Anda di halaman 1dari 28

AMAT PENTING:

Kes murtad Azlina Jelani (Lina Joy) dan


kelemahan sistem perundangan : Implikasi
terhadap masa depan Islam & Melayu di
Malaysia
Oleh Peguam Pembela

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang
muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh
orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama
(murtad).* (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" *


(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan
berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam
(Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke
Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu
untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Singapura
untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari
dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan
bedilan peluru serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka.

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah
dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung
sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa
paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara.

Apa pendirian kita?

Latar belakang

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang


mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan
definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.

Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam,
dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak
boleh dipisahkan.
Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu
undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam,
(rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang
menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan
Mahkamah Syariah di Malaysia.

BIODATA PERIBADI AZALINA JAILANI@LINA JOY

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada
Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab
pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru
tertera perkataan Agama Islam.

Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya
beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian


sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-Mei-
1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang
India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk
mengesahkan perkahwinan beliau.

Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan
kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam
adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai,
Kuala Lumpur.

Fakta kes

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran


perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis
beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan
kepada Lina Joy.

Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan


permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari
Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan


(MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar
Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah


Rayuan pada 19-September-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah
dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan
membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.

Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas
Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada
Mahkamah Persekutuan.

Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’
Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong
tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh
Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan
peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta
untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah
perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam
tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah
Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan
kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang
terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah
tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh
Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel
11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person"
(individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada
individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani &
bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk
menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu
sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya
mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-
undang Islam.

Implikasi dan definisi 'Individu'

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!

Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun
mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya.

Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang
telah digazetkan dalam perlembagaan.

Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh
ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam
yang boleh mengongkongnya;
Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh
diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang
Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak
releven.

Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah
yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat
deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

Semua badan-badan Islam tidak releven lagi dalam perundangan semasa, sebab hak
mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk
menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu
bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta
berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang
mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

Mengapa kes Lina Joy?

Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah
di’marketing’kan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia
adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat
Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada
keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja,
hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang
pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau
Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan
sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan,
setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya
Tahir.

Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-
Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah
Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-
pemimpin negara yang beragama Islam.

Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan
diistilah kan sebagai “beyond our imagination” yang mana ia secara langsung
mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A)
Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan
sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di
dalam Al Quran & As Sunnah.
Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan
sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes
ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan
dibenarkan oleh perlembagaan.

Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia,
dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan
pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH
untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

http://www.becketfund.com/, http://www.malaysianbar.org.my/,
http://www.bernama.com.my/ menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana
organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang
membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia
sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan


untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan
bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

Malaysian Bar Council


All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism
(MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)

Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian


& tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri
individu tanpa paksaan, dan membentngkan ‘paper & kes study’ yang begitu panjang
lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap
kekeliruan yang amat tinggi.

Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama
Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah
yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council
member.

Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama
mereka kepada apa jua pilihan mereka…

Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam
yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan
Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri
kes itu menyebut;

"…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country
Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown
to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to
constitution…”

Tindakan segera

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di


Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah
diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan
jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat
mungkin adalah;

Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam
Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis
Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina
Joy;

Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang
utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate
tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar
pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-
orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan
lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk
menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar
Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman
mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang
kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu
Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes),
Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainuddin Ismail, Zainur
Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa.

Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini,
http://www.peguampembelaislam.com/ atau http://www.peguampembelaislam.org/,
yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak
semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan
penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan
terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada
seluruh masyarakat tentang isu ini;
Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini
disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan
sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my

Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu
sedar dan disedarkan tentang apa yang sedang berlaku dan implikasinya
terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa
hadapan.

Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM,
Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.

Semua dijemput hadir Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam
Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langsung tidak
dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas
kebenaran daripada pihak yang terlibat.

Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk
menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk
yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran


dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di
Malaysia, khususnya.

Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta


Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta
meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha
menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan
yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta
meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang
terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dikumpul
ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk
menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah
untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain
sekretariat Peguam Pembela Islam.

Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada


pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut
dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri
baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh
beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah
melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
GAMBAR LINA JOY (belakang kanan)BERSAMA RAKAN PEGUAM.
DEFINISI SYIRIK.
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan,
pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk
bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai
tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama
ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah


dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan
tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan


mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan
kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang
mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-
Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui
firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa
yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan
Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah
satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)
Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu
mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat
menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan
menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda
duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa
yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu
bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata:
Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang
besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir.
Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri
jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu
mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi
penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan
orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu
mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh
Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari
daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. –
(Hadis riwayat Muslim)

JENIS SYIRIK
Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang
dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang
itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada
tiga keadaan iaitu:

1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-
mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman
komunis dan ateis adalah jelas syirik.
2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala,
batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib
dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga
adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan
mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku
keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang
boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau
luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam
beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang
siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah
dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di
dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika
beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan
menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan
syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak
dalam beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan
sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu,
jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan
tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu
dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah
telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang
jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali
atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak
menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh
atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material,
keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi
adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal
untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas,
menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Beberapa langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di


dalam hidup manusia, termasuk pelaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh.

Selain itu diperbanyakkan penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar,


ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan
bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka
selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Syirik

CONTOH PERBUATAN SYIRIK.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang
meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu
Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada
sebarang unsur keberhalaan.
Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.
Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi
manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana
meniru perbuatan musyrikin.

Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh
mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah
Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat
kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada
Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan
halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini
yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk
nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-
nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)

Isu 021 - Element Syirik Di Dalam Lagu Far-East: Menanti Di Barzakh

Lirik Lagu:

Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku mengharap

Ku meminta dihidupkan semula


Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar


Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah


Semerah mawar dan juga rindu

7 langkah pun baru berlalu


Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu Resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali Ruh kembali


Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku


Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti


Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang


Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Kesalahan Nasyid Dari Kacamata Ahlus Sunnah (Secara Ringkas):

1 – Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan


di pentas-pentas hiburan.
2 – Menjadikan seruan dakwah sebagai barang dagangan dan bahan mengejar glamour.
3 – Mengandungi banyak fakta-fakta hadis yang batil.

4 – Dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengejar popularity.

5 - Mencemarkan imej dakwah.

