah yang dapat menafsirkan maksud
mens rea yang di peruntukkan oleh Kanun Keseksaan. Antaranya adalah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Intentionly ( dengan sengaja)


Knowingly ( mengetahui akibat daripada perbuatan )
Negligently or rashly ( dengan cuai atau gopoh )
Wantonly ( dengan sewenang-wenangnya )
Corruptly ( dengan tidak jujur )
Maliciously ( dengan jahat )

Kita lihat di dalam aspek undang-undagn ciptaan terlebih dahulu yang mana aspek mens
rea itu sahaja sudah memadai dalam penghakiman seseorang hakim di Mahkamah Sivil.
Sekiranya tertuduh di dapati mempunyai niat terhadap jenyah yang di lakukan dan mempunyai
ilmu pengetahuan terhadap jenayah itu ia boleh di dapati bersalah walaupun actus reus masih
belum jelas. Kebanyakan kesalahan jenayah memerlukan penglibatan actus reus dan mens rea kecuali
kesalahan yang melibatkan strict liability yang hanya memerlukan elemen actus reus.
10

Berbanding dengan undang-undang jenayah Islam pula menyatakan bahawa kedua-dua


unsur ini perlu dibuktikan bersama bagi pembuktian sesuatu kes dan sekiranya salah satu
daripadanya tidak menepati beban pembuktian kes itu dengan serta merta akan di gugurkan.
Hadis Rasululullah juga menyatakan bahawa lebih baik seseorang hakim itu bertindak salah
kerana membebaskan pesalahnya daripada seseorang hakim itu tersalah dalam menjatuhkan
hukuman keatasnya.
Antara contoh kes kesalahan jenayah yang dapat di lihat adalah penggubalan undangundang berkaitan pembunuhan yang mempunyai hubungkait dengan kesalahan yang telah
diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan. Maka dengan itu sudah pasti aspek pembuktian yang
dimaksudkan adalah actus reus dan mens rea. Elemen ini berasaskan maksim perundangan yang
juga prinsip bagi undang-undang jenyah iaitu prinsip actus non facit reum nisi mens sits rea yang
menjelaskan tentang keadaan individu itu tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah melainkan
perbuatan yang dilakukan adalah dalam keadaan fikirannya waras dan sedar. Actus reus
dijadikan bebanan bagi kes yang mengandungi strict liability .
Sebagai contoh perbuatan memegang sebilah pisau berhadapan dengan seseorang belum
dikira sebagai actus reus bagi kesalahan membunuh, sebaliknya jika tikaman hasil dari pisau itu
menembusi anggota badan dan organ dalaman sehingga menyebabkan kematian, barulah ia
dianggap sebagai actus reus.
Terdapat pelbagai aspek yang dapat menentukan kedua-dua elemen ini bagi sesaut
kesalahan yang di lakukan oleh tertuduh yang mampu mengurangkan hukuman tau pon
menghilangkannya bergantung kepada penelitian niat jahat yang di kenalpasti oleh hakim.
Manakala dalam pembuktian kes jenayah syariah pula tidak meringankan atau
membebankan sesuatu hukuman bagi sesuatu pembuktian yang mempunyai keraguan yang
melampaui dari kepastian atau pon mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang lain. ( La
darara wala dirar ).

Jelas di sini menujukkan bahawa penghakiman dalam Islam itu lebih kepada sifat
mendidik dan memberi kesan ke dalam jiwa-jiwa manusia dan bukan sekadar untuk menjatuhkan
hukuman dan bersifat menghukum semata-mata berbanding dengan undang-undang ciptaan yang

11

bersifat keras dan boleh di ubah mengikut keadaan semasa apatah lagi membeza-bezakan
golongan pangkat dan darjat sseorang itu bagi menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

