Anda di halaman 1dari 3

Jawapan Kuiz (BSS 3313)

Nama: Muhammad Luqman Haqiem Bin Mohd Rusli


No Matrik: B2210052
Subjek: Kajian Teks Syariah ( BSS 3313)
Pensyarah : Puan Shahrina Binti Romli

Syariah adalah hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah Swt untuk hambanya,
berkaitan dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat dan pelbagai aspek untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat. Syariah adalah satu bentuk undang-undang yang
diturunkan oleh Allah Swt jelas dan lurus.
Antara ciri-ciri keistimewaan syariah islamiah ialah rabbaniyah. Maksud bagi
rabbaniyah adalah peraturan dan undang-undang syariah ini dari Allah Swt dan bukan
dari ciptaan manusia. Bererti syariah ini datangnya dari Allah Swt melalui wahyunya
dan disampaikan kepada Nabi Muhammad Saw. Ia hadir dengan lafaz dan makna
iaitu Al-Quran dan Sunnah. Perbezaan antara perundangan syariah dari Allah dan
perundangan hasil ciptaan manusia adalah, bagi perundangan syariah hukum-
hakamnya bersih dari sebarang kezaliman dan kelemahan. Oleh kerana hadir syariat
ini dari Allah maka setiap yang hadir pastinya datang dengan kelebihan dan kebaikan
untuk hambanya. Berlainan pula dengan perundangan duniawi yang semestinya
banyak kelemahan, kejahilan dan kekurangan. Selain itu, perundangan yang hadir
untuk manusia mempunyai kelebihan dan kehormatan dalam jiwa orang yang beriman
dan memahami. Oleh kerana ianya datang dari Allah Swt dan pastinya ia mesti
dipatuhi dengan rela hati bersama dengan jiwa yang bersih semata untuk
mendapatkan keredhaan Allah Swt. Sehubungan dengan itu, syariat atau hukum-
hukum syarak diberi penghormatan dan kelebihan di setiap jiwa orang yang beriman.
Bagi undang-undang duniawi, tidak sampai ke tahap syariah kerana tidak rasa
penghormatan atau kehebatan pada pandangan manusia malah ramai yang
melanggar undang-undang dan cuba untuk melepaskan diri dari diawasi oleh undang-
undang. Tahap ketaatan manusia pada undang-undang duniawi tidak sama dengan
tahap ketaatan manusia yang beriman kepada Allah kepada hukum-hukum syarak.
Contohnya, pada zaman jahiliah memang suka minum arak kerana ia adalah
sebahagian daripada tradisi dan adat mereka. Sehinggalah datangnya islam dengan
mengeluarkan hukum haram meminum arak.
Keistimewaan seterusnya bagi syariat islam adalah, syariat islam mempunyai balasan
duniawi dan ukhrawi. Bagi undang-undang syariat islam terdapat dua balasan iaitu
balasan duniawi dan ukhrawi. Balasan bagi duniawi diadakan kerana keperluan
kehidupan, demi keharmonian masyarakat dan bagi menjaga hak-hak mereka
terjamin. Balasan duniawi yang ada berbentuk kanun jenayah dan undang-undang
sivil seperti undang-undang ciptaan manusia tetapi skop bagi syariat lebih besar dan
mencakupi seluruh urusan individu dengan lengkap. Bagi balasan ukhrawi pula ia
dikenakan ke atas pelanggaran hukum syarak sama ia dilanggar melalui fizikal dan
mental. Selagi seseorang itu tidak bertaubat dan mendapat penghalalan hak dari
orang tertentu selagi itu ia masih berdosan dan wajib dikenakan hukuman ke atas
kesalahannya. Balasan ukhrawi yang dikenakan menyebabkan seseorang itu tunduk
dan patuh dengan sendirinya sama ada dalam keadaan khalayak ramai atau
keseorangan kerana takutnya mereka kepada Allah Swt. Sepertimana sahabat Nabi
Muhammad Saw iaitu Ma’iz al-Aslami datang mengadap baginda dan membuat
pengakuan bersalah kerana melakukan jenayah zina dan beliau memohon agar
dilaksanakan hukuman had ke atasnya. Disinilah menunjukkan bahawa manusia akan
patuh dan malu kepada Allah Swt dan takut akan azab akhirat yang menunggu
mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. Lain pula dengan undang-undang
