Anda di halaman 1dari 108

Perbuatan Sihir Adalah Satu Dosa Besar (Mari Berkongsi siri 14)

Perbuatan Sihir adalah Satu Dosa Besar

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah S.W.T. di dalam kitab suci Al Quran di
mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan
di zaman Nabi S.A.W.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam
hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:

Dari Aisyah: Nabi pernah disihirkan sehinggalah baginda


menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri)
sedangkan ia tidak mendatangi mereka (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini


merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul S.A.W., akan
tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya(kejadian sihir) ini tidak
mencacat kan kebenaran baginda kerana telah ijmak bahawa Nabi
dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang
harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata. Juga Qadhi
Iyadh menegas kan: Dan sihir adalah merupakan satu
daripada penyakit -penyakit.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu
ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah
diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah S.W.T. Sihir adalah sejenis
ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi
manusia yang mengamalkan ilmu ini bererti mereka akan
memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan
tersebut.

1
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan
perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga
merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan
yang

Perbuatan Sihir Adalah Satu Dosa Besar (Mari Berkongsi siri 14)

mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan


haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya
demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai ilmu sihir. Ilmu


sihir ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun. Ia sering dirujuk
dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan
syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat


Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya
air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang
popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di
samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapai
nya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai
berikut :-
Hantu Bungkus : Boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh
digunakan bagi tujuan mengganggu. (Jin akan menyerupai wajah
perempuan tersebut)
Polong : Bagi menghisap darah mangsa.
Jembalang (hantu raya) : Tukang sihir akan membuat
perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu
tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan


keturunan nenek moyangnya atau dipelajari oleh seorang guru sihir.
Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang
paling besar.

2
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

Perbuatan Sihir Adalah Satu Dosa Besar (Mari Berkongsi siri 14)

1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu


terhadap isterinya.
2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala
terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-
membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka
sangat berkasih-sayang.
4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih
menonjol sewaktu senja.
5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan
yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang
pakar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada
tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang
kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan
jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir
tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh
membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau
merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia
akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan
membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

3
TELUR LAYANG (TUJU-TUJU)
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu
dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke
dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa
akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

Perbuatan Sihir Adalah Satu Dosa Besar (Mari Berkongsi siri 14)

TANGKAL dan AZIMAT


Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong
berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air
ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati di-
bunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau
azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam
jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG


Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-
isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir
dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan
habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan
jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Sihir cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi kepada sesiapa
sahaja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati dia cantik
tetapi tiada siapa yang ingin berkahwin dengannya. Kalau berkahwin
pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena? Apabila
seseorang itu suka bersendirian, pendiam, tidak suka berjumpa
dengan orang, fikirannya meracau, selalu juga pening, lesu dan tidak
bermaya serta hilang semangat tanpa diketahui punca sebenarnya, ini
dinamakan sihir membuat orang tidak suka.

Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang


menghadapi pening kepala yang berterusan, sekalipun telah
mengambil ubat tapi dada terasa sesak terutama selepas Asar hingga

4
tengah malam. Dia melihat orang yang datang melamar sebagai
bermuka hodoh. Fikirannya kerap melayang, apabila tidur selalu
gelisah dan tidak nyenyak, perut juga selalu berasa sakit, demikian
juga di bahagian bawah tulang punggung.

RASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk
oleh satu kuasa ghaib hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-
jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa ghaib di sebalik kejadian
itu ialah

Perbuatan Sihir Adalah Satu Dosa Besar (Mari Berkongsi siri 14)

daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah


meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SA.W.
bersabda yang maksudnya:

Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang
boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi
golongan yang bertempat dan berpindah.

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah
sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini
berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari
keturunan pesakit. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-
moyang terdahulu. Dan diturunkan kepada generasi kemudian tanpa
diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi
keturunannya yang dia kehendaki.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR


Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi
fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap
yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada
penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk
mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat
fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah terkena sihir
dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini

5
berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang
dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan
yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat
tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi
Muhammad S.A.W. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu
boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah,
tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan
tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah
diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh
menyembuhkan sihir.

Perbuatan Sihir Adalah Satu Dosa Besar (Mari Berkongsi siri 14)

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6


2) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Di dalam kitab zikir al-Mathurat karangan al-Imam Syahid Hassan al-


Banna ada dihimpunkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa sahih yang
diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk membina kekuatan rohani dan
menghalang daripada gangguan sihir.

Lindungilah diri kita juga dengan :-


Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh
Nabi Muhammad S.A.W umpamanya Zikir Al-Mathurat.
Menyebut nama Allah S.W.T. dalam setiap pekerjaan.
Menyebut nama Allah S.W.T. setiap kali masuk ke dalam tempat
yang gelap.
Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan
membaca doa sebelum tidur.
Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan
air.

6
Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-
wenangnya.
Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan
selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah
jin jantan terhadap wanita berkenaan.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah


S.W.T. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun
yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan ayat-ayat Allah (al-
Quran) itu sebesar-besar penawar. Oleh itu mereka tidak perlu berubat
dengan cara-cara yang memudaratkan akidah seseorang seperti
dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh
atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.W.T.

Perbuatan Sihir Adalah Satu Dosa Besar, Sifat-Sifat Roh (Hati) (Mari Berkongsi siri 14)

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam


perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan
Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita
dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai
sekali mengamalkan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan (Masalah
Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang
banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan
dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita
semua berhak memandu kereta juga berhak untuk mengelak dari
sebarang malapetaka ataupun tragedi. Kita berhak untuk hidup di
dunia ini justeru juga berhak menangkis dan menepis semua
perbuatan ghaib yang jahat daripada menimpa diri kita semua.

Semoga menjadi panduan yang berguna buat anda semua.

Wassalam

"Barangsiapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah


seburuk-buruk teman. "

7
********************

Sifat-sifat Roh (Hati)

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya
sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat.
Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita
mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah
terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela
dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak. Sifat-
sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:

Sifat-Sifat Roh (Hati) (Mari Berkongsi siri 14)

1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)


2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat-sifat yang keji)

Pertama: Sifat-sifat mahmudah, antaranya:

a) jujur k) tolak ansur (timbang rasa)


b) ikhlas l) sabar
c) tawadhuk m) redha
d) amanah n) berani
e) taubat o) lapang dada
f) sangka baik p) lemah lembut
g) pemaaf q) kasih sayang
h) pemurah r) selalu ingat mati
i) syukur s) tawakkal
j) zuhud t) takut Allah

Kedua: Sifat-sifat mazmumah, di antaranya:

a) riak h) bakhil
b) ujub i) penakut
c) sumah j) cinta dunia
d) takabur atau sombong k) gila pangkat

8
e) hasad dengki l) gila puji
f) pemarah m) jahat sangka
g) dendam n) putus asa

Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat


penting
kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal
hakikat dirinya. Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat
baik
dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka
tindakan yang perlu dilakukan ialah: .

1. Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita


pertahankan,
suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki
dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia
seluruhnya, yang mana itu lah bunga diri pada seseorang.

Sifat-Sifat Roh (Hati) (Mari Berkongsi siri 14)

2. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan,


dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui
proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan
terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang
sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah
dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya. .

Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses


mendapatkan buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam
daripada benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk
melahirkan perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik
itu adalah dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati).
Yakni benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa
simpati,
rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan
lain-lain lagi. Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang
masam. Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak
yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang

9
keji (mazmumah) di dalam roh (hati). .

Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang


wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang
dibantu oleh ilmu mengenainya. Bukan dengan mata kepala yang
sifatnya tidak dapat menjangkau dan merasainya. Yakni roh melihat
roh. Hanya roh yang dapat mengenali atau mengesan roh. .

Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan


pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju
dan
sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari saat ke saat.
Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi.
Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah
mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang
baik.

Maka sifat baik tadi jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa
disiram air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh
tumbuh tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati.

Sifat-Sifat Roh (Hati),Sifat Kasih Sayang Akan Di Rahmati (Mari Berkongsi siri 14)

Yang baiknya, perlu ada guru mursyid yang memberi pimpinan atau
didikan (yang dapat memimpin hati kita, asalkan kita sanggup
mentaatinya).

Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat)bererti kita


biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah
itu kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri
dan kehidupan kita. Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu
tetap bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan,
dikikisbuangkan dan dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong
untuk melakukan
perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang
kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke
Neraka.

10
Bagaimanakah kaedah untuk mengesan kelajuan perubahan sifat-sifat
roh yang sentiasa berubah-ubah dan berbolak-balik ini? Cara
mengesan
benih-benih sifat-sifat roh (hati) ialah roh melihat roh atau roh
meneropong roh. Diteropong, dikaji dan diselidiki sebaik-baiknya
dengan
dibantu oleh ilmunya untuk memastikan di kala mana berlaku sifat-
sifat
yang baik dan di waktu mana berlaku sifat-sifat jahat. Bila didapati roh
(hati) bersifat baik maka hendaklah disuburkan. Di waktu roh (hati)
bersifat jahat maka dikekang dan dilawan, serta ditahan.

********************

Sifat Kasih Sayang Akan di Rahmati Allah.

Sahabat yang dikasihi Allah, .

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Orang-orang yang mem-


punyai rasa belas kasih akan dirahmati oleh Allah. Kasihlah siapa
sahaja yang ada dibumi, nescaya kalian akan dikasihi oleh Zat Yang
ada di langit. Sanak kerabat adalah dahan yang kukuh dari Zat Yang
Maha Rahman. Barangsiapa menyambungnya (tali silaturahim),
nescaya Allah akan menyambungnya, dan barangsiapa
memutuskannya, nescaya

Sifat Kasih Sayang Akan Di Rahmati (Mari Berkongsi siri 14)

Allah akan memutuskan hubungan dengannya." (H. Riwayat Abu Daud)

Jadikanlah hati dan jiwa kalian memiliki sifat kasih sayang kepada
sesama Muslim dan juga kasih kepada makhluk Allah s.w.t. yang ada di
bumi. Rahmat Allah akan kalian perolehi apabila kalian memiliki sifat
yang mulia ini. Persediaan kalian untuk menyambung tali silaturahim
dan menjalini hubungan ukuwah Islamiyah sesama kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya akan mendapat rahmat dan kasih sayang
daripada Allah s.w.t. dari langit. .

11
Apabila kalian memiliki rasa belas kasihan ini hati kalian akan menjadi
lembut , jiwa kalian akan seronok untuk memberi khidmat pada
masyarakat. Sentiasa mencurahkan kebaikan, rasa kasih sayang dan
kebajikan kepada makhluk Allah yang lain. Bersikap adil kepada orang
yang teraniaya, bertindak tegas kepada orang zalim, memberi makan
orang yang lapar, memberi pakaian kepada yang tidak memilikinya,
turut menanggung derita anak yatim, selalu mendamaikan sesama
manusia, sentiasa menampakkan sifat timbang rasa dan tawaduk serta
tidak segan-segan menolong sanak saudara yang sedang memerlukan
pertolongan.

Di dunia ini kesan dari rahmat Allah akan kalian perolehi iaitu kalian
akan di sayangi oleh kaum kerabat, dihormati oleh masyarakat,
dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t dan dipanjangkan umur kalian dan
terhindar daripada penyakit dan musibah. Jiwa kalian akan rasa tenang
dan rumah tangga kalian akan aman damai. .

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Barangsiapa tidak punya belas kasih (rahmat) kepada manusia, Allah
tidak akan memberikan belas kasih kepada-Nya."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih) .

Akhir kata marilah kita perbaiki hubungan silaturahim dan binalah


kasih sayang sesama umat Islam. Walaupun perpecahan telah
melanda umat Islam hari ini dengan hebatnya dengan berbagai isu,
tetapi janganlah kita terpengaruh dengan berita dari orang fasik dan
hasutan syaitan dan

Sifat Kasih Sayang Akan Di Rahmati, Sifat Baik Sangka Sesama Muslim Calun Ahli Syurga
(Mari Berkongsi siri 14)

hawa nafsu. Kerja syaitan memang suka memecah belahkan umat


manusia supaya mereka jauh dari rahmat Allah. Apabila kita berjaya
mendominasikan sifat yang mulai ini kita akan mendapat kebahagiaan
di dunia dan di akhirat.

*********************

12
Sifat Baik Sangka Sesama Muslim Calun Ahli Syurga

Suatu hari, Rasulullah s.a.w sedang duduk di masjid dikelilingi para


sahabat. Beginda sedang mengajarkan ayat-ayat al-Quran. Tiba-tiba
Rasulullah s.a.w. berhenti sejenak dan berkata,Akan hadir diantara
kalian seorang calon penghuni Syurga. Para sahabat pun bertanya-
tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah
ini?. Dengan rasa berdebar-debar mereka menunggu kedatangan
orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu. .

Tak berapa lama kemudian, seorang lelaki melenggang masuk masjid.


Para sahabat hairan, inikah orang yang dimaksud Rasulullah? Dia tak
lebih dari seorang lelaki dari kaum ansar (orang kebanyakan). Dia tidak
termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari golongan tokoh
Quraisy. Bahkan, tak banyak yang mengenalnya. Pun, sejauh ini tak
terdengar keistimewaan dia. .

Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali pada hari-hari selanjut
nya. Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara kalian seorang
calon penghuni Syurga, lelaki tersebutlah yang kemudian muncul.

Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahawa memang lelaki itulah
yang dimaksud Rasulullah saw. Mereka juga menjadi semakin
kehairanan, amalan istimewa apakah yang dimiliki lelaki ini hingga
Rasulullah saw menjelaskan bahawa dia adalah sebagai calon
penghuni Syurga?

Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah seorang di


antara

Sifat Baik Sangka Sesama Muslim Calun Ahli Syurga (Mari Berkongsi siri 14)

mereka untuk mengamati kehidupan harian lelaki ini. Maka pada suatu
hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk
bermalam di rumah lelaki tersebut. Lelaki tersebut iaitu calon penghuni
Syurga mempersilakannya.

13
Selama tinggal di rumah lelaki tersebut, sahabat terus-menerus
mengikuti kegiatan lelaki calon penghuni Syurga. Saat lelaki tersebut
makan, sahabat ikut makan. Saat lelaki tersebut mengerjakan
pekerjaan rumah, sahabat menunggunya. Tapi ternyata seluruh
kegiatannya biasa saja. Oh, mungkin ibadah malam harinya sangat
khusyuk fikirnya. Tapi ketika malam tiba, lelaki tersebut bersikap
biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana biasa. Dia
membaca al-Quran dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tak
banyak. Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun
ketika azan subuh berkumandang.

Sungguh, sahabat hairan, sebab ia tak jua menemukan sesuatu yang


istimewa dari lelaki ini. Tiga malam sahabat bersama calon penghuni
Syurga, tetapi semua tetap seperti biasa sahaja.

Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan maksudnya ber-
malam. Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah s.a.w. Kemudian
dia bertanya,Wahai sahabatku, sesungguhnya amalan istimewa
apakah yang kau lakukan sehingga kau disebut salah satu calon
penghuni Syurga oleh Rasulullah? Tolong beritahu aku agar aku dapat
mencontohimu.

Lelaki itu menjawab, Wahai sahabat, seperti yang kau lihat dalam
kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang Muslim biasa dengan
amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang boleh ku
beritahukan padamu. Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersih
kan hatiku. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan buang
semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua
saudaraku sesama Muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati
bersih serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah
s.a.w. menyatakan demikian.. .

Mendengar penjelasan itu, wajah sahabat menjadi berseri-seri.


Terima

Siapakah Golongan Yang Sesat Dan Golongan Yang Di Murkai Allah? (Mari Berkongsi siri 14)

14
kasih sahabatku atas hikmah yang kau berikan. Aku akan memberitahu
para sahabat mengenai hal ini. Sahabat pun meminta izin untuk
pulang dengan membawa pelajaran yang sangat berharga.

**********************

Siapakah Golongan Yang Sesat dan Golongan Yang di


Murkai Allah?

Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi s.a.w yang dahulunya seorang


Nasrani, iaitu Adi bin Hatim r.a, bertanya kepada Rasulullah
s.a.w :"Siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob alayhim
(golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah
al-Fatihah?" Rasulullah s.a.w. menjawab maksudnya : Mereka itu
adalah Yahudi. Adi bertanya lagi :"Siapakah pula yang dimaksudkan
sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu?" Rasulullah s.a.w.
menjawab : Mereka itu adalah Nasrani. (Hadis Riwayat al-Tirmidhi
dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.) .

Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya,
namun mereka lebih menonjol sebagai golongan yang banyak
menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga
dengan kaum Nasrani, walaupun terdapat juga perlakuan mereka yang
merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih
menonjol sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat
dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai KAUM YANG
DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM
YANG SESAT. .

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :


"Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia di atas fitrah. Maka
ibu bapalah yang meYahudikannya, meNasranikannya serta
meMajusikan nya (Hadis Riwayat Muslim)

Setiap Umat Ada Ujiannya (Mari Berkongsi siri 14)

15
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik dan menyuburkan fitrah
anak-anak. Fitrah yang subur akan menggenggam Islam sebagai cara
hidup yang sempurna. Pengabaian fitrah ini adalah simpang-simpang
kehidupan yang menyasarkan seorang manusia daripada membesar
daripada penuh potensi untuk menjadi seorang Muslim, kepada
tersasar menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

********************

Setiap Umat Ada Ujiannya

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : .

"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah
harta kekayaan" (Hadis Riwayat Imam Tirmizi). .

Kesimpulan Hadis: .

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan


menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan
suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah
berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah
mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpul
kan harta yang haram.

*********************

10 Ciriu Berada Dalam Kebaikan, Sentiasa Bersyukur Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

16
10 Ciri Berada Dalam Kebaikan

1. Mendapat ilmu yang memberi manfaat utk DUNIA & AKHIRAT .


2. Diberi kefahaman dalam AGAMA .
3. Kenal & mampu utk mebezakan antara perkara yg HAK & BATIL .
4. Dijodohkan dengan ISTERI yg SOLEHAH @ SUAMI yg SOLEH .
5. Dikurniakan anak-anak yg SOLEH & SOLEHAH .
6. Dimurahkan dgn keberkatan rezeki .
7. Dianugerahkan dgn kesihatan pd tubuh badan & kesejahteraan
AKAL FIKIRAN .
8. Dikurniakan UMUR yg panjang dlm berbuat amal kebaikan &
kebajikan .
9. Dapat hidup ZUHUD & WARAK terhadap dunia .
10. Terdorong utk BERJUANG & BERJIHAD .

Rasullullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila kebaikanmu membuat


mu merasa gembira, & keburukanmu membuatmu berasa dukacita,
engkau adalah orang mukmin " ( H.R: Ad Dhiya drp Abu Umamah r.a.)

********************

Sentiasalah Bersyukur Kepada Allah

Sahabat yang dikasihi kerana Allah, .

Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya,


semoga kita menjadi sebaik-baik manusia yang membawa kebaikan
kepada manusia lain. .

Perkara terbesar yang sangat diharapkan daripada kita ialah tumpuan


seluruh matlamat hidup semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t..
Inilah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat. Serta inilah juga yang akan memastikan kita menjadi insan
yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat
serta agama dan negara.

17
Sentiasa Bersyukur Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Untuk menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya, kita mestilah menjadi


hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan segala nikmat
yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita. Segala nikmat yang telah di
perolehi daripada Allah s.w.t terlalu banyak dan tidak dapat dihitung,
sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu membayarnya biar pun
kita beribadah seluruh hidup pasti tidak mampu membalasnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : .

"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga
tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang
tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah.
Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikan
nya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah
itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu


memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku
akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika
kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (S.Ibrahim :
7)

Sahabat yang dihormati, .

Sifat qanaah ialah berpuas hati dan bersyukur dengan rezeki yang
ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara
pada lima tempat iaitu :

1. Kemuliaan pada ketaatan,


2. Kehinaan pada maksiat,
3. Kehebatan pada ibadat malam,
4. Hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan
5. Kekayaan pada sifat qanaah (puas hati dan bersyukur dengan
rezeki
yang ditentukan Allah)

Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih


keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan

18
supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah
s.w.t. dan sentiasa bertawakkal kepada-Nya.

Sentiasa Bersyukur Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jadilah kamu seorang


yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah
kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling
bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa
itu memati kan hati. (Hadis riwayat al-Baihaqi). .

Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, Orang yang bijaksana itu :

1. Mengurus urusan dunianya dengan qanaah,


2. Urusan akhiratnya dengan bersegera,
3. Menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh.

Allah berfirman yang bermaksud: .

Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki, mahupun


perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik. (Surah al-Nahl, ayat 97)

Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia


ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya
kekayaan itu ialah kekayaan jiwa. (bersyukur dan redha dengan
ketentuan Allah) ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). .

Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia


ini antara lain ialah; .

1. Berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan.


2. Percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Lihatlah orang yang lebih


bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi
daripada

19
kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat
Allah kepadamu. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). .

Maksud hadis di atas untuk melahirkan sifat qanaah dan bersyukur kita
dikehendaki melihat betapa orang-orang yang dibawah kita lebih
susah,

Sentiasa Bersyukur Kepada Allah, Sensitif Dengan Dosa (Mari Berkongsi siri 14)

miskin, menderita, kecacatan fizikal dan kurang berilmu dan


sebagainya. Dari sinilah akan melahirkan keinsafan dalam hati bahawa
Allah s.w.t. masih mengurniakan banyak nikmat-Nya kepada kita.
.

Sahabat yang dirahmati Allah, .

Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan


kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulur
kan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi
seorang yang pemurah dalam masyarakatnya. Allah s.w.t akan
menambahkan rezeki-Nya dijalan yang tiada di sangka-sangka.

Tanda kita bersyukur diatas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t.
kita laksanakan zakat, sedekah dan amal jariah. Tanda kita bersyukur
diatas nikmat kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kita
melaksanakan ibadah dan amalan soleh dan sentiasa mentaati Allah
dan Rasul-Nya, dan tanda kita bersyukur diatas nikamat ilmu
pengetahuan yang kita perolehi adalah kita pergunakan ia untuk
menegakkan Islam dan melaksanakan peraturan hidup yang
diturunkan Allah s.w.t. kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
.

Ingatlah! Bahawa Syurga di disediakan oleh Allah s.w.t. di hari akhirat


nanti adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sentiasa bersyukur
dengan nikmat Allah s.w.t ketika di dunia ini dan sentiasa
memperhamba kan diri kepada-Nya.

********************

20
Sensitif Dengan Dosa

Sahabat yang dirahmati Allah,


Adalah dikira sebagai musibah, apabila hati kalian sudah tidak lagi
sensitif terhadap dosa! Tidak merasai apa-apa dan sudah menjadi
kebiasaan.

Sensitif Dengan Dosa (Mari Berkongsi siri 14)

Pepatah ada mengatakan "Alah bisa tegal biasa.", sekiranya amalan


soleh atau amal kebaikan telah menjadi biasa kerana kerap dilakukan
alhamdulillah, tetapi sekiranya dosa atau kemaksiatan telah menjadi
biasa dan hati hilang sestitif terhadapnya maka ianya menjadi
masaalah besar dan amat membimbangkan.

Abu Hassan Zayyat r.a berkata : "Demi Allah saya tidak kisah berlaku
banyak kemungkaran, tetapi yang saya khuatirkan adalah apabila hati
sudah berjinak dengannya (maksiat). Kerana sesuatu itu apabila terus
menerus dilakukan, ia akan menjinakkan jiwa. Apabila jiwa sudah
terjinak dengan sesuatu itu, maka kuranglah sensitifnya."

Generasi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w cukup sensitif terhadap


dosa kerana takut amalan-amalan baiknya tidak diterima oleh Allah
s.w.t.. Mereka sentiasa berada di dalam keadaan takut kepada Allah
s.w.t. bukan sahaja mereka meninggalkan yang haram tetapi mereka
juga telah meninggalkan yang subhat kerana takut terjatuh kepada
yang haram. Jiwa yang diasuh dan di didik oleh Rasulullah s.a.w ini
kerap menangis diwaktu malam, mereka sentiasa mujahadan,
muhasabah, muraqabah dan murajaah kepada diri mereka sendiri dan
diatas dosa-dosa yang telah mereka lakukan disiang hari. Setengah
sahabat menyediakan rotan untuk dipukul belakang badannya sendiri
sekiranya dia merasakan ada sesuatu dosa yang ia lakukan.

Sahabat yang dimuliakan,


Untuk menjaga hati kita supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t hendak
lah sentiasa bergaul rapat dengan orang-orang soleh dan alim ulama

21
didalam majlis majlis ilmu. Memilih sahabat sahabat yang baik
dan
sentiasa mengingatkan kita kepada kehidupan di hari Akhirat dan
memperuntukkan masa membaca al-Qur'an .

Di dalam al-Qur'an Allah s.w.t. melarang orang-orang yang beriman


daripada menghampiri zina, supaya mereka tidak terjebak daripada
melakukan perbuatan zina. Daripada larangan ini, kita boleh
mengambil pengajaran bahawa semua bentuk maksiat dan perbuatan
yang boleh mendatangkan dosa kita dikehendaki jangan
mendekatinya. Kenapa

Sensitif Dengan Dosa (Mari Berkongsi siri 14)

kita dilarang mendekatinya? Kerana untuk menjaga hati kita supaya


tidak tergoda dan terpesona dengan maksiat.

Ibnu al-Jauzi ada berkata : "Ketahuilah bahawa antara ujian terbesar


adalah seseorang tertipu dengan perasaan selamat setelah melakukan
dosa kerana sebenarnya balasan itu ditangguhkan. Diantara balasan
terbesar adalah seseorang itu tidak merasakan itu sebagai balasan
sedang itu menghakis agama, mengkaburkan hati dan menyusahkan
pilihan untuk diri."

Diantara contoh fenomena ini adalah seseorang itu tidak bersama


untuk solah berjemaah dalam satu tempuh yang lama sehingga ia
merasakan biasa dengan keadaan ini dan tidak merasa bersalah.
Sedangkan generasi pertama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w
mengucap takziah apabila ada dikalangan mereka yang ketinggalan
untuk satu waktu sahaja solat berjamaah. Sesiapa yang sampai
kepada tahap "tidak sensitif" seperti ini ketahuilah dia berada di dalam
bahaya besar! Kerana ia boleh menyebabkan seseorang gugur atau
berpatah ke jalan kesesatan.

Ibnu Qayim menyatakan : "Dosa itu adalah luka-luka, adakalanya


dengan satu luka boleh menyebabkan seseorang itu mati."

22
Dalam al-Qur'an Allah s.w.t ada menceritakan kisah orang-orang yang
berdosa yang berdo'a kepada Allah s.w.t untuk kembali ke dunia untuk
mengerjakan amal soleh, firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Ya
Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari tempat ini untuk kami lakukan
amal-amal
soleh, bukan amal-amal yang pernah kami buat sebelumnya."
(Surah al-Faatir ayat 37)

Akhir kata marilah sama-sama kita beramal soleh dan tinggalkan


segala bentuk amalan dan perbuatan yang boleh mendatangkan dosa
dan kemurkaan Allah s.w.t. Berdo'alah semoga kita diplih-Nya menjadi
hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa dan mendapat balasan
Syurga dihari Akhirat nanti.

Senjata Untuk Menghancurkan Iblis Laknatullah (Mari Berkongsi siri 14)

Senjata Untuk Menghancurkan Iblis laknatullah

Sahabat yang dimuliakan,


Musuh utama manusia yang tidak kelihatan adalah Iblis dan syaitan
laknatullah. Iblis telah berjanji dihadapan Allah s.w.t. dia akan meng-
goda Anak Adam dan menyesatkan mereka hingga keakhir hayat. Allah
s.w.t benarkan permintaan Iblis tetapi Allah s.w.t menjelaskan dia akan
gagal menggoda dan menghasut anak Adam yang ikhlas semata-mata
kepada Allah s.w.t.

Apbaila Iblis laknatullah terpaksa berjumpa Nabi Muhammad s.a.w


untuk menceritakan kelemahan dirinya maka Nabi s.a.w pun bertanya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Wahai Iblis, apakah senjata


yang dapat menghancurkan engkau?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan
banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-
banyak taubat dan banyak membaca al-Qur'an Kalam Allah, dan
banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan
menghancurkan aku".

23
Sahabat yang dikasihi Allah,
Terdapat lima amalan yang menjadi senjata untuk menghancurkan Iblis
laknatullah dan amalan ini adalah amalan orang-orang Mukmin, yang
telah sebati dalam hati dan jiwanya

Pertama : Lidahnya sentiasa basah berzikir kepada Allah s.w.t.


samaada ketika berseorangan , bersama keluarga atau dengan orang
lain.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, " Sebaik-baik zikir ialah Laa Ilaaha
Illallah."

Baginda bersabda yang bermaksud : "Selalulah kamu mengucapkan :


Laa Illaaha Illallah dan beristighfar kepada Allah dan banyakkanlah
kamu menyebut keduanya itu, kerana Iblis berkata : Aku binasakan
manusia

Senjata Untuk Menghancurkan Iblis Laknatullah (Mari Berkongsi siri 14)

dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan
Laa Ilaaha Illallah dan istighfar." (Hadis Riwayat Abu Ya'laa r.a)

Disebut dalam sebuah hadis yang lain Nabi s.a.w. berkata yang
bermaksud : "Barangsiapa yang dapat akhir kalam ketika hendak mati
nya menyebut kalimah Laa Ilaaha Illallah nescaya dia akan
dimasukkan kedalam Syurga".

Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda


maksudnya : "SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH,
ALLAHU AKBAR, WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya
ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa
sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di
musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam
syurga."(H. riwayat Tabrani)

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud.. "barangsiapa yang


membaca Laa ilahaillahu" maka ia akan dapat menolak bala sebanyak

24
99 bala dan dapat menghilangkan segala kegundahan dan kesedihan
yang dialaminya.."

Kedua : Tangannya ringan menghulur sedekah dan derma tanpa


diketahui oleh sesiapa, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Untuk bersedekah ia
merasakan
tidak perlu untuk menjadi kaya dahulu baru hendak menghulurkan
bantuan, tetapi memadailah menghulurkan apa sahaja yang
termampu, dengan hati yang ikhlas.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yg


lebih besar pahalanya? Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan
sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau
bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan
engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah
sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau
berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya
harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Senjata Untuk Menghancurkan Iblis Laknatullah (Mari Berkongsi siri 14)

Rasulullah s.a.w., hadis mutafaqun'alaih, shahih Bukhari Muslim: Dari


Nabi s.a.w., beliau bersabda maksudnya : "Ada tujuh golongan yang
bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak
ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda
yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah),
seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan
shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di
jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seseorang
yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi
ia mengata kan: "Aku takut kepada Allah", seseorang yang diberikan
sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu
apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir
(mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari
kedua matanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

25
Ketiga : Hatinya sentiasa beristighfar sebanyak-banyaknya, memohon
keampunan kehadrat Allah Azzawajalla kerana ia merasakan dosa-
dosanya banyak yang telah dilakukannya.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sesungguhnya aku meminta


ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya sebanyak tujuh puluh
kali dalam sehari semalam."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Orang yang bertaubat dari


dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat


menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di


dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar
padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan
rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya
mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam,
untuk

Senjata Untuk Menghancurkan Iblis Laknatullah (Mari Berkongsi siri 14)

mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula,
mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
(Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Keempat : Jiwanya merasa gelisah sekiranya sehari ia tidak dapat


menatap lambaran kitab suci al- Qur'an kerana didalamnya
mengandungi seribu hikmah dan pengajaran untuk menjadi peduman
hidup didunia ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang membaca


satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebajikan,
dan satu kebajikan itu nilainya 10 kali ganda seumpamanya. Aku tidak

26
berkata bahawa Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Daripada Anas bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang


bermaksud: "Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumahtangga kamu
dengan solat dan dengan membaca al-Qur'an" (Hadis Riwayat al-
Baihaqi).

Kelima : Dimalam hari pula ketika ramai manusia sedang lena dibawa
mimpi-mimpi yang indah ia bangun ditengah malam untuk qiyamulail
dan bertahajud, bermunajat dan berdo'a kepada Allah s.w.t. hingga
menitiskan air mata penyesalan.

Firman Allah s.w.t maksudnya :Dan bangunlah pada sebahagian dari


waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya, sebagai
solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkan mu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah al-
Israa ayat 79)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Hendaklah kamu qiamul


lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah
kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri
kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau
kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan. ( Hadis
Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Sedih Memikirkan Keperluan Keluarga Adalah Tabir (Penghalang) Dari Neraka (Mari Berkongsi
siri 14)

Sahabat yang dikasihi,


Oleh itu jadikanlah lima amalan tersebut sebagai malakah (kebiasaan)
dan terus istiqamah sebagai amal soleh yang dilaksanakan untuk
mencari keredhaan Allah s.w.t. Sesungguhnya amalan-amalan tersebut
adalah amalan orang-orang soleh yang sentiasa yang sentiasa
mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.

