Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI MELAKA

FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN


DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
IJAZAH SARJANAH MUDA PERUNDANGAN SYARIAH
DENGAN KEPUJIAN
USUL FIQH II (BSS 3123)
TAJUK:
TAA’RUD ADILLAH WA AL-TARJIH
SESI PENGAJIAN:
SESI 1 2022/2023
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ MOHD SABREE BIN NASRI
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD LUQMAN HAQIEM BIN MOHD RUSLI (B2210052)
AMIR HAMZAH BIN NAZRI (B2210016)
MUHAMMAD SYAZRUL BIN SAZALI (B2210039)

1
ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN 3
2 DEFINISI TAA’RUD 4

3 PEMBAHAGIAN TAA’RUD 5
 Percanggahan tanpa tarjih
 Percanggahan yang boleh dibuat pentarjihan
4 SEBAB-SEBAB TAARUD 5-8
 Dalil nas itu bersifat zanni
 Isu yang sama tapi hukumnya berbeza
 Salah satu dalil yang bercanggah itu telah dinasakh tetapi tidak
diketahui oleh faqih
 Hukum syarak lebih daripada satu
 Lafaz am tetapi boleh bermaksud khusus
5 SYARAT – SYARAT TAARUD 8-10
6 HUKUM TAARUD
7 PERCANGGAHAN ANTARA DALIL-DALIL NAQLI 10-13
 Percanggahan dalil antara al’am dan al-khas
 Percanggahan antara dalil Mutlaq dan muqayyad
 Percanggahan dalil antara mantuq dan mafhum
8 AL-JAM 14
 Definisi Al-Jam

9 SYARAT-SYARAT AL-JAM 14-15


10 PENGERTIAN TARJIH 16-17
11 SYARAT-SYARAT TARJIH 17
12 BENTUK-BENTUK TARJIH 17-18
 Mentarjih dengan melihat sanad
 Mentarjih dengan melihat matan
 Mentarjih dengan kepada perkara luaran
13 CONTOH ISU BERKAITAN TARJIH 19-21
14 KESIMPULAN 22
14 RUJUKAN 23

2
PENGENALAN

Bidang ilmu usul fiqh adalah ilmu yang memberi penekanan tentang kaedah-kaedah yang
digunakan oleh ulama untuk mengeluarkan sesuatu hukum daripada sesuatu sumber hukum,
sama ada sumber hukum yang disepakati atau dari sumber hukum yang tidak disepakati. Ia
juga membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan ijtihad, syarat-syarat dan kriteria
serta ciri-ciri mujtahid. Begitu juga dengan al-Ta’arud dan al-Tarjih serta al-Dilalat atau al-
Dalalat iaitu perbahasan khusus tentang cara-cara menentukan bagaimana sesuatu hukum itu
keluar daripada Al-Quran dan hadis.

Antara masalah yang dihadapi oleh seseorang untuk memahami sunnah Rasulullah s.a.w
adalah wujudnya beberapa hadith yang memiliki maksud, petunjuk dan hukum yang saling
bercanggah, berlawanan dan bertentangan antara satu sama lain. Adakalanya percanggahan
ini menyebabkan sebahagian umat menjadi ragu akan kebenaran hadis-hadis tersebut
manakala sebahagian lain pula tersilap dalam mengamalkannya iaitu mereka mempraktikkan
sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Malah ada yang menjadikan senario
percanggahan ini sebagai salah satu faktor untuk menolak hadith secara keseluruhan dari
syari‘at Islam.

Pelbagai pendapat fuqaha tentang hadis-hadis yang bertentangan. Oleh itu, wujudlah
perbincangan Taarud Adilah Wa al- Tarjih yang mana ia tentang bagaimana ulama memilih
hadis-hadis yang kuat atau ulama memilih untuk mengharmonikan kedua-dua hadis
bercanggah dan menerima kedua-duanya untuk diamalkan. Ia adalah satu perbahasan panjang
yang dilakukan oleh fuqaha untuk memudahkan umat islam beramal dan meninggalkan
sesuatu agar tidak keliru dan menganggap syariah islam adalah susah.

3
DEFINISI TAARUD

Taarud ini perkara yang penting atau tajuk yang amat di titik beratkan dalam proses
pengeluaran hukum. Ta’arud juga adalah suatu pertentangan atau percanggahan antara dalil-
dalil syarak tetapi percanggahan atau pertentangan yang berlaku itu tidak menunjukkan
bahawa Allah SWT telah menurunkan dalil-dalil yang bercanggah antara satu sama lain.
Dengan kata lain, ia pada hakikinya bukanlah satu percanggahan. Contohnya firman Allah:

‫ت يَتَ َربَّصْ نَ بِا َ ْنفُ ِس ِه َّن ثَ ٰلثَةَ قُر ُۤوْ ۗ ٍء‬


ُ ‫َو ْال ُمطَلَّ ٰق‬

Maksudnya dari ayat itu, dan para istri yang diceraikan (wajib) menahan diri mereka
(menunggu) tiga kali quru. (Surah al-baqarah ayat 228)

Ayat di atas menjadi perselisihan para ulama’ berkenaan dengan perkataan ‘quru’. Antara
perselisihan para ulama sebagai contoh ulama’ yang mengikut pandangan Umar al khatab
iaitu ia mengatakan perktaan ‘quru’ adalah haid. Manakala pandangan ulama’ yang
berpegang pada pendapat Zaid bin Sabit mengatakan perkataan ‘quru’ ialah suci dari haid.
Hal ini terjadinya percanggahan atau perselisihan atas sebab nas itu sendiri bersifat zanni.
Jadi disini kita dapat lihat percanggahan berlaku bukan pada hakikat tetapi pada zahirnya
sahaja, iaitu mengikut pandangan mujtahid yang mempunyai pemahaman yang berbeza.

Sebelum tajuk ini di kupas lebih mendalam lagi hendaklah kita mengetahui dahulu maksud
taarud itu sendiri bair dari segi bahasa mahupun istilah. Taarud dari segi bahasa al-ta’arud
merupakan masdar dari ta’arada dan memberi maksud bercangah, berlawan atau
bertentanggan. Dari segi istilah pula ulama usul telah memberi pelbagai istilah taarud itu.

