Anda di halaman 1dari 14

1

SIHIR MENURUT PERSPEKSTIF ISLAM DAN PENGAMALANNYA DI


MALAYSIA

ABSTRAK
Sihir merupakan suatu amalan yang telah di amalkan sejak turun-temurun lagi bermula
dari zaman Nabi Sulaiman alaihi salam sehinggalah sekarang malah para ulamak masih
terus melakukan perbahasan, penyelidikan dan penulisan mengenainya..
Walaubagaimanapun masih ramai pihak yang menggunakan ilmu sihir untuk tujuan
tertentu terutamanya untuk menganayai orang lain.Sihir telah dibincangkan dan turut
disebut tentangnya di dalam al-Quran dan hadis.Maka kewujudannya tidak dapat
disangkalkan lagi. Malah para ulamak juga menyetujui hakikat ilmu sihir ini. Sihir ialah
persetujuan antara tukang sihir dan syaitan dan tulang sihir akan melakukan sebahagian
perbuatan yang diharamkan atau perbuatan yang boleh membawa kepada syirik sebagai
upah bantuan serta ketaatan syaitan kepadanya untuk melakukan sesuatu yang diinginya.
Amalan ini telah diharamkan di dalam Islam malah perbuatan tersebut mampu
menyebabkan syirik kepada Allah. Oleh itu amalan sihir mempunyai kaitan yang amat
rapat dengan akidah dan penggangan kita.
Kata kunci: sihir, akidah, jin, syirik

Sihir telah wujud dan tersebar berabad lamanya. Amalan sihir telah disebut dalam cerita-
cerita masyarakat Yunani Kuno bahkan turut disebut oleh bangsa-bangsa sebelumnya.
Ilmu ini telah tersebar luas malah mempengaruhi kehidupan seharian manusia ketika itu.
Para nabi dan rasul terdahulu sebelum Nabi Muhammad S.A.W seperti Nabi Isa,
Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan sebagainya juga menghadapi musuh-musuh yang
menggunakan ilmu sihir untuk menentang utusan Allah. Misalnya, Nabi Musa terpaksa
menggunakan mukjizat yang diberikan Allah untuk berhadapan dengan ular-ular ahli-ahli
sihir dan akhirnya baginda mengalahkan mereka. Perkara yang sama juga berlaku kepada
Nabi Muhammad S.A.W pada zaman baginda. Pihak-pihak yang memusuhi baginda
menggunakan sihir untuk memudharatkan Rasulullah S.A.W namun baginda dilindungi
oleh Allah.
Setelah kedatangan Islam dan agama Islam tersebar luas sehingga sampai ke
Negara-negara sekitar tanah Arab,amalan sihir masih lagi diamalkan pada peringkat awal
Islam walaupun amalan ini dilarang. Hal ini demikian kerana, masyarakatnya masih sukar
meninggalkan amalan kepercayaan mereka sebelum mereka memeluk Islam atas
beberapa faktor. Contohnya, ilmu sihir yang diamalkan akan memudharatkan diri jika
ditinggalkan dan ilmu tersebut juga menjadi sumber rezeki mereka kerana asas perubatan
masyarakat ketika itu ialah mempercayai bahawa punca penyakit adalah daripada
semangat ruh-ruh jahat. Jadi, ahli-ahli nujum dan tukang-tukang sihir akan menjadi
tempat rujukan. Maka amalan ini amat sukar dikikis walaupun dilarang dengan keras
oleh agama Islam kerana ia merupakan salah satu perbuatan yang mensyirikan Allah.
2

Apabila ajaran Islam mula difahami, amalan ini mulai berkurang sedikit demi sedikit dan
tidak lagi diamalkan secara terbuka.
Namun begitu ia masih wujud dan menjadi amalan segelintir masyarakat. Kini,
amalan sihir masih diamalkan walaupun dalam kalangan masyarakat Melayu yang
beragama Islam. Amalan sihir dalam masyarakat Melayu terpengaruh dengan
kepercayaan animisme, Hindu-Buddha dan unsur Islam. Lalu, lahirlah istilah jampi,
mantera, serapah dan doa. Pengaruh animisme yang begitu mendalam dalam pemahaman
masyarakat Melayu menyebabkan amalan sihir yang melibatkan jin tadi bercampur-aduk
dengan amalan pengaruh Islam menyebabkan timbulnya pelbagai kecelaruan dalam
masyarakat.
Sihir adalah suatu perbuatan yang diharamkan dan sangat ditegah. Namun apakah
yang dimaksudkan oleh sihir? Pengertian sihir dapat dilihat dari dua sudut iaitu
pengertiannya dari sudut bahasa dan juga istilah.