6 – Melibatkan kaum wanita dalam hal persembahan dan gejala percampuran pergaulan
(ikhtilat)

7 – Menjadikan seolah-olah agama itu tidak lagi laku dalam medan dakwah yg sunnah,
lalu dijaja melalui bentuk hiburan, seolah-olah menyamakan seperti perbuatan paderi-
paderi kristian yang menjadikan agama mereka sebagai bahan nyanyian di gereja-gereja.
(Rujuk al-Anbiya’: 45, dan al-Ankabut: 51)

8 - Menjadikan zikir-zikir dilagukan dalam bentuk melodi-melodi tertentu, padahal ia


adalah haram. Allah memerintahkan supaya berzikir dengan rendah diri, rasa takut, dan
suara yang perlahan. (rujuk al-a’raaf: 205)

9 – Menggantikan al-Qur’an dan hadis dengan nyanyian untuk mendakwahi masyarakat,


dengan alasan bahawa masyarakat kini sudah tidak tertarik dengan al-Qur’an dan al-
Hadis. Persoalannya, adakah nabi dan para sahabat, pernah berdakwah dengan
menggunakan medium nasyid dan lagu walaupun keadaan mereka amat sukar pada masa
itu, malahan mereka lantas mengharamkan nyanyian?

10 – Menyebar-luaskan penggunaan alat-alat muzik (dan bunyi-bunyian) yang telah sedia


maklum bahawa diharamkan dalam kebanyakan hadis-hadis Rasulullah.

11 – Menyebar-luaskan video-video klip yang mana tanpa keperluan yang mana


mengandungi adegan-adegan lakonan.

12 – Sebahagiannya mengandungi kesalahan yang teruk dalam hal aqidah, malah


membawa pendengar ke lembah maksiat dalam bentuk yang halus dan dengan
bertopengkan nama Islam.

Kesalahan Aqidah Di Dalam Lirik Lagu Di Atas:

“Kembali Ruh kembali


Kembalilah ke dalam diri”

1 - Menyeru (berdoa) yang entah tidak tahu kepada siapa ditujukannya.


2 – Andai diserukan kepada Allah, ia tetap bentuk doa yang batil.
3 – Tidak wujud petunjuk dari dalil bahawa jasad (mahupun suatu entiti yang berasingan
daripada roh) mampu merintih atau melafakan perkataan seumpama itu dalam keadaan
selepas mati.

“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang”

1 – Menurut al-Qur’an dan Hadis, kita tidak tahu, bilakah masanya ajal akan datang
bertandang. Dan tiada manusia yang menantikan kedatangan malaikat maut. (Rujuk al-
An’am: 2).
2 – Hal qadha dan Qadar, adalah suatu persoalan ghaib yang menjadi rahsia disisi Allah.
(Rujuk al-An’am: 59)

Kesalahan ke-3: Menisbahkan diri sebagai orang yang mengalami kematian lalu
mampu menceritakan kisah kematiannya kepada dunia luar.

1 – Tidaklah diceritakan hal-hal yang ghaib itu melainkan melalui perantaraan al-Qur’an
dan Rasul-Nya. Cukuplah al-Qur’an dan Rasulullah sebagai petunjuk.
“7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu”

1 – Tidak ada talqin di waktu sesudah kematian. Talqin menurut sunnah adalah semasa
seseorang itu sedang nazak (yakni: bukan selepas mati dan dilakukan di atas kuburan),
lalu diajari dengan kalimah la ilaha illallah atau lafaz syahadah. Itulah hakikat talqin yang
sebenar. (rujukan: Ahkamul Janaiz, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Selama ini diceritakan kini aku merasakan


Di alam barzakh jasad dikebumikan”

1 - Tidak ada manusia yang mati mampu menceritakan perihal kematiannya.


2 – Jasad adalah dikebumikan di dalam kubur. Yang pergi ke alam barzakh adalah ruh,

“Ajal yang datang di muka pintu”

1 – Tidak pernah ada petunjuk Dalil yang memberitahu bagaimana bentuk dan rupa
datang-nya ajal. Juga tidak petunjuk bila datangnya ia, melainkan semua itu atas rahsia
Allah.
Mengenal Ahl al-Sunnah

Istilah Ahl al-Sunnah (‫ )أهسسل السسسنة‬adalah sesuatu yang sudah dikenali


ramai sehingga tidak perlu diperincikan lagi.[1] Ia adalah singkatan
daripada istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, iaitu kumpulan umat Islam yang
berjamaah dalam mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah secara keseluruhannya dan
mendahulukan kedua-dua sumber tersebut di atas akal mereka. Mereka bukanlah
Ahl al-Bid‘ah, iaitu kumpulan orang yang mendahulukan akal di atas nas al-Qur’an
dan al-Sunnah sehingga menciptakan pelbagai bid‘ah sama ada yang berbentuk
iktikad mahupun amalan yang bertentangan dengan petunjuk al-Qur’an dan al-
Sunnah.

Atas tujuan singkatan perkataan, Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah akan disebut sebagai
Ahl al-Sunnah sahaja di dalam risalah ini.

Pengenalan ringkas kepada sejarah kelahiran Ahl al-Sunnah.

Ahl al-Sunnah ialah kumpulan umat Islam yang telah wujud sejak zaman wahyu
masih diturunkan. Merekalah umat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Kumpulan umat Islam ini mula dikenali dengan nama Ahl al-Sunnah setelah
timbulnya beberapa aliran baru (bid‘ah) beberapa dekad selepas wafatnya
Rasulullah seperti aliran Khawarij, Syi‘ah al-Rafidhah, Murji‘ah dan
sebagainya.[2]

Aliran-aliran yang baru ini memiliki hujah daripada nas al-Qur’an dan al-
Sunnah untuk membenarkan iktikad mereka. Akan tetapi:

1. Penghujahan mereka hanya berdasarkan sebahagian nas dan tidak seluruhnya.


2. Mereka mendahulukan akal di atas wahyu sehingga mengalih (takwil) maksud
sebahagian nas kepada maksud yang selari dengan teori mereka.

3. Aliran mereka juga bercampur aduk antara 2 ciri di atas dengan fahaman lain
seperti Yunani, Parsi dan sebagainya yang berasal dari luar Islam.

Majoriti umat Islam yang masih berada di atas jalan yang benar
membezakan diri mereka daripada aliran-aliran di atas. Mereka memiliki
iktikad:

1 - Berhujah dengan seluruh nas al-Qur’an dan al-Sunnah, tidak sebahagian-


sebahagian.

2 - Mendahulukan wahyu di atas akal, menjadikan akal sentiasa selari dengan


tuntutan wahyu.

3 - Mereka berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam


dalam semua urusan agama sama ada yang ghaib atau nyata, teori atau praktikal,
iktikad atau amalan, tafsiran atau penerapan dan lain-lain lagi.

Pegangan yang teguh ini menyebabkan mereka menamakan diri mereka sebagai Ahl
al-Sunnah. Penamaan ini juga bertujuan membezakan diri mereka daripada aliran-
aliran baru yang menyelisihi 3 ciri di atas. Perlu ditambah bahawa di dalam bab
tertentu wujud perbezaan pendapat di kalangan Ahl al-Sunnah. Namun perbezaan ini
tidak melibatkan perkara-perkara iktikad yang membentuk asas agama tetapi
melibatkan perkara-perkara yang lain yang dibolehkan berijtihad di dalamnya.