Mengikut Al-Imam Al-Sarkhasiyy iaitu seorang ulama usul dan fiqh mazhab Hanafi
mentakrifkan ta’arud sebagai bertembungnya dua hujah atau dalil yang sama kuat, yang
menetapkan setiap salah satu daripada kedua-duanya saling bertentangan.

Al-Imam Al-Bazdawiyy yang juga merupakan seorang ulama fiqh mazhab Hanafi
mentakrifkan ta’arud sebagai bertembung pada dua hujah secara sama yang tidak ada lebih
antara salah satu daripada dua hujah tersebut pada dua hukum yang bertentangan.

Al-Imam al-Asnawiyy yang merupakan seorang ulama mazhab Syafi’e mentakrifkan ta’arud
sebagai percanggahan antara dua dalil yang menyebabkan kedua-duanya saling bertembung,
yang setiap satu daripada dua dalil tersebut tidak boleh disatukan.

4
Bagi kesimpulan, pada istilah-istilah ulama’ usul telah berikan kita dapat simpulkan bahawa
taarud adalah penentangan antara dua dalil yang sama kuat tetapi berbeza dari hukum.

PEMBAHAGIAN TAARUD

Pembahagian taarud ini mempunyai dia bahagian iaitu percangahan tanpa tarjih dan
percangahan yang boleh dibuat pentarjihan.

Percangahan tanpa tarijih

Percangahan tanpa tarjih ini terjadi apabila dua dalil yang qati’ bertembung. Jadi disi apabila
berlakunya pertembungan antara dua dalil yang qati’ ini maka tidak boleh dilakukan tarjih.
Hal ini berlaku kerana pentarjihan berlaku pada dua dalil yang zanni sahaja. Apabila
berlakunya percangahan antara dua dalil yang qati’ maka akan dilihat pada sejarah
pensyariatan kedua-dua dalil tersebut dan ia menjadi naskh. Naskh bermaksud dalil yang
datang kemudian menasakhkan dalil yang terdahulu. Seandainya tidak ketahui sejarah
pensyariatannya maka kedua-dua dalil tersebut akan diselaraskan jika boleh diselaraskan.
Sekiranya tidak dapat diselaraskan para mujtahid akan meninggalkan kedua-dua dalil
tersebut.

Percangahan yang boleh dibuat pentarjihan

Percangahan yang boleh dibuat tarjih ini sekiranya berlaku pertembugan dua dalil yang zanni
sahaja. Namun mengikut mazahab Hanafi harus berlaku percangahan antara dalil-dalil yang
qati’ sama seperti dalil-dalil yang zanni. Tetapi jumhur ulama’ berpandangan tidak harus
berlaku ta’arud antara dua dalil yang qat’iyy dan antara dalil qat’iyy dengan dalil zanniyy.

Jadi dapat kita simpulkan, yang pertama taarud yang tidak boleh ditarjih apabila berlaku
percangahan dua dalil yang qati’. Dan yang kedua taarud yang boleh tarjih adalah berlakunya
percangahan antara dua dalil yang zanni.

SEBAB - SEBAB TAARUD

Dalil nas itu bersifat zanni.

Sebagai contoh sahabat berselisih pandangan berkaitan tempoh iddah bagi seorang wanita
yang telah diceraikan oleh suaminya, kepada dua pandangan. Yang pertama tiga kali suci
daripada haid, manakal pandangan yang kedua tiga kali haid. Hal ini berlaku kerana firman
Allah swt:

5
‫ت يَتَ َربَّصْ نَ بِا َ ْنفُ ِس ِه َّن ثَ ٰلثَةَ قُر ُۤوْ ۗ ٍء‬
ُ ‫َو ْال ُمطَلَّ ٰق‬

Yang bermaksud, dan para istri yang diceraikan (wajib) menahan diri mereka (menunggu)
tiga kali quru. (Surah al-baqarah ayat 228)

Perkataan quru’ memberi dua maksud yang sama kuat dan digunakan dalam situasi yang
hampir-hampir sama. Kedua-dua pengertian tersebut ialah “haid” dan “suci daripada haid.”
Perkataan al-quru’ mushtarak di antara haid dan suci.

Mengikut pandangan Saidina Ali, Umar, Abdullah bin Mas’ud, Ibnu Abas dan Abu Musa al-
Asy’ari maksud dari perkataan quru’ ialah “haid”, kemudian memutuskan bahawa tempoh
iddah sebenarnya tiga kali haid. Maka mereka berpendapat suami berhak merujuk isterinya
selagi belum bersuci daripada haid yang ketiga.

Manakala mengikut pendapat Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan Aishah berkata makna
dari perkataan quru’ adalah “suci daripada haid” lalu memutuskan bahawa tempoh
sebenarnya bagi iddah ialah selama tiga kali suci dari haid. Pada mereka suami tidak berhak
merujuk isterinya setelah isterinya itu haid kali ketiga.

Isu yang sama tetapi hukumnya berbeza

Hukum yang dikeluarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada satu isu itu berbeza daripada satu
keadaan dengan keadaan yang lain. Sebagai contohnya,

‫ فإن أتم فلكم وله وإن نقص فعليه النقصان ولكم التمام‬،‫اإلمام جنة‬

Apabila imam menyempurakan solatnya maka sah bagi makmum dan imam. Jika imamnya
solatnya ada kekurangan dan makmum akan meyempurnakan.

‫إذا فسدت صالة اإلمام فسدت صالة من خلفه‬

Apabila rosak solat imam maka rosaklah solat mereka yang dibelakangnya.

Salah satu dalil yang bercanggah itu telah dinasakh tetapi tidak diketahui oleh faqih.

Sebagai contoh dalilnya adalah:

‫ت النَّا ُر‬ َّ ‫قَا َل َرسُو ُل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم " تَ َو‬
ِ ‫ضُئوا ِم َّما َم َّس‬

6
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda. Berwuduklah (selepas makan) apa-apa yang disentuh api.

‫أن النبي صلى هللا عليه وسلم احتز من كتف شاة ثم صلى ولم يتوضأ‬

Yang berkata bahawa dia melihat Nabi (‫ )ﷺ‬membuat siatan (dengan pisau) pada sekeping
bahu kambing yang dimakannya, kemudian dia pergi menunaikan solat tanpa berwudhu.