Definisi sihir
Sihir dalam bahasa Arab tersusun dari huruf , , yang secara bahasa bermakna segala
sesuatu yang sebabnya nampak samar. Dalam pembentukan kata sihir terdapat lafaz as-
saharu yang juga bermaksud akhir malam. Pembentukan kata kerja yang berasal dari
lafaz ini membawa kepada erti tersembunyi atau samar-samar. Begitu jugalah
sebutan as-sahur iaitu makanan yang disantap pada akhir malam kerana makanan itu
tersembunyi. Maka sesuatu yang sebabnya tersembunyi disebut as-sihru.
Manakala menurut al-Azhari ialah perbuatan yang dilakukan dengan mendekatkan
diri kepada syaitan serta mendapatkan pertolongan daripadanya. Erti asal sihir ialah
memalingkan sesuatu daripada hakikatnya kepada selainnya, seolah-olah penyihir melihat
kebatilan dalam bentuk kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang
sebenarnya.
Syamr meriwayatkan daripada Abi Syaibah, katanya orang arab menamakan sihir
dengan sihir kerana ia mengubah kesihatan menjadi penyakit. Ibnu Firas berkata sihir
ialah mengeluarkan kebatilan dalam bentuk kebenaran manakala dalam al-Mujamul
Wasith disebutkan bahawa sihir ialah sesuatu yang lembut pengambilannya. Sihir dalam
Muhithul didefinisikan sebagai mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang
terbaik sehingga sesuatu itu mempesonakan.
Pengertian sihir secara istilah pula menurut Fakhrudin ar-Razi ialah setiap perkara
yang terselindung matlamatnya dan ia dibayangkan tidak sebagaimana yang sebenarnya,
sehingga ianya tidak ubah seperti penipuan. (Hassan Mahmud, 2011: 7)
Ibnu Qudamah al- Madisi pula menyatakan pendapat beliau bahawa sihir ialah
ikatan, jampi, dan perkataan yang diucapkan, ditulis atau dibuat sesuatu yang
berpengaruh pada jasad, hati atau akal orang yang disihir (tanpa menyentuhnya secara
langsung.) Sihir adalah sesuatu yang benar-benar berlaku dan mampu menyebabkan,
3

kesakitan, kematian, pergaduhan suami isteri dan menimbulkan rasa kebencian atau
sayang dan sebagainya.
Maka dapat kita fahami di sini bahawa sihir ialah persetujuan antara tukang sihir
dan syaitan dan tulang sihir akan melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau
perbuatan yang boleh membawa kepada syirik sebagai upah bantuan serta ketaatan
syaitan kepadanya untuk melakukan sesuatu yang diinginya.

Sihir menurut al-quran, as-sunnah dan ulamak
Kewujudan sihir sememangnya tidak dapat dinafikan lagi walaupun di era moden kini
kerana sihir pernah diceritakan dan disebut dalam al-Quran dan hadis. Ilmu sihir
sebenarnya adalah daripada ajaran syaitan sebagaimana Allah berfirman di dalam surah
al-Baqarah ayat 102. Syaitan berjanji kepada Allah SWT untuk menyesatkan manusia
sehingga hari kiamat. Antara tindakan keji yang dilakukan oleh syaitan ialah
menimbulkan permusuhan dan pertelagahan di kalangan manusia lalu diajarkan ilmu sihir
kepada manusia supaya mereka boleh memusnahkan kehidupan orang lain dengan cara
yang mudah.
Maka terdapat kaitan yang amat rapat antara sihir dengan jin dan syaitan bahkan
jin dan syaitanlah yang menjadi faktor utama wujudnya sihir. Namun terdapat segelintir
pihak yang menafikan kewujudan jin sehingga menyebabkan mereka tidak mempercayai
kewujudan sihir sedangkan sihir telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan hadis.
Golongan Muktazilah juga menolak kewujudan sihir. Menurut mereka, ia hanyalah satu
bentuk pembohongan, pengkaburan mata dan penyakit. Mereka menggangapnya sebagai
ilmu silap mata sahaja. Antara dalil mereka ialah firman Allah (al-AAraf : 116),



Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!"
Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan
tali masing-masing), mereka menyihirkan mata orang ramai
dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka
melakukan sihir yang hebat (keadaan dan caranya).
Menurut mereka, mukjizat dan sihir akan bercampur aduk jika mengatakan sihir satu
realiti.