Ahl al-Sunnah tidak diasaskan oleh para imam yang empat seperti Abu Hanifah
(150H), Malik bin Anas (179H), al-Syafi‘i (204H) dan Ahmad bin Hanbal (241H)
rahimahullah ‘alaihim ajma‘in. Mereka semua berada di dalam Mazhab Ahl al-Sunnah
dan bukan pengasasnya. Perbezaan di antara mereka hanyalah berkaitan dengan
persoalan hukum fiqh dan bukannya iktikad.[3] Ibn Taimiyyah (728H) rahimahullah
menegaskan:[4]

“Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah mazhab lama yang sudah pun
dikenal sebelum Allah mencipta Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‘i dan Ahmad. Ia
sesungguhnya adalah mazhab para sahabat yang mereka ambil secara terus
dari Nabi mereka. Dan sesiapa yang menyalahi daripada yang demikian
dialah pembuat bid'ah di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.”

Demikian juga, Mazhab Ahl al-Sunnah tidak diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Asya‘ari
(324H) rahimahullah. Beliau berada di dalam Mazhab Ahl al-Sunnah dan berusaha
membelanya daripada beberapa aliran baru yang wujud pada zamannya. al-Baihaqi
(456H) rahimahullah menerangkan hakikat ini:[5]

Syaikh kami, Abu al-Hasan al-Asya‘ari rahimahullah tidaklah mencipta di


dalam agama Allah ini sesuatu yang baru dan tidaklah dia mendatangkan
padanya sesuatu bid‘ah. Sebaliknya beliau mengambil doktrin para sahabat
dan para tabi‘in dan daripada (orang-orang) sesudah mereka daripada
kalangan para imam dalam prinsip agama. Kemudian beliau
mempertahankannya dengan memberi syarahan tambahan dan penjelasan.
Dan (beliau membuktikan) bahawa apa yang diperkatakan tentang
persoalan prinsip (agama) dan apa yang datang tentangnya dari pembuat
syari‘at (Allah) adalah benar di sisi akal yang sahih, berbeza dengan apa
yang didakwa oleh para pengikut hawa nafsu bahawa sebahagian daripada
prinsip tersebut tidak selari dengan pandangan akal.

Maka penjelasan beliau merupakan penguat kepada apa yang (sebelum itu) tidak
dibuktikan ke atasnya oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah[6] dan pertahanan kepada
doktrin para imam sebelumnya seperti Abu Hanifah dan Suyfan al-Tsauri daripada
kalangan ahli Kufah, al-Auza‘i dan selainnya daripada kalangan ahli Syam, Malik dan
al-Syafi‘i daripada kalangan ahli Haramain dan sebagainya daripada kalangan
Semenanjung Arab dan baki yang seterusnya daripada lain-lain negeri, dan seperti
Ahmad bin Hanbal dan selainnya daripada kalangan Ahl al-Hadits.

Tokoh-tokoh terkemudian seperti Ibn Taimiyyah (728H), Ibn Qayyim (751H),


Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) dan sebagainya juga berada di dalam
Mazhab Ahl al-Sunnah dan berusaha membela keasliannya daripada pelbagai aliran
baru yang wujud pada zaman mereka. Mazhab Ahl al-Sunnah yang mereka bela
kelihatan “aneh” bukan kerana ia sesuatu yang baru tetapi kerana sudah lama
ditenggelamkan oleh aliran-aliran lain yang muncul di sepanjang zaman.

Pada masa kini diketahui terdapat beberapa aliran yang semuanya mendakwa diri
mereka sebagai Mazhab Ahl al-Sunnah. Ada juga yang berpendapat Mazhab Ahl al-
Sunnah itu dengan sendirinya terdiri daripada beberapa aliran seperti al-Asya‘irah,
al-Matudiriyyah dan sebagainya. Pendapat-pendapat ini adalah tidak benar kerana:

1 - Kriteria penentu bagi Mazhab Ahl al-Sunnah adalah iktikad yang telah berdiri di
atasnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabatnya, para tabi‘in
sehinggalah ke para imam mazhab yang empat, radiallahu ‘anhum. Merekalah
generasi al-Salaf (terawal), sebaik-baik umat untuk kita jadikan teladan dan ukuran.

2 - Oleh itu “acuan” bagi kriteria Ahl al-Sunnah adalah apa yang dibentuk oleh
generasi al-Salaf. Justeru “acuannya” hanya satu. Apa-apa aliran yang muncul
selepas generasi al-Salaf hendaklah diukur iktikad mereka berdasarkan “acuan” yang
telah dibentuk oleh generasi al-Salaf.

3 - Jika dikatakan aliran Ahl al-Sunnah itu terdiri daripada beberapa aliran, ia
menyalahi tujuan asal penamaan Ahl al-Sunnah itu sendiri. Ini kerana Ahl al-Sunnah
adalah nama yang digunakan untuk membezakan antara umat Islam yang berada di
atas keaslian agama Allah dan Rasul-Nya dengan aliran-aliran lain yang wujud
terkemudian yang bercampur aduk dengan teori akal dan fahaman lain.

4 - Justeru tidak boleh memasukkan aliran-aliran yang lain ke dalam aliran Ahl al-
Sunnah kerana ia dengan sendirinya membatalkan tujuan asal penamaan Ahl al-
Sunnah.

Oleh itu sekali lagi ditegaskan, Ahl al-Sunnah ialah kumpulan umat Islam yang wujud
sejak zaman wahyu masih diturunkan. Ia hanya mula dikenali dengan nama Ahl al-
Sunnah setelah timbulnya pelbagai aliran baru (bid‘ah) beberapa dekad selepas
wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertujuan membezakan golongan
yang yang berada di atas di atas keaslian agama Allah dan Rasul-Nya dengan aliran-
aliran lain yang wujud terkemudian yang bercampur aduk dengan teori akal dan
fahaman lain.

Bibliografi:

[1] Untuk perbahasan terperinci tentang istitah ini, rujuk kertas kerja Johari Mat: Ahl
al-Sunnah wa al-Jama‘ah: Satu Pengenalan di dalam buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah Golongan Tauladan (Jahabersa, Johor Bahru 2004).

[2] Lebih lanjut lihat kertas kerja Abdullah Yasin: Manhaj Akidah Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah di dalam buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah
Golongan Tauladan.

[3] Lebih lanjut lihat buku penulis: Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam
(Edisi Baru) (Jahabersa, Johor Bahru 2004).

[4] Minhaj al-Sunnah al-Nubuwwah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah, jld. 2,


ms. 601. Kitab ini tidak memiliki pembahagian bab yang berjudul. Rujukan
mukasurat di atas ialah bagi edisi 9 jilid yang ditahqiq oleh M. Rasyad Salim. Bagi
edisi lama tanpa tahqiq yang dicetak bersama Muawaqat Sorih al-Ma‘aqul li Shahih
al-Manqul, lihat jld. 1, ms. 256. Rujukan kepada edisi tanpa tahqiq ini seterusnya
akan dikemukakan dalam bentuk kurungan.