Disini kita dapat melihat bahawa hadis yang pertama itu mengatakan selepas makan
hendaklah mengambil wuduk dan hadis yang kedua ini mengatakan yang selepas makan tidak
perlu untuk berwuduk untuk menunaikan solat.

Hukum syarak lebih daripada satu

Nabi Muhammad s.a.w menyebut lebih daripada satu hukum syarak yang berlainan antara
satu sama lain tetapi boleh beramal dengan kesemuanya contohnya adalah dalil:

‫أمر بالل أن يشفع االذان ويوتر االقامة‬

Bilal diperintahkan untuk mengucapkan lafaz azan dua kali dan kalimah iqamah sekali.

‫أن باالل أذن مثنى وأقام مثنى‬

Bahwasanya bilal itu azan dua kali dan iqamah dua kali.

Disini jelas bahawa dalil yang pertama dan dalil yang kedua itu berbeza tetapi keduanya itu
boleh diamalkan. Cuma di Malaysia kita lebih terdedah dengan dalil yang pertama itu yang
mana azan dua kali dan iqamah sekali.

Lafaz ‘am tetapi boleh bermaksud khusus

Pengkhususan lafaz am ialah mengubah lafaz am daripada keumumannya serta


membataskannya hanya kepada sabahagian daripada makna-maknanya sahaja disebabkan ada
dalil yang menunjukkan kepadanya. Maksud lain juga ialah segala penjelasan daripada nas
al-Quran dan Hadith yang berbentuk umum tetapi sebenarnya mengandungi pengertian yang
khusus. Sebagai contoh dalam firman allah:

‫َّارقَةُ فَا ْقطَعُوا َأ ْي ِديَهُ َما‬ ُ ‫َّار‬


ِ ‫ق َوالس‬ ِ ‫َوالس‬

Maksudnya dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
hukumnya potonglah tangan mereka. (Surah al-Hujurat ayat 13)

7
Dalam ayat tersebut lafaz pencuri adalah umum. Namun begitu ia dikhususkan di dalam
hadith:

‫ال تقطع اليد إال في ربع دينار فما فوقه‬

Maksudnya, tidak boleh dipotong tangan orang yang mencuri kurang ¼ dinar.

Oleh yang demikian, pencuri yang dimaksudkan dan dijatuhkan hukuman potong tangan
dalam ayat tersebut ialah pencuri yang mencuri barang yang bernilai ¼ atau lebih berserta
syarat-syarat lain yang akan menyebabkan ia sabit dipotong tangan.

Oleh itu, jumhur ulama’ berpendapat pengkhususan tehadap lafaz am atau umum itu adalah
harus hukumnya kecuali pada ayat-ayat tertentu. Lafaz am itu umum diketahui umum pada
semua orang. Semua orang yang mengambil harta orang lain dianggap mencuri. Tetapi
adakah setiap orang yang mencuri itu boleh dipotong tangannya? Secara umumnya
dikhususkan pada kadar yang tertentu bagi harta yang dicuri tersebut

SYARAT - SYARAT TAARUD

Selain itu, syarat taarud oleh yang demikian ulama usul telah menentukan beberapa syarat
agar penentangan di antara sesama dalil itu benar-benar berlaku. Syarat ta’arud terbahagi
kepada empat, antaranya:

1. Percangahan itu di antara dua dalil yang sabit. Sebagai contoh satu dalil mensabitkan
halal, manakala dalil yang lain pula mensabitkan haram.
2. Dalil yang bertentangan itu sama dari segi kekuatannya. Sekiranya dalil itu tidak sama
kuat maka percangahan atau taarud itu tidak akan berlaku sama sekali. Sebagai contoh
haddis yang mutawatir dan haddis ahad ini tidakakan berlaku taarud kerana haddis
mutawatir lebih kuat daripada haddis ahad. Seterusnya, persamaan kekuatan ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama persamaan pada pensabitan, kedua
persamaan dari segi dalalah, ketiga persamaan dari segi bilangan.
3. Pertentangan antara dua dalil pada satu tempat. Hal ini terjadi kerana taarud tidak
akan berlaku apabila tempatnya berbeza. Sebagai contoh nikah dalam firman Allah:

‌ۡ‫ث لَّـ ُكمۡ ۖ فَ ۡاتُ ۡوا َح ۡرثَ ُكمۡ اَ ٰنّى ِش ۡئتُم‬


ٌ ‫نِ َسٓاُؤ ُكمۡ َح ۡر‬

Maksudnya, isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah
kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai (surah al-Baqarah ayat 223)

8
Dalam firman Allah swt

ۡ‫ُح ِّر َم ۡت َعلَ ۡي ُكمۡ اُ َّم ٰهتُ ُكم‬

Maksudnya, diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu (surah al-nisa ayat 23)

Jadi disi berdasarkan dari nas yang pertama, Allah menceritakan tentang seorang isteri yang
halal bagi seorang suami, dan suami itu boleh melakukan persetubuhan dengan isterinya
mengikut kehendaknya, tetapi pada ayat yang kedua pula Allah menerangkan bahawa
seseorang itu diharamkan daripada mengahwini ibunya. Seterusnya, walaupun pada ayat yang
pertama itu mengatakan halal dan pada ayat yang kedua pula mengatakan haram tetapi
tempat yang menjadi pertentangan itu adalah tidak sama. Perkara Ini sebab ayat pertama
tentang isteri, manakala ayat yang kedua mengenai ibu. Oleh itu, ta’arud atau pertentangan
tidak berlaku di sini kerana bukan pada satu mahal ataupun tempat.