********************

27
Sedih Memikirkan Keperluan Keluarga Adalah Tabir
(Penghalang) Dari Neraka

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki
untuknya, sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang
Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk
semua
makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-
besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia


akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah
s.w.t. dimuka bumi ini. .

Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur


untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan
dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah
kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga , dapat menguatkan aqidah
seorang Muslim, Allah SWT adalah pemberi rezeki. Salah satu nama
Allah adalah al-Razzak iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di
dunia ini

Sedih Memikirkan Keperluan Keluarga Adalah Tabir (Penghalang) Dari Neraka (Mari Berkongsi
siri 14)

dipermudahkan oleh Allah SWT. untuk manusia, agar di gunakan dalam


usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah
SWT. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

28
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjuk
kan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki
dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Sahabat yang dimuliakan, .

Setiap orang mukmin akan diuji oleh Allah SWT dengan berbagai
dugaan dan ujian. Ada diuji dengan penyakit, pergolakkan rumah
tangga, kemiskinan dan kerugian di dalam perniagaan yang dijalankan.
Apabila kita bersabar di atas kesusahan yang dialami dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengatasinya, insya Allah akan diberi jalan
keluar dan pertolongan daripada Allah SWT. .

Sebuah kisah daripada pertemuan dua sahabat Rasulullah SAW pada


waktu pagi iaitu Sayyidina Ali k.w. dan Salman al-Farsi r.a. Selepas
memberi salam, Ali k.w. bertanya khabar kepada Salman. Selepas
menjawab salam Salman menceritakan keadaannya pada pagi
itu.

"Ya Amirul Mukminin, pagi ini aku disedihkan oleh empat perkara."
selepas mendapati Ali inginkan jawapan, Salman pun menjelaskan :
.

"Pertama, sedih memikirkan keluarga yang menuntut roti kepadaku.


Kedua, sedih memikirkan suruhan Allah terhadapku. .

Ketiga, sedih memikirkan pujukan syaitan terhadap rohku. .

Keempat, sedih memikirkan tuntutan malaikat terhadap rohku." .

Mendengar penjelasan itu Ali k.w. mententeramkan hati Salman


dengan katanya : " Wahai Salman, gembiralah kerana keempat -
empat itu

Sedih Memikirkan Keperluan Keluarga Adalah Tabir (Penghalang) Dari Neraka (Mari Berkongsi
siri 14)

menambahkan darjatmu." .

Kemudian, Ali menceritakan peristiwa dia bertemu Rasulullah SAW

29
yang bertanya khabar kepadanya. Jawab Ali, "Ya Rasulullah, aku berada
dalam empat kesedihan : .

Pertama, sedih memikirkan anak-anakku di rumah yang tiada sebarang


makanan kecuali air. .

Kedua, sedih memikirkan taat kepada Allah. .

Ketiga, sedih memikirkan akibatku. .

Keempat, sedih memikirkan malaikat pencabut roh." .

Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Wahai Ali, bergembiralah


kerana sesungguhnya,

1. Sedih memikirkan keluarga adalah tabir (penghalang) dari api


Neraka.
2. Sedih memikirkan taat kepada Allah itulah kesejahteraan dari
seksa.
3. Sedih memikirkan akibat itu adalah perjuangan yang lebih utama
daripada ibadah selama 60 tahun. .

4. Sementara sedih memikirkan malaikat itu adalah pelebur semua


dosa".

Sahabat yang dikasihi, .

Beruntunglah orang-orang yang beriman kerana kesedihannya


memikirkan keadaan keluarganya dan berusaha untuk membaikinya
samaada untuk memberi nafkah, memberi pendidikan yang sempurna
dan tempat berlindung dan keselamatan adalah sebagai
tabir
(penghalang) daripada seksaan api neraka. Begitu juga apabila kita
merasai sedih kerana kelemahan kita untuk mentaati Allah SWT
adalah akan dijauhkan daripada seksaannya dihari akhirat nanti.
.

Sedih dan menyesal memikirkan akibat (kesan) daripada nafsu kita


yang sentiasa dikuasai oleh syaitan dan sentiasa melakukan dosa
kepada Allah SWT adalah lebih baik beribadah selama 60 tahun. Dan
yang akhir sekali apabila kita sedih memikirkan malaikat pencabut roh
akan datang bila-bila masa apabila sampai saatnya untuk mencabut

30
roh kita, sedangkan kita belum cukup bersedia dengan amal soleh dan
amal ibadah maka

Teruskan Bersedekah Dengan Hati, Lisan Dan Perbuatan (Mari Berkongsi siri 14)

kesedihan ini sebagai pelebur semua dosa-dosa yang kita lakukan.

Oleh itu marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat yang


dikurniakan oleh Allah SWT dan bersabar diatas segala ujian yang
datang kerana kesabaran itu akan mendatangkan pahala yang besar
dan penghapus segala dosa-dosa kita kepada Allah SWT.

********************

Teruskan Bersedekah dengan Hati, Lisan dan


Perbuatan

Sahabat yang dimuliakan, .

Sedekah adalah satu amalan soleh yang sangat dituntut oleh Islam.
Sesiapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar
di sisi Allah s.w.t. Sehinggakan Nabi s.a.w. ada menyatakan di dalam
hadisnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan
mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti
adalah mereka yang bersedekah kerana Allah sehingga tangan kirinya
tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Didalam
riwayat yang yang lain Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa seorang
dermawan yang ikhlas kerana Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga
lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid.

Kita digalakkan memberi sedekah dengan harta atau wang ringgit


untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal yang
dhaif, golongan oku, pembinaan masjid atau surau, bantuan
pelajaran untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan,
pembinaan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan madrasah dan untuk
pembiayaan majlis-majlis ilmu dan pengajian al-Qur'an.
.

31
Walau bagaimana pun bagi golongan yang tidak berkemampuan dan
tidak berharta, mereka masih boleh bersedekah melalui hati (niat),
lisan dan perbuatan. .

Teruskan Bersedekah Dengan Hati, Lisan Dan Perbuatan (Mari Berkongsi siri 14)

Sahabat yang dirahmati Allah, .

Rasulullah s.a.w. ada menyatakan dalam hadis-hadisnya bahawa


sedekah itu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu sedekah dengan
hati, lisan dan perbuatan. .

Pertama : Sedekah dengan hati : .

Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan. .

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan


Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki
harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si
polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya
tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (H. Riwayat
Tirmizi).

Nabi s.a.w bersabda: Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat


membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah
di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah
beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal
satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi
bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada
Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari
makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu,
yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu
berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar


Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap
amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)

32
Setakat lintasan hati kita untuk membuat kebaikan belum dikira
mendapat pahala disisi Allah s.w.t. selagi kita tak merancang dan
berazam dengan sungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Hadis
diatas menjelaskan keazaman seseorang yang ingin bersedekah
sekiranya ditakdirkan memiliki harta seperti orang kaya tersebut.

Teruskan Bersedekah Dengan Hati, Lisan Dan Perbuatan (Mari Berkongsi siri 14)

Kedua : Sedekah dengan lisan


Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Setiap tasbih adalah sedekah,


setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap
takbir adalah sedekah..." (Hadis Riwayat Muslim) .

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud, "Perkataan yang baik adalah
sedekah." (Hadis Riwayat Bukhari). .

Antara ucapan yang baik yang dianggap sebagai sedekah adalah


memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah
dari kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak
menguris hati orang lain. .

Ketiga : Sedekah dengan perbuatan .

1. Senyuman, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Senyuman kepada


saudaramu adalah sedekah." .

2. Solat : Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid


juga merupakan sedekah. .

3. Puasa sunat : Puasa sunat adalah sedekah untuk diri sendiri.

4. Tidak mampu menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud,"Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan
bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji.
Barangsiapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak keluar melainkan

33
hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah." (H.R: Abu Daud).

5. Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah


solat Duha dua rekaat setiap hari. .

6. Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan. .

Teruskan Bersedekah Dengan Hati, Lisan Dan Perbuatan (Mari Berkongsi siri 14)

7. Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya. .

8. Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua


orang.

9. Memberi tumpang seseorang atau barangan dengan kenderaan. .

10. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu


orang buta.

11. Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira samaada


manusia atau binatang. .

12. Memberi pinjaman wang atau menangguhkan bayaran balik


pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu membayar
dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang tersebut. .

13. Mengajarkan ilmu. .

14. Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh
makhluk Allah..

Sahabat yang dikasihi, .

Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh untuk bersedekah, walau pun


dengan sumbangan seringgit, dengan niat yang baik, dengan kata-
kata
yang baik dan senyuman kerana sesungguhnya syaitan akan meng-
halang anak Adam dari melaksanakan amalan sedekah ini.

34
********************

Sedarkah Kita Cinta Allah?

Apabila rakyat mencintai rajanya, hal itu merupakan perkara lazim


yang dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal yang sungguh menyentuh
hati ialah

Sedarkah Kita Cinta Allah? (Mari Berkongsi siri 14)

apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. .

Sanggup berdebu dan memijak tanah, memberi apa yang diminta dan
mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.
Begitulah perumpamaannya cinta Allah kepada hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud : "Dan apabila hamba-Ku bertanya


mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku
memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta
kepada-Ku." (Surah al-Baqarah : 186). .

Seseorang akan dapat melihat cinta Allah dengan jelas serta


merasainya menerusi hati yang bersih. Apabila Allah mencintai hamba-
Nya, akan lahir dalam hatinya ilham suci yang membuatkan dia kenal
bahawa itulah tanda kecintaan-Nya. .

Ada beberapa tanda yang boleh dirasai hati manusia : .

1. Individu yang dicintai Allah amat berminat terhadap ibadah.


Kadangkala ada orang yang begitu gigih beribadah sampaikan
melebihi kapasitinya sebagai insan lemah semata-mata kerana mahu
mencintai Allah. Tetapi ibadahnya kosong. Semangat imannya tidak
menentu. Akhirnya dia tenggelam dipukul arus dunia. .

Ketika beribadah, seseorang mesti yakin bahawa saat itu


Allah

35
mencintainya. Pernahkah kita bersujud panjang dan pada masa yang
sama hati kita merasai Allah mengisytiharkan nama kita sebagai orang
yang dicintai-Nya? Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Jika
Allah mencintai seseorang hamba maka Ia berfirman : Wahai Jibril
sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia."
(Riwayat Imam Ahmad). .

Orang yang yakin dicintai Allah tidak akan takbur dan was-was akan
ibadahnya diterima atau tidak. Dia yakin Allah akan menolongnya
untuk mentaati-Nya serta menuntun dia ke jalan taqwa. Kemudian dia
sampai kepada satu makrifat mendalam mengenai Allah iaitu cinta
Allah kepada

Sedarkah Kita Cinta Allah? (Mari Berkongsi siri 14)

hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia


boleh mengkhianati antara satu sama lain. Tetapi cinta-Nya kekal.

2. Apabila dicintai Allah, seseorang yang melakukan maksiat akan


membuatkan dia bangkit mendekati-Nya. Adakalanya dosa boleh
mendatangkan manfaat tatkala akhirnya ia membawa kepada
keinsafan, taubat dan istighfar. Kemudian dia bangkit mengejar Allah
dan berusaha mendapatkan semula hatinya yang hilang. Dia tidak
berputus asa dengan rahmat-Nya kerana dia ingat janji.

Firman Allah yang bermaksud " "Katakanlah : Wahai hamba-Ku yang


melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus
asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa
semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-
Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat
ditolong (lagi)." (Surah al-Zumar : 53-54).

Usah kerana dosa semalam kita menyangka Allah tidak lagi sudi
mendengar rintihan dan doa kita. .

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Tuhan kita turun ke langit


dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu

36
berfirman : Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku terima,
siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah
yang
meminta ampun nescaya Aku ampuni." (H. riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Saat Allah mencintai seseorang, sentuhan pertama cinta-Nya ialah hati


manusia. Di situlah Allah lenyapkan rasa putus asa dan sedih kerana
dosa lampau. Kemudian digantikan pula dengan harapan dan
keinginan untuk berubah. .

3. Tatkala dicintai Allah, dadanya berasa lapang bagi membolehkan


dia menerima ilmu petunjuk ke jalan benar. Allah tidak akan
membiarkan seseorang terkapai-kapai dalam lautan dosa, bahkan
dikirimkan-Nya hati manusia petunjuk hidayah supaya dia terselamat
daripada gelombang

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan Dan Mendatangkan Kebencian Allah SWT (Mari Berkongsi siri
14)

keganasan diri sendiri. .

Manusia dibekalkan hati, perasaan, akal dan fikiran untuk


membezakan baik dan keji. Tidak cukup dengan itu, Dia mengutuskan
juga Rasul, menurunkan al-Qur'an serta melahirkan pejuang agama-
Nya yang terpilih bagi menerangi kegelapan seraya berdakwah
fisabilillah. .

Allah juga menjaga ilmu Islam dan al-Qur'an daripada dicerobohi


manusia dan mewariskan sunnah Rasul-Nya supaya menjadi ikutan.
Baginda s.a.w. bersabda bermaksud : "Apabila Allah mencintai
seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya." (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim)

********************

37
Sebelas Tanda-tanda Kesengsaraan dan
Mendatangkan Kebencian Allah S.W.T.

Sahabat yang dirahmati Allah, .

Hidup di dunai ini adalah ujian daripada Allah S.W.T. Berjaya atau gagal
seseorang mengemudi bahtera hidup di dunia adalah bergantung
kepada matlamat hidup yang diprogramkan dalam hati dan mindanya.
Jika dia meletakkan matlamat hidupnya hanya untuk dunia
semata-
mata, mencari harta dan kekayaan , kemegahan, kemewahan,
keseronokkan, kemudian memuaskan hawa nafsunya semata-mata,
maka dunia ini sajalah yang dia akan mendapat habuannya sedangkan
di hari akhirat tidak ada bahagiaan untuknya. .

Tetapi jika seseorang itu menjadikan dunai ini sebagai jambatan dan
tempat persinggahan sementara waktu, dan menjadikan di dunia
sebagai tempat dia beramal soleh dan mengumpul bekalan pahala
sebanyak mungkin dan mengharapkan pertemuan dengan Allah S.W.T.
di hari akhirat nanti maka dia akan mendapat kebahagiaan samaada di
dunia dan di hari akhirat.

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan Dan Mendatangkan Kebencian Allah SWT (Mari Berkongsi siri
14)

Terdapat sebelas perkara yang boleh mendatangkan kesengsaraan dan


kebencian Allah S.W.T. jika terdapat pada diri seseorang. Perkara
tersebut adalah seperti berikut : .

Pertama : Tamak terhadap harta benda dunia. .

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang


bermaksud : "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang
yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka
salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada
hari itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak
sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,
dan Allah S.W.T. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit

38
'wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?
"Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada
mati". (Hadis Riwayat Abu Daud). .

Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai


Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang jika aku
mengerjakannya, maka aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia.
Beliau lantas bersabda: 'Zuhudlah terhadap dunia, nescaya Allah akan
mencintaimu. Zuhudlah pula terhadap apa yang ada pada manusia,
nescaya manusia mencintaimu. (Hadis diRiwayatkan Ibnu Majah dan
selainnya dengan sanad hasan). .

Kedua : Keinginan kuat kepada nafsu syahwat dan kenikmatan


dunia.

Setiap orang mempunyai potensi menjadi baik, tapi nafsu sangat


bencikan kebaikan. Sebaliknya apa saja sifat buruk serta perbuatan
jahat cukup serasi dengan nafsu. Oleh itu, usaha membina sikap yang
baik sering memerlukan kesungguhan yang kental. Contohnya, sangat
payah menahan marah dan bersifat sabar, memaafkan kesalahan
orang lain, bersangka baik, tidak berdendam dan tidak iri hati. Ia sukar
kerana ada saja bisikan berlawanan yang datang dari nafsu.

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan Dan Mendatangkan Kebencian Allah SWT (Mari Berkongsi siri
14)

Nafsu suka kepada kesenangan, kemewahan, bermalas-malas dan


bersedap-sedap. Dengan itu nafsu tidak memujuk hati menempuh
untuk jalan ke syurga kerana jalannya penuh dengan susah payah.
Kerana jalan ke neraka penuh dengan hal-hal yang bersenangan dan
keseronokan.

Dan firman Allah S.W.T maksudnya : "Dan adapun orang-orang yang


takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan
hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)."
(Surah An-Nazia'at ayat 40- 41.). .