Dalil Al-Quran
4

Perkataan al-sihr (sihir) disebut dalam al-Quran dengan banyak. Antaranya adalah dalam
kisah Nabi Musa yang terkenal dengan kisah sihir yang berlaku pada zamannya. Baginda
terpaksa menghadapi golongan ahli sihir yang mahir pada zaman firaun yang menentang
dakwah yang dibawa. Kaumnya meminta nabi Musa untuk menunjukkan bukti kebenaran
dan kewujudan Tuhan yang disampaikan oleh nabi Musa. (Muhammad b. Shalih al-
Utsaimin, 2003:10)
Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 116 yang bermaksud:



Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!"
Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan
tali masing-masing), mereka menyihirkan mata orang ramai
dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka
melakukan sihir yang hebat (keadaan dan caranya).
Dalam kisah nabi Sulaiman juga diceritakan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 102:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut
ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi
Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan
kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang
kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang
mengajarkan manusia ilmu sihir...
Perkataan sihir juga disebut oleh Allah dalam al-Quran yang menceritakan
tentang kisah Nabi Isa yang mempunyai pelbagai mukjizat yang diberikan Allah kepada
baginda. Orang-orang kafir tidak mahu menerima bahawa semua itu adalah mukjizat dari
Allah tetapi menuduh semuanya itu hanyalah sihir dan mereka hendak membunuhn
baginda tetapi baginda terselamat dengan bantuan Allah.Buktinya berdasarkan dalil:


Dan ingatlah ketika kamu membentuk dari tanah berupa
burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniupnya, lalu
menjadi burung (yang sebenarnya) dengan izin-Ku.Dan
ingatlah, ketika kamu menyembuhkan orang yang buta
sejak lahir dan orang yang berpenyakit kusta dengan izin-
Ku. Dan ingatlah ketika kamu mengeluarkan orang mati
(dari kubur menjadi hidup) dengan izin-Ku [8]. Dan
ingatlah ketika Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan
mereka membunuhmu) [9] dikala kamu mengemukakan
5

kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu
orang-orang kafir di antara mereka berkata, "Ini tidak lain
hanyalah sihir yang nyata."
Pada zaman Nabi Muhammad, baginda juga pernah dituduh oleh kaum musyriqin Mekah
sebagai ahli sihir. Mereka enggan mempercayai baginda sebagai utusan Allah kerana
baginda juga seorang manusia sama seperti mereka.


Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi
Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi
oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka
sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini
adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. (surah Sod :4 )
Dalam riwayat Al-Baihaqi, diceritakan bahawa surah Al-Falaq dan An-Naas
diturunkan kepada Rasulullah S.A.W ketika baginda disihir oleh seorang Yahudi yang
bernama Labid bin al-Asham dengan sebelas simpulan tali. Setiap kali dibacakan satu
demi satu ayat-ayat dari kedua surah tersebut, maka terlepaslah simpulan itu satu persatu.
Kisah tentang Nabi S.A.W disihir ini turut terdapat dalam Shahih Al-Bukhari. Surah al-
Falak (ayat1-5) yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada
(Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1)
Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.(2) Dari
bahaya gelap apabila ia masuk.(3) Dari kejahatan makhluk-
makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-
simpulan (dan ikatan-ikatan).(4) Serta dari kejahatan orang
yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.(5).

Dalil as-sunnah
Sihir juga disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W. Peristiwa Nabi s.a.w disihir,
telah diceritakan dalam sebuah hadith iaitu;
Daripada Saydatina Aishah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah terkena sihir sehingga
seolah-olah melihat baginda sedang mendatangi wanita sedangkan tidak. Sufiyan berkata:
Inilah kekuatan yang ada pada sihir apabila ia terjadi demikian. Maka sabda Nabi s.a.w:
Wahai Aishah, apakah engkau merasakan bahawa Allah s.w.t telah mendatangkan
fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki,
lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku, dan seorang lagi
berhampiran kakiku. Berkata lelaki yang berada berhampiran kepala kepada temannya
yang berada berhampiran kakinya: Apakah penyakit lelaki ini?. Lalu dijawab: Terkena
6