4. Dan yang terakhir berlakunya pertentangan pada waktu yang sama. Hal ini terjadi
kerana jika masa atau waktu antara dua dalil itu berbeza, maka ternafilah ta’arud atau
pertentangan antara dua dalil tersebut. Sebagai contoh mengenai persetubuhan dalam
firman Allah swt:

ؕ‌ُ ‫ث اَ َم َر ُك ُم هّٰللا‬
ُ ‫فَا ِ َذا تَطَه َّۡرنَ فَ ۡاتُ ۡوه َُّن ِم ۡن َح ۡي‬

Maksudnya. maka apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan
yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. (Surah al-Baqarah ayat 222)

Dalam firman Allah yang lain

‌َ‫ض َواَل ت َۡق َرب ُۡوه َُّن َح ٰتّى يَ ۡطه ُۡر ۚن‬
‌ِۙ ‫اعت َِزلُ ۡوا النِّ َسٓا َء فِى ۡال َم ِح ۡي‬
ۡ َ‫قُ ۡل هُ َو اَ ًذى ف‬

Maksudnya, maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh
dengan isteri kamu) dalam masa datang haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka
(untuk bersetubuh) sehinggalah mereka suci. (Surah al-Baqarah ayat 222)

Apabila diteliti pada ayat yang pertama, Allah menerangkan bahawa dihalalkan bagi seorang
suami untuk menyetubuhi isterinya apabila isterinya itu berada dalam keadaan suci, manakala
dalam ayat yang kedua Allah mengharamkan seseorang suami daripada menyetubuhi
isterinya apabila isteri itu datang haid. Ayat yang pertama mengatakan halal, manakala bagi
ayat yang kedua mengatakan haram, dan dari segi tempat percanggahan adalah sama iaitu

9
tentang persetubuhan tetapi waktu atau masa kedua-dua dalil tersebut berbeza. Perkara ini
belaku atas sebab ayat yang pertama masanya adalah ketika suci manakala ayat yang kedua
pula masanya adalah ketika datang haid iaitu tidak suci. Maka, diini tidak akan belaku
percangahan.

HUKUM TAARUD

Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa sesungguhnya tidak mungkin berlaku pertentangan
hakiki di antara dalil-dalil syarak tetapi semua pertentangan yang berlaku itu hanyalah
mengikut pandangan para mujtahid sahaja. Menurut Dr. Muhammad al-Hafnawiyy dalam
kitabnya al-ta’arud wa al-tarjih, beliau mengatakan jumhur ulama telah membahagikan
hukum ta’arud kepada beberapa kaedah atau cara untuk menyelesaikan ta’arud iaitu:

1. Dibuat penyelarasan iaitu al-jam iaitu menyelaraskan dua dalil yang bercanggah dan
akan menghilangkan percanggahan tersebut.
2. Jika kedua-dua dalil tersebut tidak dapat diselaraskan, maka para mujtahid akan
memilih salah satu dalil yang paling kuat di antara kedua-dua dalil. Proses itu
dinamaka tarjih yang mana memilih dalil yang lebih kuat.
3. Apabila proses penyelarasan dan pentarjihan tidak dapat dilakukan juga, maka para
mujtahid hendaklah mengetahui sejarah pensyariatan dalil-dalil yang bercanggah itu
untuk menasakhkan dalil itu.
4. Yang terakhir menggugurkan kedua-dua dalil yang bertentangan apabila kaedah
pentarjihan tidak dapat dilakukan serta tidak dapat diketahui sejarah pensyariatannya.

PERCANGGAHAN ANTARA DALIL-DALIL NAQLI

i ) Percanggahan dalil antara al-‘am dan al-khas

Al-‘Am pada bahasa ialah satu perkara yang merangkumi berbilang-bilang. Pada
istilahnya ialah lafaz yang merangkumi kesemua yang sesuai bagi lafaz tersebut melalui
peruntukan bahasa (Arab) yang satu. Al-Khas pula pada bahasa ialah menunjukkan kepada
satu makna. Pada istilah ialah setiap lafaz yang diletakkan makna yang satu secara
berasingan.

10
Untuk pemahaman yang lebih lanjut lagi, maka didatangkan beberapa contoh
percanggahan antara dalil-dalil yang bersifat al-‘am dan al-khas. Antaranya mengenai idah
wanita yang kematian suami. Firman Allah :

‫َوالَّ ِذ ْينَ يُتَ َوفَّوْ نَ ِم ْن ُك ْم َويَ َذرُوْ نَ اَ ْز َواجًا يَّتَ َربَّصْ نَ بِا َ ْنفُ ِس ِه َّن اَرْ بَ َعةَ اَ ْشه ٍُر َّو َع ْشرًا ۚ فا ِ َذا بَلَ ْغنَ اَ َجلَه َُّن فَاَل ُجنَا َح َعلَ ْي ُك ْم فِ ْي َما فَ َع ْلنَ فِ ْٓي‬
‫ف َوهّٰللا ُ بِ َما تَ ْع َملُوْ نَ خَ بِ ْي ٌر‬
ِ ۗ ْ‫اَ ْنفُ ِس ِه َّن بِ ْال َم ْعرُو‬

(Surah Al-Baqarah Ayat 234)

Maksudnya : Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan istri-istri
hendaklah mereka (istri-istri) menunggu empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah
sampai (akhir) idah mereka, maka tidak ada dosa bagimu mengenai apa yang mereka
lakukan terhadap diri mereka menurut cara yang patut. Dan Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan.

Dalam firman Allah yang lain :

‫ض ْعنَ َح ْملَه ۗ َُّن‬


َ َّ‫ت ااْل َحْ َما ِل اَ َجلُه َُّن اَ ْن ي‬
ُ ‫َواُواَل‬

( Surah Al-Talaq Ayat 4)

Maksudnya : Sedangkan perempuan-perempuan yang hamil, waktu idah mereka itu ialah
sampai mereka melahirkan kandungannya.

Berdasarkan kedua-dua nas di atas, ayat pertama merupakan ayat yang bersifat al-‘am
kerana terdapat sighah ‘am pada ayat tersebut iaitu sighah jama’ yang dima’rifahkan dengan
idafah pada lafaz (‫)أنفسهن‬, manakala ayat yang kedua pula bersifat al-khas. Oleh itu, secara
zahirnya jelas berlaku percanggahan antara kedua-dua nas tersebut. Pada ayat pertama Allah
menerangkan idah bagi perempuan yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari tidak kira
sama ada perempuan itu hamil atau tidak. Manakala pada ayat yang kedua pula, Allah
menerangkan bahawa idah perempuan hamil yang kematian suami, maka idahnya berakhir
dengan melahirkan anak. Jika diperhatikan, kedua-dua ayat itu sebenarnya menepati syarat-
syarat ta’arud, seperti persamaan mahall iaitu kedua-dua ayat menceritakan tentang idah.

ii ) Percanggahan antara dalil mutlaq dan muqayyad

Mutlaq ialah suatu lafaz yang menunjukkan kepada satu atau beberapa perkara secara
menyeluruh tanpa dikaitkan dengan mana-mana sifat. Manakala muqayyad pula ialah suatu
lafaz yang menunjukkan kepada satu atau beberapa perkara secara menyeluruh dan dikaitkan
dengan sesuatu sifat.

