Anda di halaman 1dari 22

PEMELIHARAAN KESIHATAN BERDASARKAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Kronologi perubatan Islam bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w di mana Rasulullah s.a.w telah memberi penerangan tentang cara-cara penjagaan kesihatan, mengharamkan jenis rawatan tertentu dan dengan ini Rasulullah s.a.w juga telah memperkenalkan asas tradisi perubatan. Baginda sangat memahami kepentingan kesihatan jasmani dan menekankan beberapa ajaran dari segi kesihatan. Konsep- konsep kesihatan dari unsur-unsur asas keagamaan yang lain dari Islam umpamanya Yahudi dan Nasrani tidak dinafikan oleh pengajaran Islam. Tib Nabawi yang merupakan kitab perubatan Rasulullah mengandungi beberapa ajaran asas tentang pemakanan dan membina jasmani yang sihat. 1-MAKANAN Allah s.w.t berfirman: ..Makan dan minumlah kamu,tetapi jangan melampaui batas(Surah AlAraf:31) Allah swt telah memberikan peringatan kepada seluruh manusia agar menjaga kesihatan badan dengan bersederhana dalam makan dan juga minum.Hal ini demikian kerana Allah swt tidak suka akan orang yang melampaui batas dalam makan dan minum kerana ia akan mendatangkan pelbagai kemudharatan dan penyakit kepada diri manusia itu sendiri. Oleh yang demikian,Rasulullah saw telah menggariskan beberapa panduan dan etika ketika makan serta menyarankan beberapa jenis makanan yang menjadi sunnah Baginda untuk diamalkan oleh semua umatnya.Hal ini bertujuan untuk memastikan seluruh umatnya dapat meneladani Baginda agar sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.

Etika dan Adab-Adab Rasulullah SAW Ketika Makan

Jangan makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang

Rasulullah saw telah bersabda: Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan sesuatu tidak sampai kekenyangan

Hadith tersebut telah menerangkan kepada kita bahawa kita perlulah makan sekadar yang diperlukan oleh badan sahaja dan mengelakkan diri kita daripada makan secara berlebihan dan tidak teratur.Hal ini juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada mengalami obesity dan penyakit-penyakit lain.

Jangan sesekali mencela sesuatu makanan jika tidak suka pada makanan tersebut

Sahabat Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW tidak pernah mencela satu makanan pun.Jika beliau mahu (kepingin) maka dimakannya dan jika tidak,ditinggalkannya dan tidak dimakannya.Suatu ketika dihidangkan kepada Rasulullah daging dhab (sejenis biawak)yang telah dimasak.Beliau tidak memakannya,maka orang pun bertanya: Apakah daging itu haram? Rasulullah menjawab: Tidak.Hanya saja makanan itu tidak didapati di negeri saya,maka aku agak jijik.

Makan dengan duduk iaitu seperti posisi duduk tahiyyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan manakala duduk pada bahagian kaki kiri1

Posisi duduk seperti ini dianjurkan oleh Rasulullah SAW kerana dengan posisi ini,perut kita dapat menahan diri kita daripada makan lebih daripada kadar yang diperlukan oleh badan kita.Selain itu,posisi duduk seperti ini juga mampu melancarkan proses penghadaman makanan untuk dicerna dengan sempurna. Makanan Sunnah Rasulullah SAW

Kurma

Kurma merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah saw kerana kurma memiliki kandungan nutrien makanan yang tinggi.Kandungan protien di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus,serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.Ini menunjukkan bahawa kurma memiliki kandungan gula yang tinggi.2

MD Fadli Ismail.(2002).Pengurusan kesihatan yang praktikal :24-25 Tayibah.com/elislam/kurma 9-7-2013 8.36am

Kurma juga sesuai untuk orang yang ingin berbuka puasa kerana apabila kita memakan kurma,tenaga yang diserap adalah serta merta.Inilah sebabnya Rasulullah saw selalu berbuka puasa dengan kurma. "Rasulullah berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Selain itu,kurma juga mampu menghindari pelbagai penyakit antaranya ialah meredakan tekanan darah dan menghindari daripada terkena racun yang dimakan

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.