[5] Dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir (571H) di dalam Tabyin Kazb al-Muftari fi Ma Nusiba
ila Imam Abu al-Hasan al-Asya‘ari, ms. 103 daripada edisi yang ditahqiq oleh Zahid
al-Kauthari.

[6]Ini kerana pelbagai bid’ah yang timbul pada zaman Abu al-Hasan al-Asya‘ari
belum wujud pada zaman sahabat dan tabi‘in sehingga memerlukan kepada metode
perbahasan dan penyanggahan yang baru untuk membenarkan apa yang selama ini
benar sejak awal di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.

Siapakah Syiah al-Rafidhah

Perkataan Syi‘ah dari sudut bahasa.

Dari sudut bahasa, Syi‘ah (‫ )شيعسة‬disebut sebagai Syi‘ah seseorang (‫)شيعةالرجسل‬, bererti
pengikutnya (‫)أتباعسسه‬, pendokongnya (‫ )أنصسساره‬dan puaknya sahaja (‫)الفرقسسة على حدة‬. Ia
diungkap untuk seorang atau dua orang atau ramai, lelaki dan wanita.[1]

Penggunaan istilah ini di dalam al-Qur’an antara lain boleh dirujuk dalam ayat 15
surah al-Qasas:

Dan masuklah ia (Musa) ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak


menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang
dari golongannya sendiri (Syi‘ah) dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka
orang yang dari golongannya (Syi‘ah) meminta tolong kepadanya melawan orang
yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu
mati. (pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya
Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya).” [al-Qasas 28:15]
Maksud Syi‘ah dari sudut istilah

Gelaran Syi‘ah lazimnya ditujukan kepada setiap orang yang setia (wala’) kepada ‘Ali
bin Abi Thalib dan Ahl al-Baitnya radhiallahu ‘anhum, sehingga ia menjadi nama
gelaran yang khusus bagi mereka.[2]

Pembahagian Syi‘ah kepada 3 golongan:

Mazhab Syi‘ah boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan beberapa


kategori seperti akidah, politik, fiqh dan sebagainya.[3] Yang penting dalam
perbahasan risalah ini ialah pendirian atau mazhab Syi‘ah apabila berinteraksi
dengan kedudukan para sahabat dan persoalan khalifah (‫)المامسة‬, di mana ia dapat
dibahagikan kepada 3 kumpulan:

Pertama: al-Tasyaiyu’ (‫)التشيع‬.

Kumpulan ini adalah mereka yang bersimpati lalu menyebelahi pasukan ‘Ali bin Abi
Thalib dalam peristiwa peperangan antara pasukan ‘Ali dan Mu‘awiyyah, radhiallahu
‘anhuma. Mereka juga mengambil berat, merasa sedih dan simpati ke atas nasib
yang menimpa ‘Ali dan keluarganya: Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum
sebagaimana yang tercatit di dalam sejarah Islam.

Kedua: al-Mufadhdhilah (‫)المفضلة‬

Kumpulan ini adalah mereka yang berpendapat bahawa ‘Ali bin Abi Thalib dan
keluarganya adalah lebih mulia, lebih utama dan lebih tinggi kedudukannya
berbanding lain-lain sahabat.

Walaubagaimanapun kedua-dua kumpulan yang pertama ini mengiktiraf jawatan


khalifah Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman serta tidak mencela para sahabat yang
lainnya. Pilihan mereka kepada apa yang mereka cenderungi tidak menyebabkan
mereka berlaku tidak adil dan berlebih-lebihan (ghuluw) terhadap apa yang tidak
mereka cenderungi.

Ketiga: al-Rafidhah (‫)الرافضة‬

al-Rafidhah bermaksud kumpulan yang menolak. Syi‘ah al-Rafidhah adalah mereka


yang menolak kekhalifahan dan keutamaan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman. Mereka
juga menolak para imam daripada keturunan Ahl al-Bait Rasulullah kerana mereka
(para imam daripada keturunan Ahl al-Bait) juga mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar,
‘Umar dan ‘Utsman serta mengutamakan mereka bertiga di atas ‘Ali bin Abi
Thalib.[4]

Bertitik tolak daripada penolakan di atas maka terbentuk 4 asas berikut


yang menjadi iktikad Syi‘ah al-Rafidhah:

1 - Bahawa khalifah pertama yang hak selepas kewafatan Rasulullah ialah ‘Ali diikuti
dengan Husain dan keturunannya.
2 - Bahawa para sahabat sehinggalah ke umat Islam masa kini dari kalangan Ahl al-
Sunnah telah membelakangi nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang menetapkan jawatan
khalifah mereka (‘Ali, Husain dan keturunannya).

3 - Bahawa kerana sikap Ahl al-Sunnah yang membelakangi al-Qur’an dan al-Sunnah
sepertimana poin 2 di atas, maka mereka, sejak dari Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan
para sahabat seluruhnya sehingga ke umat Islam hari ini berada di dalam kesesatan.

4 - Bahawa mazhab yang benar di dalam Islam ialah Mazhab Syi‘ah manakala
Mazhab Ahl al-Sunnah adalah mazhab yang salah.

Risalah saya ini insya-Allah akan memberi tumpuan kepada membahas dan
menjawab nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah serta kisah sejarah yang digunakan oleh
Syi‘ah al-Rafidhah untuk membentuk 4 asas di atas. Atas tujuan singkatan
perkataan, Syi‘ah al-Rafidhah akan disebut sebagai “Syi‘ah” sahaja di dalam buku
ini.

Pengenalan ringkas kepada sejarah kelahiran Syi‘ah.

Faktor yang masyhur disebut sebagai sebab kelahiran Syi‘ah ialah peranan ‘Abd Allah
bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya
memiliki tujuan ingin menghancurkan Islam dari dalam.[5]

Akan tetapi pada penelitian penulis, wujud faktor kedua atau sebuah lagi tenaga
penggerak yang melahirkan Syi‘ah. Hal ini wajar kerana faktor yang memecahkan
Islam kepada dua aliran besar: Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah perlu terdiri daripada
sesuatu yang jauh lebih besar, lebih kuat, lebih berazam, lebih berpengaruh dan
lebih efektif daripada ‘Abd Allah bin Saba’ seorang sahaja.

Malah keselesaan kita (Ahl al-Sunnah) memfokuskan faktor kelahiran Syi‘ah kepada
peranan ‘Abd Allah bin Saba’ sahaja menyebabkan kita leka daripada faktor kedua
yang masih memainkan peranan aktif mengembangluaskan Mazhab Syi‘ah sehingga
ke hari ini. Lebih berat, kelekaan ini menyebabkan usaha memantau gerakan Syi‘ah
menjadi tidak berkesan kerana sasaran yang dipantau (peranan Ibn Saba’) bukan
lagi merupakan tenaga penggerak kepada dakwah Syi‘ah di hari ini.