11
Untuk pemahaman yang lebih jelas lagi, maka didatangkan beberapa contoh percanggahan
yang berlaku antara dalil mutlaq dan muqayyad. Antaranya pengharaman memakan darah.
Firman Allah :
‫انَّما ح َّرم َعلَ ْي ُكم ْالم ْيتَةَ وال َّدم ولَحْ م ْالخ ْنزيْر ومٓا اُه َّل به ل َغيْر هّٰللا‬
ِ ِ ِ ِٖ ِ َ َ ِ ِ ِ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ِ

( Surah Al-Baqarah Ayat 173)

Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging


babi, dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah.

Dalam firman Allah yang lain :

‫يَّ ُكوْ نَ َم ْيتَةً اَوْ َد ًما َّم ْسفُوْ حًا اَوْ لَحْ َم ِخ ْن ِزي ٍْر فَاِنَّهٗ ِرجْ سٌ اَوْ فِ ْسقًا اُ ِه َّل لِ َغي ِْر هّٰللا ِ بِ ٖ ۚه‬

(Surah Al-An’am Ayat 145)

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya
melainkan daging haiwan yang mati (bangkai), atau darah yang mengalir, atau daging babi
kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah.

Ayat yang pertama itu adalah mutlaq kerana darah yang disebut pada ayat tersebut tidak
dikaitkan dengan mana-mana sifat. Manakala ayat yang kedua pula berbentuk muqayyad
kerana darah yang disebutkan dalam ayat tersebut dikaitkan dengan sifat iaitu darah yang
mengalir. Jika dilihat dari segi keadaannya pula, keadaan hukum dan sebab hukum sama
antara mutlaq dan muqayyad. Kedua-dua ayat tersebut jelas menunjukkan berlaku
percanggahan, iaitu pada ayat pertama Allah mengharamkan memakan darah secara mutlaq,
tidak kira sama ada mengalir atau tidak. Manakala ayat yang kedua pula, Allah menerangkan
bahawa darah yang haram untuk dimakan itu dibataskan kepada darah yang mengalir sahaja.
Oleh itu, para ulama telah menolak percanggahan yang berlaku antara kedua-dua dalil
tersebut dengan mengatakan bahawa mutlaq pada ayat pertama itu diqayadkan dengan ayat
yang kedua. Maka, darah yang bersifat mutlaq pada ayat pertama itu bermaksud darah yang
mengalir setelah diqayadkan oleh ayat yang kedua.

iii ) Percanggahan dalil antara mantuq dan mafhum

Mantuq pada bahasa ialah perkara yang dilafazkan. Pada istilahnya ialah suatu makna yang
ditunjukkan oleh lafaz pada tempat cakapan (tersurat). Manakala mafhum pada bahasa ialah

12
sesuatu yang dapat diketahui dan difahami daripada lafaz. Pada istilahnya ialah suatu makna
yang ditunjukkan oleh lafaz tidak pada tempat cakapan (tersirat).

Untuk pemahaman yang lebih jelas lagi, maka didatangkan beberapa contoh
percanggahan dalil yang berlaku dalam mantuq dan mafhum. Antaranya mengenai air dari
segi kesuciannya. Sabda Nabi :

‫خلق هللا الماء طهورا ال ينجسه شيء إال ما غير طعمه أو لونه أو ريحه‬
(‫)رواه أبو داود‬

Maksudnya : Allah telah menciptakan air yang suci yang bertukar menjadi mutanajjis
dengan sesuatu kecuali apabila air itu berubah rasa atau warna atau baunya.

Sabda Nabi yang lain pula berbunyi :

‫ذا كان الماء قلتين لم يحمل الخبث‬


(‫)رواه أبو داود والبيهقي‬

Maksudnya : Apabila air itu cukup dua kolah, maka air itu bersih.

Berdasarkan kedua-dua hadis tersebut, maka jelas berlaku percanggahan iaitu mantuq
hadis pertama menunjukkan bahawa air yang suci tidak akan bertukar menjadi mutanajjis
sekiranya ia tidak berlaku perubahan sama ada dari segi rasa, warna atau bau tidak kira sama
ada air itu cukup dua kolah atau tidak. Manakala mafhum hadis yang kedua pula
menunjukkan bahawa apabila air yang suci kurang daripada dua kolah akan berubah menjadi
mutanajjis apabila terjatuh najis dalam air yang suci itu sekalipun air itu tidak berlaku
perubahan dari segi rasa, warna atau bau.

Justeru, mafhum hadis yang kedua itu telah mengkhususkan mantuq pada hadis yang
pertama. Berdasarkan kepada percanggahan kedua-dua dalil tersebut, maka ulama telah
menetapkan bahawa air yang kurang daripada dua kolah akan menjadi mutanajjis apabila
terjatuh najis dalamnya sekalipun tidak berlaku perubahan pada air itu.

13
Al-JAM

Al-jam’ merupakan kaedah yang digunakan untuk menyelaraskan dalil-dalil yang bercanggah
manakala al-jam’pada bahasa ialah menghimpunkan sesuatu daripada berpecah belah. Pada
istilahnya, al-jam’ sebagai melakukan penyamaan dan penyelarasan di antara dalil-dalil
syarak sama ada dalil tersebut adalah ‘aqli ataupon naqli, serta menjelaskan percanggahan itu
sebenarnya tidak wujud pada hakikatnya, tidak kira sama ada dibuat pentakwilan pada kedua-
dua dalil yang bercanggah itu ataupon salah satu daripadanya.

