Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI MELAKA

FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN


DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
IJAZAH SARJANA MUDA PERUNDANGAN SYARIAH
DENGAN KEPUJIAN
FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3193)
TAJUK:
ILMU SIHIR (METAFIZIK)
SESI PENGAJIAN:
SESI 1 2022/2023
DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK ABD AZIZ BIN A’ZMI
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD LUQMAN HAQIEM BIN MOHD RUSLI (B2210052)
AMIR HAMZAH BIN NAZRI (B2210016)
MUHAMMAD SYAZRUL BIN SAZALI (B2210039)
MUHAMMAD ALIFF BIN MOHAMED ZAINUDIN (B2210019)
ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN 1

2 PENGERTIAN SIHIR 2

3 SEJARAH ILMU SIHIR 2-4

4 ISU SEMASA BERKAITAN ILMU SIHIR 5

5 TEMU BUAL RESPONDEN 6-9


• ULASAN RESPONDEN BERKENAAN ILMU SIHIR
6 METAFIZIK DAN SIHIR 9-10

7 JENIS-JENIS ILMU SIHIR 11-12

8 KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14
PENGENALAN
Sihir adalah amalan yang menjadi turun-temurun dari zaman dahulu hingga kini.
Amalan sihir adalah fenomena yang universal yang telah mendapat tempat dalam
masyarakat dunia, lebih-lebih lagi di Nusantara. Oleh itu, amalan sihir adalah
perbincangan yang ditumpukan dalam mengaitkan antara sihir dan metafizik. Para
Sejarawan berpendapat ilmu itu mula wujud sekitar 5000 tahun sebelum Masihi dan
diamalkan secara meluas dalam tamadun Mesopotamia, Mesir Kuno, Rom, Parsi,
Islam, Barat hingga ke hari ini
Secara fizikal sihir adalah amalan yang berlaku di luar pemikiran seseorang
manusia. Ia berlaku apabila terdapat pengantaraan antara manusia dan makhluk lain
yang tidak boleh dilihat secara mata kasar. Oleh itu, sihir digunakan untuk tujuan-
tujuan kejahatan ataupun tujuan pertunjukkan atau erti kata lain silap mata.
Kebanyakkan ahli silap mata yang membuat pertunjukkan mereka akan
menggunakan bantuan makhluk halus untuk mendampingi agar petunjukkan yang
mereka lakukan menjadi lebih hebat.
Walaubagaimanapun, agama Islam melarang sebarang bantuan daripada
makhluk lain selain daripada Allah Swt. Oleh itu, syarak telah menghukumkan haram
untuk seseorang yang beragama islam menyembah atau meminta pertolongan dari
makhluk lain selain daripada Allah Swt. Dilihat dari sejarah islam lagi, sihir sudah
wujud sejak zaman Nabi Musa a.s , malahan Nabi Muhammad Saw juga pernah disihir
oleh seorang lelaki yang Bernama Labid bin al-A’sam al-Yahudi daripada keturunan
Bani Zuraiq, bagaimanapun kejadian ini tidak sampai mempengaruhi baginda dari sisi
penyampaian syariat dan ibadah.
Oleh hal demikian, sihir akan dijadikan tajuk utama dalam laporan ini dan akan
dikaitkan dengan tajuk Metafizik yang mana ia bersangkutan dengan perkara yang
diluar akal seseorang manusia untuk berfikir. Sihir adalah perkara yang melibatkan
makhluk halus secara kebiasaanya makhluk halus dipanggil sebagai “hantu”.
Perbincangan ini akan diselitkan dengan pandangan agama islam tentang amalan
sihir dan bagaimana ia boleh terjadi.

1
PENGERTIAN SIHIR
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan,
hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk
halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya
menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.
Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk
kepada ilmu hitam. Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan Ilmu sihir dan
tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam
kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama
adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat
kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada
Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang
terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi
Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

