Anda di halaman 1dari 6

3.4 Pembentukan panca indera dan organ bayi.

Proses kejadian manusia telah diceritakan di dalam al-Quran dengan


begitu teliti malah fakta-fakta yang dinyatakan dalam al-Quran adalah
tepat dan tidak mampu disanggah oleh mana-mana pihak. Al-Quran
menceritakan proses penciptaan manusia termasuklah penciptaan
organ-organ dan panca indera yang dimiliki tubuh badan dengan tepat
walaupun ketika penurunannya kemajuan sains dan teknologi masih
belum mampu untuk membuktikannya. Firman Allah :
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan
Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada
dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada
memperhatikan? (Adz Dzariyat: 20-21)
Pembentukan organ-organ dan panca indera dalam penciptaan
manusia berlaku semenjak dalam alam rahim lagi. Penciptaan organ
dan panca indera berlaku secara berperingkat-peringkat. Ia boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat utama sepanjang proses penciptaan
manusia.
TRIMESTER PERTAMA (Minggu 0 12)
Organ dan panca indera mula terbentuk dalam trimester yang pertama
atau akhir fasa mudghah iaitu pada akhir minggu keenam sejak
kehamilan. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa proses
pembentukan organ tubuh bermula setelah empat puluh dua hari.1










1Zaghlul An-Najjar. Sains dalam Hadis. Penerbitan Amzah. Jakarta. 2011.hlmn
413

Wahai manusia! Jika kamu meragukan (hari)


kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah
menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis
mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari
segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan
yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada
kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim, menurut
kehendak
kami
sampai
waktu
yang
sudah
ditentukan... (Al-Hajj: 5)
Di dalam ayat ini telah dinyatakan dua fasa mudgah iaitu fasa
yang sudah terbentuk dan yang belum terbentuk. Maksud fasa
mudgah yang sudah terbentuk atau sempurna ialah embrio itu sendiri
yang sudah memiliki beberapa organ dengan fungsinya yang tersendiri
manakala mudgah yang belum terbentuk ialah plasenta yang
terbentuk pada hari ke tiga puluh lima. Tahap mudgah berakhir pada
minggu keenam iaitu selepas empat puluh hari.
Embrio mulai berubah menjadi fetus atau janin. Selepas itu, roh
ditiupkan dan pancaindera dikurniakan oleh Allah seperti yang
dinyatakan di dalam Surah as-Sajdah ayat 9:
"Kemudian
Dia
menyempurnakannya
dan
meniupkan roh (ciptaan)Nya ke dalam (tubuh)Nya
dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan
hati bagi kamu, (tetapi) sedikit sekali kamu
bersyukur.
Pada peringkat ini, deria-deria mula terbentuk. Sebahagian
anggota tubuh terbentuk terlebih dahulu berbanding anggota tubuh
yang lain. Kedua-dua belah mata dan lidah terbentuk pada minggu
keempat sebelum bibir yang akan terbentuk pada minggu kelima.2
Penjelasan ini telah dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Balad
pada ayat kelapan dan kesembilan:

2 K.H Alie Yafie. Ensiklopedia Kemukjizatan Ilmiah dalam al-Quran dan


Sunnah. PT Kharisma Ilmu. Indonesia. 2009. Hlmn 25

(Mengapa manusia terpedaya dan bermegahmegah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya:
dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan
kekayaan Kami)? (8) Dan lidah serta dua bibir (untuk
dia menyempurnakan sebahagian besar dari hajathajatnya)?(9)
Penciptaan organ dan panca indera juga disebut oleh al-Quran dalam
surah Mukminun ayat 78:
Dan dialah yang menciptakan bagi kamu sekalian,
pendengaran, penglihatan dan hati.
Mata akan dilitupi dengan selaput mata. Pada awalnya, jarak keduadua mata janin saling berjauhan pada kedua-dua sisi mata. Apabila
memasuki akhir minggu ketujuh, kedudukan mata akan berubah
kepada kedudukan kedua-dua sisi kepala dan kedudukannya juga lebih
rendah sedikit berbanding kedudukan asalnya. Teori yang dinyatakan di
dalam al-Quran ini jelas terbukti kebenarannya apabila kenyataan
tersebut selari dengan pendapat daripada seorang pakar dalam bidang
anatomi dan embrio iaitu Prof.Keith L.Moore yang mengatakan bahawa
sepanjang tempoh perkembangan fetus (janin),mata mulai terbentuk
setelah organ telinga bahagian dalam terbentuk. kemudian otak
sebagai pusat pemikiran dan perasaan terbentuk selepas
pembentukan telinga dan mata. Telinga fetus mulai terbentuk ketika
kehamilan menginjak hari ke 22 dan bentuk telinga mulai menjadi
sempurna perkembangannya apabila kehamilan mencapai empat bulan
dan fetus mulai dapat mendengar suara dari dalam rahim ibunya.
Jantung dan sistem pencernaan mula terbentuk dalam embrio
secara beransur-ansur manakala tiub neutral akan berubah menjadi
otak dan spinal cord (saraf tunjang). Pertumbuhan otak meningkat
dengan cepat iaitu hampir 250.000 sel saraf baru setiap minit. Ia mulai
nampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7
gram. Peringkat permulaan bagi kaki dan lengan juga mulai kelihatan