Syarat-Syarat Al Jam

Ulama telah menetapkan beberapa syarat bagi membolehkan seseorang mujtahid melakukan
proses al-jam’. Antaranya :

i ) Hendaklah kedua-dua dalil tersebut sabit kehujahannya. Contohnya ta’arud antara dua
hadis. Jika salah satu daripada dua hadis tersebut tidak sabit kehujahannya seperti hadis daif
atau hadis shadh, maka secara sendirinya tidak berlaku percanggahan antara kedua-dua hadis
tersebut.

ii ) Tidak membawa kepada pembatalan nas-nas syarak. Apabila berlaku percanggahan antara
dua dalil dan para mujtahid menggabungkan antara kedua-duanya dengan mentakwilkan
salah satu daripada dalil-dalil tersebut sehingga menyebabkan kedua-dua dalil tersebut
terbatal, maka ini tidak dikatakan sebagai al-jam’

iii ) Hendaklah kedua-dua dalil yang bercanggah itu sama kuat. Jika salah satu dalil lebih kuat
berbanding dengan dalil yang satu lagi, maka ia telah menjadi proses tarjih. Syarat ini
merupakan syarat al-jam’ bagi mazhab Hanafi dan sebilangan daripada mazhab Syafi’e.
Namun, jumhur ulama mengatakan bahawa persamaan dua dalil yang bercanggah itu tidak
menjadi syarat kepada al-jam’. Hal ini boleh dilihat daripada petikan kata-kata Syeikh Jalal
al-Din al-Mahalliyy bahawa antara penggunaan al-jam’ dengan al-tarjih, maka penggunaan
al-jam’ lebih utama walaupun kedua-dua dalil itu tidak sama dari segi kekuatannya.

14
iv ) Pengumpulan atau pengharmonian itu tidak berdasarkan kepada pentakwilan yang
tersasar.

v ) Tidak bertembung dengan nas yang sahih. Untuk pemahaman yang lebih jelas mengenai
al-jam’, maka didatangkan contoh iaitu mengenai idah wanita yang kematian suami.

Firman Allah SWT :

‫َوالَّ ِذ ْينَ يُت ََوفَّوْ نَ ِم ْن ُك ْم َويَ َذرُوْ نَ اَ ْز َواجًا يَّتَ َربَّصْ نَ بِا َ ْنفُ ِس ِه َّن اَرْ بَ َعةَ اَ ْشه ٍُر َّو َع ْشرًا‬

( Surah Al-Baqarah Ayat 234)

Maksudnya : Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan istri-istri
hendaklah mereka (istri-istri) menunggu empat bulan sepuluh hari.

Dalam firman Allah yang lain :

‫ض ْعنَ َح ْملَه ۗ َُّن‬


َ َّ‫ت ااْل َحْ َما ِل اَ َجلُه َُّن اَ ْن ي‬
ُ ‫َواُواَل‬

(Surah Al-Talaq Ayat 4)

Maksudnya : : Sedangkan perempuan-perempuan yang hamil, waktu idah mereka itu ialah
sampai mereka melahirkan kandungannya.

Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut, ulama telah menggunakan kaedah al-jam’ dan ia juga
menepati syarat-syarat al-jam’ iaitu kedua-dua dalil tersebut adalah sabit kehujahannya, ia
juga tidaklah sehingga membatalkan kedua-dua dalil tersebut dan kekuatan pada kedua-dua
dalil tersebut adalah sama iaitu kedua-duanya nas al-Quran serta penyelarasan yang
dilakukan itu tidak berdasarkan kepada pentakwilan yang tersasar dan kedua-dua dalil
tersebut juga tidak bertembung dengan nas-nas yang sahih. Maka, idah bagi wanita hamil
yang kematian suami ialah dilihat pada tempoh yang paling dekat iaitu apabila seseorang
wanita tidak hamil yang kematian suami, idahnya adalah 4 bulan 10 hari, manakala idah bagi
wanita yang kematian suami dalam keadaan hamil, maka idahnya adalah sehingga
melahirkan anak.

15
PENGERTIAN TARJIH

Tarjih adalah satu perbahasan yang penting dalam bidang ilmu Usul Fiqh. Ia melibatkan
dalil-dalil yang menjadi perbahasan dan beberapa pendapat mujtahid bagi mengambil
keadaan dalil yang manakah boleh diamalkan dan manakah yang perlu ditinggalkan.

Pengertian Bahasa, tarjih membawa dua pengertian. Pertama bermaksud menguatkan


atau memberi kemenangan kepada yang lain. Manakala maksud kedua pula adalah mengerak-
gerakkan secara berturut-turut. Dalam Mu‛jam Mukhtasar al-Sahhāh, tarjih ditakrifkan
sebagai memberi. Sementara Ibn Manzūr melalui Lisān al-‘Arab mentakrifkan dengan
mengungkapkan ayat berikut :
ً ‫ّحت ترجيحا ً إذا أعطيتُهُ راجحا‬
ُ ‫رج‬

Maksudnya: “dan aku telah lebihkan dia apabila aku berikan dia sesuatu yang lebih
banyak.”

Sementara dari sudut istilah ilmu usul fiqh, Imam Fakhr al-Din al-Rāzi mentakrifkan tarjih
sebagai menguatkan salah satu dari dua jalan untuk mengetahui mana yang lebih kuat, lalu
beramal dengannya dan ditolak yang sebaliknya.Menurut pengarang al-Ibhāj, tarjih
bermaksud memperkuatkan salah satu dari dua petunjuk untuk beramal dengannya.

Imam al-Zarkashi turut mengertikannya dengan pengertian yang sama dengan sedikit
perubahan iaitu memperkuatkan salah satu dari dua petunjuk dengan sebab yang tidak jelas.
Maksudnya sekiranya suatu dalil itu sudah punya kekuatan yang jelas, ia tidak perlu kepada
pentarjihan

16
Al-Āmidi mentakrifkan tarjih sebagai menghubungkan salah satu dari dua dalil yang saling
bertentangan yang sesuai sebagai dalil mengikut sebagaimana yang diminta, dimana salah
satu darinya mewajibkan amal dan satu lagi diabaikan.

Manakala dalam istilah moden diertikan sebagai mendahulukan salah satu daripada
dua dalil yang saling bertentangan, kerana kelebihan yang ada padanya menjadikannya lebih
utama untuk beramal berbanding dalil yang sebaliknya.Ia juga ditakrifkan sebagai proses
penetapan kelebihan terhadap salah satu daripada dua dalil ke atas yang satu lagi.