SEJARAH ILMU SIHIR


Ilmu sihir dikatakan wujud di dalam sejarah umat manusia sejak zaman dahulu kala
lagi. Fenomena ini bukan sekadar fobia atau fantasia, tetapi ia merupakan satu realiti
dalam kehidupan manusia sejagat. Malah Allah SWT telah berfirman di dalam kitab
suciNya al-Quran tentang beberapa kisah sihir terutamanya yang berlaku pada zaman
Nabi Musa a.s. Ia boleh diteliti dan difahami melalui surah al-Baqarah, Yunus, Taha
dan al-A'raf. Begitu juga dengan hadis-hadis Rasulullah s.*a.w. yang telah
diriwayatkan oleh para sahabat tentang kisah baginda Rasulullah s. a.w. terkena sihir.
Al-Quran merupakan kitab rujukan utama uamt Islam dalam apa jua bidang
sama ada bidang keagamaan ataupun sains. Surah al-Baqarah, ayat 102
menceritakan bahawa amalan sihir ini lahir di dalam sejarah umat manusia. Peristiwa
ini berlaku ketika Harut dan Marut diturunkan ke bumi oleh Allah SWT untuk diuji
keimanan mereka setelah mereka dibekalkan dengan nafsu syahwat. Walau
bagaimanapun, para mufassirun (ahli tafsir) mempunyai pendapat yang pelbagai
dalam mentafsirkan kisah Harut dan Marut dan ia bergantung kepada sumber rujukan
mereka di dalam mentafsirkan kisah di sebalik firman Allah SWT dalam
surah Al-Baqarah ayat 2 yang bermaksud:
"Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahn Nabi Sulaiman a.s.,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran ini,
tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua Malaikat;
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar
seseorang melainkan setelah mereka menasihatkannya dengan berkata:

2
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), sebab itu
janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)."
Menurut al-Baghawi," perkataan 'Harut' dan 'Marut' adalah nama bagi orang
Siryani. Di sebalik penurunan ayat ini, Ibn 'Abbas mengulas bahawa para malaikat di
langit merasa hairan dan janggal apabila melihat amalan mungkar umat Nabi Idris a.s.
yang dinaikkan ke langit. Para malaikat berkata kepada Allah SWT: "Engkau telah
memilih dan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, sedangkan mereka
mendurhakai Engkau, Lalu Allah SWT berfirman: "Jikalau Aku kurniakan nafsu
syahwat dan menurunkan kamu ke bumi, nescaya kamu juga akan menjadi seperti
mereka."
Para malaikat menjawab: Maha suci Engkau! Sememangnya tidak wajar bagi
kami mendurhakai Engkau. Allah SWT berfirman: "Pilihlah dua orang yang terbaik di
kalangan kamu. Aku akan turunkan mereka ke bumi dengan mengurniakan nafsu
syahwat kepada mereka." Lalu para malaikatpun memilih 'Azail (Harut) dan 'Azaya
(Marut). Kemudian Allah SWT turunkan mereka ke bumi dengan lima perintah.
Pertama; mereka mesti berlaku adil, kedua; tidak boleh mensyirikkan Allah, ketiga;
mereka dilarang membunuh tanpa hak, keempat; mereka dilarang berzina dan kelima;
mereka dilarang meminum arak.
Qatadah mengatakan bahawa dalam masa yang singkat iaitu tidak sampai satu
bulan mereka telah gagal menunaikan perintah tersebut. Kegagalan itu berpunca
daripada seorang wanita. Mereka telah diuji dengan seorang wanita yang paling cantik
pada ketika itu, Zahrah. Harut dan Marut telah jatuh cinta dengan Zahrah dan ingin
memilikinya. Zahrah telah mengenakan beberapa syarat kepada mereka jikalau
mereka berhasrat untuk memilikinya, iaitu mereka mestilah melakukan tiga perkara
berikut iaitu menyembah berhala, membunuh dan meminum arak.
Pada mulanya, mereka tidak bersetuju untuk melakukan ketiga-tiga perbuatan
tersebut kerana kesemuanya tersenarai dalam senarai larangan Allah SWT. Walau
bagaimanapun, mereka tewas dengan keinginan yang kuat untuk memiliki Zahrah.
Akhirnya mereka terjebak ke dalam kancah maksiat apabila Zahrah datang kepada
mereka buat kali yang ketiga dengan tawaran agar mereka meminum arak.
Mereka telah menerima tawaran tersebut. Rentetan daripada perbuatan
mungkar tersebut, iaitu meminum arak, mereka telah berzina pula dengan Zahrah
apabila mereka mabuk. Perbuatan mungkar ini telah disaksikan oleh seorang lelaki.
Oleh itu, lelaki tersebut dibunuh bagi menutup rahsia mereka daripada terbongkar. Al-
Rabi' Bin Anas mengatakan, mereka juga telah menyembah berhala."
Kemudian Harut dan Marut mengajar amalan bacaan wirid nama-nama Allah
al- a'zam yang membolehkan dia naik ke langit. Perbuatan tersebut menambahkan
lagi kemurkaan Allah SWT. Lantas kedua-dua mereka meminta syafaat dari Nabi Idris
a.s. Akhirnya Allah SWT telah memberi dua pilihan kepada mereka; azab dunia
ataupun akhirat. Mereka memilih azab dunia kerana ia akan berakhir. Oleh itu, mereka

