Anda di halaman 1dari 13

Konsep mukjizat ilmiah serta bukti

mukjizat al-Quran secara fakta ilmiah dan

saintifiknya.

~tinny_owner~
Pendahuluan

Apakah yang di maksudkan dengan mukjizat ?

Mukjizat dari segi bahasanya bermaksud sesuatu yang luar biasa atau bertentangan

dengan adat atau keluar dari batas-batas faktor yang biasa diterima oleh logik akal. 1Manakala

dari segi istilahnya membawa maksud kejadian atau peristiwa luar biasa yang dikurniakan oleh
2
Allah kepada para nabi dan rasulNya, yang tidak dapat dipelajari, ditiru dan ditandingi.

Terdapat dua jenis mukjizat iaitu mukjizat hissi dan mukjizat maknawi. Mukjizat hissi ialah

mukjizat yang dapat dirasai dan dilihat menggunakan pancaindera yang dikurniakan oleh

ALLAH SWT kepada kita. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim (as) yang telah dibakar tetapi tidak

hangus dengan izin Allah, air yang terpancar dari celah jari Nabi Muhammad s.a.w, Nabi

Sulaiman yang diberi kebolehan untuk memahami apa yang diperkatakan olehbinatang dan boleh

berkomunikasi dengan binatang. Mukjizat taufan dan air bah oleh Nabi Nuh (as) yang hanya

dapat dilihat atau dirasai oleh umat yang ada bersama-sama para nabi ini. Nabi Musa membelah

laut ketika menyelamatkan diri daripada kekejaman Fir’aun dapat dirasai oleh umat-umat yang

bersama dengannya sahaja. Bagi mukjizat maknawi pula, keajaibannya dapat dikesan oleh

manusia dengan menggunakan akal fikiran, merenung, mengkaji dan berfikir dengan mendalam

untuk merasainya beserta dengan mengamalkannya. Sebagaimana al-Quran iaitu mukjizat Nabi

Muhammad s.a.w yang untuk dirasai oleh seluruh umat manusia pada zaman al-Quran

diturunkan sehinggalah hari kiamat dan akan tetap dipelihara sehinggalah hari Kiamat.3

Firman Allah, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang

memelihara dan menjaganya”4

1
Mukjizat al-Quran, Achmad Hidayat
2
Unit5,Ismah Rasul oleh e-sayuti
3
Halaqah.net oleh seharum jannah
4
Tafsir al-Quran,surah al-Hijr,ayat 9
Al-Quran dan Kelebihannya

Al-Quran dari segi bahasanya berasal daripada perkataan Qara’a, yang beerti

menghimpun dan menyatukan. Sedangkan Qiraah beerti menghimpunkan huruf-huruf dan kata-

kata yang satu dengan yang lainnya dengan susunan yang amat baik. Manakala dari segi

istilahnya bermaksud Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diberikan kepada Nabi

Muhammad s.a.w yang disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya merupakan

satu ibadah.5

Oleh itu, jelaslah bahawa al-Quran itu mengandungi mukjizat yang tersembunyi yang kita

harus berusaha mencarinya dan memahaminya serta beramal dengan isi kandungan al-Quran dan

as-sunnah Rasulullah.Al-Quran ialah mukjizat yang abadi yang dipelihara oleh Allah sehingga

ke akhir hidup iaitu kiamat. Selain itu, al-Quran juga merupakan satu pengumpulan ilmu di mana

merupakan kitab ilmiah yang menghimpun pelbagai ilmu dunia dan akhirat seperti kejadian

siang dan malam, kejadian manusia, bagaimana mencuci hati, bagaimanam ingin menjadi

manusia yang bersyukur, mengandungi hukum-hukum islam dan bagaimana pelaksanaannya

secara ringkas dan lebih terperinci lagi oleh hadis.

1)

KEJADIAN MANUSIA

5
Media BilHikmah,Apakah al-Quran?
Dalam al-Quran penerangan yang terperinci mengenai penciptaan manusia dan

peringkat-peringkat perkembangan manusia sebelum dilahirkan ke dunia berdasarkan firman

Allah,”…dia menjadikan kamu dalam perut ibumu secara berperingkat dalam tiga

kegelapan.”6Tiga kegelapan yang ditafsirkan sebagai keadaan gelap di dalam perut, kegelapan di

dalam rahim dan kegelapan di dalam selaput yang menutup anak di dalam rahim. 7 Firman

Allah,”Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati( yang berasal) dari tanah.

Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian

Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu

menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian

Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia

menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah

sebaik-baik Pencipta.”8Selain itu, firman Allah berkaitan kejadian manusia,” Wahai umat

manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula

pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami

telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah

beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak

disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada

kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang

mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;

kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak,”9

6
Tafsir al-Quran,surah az-Zumar,ayat 6
7
Tafsir al-Quran,nota kaki 757
8
Tafsir Digital Quran,surah Al-mu’minun,ayat 12-14
9
Tafsir Digital Quran , surah al-Hajj,ayat 5
Berdasarkan dalil-dalil diatas, jelas menunjukkan al-Quran iaitu kalam Allah menjelaskan

dengan terperinci di beberapa surah tentang kejadian manusia. Manusia terbentuk daripada hasil

percantuman antara benih lelaki dan benih perempuan atau terbentuk daripada air mani yang

selepas percantuman selama 6 hari, embrio mula hidup di dalam tubuh wanita. Air mani

kemudian akan bertukar menjadi seketul darah beku atau seperti lintah atau bentuknya juga

seolah-olah bentuk ‘gum’ atau kayu.Kemudian, apabila mencapai usia 40 hingga 42 hari, embrio

mula mempunyai ciri-ciri manusia. Embrio .10 Begitu juga dengan pembentukan kromosom

ketika pembentukan janin iaitu peringkat nutfah dan daya pewarisan yang hanya terhasil

daripada percantuman antara antara sperma dengan ovum. Kromosom berperanan penentu

bentuk fizikal yang akan diwarisi oleh bayi Itu nanti seperti kulit,rambut, warna mata, dan

sebagainya.ketika usia kandungan mencecah 40 hari, anggota badan bayi mula terbentuk secara

berperingkat.11 Sabda Rasulullah s.a.w :

“Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu

dalam masa 40 hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan

membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, “Ya

10
Falsafah Kejadian Manusia,Falsafah Kejadian Manusia Menurut Sains Dari Perspektif islam
11
Lets Learn With Heart,Keajaiban Sains Di Dalam al-Quran
Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya

sebagaimana yang Dia suka”.12

2)

KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

Firman Allah dalam tafsir al-Quran,”Dan apakah orang kafir itu tidak mengetahui

bahawa dahulunya langit dan bumi itu bersatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya dan

Kami jadikan segala yang hidup itu berasal daripada air; maka mengapa mereka tidak beriman? 13

Kalimah ‘ratq’ pada ayat ini ditafsirkan sebagai dijahit yang bermaksud dikumpul bersama,

dicampur’ dalam kamus bahasa arab.14 Perkataan ‘ratq’ digunakan untuk merujuk dua intipati

yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Manakala perkataan ‘fataq’ dalam bahasa

arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau

memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa

ini.15

Oleh itu, dapat kita fahami ayat ini menerangkan tentang pemisahan langit dan bumi yang

menghasilkan kemunculan sesuatu yang baru, iaitu air. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi

pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan

kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama

fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam
12
Hadis Riwayat Tarmizi
13
Tafsir al-Quran surah al-anbia’, ayat ke 30
14
Zaharuddin.net, Bahagian Dua : Keajaiban Al-Quran Di Akui Sains & Fakta Ilmu
15
Zaharuddin.net, Bahagian Dua : Keajaiban Al-Quran Di Akui Sains & Fakta Ilmu
semesta di mana pada saat itu, langit dan bumi pun masih belum diciptakan lagi. Titik tunggal itu

berada dalam keadaan ratq.Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar,

menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam

semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan

penemuan saintifik, didapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di

antara satu sama lain. Penemuan ini baru sahaja dijumpai pada abad ke 20.

ORBIT BULAN DAN MATAHARI

Firman Allah,”Dia menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setipa mereka

berenang di falak(tempat peredarannya)”.16 Dan juga firman Allah,” Dan matahari beredar di

tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.”17

Bulan dan matahari berputar pada orbit tertentu. Berdasarkan pada kiraan pakar astronomi,

matahari bergerak dalam kelajuan yang besar iaitu selaju 720,000 km sejam mengarah ke bintang

Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex.Secara anggarannya, matahari bergerak

selaju 17, 280 000 km sejam. Selain matahari, semua planet dan satelit yang berada dalam sistem

solar juga turut bergerak pada masa yang sama. Kesimpulannya, semua bintang alam ciptaan

Allah ini berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditetapkan kadarnya.18