diikuti oleh pembentukan jari-jari di hujung kaki dan tangan. Pada


minggu kedua belas, jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah
penuh. Bentuk wajah bayi sudah menjadi lengkap, memiliki dagu dan
hidung kecil. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Telinga,
kuku dan folikel rambut juga mulai wujud dan tulang akan
menggantikan kartilej (tulang rawan).
Pada hujung minggu kedua belas (tiga bulan), janin sudah
memiliki kesemua organ yang penting di dalam tubuh badan manusia
termasuklah sistem pengaliran darah dan sistem urogenital iaitu organ
air kencing dan pembiakan3 serta hati.
TRIMESTER KEDUA (Minggu 12 24)
Pada peringkat ini, janin sudah mulai menyerupai bentuk bayi yang
sempurna. Janin yang berada dalam cairan amniotik sudah boleh
menelan dan menghisap jari. Gerakan kaki dan tangan, termasuk
gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala,
sudah boleh dirasakan ibu. Janin sudah mampu untuk membuka
matanya dan degupan jantung sudah boleh didengari dengan jelas.
Rambut juga sudah tumbuh pada kepala janin dan seluruh badan
memiliki bulu-bulu roma halus. Pada masa yang sama, bulu mata dan
kening juga akan mulai tumbuh. Kelihatan juga pada janin tunas gusi,
gigi dan bibir di dalam mulutnya.
TRIMESTER KETIGA (minggu 24 -40)
Pada peringkat ini iaitu dalam tempoh tiga bulan terakhir,
pertumbuhan janin akan menjadi lambat sedikit namun begitu semua
sistem organ dalam badan akan terus dilengkapkan untuk berfungsi
tidak lama lagi. Pada penghujung bulan yang ketujuh, semua organ3 Abu Hassan b. Haji Ali. Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam al-Quran (jilid
1). Emedia Publication. Kuala Lumpur. 2005. hlmn 69

organ yang vital sudah lengkap dan tisu lemak sudah mulai wujud pada
bawah lapisan kulitnya. Pada masa ini, janin sudah boleh tersedu,
menangis, merasai rasa manis atau masam dan mampu memberi
reaksi terhadap kesakitan, cahaya dan bunyi.
Pada bulan kelapan, kulit bayi akan menjadi lebih halus dan
cerah warnanya dan proses tumbesaran otaknya akan berlaku dengan
lebih cepat. Pada masa ini, pelbagai antibodi daripada ibu mulai
disalurkan kepada bayi bagi melindungi bayi daripada penyakit apabila
dilahirkan nanti. Pada bulan terakhir kehamilan ibu, paru-paru bayi
akan menjadi matang.4
Proses keseimbangan semua organ tubuh yang berbeza-beza
berlaku dan organ-organ ini akan berada di kedudukan masing-masing.
Ketika dilahirkan, panjang kepala janin akan menjadi satu perempat
panjang badannya, kedudukan mata berada di hadapan wajah,
kedudukan telinga yang lebih tinggi dan kedua-dua lubang hidungnya
saling berdekatan serta ukuran tubuh yang seimbang. Proses
penyeimbangan ini telah lama disebut di dalam al-Quran dalam surah
al-Infithar ayat 6 dan 7.5



(6).







(7).





Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan
kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang
Maha Pemurah

4 Abu Hassan b. Haji Ali. Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam al-Quran (jilid
7). Emedia Publication. Kuala Lumpur. 2005. hlmn 5.
5 Hisham Thalbah. Ensiklopedia al-Quran dan Hadis (jilid 2). PT.Sapta
Sentosa. Jakarta. 2009. hlmn 23

Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan


kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu
seimbang,

Anda mungkin juga menyukai