Di samping itu kita perlulah sentiasa menyimpan dan memastikan bekalan kurma di rumah kita sentiasa ada .Janganlah kita menyimpan dan memakannya hanya ketika bulan Ramadhan sahaja kerana ia akan menjadikan amalan memakan kurma ini hanya sebagai adat bukannya sunnah nabi saw.Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah seperti di bawah.

Rasulullah SAW bersabda ,Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan - Hadis Riwayat Muslim.

Habbatus Sawda Tumbuhan ini juga merupakan antara makanan sunnah nabi saw dan juga dikenali sebagai Jintan Hitam.Tumbuhan juga sering disebut sebagai blessed seed atau biji yang diberkati3 kerana mempunyai pelbagai manfaat kepada manusia dari aspek kesihatan dan lain-lain. Habbatus Sawda juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit dan ini bertepatan dengan hadis Rasulullah saw.

Rasullullah SAW pernah bersabda: "Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali mati "(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Tambahan lagi,Ibnu Sina juga telah menceritakan kelebihan tumbuhan ini di dalam kitab perubatan terkenalnya, The Canon of Medicine dengan menyatakan bahawa biji jintan hitam ini

Jerry D. Gray.(2013).Rasulullah is my Doctor.78

mampu merangsang tenaga untuk tubuh dan membantu memulihkan masalah keletihan4.

Buah Zaitun

Selain daripada kurma dan habbatus sawda,buah zaitun juga merupakan antara makanan sunnah nabi saw.Hal ini kerana buah zaitun merupakan antara buah yang paling diberkati di dalam dunia ini. Ini berdasarkan firman Allah swt di dalam Al Quran. Surah At-Tin (95:1-2); Demi tin dan zaitun. Dan demi bukit Sinai Allah SWT juga memujinya dalam Surah An-Nur(24:35) ; yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi. Yaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat. Minyaknya saja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api
4

Jerry D. Gray.(2013).Rasulullah is my doctor.79

Dalam tafsir Al-Qurtubi disebutkan bahawa Ibnu Abbas berkata, pohon Zaitun mengandung berbagai manfaat. Minyaknya digunakan sebagai bahan bakar lampu dan juga untuk lauk dan lulur. Kayu dan arangnya digunakan sebagai kayu bakar. Tidak ada satu bahagian pun dari pohon ini yang tidak berguna, bahkan abunya dapat dimanfaatkan untuk mencuci sutera. Tambahan lagi,ia juga merupakan pohon pertama yang tumbuh di bumi dan sekaligus pohon pertama yang tumbuh setelah banjir besar di zaman nabi Nuh. Ia tumbuh di tanah para Nabi dan tanah suci. Di samping itu juga,dianggarkan tujuh puluh nabi telah mendoakannya agar diberkati, antara lain Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW dengan memanjatkan doa: Allahumma barik fiz-zayt waz-zaytun (Ya Allah, berkatilah zait dan zaitun)5.

Ahmad Salim Badwilan.(2011).Pengubatancaranabi.wordpress (Manfaat dan khasiat buah zaitun).14/7/2013. 9.30am

Rasulullah saw telah bersabda Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan . (Riwayat Abu Zar)

Melalui hadis ini dapatlah kita mengetahui bahawa buah tin ini antara buah-buahan yang terdapat di dalam syurga.Tambahan lagi,buah ini juga mampu menghindari penyakit buasir dan bermanfaat untuk menghilangkan sakit-sakit badan.

Buah tin juga telah disebutkan di dalam al quran di mana Allah swt telah bersumpah dengannya di dalam surah at-tin pada ayat pertama.

2) MINUMAN

Air merupakan antara elemen terpenting yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan seharian.Menurut kajian yang dilakukan oleh para saintis,manusia hanya boleh hidup tanpa air hanya selama 3 hari sahaja.Oleh yang demikian,air amat penting dalam hidup kita dan tanpa air,badan kita akan menjadi dehydration dan lama kelamaan boleh menyebabkan kematian. Selain daripada itu,pemilihan minuman yang hendak diminum juga amat penting kerana ia juga boleh membawa kebaikan dan kemudharatan.Justeru,Rasulullah SAW juga telah menganjurkan beberapa jenis minuman yang menjadi sunnah Baginda SAW untuk menjadi panduan kepada umat Baginda SAW pada hari ini.