3
diturunkan ke Babil untuk diazab." Ada pendapat yang mengatakan, Babil terletak di
Iraq dan satu lagi pendapat mengatakan, ia terletak di Damarwan."
Para mufassir telah berselisih pendapat tentang cara Harut dan Marut diazab.
Terdapat empat pendapat yang masyhur yang pertama Abdullah bin Mas'ud
berpendapat, mereka digantung dengan rambut masing-masing sehingga hari kiamat.
Kedua 'Ata' bin Abi Rabah pula mengatakan bahawa kepala mereka direndahkan ke
bawah sayap. Ketiga Qatadah menyebut, kaki mereka dibelenggu. Keempat Mujahid
menceritakan, mereka dihumban ke dalam telaga yang penuh dengan api.
Semasa pelaksanaan azab ini, Allah SWT telah menurunkan ilmu sihir kepada
16 Harut dan Marut sebagai fitnah dan ujian ke atas umat manusia. Di samping itu, ia
juga bertujuan untuk membezakan di antara mukjizat dan sihir. Walau bagaimanapun,
kedua malaikat tersebut terlebih dahulu memberi peringatan tentang ujian dan fitnah
tersebut kepada sesiapa jua yang ingin mempelajarinya. Sekiranya mereka belajar
ilmu sihir dan beriktikad bahawa ia harus digunakan untuk tujuan selain daripada
syariat Allah SWT, mereka akan menjadi kafir."
Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Idris a.s., Rasul kedua selepas Nabi
Adam a.s. Pada zaman tersebut, ilmu sihir telah tersebar dengan meluas dalam
masyarakat. Lalu Allah SWT menurunkan Harut dan Marut untuk mengajar manusia
perbezaan di antara sihir dan mukjizat.
Pentafsiran kisah Harut dan Marut ini termasuk dalam kisah-kisah Isra'iliyyat
yang diambil dari kitab-kitab orang Yahudi. Walau bagaimanapun, Nabi s.'a.w.
menasihatkan umat Islam agar tidak mengiyakan ahl al-kitab dan menafikan apa yang
mereka sampaikan, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud "Janganlah
kamu membenarkan ahli kitab ataupun menidakkan mereka, sebaliknya katakan kami
beriman dengan Allah dan segala yang diturunkan kepada kami..."
Pendirian ini adalah untuk mengelakkan umat Islam dari turut terjerumus ke
dalam pembohongan Bani Israil dan orang-orang Yahudi mengenai Kitab Allah SWT.
Di samping itu, Allah SWT telah menegaskan di dalam surah al-Ma'idah, ayat 82
bahawa orang-orang Yahudi merupakan musuh ketat umat Islam. Oleh yang
demikian, umat Islam perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap pembohongan
mereka. Malah umat Islam turut diwajibkan menyelidik setiap perkhabaran yang
diterima daripada orang-orang yang fasik sebelum mempercayainya, lantas
mengambil tindakan berdasarkan perkhabaran tersebut.