Merujuk kepada beberapa takrifan diatas semuanya menjurus kepada memahami


tarjih sebagai satu proses dengan tujuan untuk mengetahui kelebihan suatu nas berbanding
yang lain untuk dijadikan hujah dan beramal dengannya

SYARAT-SYARAT TARJIH

Menurut Imam Badruddin al-Zarkasyi al-Syafie menyebutkan beberapa syarat untuk tarjih
iaitu, Hendaklah tarjih itu berlaku di antara dalil-dalil. Manakala tidak berlaku tarjih pada
dakwaan-dakwaan. Selain itu, Dalil-dalil tersebut mestilah menerima percanggahan pada
zahirnya. Iaitu tiada ruang pada tarjih dalam dalil-dalil yang qath’ie. Ini kerana tarjih adalah
menguatkan salah satu bahagian ke atas bahagian yang lain supaya berat ke atas sangkaan
kita ia adalah sahih. Dan khabar-khabar mutawatir itu adalah qath’ie maka tidak berlaku
tarjih padanya. Kemudian, Tarjih tidak berlaku dalam perkara-perkara ‘aqliyyat iaitu taqlid.

Manakala al-Imam al-Syaukani Rahimahullah memberikan syarat yang lain untuk


melakukan tarjih iaitu, Hendaklah kedua-duanya (dalil) itu setara atau sama pada sudut
sabitnya ia. Maka tidak ada percanggahan di antara al-Quran dan juga khabar ahad melainkan
dari sudut dalalah. Seterusnya, hendaklah kedua-dua dalil itu sama dari sudut kekuatan.
Maka tidak ada percanggahan di antara dalil mutawatir dan dalil ahad. Bahkan didahulukan
dalil yang mutawatir itu secara sepakat. Sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Imam al-
Haramain Abdul Malik al-Juwaini Rahimahullah. Kemudian, hendaklah kedua-dua dalil
tersebut setara atau sama dari sudut hukum.  Bersama-sama dengan setaranya waktu, tempat,
dan juga jihah (bentuk). Maka tidak berlaku percanggahan di antara larangan berjual beli
sewaktu azan Jumaat dengan keizinan untuk berjual beli pada selain waktu tersebut.

17
BENTUK-BENTUK TARJIH

Mentarjih dengan melihat sanad

“Sanad” adalah orang-orang yang meriwayatkan hadith daripada baginda seperti yang tercatat
dalam kitab-kitab hadith. Sanad mestilah dipilih yang mana lebih kuat, sebagai contohnya:
Apabila terdapat dua buah hadis, hadis yang pertama sanad perawi di dalamnya lebih banyak
daripada hadis yang kedua. Maka ditarjihkan hadis yang memiliki perawi yang banyak. Ini
kerana, itu lebih menguatkan sangkaan kita kepadanya dan kemungkinan untuk berlakunya
kesalahan atau pendustaan terhadap ramai orang itu adalah lebih kurang berbanding
kemungkinannya terhadap yang sedikit. Selain itu, Hendaklah dipilih sanad yang
diriwayatkan oleh orang yang memahami, kerana ia lebih mengetahui maksud hadith yang
diriwayatkannya daripada orang yang tidak memahami. Kemudian, memilih sanad yang
diriwayatkan oleh perawi yang boleh dipercayai (thiqat). Seterusnya, perawi itu mestilah
seorang yang mempunyai hafalan yang baik berbanding perawi lain kerana ia dapat
menguatkan lagi keyakinan berkenaan hadis itu. Selepas itu, perawi mestilah dari orang yang
berada di dalam sesuatu kejadian yang dinyatakannya kerana pada kebiasaannya dia lebih
mengetahuinya apa yang berlaku ketika itu.

Mentarjih dengan melihat kepada matan

Matan ialah kandungan hadith atau kandungan riwayat iaitu pengkhabaran selepas orang
yang menceritakannya. Sebagai contoh, ‘sabda nabi s.a.w adalah matan’.
Untuk memilih matan yang lebih kuat daripada matan yang lain, terdapat beberapa
kaedah. Antaranya ialah, memilih kandungan hadis yang fasih bahasanya kerana kefasihan
dapat menguatkan kepercayaan bahawa hadis tersebut diriwayatkan dari Nabi Muhammad
s.a.w. Selain itu, matan yang menunjukkan maksud yang jelas daripada yang mengandungi
sindiran atau kiasan kerana ia dapat memberikan kemudahan untuk difahami dengan jelas.

Mentarjih dengan kepada perkara luaran

18
Keadaan luaran bermaksud perkara selain daripada yang dinyatakan di atas. Terdapat
beberapa kaedah berkaitan perkara luaran ketika menggunakan tarjih.

Jika terdapat dua dalil, maka kita hendaklah mendahulukan dalil yang lebih hampir
kepada ihtiyath  (berhati-hati) dan melepaskan tanggungjawab (bara’ah al-zimmah). Ini
kerana, itu lebih dekat untuk mendatangkan maslahah dan menolak kerosakan. Begitu juga
kita perlu mentarjihkan dalil-dalil yang disertakan sekali dengan tafsir dari perawi, perbuatan,
dan juga ucapannya ke atas dalil-dalil yang tidak memiliki perkara tersebut. Ini kerana,
perawi itu lebih mengetahui khabar yang dia riwayatkan berbanding selainnya.

CONTOH ISU BERKAITAN TARJIH

‫ تزوج رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ميمونة وهو محرم مسلم‬: ‫عن ابن عباس انه قال‬
Maksudnya :
Dari Ibnu Abbas bahawa ia pernah berkata : “ Rasulullah s.a.w telah bernikah dengan
Maimunah. Sedangkan Baginda di dalam ihram haji”.

‫ تزوجها وهو حالل مسلم‬.‫ حد شتني ميمونة بنت الحرث ان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬: ‫عن يزيد بن االصم قال‬

Maksudnya :
Dari Yazid bin al-‘Asim, ia berkata : Maimunah binti al-Haris telah menceritakan kepadaku
bahawa Rasulullah s.a.w telah bernikah dengannya, sedang Baginda ihlal haji.

Dua riwayat tersebut kelihatan bertentangan. Riwayat yang pertama mengatakan bahawa
Baginda bernikah dalam “ihram”, iaitu dalam mengerjakan ibadah haji. Manakala bagi
riwayat yang kedua, menetapkan Baginda bernikah dalam keadaan “ihlal” iaitu tidak dalam
mengerjakan ibadah haji. Dalam menetapkan riwayat-riwayat yang bertentangan ini, bagi
fuqaha’ yang tidak dapat menggunakan ijmak, maka fuqaha menggunakan tarjih dalam isu
ini.

