Anda di halaman 1dari 20

Prof Madya Datin Noor Aziah Haji Mohd Awal Fakulti Undang-Undang, UKM Pengetua Kolej Dato Onn.

naha@pkrisc.cc.ukm.my 03-89215921

Pengenalan
Wanita adalah makhluk Allah SWT yang dicipta dengan fitrahnya yang tersendiri. Wanita berbeza dengan lelaki bukan saja dari segi fizikal tetapi dari segi emosi. Wanita suka pada hiasan, sama ada rumah atau diri dan kepada keindahan dan keselesaan. Di atas sifat kewanitaan inilah wanita Malaysia telah berjaya membangunkan diri, menjadi wanita terpelajar berkarier dan menjadi ibu dan isteri yang berjaya. Pada keseluruhannya kebanyakan wanita hari ini bekerja sepenuh masa tanpa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Sambungan
Walau apapun pangkat, jawatan atau kelulusan seorang wanita, secara amnya wanita hari ini masih kurang pengetahuan mengenai haknya di sisi undang-undang. Ramai wanita mengalami masalah di tempat kerja, di rumah dengan keluarga atau suami dan juga dengan jiran tetangga, persekitaran; tetapi kebanyakan masalah ini dibiarkan berlarutan atau dipendamkan begitu sahaja. Kebanyakan wanita kerana sifat kewanitaannya lebih sanggup menanggong derita dari membuka pekung di dada

Islam dan Wanita


Islam sentiasa menghormati wanita dan memberi wanita kedudukan yang jauh lebih baik dari wanita lain. Di zaman jahiliah, wanita dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki. Wanita adalah barang yang boleh dimiliki sahaja. Tiada hak dan kedudukan. Tidak boleh memiliki harta dan sebagainya.

Sambungan
Islam mengubah kedudukan wanita dengan: a. Melarang perkahwinan poligami tanpa had; b. Melarang menanam anak perempuan; c. Melarang memadukan dua beradik perempuan dalam satu masa; d. Wanita sebagai ibu syurga di bawah tapakkaki ibu. e. Wanita Islam tidak mengambil nama suami. f. Hak pemilikan harta pusaka atau secara hibah atau belian

Kedudukan Wanita Malaysia


Sebelum kedatangan penjajah Barat, wanita Melayu Semenanjung Tanah Melayu terkenal dengan kecantikannya dan kehalusan budi pekerti di kalangan rakyat dan pembesar negeri. Nama-nama seperti Dang Anum, Mahsuri, Tun Tija dan Tun Fatimah sering diceritakan. Namun dalam penulisan sejarah peranan wanita seolah tertinggal dan sering diperlihat sebagai pemain peranan kedua (secondary role) jika dibandingkan dengan lelaki. Di bawah adat Perpatih peranan dan hak wanita nampak lebih menyerlah. Undang-undang Islam adalah undang-undang yang digunapakai bagi hal-hal perkahwinan, perceraian, pusaka.

Kedudukan wanita semasa penjajahan Inggeris


a. b. c. d.

Pengenalan kepada sistem pendidikan barat Kedatangan wanita Indian, Chinese and Eropah Perkembangan Agama Kristian Pengaplikasian undang-undang common law kepada wanita Melayu/Islam

Kedudukan Selepas Merdeka


Perlembagaan Persekutuan- pengasing kuasa Persekutuan-Negeri Islam di bawah bidangkuasa Negeri Pindaan PP Per 121(1A) Pengubalan Statut am yang terpakai kepada wanita Islam dan bukan Islam Pengubalan Undang-undang keluarga Islam di negerinegeri

Pembelaan Hak Wanita melalui Undang-undang di Malaysia


Perlembagaan Persekutuan Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri Meratifikasi CEDAW dan kesannya kepada Pembelaan hak wanita

Pembelaan hak wanita melalui Perlembagaan Persekutuan


Hak wanita di bawah Perlembagaan - Hak kepada kebebasan Asasi Per 5- kebebasan diri Per 6- Keabdian dan kerja paksa dilarang