4
ISU SEMASA BERKAITAN ILMU SIHIR
Isu semasa yang hendak disampaikan adalah berkenaan dengan Ustaz Kazim Elias
iaitu Pendakwah yang terkenal di Malaysia yang dimana beliau terkena sihir yang
misteri. Pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias mengesahkan beliau
mengalami masalah kulit selain mengesyaki dirinya terkena sihir ‘peluru katak’
menyebabkan beberapa bahagian badannya ditumbuhi bintik-bintik seperti belakang
katak. Keluarga Datuk Mohd Kazim Elias tidak menolak dakwaan kesakitan yang
dialami pendakwah terkenal itu ketika ini akibat terkena sihir. Abangnya, Datuk Mohd
Najmuddin Elias berkata, Mohd Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim
menderita bengkak kaki sejak dua minggu lalu hingga menyukarkannya untuk
berjalan. Menurutnya, pakar perubatan yang ditemui bagi tujuan rawatan tidak dapat
mengesan punca penyakit terbabit. Abang beliau menziarahi beliau pada hari khamis
yang lepas dan beliau iaitu Ustaz Kazim Elias telah menunjukkan beberapa keeping
gambar yang sepertinya ada unsur-unsur mistik ditemui di jalan yang menjadi
kebiasaannya lalu di situ. Maka, keluarganya tidak menolak kemungkinan unsur mistik
itu ada berdasarkan keadaan beliau, keluarga mereka telah melakukan usaha secara
perubatan Islam untuk merawatinya.
Beliau berkata, keadaan Ustaz Kazim Elias ketika ini adalah stabil, tetapi masih
memerlukan rawatan susulan di hospital. Katanya, orang ramai diharap terus
mendoakan kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan dijauhi daripada perkara-
perkara tidak diingini. Keluarga beliau juga berasa amat sedih dan kecewa kerana
masih ada orang yang tergamak melakukan perkara yang tidak baik kepada beliau
dan mereka juga berharap agar individu yang melakukan perkara mistik tersebut atau
sihir, harap boleh berbincang secara baik. Sementara itu, menerusi perkongsian video
live di Facebook pada Khamis, Ustaz Kazim menunjukkan gambar kotak berisi objek
yang ditemui di pusat pengajiannya. Kata Ustaz Kazim, kotak tersebut berisi abu dan
dalam abu tersebut terdapat gambarnya yang dibakar, dijumpai di laluan tempatnya
mengajar di Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi. Ustaz Kazim turut berkongsi
keadaan pada dirinya yang tidak dapat berjalan disebabkan bengkak kaki dan
terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuk berjalan. Sakit kaki
juga menyebabkan beliau terpaksa bersolat menggunakan kerusi roda. Setakat itu
sahaja info yang diterima oleh kami yang paling penting, jaga diri, sikap, percakapan
dan pandangan supaya tidak membuat individu lain terasa dengan kita.

5
TEMU BUAL RESPONDEN
Dapatan kajian daripada temubual diperbincangkan berdasarkan huraian berikut.
Apakah sihir
Responden menjelaskan apakah itu sihir. Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir
dan syaitan dengan ketentuan bahwa tukang sihir akan melakukan berbagai
keharaman atau kesyirikan dengan demi balasan pemberian pertolongan syaitan
kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.
Hukum sihir
Bagi sesiapa yang mengamalkan atau melakukan ilmu sihir adalah haram. Ini
disebabkan ia boleh memporak perandakan kehidupan umat manusia. Lantaran itu
Rasulullah S.A.W memberi ingatan bahawa ahli sihir dan orang yang
mengamalkannya akan dibalas dengan api neraka. Kekufuran serta kejahatan yang
terjadi daripada perbuatan mereka adalah hasil pengabdian diri mereka kepada
syaitan bukannya kepada Allah S.W.T.
Serta sihir ini tergolong di dalam tujuh dosa besar bedasarkan haddis maksud dari
haddis itu adalah “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat
bertanya kepada Nabi Muhammad s.w.a Wahai Pesuruh Allah Apakah dosa-dosa itu?
Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan
melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari
daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan
tuduhan zina.” (Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahihnya)
Seterusnya, Islam adalah agama penyelamat mempunyai matlamatnya tersendiri
dalam menghadapi persoalan sihir. Ia bukan satu tuntutan yang hanya merupakan
bualan kosong tanpa ada titik tolak yang munasabah. Begitu juga dengan bidang
perubatan. Matlamat Islam adalah untuk mewujudkan individu mukmin yang suci
jiwanya, sihat pemikirannya serta sejahtera tubuh badannya.
Bagi hukum berjumpa tukang sihir
Responden menerangkan hukum bagi orang islam yang berjumpa dengan tukang sihir
untuk memintanya mengubati sihir yang dihadapi adalah haram. Hal ini kerana apabila
seseorang pergi menemui tukang sihir untuk mengubati sihir yang dihadapi, jelas
perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan kepada selain Allah SWT. Ia
boleh membawa kepada syirik kepadanya.
Selain itu penjelasan bagi responden ini di sokong dengan haddis Nabi Muhammad
SWA yang bermaksud "Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya
kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh
malam." (Riwayat Muslim 5957)
Selanjutnya haddis lain juga menyebut yang bermaksud "Sesiapa yang mendatangi
dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka

6
sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW."
(Riwayat Ahmad 9171)
Amalan bagi merungkai sihir
Disini responden mengatakan apa yang perlu kita lakukan apabila mengetahui diri kita
kene sihir, hendaklah kita menggunakan jampi (Ruqyah) yang syar’ie iaitu
menggunakan ruqyah (jampi) yang berasaskan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah
dalam mengubati sihir dan seumpamanya. Penjelasan yang di kemukakan respondan
ini ia memperkuatkan lagi dengan memberi firman Allah s.w.t di dalam al-quran yang
bermaksud. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci
yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.
(Surah al-Isra’: 82)
Seterusnya, responden juga menukilkan bahawa ruqyah yang dilarang adalah ruqyah
yang di dalamnya terdapat kesyirikan atau disebutkan di dalamnya jin-jin jahat, atau
ruqyah yang bukan berbahasa Arab dan tidak diketahui apa hakikatnya. Hal ini kerana
boleh jadi ruqyah itu telah dimasuki oleh sihir atau kekafiran. Manakala adapun ruqyah
dengan menggunakan al-Qur’an dan Zikrullah, maka sesungguhnya hal tersebut
adalah boleh malah dianjurkan. Ini kerana, Nabi SAW pernah meniup (menjampi)
pada dirinya dengan surah-surah al-Mu’awwizat (al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas)".
Selain itu, responden membacakan haddis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id R.A,
beliau berkata bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Ya, Muhammad!
Apakah tuan sakit?” Jawab Baginda SAW: “Ya.” Lalu Jibril membacakan ayat tersebut
bermaksud “Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari
segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain.
Semoga Allah menyembuhkanmu.” (Riwayat Muslim 5829)
Petanda bagi mereka yang disihir
Responden membawa beberapa petanda apabila sesorang itu telah disihir antaranya
adalah seperti berikut:

● Sakit kepala yang tanpa sebab dan biasanya ketika bangun dari tidur.
● Rambut gugur terutama perempuan dan kadang-kadang rambut seperti diikat
dan susah dibuka.
● Lebam biru atau merah di seluruh tubuh, atau di atas paha, bawah perut, atau
lebam akan semakin banyak apabila tidur dalam keadaan marah atau sedih.
● Malas beribadah (Jin sihir membuat orang yang kena sihir malas beribadah
supaya ia mudah dikuasai).

7
ULASAN RESPONDEN BERKENAAN ILMU SIHIR
Maksud dari sihir itu ialah sesuatu perbutatan yang syirik yang boleh menyebabkan
kekufuran. Dan sihir juga adalah satu perbuatan yang meminta kepada jin untuk
memberi pertolongan dan dengan balasan kita hendak berlaku syirik kepada Allah
SWT.
Hukum berkenaan dengan perbuatan sihir tersebut. Untuk hukum bagi perbuatan sihir
ini adalah haram dan kufur. Perkara ini terjadi akibat sihir ini ia brsifat menduakan
tuhan dalam erti kata lain kita hendaklah segala pertolongan meminta kepada Allah
SWT bukan pada perkara-perkara lain. Malahan sihir pula adalah meminta
pertolongan oleh jin atau syaitan untuk membantunya.
Seterusnya, jadi disini hukum bagi sihir adalah haram dan boleh manjadikan
seseorang itu kufur, dan juga sihir ini tergolong dalam dosa-dosa besar yang
membinasakan. Lalu banyak haddis-haddis Nabi Muhammad SAW berkaitan dengan
hukum sihir ini yang telah di jelaskan oleh responden tadi.
Selain itu tidak lupa juga bagi hukum orang yang berjumpa dengan tukang sihir atau
di Malaysia lebih dekenali sebagai dukun atau bomoh. Bagi hukumnya adalah sama
dengan hukum bagi tukang sihir iaitu haram. Serta di atas respondentelah
menjelaskan haddis berkaitan dengan orang yang berjumpa dengan bomoh atau
dukun ini.
Jadi disini jelas bahawa perbuatan berjumpa atau menjadi bomoh ini adalah haram
dan boleh keluar dari islam perbuatan tersebut. Walaupun kita ada niat untuk
berjumpa bomoh itu untuk tujuan yang baik tetap tidak dibenarkan dalam syariat islam
kerana perkara ini bertentangan dengan amalan islam yang mana kita hendaklah
meminta pertolongan hanya daripada Allah SWT.
Sesungguhnya hanya Allah SWT lah yang maha kuasa bomoh tidak mempunyai apa-
apa kelebihan dia hanya bertanya kepada jin atau syaitan sahaja unutk menemui
jawapan dan apa yang di sampaikan oleh syaitan itu tidak la sempurna kerana syaitan
terbatas untuk buat perkara tersebut.
Oleh yang demikian, untuk amalan bagi merungkai sihir adalah responden
memberikan beberpa cara yang popular yang kita tahu berkenaan bacaan surah-
surah al-Mu’awwizat iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas dan dikenali sebagai
tiga qul. Selain itu, responden juga ada memberikan doa yang dibacakan oleh jibril ke
atas Nabi Muhammad SAW ketika beliau di sihir.
Lalu seandainya kita tidak mampu untuk melakukan perkara ini hendaklah kita
berjumpa pada yang pakar iaitu pergi kepada ustaz-ustaz yang mengetahui cara
ruqyah ini janganlah kita pergi kepada orang yang mengatakan dirinya ustaz tetapi ia
adalah bomoh. Perkara seperti ini mudah untuk kita kenal pasti bahawa ia adalah
ustaz perawatan islam atau bomoh.