ASPEK BENTUK HUKUMAN JENAYAH DALAM


UNDANG-UNDANG SHARIAH DAN SIVIL
Daripada aspek bentuk hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang disabitkan dengan
kesalahan juga adalah berbeza antara kedua-dua undang-undang. Undang-undang jenayah dalam
Islam lebih mengutamakan aspek pencegahan daripada aspek menghukum melalui kaedah yang
tersendiri. Kita boleh melihat buktinya dengan jelas melalui larangan menghampiri jenayah zina
dan meminum arak yang dinyatakan dalam al-Quran. Jenayah zina bukan sahaja dilarang malah
ditegah daripada menghampiri perkara yang membawa kepada jenayah tersebut. Begitu jugalah
pengharaman meminum arak. Maksud yang tersirat daripada larangan tersebut adalah untuk
mencegah dan menggelakkan supaya jenayah-jenayah lain yang lebih buruk akibatnya daripada
berlaku seperti jenayah membunuh. Konsep pencegahan seperti inilah yang tidak diambil kira
dan tiada dalam undang-undang jenayah sivil khususnya atau undang-undang jenayah buatan
manusia amnya. Undang-undang buatan manusia hanya menitik beratkan aspek menghukum
sahaja semata-mata atau dalam erti kata lain membalas kesalahan dengan hukuman tanpa
wujudnya pencegahan terhadap perkara yang membawa kepada kesalahan.( Awang Abdul Aziz
Juned, 2013)
Bentuk hukuman bagi kesalahan jenayah dalam Islam juga sering kali dikaitkan dengan
kekejaman dan kekerasan walaupun hakikatnya bentuk-bentuk hukuman tersebut memiliki
hikmah yang sangat besar dan tersendiri kerana ianya berkonsep amar makruf dan nahi mungkar.
Contohnya hukuman yang terdapat di dalam undang-undang Islam seperti sebat dan rejam bagi
penzina dan hukuman memotong tangan pesalah bagi kesalahan mencuri dilihat sebagai berat
dan menggerunkan oleh sesetengah pihak.
Hal ini seterusnya akan menjadikan rakyat takut untuk melakukan jenayah zina dan
mencuri. Walaupun begitu, kaedah menyabitkannya adalah sukar kerana syarat-syarat untuk
mensabitkan hukuman adalah amat ketat. Umpamanya bagi kesalahan zina, ia memerlukan
empat orang saksi lelaki yang tidak fasik yang melihat secara jelas apa yang berlaku. Begitu
12

jugalah bagi kesalahan mencuri. Terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi seperti
mencukupi nisab dan faktor-faktor yang mendorongnya untuk mencuri juga akan diambil kira.
Jika zina tidak dapat dibuktikan, mereka mungkin dikenakan hukuman tazir yang lebih ringan.
Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin, hukuman hudud seperti zina
kebanyakannya disabitkan melalui iqrar atau pengakuan bukan melalui empat orang saksi dan
jika orang tersebut menarik semula kesaksiannya juga boleh menyebabkan hukuman rejam atau
sebat digugurkan. Begitu jugalah kesalahan murtad. Jika orang yang ingin murtad tersebut
bertaubat dan kembali kepada Islam maka dia akan terlepas daripada hukuman mati. Syaratsyarat ini menjadikan jumlah sebenar yang dikenakan hukuman yang dianggap berat ini adalah
sedikit. Jika kita lihat walaupun bentuk hukuman yang ditetapkan kelihatan sangat berat namun
bagi seseorang untuk melepaskan diri daripada hukuman sangat mudah.
Selain itu, undang-undang Islam juga memperuntukkan pelbagai bentuk hukuman yang
mempunyai kesan yang mendalam mengikut kategori kesalahan seperti kesalahan hudud, qisas
dan diyat serta kesalahan takzir. Bagi hukuman hudud terdapat hukuman rejam sampai mati,
sebatan, hukuman mati, potong tangan, potong kaki, salib, dan buang negeri.
Bagi kesalahan qisas, hukuman qisas ialah balasan yang sama dengan jenayah yang
dilakukan iaitu nyawa dengan nyawa, mata dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya,
serta hukuman diyat iaitu bayaran ganti rugi dengan kadar yang berbeza. Hukuman takzir pula
amat luas dan boleh dikenakan mengikut maslahah, keperluan dan kebijaksanaan pemerintah,
badan perundangan atau hakim. Antara bentuk hukuman bagi kesalahan takzir ialah sebatan,
penjara, denda, rampasan harta atau amaran. Sementara dalam undang-undang buatan manusia,
kesalahan hanya dikategorikan kepada dua bahagian sahaja iaitu kesalahan sivil dan jenayah
sahaja. Hukumannya yang utama hanyalah hukuman mati, penjara, sebat dan denda walau pun
terdapat hukuman lain seperti jaminan berkelakuan baik, ganti rugi, dan arahan untuk remaja.
Antara keempat-empat hukuman ini pula hukuman yang paling sering kali digunakan adalah
hukuman penjara. ( Mahfodz Mohammad, 1993)
Di samping itu, kita juga boleh lihat keadilan dalam undang-undang jenayah Islam iaitu
setiap kesalahan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan tersebut berbeza dengan
undang-undang sivil. Boleh dikatakan hampir semua bentuk kesalahan jenayah dalam undang-