sihir. Berkata lagi: Siapa yang menyihirnya, lalu dijawab: Labib bin al-Asam
seorang lelaki dari Bani Zuraiq, bomoh kaum Yahudi dan beliau adalah seorang
munafik. Berkata lagi: Dengan (bahan) apa (disihir)?, lalu dijawab: Pada sikat dan
rambut, dan kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda. (Lelaki itu)
bertanya lagi: Di mana letaknya benda itu. Lalu dijawab: Di dalam satu lubang yang
yang kelihatan di dalam bawah air keruh telaga Dharwan. Aishah berkata: Nabi s.a.w
menyuruh seorang sahabat pergi ke telaga tersebut untuk meninjau (keadaan telaga itu).
(Setelah kembali) sahabat itu berkata: Telaga yang aku lihat itu airnya berwarna merah-
kemerahan seperti inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepada Syaitan. Aku
(Aishah) bertanya: Ya Rasulullah, kenapa tidak dibakar sahaja benda itu?. Baginda
menjawab: Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan
kejahatan seperti ini ke atas orang lain. Lalu baginda menyuruh agar ditanam bahan-
bahan sihir itu.
(Hadith riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya [Kitab al-Tibb, Bab Adakah Perlu
Dikeluarkan Sihir,], j.18, hlm.5)
Al-Maziri berkata bahawa ahli bidaah menolak hadis ini kerana ianya
menjatuhkan taraf kenabian dan menimbulkan keraguan dan menghilangkan kepercayaan
terhadap baginda kerana kemungkinan ketika itu baginda terbayangkan Jibril yang datang
dan diturunkan wahyu tetapi sebaliknya yang berlaku.
Pendapat ini boleh ditolak kerana sihir itu tidak mempengaruhi baginda tetapi
hanya mengenai jasad baginda sahaja seperti penglihatannya kadang-kadang terbayang
telah menyentuh isterinya padahal tidak terjadi sedemikian. Al-Jakni berkata bahawa
sangat pelik orang yang menyatakan penyakit yang menimpa Rasulullah sebab sihir ini
dapat mengurangkan taraf kenabian kerana al-Quran telah menceritakan kisah yang sama
berlaku kepada Nabi Musa yang melihat tongkat ahli sihir menjadi ular namun peristiwa
ini tidak mengurangkan taraf kenabian nabi Musa malah meningkatkan keimanan kerana
Allah memeberi pertolongan-Nya. Tambahan pula, al-quran juga menyatakan tentang
kejujuran dan kemaksuman baginda S.A.W.
Selain itu, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh
membinasakan.Baginda ditanya:Apakah dosa itu wahai
Rasulullah? Baginda berkata: "Syirik kepada Allah, sihir,
membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan
dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim,
memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan
menuduh perempuan yang suci melakukan zina.
Salah satu mesej yang dapat kita ambil dari hadis ini ialah Rasulullah memerintahkan kita
agar menjauhi amalan sihir kerana sihir temasuk dalam dosa besar. Larangan ini
menunjukkan kewujudan sihir.

7

Pandangan ulamak
Menurut al-Khithabi, sihir juga menjadi perhatian para fuqaha. Mereka menyebut
pelbagai bentuk hukuman yang harus dikenakan kepada ahli sihir. Jika sihir tidak wujud
sudah tentulah permasalahan ini tidak dibincangkan para fuqaha. Maka menolak
kewujudan sihir adalah suatu kebodohan dan berbahas dengan orang yang mengingkari
kewujudan sihir adalah sia-sia.
Al-Qurtubi menyatakan bahawa ahli sunnah berpendapat sihir memiliki hakikat
dan kewujudannya dinyatakan oleh nas. Namun begitu Muktazilah berpendapat sihir
tidak memiliki hakikat tetapi hanya penipuan terhadap sesuatu dan ianya sejenis silap
mata berdasarkan dalil surah thoha ayat 66 :
Berkata (Musa): "Silakan, kamu sekalian melemparkan".
Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka,
terbayang kepadanya (Musa) seakan-akan merayap,
(lantaran) sihir mereka.
Allah tidak menyebut merayap(maksud sebenarnya) tapi tetapi Allah menyebut
terbayang kepadanya (Musa) seakan-akan merayap.
Al-Qur tubi menyatakan bahawa dalil ini tidak boleh dijadikan hujah kerana
kesamaran dan bayangan juga termasuk dalam sihir. Malah ahli tafsir sepakat menyatakan
penurunan surah al-Falak disebabkan sihir yang dikenakan kepada baginda S.A.W.
Setelah baginda sembuh baginda bersabda sesungguhnya allah menyembuhkanku.
Penyembuhan adalah untuk menghilangkan penyakit. Jelaslah, sihir suatu hakikat.
Pendapat Imam Nawawi pula menyatakan bahawa sihir adalah suatu hakikat dan
dipersetujui majoriti ulamak seperti yang ditunjukkan al-Quran dan sunnah yang sahih.
Hujah ini dikuatkan dengan pendapat al-Qurtubi iaitu ramai ilmuan menceritakan tentang
tukang sihir maka mustahil berlaku persepakatan mendustakannya.Manakala Ibnu
Qayyim dan Abu Muhammad al-Maqdisi juga bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan bahawa sihir suatu yang wujud dan hakikat seperti mana dinyatakan al-quran
dan hadis.
Jelaslah bahawa kewujudan sihir sememangnya berlaku dan ianya suatu hakikat. Maka
sesiapa yang menolak kewijidan sihir bererti dia menolak kebenaran yang dibawa al-
Quran dan hadis
Hubungan sihir dengan akidah
Sihir dan kaitannya dengan akidah tidak mungkin boleh dipisahkan. Hal ini demikian
kerana amalan amalan sihir berkaitan dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah
kerana maksud mengtauhidkan Allah membawa erti bahawa mempercayai tiada
sesuatupun yang setanding atau sebanding dengan-Nya.
Semua sihir adalah haram dan tidak dibolehkan berdasarkan firman Allah :
8

Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang
siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu,
tiadalah baginya keuntungan di akhirat, ( al-Baqarah:102)
Maksud tiada keuntungan baginya. Al-Hasan rahimahullah berkata bahawa ia
bererti tidak ada agama baginya. Hal ini menunjukkan kepada kufur pelakunya dan
haramnya amalan sihir , dan Nabi menyebutkan bahawa sihir sebagai salah satu dari tujuh
perkara yang membinasakan. dan wajib membunuh penyihir. Maka perbuatan sihir seperti
belajar, mengajar,dan mengamalkannya adalah suatu perbuatan yang kufur kepada Allah
dan keluar dari agama. Wajib membunuh penyihir karena dia telah menjadi kafir dan
untuk menyelamatkan manusia dari kejahatannya. ( Syeikh muhammad b. Shalih al-
Utsaimin,2003)
Amalan sihir merupakan amalan yang diperolehi dengan bantuan syaitan dengan
memenuhi segala permintaannya. Syaitan akan meminta agar mereka yang ingin
mempelajari sihir melakukan perkara-perkara yang mensyirikan Allah seperti pemujaan
dan penyembelihan haiwan untuk jin sedangkan Rasulullah S.A.w bersabda dalam hadis
baginda :

.
Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain
Allah.(Hadits riwayat Muslim, kitab Shahih Muslim no.
1978, cet. Abdul Baqi.).
Amalan pemujaan itu pula seolah-olah seseorang itu menyembah dan meletakkan
pengharapan terhadap sesuatu yang dipujanya itu. Semua perbuatan tersebut merupakan
haram hukumnya
Sihir juga mengandungi unsur pengakuan terhadap ilmu ghaib dan sesetengah ahli
sihir menyatakan bahawa mereka bergabung dengan Allah dalam perkara ghaib . Ini jelas
sebagai suatu perbuatan kufur, sebagaimana firman Allah,
Katakanlah, tidak seorangpun di langit dan di bumi yang
mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. (AnNaml
65).
Ilmu atau perkara ghaib tersebut tidak diperlihatkan oleh Allah kepada makhluk kecuali
hanya kepada para rasulnya sebagaimana firman Allah :
(Dia adalah Tuhan) Yang mengetahui yang ghaib maka
Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang
ghaib itu kecuali kepada yang diridhainya. (Jin 26-27).
Sihir juga akan merosakkan akidah apabila hilangnya pergantungan kepada Allah
kerana mendapat bantuan syaitan. Seseorang itu merasakan dia mampu melakukan apa-
apa sahaja yang diingininya dengan bantuan syaitan atau jin hingga dia mula melupai
akan kekuasaan Allah sedangkan tiada suatupun yang sekufu dan setanding Allah S.W.T.
9

Orang yang mengamalkan sihir sering kali mengenakan sihir ke atas orang yang
diingininya dengan merasakan bahawa ilmu sihirnya mampu membuatkan orang tersebut
menjadi sakit dan kadang-kadang mampu membuat orang itu menemui ajal sedangkan
sesuatu mudhorat itu tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah dan ajal seseorang adalah
ketetapan Allah S.W.T. ( Ansaruddin Agus,2011:2 )

Jenis-jenis sihir
Terdapat beberapa jenis sihir yang telah diklasifikasikan oleh para ulamak. Antara para
ulamak yang membincangkan tentang jenis-jenis sihir ini ialah Abu Abdullah al-Razi dan
ar-Raghib.
Menurut pandangan Abu Abdullah al-Razi, beliau membahagikan sihir kepada
lapan jenis iaitu sihir orang-orang Kildan dan Kisydan yang menyembah tujuh bintang
dan mereka menyakini bahawa bintang-bintang tersebut adalah pengatur alam serta
mempunyai kuasa untuk mendatangkan keburukan atau kebaikan.Allah mengutuskan
Nabi Ibrahim kepada kaum ini. Jenis yang kedua ialah sihir orang-orang yang berilusi dan
berjiwa kuat. Bukti yang menunjukkan bahawa ilusi tersebut memberi kesan ialah seperti
perumpamaan seseorang itu boleh berjalan di atas pelepah yang diletakkan atas tanah
sedangkan hakikatnya dia tidak boleh berbuat demikian kerana pelepah memerlukan
sokongan untuk berjalan di atasnya seperti diletakkan atas permukaan air.
Jenis sihir yang ketiga ialah sihir yang menggunakan bantuan roh-roh iaitu jin.
namun begitu tidak semua jin adalah jahat kerana dalam kalangan jin ada yang mukmin.
Kaedah untuk berkomunikasi dengan roh-roh ini boleh berlaku dengan mudah seperti
melalui upacara tertentu yang menggunakan jampi yang mengandungi kekufuran dan
kesyirik an beserta dengan kepulan asap. Sihir seperti inilah yang digunakan untuk
menewaskan pihak yang hendak disihir.
Selain itu, ar-Razi juga menganggap hipnosis, khayal dan silap mata juga
sebahagian daripada jenis sihir. Prinsipnya ialah kadangkala mata boleh tersilap
berhubung dengan sesuatu tanpa dapat melihat perkara-perkara yang lain.Tukang sihir
meminta bantuan syaitan agar seseorang melihat sesuatu itu berubah dan berbeza dari
hakikat sebenarnya.
Jenis sihir yang kelima menurut pendapat ar-Razi ialah perbuatan-perbuatan aneh
yang nampak daripada penyusunan alat-alat tertentu berdasarkan ukuran-ukuran tertentu.
Perkara ini boleh diibaratkan seperti seorang penunggang kuda yang membawa trumpet
dan trumpet itu berbunyi tanpa disentuh. Pada hakikatnya amalan ini tidak dapat
dikategorikan kerana ia memiliki sebab-sebab yang diketahui sedangkan pengertian sihir
10