8
Untuk mengenal pastinya adalah dari segi cara ia berubat dengan tidak membaca
ayat-ayat suci Al-quran dan ia akan seru beberapa nama. Dengan ini kita dapat
membezakannya di antara bomoh atau bukan.
Dan untuk petanda orang yang disihir pula adalah banyak antaranya terdapat lebab-
lebab pada badan dengan secara tiba-tiba dan berlaku apabila seseorang itu bagun
dari tidur. Selain itu, selalu dapat mimpi-mimpi bukuk seperti ular, anjing dan apa-apa
yang berkaitan dengan mimpi buruk itu. Dan apabila bagun dari tidur seseorang itu
mengalami sakit kepala tanpa sebab bukan dari sebab ia tidur lewat dan sebagainya.

METAFIZIK DAN SIHIR


Menurut bahasa metafizik adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Meta dan
Fizik. Meta membawa maksud melampaui, melebihi, di atas, tingkatan atas dan Fizik
pula membawa maksud perkara ataupun alam yang bersifat material ataupun fizikal.
Gabungan antara meta dan fizik membawa maksud sesuatu yang melampaui
sempadan atau batasan fizikal. Oleh itu, metafizik adalah ilmu yang membicarakan
tentang perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Metafizik menurut Aristotle dalam bukunya Metafizika dari sudut falsafah, ianya
adalah suatu kajian di peringkat paling abstrak atau umum mengenai sesuatu perkara
atau sesuatu fenomena berkaitan alam sama ada alam natural atau alam semula jadi.
Walaubagaimanapun, ramai tokoh-tokoh yang hebat seperti Aristotle, George
Berkeley dan ramai lagi yang memberi pendapat masing-masing dan kemukakan teori
mereka mengenai metafizik. Contohnya teori Materialisme ianya bermaksud hanya
jasad atau jirim itu yang wujud secara hakiki contohnya kerusi, meja, gunung ganang,
sungai, air dan sebagainya. Ia merupakan perkara-perkara yang bersifat jasad atau
dipanggil sebagai material. Bagi material mereka percaya ia adalah perkara yang
wujud. Oleh itu, sesetengah orang bertanya bagaimana pula dengan kewujudan
benda-benda yang bukan material atau tidak bersifat material contohnya idea-idea di
dalam minda seseorang. Idea adalah sesuatu yang tidak bersifat fizikal, tidak bersifat
jirim dan tidak bersifat jasad. Tetapi kita percaya bahawa ianya wujud. Pihak materialis
menjawab persoalan ini bahawa idea tidak mempunyai realiti yang tersendiri tetapi
bergantung kepada sesuatu yang bersifat jasad iaitu otak seseorang dan
pemikirannya. Pihak materialis menolak kewujudan sesuatu yang bukan material bagi
mereka minda itu adalah hasil daripada pergerakan fizikal di dalam otak seseorang
jadi idea itu adalah melalui otak, fungsi otak, cara otak itu berfungsi, mekanismenya
dan sebagainya. Oleh itu, pihak materialis menolak perkara-perkarra yang berkaitan
dengan kerohanian dan sebagainya kerana mereka menganggap ia sebenarnya tidak
wujud dan hanya wujud dalam imaginasi seseorang sahaja.
Teori idealisme pula adalah realiti itu adalah bukan bersifat material, bersifat
jasad atau jirim tetapi ia bersifat mental, ataupun idea ataupun imaginasi. Menurut
pelopor fahaman idealism George Berkeley mengatakan :

