Anda di halaman 1dari 20

SURAH AL-INSAN

PENGENALAN


Surah Al-Insan (Arab:
, "Manusia") adalah surah
ke-76 dalam al-Qur'an.

Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 31
ayat. Dan 98 urutan pewahyuan.

Surah ini diturunkan di madinah.

Dinamakan Al-Insan yang berarti Manusia diambil dari kata
Al-Insaan yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
















PROSES KEJADIAN MANUSIA
MENURUT AL-QURAN

PERINGKAT SATU:

NUTFAH : Iaitu peringkat pertama bermula selepas
persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah
berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada
setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya
dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf
ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas
samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan
amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti
percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di
atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia
daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.





Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota
yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan
lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya
saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan
akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA:

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung
minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor
yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim
(qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi
alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna
segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan
mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni
yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa
maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat
pacat atau lintah
suatu buku atau ketulan darah





Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga
minggu ketiga did alam rahim.

PERINGKAT KETIGA:

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada
minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua
kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-
Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang,
telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem
pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam
otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung
bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya,
darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi
sendiri.





PERINGKAT KEEMPAT:

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima,
keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang
mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang
telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14



Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem
yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf,
otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu
sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung
dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ
pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing
dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan
tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut
semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah
sempurna dan lengkap.






PERINGKAT KELIMA:

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan
pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke
peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah
terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula
tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan
hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah
wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi
perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KE ENAM:

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak
Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang
sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai
kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses
perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai
hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran
surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu
membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan
disisi Allah s.w.t




Surah Al-insan dan terjemahannya







































[1]
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (
yang beredar ) , sedang ia ( masih belum wujud lagi , dan ) tidak
menjadi sesuatu benda yang disebut sebut , ( maka mengapa
kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat ) ?




[2]
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia
bermulanya dari air mani yang bercampur ( dari pati benih
lelaki dan perempuan ) , serta Kami tetap mengujinya ( dengan
kewajipan kewajipan ) ; oleh itu maka Kami jadikan dia
berkeadaan mendengar dan melihat .
[3]
Kerana keadaan itu tidak mencukupi , maka ) sesungguhnya
Kami telah menunjukkan kepadanya ( melalui akal dan Rasul )
akan jalan jalan ( yang benar dan yang salah ; maka terserahlah
kepadanya ) sama ada ia bersyukur ( dengan beriman dan taat )
, ataupun ia berlaku kufur ( dengan mengingkari kebenaran
atau menderhaka ).
[4]
( Dalam pada itu ), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi
sesiapa yang berlaku kufur ( atau menderhaka ) : beberapa
rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang julang .
[5]
Sesungguhnya orang orang yang berbakti ( dengan taat dan
kebajikan ), akan meminum dari piala : sejenis minuman yang
bercampur dengan Kafur,




[6]
Iaitu sebuah mata air (di Syurga ), yang diminum daripadanya
oleh hamba hamba Allah ( yang taat ) ; mereka boleh
mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan
aliran yang semudah mudahnya dan menurut kemahuannya .
[7]
( Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana ) mereka
menyempurnakan nazarnya ( apatah lagi yang diwajibkan
Tuhan kepadanya ), serta mereka takutkan hari ( akhirat ) yang
azab seksanya merebak di sana sini .
[8]
Mereka juga memberi makan benda benda makanan yang
dihajati dan disukainya , kepada orang miskin dan anak yatim
serta orang tawanan ,
[9]
( Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati) :
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana
Allah semata mata ; kami tidak berkehendakkan sebarang
balasan dari kamu atau ucapan terima kasih ,





[10]
Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami , takut Ia kenakan
kami azab hari yang padanya muka orang orang yang bersalah :
masam berkerut kerut .
[11]
Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan ), maka
Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian
keadaannya , serta memberikan kepada mereka keindahan
yang berseri seri ( di muka ), dan perasaan ria gembira (di hati ).
[12]
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan
Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[13]
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas
pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ
adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga
merasai suasana yang terlampau sejuk;
[14]
Sedang naungan pohon pohon Syurga itu dekat kepada mereka
, dan buah buahannya pula dimudahkan ( untuk mereka
memetiknya ) dengan semudah mudahnya .