ialah sesuatu yang samar-samar. Dalam keadaan sekarang, perkara ini sudah menjadi
suatu kebiasaan terutamanya dengan adanya kemajuan dan peningkatan ilmu pengetahuan
sehingga terjadinya pelbagai keajaiban. Seterusnya ialah sihir yang menggunakan ubat-
ubatan yang khusus sama ada dalam bentuk makanan ataupun minyak.
Jenis sihir yang ketujuh ialah dengan menggantungkan ke hati iaitu tukang sihir
mengakui bahawa dia mengetahui nama Yang Maha Agung dan sesungguhnya jin sangat
mentaati dan tunduk kepadanya dalam pelbagai urusan. Apabila pendengar merupakan
seorang yang lemah semangat dan tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil,
maka dia akan mempercayainya sehingga timbul perasaan takut dalam dirinya. Perasaan
ini akan menyebabkan pancainderanya lebih lemah dan ketika itulah tukang sihir akan
mengenakan sihir kepadanya. Manakala jenis sihir yang kelapan pula ialah perbuatan
mengumpat dan menghampiri sesuatu dengan cara yang lembut.
Menurut pendapat Ibnu Kathir, ar-Razi membahagikan sihir kepada banyak jenis
hanya kerana perkara-perkara tersebut tidak diketahui sebab-sebabnya dan puncanya. Hal
ini demikian kerana pembahagian tersebut adalah berdasarkan pengertian sihir menurut
bahasa ialah sesuatu yang tersembunyi daamar puncanya. Oleh itu, kita akan dapati
beberapa perkara yang tidak selari dengan hakikat sihir yang sebenarnya.
Menurut pendapat ar-Raghib pula, sihir terbahagi kepada beberapa bahagian
seperti kejadian yang melibatkan tipu daya dan khayalan. Misalnya ialah perbuatan silap
mata yang memalingkan pandangan daripada apa-apa yang dilakukan dengan kepantasan
tangannya bertindak balas. Sihir juga ialah kejadian-kejadian yang melibatkan bantuan
syaitan dan jin melalui cara-cara pendekatan yang tertentu. Begitu jugalah apa-apa yang
terjadi dengan memanggil bintang dan meminta kedatangan semangatnya juga dianggap
sebagai salah satu jenis sihir.
Daripada pembahagian sihir yang dinyatakan ar-Razi dan al- Raghib, sebahagian
daripada jenis-jenis sihir tersebut sebenarnya tidak termasuk dalam bahagian sihir. Hal ini
kerana mereka membuat pembahagian sihir berdasarkan pengertian sihir daripada sudut
bahasa iaitu sesuatu yang halus dan tersembunyi. Oleh kerana itulah silap mata dan
mengumpat yang tersembunyi perbuatannya dianggap juga sebagai sihir. Manakala
tukang sihir yang menyebut nama-nama bintang dan sihir tersebut berlaku bukanlah
disebabkan bintang tersebut tetapi kerana bantuan daripada syaitan. Maka dapat kita
simpulkan bahawa semua jenis sihir adalah ilmu yang berlaku dengan bantuan syaitan
dan jin untuk tujuan yang tertentu.( Hassan Mahmud, 2011: 27)