Per 7-Perlindungan dpd undang-undang jenayah kuatkuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.

sambungan
Per 8- Kesamarataan Per 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak Per 10- Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan Per 11- Kebebasan Beragama Per 12- Hak terhadap pendidikan Per 13- Hak terhadap harta

Pembelaan Melalui Statut


Undang Keluarga Bukan Islam (i) Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 (ii) Akta Perempuan Bersuami 1957 (iii) Akta Perempuan Bersuami dan Anak-anak (Nafkah) 1950 (iv) Akta Penjagan Anak 1961 (v) Akta Pengangkatan Anak 1952 (vi) Akta Kesahtarafan Anak 1971 (vii) Akta Kerja 1955C:\Documents and Settings\UKM\My Documents\Women and Employment Act 1955.doc

Pembelaan Hak Wanita melalui undangundang Jenayah


Kanun Kesiksaan a. Bunuh, Cedera b. Gugur anak c. Rogol- telah dipinda termasuk marital rape d. Sumbang mahram e. Cabul kehormatan

Akta Keganasan Rumahtangga 1994

Definasi Keganasan secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan atau cuba meletakan, mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal; menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau sepatutnya diketahui akan menyebabkan mangsa tercedera secara fizikal; memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukannya; mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa

sambungan
Jika berlaku keganasan- apa perlu dibuat: a. Lapor kepada Polis b. Pergi ke hospital One-Stop Crisis Centre (OSCC) and Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN) Team, Kuala Lumpur General Hospital (jika melibatkan kanak-kanak) c. Mencari perlindungan di tempat selamat

sambungan
d. Mendapat IPO (Interim Protection Order) e. Mendapat perintah injuksi/tegahan f. Mendapat perintah kekal g. Mendapatkan cerai (jika perlu)

Ganggu seksual
509 Kanun Keseksaan di mana adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu mengaibkan kehormatan seseorang dengan menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukan apa-apa benda.. 354 yang berbunyi: "Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatannya." Kod Kod Amalan Bagi Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja.

Undang-undang Islam
Sebelum wujudya undang2 keluarga Islam dalam bentuknya hari ini, di negeri2 hanya ada undang2 Pentadbiran Agama Islam di mana undang2 keluarga dimasukan sekali ke dalamnya. Oleh kerana kebanyakan sumbernya masih dalam kitab maka berlaku rasa tidak puashati kerana ketidakfahaman mengenai isu hukum.Perbezaan pendapat dan aplikasi undang2 yang berbeza secara jelas menimbulkan rasa tidak puashati. Ketidakadilan dan masalah-masalah lain seperti berpoligami tanpa pengetahuan isteri, tidak membayar nafkah dan sebagainya telah berlaku.

Sambungan
Bermula dengan Kedah (1983) dan Wilayah Persekutuan dan Kelantan, akhirnya semua negeri meluluskan enakmen keluarga Islam masingmasing hingga 1992. Walaupun berniat menyeragamkan, namun deraf yang dibawa ke negeri-negeri melalui pindaan dan akhirnya ada dua versi undang-undang keluarga iaitu versi Kedah atau Kuala Lumpur.

Sambungan
Tentunya bila berbeza maka berlakulah ketidaksamaan dan adalah yang teraniaya. Yang paling jelas ialah kerana Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri, maka setiap mahkamah syariah negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap rakyatnya sahaja. Dengan itu banyak perintah tidak dapat dilaksanakan hanya kerana pihak yang perintah itu hendak dikenakan telah berpindah ke negeri lain.