Minuman Sunnah Rasulullah SAW

Madu

Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran. Akan keluar dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai jenis penyakit) .

Berdasarkan ayat Al Quran di atas dapatlah kita mengetahui bahawa madu ini merupakan minuman yang amat diberkati dan mempunyai pelbagai manfaat untuk manusia.Hal ini demikian kerana tidak semua minuman disebutkan di dalam Al Quran melainkan ia benar-benar diberkati dan bermanfaaat kepada manusia.Allah juga telah berfirman di dalam Al Quran.

Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah,Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunungganang dan di pokok-pokok dan daripada apa yang telah mereka dirikan.

Berdasarkan ayat tersebut,Allah telah memerintahkan lebah supaya membuat sarang serta mengajarnya cara membuatnya.Hal ini demikian kerana daripada sarang itulah manusia memperolehi madu lebah yang amat bermanfaat dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit6.

Antara kebaikan madu yang jelas terdapat padanya ialah madu membantu menghilangkan kahak batuk akibat selesema serta melawaskan pembuangan air besar.Tambahan lagi,meminum air panas yang bercampur madu setengah jam sebelum tidur membantu kita tidur dengan lebih nyenyak.Selain itu,amalan memasukkan satu titis madu ke dalam mata pada waktu pagi dan sebelum tidur,dapat menyembuhkan kesakitan mata dan mencegah jangkitan mata.

Disebabkan kebaikan madu lebah.Rasulullah saw memperumpamakan seekor lebah


6

Jerry D. Gray.(2013).Rasulullah is my doctor : 12

seperti seorang mukmin7.Baginda bersabda.

Perumpamaan seorang mukmin itu seperti seekor lebah yang memakan benda baik dan menghasilkan benda yang baik.Apabila ia jatuh,ia tidak patah dan hancur (Riwayat Ahmad)

Air Zam-Zam

MD Fadli Ismail.(2002).Pengurusan kesihatan yang praktikal : 39

Nabi saw bersabda: Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkati, ia adalah makanan yang mengandung gizi. Nabi saw menambahkan: Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail. ( HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas)

Berdasarkan hadith tersebut, kita dapat mengetahui bahawa air zam-zam ini bermanfaat kepada manusia berdasarkan niat masing-masing.Selain daripada itu,air zam-zam juga merupakan air yang sangat diberkati dan paling mulia di atas muka bumi ini.Rasulullah saw juga bersabda.

Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit. - (Thabrani dan Ibnu Hibban)

Tambahan lagi,berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr.Masaru Emoto dari Universiti Yokohama,Jepun,beliau telah memaparkan hasil kajiannya mengenai molekul air

di dalam bukunya yang bertajuk, The True Power of Water.Hasil kajiannya telah menunjukkan bahawa molekul air zam-zam sangat indah berbanding molekul air-air lain yang tidak teratur8.

Molekul air zam-zam Susu

Syed Othman.(2012).www.alhidayah-medic.com .14/7/2013.10.15am

Susu

juga

merupakan

antara

minuman

akan

diperoleh

bagi

sesiapa

yang

meminumnya.Antara kandungan nutrien yang terdapat di dalam susu terutamanya susu kambing ialah minyak,protien,mineral,vitamin dan tepung9.Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran.

Dan sesungguhnya, pada binatang ternak itu benar-ben kegemaran nabi saw kerana di dalamnya terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan yangar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih, antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya (Qs. AnNahl : 66). Tambahan lagi para ibu juga digalakkan untuk menyusukan anak mereka selama dua tahun kerana susu ibu mengandungi kandungan protien yang tinggi yang baik untuk tumbesaran bayi.Allah berfirman di dalam Al Quran Para ibu hendaknya menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian para ibu dengan cara yang maruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya (Qs. Al-Baqarah:233).