[15]
Dan ( selain itu) diedarkan kepada mereka ( oleh pelayan
pelayannya ) : bijana dari perak dan piala piala minuman yang
keadaannya laksana kaca ( nampak jelas isinya )
[16]
( Keadaannya laksana ) kaca, ( sedang ia ) dari perak ; pelayan
pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul
dengan kehendak penggunanya .
[17]
Dan mereka dalam Syurga itu , diberi minum sejenis minuman
yang campurannya dari Zanjabil ,
[18]
Iaitu sebuah mata air dalam Syurga , yang disebutkan sifatnya
sebagai Salsabil .
[19]
Dan mereka dilayani oleh anak anak muda lelaki yang tetap
kekal ( dalam keadaan mudanya ) , yang sentiasa beredar di
sekitar mereka ; apabila engkau melihat anak anak muda itu ,
nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan .





[20]
Dan apabila engkau melihat di sana ( dalam Syurga itu ) ,
engkau melihat nikmat yang melimpah limpah dan kerajaan
yang besar ( yang tidak ada bandingannya ).
[21]
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat
dari sutera halus dan sutera tebal ( yang bertekat ), serta
mereka dihiasi dengan gelang gelang tangan dari perak ; dan
mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis
minuman ( yang lain ) yang bersih suci .
[22]
( Serta dikatakan kepada mereka ): Sesungguhnya ( segala
pemberian ) ini adalah untuk kamu sebagai balasan , dan adalah
usaha amal kamu ( di dunia dahulu ) diterima dan dihargai (
oleh Allah ) .
[23]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran kepadamu (
wahai Muhammad ), dengan beransur ansur .
[24]
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum
Tuhanmu ( memberi tempoh kepada golongan yang
menentangmu ), dan janganlah engkau menurut kehendak



orang yang berdosa di antara mereka , atau orang yang kufur
ingkar .
[25]
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama
Tuhanmu ( di dalam dan di luar sembahyang ), pada waktu pagi
dan petang ;
[26]
Dan ( dengan apa keadaan pun maka ) pada sebahagian dari
waktu malam sujudlah kepada Tuhan ( dengan mengerjakan
sembahyang ), dan ( seboleh bolehnya ) bertasbihlah
memujiNya ( dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud ),
pada sebahagian yang panjang dari waktu malam .
[27]
Sesungguhnya orang-orang ( yang menentangmu ) itu sentiasa
mencintai ( kesenangan dan kemewahan dunia ) yang cepat
habisnya , serta mereka membelakangkan ( tidak menghiraukan
bekalan ) untuk hari akhirat yang amat berat ( penderitaannya
kepada orang-orang yang tidak bertaqwa ).
[28]
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang
sendi dan urat saraf mereka ; ( Kami berkuasa membinasakan
mereka ) dan apabila Kami kehendaki , Kami gantikan ( mereka



dengan ) orang-orang yang serupa dengan mereka , dengan
penggantian yang sebaik baiknya .
[29]
Sesungguhnya ( segala keterangan yang disebutkan ) ini ,
menjadi peringatan ; maka sesiapa yang mahukan ( kebaikan
dirinya ) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan
kepada keredaan Allah ( dengan iman dan taat ).
[30]
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara)
melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya
Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
[31]
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ( menurut aturan
yang ditetapkan ) ke dalam rahmatNya ( dengan
ditempatkannya di dalam Syurga ); dan orang-orang yang zalim
, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi
sakitnya .






Kelebihan surah Al-insan

Barangsiapa membaca Surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas
dan khusyu) maka balasannya ialah Syurga Harir.
Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan
menguatkan jiwa.
Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang
suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah
untuk membaca. InsyaAllah, dipermudahkan oleh Allah.
Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang
korban yang disembelih pada hari raya korban dengan
menggunakan dakwat atau pen orang-orang alim, kemudian
dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi
air. Bawalah ia kemana saja, InsyaAllah menjadi pendinding dari
segala bala dan gangguan jin dan manusia.








Kesimpulan


Surah ini menceritakan tentang proses penciptaan manusia.
Mempunyai petunjuk-petunjuk untuk mencapai kehidupan
yang sempurna dengan menempuh jalan yang lurus.
Memberitahu ajaran Islam untuk memenuhi nazar, memberi
makan orang miskin dan anak yatim serta orang yang ditawan
karena Allah, takut kepada hari kiamat, mengerjakan solat,
solat tahajud dan bersabar dalam menjalankan hukum Allah
S.W.T
Memberitahu ganjaran terhadap orang yang mengikuti
petunjuk dan ancaman terhadap orang yang mengingkariNYA.









RUJUKAN

http://quran.com/76
http://fadhilat-al-quran.com/surah-
al-insan/
http://lailizah.tripod.com/proses_kej
adian_manusia_menurut_al-
Quran.htm

Anda mungkin juga menyukai