13

undang sivil dihukum dengan hukuman penjara. Kesalahan-kesalahan utama dan berat seperti
membunuh, rogol, menculik, merompak dan seumpamanya dihukum dengan hukuman penjara.
Begitu juga dengan kesalahan kecil seperti kesalahan lalu-lintas, kesalahan berkaitan
pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa walaupun berat
kesalahan yang dilakukan adalah amat ketara namun bentuk hukuman yang dikenakan adalah
hampir serupa. Hal ini akan menimbulkan rasa ketidakadilan dan ketidakpuasan hati terhadap
mangsa atau keluarga mangsa. Walhal jika kita lihat, penjara boleh membawa kepada berbagai
keburukan dan kesan sampingan yang lain seperti ia boleh menjadi tempat latihan jenayah di
samping pusat pengedaran dadah dan perbuatan tidak bermoral. Penjara juga menyebabkan
isteri, anak-anak dan keluarga terpaksa menanggung malu dan beban ekonomi akibat daripada
kesalahan penjenayah. Mereka yang keluar dari penjara biasanya disisihkan oleh masyarakat dan
ada yang kembali melakukan jenayah.
Hukuman penjara yang lama juga mendorong kepada perpecahan kekeluargaan seperti
kecurangan isteri dan kebajikan anak-anak terbagai. Semua kesan ini juga akhirnya akan
mendorong kepada jenayah yang lain. Pelaksanaan hukuman penjara dan denda pada masa kini
kurang menghasilkan keberkesanan dan hal ini sama sekali berbeza dengan pendekatan hukuman
yang disyariatkan oleh Islam. Di samping itu, dapat dilihat, bahawa kadangkala pelaksanaan
hukuman yang dilakukan hanyalah sekadar memenuhi tuntutan undang-undang dan dalam
keadaan-keadaan tertentu hukuman yang dijalankan hanyalah berteraskan kepada kepentingan
peribadi sesuatu pihak sahaja. Oleh itu, pastinya, pelaksanaan hukuman yang dilaksanakan tidak
dapat mencapai objektif yang disasarkan terutamanya dari aspek individu yang terbabit dan
menjadi lebih buruk lagi apabila tidak mendapat kesan dari aspek masyarakat umum.
Selain itu, perlaksanaan hukuman Islam yang sering kali dikatakan kejam dan keras
sebenarnya adalah lebih lembut pelaksanaannya berbanding undang-undang sivil. Kita boleh
lihat dengan jelas buktinya pada perlaksanaan hukuman sebat antara kedua-dua undang-undang.
Sifat-sifat sebatan menurut undang-undang Syariah:
1) Rotan yang digunakan tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus
sehingga boleh melukakan serta tidak pecah-pecah.

14

2) Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan melebihi kepala sehingga kelihatan putih
ketiaknya kerana tujuan sebatan(hudud)bukan untuk membunuh atau
membinasakan,tetapi untuk memberi keinsafan dan mencegah pesalah daripada
melakukan kejahatan.
3) Sebatan tersebut tidak sampai melukakan,mencederakan dan membinasakan tubuh
pesalah.
4) Tidak boleh memukul kawasan kepala,muka,kemaluan dan tempat-tempat yang boleh
membawa maut seperti di perut dan pukulan dikenakan ke atas beberapa tempat pada
badan dan tidak boleh memukul pada tempat yang sama.
Sifat-sifat sebatan menurut undang-undang Sivil:
1) Pesalah dalam keadaan sempurna berpakaian (tutup aurat). Tidak boleh(haram)
menelanjangkan\ mendedahkan aurat pesalah sebagaimana hukuman rotan di dalam
penjara sekarang ini kecuali jika pesalah memakai pakaian tebal yang menghalangnya
dari berasa sakit seperti pakaian musim sejuk,ketika itu pesalah hendaklah menukar
pakaian tersebut kepada pakaian yang boleh menyebabkan dia berasa sakit.
2) Pesalah lelaki dalam keadaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk dan
tidak boleh mengikat atau memegang pesalah
3) Hukuman ini tidak boleh dijalankan pada masa pesalah sakit,dalam tempoh nifas,sedang
hamil,pada hari terlalu panas atau terlalu sejuk.
4) Bagi pesalah yang ditimpa sakit yang ada harapan untuk sembuh seperti demam atau
sakit kepala,hendaklah dilewatkan hukuman sebat sehinggalah dia pulih dari sakitnya
manakala bagi pesalah yang ditimpa penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
syarak memberi keringanan kepada mereka dalam hukuman sebat. Dalam kes seperti ini
hukuman akan terus dilaksanakan tetapi bukan dengan 100 sebatan(hukuman
zina).Caranya adalah dengan kumpulkan seratus dahan\ranting pokok,ikat(jadikan
satu),kemudian sebat pesalah hanya sekali sebatan.