Faktor kedua yang penulis maksudkan ialah peranan Bangsa Parsi. Peranan mereka
dapat diringkaskan kepada peringkat-peringkat berikut ini:

- Sejak sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa Parsi dan Bangsa
Arab dari sudut kebudayaan, tamadun, kepercayaan agama dan sebagainya.
Persaingan ini sering kali bertukar menjadi peperangan dengan kemenangan
selalunya berada di pihak Parsi.[6]

- Zaman kegemilangan Parsi berakhir apabila pada zaman pemerintahan Amirul


Mukminin ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu ‘anh, negara Parsi telah diambil alih
oleh pemerintahan Islam. Empayar Sasanid dan sistem Istana yang menjadi kaedah
beragama turun temurun bangsa Parsi diruntuhkan.

- Ini merupakan satu tragedi yang amat buruk bagi bangsa Parsi. Sebahagian
mereka ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun sebahagian lagi, khasnya
mereka yang memiliki semangat kebangsaan yang amat kuat serta kesetiaan yang
tinggi kepada dinasti kesultanan, pura-pura memeluk Islam dengan objektif ingin
membalas dendam dari jalan dalam.[7]

- Kejayaan mereka yang pertama ialah menggerakkan operasi membunuh Umar bin
al-Khaththab. Seterusnya mereka dengan kerja sama ‘Abd Allah bin Saba’
menggerakkan operasi menabur benih-benih kedengkian yang akhirnya berjaya
menghasilkan pembunuhan ‘Utsman bin ‘Affan.

- Setelah terbunuhnya ‘Utsman, ‘Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah umat
Islam. Ketika itu para sahabat berbeza pendapat untuk menghukum para pembunuh
‘Utsman. ‘Ali bin Abi Thalib mewakili kelompok pertama yang berpendapat yang
utama ialah menyatukan semula umat Islam dan meredakan kekecohan yang wujud
pada saat itu, kemudian barulah dijatuhkan hukuman kepada para pembunuh
‘Utsman. Kelompok kedua pula berpendapat yang utama ialah menjatuhkan
hukuman kerana hanya ini akan dapat menyatukan semula umat Islam dan
meredakan kekecohan.

- Perbezaan pendapat ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh bangsa Parsi dengan


mencetuskan fitnah bahawa kelompok pertama dan kedua sedang bersiap sedia
untuk saling memerangi antara satu sama lain. Akhirnya berlakulah Perang Jamal
dan Perang Siffin di kalangan para sahabat.[8]

- Setelah berpuas hati dengan peristiwa Perang Jamal dan Perang Siffin, mereka
beralih mengangkat ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah yang
diiktiraf. Sebabnya, Husain bin ‘Ali telah berkahwin dengan Syahr Banu, puteri Raja
Yazdajird bin Syah Rayar bin Kisra daripada Empayar Sasanid Parsi. Puteri Syahr
Banu telah melahirkan ‘Ali bin Husain maka dengan itu mereka mengangkat beliau
sebagai khalifah yang baru kerana memiliki darah kesultanan Parsi.[9]

- Kepimpinan yang baru ini mereka gelar “Imam” agar lebih sesuai dengan imej
Islam. Akan tetapi diterapkan beberapa ciri yang tidak berasal daripada Islam seperti
penetapan waris tahta (konsep dinasti), suci (sifat maksum – terpelihara dari dosa
dan kesilapan) dan memiliki kekuasaan dalam penentuan syari‘at agama (dijadikan
sumber syari‘at). Mengikut sebahagian pengkaji, 3 ciri ini adalah sesuatu yang
berasal daripada tradisi Empayar Sasanid.[10]

- Demi membenarkan kedudukan “Imam” mereka yang baru ini, mereka mencipta
teori bahawa al-Qur’an dan al-Sunnah telah menetap dan mewasiatkan jawatan
khalifah kepada ‘Ali dan keturunannya, menetapkan kesucian mereka dan
mengangkat mereka sebagai penentu syari‘at agama.

- Akan tetapi penetapan dan pewasiatan ini mereka hadkan hanya kepada keturunan
‘Ali bin Husain bin ‘Ali yang dilahirkan oleh Puteri Syahr Banu. ‘Ali, Fathimah, Hasan
dan Husain dimasukkan sama semata-mata untuk melengkapkan teori ini.[11]
Keturunan-keturunan lain daripada para isteri Hasan dan Husain tidak mereka
masukkan dalam “penetapan dan pewasiatan” ini kerana mereka tidak memiliki
darah Parsi.[12]

- Untuk mengunggulkan teori ini, mereka menghukum dan mencela sesiapa yang
tidak mengiktiraf kekhalifahan ‘Ali dan keturunannya.
- Berkat hidayah dan ilmu yang Allah kurniakan kepada ‘Ali bin Husain bin ‘Ali dan
keturunannya, mereka semua menolak pengangkatan diri mereka sebagai “Imam”.
Mereka beriktikad bahawa sistem khalifah bercirikan pewarisan, maksum dan
penentu syari‘at agama tidak pernah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bahawa
Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman adalah 3 khalifah pertama umat Islam yang sah.
Mereka bertiga memiliki keutamaan dan kemuliaan yang melebihi semua orang
manakala mereka (‘Ali bin Husain dan keturunannya) hanyalah manusia biasa.[13]

- Mereka (bangsa Parsi) menolak iktikad ‘Ali bin Husain dan keturunannya. Akan
tetapi demi menjaga kebenaran teori “penetapan dan pewasiatan” dan menjaga
maruah bangsa, mereka meneruskan konsep “Imam” dengan mencipta pelbagai
dusta ke atas ‘Ali bin Husain dan keturunannya dan menyembunyikan iktikad mereka
yang sebenar.

- Keturunan ‘Ali bin Husain terhenti pada al-Hasan bin ‘Ali bin Muhammad bin Ja’far
al-Askari (260H) rahimahullah kerana beliau tidak memiliki anak.[14] Untuk
menyelesaikan masalah ini mereka mencipta teori baru, iaitu teori Imam pengganti
yang ghaib. Imam pengganti ini mereka namakan Imam Mahdi, meminjam daripada
iktikad Ahl al-Sunnah tentang kedatangan Imam Mahdi pada akhir zaman nanti
sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis-hadis yang mutawatir sifatnya. Sejak
tahun 260H sehingga ke hari ini, mereka meneruskan teori baru ini sebagai
kesinambungan daripada teori pertama yang mereka dirikan sejak awal lagi.[15]

- Sehingga hari ini teori-teori di atas masih diperjuangkan oleh bangsa Parsi,
pertama sebagai mempertahankan maruah bangsa dan kedua untuk menjauhkan
umat Islam daripada agama mereka yang tulen sebagai balasan kepada tindakan
umat Islam yang telah memusnahkan “Dinasti” mereka 1400 tahun yang lalu. Oleh
itu bukanlah merupakan satu keasingan bahawa satu-satunya negara yang
memainkan peranan aktif dalam mengembangkan dakwah Syi‘ah sehingga hari ini
ialah negara asal bangsa Parsi, iaitu Iran.