11

Pengamalan sihir
Di Malaysia, amalan sihir turut dikenali sebagai ilmu hitam. Amalan ini juga diamalkan
dalam masyarakat Melayu. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun. Ia
sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Amalan sihir atau ilmu hitam selalunya diperolehi sama ada secara warisan keturunan
nenek moyang atau dipelajari daripada seorang guru sihir. Dalam hubungan ini,
syaitanlah yang memainkan peranan yang paling besar. Terdapat beberapa jenis sihir
yang seringkali wujud dalam masyarakat melayu.
Antara ilmu sihir yang digunakan ialah sihir melalui patung. Tukang sihir akan
menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut,
kuku dan sebagainya dan kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk
dengan jarum. Pada masa yang sama, jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan
dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. Sihir sebegini pernah
dilaporkan Berita Harian yang mana patung sihir yang diperbuat daripada tanah kubur
dikafan dan diikat dengan benang ditemui ditanam di hadapan premis perniagaan seorang
usahawan.
Amalan santau juga sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau
merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke
dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang
sihir.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir dalam kalangan masyarakat
Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris,
darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan
bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau
hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai
berikut :-
Antara ilmu sihir yang digunakan ialah sihir melalui patung. Tukang sihir
akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti
rambut, kuku dan sebagainya dan kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu
dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir
tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. Sihir
sebegini pernah dilaporkan Berita Harian yang mana patung sihir yang diperbuat
daripada tanah kubur dikafan dan diikat dengan benang ditemui di tanam di hadapan
premis perniagaan seorang usahawan.
Amalan santau juga sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu.
Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan
dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat
tertentu oleh tukang sihir. Begitu jugalah amalan pukau yang sering kali digunakan untuk
12

mengaut keuntungan. Orang yang dipukau tidak akan menyedari perbuatan yang
dilakukannya dan akan mengikut segala arahan yang diberi.
Dalam masyarakat Melayu juga, pemujaan kubur juga turut dilakukan
tukang sihir bagi mendapatkan bantuan jin atau syaitan. Mereka percaya penghuni kubur
itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya terutamanya jika
penghuni kubur itu sendiri adalah seorang ahli sihir. Semasa pemujaan, ada jamuan yang
disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya.
Makanan-makanan tersebut dikatakan untuk menjamu jin tetapi pada hakikatnya mereka
telah tertipu dengan permainan jin yang ingin menyesatkan mereka. Semasa proses
pemujaan juga, kadangkala keris, lembing dan limau juga digunakan. Memang telah
dikaitkan dalam masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahankan diri, kekuatan,
kemegahan dan lambang kemashuran. Bagi ahli sihir, keris tersebut harus dimandikan
dengan air limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau
hitam. Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam Jumaat dituruti dengan mantera
dan jampi tertentu. Pemujaan itu dikatakan dapat memberikan kekuatan kepada keris
tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu
mereka.
Dalam jampi serapah Melayu, sebahagian daripadanya dituturkan ketika
melakukan rawatan dan melibatkan sebutan bismillah, salam, menyebut nama nabi, nama
khalifah dan sebagainya, termasuk sebutan syahadah di akhir pertuturan tersebut. Namun
sesetengah ayat itu telah diseleweng daripada ayat yang sebenar pada barisnya atau
kalimah tertentu. Penggunaan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa diharuskan tetapi
sekiranya ianya disertai dengan sihir, iaitu melibatkan jin, perbuatan tersebut adalah salah
kerana amalan itu termasuk dalam kategori dosa besar iaitu sihir.

Hukuman terhadap tukang sihir
Para ulamak berbincang tentang hukuman yang perlu dikenakan kepada pihak-pihak yang
melakukan amalan sihir sama ada perlu dihukum bunuh mahupun tidak. Perbincangan
mereka juga meliputi hukuman ke atas ahli sihir bukan Islam.
Menurut Imam Malik, ahli sihir harus dibunuh apabila dia sendiri
melaksanakannya. Pendapat ini juga dipenggang oleh Ibnu Qudamah kerana hal ini turut
diriwayatkan oleh Umar, Uthman ibnu Affan,Ibnu Umar, Umar bin Abdul Aziz,Abu
Hanifah dan lain-lain. Al-Qurtubi pula menyatakan bahawa ahli fiqah hanya berbeza
pendapat ke atas ahli sihir yang beragama islam dan zimmi. Imam Malik berpendapat
jika seorang muslim melakukan sihir dengan menggunakan ucapan-ucapan yang
mengandungi kekafiran maka dia hendaklah dibunuh dan tidak disuruh bertaubat kerana
perbuatan itu dilakukan dengan kerelaannya seperti perbuatan zindiq atau zina. Ini
disebabkan Allah menamakan sihir sebagai suatu kekafiran dalam al-Quran.
Ibnu Munzir pula memberi pendapatnya iaitu apabila seseorang telah mengakui
bahawa dia telah menyihir seseorang dengan amalan yang berbentuk kafir dan terbukti
amalan itu menyeleweng dari akidah maka wajib dibunuh jika dia tidak bertaubat.
13