Ketiga : Gemar bercakap perkara yang tidak memberi faedah


dan suka membuat fitnah. .

39
Abu Said al-Khudri r.a menceritakan, "Bahawasanya manusia itu
apabila berpagi-pagi maka bersegeralah segala anggota kepada lidah.
Dan mereka semuanya berkata : 'Kami menuntut kepada engkau
dengan nama Allah bahawa engkau benar atas petunjuk, kerana
bahawasanya jika engkau lurus, kami akan lurus dan jika engkau
bengkok nescaya kami akan bengkok.'." .

Salah satu di antara kebinasaan lidah yang jarang disedari ialah sikap
suka mengumpat dan membuat fitnah. Mengapakah dosa
atau
kesilapan ini jarang disedari? Ini adalah kerana perbuatan itu dilakukan
pada setiap hari malah setiap waktu di mana-mana sahaja. Sedangkan,
sebagaimana yang kita ketahui mengumpat dan memfitnah adalah
termasuk perbuatan dosa serta dilarang oleh Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berwasiat kepada Saydina Ali k.w : "Wahai Ali ! Sejahat-
jahatnya teman ialah teman yang tidak memperhatikan terhadap
temannya dan suka membuka aib temannya. Wahai Ali ! Jauhilah dusta
kerana dusta itu menghitamkan wajah. Bila seseorang itu sentiasa
berdusta, dia di namakan pendusta di sisi Tuhan. Bila ia benar, dia di
sebut di sisi Allah sebagai orang yang benar. Dan sesungguhnya
berdusta itu akan menjauhkan iman." .

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan Dan Mendatangkan Kebencian Allah SWT (Mari Berkongsi siri
14)

Keempat : Mengambil mudah solat lima waktu. .

Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat atau melalaikan


solat hingga luput waktunya. Renungkan hadis Rasulullah S.A.W. di
bawah yang menghalang perbuatan tersebut . .

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang
melalaikan solat maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu
solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka
telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka
diancam dengan Neraka Wail". .

40
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "
Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai
kepada waktu solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka Neraka Jahanam tempat
kembalinya". .

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpul
kan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah
memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (H. Riwayat Al-
Hakim)

Kelima : Bersubahat dengan orang-orang jahat. .

Jika kita membiarkan sahaja maksiat berlaku dihadapan mata kita yang
dilakukan oleh orang jahat ini bermakna kita bersubahat dengannya.
Apabila kita biarkan anak-anak kita sewenang-wenangnya melakukan
maksiat dengan menghampiri zina dan tidak ditegur atas
perbuatannya ini bermakna kita bersubahat dan akan mendapat
sahamnya.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Barangsiapa di antara kalian


melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubah dgn tangan
jika tidak boleh maka dengan lisannya, jika tidak boleh juga maka
dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat
Muslim).

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan orang-orang yg beriman, lelaki


dan perempuan, sebahagian mereka (ialah) menjadi penolong
sebahagian

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan Dan Mendatangkan Kebencian Allah SWT (Mari Berkongsi siri
14)

yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah


dari yang mungkar. (Surah At-Taubah ayat 71). .

Keenam : Berperangai buruk. .

41
Berperangai buruk adalah sifat mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak
baik yang dimiliki oleh mereka yang lemah imannya dan sifat yang
dibenci oleh Allah S.W.T. Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat
mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar makan dan minum berlebih-lebihan


2. Banyak berkata-kata yang sia-sia.
3. Marah.
4. Hasad dengki dan iri hat.
5. Kasih kepada harta.
6. Takbur.
7. Riyak .
8. Ujub .
9. Kasih akan Dunia.

Ketujuh : Sombong dan suka membangga diri.

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau


sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan,
kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi S.A.W. bahawasanya baginda


bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk Syurga orang yang di
dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. Salah
seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan
sandal yang bagus." Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan.
Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim). .

Kelapan : Tidak suka menolong orang lain.

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan Dan Mendatangkan Kebencian Allah SWT (Mari Berkongsi siri
14)

Seseorang yang tidak suka menolong orang lain adalah orang jahil dan
mementingkan dirinya sendiri sahaja. Sifat ini adalah sifat Qarun yang
kaya raya tetapi cukup sombong dan berbangga dengan kekayaan

42
yang ia miliki. Apabila diminta hartanya untuk membayar zakat dan
sedekah kepada orang miskin dia berkata bahawa kekayaannya adalah
atas usahanya sendiri bukan mendapat bantuan orang lain.
Sebenarnya dia tidak sadar bahawa apa sahaja yang ia miliki dan
perolehi adalah dengan keizinan Allah S.W.T. dan ilmu yang ada
padanya adalah yang telah diajarkan Nabi Musa a.s kepadanya.
.

Nabi S.A.W. memberi wasiat kepada Saydina Ali k.w yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta
pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan)
dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke
tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta. Wahai Ali ! Sayangilah
golongan fakir miskin nescaya engkau disayangi Allah. Wahai Ali !
Jangan engkau membentak fakir miskin nescaya engkau tidak dibentak
malaikat kelak di hari kiamat."

Kesembilan : Jiwa yang tidak mengasihi orang-orang beriman.


.

Orang fasik tidak merasai kasih sayang kepada orang-orang beriman.


Hatinya sebenarnya berpenyakit dan Allah S.W.T tambah lagi penyakit
itu hinggakan ia tidak dapat melihat lagi kebenaran dan hidayah
daripada Allah S.W.T. Jika iman itu wujud dalam jiwa seseorang ianya
pasti akan melahirkan kasih sayang dan ukhwah sesama muslim.
.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : Sesungguhnya orang-orang beriman


itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara
kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu
mendapat rahmat. (Surah Al-Hujurat: 10). .

Perkataan ikhwah atau bersaudara di dalam ayat ini


menggambarkan hubungan yang seperti mempunyai pertalian darah
dan hubungan kekeluargaan yang amat erat malah lebih erat dari itu.
Begitulah hebatnya persaudaraan dikalangan orang-orang yang
beriman. Ikatan

43
11 Tanda-Tanda Kesengsaraan Dan Mendatangkan Kebencian Allah SWT (Mari Berkongsi siri
14)

ini sepatutnya lebih utuh dari pertalian darah. Memelihara hubungan


persaudaraan sesama Islam merupakan terjemahan dari sifat
keimanan.

Sekiranya timbul perbalahan maka Allah S.W.T. memerintahkan agar


diatasinya dan bertaut kembali hubungan silaturrahim yakni ikatan
kasih sayang. Ayat ini juga memerintahkan kita bertaqwa yakni
memelihara diri agar sentiasa melaksanakan segala perintah Allah dan
meninggalkan segala laranganNya. Itulah dia formula utama dalam
menjaga persaudaraan dan kasih sayang. Taat dan takut hanya kepada
Allah S.W.T.

Kesepuluh : Bakhil dan kedekut. .

Nabi S.A.W berwasiat kepada Saydina Ali k.w ; "Wahai Ali ! Orang yang
pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh
dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah,
jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya. .

Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi
"Syurga
itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang
derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka
mengadu domba (mengasut)." .

Kesebelas : Lupa kepada mati. .

Sesiapa yang melupakan kematian sebenarnya hatinya telah mati.


Apabila hati sudah mati , hati akan merasai keseronok dengan nikmat
dunia dan akan bersungguh-sungguh mencari habuan dunia dengan
tidak mengira halal haram semuanya dikebas dan sanggup
memutuskan silaturrahim semata-mata untuk mengejar kekayaan
yang sementara ini.

Sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan

44
baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual
kosong.

Lalu baginda bersabda yang bermaksud : " Kalau kamu


semua

Siapakah Saudara Rasulullah SAW (Mari Berkongsi siri 14)

memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala


kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat)
sepertimana aku melihat kematian." .

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu


hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah
keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."

Sahabat yang dikasihi, .

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita dan tinggalkanlah sebelas


perkara yang boleh membawa kesengsaraan dan kebencian Allah
S.W.T. Pertingkatkanlah amal soleh dan amal kebajikan sebagai
pengorbanan dan usaha-usaha kita di dunia ini. Setiap kebaikan yang
kita kerjakan tidak akan sia-sia dan akan mendapat rahmat dan
keredaan Allah S.W.T.

********************

Siapakah Saudara Rasulullah SAW?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ; "Aku ingin sekali melihat


wajah saudara-saudaraku. Para sahabat lantas bertanya penuh
kehairanan kepada baginda, "Bukankah kami saudara-saudaramu ya
Rasulullah?. Rasulullah menjawab, "Ya benar, kalian adalah sahabat-
sahabatku, sedangkan saudara-saudaraku yang lain adalah suatu
kaum yang akan datang kelak." .

45
Sahabat yang dirahmati Allah, .

Rebutlah peluang untuk masuk menjadi kelompok yang Rasulullah


s.a.w. maksudkan sebagai saudara-saudaraku (fiqah an-Najiyah) iaitu
kelompok yang selamat diantara 73 kelompok akhir zaman. Mereka
adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan pegangan
Rasulullah saw dan para sahabat. Mereka memelihara amanah yang
diberikan agar tetap asli, murni dan seimbang. Mereka menjauhi
orang

Persahabatan Yang Baik Mesti Di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

yang fanatik dan jahil. Rasulullah saw memandang mereka sebagai


'saudara Rasulullah' yang dilahirkan pada akhir zaman. Rasulullah saw
selalu merindui mereka sebelum diciptakan dan ingin sekali melihat
wajah mereka sebelum dilahirkan. .

Rasulullah saw melihat mereka sebagai orang-orang yang menghidup


kan Sunnahnya dan memperbaiki kerosakan dalam nilai kehidupan
sebenar. Mereka juga merupakan kelompok yang berpegang teguh
kepada kebenaran serta memperolehi hidayah ke jalan lurus.

********************

Persahabatan Yang Baik Mesti di Asaskan Daripada


Iman Kepada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,


Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-
samanya semasa susah dan senang. Keperluan kepada sahabat adalah
fitrah manusia. Rasulullah S.A.W. sendiri mempunyai sahabat-sahabat
yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam
menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, bermula di Mekkah dan
seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah di
Madinah.

46
Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan
mendapat menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang kita hadapi.
Sahabat adalah penasihat utama kita, bila penasihat itu baik, maka
jadi baiklah kita, begitu juga apabila penasihat itu tidak baik maka
akan berlaku sebaliknya.

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :


"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah
seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Persahabatan Yang Baik Mesti Di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Berdasarkan hadis di atas Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa


apabila kita ingin mencari sahabat maka hendaklah cari sahabat yang
mempunyai asas agama, iaitu sahabat yang mempunyai asas budi
pekerti dan akhlak yang baik, tidak fasik, tidak terlalu mementingkan
hal-hak keduniaan sahaja. Jika dia seorang ahli agama maka kita juga
akan menjadi ahli agama. Jika sebaliknya kita memilih sahabat yang
suka kepada maksiat kita juga akan terdorong untuk melakukan
maksiat.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. juga mengajarkan kepada kita agar
bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan
sering menasihati kita.

Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang


yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak
wangi dan
tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya,
engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat
baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak
mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang
engkau dapat baunya yang tidak elok. (H.Riwayat Imam al- Bukhari
dari Abu Musa.)

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan, Hadis ini menunjukkan larangan


berteman dengan orang-orang yang dapat merosak agama maupun

47
dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul
dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama
dan dunia." (Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqalani)

Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya.


Oleh kerana itu, sangat penting sekali mencari persekitaran yang baik
dan mencari sahabat atau teman dekat yang semangat dalam
menjalankan agama sehingga kita pun boleh mendapat aroma
kebaikannya. Jika persekitaran atau teman kita adalah baik, maka
ketika kita lemah, ada yang selalu menasihati dan mengingati kita
kepada kebaikan.

Sahabat yang dimuliakan,

Persahabatan Yang Baik Mesti Di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa satu hari, seorang mendatangi


Rasulullah S.A.W. dan berkata : "Rasulullah S.A.W. saya kelaparan" .

Rasulullah S.A.W. pun menyanyakan persediaan makanan kepada para


isteri baginda. Namun mereka memberitahu, bahawa tidak ada
makanan sama sekali. .

Lalau baginda S.A.W. berkata kepada para sahabatnya, "Semoga Allah


merahmati siap pun di antara kalian yang mahu menjamunya malam
ini."
"Aku yang akan menjamunya ya Rasulullah" kata seorang sahabat
Ansar.
Ia pun pulang dan berkata kepada isterinya : "Siapkan makanan
kepada tetamu Rasulullah ini." .

"Demi Allah, makanan ini hanya cukup untuk anak-anak kita," jawab
isteri nya.

"Jika anak kita lapar, tidurkanlah mereka dan padamkan lampu. Biar
kita menahan lapar pada malam ini," pesan sahabat tadi. Isterinya pun
melakukan pesan suaminya itu. .

48
Atas peristiwa itu, Allah menurunkan ayat surah al-Hasyr ayat 9.
maksudnya : "Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota
Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin),
dan mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan
mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa
yang di berikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka
mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri, meskipun mereka
juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran (bakhil),
maka mereka itulah orang-orang yang beruntung." .

Betapa Allah S.W.T. memberikan kemuliaan kepada sahabat Ansar


yang berhati mulia, yang telah dididik oleh Rasulullah S.A.W. sanggup
mengutamakan sahabat yang kelaparan dan memerlukan makanan
walaupun dia, isteri dan anak-anaknya kelaparan pada malam
tersebut.

Sahabat yang dimuliakan,

Persahabatan Yang Baik Mesti Di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan jadikanlah dirimu sentiasa


berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan
mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhan
Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu
daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di
dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hati
nya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah
lakunya pula adalah melampaui kebenaran," (Surah Al-Kahfi ayat 28)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga pengajaran yang boleh kita


ambil:

1. Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa beribadat


kepada Allah dan mengharap keredhan-Nya.

49
2. Jangan menjauhi diri dari orang-orang ahli ibadat, semata-mata
kerana mengejar kesenangan dunia.

3. Jangan bersahabat dengan orang-orang fasik serta mematuhi dan


mengikut perbuatannya. .

Sahabat yang dikasihi,


Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana
sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat. Maka semuga
engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang
beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan)
kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga.
Dikatakan juga , apabila Allah S.W.T. mengampunkan dosa seseorang,
maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-
sahabatnya."

Banyak hadis-hadis Nabi S.A.W. yang menjelaskan ciri-ciri sahabat


yang baik. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : "Barangsiapa
menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di
dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Persahabatan Yang Baik Mesti Di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

"Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan


dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain,
dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang


bermaksud : "Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain
kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah s.w.t."
(Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam


blog . Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya
tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati,
lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah

50
kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah
persahabatan ini
dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan
carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan
mendapat keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Doa-doa kalian
kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah s.w.t.

Kita bersahabat dengan sahabat yang baik adalah semata-mata kerana


Allah s.w.t kerana sahabat kita bukan setakat di dunia sahaja tetapi dia
akan menjadi sahabat kita di hari akhirat. Di dalam Al-Quran Allah
s.w.t. ada menceritakan kisah ahli-ahli Syurga bertemu dan berbincang
sesama mereka, mereka adalah sahabat-sahabat yang baik dan
sentiasa taat pada Allah semasa di dunia.

Sahabat,
Al-Qamah berpesan kepada puteranya : "Wahai anakku! Kiranya
engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang
berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas


baik persahabatanmu.

Persahabatan Yang Baik Mesti Di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang


dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan


menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan


menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

51
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan


menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan


kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan


mu.

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang


mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Dari itu marilah kita bina persahabatan kerana Allah, kita baiki akhlak
kita menjadi akhlak yang mulia dan berkasih sayang semata-mata
kerana Allah seperti yang dinyatakan ciri-cirinya seperti diatas.
Semoga kita semua berbahagia di dunia dan akhirat.

********************

Membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim) Adalah Satu Kewajipan (Mari Berkongsi siri
14)

Membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim)


Adalah Satu Kewajipan

Sahabat yang dirahmati Allah,


Apabila kita memperkatakan rumah tangga Muslim (Baitul Muslim)
sebenarnya kita tidak boleh dipisahkan dengan ajaran Islam itu
sendiri. Salah satu aspek penting dalam persiapan untuk melalui hidup
secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi
Rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri

52
keislaman yang sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang
harmoni dan tarbawi (bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih
sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang
membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

Rumah tangga Muslim harus didirikan dalam rangka beribadah kepada


Allah s.w.t. semata-mata maksudnya ia bermula daripada proses
pemilihan jodoh pertemuan, merisik, pertunangan, menjalin
kesepakatan hingga pelaksanaan perkahwinan ianya tidak terlepas
dari prinsip ibadah.

Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa tujuan


penting pembentukan rumah tangga Muslim ini, iaitu:

1. mendirikan syari'at Allah dalam segala urusan rumah tangga.

2. mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Dialah Yang Menciptakan kamu dari


diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia
merasa senang kepadanya" (Surah al- A'raaf ayat 189)

Ketundukan sejak langkah awal mendirikan rumah tangga telah


menjadi asas untuk tetap patuh dalam langkah-langkah selanjutnya
kelak, jika terjadi permasalahan dalam rumah tangga akan dengan
mudah menyelesaikannya, kerana semua telah tunduk kepada
peraturan Allah dan Rasul-Nya. Ikrar yang dilafaskan adalah
menjadikan Islam sebagai

Membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim) Adalah Satu Kewajipan (Mari Berkongsi siri
14)

satu cara hidup yang lengkap dan sempurna di dalam rumah tangga
yang akan dibina.

Rumah tangga Muslim bukan hanya sekedar berdiri di atas kemusliman


seluruh anggota keluarganya. Bukan pula kerana seringnya terdengar
lantunan ayat-ayat al-Quran dari rumah itu, dan bukan pula sekadar
anak-anaknya disekolahkan disekolah agama. Tetapi rumah tangga

53
Muslim adalah rumah yang didalamnya ditegakkan adab-adab Islam,
samaada suami, isteri dan anak-anak maupun keseluruhan anggota
rumah tangga tersebut.

Rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang didirikan di atas


landasan ibadah dan mencari redha Allah, mereka bertemu dan
berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran
dan
kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruf dan mencegah
yang mungkar, kerana kecintaannya kepada Allah.

Rumah tangga Muslim adalah rumah tangga teladan yang menjadi


ikutan masyarakat Islam. Mereka membina rumah tangga ini dan
tinggal di dalamnya kerana kesejukan iman dan kekayaan ruhani.
Mereka berkhidmat kepada Allah s.w.t samaada dalam suka maupun
duka, dalam keadaan senang atau maupun susah.

Suasana rumahtangga yang dibina di atas dasar cinta dan kasih


sayang yang suci akan mententeramkan dan memberi ketenangan
kepada jiwa dan roh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada
contoh yang lebih baik dan tepat daripada rumah tangga Rasulullah
s.a.w. yang dibina bersama denga Saidatina Khadijah, terutama ketika
menghadapi cabaran dan pengalaman baru yang memerlukan
sokongan padu serta keyakinan tanpa sebarang keraguan si isteri.

Anak-anak yang dibentuk dalam suasana 'mawaddah' dan 'rahmah'


akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram, kasih
sayang serta jauh daripada kekacauan serta penyakit batin yang
melemahkan peribadi.

Membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim) Adalah Satu Kewajipan (Mari Berkongsi siri
14)

Rumah tangga Muslim akan mewuiudkan sunnah Rasulullah saw


dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa
bangga dengan kehadiran kita.

54
Rumah tangga Muslim juga memenuhi keperluan cinta kasih anak-
anak. Ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan
menyebabkan penyimpangan akhlak dan perilaku.

Di dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga Muslim, Islam


tidak menyempitkan tujuan perkahwinan kepada hanya untuk
mendapatkan anak-anak soleh (walaupun ini adalah antara tujuan
perkahwinan), untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan
(walaupun ini juga menjadi matlamat perkahwinan) dan bukan juga
bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar'i sahaja, sebaliknya
Islam
telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, mulia dan jauh
jangkauan nya. la berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan,
jihad serta pelaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun matlamat terpenting dalam perbentukan rumah tangga


Muslim ialah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur
bagi mendidik anak-anak, Islam telah menentukan bahawa tuiuan
utama kesinambungan zuriat mempunyai kaitan dengan matlamat
dakwah dan jihad. Tujuan ini dapat difahami menerusi beberapa ayat
al-Quran.

Antaranya ayat yang menggambarkan do'a Nabi Zakaria yang berhajat


kepada anak yang soleh untuk meneruskan kewajipan dakwah yang
dipikulnya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Ya Rabbi, kurniakan
aku seorang anak yang baik di sisi Engkau. Anugerahkan aku seorang
putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Yaaqub."
.

(Surah Maryam ayat 5-6)

Rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang didalamnya terdapat


iklim yang sakinah (tenang), mawadah (penuh cinta) dan rahmah
(penuh kasih sayang). Perasaan itu sentiasa melingkupi suasana
rumah setiap harinya. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana
syurga di

Membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim) Adalah Satu Kewajipan (Mari Berkongsi siri
14)

55
dalamnya. Sesuai slogan yang selalu dilaungkan, "rumahku syurgaku"
dan Nabi s.a.w. juga ada menyatakan bahawa rumah tangga yang
bahagia itu sebagai "Baiti Jannati".

Firman Allah s.w.t maksudnya : Dan diantara tanda-tanda kekuasan-


Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri kalian dari jenis
kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kalian rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar-Rum:21)

Perlaksanaan terhadap nilai-nilai Islam secara menyeluruh harus terjadi


dalam diri setiap anggota keluarga sehingga mereka sentiasa
istiqamah terhadap adab-adab Islam.

Firman Allah s.w.t maksudnya : Hai orang-orang yang beriman,


masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah
kalian mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah ayat 120)

Untuk itu Rumah tangga Muslim dituntut untuk menyediakan proses


tarbiyah islamiyyah yang berterusan, agar proses belajar, kefahaman
Islam dan memahami ilmu sampai akhirnya dapat dilaksanakan
dalam kehidupan sehari-hari boleh diwujudkan. Proses ini harus
berjalan terus menerus, bertahap dan berkesinambungan. Tanpa hal
ini, adab-adab Islam tidak boleh ditegakkan.

Untuk menegakkan Islam secara menyeluruh perlu kepada contoh


ikutan (qudwah). Suami perlu memberi contoh kepada isterinya dan
kedua ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anaknya. Sebelum
menyuruh kebaikan atau melarang kemungkaran kepada anggota
keluarganya, pertama kali orang tua harus memberikan contoh
tauladan yang baik.

Firman Allah s.w.t maksudnya : Hai orang-orang yang beriman,


mengapa kalian mengatakan sesuatu yang tidak kalian perbuat?
Amat

56
Membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim) Adalah Satu Kewajipan (Mari Berkongsi siri
14)

besar kebencian disisi Allah bahwa kalian mengatakan apa-apa yang


tiada kalian kerjakan (Surah Ash-Shaf ayat 3-4)

Suri tauladan sangat diperlukan, dalam proses berinteraksi dengan


anak-anak dengan orang tuanya sangatlah dekat. Anak akan melihat
peribadi mulia yang ingin diajarkan kepada diri mereka, pada saat
anak-anak masih belum dewasa, proses penerapan nilai-nilai lebih di
tekankan pada apa yang mereka lihat dan dengar dalam kehidupan
sehari-hari.

Sahabat yang dimuliakan,


Islam telah memberikan hak dan kewajiban bagi masing-masing
anggota keluarga secara khusus. Suami isteri dengan tanggung
jawabnya sebagai pendidik. Dan anak-anak juga mempunyai
tanggungjawab iaitu mendisplinkan diri untuk patuh dengan ajaran dan
akhlak Islam.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : Dan janganlah kamu iri hati apa yang
dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu, lebih banyak dari yang
lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian kurnia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
(Surah An Nisa ayat 32)

Masih banyak keluarga Muslim yang belum boleh berbuat sesuai


dengan tuntunan Islam. Betapa banyak kita dengar keluhan dan
kegoncangan keluarga Muslim bermula tidak melaksanakan hak dan
kewajipan masing-masing. Suami hanya menuntut haknya untuk
ditaati isteri, sedangkan isteri pula mengharapkan keperluan duniawi
yang melebihi kemampuan suaminya dan mengabaikan
tanggungjawab mendidik anak-anak dirumah dan anak-anak pula
sukar untuk melaksanakan tuntutan adab-adab Islam yang diajarkan,
dan lebih berminat pada muzik dan hiburan yang melalaikan.

57
Akibatnya berlakulah porak peranda dalam keluarga dan berlaku
perjalanan hidup yang tidak harmoni.

Gejala sosial yang banyak berlaku sekarang ini adalah berpunca


daripada rumah tangga yang tidak berjalannya tarbiyah Islam dan
anak-

Membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim) Adalah Satu Kewajipan (Mari Berkongsi siri
14)

anak terbiar tanpa didikan yang sempurna dilaksanakan oleh ibu bapa.
Ibu bapa pula hanya sebuk mencari rezeki lebih dengan tujuan untuk
membahagiakan keluarga tetapi akibatnya membawa kehancuran di
dalam rumah tangga tersebut kerana masing-masing memburu
kebendaan semata-mata yang mengakibatkan meninggalkan ajaran
dan akhlak Islam.

Dalam Islam masing-masing anggota dalam rumah tangga ada


tanggungjawab masing-masing. Suami adalah pemimpin umum yang
bertanggung jawab terhadap perjalanan rumah tangganya . Kerana
tugas mencari nafkah adalah dibebankan kepadanya . Isteri adalah
pemimpin rumah tangga untuk tugas-tugas dalaman yang bertugas
mengatur urusan rumahtangga, baik ditangani sendiri maupun dengan
bantuan orang lain.

Sahabat,
Di antara ciri wujudnya identiti rumah tangga Muslim ialah kewajipan
berdakwah mestilah terlaksana dalam rumah tangga itu. Ini bermaksud
angota rumah tangga - suami, isteri dan anak-anak - menjalankan
usaha dakwah kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran
tetangga.

Suami Muslim yang soleh perlu melalui proses pendidikan dan terus
menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada angota
keluarganya. Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah
berhubung kait dengan dakwah yang telah menjadi darah dagingnya.
lsteri dan anak-anak perlu dididik mengenai tanggungjawab dakwah.
Mereka hendaklah disediakan untuk memikul tugas dakwah.

58
Terdapat ramai juga pendakwah yang sangat aktif di medan dakwah
tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumah tangganya sehingga
bukan sahaja isteri dan anak tidak memberi sokongan kepada
perjuangannya, bahkan mereka menjadi penghalang utama, mengusut
kan fikiran dan menekan perasaan pendakwah sehingga akhirnya
pendakwah berkenaan meninggalkan perjuangannya.

Apabila Roh Bercerai Dari Jasad Mu (Mari Berkongsi siri 14)

Atas sebab inilah dakwah dan pendidikan perlu dilaksanakan di dalam


rumah tangga secara terancang dan berterusan. Anak dan isteri perlu
dibimbing peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap untuk
menjadikan dakwah Islam sebati dengan mereka.

********************

Apabila Roh Bercerai Dari Jasad Mu

Bismillahirahmanirrahim.
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat
daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara
sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuang kan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan
menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh". .

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang
yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan

59
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai


jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu
aku telah keluar dari

Apabila Roh Bercerai Dari Jasadmu (Mari Berkongsi siri 14)

rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali
lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir. .

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh
pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-
anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdaya
kan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan
aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung kesalahan ku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,
padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga
tidak mahu mendoakan
aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang
melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-
tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah
dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka

60
mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi
nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku". .

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa
yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar
keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan
mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama
selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan
kelihatan lebih terang

Apabila Roh Bercerai Dari Jasadmu (Mari Berkongsi siri 14)

daripada matahari. .

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: .

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: .

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya

61
pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap di sebelahk iri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang


mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh
lidah orang mukmin itu.

Apabila Roh Bercerai Dari Jasadmu (Mari Berkongsi siri 14)

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,


kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak
yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat
maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja
malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak

62
ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab
mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata
ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.
berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik
saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat
Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang. .

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh
tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

Apabila Roh Bercerai Dari Jasadmu, Apabila Roh Di Cabut (Mari Berkongsi siri 14)

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut


kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di


bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari


minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka


diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan


dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari

63
kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan


ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

********************

Apabila Roh di Cabut..

Dari Al Baro bin Azib r.a. katanya : Kami telah keluar bersama-sama
Nabi s.a.w. mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu
kami sampai di kuburnya yang disediakan. Rasululullah s.a.w pun
duduk lalu kami duduk di sekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak
dan membisu; manakala baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah
dengan seranting

Apabila Roh Di Cabut (Mari Berkongsi siri 14)

kayu yang di tangannya. .

Setelah itu baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda


maksudnya : Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab
kubur, (diulanginya sabdanya itu ) dua atau tiga kali; kemudian
baginda s.a.w. bersaba lagi: Sesungguhnya hamba Allah yang
mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan
terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah
kepadanya malaikat-malaikat dari langit, putih berseri muka mereka,
seolah-olah matahari, dengan membawa kain kafan bersama mereka
dari kain-kain kafan Syurga, dan hanut dari yang ada di Syurga,
sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

64
Kemudian datang malakulmaut a.s , lalu duduk di sisi kepalanya sambil
menyerunya dengan berkata Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan ada
suatu riwayat ada disebutkan: orang yang hendak mati dihadiri - saat
nazaknya- oleh malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang
soleh, berkatalah malaikat: Keluarlah engkau.) menuju ke tempat
keampunan-Nya dan keredhaan Allah. .

Baginda s.a.w. bersabda lagi: Kemudian roh orang itu keluar


mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang
terbuat dari kulit kambing), lalu malakulmaut mengambilnya, maka
apabila ia mengambil nya, malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk
itu) tidak membiarkannya di tangan malakulmaut a.s. walau sekelip
mata pun lalu mereka mengambilnya; kemudian mereka
meletakkannya di dalam kain kafan dan hanut yang tersebut; dan
keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum
kasturi yang terdapat di atas muka bumi: Kemudian mereka
membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa
membawanya) mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan
malaikat itu berkata: roh yang baik ini roh siapa? mereka menjawab:
roh si anu anak si anu (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya
yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu dunia),
(demikianlah hanya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka
membawanya ke langit yang pertama: setelah itu mereka meminta
dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu

Apabila Roh Di Cabut (Mari Berkongsi siri 14)

untuk mereka; kemudian malaikat-malaikat yang berkedudukan


istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh
itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah
mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. .

Setelah itu Allah Azza wa Jalla berfirman kepada malaikat-malikat


(yang ditugaskan untuk itu): Simpanlah suratan amal hamba-Ku ini
dalam Illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang
berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesunguhnya Aku
telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga aku
kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali

65
lagi.. .

Baginda s.a.w. bersabda lagi: Dan sesungguhnya orang yang


kafir
(ketika hendak mati) apabila berada dalam keadaan terputus dari
dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya
malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa
kain-kain kasar seperti kadut, lalu mereka duduk jarak daripadanya
sejauh mata memandang.

Kemudian datang malakulmaut a.s. lalu duduk di sisi kepalanya sambil


menyerunya dengan berkata: Wahai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan
pada satu riwayat ada disebutkan: maka apabila orang itu orang jahat,
berkatalah malaikat: keluarlah engkau..) menuju ke tempat kebencian
dan kemurkaan Allah. .

Baginda s.a.w bersabda lagi: Kemudian roh orang itu berserak di


merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu
oleh Malakulmaut sebagaimana sebatag besi pembakar daging
disentap dari segumpal bulu yang basah; malakulmaut pun
mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, malaikat-malaikat
(yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan
malakulmaut walau sekelip mata pun sehingga mereka meletakkannya
dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula roh itu bau yang
busuknya seperti sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka
bumi. .

Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka


tidak

Apabila Roh Di Cabut, Riak Memusnahkan Pahala Amalan (Mari Berkongsi siri 14)

melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan malaikat


melainkan kumpulan malaikat itu berkata: roh yang jahat ini roh
siapa?Mereka menjawab: roh si anu anak sianu, (dengan
menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan
nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah
perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu

66
mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak
dibukakan baginya.

Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca (ayat 40 surah Al Araf


maksudnya) : Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-
pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga hingga unta masuk
di lubang jarum.. (Kemudian baginda s.a.w. bersabda: Lalu Allah
Azza Wajalla berfirman kepada malaikat: Simpanlah suratan amal
jahatnya di dalam sijjin
(tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang
letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke
situ..

********************

Riak Memusnahkan Pahala Amalan

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah s.a.w.
sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah,
mengapa tuan menangis?"

Sabda Rasulullah s.a.w., "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir


terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu
tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan
perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa


amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan
sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah
dan

Riak Memusnahkan Pahala Amalan (Mari Berkongsi siri 14)

mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat


dan mereka membawa ke langit ketujuh."