Dibuktikan lagi melalui firman Allah,” Demi langit yang mempunyai jalan-

jalan”.19Terdapat lebih kurang 200 billion galaksi dalam alam semesta ini dan setiap satunya

mengandungi hampir 200 billion bintang. Setiap bintang ini pula mengandungi planet-planet dan

16
Tafsir al-Quran,surah al-anbia’,ayat 33
17
Tafsir al-Quran, surah Yaasin, ayat 38
18
Zaharuddin.net, Bahagian Dua : Keajaiban Al-Quran Di Akui Sains & Fakta Ilmu
19
Tafsir al-Quran, surah az-Dzariyat,ayat 7
kebanyakan planet ini mengandungi satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak mengikut

orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama yang lain.

Sebelum manusia mencapai teknologi yang cangggih untuk mengkaji semua ini, al-Quran al-

Karim telahpun menyatakan tentang kejadian langit dan kandungannya. Sudah pasti kuasa besar

yang mencipta semua ini yang menjelaskannya. Oleh itu, jelas bahawa al-Quran itu kalam satu-

satunya penguasa langit dan bumi iaitu Allah.20

Bumi berbentuk sfera juga dibuktikan melalui kalimah Allah,” Dia menciptakan langit

dan bumi dengan tujuan yang benar;Dia membalut malam atas siang dan membalut siang atas

malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang

ditentukan..”21 Perkataan membalut itu iaitu ‘yukawwir’ berasal daripada takwir yang diterjemah

sebagai membalut sesuatu mengelilingi suatu yang seperti mana orang yang memakai serban,

dalam kamus bahasa arab manakala dalam kamus bahasa inggeris takwir diterjemah sebagai

menjadikan sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar.22

Dapat difahami bahawa siang dan malam saling membaluti satu sama lain pada masa-

masa yang ditentukan. Keadaan bumi yang bulat telahpun disebut secara kiasan kerana pergiliran

antara siang dan malam dengan perkaitan saling membaluti siang dan malam menunjukkan

bahawa bentuk bumi adalah sfera.

3)

SOLAT TAHAJUD

20
Zaharuddin.net, Bahagian Dua : Keajaiban Al-Quran Di Akui Sains & Fakta Ilmu
21
Tafsir al-Quran, surah az-Zumar,ayat 5
22
Zaharuddin.net ,bahagian dua:keajaiban al-Quran di akui sains dan fakta ilmu
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, “Solat Tahajud dapat menghapuskan

dosa,mendatangkan ketenangan, dan menghindarkan daripada penyakit. “23, dan firman Allah

dalam al-Quran,” Wahai orang-orang yang berselimut(Muhammad), bangunlah(untuk solat) di

malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua

itu sedikit.”24 Dan juga firman Allah yang lain, ““Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat

tahajud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke

tempat yang terpuji ”.25

Berdasarkan sabda Rasulullah di atas, jelas menunjukkan bahawa solat tahajjud yang

disarankan mempunyai hikmah dari segi menjauhkan kita daripada penyakit. Lagipun,

sebagaimana perintah Allah kepada Rasulullah supaya baginda bangun untuk beribadah pada

waktu malam seperti menunaikan solat tahajjud, sudah pasti perintah Allah itu mengandungi

hikmah yang amat baik kepada hambaNya. Solat tahajjud juga memiliki manfaat

mengamalkannya, dari segi keagamaan mahupun dari segi kesihatan sebagaimana hadis baginda

di atas.26

Kelebihan Solat Tahajud & Bukti Saintifik

Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengatakan bahawa dengan melakukan solat tahajud,

seseorang itu akan mendapat ketenangan. Sebenarnya, ketenangan itu dapat meningkatkan

ketahanan imunologi tubuh, mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan memanjangkan

usia.27Manakala sekiranya seseorang itu tidak tenang ataupun tertekan, kekuatannya untuk

23
Hadis Riwayat Tarmizi
24
Tafsir al-Quran, surah al-muzzammil,ayat 1-3
25
Tafsir al-Quran, surah al-isra’, ayat 79
26
Terapi solat tahajjud,ms xx
27
Motivation and Immune Function in Health and Disease, h.313,Terapi Solat Tahajud
menentang penyakit menjadi lemah, perkembangan sel kanser juga bertambah cepat dan

metastasis juga meningkat.28

Walaubagaimanapun, konsep keikhlasan juga amat penting dalam pelaksanaan ini, Hal

yang demikian kerana terdapat perbezaan antara kesan solat tahajjud yang dilakukan dengan

ikhlas dan solat tahajjud yang dilaksanakan dengan terpaksa. Hasilnya, terdapat kelompok

pengamal solat tahajud yang sihat dan kelompok pengamal solat tahajud yang sakit.29