Namun, jika amalan yang dilakukan berbentuk sebaliknya maka tidak wajib dibunuh.Jika
dia menyebabkan permasalahan kepada orang lain dengan sengaja maka wajib diqisas
dan jika tidak termasuk dalam perkara qisas maka wajib dikenakan diyat.
Hukuman kepada ahli sihir menurut Ibnu Katsir juga ialah hukuman bunuh.
Menurut beliau hukumannya ialah mati sebagaimana dikatakan Imam Syafei dan Imam
Ahmad iaitu daripada Ibnu Uyaimah, daripada Amer bin Dinar, dia mendengar Bajlah
b. Abdah berkata bahawa Umar ibnu Khattab pernah memutuskan agar setip ahli sihir
sama ada wanita atau lelaki dihukum bunuh. Bajlah berkata lalu kami membunuh tiga
orang ahli sihir. Riwayat ini turut diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya. Menurut
Ibnu Kathir lagi, riwayat sahih menyebut bahawa Hafsah pernah disihir oleh pembantu
wanitanya lalu beliau perintahkan wanita itu dibunuh.
Imam Syafei juga menambah pendapat beliau bahawa ahli sihir tidak dibunuh
kecuali jika terbukti bahawa dia membunuh dengan menggunakan sihirnya. (Abdullah
Yasin,2012:231 ) Imam Ahmad rahimahullah berkata membunuh penyihir diriwayatkan
dari tiga orang sahabat iaitu Umar , Hafshah , dan Jundub .
Kesimpulanya jelaslah bahawa jumhur ulamak berpendapat bahawa ahli sihir harus
dibunuh, dan hanya Imam Syafei berpendapat tidak dibunuh kecuali jika dia membunuh
dengan sihirnya. Maka dia harus dibunuh sebagai qisas.

Hukuman kepada tukang sihir ahli kitab
Abu hanifah menyatakan pendapatnya iaitu hukumannya juga tetap bunuh kerana ada
riwayat yang sahih tentangnya dan sihir adalah jenayah yang dihukum bunuh terhadap
muslim yang melakukanya. Oleh sebab itu, orang zimmi juga waajib dihukum bunuh.
Imam Malik pula berpendapat tukang sihir ahli kitab tidak dihukum bunuh
melainkan dia menggunakan sihirnya. Jika sihirnya membahayakan muslim yang terikat
perjanjian dengannya maka perjanjian itu terbatal dan dibenarkan untuk membunuhnya.
Rasulullah tidak membalas perbuatan Labid b. Asham kerana baginda enggan membalas
untuk dirinya dan khuatir wujudnya fitnah terhadap kaum muslimin dan ansar. Ibnu
Qutadah menyatakan Baginda S.A.W tidak membunuh Labid bin. al-Asham kerana
kemusyrikannya lebih besar dari sihirnya.Imam Syafei pula menyatakan pendapat tukang
sihir ahli kitab tidak dibunuh kecuali jika dia membunuh dengan menggunakan sihirnya.
Riwayat-riwayat yang sedia ada adalah berkenaan tukang sihir Muslim yang
menjadi kafir kerana sihirnya sedangkan tukang sihir ahli kitab sememangnya seorang
yang asalnya kafir. Maka qiyas yang dilakukan dengan mengqiyaskan kepada mereka
adalah batal. Oleh itu, orang kafir zimmi tidak dihukum bunuh disebabkan sihirnya
berbeza dengan orang muslim.

14

Jelaslah bahawa agama Islam sangat tidak membenarkan amalan atau perbuatan
sihir. Perbuatan ini hanya akan merosakkan akidah seseorang muslim sahaja malah
perbuatan tersebut hanya akan menzalimi orang lain. Kebanyakan mereka yang
mengamalkan sihir hanya mementingkan kepuasan hati mereka tanpa memikirkan tentang
akidah mereka sedangkan akidah merupakan perkara yang sangat penting kerana tanpa
akidah amalan seseorang tidak akan diterima. Oleh disebabkan itulah Rasulullah S.A.W
memulai dakwah baginda dengan menanamkan akidah yang kukuh dalam diri masyarakat
arab ketika itu. Namun pembelajaran di Nusantara kebanyakan dimulai dengan ibadat
bukannya akidah sehingga masyarakat masih kabur tentang akidah. Fenomena sebegini
dapat kita lihat dalam kehidupan harian kita seperti memangkai tangkal dan mempercayai
ramalan bomoh. Oleh itu masyarakat seharusnya didedahkan lagi terhadap isu akidah
sama ada melalui lisan mahupun penulisan.


RUJUKAN

Abdullah Yasin. 2012. Perangi Syirik. Selanggor.Ultimate Print
Ansaruddin Agus. 2011. Perangi Sihir. Selanggor. PTS Milennia sdn bhd.
Hassan Mahmud. 2011.Dahsyatnya Sihir. Kuala Lumpur.Inteam Publishing.
Muhammad jamaluddin b. Abdul kadir.1996. Pertempuran antara manusia dan syaitan.
kuala lumpur. Era ilmu sdn.bhd.
Syeikh muhammad b. Shalih al- Utsaimin. 2003.Syarah kitab tauhid(al-qaulu mufid ala
kitabit tauhid). Jilid 1.Jakarta .Darul fallah.

Anda mungkin juga menyukai