Anda di halaman 1dari 17

MPU23052

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

TAJUK:
KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS

NAMA PENSYARAH:
PUAN WAN ZAMILAH BINTI WAN IBRAHIM

NAMA NO. MATRIK


ANIS NURDINI BINTI ROSMILI 04DKA20F1038
NUR AISYAH BINTI JUSOH 04DKA20F1999
NUR AIN SALTSABIELA BINTI ROZI 04DKA20F1014
NUR SHAFFIQA BINTI DZULKEFLY 04DKA20F1062
NUR ZULIANA BINTI ZAMRI 04DKA20F1022
PENGHARGAAN
Assalamualaikum bersyukur kehadrat Ilahi diatas pengurniaan dan ruang pada kumpulan
kami untuk menyelesaikan satu tugasan yang agak mencabar dalam menghasilkan satu kertas
kerja yang bertajuk berkaitan tentang proses kejadian manusia menurut al-quran dan sains
berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Terima kasih diucapkan kerana telah memberi waktu
untuk menyelesaikan kertas kerja ini dan peringanan ini amatlah bermakna untuk kumpulan
kami. Dengan melaksanakan tugasan ini kami telah dapat mempelajari pelbagai ilmu yang
berkaitan proses kejadian manusia.
PENDAHULUAN
Manusia mempunyai takrifan yang berbeza-beza menurut biologi, rohani dan istilah
kebudayaan atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sepiens
iaitu sebuah spesies daripada golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.
Dalam hal kerohanian, manusia dijelaskan melalui konsep jiwa yang bervariasi di mana
dalam agama dikaitkan hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup.
Dalam hal kebudayaan, manusia dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi
mereka dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya dan juga berdasarkan
kemampuannya membentuk kelompok untuk sokongan antara satu sama lain serta
pertolongan.

Manusia dari segi Islam membawa maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna.
Tetapi, hal ini tidak membawa maksud kepada fizikal seseorang tetapi dari segi kerohanian
dan tabiat ataupun budaya serta personaliti manusia. Selain itu, manusia merupakan sejenis
makhluk Allah yang teristimewa dari makhluk lain kerana terdapat sifat-sifat khusus yang
telah diberikan kepadanya untuk membolehkannya menanggung amanah Allah yang tidak
mampu tertanggung oleh makhluk lain.

Terdapat perbezaan persepsi tentang proses kejadian manusia antara Al-Quran dan
sains moden. Sebagai umat islam, kita telah mengenali bahawa manusia pertama yang dicipta
olah Allah SWT ialah nabi Adam A.S sebagai mana yang tertera dalam Al-Quran, Allah
SWT menciptakan manusia (nabi Adam A.S) melalui tanah. Kemudian, Hawa pula dicipta
melalui tulang rusuk nabi Adam dan daripada mereka diciptakan pula keturunan manusia.
Menurut Al-Quran, keturunan manusia terlahir melalui beberapa tahap iaitu melalui
percantuman benih lelaki dan perempuan (NUFTAH) kemudian segumpal darah (ALAQAH)
yang membentul seketul daging (MUDGHAH) dan menjadi beberapa tulang (IZHAM).
Kemudian, tulang yang dibaluti daging tersebut ditiupkan roh olah Allah SWT sepertimana
tertera dalam dalil tersebut;

“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia
menjadikan kamu berpasang (lelaki dan perempuan), dan tiada mengandung seseorang
perempuan sahaja (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang
dikandungnya) melainkan dengan keadaan diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang
berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya
di dalan Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sajaha kepada Allah.” (Surah
Fathir : 11)

KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama.
Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang
terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan
amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya
Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku
yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan
terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya
darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .
Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim
(qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" (al-Mukminun : 14)

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin
dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni
yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

a)sesuatu yang bergantung atau melekat

b)pacat atau lintah

c)suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam
rahim.

PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan


mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-
Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" (al-Mukminun )

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-
anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di
dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula
berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi
kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh
minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging" (al-Mukminun : 14)

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini
perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu
sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula
kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air
kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan
semuanya telah sempurna dan lengkap. Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan ,
beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah
masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan
sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri
menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku
tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. Janin mendapat makanan melalui uri

PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ
tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim
lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan
kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.
Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t

FITRAH KEJADIAN MANUSIA DAEI PERSPEKTIF AGAMA

Falsafah Kejadian Manusia Daripada Perspektif Al-Quran & Sunnah :-

Berikut merupakan antara falsafah fitrah kejadian manusia yang diwariskan melalui Quran
dan sunnah:

·Manusia adalah sebaik-baik kejadian

·Manusia adalah khalifah Allah (mengurus dan mentadbir alam) menuju kesejahteraan

·Manusia pertama (Adam) dicipta dari tanah, manakala Hawa (isteri Adam) dicipta dari
tulang rusuk kiri Adam

·Anak lahir ibarat kain putih. Ibubapa yang menjadikannya seorang majusi, nasrani dsb.