Riwayat yang pertama, Ibnu Abbas berkata: Nabi Muhammad S.A.W berkahwin dengan
Maimunah ketika ihram. Kemudian, riwayat yang kedua iaitu Maimunah sendiri yang

19
menyatakan bahawa nabi berkahwin dengannya bukan ketika ihram. Hal ini menunjukkan
pertentangan antara kedua-dua riwayat ini. Oleh itu, dalam keadaan ini pentarjihan dilakukan
berdasarkan kepada pandangan pertama, meneliti sanad riwayat tersebut, iaitu Ibnu Abbas
yang menkhabarkan berita tersebut, tidak pasti sama ada beliau hadir atau tidak di dalam
majlis perkahwinan nabi s.a.w dengan Maimunah. Maimunah menceritakan tentang dirinya
sendiri. Tentu riwayat ini lebih kuat daripada riwayat Ibnu Abbas tadi.

Pandangan kedua, Abu Rafie iaitu seorang sahabat ada juga meriwayatkan cerita itu ia
menerangkan mengenai kejadian perkahwinan itu dalam keadaan halal (bukan dalam ihram).
Pendapat Ibnu Abbas tersebut tidak dipersetujui oleh beberapa orang sahabat, sedangkan
riwayat Abu Rafie itu tidak salah. Maka riwayat Abu Rafie membantu cerita Maimunah. Ini
tentu lebih kuat lagi.

Pandangan ketiga, cerita maimunah dan riwayat Abu Rafie itu pula, setuju dengan larangan
Nabi Muhammad S.A.W.

‫حدثنا القعنبي عن مالك عن نافع عن نبيه بن وهب أخي بني عبد الدار أن عمر بن عبيد هللا أرسل إلى أبان بن عثمان بن‬
‫عفان يسأله وأبان يومئذـ أمير الحاج وهما محرمان إني أردت أن أنكح طلحة بن عمر ابنة شيبة بن جبير فأردت أن تحضر‬
‫ذلك فأنكر ذلك عليه أبان وقال إني سمعت أبي عثمان بن عفان يقول قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ال ينكح المحرم وال‬
‫ينكح حدثنا قتيبة بن سعيد أن محمد بن جعفر حدثهم حدثنا سعيد عن مطر ويعلى بن حكيم عن نافع عن نبيه بن وهب عن‬
‫أبان بن عثمان عن عثمان أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ذكر مثله زاد وال يخطب‬.

( Sunan Abu Daud, Kitab Ibadah Haji: Bab orang yang dalam ihram berkahwin).

Maksudnya:
Orang yang dalam ihram tidak boleh kahwin dan tidak boleh mengahwinkan orang lain.

Daripada tiga pendapat tersebut, dapat diambil kesimpulan bahawa riwayat Maimunah ini
lebih kuat daripada riwayat Ibnu Abbas. Berdasarkan kepada cara tersebut, riwayat
Maimunah yang harus dipakai.

Berdasarkan kepada hadis ini ia bersesuaian dengan keadaan Hendaklah dipilih perawi yang
menyertai di dalam sesuatu kejadian yang dinyatakannya kerana pada kebiasaannya dia lebih
mengetahuinya. Iaitu situasi Ibn Abbas yang tiada dalam majlis pernikahan Rasulullah Saw

20
dengan Maimunah akan tetapi ada hadis lain bahawa Maimunah sendiri yang mengkhabarkan
bahawa ketika itu Nabi tidak berihram haji ketika hendak berkahwin dengan Maimunah.

Pandangan kedua adalah, ia bersesuaian dengan Hendaklah dipilih hadith (riwayat) yang
dibantu oleh keterangan lain. Apabila datangnya Riwayat Rafie yang membantu cerita
Maimunah apabila Abu Rafie setuju bahawa Rasulullah melarang seseorang untuk berkahwin
ketika ihram haji.

Akhir sekali, pandangan yang ketiga hendaklah dipilih makna yang lebih diterima dan sesuai
dengan maksud dan kehendak agama. Ia bersesuaian dengan keadaan yang mana Rasulullah
Saw melarang umatnya untuk bernikah ketika ihram haji dan apabila fuqaha hendak
menentukan tarjih maka lebih diutamakan perkara yang bersesuaian dengan larangan Nabi
Saw. Oleh itu dengan adanya tarjih maka tertolak Riwayat Ibn Abbas.

21
KESIMPULAN
Berdasarkan perbahasan berkaitan ta’arud al adillah wa al-tarjih, dapatlah disimpulkan
bahawa percanggahan antara dua dalil yang saling bertentangan antara satu sama lain.
Pertentangangan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah dalalah nas bersifat
zanniy. Islam merupakan agama yang telah diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai
satu cara hidup yang sempurna. Allah menerangkan bahawa Islam itu telah sempurna sebagai
satu agama yang lengkap, ini menunjukkan bahawa segala hukum-hakam terhadap sesuatu
masalah terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Cuma terdapat ayat-ayat atau nas-nas yang
bersifat zanniy. Apabila terdapat dalil yang zanniy, maka ulama akan berbeza pendapat dan
inilah merupakan salah satu sebab berlakunya percanggahan antara dalil-dalil. Dengan ini
dapatlah difahami bahawa ta’arud al-adillah wa al-tarjih merupakan satu perbincangan
tentang kaedah-kaedah untuk mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil yang bercanggah.

22
RUJUKAN

Dr. Mustafa Dib Al-Bugha. 2021. Fiqh Islam Mazhab Syafie. Al-Hidayah Publication
Dr. Abdul Karim Zaidan. 2020. Kaedah Usul Fiqah. Pustaka Al-Ehsan
Mohd Salleh Haji Ahmad. 2014. Pengantar Syariat Islam. Pustaka Haji Abdul Hamid
Selamat Hashim. 2016. Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh.
Universiti Teknologi Malaysia
Abbas Mutawalli Hammadah. 1968. Usul Fiqh. Mesir Jamiah al-Qahirah.
Abdul Karim Zaidan. 2009. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassat al-Risalah
Abd Qadir Hassan. 1977. Usul Fiqh. Kota Bharu: Pustaka Aman Press
Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid. 2004. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur
: Penerbit Universiti Malaya
Abdul Latif Muda B.A, M.A. 1972. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn.Bhd
Al-Quranul Karim

23

Anda mungkin juga menyukai