Ketidakpuashati timbul di sana sini.Misalnya ,mohon berpoligami di KL tak dapat, cuba di Perlis atau Kelantan, pasangan masih boleh berkahwin jika mastautin dibuktikan. Kerajaan akhirnya mengambil inisiatif menderaf undang-undang keluarga Islam dan undang2 yang lain

Undang2 yang diselaras dan diseragamkan ialah: a.Undang2 Pentadbiran Agama Islam; b. Undang2 Keluarga; c. Undang2 Jenayah Syariah; d. Undang2 Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah; e. Undang2 Tatacara Mal Mahkamah Syariah; f. Undang2 Keterangan Mahkamah Syariah

Semua undang2 disembahkan ke Persidangan Majlis Raja-raja ke 188 pada 2 Mac 2001 dan semua undang2 kecuali undang2 Jenayah Shariah diterima untuk dibawa ke negeri2 untuk diluluskan. Setakat ini semua negeri kecuali Perlis, WP dan Kedah telah meluluskan tetapi belum menguatkuasakannya. Trengganu belum meluluskan undang2 ini.

Apa yang kontroversi


Seksyen 23 mengenai poligami - penggunaan perkataan patut atau perlu - memasukan peruntukan pembahagian harta sepencarian - penggunaan perkataan atau dalam s23(10) a. Seksyen 52- mengenai fasakh yang gender neutral b. Seksyen 107 perintah tahanan harta
a.

CEDAW
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima The Convention on the Elimination of all forms of Discrimination against Women (CEDAW) pada 18 Disember 1979. Malaysia menerima Konvensyen tersebut pada 5 Julai 1995 dengan beberapa reservasi. Pada 6 Feb 1998 Malaysia menarik balik reservasi terhadap artikel 2(f), 9(1), 16(b), 16 (e) and 16(h).
Dengan demikian Malaysia masih mereservasi Artikel 5(a),7(b), 9(2), 16(1)(a), (c), (f), (g) and 16(2). CEDAW and Islamic Law.ppt

Adakah hak Wanita Terbela Melalui Undang-undang?


Perlembagaan Persekutuan (i)Sama rata hak antara lelaki dan perempuan jelas melalui artikel-artikel yang ada. (ii)Perlaksanaan ? permohonan ke Mahkamah untuk suatu pengistiharan yang hak asasi wanita dicabul? Cth- diskriminasi di tempat kerja? (Right to livelihood)

Undang-undang Sivil
Undang-undang Jenayah
Rogol/sumbang mahram masalah membantu mangsa (i)Telah ada unit khas dan pengambilan keterangan melalui tape/video (ii) One-stop center di hospital-hospital ibu negeri (iii) Masalah keterangan kanak-kanak (perempuan) (iii) Marital rape telah lulus tetapi masih ramai yang tidak memahaminya. Marital Rape di Malaysia.pptx

Sambungan
Gangguan Seksual (i) Tiada undang-undang. Hanya Kod Etika (ii) Perlu perlaksanaan jelas (iii) Pemperhentian Konstruktif perlu diambil perhatian

Sambungan
Undang-undang Keluarga Bukan Islam (i)Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) masalah yang masih tidak selesai: a. s51 bila salah satu pihak kpd perkahwinan bukan Islam memeluk Islam; b.Hak pemeliharaan anak dari perkahwinan bukan Islam, bila salah satu pihak memeluk Islam.

Sambungan
c. Hak nafkah isteri bukan Islam apabila suami memeluk Islam d. Hak menukar agama anak jika salah satu pihak kpd perkahwinan bukan Islam memeluk Islam. e. Hak harta perkahwinan sebuah perkahwinan bukan Islam apabila salah satu pihak memeluk Islam

sambungan
f. Kesukaran memohon cerai

g. Ketidak berkesanan Badan Pendamai h. Tuntutan nafkah terkebelakang hanya ke 3 tahun; i. Kebenaran bapa terhadap perkahwinan anak bawah 21 tahun telah sepatutnya dimansuhkan j. Umor perkahwinan yang masih berbeza antara lelaki dan wanita.