·Setiap manusia mempunyai dua musuh utama sejak lahir iaitu hawa nafsu dan syaitan

·Para Rasul diutus untuk memimpin manusia pada jalan kebenaran

·Manusia yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa & berakhlak mulia

·Setiap manusia mempunyai nasib tersendiri (Qada’ dan Qadar)

·Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah

·Manusia bersifat gelisah dan tergesa-gesa, kecuali orang-orang yang sabar dan tetap dalam
mendirikan solat dengan sempurna

·Manusia dihidupkan dan dimatikan untuk diuji siapakah yang terbaik amalannya ketika di
dunia

·Pusingan hidup manusia ibarat bulan sabit

·Setiap manusia akan diberi pembalasan di hari akhirat


·Kehidupan di dunia bersifat sementara. Kehidupan abadi (tanpa kematian) adalah di akhirat.

Proses dan Jangka Masa Perkembangan :-

Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai persamaan dan perbezaan di antara


satu sama lain. Perkembangan manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil daripada
proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia melalui proses kelahiran,
tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut, setiap individu melalui pengalaman
yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap individu adalah unik.

KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS

Proses kejadian manusia mengikut teori sains dapat disimplukan seperti rajah di bawah:

Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama
iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1. Tahap pra-embrionik

Pada tahap pertama,zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel,dan terbentuklah


segumpulan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding Rahim . Seiring
pertumbuhan zigot yang semakin membesar ,sel-sel penyusunya pun mengatur diri mereka
sendiri guna membentuk tiga lapisan.

2. Tahap Embrionik

 Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut
sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-
lapisan sel tersebut.
3. Tahap fetus

Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak
kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah
terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun
pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini
berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu
kelahiran.

Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang,
saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk
janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir
sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan
janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai
manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu
semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat
berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan
boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu
yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu
yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu
masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan
warganya. 
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia
mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia
memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan
persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir,
sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya. Melalui
bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada
orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu
dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan
sosialnya.

Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak


manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang
memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada
haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang
hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-
Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan
bermasyarakat.

Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori
evolusi pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu
unsur asal yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad
dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui
sains.Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya
boleh dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.
Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia
terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad
haiwan.Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia
mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan
rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang difikirkan oleh otak dan
dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih
dikenali sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan
sosial. Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah
manusia hidup secara kemanusiaan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, tiada perbezaan yang ketara dalam proses kejadian manusia melalui Al-
Quran dan sains moden. Hal ini kerana melalui Al-Quran, proses kejadian manusia yang
diperkatakan adalah bermula dengan percantuman antara benih (Nuftah) kemudian menjadi
segumpal darah (Alaqah) seterusnya seketul daging (Mudghah) menjadi beberapa tulang
(Izham) dan kemudiannya ditiupkan pula roh ke dalam tulang yang telah dibaluti oleh daging
tersebut. Proses ini adalah sama seperti yang dinyatakan dalam pembelajaran sains moden di
mana peringkat awalnya ialah percantuman sel sperma dan sel ovum (Nuftah), kemudian
blastosit pula menempel pada uterus sama seperti peringkat Alaqah. Peringkat embrio pula
merupakan peringkat yang sama dengan pembentukan Mudghah, Izham dan Lahm. Manakala
peringkat janin seperti peringkat Nasy’ah Khalaqan Akhar. Seterusnya peringkat plasenta
yang terbentuk lengkap pula selari dengan peringkat Nafkhur Ruh kemudian akhirnya
berlaku pula penyempurnaan kepada yang telah wujud. Maka jelaslah bahawa sains moden
dan Al-Quran mempunyai konsep utama yang sama dalam proses kejadian manusia.
Walaupun terdapat teori-teori daripada sarjana barat, teori tersebut tidak diambil kira oleh
masyarakat pada hari ini. Contohnya seperti teori abiogenesis yang dipelopori oleh Aristotle
merupakan teori yang langsug tidak pernah diterima oleh masyarakat dunia. Selain itu, teori
dari Charles Darwin iaitu Teori Darwin hanya pada peringkat awal sahaja ada masyarakat
yang mempercayainya tetapi setelah mengikut logik akal fikiran, teori tersebut telah
dinafikan dan diketepikan. Oleh itu, berdasarkan huraian-huraian perbandingan diatas,
dapatlah disimpulkan bahawa proses kejadian seorang manusia itu sama dinyatakan melalui
Al-Quran dan Sains moden. Walaupun terdapat nama-nama peringkat kejadian tersebut
barlainan antara Al-Quran dan sains moden, tetapi secara umumnya, peringkat tersebut
adalah sama dan serupa.

LAMPIRAN
SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA

CARA JANIN MENDAPATKAN MAKANAN


KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS

PEMBENTUKAN JANIN
KEJADIAN MANUSIA MELALUI TEORI DARWIN
RUJUKAN
https://www.kompasiana.com/ditarahayu/makalah-asal-usul-manusia-menurut-sains-dan-
islam_54f7ae10a33311641e8b4794

Anda mungkin juga menyukai