- Aliran Syi‘ah di Iran dikenali sebagai al-Itsna ‘Asyariyyah, bermaksud “12 Imamah”,
namun ciri-ciri aliran 12 Imamah ini tidak jauh daripada ciri-ciri Syi‘ah al-
Rafidhah.[16] Negara Iran merupakan pusat sumber ilmu ajaran Syi‘ah, kebanyakan
tokoh besar Syi‘ah semuanya berasal dari Iran manakala misi-misi dakwah
dijalankan oleh wakil-wakil Iran seperti pihak kedutaan,[17] pertubuhan bebas,
syarikat perindustrian yang datang melabur sehinggalah kepada para pensyarah
yang mengajar di pusat pengajian tinggi negara-negara Ahl al-Sunnah.

Antara misi dakwah mereka ialah:

1 - Melantik dan melatih juru dakwah yang terdiri daripada bangsa negara itu
sendiri.

2 - Menterjemah dan meluaskan penerbitan buku-buku pro-Syi‘ah yang asalnya


dalam bahasa Parsi.

3 - Menjalankan projek kebajikan ke atas orang-orang miskin untuk “membeli”


keyakinan mereka. Ini umpama strategi dakwah da‘i Kristian.
4 - Mendirikan laman-laman web dalam bahasa ibunda negara tersebut bagi
meluaskan jangkauan dakwah tanpa pantauan daripada pihak berwajib.

Demikian ringkasan sejarah kelahiran Syi‘ah sehingga ke hari ini.[18] Sekalipun


Mazhab Syi‘ah dalam bentuknya yang umum, yakni dengan pelbagai alirannya,
tersebar di beberapa negara, akan tetapi satu-satunya negara yang memainkan
peranan aktif menyebar luaskan secara khusus Mazhab Syi‘ah al-Rafidhah ialah Iran.
Ini jelas menunjukkan bahawa ia, Mazhab Syi‘ah al-Rafidhah, adalah sesuatu yang
berkaitan dengan bangsa Parsi.[19] Ini berbeza dengan Mazhab Ahl al-Sunnah yang
disebar luaskan oleh semua negara Islam, menunjukkan ia bukan sesuatu yang
terikat kerana bangsa. Hakikat ini perlu diperhatikan oleh semua pihak agar mereka
dapat menyusun semula strategi memantau gerakan Syi‘ah di negara masing-
masing.

Bibliografi:

[1]al-Fairuzabadi (817H) – al-Qamus al-Muhith, ms. 735 (Bab al-‘Ain, Fasal al-Syin).

[2]al-Fairuzabadi – al-Qamus al-Muhith, ms. 735.

[3]Atas hakikat ini penulis tidak setuju dengan tindakan beberapa pihak yang
mengeneralisasikan Syi‘ah kepada satu kumpulan sahaja dan sekali gus menghukum
seluruhnya sebagai tidak benar, sesat dan sebagainya. Yang benar Syi‘ah terbahagi
kepada pelbagai kumpulan dan kategori. Kita perlu menelitinya satu persatu dan
menghukumnya secara berasingan (case by case basis).

[4]Lebih lanjut tentang hakikat ini, sila rujuk:

1. Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani (1252H) – Irsyad al-Ghabi ila Mazhab Ahl al-
Bait fi Shabi al-Nabi (edisi terj. oleh A.M. Basalamah atas judul Sikap Ahlul
Bait Terhadap Para Sahabat Nabi; Lembaga Penelitian & Pengkajian Islam
(LPPI), Jakarta tp.thn.).
2. Ihsan Ilahi Dhahir – al-Syi‘ah wa Ahl al-Bait (edisi terj. oleh Mustafa Mahdamy
atas judul Tikaman Syi‘ah Terhadap Para Sahabat Nabi; Pustaka Mantiq, Solo
1986).
3. Mamduh Farhan al-Buhairi – al-Syi‘ah Minhum ‘Alaihim, ms. 12 dan
seterusnya.

[5]Syi‘ah berusaha keras untuk menafikan kewujudan ‘Abd Allah bin Saba’ mahupun
peranannya. Akan tetapi seperti biasa, usaha mereka tidak terlepas daripada
pendustaan dan penyelewengan ilmiah. Sebagai contoh, mereka cuba melemahkan
sebahagian jalan periwayatan (sanad) tentang Ibn Saba’, namun pada waktu yang
sama mendiamkan jalan-jalan periwayatan yang lain.

Malah mereka juga mendakwa bahawa kononnya al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani
rahimahullah (852H) menolak riwayat-riwayat berkenaan Ibn Saba’ sebagai “tidak
bernilai.” M. Hashem di dalam bukunya ‘Abd Allah bin Saba’ Dalam Polemik
(Penerbitan YAPI, Jakarta 1989), ms. 24 telah menukil kata-kata Ibn Hajar yang
beliau terjemahkan sebagai:
Berita-berita tentang ‘Abdullah bin Saba’ dalam sejarah sangat terkenal tetapi tidak
(satupun) bernilai riwayat. Dan segala puji bagi Allah…

Akan tetapi apabila dirujuk di dalam kitab Ibn Hajar - Lisan al-Mizan, jld. 4, ms. 24,
biografi no: 4618 (‘Abd Allah bin Saba’), Ibn Hajar berkata:

‫ وليست له رواية ول الحمد‬,‫وأخبار عبد ال بن سبأ شهيرة في التواريخ‬...

Kata-kata Ibn Hajar yang ringkas ini sebenarnya memiliki 2 pecahan:

1. ‫ وأخبار عبسد ال بسن سسبأ شهيرة فسي التواريسخ‬bermaksud: “Khabar-khabar ‘Abd Allah bin Saba’
masyhur di dalam kitab-kitab sejarah.” Ini bererti Ibn Hajar mengiktiraf dan
membenarkan kewujudan dan peranan Ibn Saba’ sebagaimana yang tercatit
di dalam kitab-kitab sejarah.
2. ‫ وليسست له روايسة ول الحمسد‬bererti: “Namun bagi dia tidak satu pun riwayat, dan bagi
Allah segala puji-pujian.” Maksud Ibn Hajar, Ibn Saba’ tidak meriwayatkan
apa-apa hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sama ada dengan sanad
yang sahih atau dha‘if atau maudhu’. Ringkasnya Ibn Saba’ bukan seorang
perawi hadis. Ibn Hajar mengakhiri dengan memuji Allah sebagai tanda
kesyukuran. Ini kerana jika Ibn Saba’ seorang perawi hadis, pasti akan wujud
banyak hadis lemah dan palsu yang diriwayatkan olehnya sehingga
mencemari ketulenan sumber al-Sunnah bagi umat Islam.