9
“Apakah yang kita ketahui tentang alam semesta ini? Kita tidak mengenali jasad yang
berada di luar alam sana secara langsung. Tetapi kita hanya mempunyai sensasi
ataupun imej akan jasad tersebut di dalam minda kita. Realitinya, bukannya objek
fizikal berada di luar sana, kerana tidak mungkin kita tanggapi secara langsung.
Tetapi, yang kita tanggapi secara langsung adalah sensasi yang dikaitkan dengan
objek-objek itu. Sensasi atau imej adalah bersifat mental bukannya fizikal”.
Bagi golongan Idealisme mereka mempercaya bahawa segala apa yang kita
rasa hanyalah daripada apa yang kita fikirkan sahaja tetapi sebenarnya ianya tidak
wujud dan golongan idealisme menolak kewujudan material atau jasad.
Pendapat agama berkaitan metafizik adalah secara realitinya metafizik
bukanlah perkara yang bersifat jasad tetapi ia juga boleh terdiri daripada sesuatu yang
bukan bersifat jasad misalnya ia berisfat kerohanian contohnya roh pada tubuh badan,
kewujudan malaikat dan kewujudan benda-benda ghaib seperti jin dan sebagainya.
Oleh itu, dari agama mereka mempercayai bahawa kedua-duanya adalah wujud dari
material dan idea ia tidak terhad dengan material sahaja ataupun idea.
Oleh itu, sihir mempunyai konsep yang sama berkaitan metafizik yang
dibincangankan kerana sihir menurut tokoh Islam Muhammad Mushtafa al-Hadidi
Atthai sihir ialah perkara luar biasa dan aneh. Ia bersifat khawriqul adat iaitu di luar
kemampuan manusia biasa dan seakan-akan dengan mukjizat, namun tidak tergolong
sebahagian daripadanya. Ia adalah amalan yang mendatangkan dua perkara iaitu
material dan idea. Ianya adalah wujud kerana ia adalah termasuk dari kalangan
benda-benda ghaib iaitu jin. Oleh itu, dapat dilihat bagaimana sejarah asal usul itu
sendiri daripada zaman Nabi Musa as bahawa ketika itu Mesir terkenal dengan tempat
yang dipenuhi dengan ahli sihir. Oleh itu, mereka mampu melontarkan tali-tali lalu tali-
tali itu bertukar menjadi ribuan ekor ular. Selepas itu, nabi Musa melontarkan
tongkatnya lantas tongkatnya bertukar menjadi ular yang besar dan memakan ular-
ular yang ada disitu.
Kisah ini adalah kisah yang tidak mampu difikirkan oleh akal dan diluar
jangkaan akal. Akan tetapi ia adalah kisah benar berkaitan dengan sihir bagaimana
seutas tali yang biasa apabila dicampak bertukar menjadi ular dan mereka
mempercayai bahawa sihir itu mampu melindungi mereka dari bencana bahaya akan
tetapi mukjizat Allah Swt mengagalkan apa yang mereka percaya tentang sihir.

10
JENIS – JENIS ILMU SIHIR

a . Sihir pemisah (perceraian)


Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul
antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar
memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir
membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir
benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila
pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur
di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah
b . Sihir percintaan (penunduk)
Puncak cinta dan hawa nafsu yang keterlaluan, keinginan kuat untuk sentiasa
bersama, tidak sabar untuk bersetubuh, rindu yang mendalam dan sentiasa ingin
bertemu, taat buta pada pasangan.

c . Sihir membatal atau menunda perkahwinan


i. Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu
meminang atau menikahinya
ii. Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar,
ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan
demikian maka setiap lelaki yang hendak meminangi mengundur diri tanpa
sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.

d . Sihir dimandulkan
Tidak dapat zuriat walaupun telah diluluskan oleh doktor pakar bahawa dia tidak
mempunyai masalah.

e . Sihir pukau
i. Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tidak mampu bertindak balas
samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia
sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut
arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
ii. Menyebabkan mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di
sekelilingnya.