Subhi Sulaiman.(2011).hidupsihatcaranabi.wordpress.com( Nashaihun Nabawiyyatun li ilaajil Ajsaadil Basyariyyah).14/7/2013.10.06am

3) RIADAH Pepatah Arab pernah menyebut Akal yang sejahtera (cerdas) pada badan yang sejahtera (cergas).Berdasarkan pepatah ini,dapatlah kita mengetahui bahawa sesiapa yang inginkan kecerdasan minda,hendaklah selalu mengaktifkan diri mereka dalam riadah iaitu bersukan.Oleh yang demikian,Rasulullah juga amat menganjurkan umatnya untuk beriadah kerana terdapat pelbagai manfaat dan kelebihan apabila kita beriadah.

Rasulullah saw juga telah bersabda di dalam hadisnya

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah, daripada seorang mukmin yang lemah . (Riwayat Muslim)

Oleh hal yang demikian,ia jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang syumul yang bermaksud Islam tidak hanya menumpukan kepada akhirat semata-mata tetapi juga mementingkan duniawi juga.Hal ini demikian kerana seseorang itu akan mendapat kejayaan yang sebenar nanti di akhirat apabila dia mementingkan kedua-duanya iaitu duniawi dan ukhrawi.

Sukan-Sukan Kegemaran Rasulullah SAW

Memanah

Memanah merupakan antara sukan yang begitu popular sejak

daripada dahulu

lagi

hinggalah ke hari ini.Tambahan pula,memanah juga sering dijadikan antara serangan utama dalam sesebuah pasukan untuk menghadapi peperangan.

Di samping itu,antara kelebihan dan manfaat daripada memanah,seseorang itu akan menjadi lebih fokus.Selain itu,sukan ini lebih mementingkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi10.

Oleh hal yang demikian,memanah amat digalakkan oleh Rasulullah saw untuk diamalkan oleh umatnya pada hari ini.Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw telah menceritakan bahawa memanah ini antara sukan kegemaran Rasulullah saw.

Bersabda Rasulullah SAW, Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu. (Riwayat Bazzar, dan Thabarani) Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: Kenapa
10

Shafi -Q.(2011).http://shafiqolbu.wordpresss.com.14/7.2013.9.55am

kamu berhenti memanah? Jawab sahabat: Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami. Nabi SAW menjawab: Memanahlah, aku bersama kamu semua. (Hadis riwayat Bukhari)

Berenang

Berenang merupakan antara sukan yang memerlukan banyak tenaga kerana ia memerlukan kekuatan otot selain kemahiran berenang itu sendiri.Oleh hal yang

demikian,seseorang yang selalu mempraktikkan sukan ini, ia akan dapat meningkatkan staminanya selain baik untuk jantung untuk mengepamkan darah ke seluruh badan.

Berdasarkan informasi berikut,jelaslah bahawa mengapa Rasulullah saw amat menggalakkan umatnya untuk belajar berenang dan selalu mempraktikkannya kerana sukan ini mempunyai pelbagai faedah.

Setiap sesuatu yang bukan dari mengingati Allah maka ia sia-sia atau terlupa melainkan empat perkara: seseotang lelaki yang berjalan di antara dua sasaran,mengajar

kudanya,bergurau dengan isterinya dan belajar berenang.(al-Bazzar dan al-Tabrani)11

11

MD Fadli Ismail.(2002).Pengurusan kesihatan yang praktikal : 62

Berkuda

Berkuda adalah antara sukan kegemaran Rasulullah saw kerana dengan berkuda,seseorang itu akan menjadi lebih bersabar,berani,cepat bertindak dan cekal menghadapi bahaya dalam kesusahan.Tambahan lagi,berkuda juga merupakan antara latihan teknik dalam bidang pertahanan,peperangan dan melawan musuh12.

Selain itu,riadah ini juga tidak terputus kebaikannya sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya.

Kuda diikatkan kebaikan di atas jambulnya sehinggalah ke hari kiamat (Riwayat Bukhari,Muslim,al-Tirmizi,al-Nasaei,Ahmad dan al-Darimi)

12

MD Fadli Ismail.(2002).Pengurusan kesihatan yang praktikal : 61

Anda mungkin juga menyukai