67
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,
"Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka
pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh
saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal
perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah
(membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian


supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk
menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T
telah
memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya
akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian


dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan
sampai kepada Allah s.w.t.. Mereka berhenti di hariban Allah dan
memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul
soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu semua


adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal
perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan
mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini
bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di
langit."

********************

68
Raut Wajah Orang Mukmin Sentiasa Cereia Dan Mendamaikan (Mari Berkongsi siri 14)

Raut Wajah Orang Mukmin Sentiasa Ceria dan


Mendamaikan

Sahabat yang dirahmati Allah,


Dalam kehidupan seharian, kita sering merasa penat dan letih dengan
tugas harian, dengan disertai berbagai masaalah kehidupan megakibat
kan perasaan tekanan dan ketegangan.

Untuk boleh lepas dari keadaan seperti ini kita perlu membahagi
waktu khusus guna melakukan senaman dan berehat untuk mencari
ketenangan, sehingga jiwa kita pun menjadi lebih ceria dan ber-
semangat kembali. Sebagaimana tubuh yang memerlukan makanan
dan vitamin, jiwa manusia pun memerlukan kerehatan, ketenangan
dan keceriaan.

Rasa gembira merupakan kesan positif kejiwaan yang muncul di


berbagai keadaan. Jiwa yang ceria merupakan hal yang penting dalam
menghilangkan pengalaman buruk yang tak mungkin dihindari
seperti
kegagalan, kekecewaan, dan perasaan negatif lainnya. Perasaan
gembira boleh membantu kesihatan diri dan kembali pulih dan
tenang.

Imam Ali bin Musa Al-Ridha berkata, "Rekreasi dan permainan yang
menghibur, boleh membantu kalian mengatur hidup dan dengannya
kalian akan lebih baik memperoleh kejayaan dalam urusan duniawi."

Para psikologi kini meyakini bahwa kegembiraan dan fikiran yang ceria
berpengaruh penting dalam kehidupan manusia. Begitu pentingnya
keceriaan bagi manusia sehingga mampu menjadi ubat sejumlah
penyakit. Para psikologi percaya, pada abad terakhir ini, manusia
disibukkan dengan dirinya sendiri. Keceriaan bukan hanya boleh
mencegah sejumlah penyakit, tapi bahkan boleh membantu dalam
perkembangan perniagaan.

69
Dalam ilmu kedoktoran, tertawa dan gembira merupakan reaksi
reflektif yang menyebabkan bergeraknya 15 otot wajah secara tenang,
dan mempercepat pernafasan serta peredaran darah sehingga
menambah adrenal darah. Kesan dari proses ini menimbulkan
perasaan ceria dan

Raut Wajah Orang Mukmin Sentiasa Cereia Dan Mendamaikan (Mari Berkongsi siri 14)

gembira dalam diri seseorang. Jika kehidupan manusia kosong dari


rasa ceria, nescaya ia akan mengalami derita yang amat berat
lantaran beratnya tekanan perasaan."

Menghapus rasa duka dan menciptakan keceriaan merupkan hal yang


cukup baik untuk diri sendiri maupun bagi keluarga dan masyarakat.
Kerana rasa duka dan ceria tidak hanya terbatas pada peribadi
manusia. Keceriaan dan kesedihan seorang manusia boleh
berpengaruh juga terhadap orang lain. Oleh kerana itu, kesedihan
ataupun keceriaan seseorang berpengaruh juga bagi orang lain di
sekitarnya.

Sahabt yang dimuliakan,


Islam sebagai agama universal yang memenuhi seluruh tuntutan
jasmani dan rohani manusia mengajarkan bahawa jiwa yang ceria
merupakan hal yang perlu bagi kehidupan. Islam mengajarkan pula
kepada kita cara melahirkan keceriaan . Keceriaan yang kadang
bermanfaat bagi diri sendiri, dan kadang bermanfaat pula bagi orang
lain.

Imam Ali bin Musa Al-Ridha as menyatakan, "Waktu kalian terbagi


dalam empat masa. Masa pertama untuk bermunajat dan berdoa
kepada Tuhan, masa kedua untuk mencari rezeki, masa ketiga
berinteraksi dan bergaul mesra dengan keluarga dan sahabat dan
siapa saja yang kalian percaya dan menyimpan aib kalian, dan masa
keempat adalah memperuntukkan masa untuk bersenang-senang.
Manfaatkan sebaik-baiknya waktu bersenang-senang kalian sehingga
boleh membantu dalam menjalankan tugas dan kewajiban kalian".

70
Salah satu faktor penyebab kegembiraan adalah melihat dan
menghayati alam semesta ciptaan Allah. Menyaksikan pemandangan
yang indah, warna-warni bunga yang mempesona, pokok-pokok yang
hijau, air terjun , gunung-gunung, dan keindahan alam lainnya merupa
kan kenikmatan yang boleh mendatangkan rasa keceriaan dan
kebahagiaan hati.

Raut Wajah Orang Mukmin Sentiasa Cereia Dan Mendamaikan (Mari Berkongsi siri 14)

Selain melihat keindahan alam semesta dengan melakukan perjalanan


(musafir) jua merupakan perkara positif yang diajarkan Islam kepada
umatnya.

Allah S.W.T. dalam kitab sucinya al-Quran mengajak manusia untuk


melakukan perjalanan ke berbagai pelosok muka bumi, sehingga selain
boleh mengambil pelajaran dari sejarah dan umat-umat lainnya, juga
boleh menikmati keindahan alam di negeri-negeri lain.

Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya bersabda yang maksudnya :


"Bermusafirlah supaya kalian sihat".

Olahraga dan sukan juga boleh mendatangkan keceriaan bagi jiwa


manusia. Olahraga merupakan aktiviti positif dan menggembirakan
yang selalu ditegaskan oleh para ulama. Tentu saja, jenis olahraga
yang boleh memperkuat semangat ketenteraan dan mengajarkan
teknik bela diri lebih dianjurkan.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hak seorang anak dari


bapanya adalah mendapatkan pengajaran cara menulis, berenang,
dan memanah serta memperoleh rezeki hanya dari cara yang halal".

Menghadiri acara-acara hiburan yang tidak melalaikan seperti nasyid


adalah satu cara boleh menghiburkan hati dan menimbulkan rasa ceria
separti menyambut hari-hari kebesaran umat Islam atau majlis

71
perkahwinan. Perlulah menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki
dan wanita

Islam melarang acara hiburan dan pesta yang bercampur dengan laku
maksiat dan hal-hal yang diharamkan. Yang penting keceriaan dan
kegembiraan yang positif boleh diperolehi dengan cara menolong
sesama kita untuk menjalankan kerja-kerja dakwah.

Menurut Islam keceriaan yang sebenar hanya boleh diperoleh dengan


cara menjalankan perintah agama dan mengurangkan pergantungan
terhadap dunia. Terikat dengan dunia dan tenggelam dalam kehidupan

Raut Wajah Orang Mukmin Sentiasa Cereia Dan Mendamaikan (Mari Berkongsi siri 14)

kebendaan akan membuat manusia menjadi lalai dan tamak. Manusia


yang tamak tidak akan pernah puas dan hal inilah yang menyebabkan
rasa duka dan kesedihan. Oleh itu, manusia yang tidak terlalu terikat
dengan kehidupan duniawi, ia akan senantiasa tabah dalam
menghadapi segala ujian dan memiliki jiwa yang lebih positif.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang


menggembirakan seorang mukmin, sebenarnya ia menggembirakan
diriku, barang siapa yang menggembirakan diriku, sebenarnya ia
menggembirakan Allah".

Sahabat yang dikasihi,


Abu Yazid Al-Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah
didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu
berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya,
rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang
lain
sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya
sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas dalam mencari rezeki tetapi
mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?."

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut

72
mukamu. Kau tahu, Rasulullah S.A.W. adalah penduduk dunia yang
miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab
menurut Rasulullah S.A.W. salah satu tanda penghuni neraka ialah
muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
.

Lelaki itu tunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.


Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar,
tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu dia tidak pernah datang
lagi untuk berkeluh kesah. .

Memang Allah telah mentakdirkan manusia sebagai makhluk yang


paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari
sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu
hendaklah kurnia

Raut Wajah Orang Mukmin Sentiasa Cereia Dan Mendamaikan (Mari Berkongsi siri 14)

ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, sebagaimana kata


Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu indah dan
mencintai keindahan."

Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam


justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian,
menghias tubuh maupun pada tindakan dalam kehidupan seharian.
Nabi S.A.W. walaupun memakai jubah yang luntur warnanya, tetapi
sentiasa bersih.

Sayyidina Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah,


pakaiannya sangat sederhana dan tidak nampakkan tanda kebesaran
diri. Tetapi kerapian berpakaian selalu dijaga. Sikapnya ramah,
wajahnya sentiasa mengukir senyum. Raut mukanya berseri. Tidak
hairanlah jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan
suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman.
Rasulullah juga pernah bersabda bahawa senyuman adalah sedekah
paling murah tetapi besar pahalanya.

73
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, "Senyuman kepada saudaramu
adalah sedekah."

Oleh itu marilah sama-sama kita memperbaiki penampilan diri dengan


raut wajah yang ceria dan mendamaikan dan sentiasa senyum tanda
hati yang bersih dan tulus ikhlas.

********************

Rahsia Iblis Laknatullah Alaih.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Rahsia Iblis Laknatullah Alaih (Mari Berkongsi siri 14)

Sahabat yang dirahmati Allah, .

Seorang sahabat Nabi SAW bernama Anas b. Malik r.a. telah meriwayat
kan satu hadis Nabi Muhammad SAW yang menceritakan mengenai
pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah SWT. tentang banyak
perkara:

1. Iblis bertanya kepada Allah SWT : " Ya Tuhanku! Engkau telah


memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk
berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku."
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu
ialah bilik air (tandas). "

2. Iblis berkata : "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada


anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah
tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai
iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat

74
hiburan ( pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis
maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi :"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka


anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku
apakah bahan bacaanku?" Firman Allah SWT yang bermaksud: " Wahai
Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu-lagu/ puisi yang
melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata :"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka


cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman
Allah SWT yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata
dusta ( bohong atau yang berkaitan dengannya)".

5. Iblis bertanya lagi : " Wahai Tuhanku! Engkau telah


memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau
mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah
azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

Rahsia Iblis Laknatullah Alaih (Mari Berkongsi siri 14)

6. Tanya iblis lagi :"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para


utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang
menjadi utusan bagiku?". Firman Allah SWT yang bermaksud: " Wahai
iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun
yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis : " Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis


(ayat-ayat Al Quran) kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ."
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah
tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang
diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).

8. Kata iblis : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada


anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?."

75
Allah SWT berfirman yang bermaksud : " Wahai iblis, perangkap
untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis : " Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan


kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan
untukku?." Firman Allah SWT yang bermaksud: " Wahai iblis, makanan
untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

********************

Enam Perkara Allah Sembunyikan

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Enam Perkara Allah Sembunyikan (Mari Berkongsi siri 14)

Sahabat yang dirahmati Allah,


Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata :

1- Allah menyembunyikan keredaan dalam ketaatan. Allah tidak


menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita
persembahkan kepadaNya supaya kita tidak kecewa diatas amalan
tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,
walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2- Allah menyembunyikan kemurkaan diatas kemaksiatan kita.


Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang,
walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk
kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia, sedangkan

76
sebenarnya Allah murka kepada kita. Sepatutnya kita gunakan peluang
ini untuk bertaubat kepada Allah SWT. .

3- Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada


tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam
tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang
lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan
sepanjang Ramadan dan sepanjang hayatnya.

4- Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambaNya yang


dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali
tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang
bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh
hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka. .

5- Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya


dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani
kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba
pada bila-bila masa sahaja. .

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-


hambaNya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih
sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik akhir sebelum
dihukum gantung,

Hadapi Putus Asa Dan Kecewa Dengan Tawakkal Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal


kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi. .

6- Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya


dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya
sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita
akan bermegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil
peluang untuk melakukan maksiat. .

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

77
********************

Hadapi Putus Asa dan Kecewa Dengan Tawakkal


Kepada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah, .

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad):


"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu ber-putus asa dari rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampun
kan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar ayat 53).
.

Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan sentiasa di uji oleh
Allah s.w.t.. Ujian Allah s.w.t datang berbagai bentuk. Ada ujian
berupa bala dan musibah, penyakit, kemalangan, gagal dalam
peperiksaan dan mencari pekerjaan . Ujian juga datang dalam
bentuk perselisihan di dalam keluarga atau mendapat gangguan
sihir dan di fitnah .

Manusia sering merasa putus asa dan kecewa kerana gagal


mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik
ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan,
kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan
dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah
atau sederhana mewah malah kecewa

Hadapi Putus Asa Dan Kecewa Dengan Tawakkal Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

kerana diri masih berada di takuk lama bertahun-tahun walau berbagai


cara telah dilakukan. .

Di dalam ayat di atas Allah s.w.t menyeru kepada hamba-hamba-


Nya supaya jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Susah dan
gagal macamana sekali pun kita dilarang untuk berputus asa dan

78
merasa kecewa.

Putus asa dan kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging
yang ada di dalam diri kita. ianya berbentuk satu rasa yang
mempunyai perkaitan dengan mental, emosional, spiritual dan
fizikal. Apabila seseorang tu putus asa dan kecewa; maka beliau
tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami
tekanan yang sukar dikawal (emosi), semangat menjadi pudar
malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga
akan terganggu. .

Maka putus asa dan kecewa adalah salah satu penyakit yang
paling merbahaya buat diri jika kita tidak dapat menanggani
dengan baik. Putus asa dan kecewa terhasil apabila segala
perancangan yang telah diatur dengan kemas gagal mendapatkan
apa yang dihajatkan., maka kita akan mengalami satu keadaan di
mana segala usaha adalah sia-sia sahaja.

Benarkah segala usaha itu yang telah kita ambil itu sia-sia sahaja?
Setiap apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya tak sia-sia kerana
ada hikmah dibalik peristiwa tersebut. .

Yakinilah bahawa hakikat utama kehidupan kita adalah untuk


memperhambakan diri kepada Allah s.w.t. Jika kita gagal
memperolehi apa yang kita usahakan sebenarnya ianya tertakluk
kepada qadha' dan qadar Allah s.w.t. Mungkin disitu ada hikmah
yang kita tidak mengetahui nya. Jiwa seorang Mukmin akan
berbaik sangka dan yakin dengan takdir yang datang daripada
Allah s.w.t. .

Sesuailah dengan lafaz yang sering kita ucapkan semasa


membaca do'a iftitah 5 kali sehari semalam iaitu "
Sesungguhnya solatku, ibadahku,

Hadapi Putus Asa Dan Kecewa Dengan Tawakkal Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala.." .

79
Maka jika kita masih putus asa dan kecewa, sudah tentu kita tidak
menyertakan tawakkal di dalam setiap pekerjaan kita malah lebih
teruk lagi, tawakkal kita hanya 50:50 sahaja. Seolah-olah kita
tidak yakin dengan ketentuan Allah.. Dan jika kita tidak yakin
dengan ketentuan serta janji Allah, sudah pasti kita tidak yakin
dengan Allah.

Kita semua tahu ayat ini "Tiada Daya Upaya Aku Melainkan Allah
Yang Maha Berkuasa"... apa yang kita fahami disebalik ayat ini?
Berhati-hati kerana kesilapan dalam memahami prinsip 'iman,
taqwa dan tawakkal' ini akan menyebabkan kita memfitnah
Allah....(kita termasuk ke dalam golongan memfitnah Allah, ialah
apabila kita hanya berserah sahaja atas dasar tiada daya upaya
tanpa melakukan sebarang tindakan; walaupun kita tahu Allah
telah menganugerahkan kita 7 keupayaan iaitu kudrat, iradat,
ilmu, kehidupan, mendengar, melihat dan boleh berkata-kata).

Kita mengucap kalimah "La hawla wala quwwata illa billah" jika
menghadapi sesuatu perkara yang tidak disukai dan tak diingini.
Gantikan perasaan putus asa, kecewa dan sedih dengan
perbanyakkan membaca kalimah ini. .

" Lahawla wala quwwata illa billah " merupakan khazanah


daripada
khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis
penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan
kerisauan.

Ayat atau prinsip di atas ialah untuk mengesahkan bahawa kita


hanya bergantung kepada Allah dalam setiap perjalanan
kehidupan; kita perlulah bertawakkal setelah berusaha dengan
sebaiknya; Allah Maha Berkuasa ke atas kita. .