Apabila solat tahajjud ditunaikan secara ikhlas, gerak balas sekresi kortisol dapat

diturunkan dan perubahan gerak balas ketahanan imunologi tubuh dapat ditingkatkan. Gerak

balas sekresi kortisol ialah gerak balas untuk meningkatkan tekanan darah, meningkatkan paras

glukosa dalam darah serta merencatkan fungsi sistem imun di dalam tubuh. 30Dalam bidang bio-

teknologi, solat tahajud dapat digunakan sebagai teknik alternatif bagi meningkatkan gerak balas

ketahanan imunologi iaitu daya untuk menahan diri daripada penyakit tubuh dan menghilangkan

rasa sakit yang dialami oleh penghidap kanser.Selain itu, solat tahajud dapat meningkatkan gerak

balas emosional positif dan menenangkan pesakit semasa pemberian ubat bius atau anestetik pra-

bedah.31

Manakala golongan yang sakit setelah menunaikan solat tahajud ini disebabkan

ketidakikhlasan menyebabkan kegagalan proses ubahsuai pada perubahan ritma sirkadian

tertentu yang meningkatkan rembesan kortisol pada malam hari yang mengganggu sistem

imunologi kerana rembesan kortisol sepatutnya menurun pada malam hari.32

28
Biologi Molekular Kedoktoran(1997),hh.43-46, Terapi Solat Tahajud
29
Manfaat dan Kendala Pengamal Solat(1997),hh.43-46, Terapi Solat Tahajud
30
Terapi Solat Tahajud,Glosari
31
Terapi Solat Tahajud,h.xxxi
32
Terapi Solat Tahajud h.xxi
KESIMPULAN

Berdasarkan penulisan saya ini, dapat saya menambah ilmu yang lebih mendalam tentang

bukti kebenaran al-Quran berdasarkan kajian saintifik. Manusia memerlukan masa yang

bertahun-tahun untuk mengkaji pelbagai fenomena alam semesta sedangkan segalanya telah pun

tercatat dalam al-Quran al-Karim oleh Maha Pencipta alam semesta kita iaitu Yang Satu iaitu

Allah SWT.Al-Quran itu Allah ciptakan mempunyai peranan sepenuhnya dalam kehidupan kita

atau merupakan nadi kehidupan kita. Al-Quran dikatakan sebagai mukjizat bukan sahaja kerana

menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad semata-mata malah menjadi pedoman dalam

sepanjang kehidupan kita.Contohnya, dari segi hukum dan undang-undang yang adil, jika

manusia mengamalkan undang-undang syariat sebagaimana termaktub dalam al-Quran, sudah


pasti segala permasalahan undang dapat diatasi dengan baik.Hal yang demikian kerana Allah

maha mengetahui apa yang baik untuk kita.Dengan mengamalkan undang –undang syariat,

Negara akan aman, itulah kelebihan al-Quran atau mukjizat yang dimaksudkan. Begitu juga

dengan penciptaan bayi dalam kandungan , apabila menyedari bahawa segalanya telah termaktub

dalam al-Quran, inilah yang membuktikan bahawa Allah itu wujud sebagaiman al-Quran itu

wujud bersama isi kandungannya yang menjadi yang menjadi bukti kewujudan Allah. Semoga

kita sama-sama mengambil iktibar daripada apa yang kita dapat daripada ulasan di atas,semoga

ini dapat mengukuhkan pegangan kita atau akidah kita terhadap keesaan Allah SWT.

BIBLIOGRAFI

1. http://www.scribd.com/doc/3030248/Mukjizat-Alquran

2. http://www.scribd.com/doc/2470804/unit5-ismah-rasul

3. http://halaqah.net/v10/index.php?page=335

4. Tafsir al-Quran Darul Iman

5. http://mediabilhikmah.multiply.com/journal/item/60

6. Terapi Solat Tahajud(Mukjizat Penyembuh Penyakit) , Mohammad Salleh,Ph.D

7. http://www.zaharuddin.net/

8. http://fkejadianmanusia.blogspot.com/2007/03/falsafah-kejadian-manusia-menurut-sains.html

9. http://learnwithedo.wordpress.com/2008/03/16/keajaiban-sains-di-dalam-alquran-meninjau-

perkembangan-janin-manusia/

Anda mungkin juga menyukai