Pembelaan Hak Wanita Melalui Undang-undang Islam


Dulu
a. Tiada undang-undang khas b. Tidak seragam antara satu negeri ke satu negeri c. Ketidakadilan sering berlaku kerana perbezaan tafsiran d. Sistem mahkamah yang amat daif

Kini
a. Undang-undang Keluarga Islam

yang seragam dan selaras


b. Program gunasama perintah

mahkamah shariah Negeri A boleh dilaksana di Negeri B; c. Undang-undang Acara Mal dan Jenayah, Keterangan bagi semua Mahkamah Shariah d. Sulh e. Undang-undang Jenayah shariah

Sambungan
Kritikan terhadap Mahkamah Shariah yang dianggap tidak membela hak wanita: a. Undang-undang Keluarga Islam masih tidak selaras dan seragam; b. Mahkamah shariah masih lembab? c. Tiada bidangkuasa terhadap kes murtad? d. Perintah mahkamah Shariah masih tidak pandang rendah/abai? Contoh waran tangkap hanya sekeping kertas?

Sambungan
Pandangan A a. Wanita Islam masih dibelenggu undangundang yang tidak adil; b. Wanita Islam tiada hak dalam banyak hal terutama perjawatan, rumahtangga etc Pandangan B
a. Terlalu banyak hak yang diberikan Islam b. Yang lemah adalah perlaksanaan c. Perlu perbanyakan program literasi hak wanita Islam d. Keperluan kaum lekaki/suami memahami dan menghormati hak wanita

Masalah yang masih belum selesai dari segi hak wanita Islam
a. Hak poligami yang dianggap tidak adil kepada wanita; b. Kegagalan pembayaran nafkah kepada isteri dan anak oleh suami; c. Perlaksaan perintah mahkamah Shariah yang masih lembab indah khabar dari rupa? d. Wanita Islam tiada keyakinan kepada undangundang Islam? e. Hak pusaka Islam yang melebihi lelaki (2/3 rule)

Sambungan
f. Hak menuduh isteri nuzyuz; g. Hak perceraian yang tidak memihak kepada wanita; h. Kes-kes mengandung tanpa nikah wanita dihukum tetapi tidak lelaki; i. Anak tak sahtaraf yang dibebankan kepada wanita (ibu) sedangkan bapa biologi boleh an patut pertanggungjawabkan .

CEDAW dan implikasinya kepada wanita di Malaysia


Art 6 telah diperbaiki oleh pindaan Perlembagaan Per 8 dengan memasukan perkataan gender. Art 7- penghapusan diskriminasi dalam hal politik dan kehidupan- statistik menunjukan wanita mendapat hak sama dalam semua bidang. Art 9 - Kewarganegaraan Art 16- hubungan dalam perkahwinan termasuk hak samarata dalam perkahwinan . CEDAW and its
implication to Women- statistics.doc

Sambungan
Bagi artikel 16(1)(a), (b), (c), (f),(g) and 16(2) reservasi terhadapnya perlu diteruskan kerana ia bercanggah dengan hukum syarak. Keputusan kerajaan telah menarik balik reservasi kepada Art 16(b) and (h) patut ditimbang semula kerana ia bercanggah dengan hukum Islam Sebagai sebuah negara Islam, apa-apa konvensyen, triti, atau instrumen antarabangsa yang hendak ditandatangani dan diratifikasi, penyelidikan harus dibuat sama ada ia selaras dengan Hukum Islam

Penutup
Wanita Malaysia melalui proses perubahan sejak dari zaman penjajahan sehingga kini. Dalam proses tersebut wanita bukan Islam mendapat pembelaan dari undang-undang Inggeris dan dari Barat. Hak wanita Islam telah sedia termaktub dalam Al Quran dan diperjelas melalui hadis Nabi. Proses menjadikan hak wanita undang-undang bertulis adalah satu proses berterusan yang membantu memertabatkan wanita itu sendiri. Undang-undang mampu membela hak wanita, namun yang lebih penting ialah penguatkuasaannya.C:\Documents and Settings\UKM\My Documents\WANITA.doc

Ibu kapur di lembah paya, Tebang kelam dicuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup

Anda mungkin juga menyukai