Kata-kata Ibn Hajar ini tidak sedikitpun bererti: “…tetapi tidak (satupun) bernilai
riwayat…” sebagaimana yang diterjemahkan oleh M. Hashem. Inilah yang penulis
maksudkan sebagai pendustaan dan penyelewengan ilmiah.

[6] Lebih lanjut rujuk: Syi‘ah, Imam Mahdi dan Duruz: Sejarah dan Fakta oleh ‘Abd
al-Mun‘im al-Nimr (edisi terjemahan oleh ‘Ali Mustafa Ya’qub; Qisthi Press, Jakarta
2003), ms. 26 dan seterusnya.

[7]Syi‘ah, Imam Mahdi dan Duruz: Sejarah dan Fakta, ms. 31 dan seterusnya.

[8] Kisah-kisah sejarah dalam peristiwa-peristiwa di atas banyak yang tidak benar
sekalipun yang tertulis dalam rujukan formal seperti silibus sejarah persekolahan dan
buku-buku di pasaran. Kisah di atas sebenarnya patut diterima berdasarkan manhaj
Ahl al-Hadis (metode kajian sanad) dan bukannya manhaj Ahl al-Tarikh (metode
meriwayatkan semua cerita). Oleh itu disyorkan beberapa rujukan berikut sebagai
sumber sahih dalam menilai peristiwa-peristiwa di atas:

1. Abu Bakar Ibn al-‘Arabi (543H) – al-‘Awasim min al-Qawasim fi Tahqiq


Mawaqif al-Shahabah ba’da Wafat al-Nabi dengan tahqiq Muhib al-Din al-
Khatib (1389H) (Dar al-Jail, Beirut 1994). Telahpun diterjemahkan dengan
lengkap oleh Abu Mazaya & ‘Ali Mahfuz atas judul Benteng-Benteng Penahan
Kehancuran: Satu Upaya dalam Membela Para Sahabat Nabi s.a.w. (Darul
Iman, Sri Gombak 2002).
2. Muhammad bin Yahya al-Andalusi (741H) – al-Tamhid wa al-Bayan fi Maqatil
al-Syahid ‘Utsman bin ‘Affan dengan tahqiq Karam Hilmi Farhat Ahmad (‫كرم‬
‫( )حلمى فرحات أحمد‬Dar al-‘Arabiyyah, Kaherah 2002).
3. Muhammad Amahzun (‫ – )محمسد أمحزون‬Tahqiq Mawaqif al-Shahabah fi al-Fitnah
min Riwayat al-Imam al-Tabari wa al-Muhadditsin (Dar al-Thayyibah, Riyadh
1999). Telah diterjemahkan secara ringkas oleh Rosihon Anwar atas judul
Meluruskan Sejarah Islam – Studi Kritis Peristiwa Tahkim (Pustaka Setia,
Bandung 1999).
4. Muhammad Asri Zainul Abidin - Pertelingkahan Para Sahabat Nabi (s.a.w):
Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah (Edisi Kedua) (Pustaka
Yamien, Gombak 2003).
5. Ibrahim ‘Ali Sya’wat – Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah
yang Perlu Diperbetulkan Semula (edisi terjemahan oleh Basri bin Ibrahim;
Jahabersa, Johor Bahru 2003).

[9]Mamduh Farhan al-Buhairi – al-Syi‘ah Minhum ‘Alaihim, ms. 124. Perkahwinan ini
diakui oleh sumber Syi‘ah sendiri, antaranya rujuk buku 14 Manusia Suci oleh Dewan
Ulama Organisasi Dakwah Islam, Tehran (edisi terjemahan oleh Yudi Nur Rahman;
Pustaka Hidayah, Bandung 2000), ms. 117.

[10] Sila rujuk:

1. Muhammad al-Bandadi – al-Tasyaiyu’ baina Mafhum al-Aimmah wa al-Mafhum


al-Farisi (Dar ‘Ammar, Amman 1988).
2. Muhammad Amahzun – Tahqiq Mawaqif al-Shahabah fi al-Fitan, jld. 2, ms.
267. Bagi edisi terjemahan, lihat ms. 81-82.
3. Muhammad Abu Zahrah – Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah (Dar al-Fikir
al-‘Arabi, Kaherah tp. thn.), ms. 35. Bahagian pertama buku ini telah
diterjemahkan oleh Abd Rahman Dahlan & Ahmad Qarib atas judul Aliran
Politik dan ‘Akidah dalam Islam (Logos, Jakarta 1996), lihat ms. 38-39.
4. Ehsan Yarshater (editor) – The Cambridge History of Iran (Cambridge Univ.
Press 1983), jld 3: The Seleucid, Parthian and Sasanid Periods.

[11] Memasukkan nama ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain hanya atas tujuan
melengkapkan teori mereka. Jika dikaji dalam riwayat-riwayat yang sahih, mereka
berempat, radhiallahu ‘anhum, tidak pernah menuntut hak khalifah, tidak pernah
mendakwa diri mereka sebagai yang telah diwasiatkan untuk menjawat kedudukan
khalifah dan tidak pernah mencela lain-lain sahabat kerana tidak membai‘ah mereka.
Malah mereka berempat sentiasa bergandingan bahu dengan lain-lain sahabat demi
kebaikan Islam dan umatnya.

[12] Untuk mengetahui salasilah anak-anak ‘Ali bin Abi Thalib, Hasan dan Husain,
lihat buku Ibnu Umar yang berjudul Hukum Ulamak Islam Terhadap Shiah: Dahulu
dan Sekarang (Virtue Publications, Kuala Lumpur 1987), ms. 13.

Ringkasnya kita semua mengetahui bahawa terdapat ramai umat Islam masa kini
yang memiliki salasilah keturunan yang berpangkal kepada Hasan dan Husain. Akan
tetapi hanya satu daripada salasilah ini yang diambil oleh Syi‘ah untuk dinobatkan
sebagai “Imam”, iaitu salasilah yang memiliki darah kesultanan Parsi sahaja.

[13]Rujukannya telah disebut dalam notakaki nombor 15.

[14]Walaubagaimanapun sebahagian tokoh Syi‘ah berpendapat beliau memiliki anak


yang dilahirkan pada 256H dan dia masih hidup di kalangan manusia sehingga hari
ini, hanya menunggu masa untuk menonjol keluar sebagai Imam Mahdi. Lihat buku
Ibrahim Amini – al-Imam al-Mahdi: The Just Leader of Humanity (Ansariyan
Publication, Tehran 1997).

Yang benar di atas hanyalah satu teori daripada pelbagai teori demi membela
kebenaran teori sebelumnya. Sumber-sumber rujukan Syi‘ah menerangkan bahawa
mereka sendiri, selepas kewafatan al-Hasan bin ‘Ali, telah berpecah antara 14 hingga
20 kumpulan. Lihat kajian Moojan Momen dalam bukunya – An Introduction to Shi‘i
Islam (Yale Univ. Press, 1985), ms. 59.

