Anda di halaman 1dari 6

BAB 4 PEMBIAKAN

PERKEMBANGAN JANIN MENURUT AL-QURAN


Penciptaan manusia dapat dibuktikan melalui ayat-
ayat di dalam al-Quran bahawa Allah adalah
sebaik-baik pencipta seperti yang dinyatakan di
dalam surah al-Mukminun ayat 12-14:

Maksudnya :

(12) Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari


pati (yang berasal) dari tanah; (13) kemudian Kami jadikan "pati"
itu (setitis) air benih (NUTFAH) pada penetapan Yang kukuh; (14)
kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku
(ALAQAH), lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging (MUDHGHAH), kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang (IZHOM), kemudian Kami balut tulang-
tulang itu Dengan daging (LAHM), setelah sempurna kejadian itu
Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya.
maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta.
Topik 4 Pembiakan

NUTFAH
Nutfah adalah campuran mani lelaki dan perempuan. Menurut sains,
jumlah sperma yang terkandung dalam air mani lelaki ketika ejakulasi
ialah 200-300 juta yang kemudiannya berenang dan bertemu dengan
ovum dalam tiub fallopio.

ALAQAH
Bermaksud sesuatu yang bergantung dan melekat. Proses
penggantungan dan pembenaman embrio dalam dinding rahim (uterus).
Selepas persenyawaan, zigot akan mengalami pembahagian dan akan
membentuk sel-sel yang lebih kecil dan menjadi embrio. Proses
pemecahan sel ini dinamakan sebagai alaqah. Peringkat pembentukan
alaqah pada minggu pertama atau hari ketujuh. Peringkat ini juga
merupakan peringkat minggu pertama hingga ketiga di dalam rahim.
MUDHGHAH
Bermaksud seketul daging yang dikunyah. Allah menyebutkan dua
bentuk mudghah iaitu sempurna dan tidak sempurna.
Pada peringkat ini, sudah terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota lain. Sistem pernafasan juga mula terbentuk dan jantung mula
berfungsi atau berdegup. Seterusnya, darah akan mula mengalir dengan
lebih banyak lagi bagi membekalkan oksigen dan pemakanan.
IZAM & LAHM
Pada peringkat ini (minggu keenam dan ketujuh), terjadinya
pembentukan tulang mendahului otot-otot. Pada akhir minggu ketujuh,
terbentuk satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini, perut, usus,
seluruh sistem saraf, otak dan tulang belulang terbentuk.
PERKEMBANGAN JANIN MENURUT HADIS

Dari Abdullah bin Masud, ia berkata, Rasulullah yang benar


dan dibenarkan perkataannya memberitahu kami:

Sesungguhnya setiap orang di antara kalian dikumpulkan


penciptaannya dalam perut (rahim) ibunya selama 40 hari
sebagai nutfah. Lalu dalam masa 40 hari (berikutnya)
menjadi alaqah. Kemudian setelah 40 hari (berikutnya)
berubah lagi menjadi mudhghah. Kemudian Allah mengutus
seorang malaikat untuk meniupkan roh kepadanya, lalu
menuliskan 4 perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amal
perbuatannya dan ketentuan sama ada ia celaka atau
bahagia..

Hadis sahih riwayat Al-Bukhari (no. 6594) dan Muslim (no.2643)

Anda mungkin juga menyukai