11
Bagaimana terjadinya pukau?
i. pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (memberi salam
dan mengarahkan).
ii. melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa.
Rasululullah SAW menyebut : “Pandangan mata itu merupakan panahan dari
panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”

f . Sihir gila
Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang
tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang
tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang
gelap.

g . Sihir sakit anggota badan


Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan,
sering mengalami sawan, mengalami lumpuh pada salah satu anggota badan,
melumpuhkan semangat dalam menjalankan aktiviti harian.

h . Sihir Santau
Santau dibahagikan kepada dua bahagian :
i. Santau menggunakan bahan-bahan yang gatal dan miang lalu dikutuk dengan
kata-kata makian untuk mengadap seseorang.
ii. Santau menggunakan bahan miang yang boleh terdiri daripada lipan, racun
ular, obor-obor, ulat berangan mati dan sebagainya. Dalam slanga dan dalam
gelap selama beberapa bulan dihantar kepada mereka yang ingin pergi tanpa
membaca. Tanda-tandanya ialah gatal-gatal, batuk berdarah dan demam di
seluruh badan terutama pada waktu senja dan batuk darah serta kulit bengkak,
merekah dan berair dengan rasa berbisa. Kebiasaannya, jika seseorang
berada pada tahap kritikal, mereka akan kelihatan kebiruan dan hitam pada
jari.

i . Sihir Penutup
Biasanya dipakai kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat berniaga,
lesu untuk datang bekerja, pergaduhan tidak berkesudahan sesama rakan sekerja
walaupun perkara kecil, setiap kali orang melihat tempat berniaga tutup sedangkan
kedai tersebut buka seperti biasa.

12
KESIMPULAN
Metafizik adalah sesuatu perkara yang melampaui sempadan dan Batasan fizikal
ianya tidak mampu dilihat dari mata kasar. Walaubagaiamanapun, terdapat beberapa
pandangan tokoh-tokoh hebat memberikan pendapat mereka berkaitan metafizik dari
perspektif materialism ataupun idealism ataupun keagamaan. Disebalik alam ada
alam lain yang didiami oleh makhluk lain.
Oleh itu, tajuk sihir adalah tajuk yang bertepatan dengan kepercayaan orang-
orang Kuno sehingga kini kerana ia adalah perkara yang tidak pernah lupus dan makin
ia diperbaharui dengan pelbagai cara. Ada antara mereka menggunakan sihir sebagai
pemujaan, petunjukkan dan sebagainya.
Menurut agama, sihir adalah amalan yang dilarang oleh Allah Swt keran ia
adalah amalan yang menduakan Allah Swt. Amalan sihir dihukumkan oleh syarak
adalah ‘haram’ malah amalan sihir menjadikan seseorang itu jatuh murtad kerana
sesuatu perkara yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mengharapkan
bantuan daripada perkara ghaib adalah diharamkan dan dilaknat oleh Allah Swt.
Dari perspektif falsafah ianya berkaitan dengan topik Metafizik yang mana ia
melibatkan perkara yang berada diluar jangkaun atau pemikiran manusia. Seperti
contohnya sihir melibatkan makhluk-makhluk di alam ghaib iaitu jin dan mempercayai
bahawa dengan mengamalkan sihir jin yang mereka bela mampu merubahkan
nasibnya dalam sekelip mata ataupun mampu memberikan keajaiban terhadap diri
seseorang.

13
RUJUKAN
Aizan.Hj. Ali. (2003). Sejarah Amalan Sihir Di Zaman Para Nabi Menurut Sumber
Tafsir dan Hadith. Jurnal Usuludidin
Abdul Jalil Hasan, Dr, Tan Sri Prof, (1989). Falsafah dan Pengetahuan Islam. Dewan
Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Jurnal
Ainun Jariah, (2016). Amalan Budaya Sihir dan Rawatan dalam Masyarakat Melayu.
Universiti Malaysia Sarawak. Jurnal
Fah Azman, (2012). Amalan Sihir dalam Masyarakat Melayu. Universiti Sains
Malaysia. Jurnal
Amran Muhammad. (2022). Modul Falsafah & Isu Semasa. Islamic And Strategic
Studies Institute. Jurnal
Responden Ustaz Abdullah Bin Hj. Umar. Pakar Rawatan Islam dan Ilmu Ghaib

14

Anda mungkin juga menyukai