[15] Lebih lanjut tentang teori “Imam” yang ghaib ini di sisi Syi‘ah, lihat buku
Mamduh Farhan – al-Syi‘ah Minhum ‘Alaihim, ms. 128 dan seterusnya.

Bagi kajian ilmiah terhadap konsep Imam Mahdi antara Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah,
lihat buku ‘Adab Mahmud al-Hamsy – al-Mahdi al-Muntazhor fi Riwayat Ahl al-Sunnah
wa al-Syi‘ah al-Imamah: Dirasat Haditsiyyah Naqdiyyah (Dar al-Fath, Amman 2001).

Kisah Imam Mahdi ini sendiri kini menjadi satu cerita yang masyhur di kalangan para
ustaz dan da‘i. Banyak hadis-hadis yang tertolak disampaikan bagi memberangsang
dan menaikkan semangat para pembaca dan pendengar mereka. ‘Abd al-‘Alim ‘Abd
al-‘Azhim al-Bastawi telah menulis dua buku yang khas dalam subjek ini:

1. al-Mahdi al-Muntazhor fi Dhaw’a al-Ahadits wa al-Atsar al-Shahihah (Dar Ibn


Hazm, Beirut 1999).
2. al-Mausu‘ah fi Ahadits al-Mahdi al-Dha‘ifah wa al-Maudhu‘ah (Dar Ibn Hazm,
Beirut 1999).

[16]Bahkan mengikut kajian Muhammad Asri Yusuf, Syi‘ah 12 Imamah dan al-
Rafidhah adalah sama. Lihat buku beliau Syi‘ah Rafidhah: Di Antara Kecuaian ‘Ulama’
dan Kebingungan Ummah (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian 1992). Namun perlu
dibezakan, Syi‘ah 12 Imamah ialah nama yang berkaitan dengan manhaj politik
manakala Syi‘ah al-Rafidhah ialah nama yang berkaitan dengan manhaj terhadap
para sahabat radhiallahu ‘anhum.

[17]Peranan Kedutaan Iran di negara-negara Ahl al-Sunnah dalam mendokong dan


menyebarkan ajaran Syi‘ah secara aktif bukanlah sesuatu yang baru. Yang terdekat
adalah di negara jiran kita, Indonesia. Ini sebagaimana jelas Hartono Ahmad Jaiz
dalam bukunya Aliran dan Paham Sesat di Indonesia (Pustaka al-Kautsar, Jakarta
2002), ms. 92 dan seterusnya.

[18]Syi‘ah pula memiliki teori yang berbeza. Mereka mendakwa Mazhab Syi‘ah telah
wujud sejak zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Untuk membenarkan teori
ini mereka telah mengemukakan sejumlah dalil daripada al-Qur’an, al-Sunnah dan
sejarah. Dalil-dalil ini tidak ada yang menepati dakwaan mereka. Ini kerana pada
hakikatnya Mazhab Syi‘ah muncul beberapa dekad selepas dalil-dalil tersebut dan
mereka hanya menarik serta memaksa kefahaman daripada dalil tersebut ke arah
membenarkan teori mereka. Pendek kata Mazhab Syi‘ah wujud terlebih dahulu
kemudian barulah dalil-dalilnya. Ini berbeza dengan Mazhab Ahl al-Sunnah, dalil-dalil
wujud terlebih dahulu kemudian barulah “nama” Mazhab Ahl al-Sunnah. Dalil-dalil
yang dikemukakan oleh Syi‘ah akan kita bahas dan jawab dalam siri seterusnya
insya-Allah.
[19]Sekali lagi penulis tegaskan bahawa tidak semua bangsa Parsi bermazhab Syi‘ah
al-Rafidhah. Sebahagian mereka ada yang mengkaji secara mendalam sehingga
akhirnya berpegang teguh kepada Mazhab Ahl al-Sunnah. Oleh itu sekalipun penulis
sebut secara umum “Bangsa Parsi” dalam penerangan di atas, ia sebenarnya hanya
terbatas kepada mereka yang berpegang teguh kepada Mazhab Syi‘ah al-Rafidhah.

Ayah Pin's Sky Kingdom


The "Sky Kingdom" is a quasi-religious commune located in the eastern
Malaysian state of Terengganu.

Its founder and leader is Ayah Pin, formerly known as Ariffin Mohammed (or Mohamad).
To his followers, Pin is a reincarnation of everyone from Shiva to Buddha or from Jesus
Christ or to Mohammed.

Pin himself claims to be God. Sky Kingdom's stated aim is to promote interfaith
understanding.

A Pink Teapot, A Boat, An Umbrella...


The commune would not seem out of place in a Disney theme park. It contains an
umbrella-shaped building about two storeys high, an ornamental fishing boat, strategically
located faux Greco-Roman pillars, and the centrepiece - a pink teapot.

Ayah Pin and his followers - he claims to have several thousand in Malaysia, Singapore, Bali
and beyond - say the two-storey-high teapot was inspired by the dreams of one of the cult's
followers, and reflects a similar vessel in the sky which God uses to shower his blessings on
mankind.

Followers who come to the village for the first time have to drink "holy water" pouring from a
giant vase that is perpetually filled by the teapot.

The cult does not have any moral or religious strictures of its own. Instead, Ayah Pin, whose
real name is Ariffin Mohamad, says members can follow any religion they like. He claims that
all prayers will be answered by none other than himself, because he is God.

"All religions are basically the same," says Ayah Pin through an interpreter. "God teaches love.
He is for anyone who wants to know about the world. You can choose whichever religion you
want."
Ayah Pin in front of the Pink Teapot
- Sydney Morning Herald
A sidebar to a news story in The Star, a Malaysian newspaper, explained the buildings
and structures on the Sky Kingdom property as follows:

The Sky Kingdom is said to be a version of similar structures found in the sky. But the
structures in the sky are apparently more aesthetically pleasing since they are decorated with
diamonds, sapphires, and other gemstones.

• Teapot - represents purity of water.


• Vase - to accept water flowing from the teapot. The vase is said to have healing
properties.
• Well - it supplies water to the teapot.
• Rumah Bulat - where Ayah Pin meets his guests.
• Rumah Nasyid - where followers chant.
• Dewan Perhimpunan (Assembly Hall) - where followers hold gathering and
meet Ayah Pin on weekends.
• Wakaf (Shelter) - place to rest and recuperate
• Boat - it is said to be Bahtera Nabi Noh (Noah's Ark)
• Pathway - to the assembly hall and graveyard
• Graveyard of Mohamad Ya (Aug. 11, 1950 - Oct. 3, 2003). He was an apostate
who conceptualised the design of the structures in the Sky Kingdom based on his
"visit" to the Sky Kingdom in the sky. Ayah Pin later build the structures costing
more than RM5mil [About $1.3 million].
• Crescent - symbol for people who do not have any religion including Orang Asli
and Orang Bunian.
• Umbrella - a place for people to take shelter beneath God. It can also be
associated with the nine planets in Hinduism.

Anda mungkin juga menyukai