Dalam hadits Rasutullah s.a.w. bersabda: Tak seorang pun


pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga
kelompok ini: Kadang ia dipercepat sesuai dengan
permintaannya, atau ditunda demi pahalanya, atau ia
dihindarkan dari keburukan yang menimpanya.

80
Hadapi Putus Asa Dan Kecewa Dengan Tawakkal Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

(Hadis Riwayat Ahmad dan AI-Hakim). .

Dalam hadis lain disebutkan, Do'a di antara kalian bakal di


kabulkan, sepanjang kalian tidak tergesa-gesa, (sampai akhirnya)
seseorang mengatakan, Aku telah berdoa, tapi tidak di kabulkan
untukku.
(Hadis Riwayat Bukhari adn Muslim). .

Sahabat yang dimuliakan, .

Allah s.w.t melarang kita berputus asa dan kecewa, kerana


sesuatu yang berlaku keatas diri kita kerana Allah s.w.t akan
mengkabulkan do'a dan permintaan kita. .

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman, "Wahai anak


Adam, Aku telah ciptakan kamu, maka kamu jangan bermain-
main, dan Aku jamin rezekimu, maka kamu jangan merasa
penat/ragu-ragu. Wahai anak Adam, carilah Aku, maka engkau
akan menemui-Ku. Dan jika engkau menemukan Aku, engkau
akan dapat sesuatu sedang Aku mencintaimu, lebih dari
segalanya" .

Subhanallah! Sesungguhnya, Allah adalah sangat dekat. Bahkan


lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Namun, tabir hati kita
terlalu banyak penghalang hingga kedekatan dengan Allah s.w.t.
yang menciptakan diri ini menjadi tidak terasa. Sungguh
berbahagia orang
yang merasai Allah s.w.t dekat dengannya dan akan menunaikan
segala hajat dan permintaannya.. .

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan barang siapa yang


bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Talaq ayat 3).
.

81
Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita
adalah sesuatu ketentuaan Allah s.w.t. yang diciptakan sebagai
ujian dan dugaan, untuk Allah s.w.t menguji hamba-hamba-Nya
samaada ia ingin bersabar atau tidak. Samaada ia hendak redha
atau pun tidak.

Hadapi Putus Asa Dan Kecewa Dengan Tawakkal Kepada Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Samaada ia nak bersyukur atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka


kepada Allah s.w.t atau pun tidak. .

Allah berfirman maksudnya : "Apakah kamu belum tahu bahwa


Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya
hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat
mudah" (Surah Al-Hajj ayat 70) .

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang


menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan
telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah ".(Surah Al-Hadid ayat 22)

********************

Sesiapa Yang di Pilih Masuk Syurga adalah Kerana


Rahmat Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,


Alangkah bahagianya jika hidup kita di dunia ini sentiasa dilimpahi
rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. kerana mereka yang hidup
mendapat rahmat Allah S.W.T cukup berbeza dengan mereka yang
hidup mendapat laknat dan kemurkaan Allah S.W.T.

Ciri-ciri mereka yang mendapat rahmat Allah S.W.T. hidupnya penuh


dengan kebahagiaan dan kesyukuraan dengan rezeki yang
dikurniakan-Nya, lahirnya kasih sayang dan sentiasa cukup dalam
keperluan harian walaupun pendapatannya kecil. Hidup mereka yang

82
tidak mendapat rahmat Allah S.W.T. tidak ada keberkatan akan
sentiasa sebuk dengan keseronokkan dunia dan kehidupan berkeluarga
pecah belah dan sentiasa bermusuhan kerana rebutkan harta dunia.

Rahmat secara umumnya bermaksud kasih saying, kasih sayang


antara Pencipta yang Maha Agong terhadap hamba-Nya.

Sesiapa Yang Di Pilih Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita
telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan
bertaqwa dan masih berpeluang menjalani ibadah dan menikmati
rezeki daripada Allah S.W.T. semuanya kerana rahmat Allah S.W.T.
Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita
dihari akhirat dan dimasukkan kedalam Syurga-Nya seluas langit dan
bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairah r.a maksudnya : "Ketika


Allah S.W.T. menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di
dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku
mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. " (Hadis Muttafaqun 'Alaih ,
Bukhari dan Muslim )

Begitu juga dengan sabda Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairah r.a
maksudnya : "Allah S.W.T. memiliki 100 rahmat. Dari Rahmat-rahmat
itu dia
menurunkan 1 rahmat untuk para jin , manusia , haiwan dan binatang
melata. Dengan rahmat itu juga para makhluk dapat berkasih sayang ,
berlemah lembut , dan dengannya juga binatang buas menyayangi
anak-anaknya. Allah S.W.T. mengakhirkan 99 rahmat-Nya yang akan
diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti."
(Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )

Allah S.W.T. yang Maha Pemurah memberikan rezeki kepada semua


makhluknya yang hidup di dunia ini samaada mereka orang beriman
atau orang yang tidak beriman dikalangan manusia dan jin . Tetapi
Allah S.W.T. memberi dengan penuh kasih sayang dan rahmat kepada

83
hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
Sesungguhnya rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,


Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda
maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat
memasuk kannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya
dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sesiapa Yang Di Pilih Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam Syurga Allah


S.W.T. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan
yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan
rahmat Allah perlulah ada beberapa syarat yang terdapat di dalam al-
Quran dan hadis Nabi S.A.W.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada AllahS.W.T.

Dosa yang paling besar disisi Allah S.W.T. adalah syirik kepada-Nya.
Syirik terbahagi dua iaitu syirik besar (akbar) dan syirik kecil
(tersembunyi). Allah S.W.T. tidak akan ampunkan dosa mereka yang
mati dalam keadaan syirik kepada-Nya.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan


tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik),
mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu
adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (S: al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya


kepada baginda, "Hai Rasulullah, siapa orang yang tidak menzalimi
dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab, " Maksud ayat ini bukan
begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar
nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau

84
menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah
dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan


Allah S.W.T.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-
Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut: Dan sebutlah
nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian
dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya
pada bahagian yang panjang di malam hari. ( Surah Al Insan, Ayat 25-
26)

Sesiapa Yang Di Pilih Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan sebutlah nama Tuhanmu


dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan
tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah
kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah Al Araf, Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah S.W.T.


berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan
hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu.
Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan
mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis,
nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang
lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak
sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya
dengan jarak sedepa. Apabila dia
datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku
akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."
(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T.

85
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah amat
menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Barangsiapa melazimi


meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya
jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan
lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya
dari punca yang tidak disangka-sangka."

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Sesungguhnya syaitan itu


berkata kepada Allah : Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan
berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka
masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah S.W.T. menjawab.
Demi Izzah-Ku dan keagongan - Ku, Aku akan mengampuni mereka
selama mereka

Sesiapa Yang Di Pilih Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

beristighfar memohon ampun kepada-Ku.(Hadis Riwayat Imam Ahmad


dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud: Ikhlas


adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati
hamba-hambaku yang Aku mangasihinya (Riwayat Abu Hasan Al
Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat
mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita
sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah
amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Dihari akhirat Allah S.W.T. tidak akan menerima amalan yan g


dilakukan tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.
Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis

86
panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-
benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila
orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian
tidak membangga kan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda
ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu
kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul
perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang
yang menghina itu.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan tiadalah mereka disuruh


melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama
kepadanya."
(Surah Al-Bayyinah ayat 5)

Al-Imam Fudail bin Iyyad katanya: Meninggalkan amal kerana


manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik.
Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T. dan


mengerjakan amal soleh.

Sesiapa Yang Di Pilih Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawab


nya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan
merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Masuklah kamu ke dalam


Syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.(Surah An-Nahl
ayat 32)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Itulah Syurga yang diwariskan


kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.
(Surah Al-Araaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang


bermaksud : " Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana
akan

87
muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang
gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada
yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan
barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,


Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas
maka barulah kita layak mendapat rahmat Allah S.W.T . Mereka yang
hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa ,
melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur
tidak mungkin akan mendapat reda , kasih sayang dan rahmat Allah
S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka


dibolak-balikkan di dalam Neraka, mereka berkata: 'Sekiranya kami
mentaati Allah dan Rasul-Nya'. Dan mereka berkata : 'Ya Tuhan kami,
sesungguh nya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan
pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan
yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali
lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah Al-
Ahzab ayat 66-68)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Orang-orang yang merosak janji


Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang
Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan
di muka

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang
memperoleh kediaman yang buruk (Jahannam). (Surah Ard ayat 25).

Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah S.W.T. jauhkan


daripada syirik, sentiasa berzikir, bertaubat, membuat amal soleh,
amal kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah S.W.T. didunia
dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah S.W.T.

88
maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan
memasuki kita ke dalam Syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

********************

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,


Rahmat secara umumnya bermaksud kasih sayang kasih sayang
antara Pencipta yang Maha Agong terhadap hamba-Nya.

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita
telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan
bertaqwa dan masih berpeluang menjalani ibadah dan menikmati
rezeki daripada Allah s.w.t. semuanya kerana rahmat Allah s.w.t.. Hidup
dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari
akhirat dan dimasukkan kedalam Syurga-Nya seluas langit dan bumi
adalah kerana rahmat-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Abu Hurairah r.a maksudnya : "Ketika


Allah s.w.t menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam
kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan
(mengatasi) Marah-Ku'. " (Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan
Muslim )

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w dari Abu Hurairah r.a
maksudnya : "Allah s.w.t memiliki 100 rahmat. Dari Rahmat-rahmat itu
dia menurunkan 1 rahmat untuk para jin , manusia , haiwan dan
binatang melata. Dengan rahmat itu juga para makhluk dapat berkasih
sayang , berlemah lembut , dan dengannya juga binatang buas
menyayangi anak-anaknya. Allah s.w.t mengakhirkan 99 rahmat-Nya

89
yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat
nanti."
(Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )

Allah s.w.t yang Maha Pemurah memberikan rezeki kepada semua


makhluknya yang hidup di dunia ini samaada mereka orang beriman
atau orang yang tidak beriman dikalangan manusia dan jin . Tetapi
Allah s.w.t memberi dengan penuh kasih sayang dan rahmat kepada
hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya.
Sesungguhnya rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,


Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda
maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat
memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya
dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam Syurga Allah s.w.t.


adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang
kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat
Allah perlulah ada beberapa syarat yang terdapat di dalam al-Qur'an
dan hadis Nabi s.a.w.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t.

Dosa yang paling besar disisi Allah s.w.t. adalah syirik kepada-Nya.
Syirik terbahagi dua iaitu syirik besar (akbar) dan syirik kecil
(tersembunyi). Allah

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

s.w.t. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan
syirik kepada-Nya.

90
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan
tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik),
mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu
adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (S. al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya


kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi
dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab,"Maksud ayat ini bukan
begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar
nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau
menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah
dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan


Allah.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-
Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut: Dan sebutlah
nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian
dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya
pada bahagian yang panjang di malam hari. ( Surah Al Insan, Ayat 25-
26)

Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri


dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi
dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
(Surah Al Araf, Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t berfirman
maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu
terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia
mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya
dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga
akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada
mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya
Aku akan

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

91
mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu
sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa,
nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."
(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat


menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa melazimi


meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya
jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan
lapang dari
setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca
yang tidak disangka-sangka."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Sesungguhnya syaitan itu


berkata kepada Allah : Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan
berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka
masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah s.w.t. menjawab.
Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka
selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.(Hadis
Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud: Ikhlas


adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati
hamba-hambaku yang Aku mangasihinya (Riwayat Abu Hasan Al
Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat
mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita

92
sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah
amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

Dihari akhirat Allah s.w.t tidak akan menerima amalan yan g dilakukan
tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.Walaupun
ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis panduan
unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar
ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang
memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak
membangga kan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda
ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu
kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul
perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang
yang menghina itu.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiadalah mereka disuruh


melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama
kepadanya." (Surah Al-Bayyinah ayat 5)

Al-Imam Fudail bin Iyyad katanya: Meninggalkan amal kerana


manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik.
Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t dan


mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawab


nya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan
merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Masuklah kamu ke dalam


Syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. (Surah An-Nahl
ayat 32)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Itulah Syurga yang diwariskan


kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.

93
(Surah Al-Araaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang


bermaksud : " Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana
akan

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah (Mari Berkongsi siri 14)

muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang


gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada
yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan
barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,


Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas
maka barulah kita layak mendapat rahmat Allah s.w.t. Mereka yang
hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa ,
melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur
tidak mungkin akan mendapat redha , kasih sayang dan rahmat Allah
s.w.t.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka


dibolak-balikkan di dalam Neraka, mereka berkata: sekiranya kami
mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan
pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan
yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali
lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah Al-Ahzab
ayat 66-68)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Orang-orang yang merusak janji Allah


setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah
perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka
bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang
memperoleh kediaman yang buruk (Jahannam)." (Surah Ar'd ayat 25).

Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah s.w.t. jauhkan daripada
syirik, sentiasa berzikir, bertaubat, membuat amal soleh, amal

94
kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah s.w.t. didunia
dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah s.w.t
maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan
memasuki kita ke dalam Syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

********************

Puisi Untuk Sahabat Seperjuangan (Mari Berkongsi siri 14)

Puisi Untuk Sahabat Seperjuangan.

Salam ukhuwah dan salam sejahtera.


Semoga kalian sentiasa dalam iman dan taqwa.

Sahabatku yang dimuliakan...


Bersabarlah kerana kesabaranmu membawa kau dekat dengan
Tuhanmu.
Bertaqwalah kepada Allah, kerana taqwamu akan membawamu
menjadi insan yang mulia disisi-Nya.
Bertawakkallah kerana tawakkal seorang hamba merupakan ikatan
bersama Rabbnya.
Bersyukurlah kerana sifat syukur tanda kau menghargai nikmat-
nikmat yang banyak yang telah kau terima.
Redhalah diatas Qadha' dan Qadar Allah tanda dirimu berbaik sangka
dengan-Nya dan yakin diatas ketentuan-Nya.
Ikhlaskan hatimu kerana keikhlasan membawa nilai dalam semua
amalanmu.
Khusyukan hatimu ketika solat kerana kekusyukan akan membawa
erti dalam solatmu.
Berwaspadalah dalam semua perkara nescaya kau akan terhindar
dari tipu daya .

Sahabat yang dirahmati Allah....

95
Bila kau takut kepada Allah kau akan menjadi orang yang paling alim.
Bila kau yakin diri sendiri kau akan menjadi orang paling kaya.
Bila kau mengasihi manusia seperti kasih diri sendiri kau akan menjadi
orang paling adil.

Ingatlah! Orang yang paling baik adalah orang yang berguna kepada
masyarakat.

Bila kau ingin menjadi orang yang paling istimewa banyakkan zikrullah.

Puisis Untuk Sahabat Seperjuangan (Mari Berkongsi siri 14)

Bila kau ingi memiliki kesempurnaan iman maka perelokkan akhlakmu.

Bila kau ingin menjadi insan bersifat muhsinin maka kau beribadahlah
seolah-olah kau lihat Allah, jika tak merasa ingatlah Allah melihat
kamu.

Bila kau ingin termasuk pada golongan yang taat maka laksanakan
semua yang fardhu.

Sahabat yang dimuliakan

Jika kau ingin berjumpa Allah dengan tiada dosa dihari akhirat nanti
bersihkan diri dari dosa.

Jika kau inginkan mendapat cahaya dihari akhirat maka janganlah


menzalimi orang lain.

Jika kau ingin dikasihi Allah di hari qiamat kasih diri sendiri dan
kasihilah orang lain.

Jika kau ingin dihapuskan segala dosa-dosamu maka banyakkan


beristighfar.
Jika kau ingin menjadi semulia-mulia manusia maka janganlah sangka
buruk pada orang lain.
Jika kau ingin menjadi orang yang paling gagah sentiasalah
bertawakkal dan serah diri kepada Allah.

Jika kau ingin rezeki sentiasa murah dan kau akan memilikinya maka
sentiasa bersih dari hadas dan hubungkan silaturahim.

96
Jika kau ingin termasuk golongan di kasihi Allah dan Rasul maka
cintailah semua yang di sukai Allah dan Rasul.

Jika kau ingin terselamat dari kemurkaan Allah di hari qiamat maka
janganlah kau marah pada orang lain.

Jika kau inginkan do'amu diterima Allah maka jauhilah makanan yang
haram masuk dalam perutmu.