15

Malah sepakat ulama ( ijmak ) bahawa maksud sebatan dalam Islam sudah boleh dianggap
tercupai dengan menggunakan hujung kain, kain sapu tangan atau pelepah tamar. Jika
pelepah tamar digunakan, saiznya hendaklah sederhana iaitu tidak terlalu tua atau terlalu
muda.
Sebatan cara undang-undang Sivil:
1) Terdapat dua jenis rotan yang digunakan:
(a)Rotan jenis nipis: Digunakan untuk kes rasuah,kesalahan jenayah pecah amanah dan
jenayah kolar putih dan ianya tidak begitu merosakkan badan,akan tetapi ia lebih
menyakitkan.
(b) rotan jenis tebal yang digunakan untuk jenayah seperti kes rogol dan kekacauan
seksual.
4) Hukuman tidak diperlihatkan kepada orang ramai melainkan kepada mereka yang terlibat
sahaja(Pegawai Penjara dan Pegawai Perubatan).
5) Pesalah dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan dijalankan melainkan hanya
dipakaikan sehelai apron yang diikat kepada pinggang.
6) Sewaktu dirotan,tangan dan punggungnya diikat dan tukang sebat akan mengayunkan rotan ke
arah punggung pesalah dengan sekuatnya.
7) Hukuman sebatan mesti dijalankan dalam satu sesi. Sekiranya pesalah itu pengsan,ataupun
pegawai perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh
meneruskan lagi,pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat
kemudian ke mahkamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan.
Biasanya,setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.
Jelaslah bahawa bentuk hukuman dalam undang-undang Islam lebih adil dan prihatin
berbanding undang-undang ciptaan manusia. Malah Islam telah menetapkan secara terperinci
dan berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu hukuman agar tiada pihak yang teraniayai.

PENUTUP
16

Secara dasarnya kita melihat bahawa undang-undang sivil lebih bersifat sistematik dan praktikal
dalam melaksanakan hukuman jenayah pada konteks hari ini tetapi, pada hakikatnya, undangundang Shariah itu adalah yang terbaik dalam memelihara kebaikan dan kemaslahatan
manusia.Perlaksanaan hukuman jenayah seperti Hudud seharusnya dilaksanakan kerana ianya
merupakan suatu perintah dari Allah SWT untuk melaksanakan Hudud.Sekiranya sesuatu
jenayah itu tidak boleh disabitkan kepada hukuman Hudud maka, boleh dilaksanakan dengan
hukuman Tazir.Setelah perbandigan undang-undang telah dibuat, kita dapati bahawa undangundang ciptaan atau sivil itu bersifat fleksibel iaitu tidak kekal dan sering berubah-ubah kerana ia
tertakluk pada pindaan dan mengikut penyesuain masyarakat pada masa ke semasa.Oleh yang
demikian,dapat disimpulkan bahawa undang-undang Islam atau Shariah adalah sangat relevan
dalam perlaksanaanya dan bersifat syumul atau sempurna dalam semua aspek serta dapat
memberi kesan yang baik kepada individu, masyarakat dan negara.

RUJUKAN

17

Awang Abdul Aziz Juned. 2013. Qanun Jenayah Syariah Suatu Pengenalan. Brunei. Jabatan
Mufti Kerajan, Jabatan Perdana Menteri.
Dr Abdul Kadir Audah. 1966. Islam dan Perundangan-Perundangan. Indonesia. Penerbit: C.V.
Mulja Djakarta
Dr. Abdul Samat Musa & Zuliza Kusrin.2006.Undang-Undang Perlembagaan dan Pentadbiran
PG 1253. Selangor, Pusat Kembangan Pendidikan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Beban_pembuktian
Jan Michiel Otto.2010.Sharia and National Law :Comparing the Legal System of Twelve Islamic
Countries.Cairo, The American University in Cairo Press.
Kanun Keseksaan 1950
Mahfodz mohammad.. 1993. Jinayah dalam Islam Kuala Lumpur. Nurin Enterprise
Noor Aziah Mohd Awal. 2013. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di
Malaysia.Selangor, ,Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Paizah Haji Ismail. 2008. Kaedah Pembuktian Dalam Kes Hudud. Jurnal Fiqh: No. 5.

18

Anda mungkin juga menyukai