duniawi yang tidak memiliki sedikit pun balasan akhirat. Balasan dunia diberikan
kerana kesalahan jenayah yang melibatkan tubuh badan seperti sebatan dan
menyekat kebebasan penjenayah atau dikenakan hukuman denda dan ganti rugi
akibat membatalkan persetujuan kontrak. Akan tetapi balasan ini hanya bersifat
duniawi dan manusia mampu untuk melanggar dan lari dari undang-undang duniawi.
Seterusnya, alamiyyah dan Umumiyyah. Maksud bagi alamiyyah dan umumiyyah
adalah ia sebagai rahmat kepada semua manusia dan tidak terbatas untuk
sesetengah kelompok, bangsa atau kaum sahaja. Islam juga bersifat umum dan
universal dan segala yang ditetapkan mencukupi dan sesuai di seluruh tempat, kaum,
bangsa dan tempat. Syariat yang diturunkan adalah bagi menjaga kebajikan dan
keharmonian semua manusia agar terjamin.
Kemudian, bagi keistimewaan syariat yang lain adalah kekal. Kekal bermaksud syariat
yang ada kekal sepanjang zaman dan tiada perubahan. Syariat yang dibawa oleh Nabi
Muhammad Saw adalah syariat yang terakhir dan penutup segala syariat yang lain
sebelumnya. Syariat yang ada pada hari ini adalah umum untuk seluruh manusia dan
segala hukum syarak yang ada dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang
zaman dan memenuhi segala keperluan. Antara tujuan syariat islam diturunkan
adalah bagi mencapat kemaslahatan manusia dan menolak kemudaratan (mafsadah).
Terdapat tiga kepentingan manusia yang menjadi bukti bahawa syariat amat menjaga
kemaslahatan manusia iaitu. Daruriyyat, hajjiyat, dan tahsiniyat. Daruriyah adalah
perkara yang tidak mungkin manusia hidup tanpanya dan sekiranya tiada maka
kehidupan manusia akan menjadi kucar kacir. Terdapat lima perkara di bawah
daruriyyat iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kelima perkara ini perlu
dijaga dan hukum syarak telah meletakkan hukuman sekiranya ada pelanggaran
kepada lima perkara ini dari segi balasan duniawi dan ukhrawi. Contohnya, bagi
memelihara keturunan islam telah mengharamkan zina dan telah mengeluarkan
hukuman hudud kepada yang melakukannya.Seterusnya, hajjiyat adalah perkara
yang diperlukan oleh manusia bagi menjalani kehidupan mereka dengan mudah
contohnya seperti dalam perihal ibadat. Syarak telah melonggarkan bagi orang yang
bermusafir untuk solat jamak dan qasar. Seterusnya. Tahsiniyah adalah perkara yang
merujuk kepada adat-adat yang baik dan akhlak yang mulia. Contohnya, dalam
perkara ibadat setiap kali solat diwajibkan untuk seseorang itu berwuduk dan
berwangi-wangian.
Akhir sekali, syumul. Syumul adalah suatu sistem yang mencakupi semua urusan
hidup. Semua aspek kehidupan manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah
Swt dalam wahyunya dalam Al-Quran dan Sunnah melalui Nabi Muhammad Saw. Dari
segi akidah, hubungan manusia dengan tuhan, hubungan sesama manusia dan
memerintah bersihkan jiwa. Segala aspek ini telah lengkap dan diberikan panduan
oleh Allah Swt melalui syariatnya. Terdapat tiga bahagian hukum-hukum syariat iaitu
berkaitan dengan akidah, akhlak dan perkataan serta perbuatan. Ketiga-tiga bahagian
ini telah diberikan perbahasan untuk menjaga kemaslahatan manusia. Dalam perkara
akidah terdapat perbahasan hukum akidah dalam ilmu al-Kalam dan Tauhid. Selain
itu, berkaitan akhlak islam mewajibkan untuk manusia bercakap benar, Amanah,
haram berdusta dan segala yang berkaitan dengan akhlak telah dibahaskan dalam
ilmu akhlak atau tasawuf. Seterusnya, perkara yang berkaitan perkataan dan
perbuatan manusia dibahaskan dalam ilmu fiqh. Oleh itu dapat dilihat bahawa syariat
yang dicipta oleh Allah Swt sangat berbeza dari ciptaan manusia. Malah aspek syariat
amat besar dan mencakupi keseluruhan perbuatan dan perkataan manusia.

Anda mungkin juga menyukai