Puisis Untuk Sahabat Seperjuangan (Mari Berkongsi siri 14)

Jika kau inginkan keaibanmu ditutup di hari qiamat maka tutuplah


keaiban orang lain.

Jika kau ingin terselamat dari dosa maka alirkanlah air matamu tanda
penyesalan, tunduk pada Allah dan bersabarlah ketika di timpa
kesakitan.

Ingatlah! Sebesar-besar kebaikan disisi Allah apabila kau elokkan budi


pekertimu, rendahkan dirimu dan bersabar dengan ujian.

Ingatlah! Sebesar-besar kejahatan disisi Allah adalah buruk akhlak dan


sedikit ketaatan maka kau jauhkanlah dirimu dari sifat ini.

Jika kau ingin meredakan kemurkaan Allah dunia dan akhirat maka
hulurkanlah sedekah secara senyap dan hubungkan kasih sayang
kerana Allah.

Ingatlah! Jalan yang boleh memadamkan api Neraka adalah sabar di


dunia dengan bala dan musibah.

Sahabat yang dikasihi Allah....

Tuluskanlah hatimu bila kau terima sesiapa saja menjadi teman


hidupmu
kerana ketulusan itu membawa kebahagiaan.

Jangan kau paksa hatimu nanti kau akan menyesal kerana hatimu akan
merintih.

97
Hubungkanlah hatimu dengan Allah nescaya kau akan terpelihara dari
perasaan kecewa, trauma, forbia, putus asa dan resah gelisah.

Yakinlah apa yang Allah takdirkan padamu itu ada hikmah yang banyak
dan tanda Allah kasih padamu.

Yakinlah janji Allah...bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah


adalah insan yang akan mendapat perlindungan Allah dihari akhirat
nanti.

Ku harapkan pertemuan kita termasuk di dalam golongan ini. Amin.......

Suburkan Kasih Ilahi Dan Tepislah Hasutan Syaitan (Mari Berkongsi siri 14)

Suburkan Dengan Kasih Ilahi dan Tepislah Hasutan


Syaitan.

Sahabat yang dikasihi Allah, .

Salam sejahtera, semoga sahabat sentiasa berada didalam keadaan


sihat walafiat dan istiqamah dengan iman dan takwa kepada Allah
s.w.t. Semoga jadilah kalian hamba Allah yang sujud dan ruku' dan
sentiasa mengagongkan Allah dalam segenap kehidupan. Sentiasalah
ikhlaskan hati serta awasilah diri dari sifat ego. Bebaskanlah diri dari
sikap suka menonjolkan diri dan cintakan kemasyhuran. Belajarlah
muhasabah diri setiap hari sehingga kalian mampu menjadi umpama
pohon buah-buahan, manusia membalingnya dengan batu dan kalian
membalasnya dengan buah. .

Sahabat yang dihormati, .

Kalianlah harapan hari esok yang berupaya memperelokkan lagi


warna-warna kehidupan Islam dengan ketakwaan yang tinggi.
Penuhilah dunia dengan limpah kasih-sayang berdasarkan kasih Ilahi.
Usir was-was dihati dan usah membuka ruang-ruang untuk umpat-
mengumpat serta mengadu domba kerana perbuatan itu akan
membunuh kasih-sayang dan menyuburkan kebencian. Berlalunya
hari-hari tanpa kasih sayang sungguh merupakan satu kerugian.
Apabila perasaan persaudaraan

98
Islam telah hilang dari hati manusia maka terhentilah semangat bantu-
membantu. Alam ini berhajatkan hati, perasaan dan sentimen. Jadilah
kalian sebagai hati bagi alam dan hidupkan ia dengan perasaan dan
sentimen. Sesungguhnya manusia yang hidup hanya berdasarkan
falsafah dan teori adalah umpama robot dan komputer yang memenuhi
keperluan manusia. .

Sahabat yang dimuliakan kerana Allah, .

Usah leka diulit mimpi. Tugas ini merupakan tindakan segera! Langkah
pertama kalian adalah menghindari halangan utama yang sentiasa
melemahkan kekuatan iman dihati. Ingatlah kalian! Syaitan adalah
halangan utama, syaitan akan menghasut dan memperdayakan hawa
nafsu. Di dalam kitab yang ditulis oleh Imam Ghazali yang berjodol,
'Minhajul Abidin' yang menjelaskan terdapat tujuh langkah tipu
daya

Suburkan Kasih Ilahi Dan Tepislah Hasutan Syaitan (Mari Berkongsi siri 14)

syaitan yang menghasut manusia supaya terhindar daripada


melaksana kan kebaikan serta mentaati perintah-perintah Allah.

Langkah pertama : .

Syaitan sentiasa melarang manusia daripada mentaati Allah. Orang


yang kuat imannya menegaskan : "Aku benar-benar mengharapkan
pahala daripada Allah. Untuk itu aku mesti sentiasa taat kepada
perintah Allah sebagai bekalan menuju akhirat". .

Langkah kedua : .

Syaitan sentiasa memujuk manusia supaya menangguhkan ketaatan


kepada Allah. Orang yang kuat imannya menegaskan : "Kematianku
berada dalam ketentuan Allah. Sekiranya aku menunda-nunda amalan
hari ini ke hari esok, bagaimana pula amalan hari esok? Setiap hari aku
punya amalan berlainan yang mesti dilaksanakan". .

Langkah ketiga : .

Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk tergesa-gesa dalam


beramal mengerjakan sesuatu kebaikan kononnya boleh mengerjakan

99
kebaikan yang lain. Orang yang kuat imannya menegaskan : "Amalan
yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak
tetapi tidak sempurna."

Langkah keempat : .

Syaitan terus memperdayakan manusia supaya melakukan amalan


secara sempurna agar tidak dicela manusia. Orang yang kuat imannya
menegaskan : " Bagiku cukupah dengan penilaian Allah. Tidak ada
manfaatnya beramal kerana manusia dan amalan yang dikerjakan
kerana selain daripada Allah akan ditolak". .

Langkah kelima : .

Seterusnya syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal :


"Sungguh tinggi darjatmu dapat beramal soleh. Pintar dan cerdik sekali
dirimu". Orang yang kuat imannya menegaskan : "Segala kekuatan itu
adalah daripada Allah. Allah yang melimpahkan taufik dan hidayah-Nya
untuk aku beramal ibadat. Tanpa pahala daripada Allah apalah nilainya

Suburkan Kasih Ilahi Dan Tepislah Hasutan Syaitan (Mari Berkongsi siri 14)

amalanku berbanding nikmat Allah yang luas sedangkan begitu banyak


pula dosa-dosaku". .

Langkah keenam ; .

Dengan gagalnya hasutan syaitan dijalan sebelumnya, dia terus


mencuba dengan cara yang lebih halus. Syaitan membisikkan :
"Bersungguh-sungguhlah engkau beramal secara sembunyi, jangan
sampai diketahui orang. Nanti Allah jualah yang akan memberitahu
kepada orang lain bahawa engkaulah hamba Allah yang ikhlas".
Begitulah syaitan cuba mencampurkan amalan seseorang dengan tipu
dayanya yang sangat halus sehinggakan terjerumus kedalam bab riya'.

Orang yang kuat imannya menegaskan : " Hai yang dilaknat Allah tidak
berhenti-henti engkau menghasut untuk merosakkan amalanku. Aku
adalah hamba Allah. Dia yang berkuasa atasku. Jika Allah berkehendak
memperlihatkan maupun menyembunyikan amalanku itu adalah hak-
Nya. Aku tidak khuatir manusia tidak mengetahuinya kerana amalanku
semata-mata kerana Allah". .

100
Langkah ketujuh : .

Syaitan tidak pernah putus asa menggoda manusia, berbagai cara


dicubanya. Dia cuba pula dengan cara menanamkan perasaan buruk
sangka. "Hai manusia janganlah engkau menyusahkan diri sendiri
dengan
beramal ibadah. Sebab jika Allah telah menetapkanmu sejak azali
sebagai orang yang akan berbahagia di akhirat nanti, maka
meninggalkan ibadat tidak mendatangkan mudharat, engkau akan
tetap menjadi orang yang berbahagia. Dan sebaliknya, jika Allah telah
menetapkanmu sebagai orang yang celaka, tidak ada gunanya engkau
beribadah. Nasibmu tetap akan malang". .

Orang yang teguh imannya akan terus tetap pendirian : "Aku hanyalah
hamba Allah. Wajib bagiku mentaati perintah Allah. Allah yang
menentukan segala-galanya. Walau bagaimana ketetapan Allah ke
atasku, aku tetap akan beribadah dengan harapan Allah meredhaiku.
Sekiranya ditakdirkan nasibku malang, setelah beribadat dan taat
kepada Allah aku tidak akan menyesal. Aku tetap yakin akan janji-
janji

Suburkan Kasih Ilahi Dan Tepislah Hasutan Syaitan, Kita Diserang Syaitan Melalui 10 Pintu
(Mari Berkongsi siri 14)

Allah. Allah tetap menjanjikan pahala kepada siapa sahaja yang taat
kepada-Nya".

Sahabatku,
Begitulah sifat syaitan sentiasa dengan tipu dayanya bermaksud agar
kita terlalai dan gagal melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Sentiasalah berhati-hati dalam setiap langkah dan mohon pertolongan
serta perlindungan Allah agar terpelihara daripada kejahatan syaitan.
Sesungguhnya segala-galanya berada dalam kekuasaan Allah, kepada-
Nyalah kita mengarap keredhaan.

********************

101
Kita di Serang Syaitan Melalui Sepuluh Pintu.

Apabila direnung dan fikir dari mana syaitan memasuki hati manusia.
Rupa-rupanya di dapati syaitan itu memasuki ke dalam jiwa anak Adam
melalui sepuluh pintu iaitu : .

1. Tamak dan Buruk Sangka . .

Perlu menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada


dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar. .

2. Cintakan Dunia dan Panjang Angan-angan.


.

Perlulah ditanamkan dalam hati dan jiwa dengan rasa takut


kedatangan maut yang datang dengan tiba-tiba. .

3. Cintakan Nikmat dan Kerehatan. .

Yakinilah bahawa segala nikmat akan hilang dan ianya tidak kekal,
kerehatan sebenar adalah di Syurga bukannya didunia. .

4. Ujub, yakni Kagum Pada Diri Sendiri. .

Sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian Allah dan takutkan


balasan

Kita Diserang Syaitan Melalui 10 Pintu (Mari Berkongsi siri 14)

seksa Allah (kerana terhapus amal kebaikan bila ada sedikit sahaja
sifat ini).

5. Pandang Rendah Terhadap Orang Lain dan Tidak


Menghormati
mereka.
Perlu mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka. .

6. Hasad. .

Perlu menghadapinya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan


apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta redha diatas
pemberian Allah terhadap makhluk-Nya. .

102
7. Riak dan Suka Pada Pujian Orang. .

Perlu menghadapinya dengan sifat ikhlas dan tawaduk. .

8. Bakhil. .

Perlu meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan
binasa, manakala apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9. Takabur. .

Perlu menghadapinya dengan sifat tawaduk atau merendahkan diri.

10. Tamak. .

Perlu menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak


megharapkan sesuatu dari manusia. .

Oleh itu perlulah kita sentiasa berhati-hati untuk menghadapi bisikan,


godaan dan serangan syaitan laknatullah. Dia datang secara halus
memasuki saluran darah halus dalam tubuh kita dan cuba menguasai
nafsu supaya tunduk atas kehendaknya. Mohonlah perlindungan Allah
setiap masa dan ketika supaya kita terpelihara dari gangguan tersebut.

*******************

Pintu-Pintu Kebaikan (Mari Berkongsi siri 14)

Pintu-pintu Kebaikan

Dari Mu'adz bin Jabal ra, dia berkata, "Aku berkata, "Wahai Rasulullah,
beritahukanlah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkan
ku ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari neraka!"

Baginda bersabda, "Engkau telah menanyakan sesuatu yang besar


kepadaku. Hal itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan
Allah, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan janganlah
menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya, hendaklah engkau
mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan
menunaikan haji di Al-Bait."

103
Kemudian baginda bersabda, "Ingatlah, akan ku beritahukan
kepadamu beberapa pintu kebaikan: Puasa itu perisai dan sedekah
dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan
api serta solat seseorang ditengah malam." .

Kemudian baginda membaca ayat, "Lambung mereka jauh dari tempat


tidurnya, sedang mereka berdo'a kepada Tuhannya dengan rasa takut
dan harap,dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami
berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa
yang
disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang
menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang
telah mereka kerjakan." (Surah As-Sajdah ayat 16-17)

Kemudian baginda bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan


kepadamu tentang pangkal urusan dan sendi serta puncaknya?"

Aku bertanya, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda bersabda, "Pangkal urusan adalah Islam. Sendinya adalah


solat. Puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda bersabda,
"Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu maksud dari semua itu?"

Aku berkata, "Baik wahai Rasulullah."

Pintu-Pintu Kebaikan, Petua Bersihkan Hati (Mari Berkongsi siri 14)

Baginda memegang lidahnya dan bersabda, "Tahanlah ini!"

Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah kami akan benar-benar


dihukumi kerana apa yang kami katakan?"

Baginda bersabda, "Ibumu mati kerana melahirkanmu. Adakah


manusia ditelungkupkan ke Neraka pada bahagian wajah mereka,
melainkan sebagai akibat dari lidah mereka?" (HR. At-Tirmidzi.
Menurutnya, ini hadits hasan shahih.An-Nawawiyah, hal. 81)

********************

104
Petua Bersihkan Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah
ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. oleh Pakar
Motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.: .

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa Ini adalah salah satu


kaedah
yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan Ya,Allah
jadikan hatiku bersih

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X


sebelum
tidur Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di-
samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang
sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat Selain daripada memohon keampunan, dapat


mencuci hati dan menenangkan minda. .

4) Membaca Al Quran Selain dapat mencuci hati juga


menenang
kan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya baca
lah Qulhu-allah sebanyak 3X. .

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari Semasa


meminta

Petua Bersihkan Hati (Mari Berkongsi siri 14)

maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan. .

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif Jangan sesekali


mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakanlah Aku sebenarnya(perkara yang elok-elok

105
belaka).

7) Program minda/cuci minda Paling baik pada waktu malam


sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati Ya
Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,
ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa
yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!). .

8 ) Berpuasa Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari


melakukan
perkara-perkara kejahatan. .

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan


sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila
masa)

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah. .

12) Belanja orang makan. . .

13) Jaga makanan jangan makan makanan yang subhat.

14) Berkawan dengan ulama. .

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). .

16) Pesan pada orang, jadi baik. .

17) Menjaga pacaindera ( mata, telinga, mulut dan sebagai


Petua Bersihkan Hati, 9 Perkara Pesanan Allah Kepada Nabi SAW (Mari Berkongsi siri 14)

nya ), jangan dengar orang mengumpat.

106
*******************

Sembilan Perkara Pesanan Allah Kepada Nabi s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; .

"Allah berpesan kepada sembilan perkara dan aku pesankan


kepadamu"

1- Allah berpesan kepada aku supaya mempunyai keikhlasan batin


dan zahir.

2- Adil saat redha dan marah. .

3- Berjimat cermat dalam kekayaan dan kemiskinan. .

4- Memberi maaf kepada orang yang menzalimiku. .

5- Memberi sesuatu kepada orang yang tidak memberikanya


kepadaku.

6- Menyambungkan hubungan dengan orang yang memutuskan


hubunganya dengan aku. .

7- Berdiam diri dalam berfikir. .

8- Ucapanku berbentuk zikir. .

9- Penglihatanku adalah pelajaran bagiku."

********************

(Mari Berkongsi siri 14)

107
Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama untuk
mendekat kan diri kita kepada Allah swt. Kongsikanlah bersama orang
tersayang kerana pesan Nabi saw: Sampaikan dariKu walaupun satu ayat .
Tempatkanlah diri kita sebagai penyambung tugasan Nabi saw dalam amar
maaruf nahi mungkar untuk dijadikan bekalan ketika mengadap Allah
azzawajalla. Jika perlu, perbanyakkanlah untuk dikongsikan agar dapat
dimanfaatkan seramai mungkin... Bertekadlah untuk menjadi pewaris
Nabi saw selagi hayat masih ada. Insya Allah jika diizinkan Allah kita akan
bertemu lagi dalam Mari Berdiskusi : Siri 15 . Sekiranya pembaca
mempunyai artikel untuk dimuatkan, sila e-mail kan ke
ramsyah13@yahoo.com agar dapat kita kongsikan bersama

108

Anda mungkin juga menyukai