Anda di halaman 1dari 5

Sister in Islam wajah gerakan Islam Liberal di Malaysia

Seperti kita sedia maklum Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran yang
menghendaki kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama
yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Golongan Islam
Liberal ini juga dikatakan mempunyai pelbagai fahaman dan pemikiran yang menjadi
dasar kepada perjuangan mereka antaranya ialah pertama, gagasan Islam Liberal
mendukung idea pluralisme agama. Menurut Jaffary Awang & Kamarudin Salleh (2007),
pluralisme agama merujuk kepada kepelbagaian agama yang wujud di kalangan manusia
adalah benar sebagai menuju Tuhan yang satu. Dengan erti kata lain, dapat disimpulkan
bahawa pluralisme agama merupakan pegangan yang percaya bahawa Islam bukanlah
satu-satunya agama yang benar. Konsep pluralisme agama ini dikatakan telah
diperkenalkan di Barat oleh W.C Smith dengan nama universal theology of religion
yang kemudiannya dikembangkan oleh John Hick serta Hans Kung sebelum
diperkenalkan dalam dunia Islam. Menurut Khalif Muammar (2006), pendukung
fahaman Islam Liberal juga menolak autoriti agama dan menganut fahaman kebebasan
untuk berijtihad oleh mana-mana individu mengenai apa jua bentuk permasalahan agama.
Metodologi yang digunakan adalah relativisme, iaitu kebenaran adalah bersifat relatif dan
tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Penolakan terhadap autoriti agama bagi
penganut fahaman Islam Liberal ini adalah penting agar kebebasan berpendapat atau
ijtihad dapat dilaksanakan. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka
Islam Liberal banyak merujuk kepada karya-karya Orientalis. Antara Orientalis Barat
yang bertanggungjawab mengorbit aliran
pemikiran Islam Liberal ialah Leornard Binder dan Charles Kurzman yang telah
menyokong kuat idea-idea utama yang mendasari pemikiran mereka seperti ijtihad yang
bebas tanpa sekatan, pluralisme beragama, penolakan Syariah dan sebagainya.
Selanjutnya, pengaruh Islam Liberal ini dikatakan turut dikembangkan di
Malaysia. Antara tokoh-tokoh yang dikatakan cuba mengembangkan fahaman ini dalam
negara Malaysia ialah Kasim Ahmad (Azizan 2006), Farish Noor, Syed Akbar Ali (Anis
Shakila 2006), Zainah Anwar (Ramnaizuddin 2005), Reza Shah-Kazemi (Ariffin 2009),
Astora Jabat dan Zainudin Idrus (Hafiz Firdaus 2007). Sementara dalam bentuk
pertubuhan pula Musawah (Wan Salim 2009), Jemaah al-Quran Malaysia (Zamihan
2008), Sisters In Islam (SIS), Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commision
(IFC) (Ariffin 2009), Pertubuhan Pertolongan Wanita atau Womens Aid Organisation
(WAO) All Womens Action Society (AWAM) (New Straight Time 8 Mac 2008) dan
The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) (Utusan 06/10/2009). Di sini jelas
pertubuhan Sisters In Islam merupakan pertubuhan yang membawa aliran fahaman Islam
Liberal.
Sisters In Islam (SIS) adalah satu di antara gerakan feminisme yang
memperjuangkan emansipasi wanita. Ia telah dibentuk dalam tahun 1988 dan didaftarkan
secara rasmi sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non Governmental Organisation;
NGO) pada tahun 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. Sungguhpun
kemunculan SIS boleh dianggap baharu berbanding pertubuhan-pertubuhan atau NGO-
NGO wanita yang hadir lebih dahulu sebelumnya, namun SIS sejak awal kemunculannya
lagi telah berjaya menjadi sebuah gerakan feminisme yang paling popular dan
terkehadapan di Malaysia.
Sejak dari awal penubuhan, SIS dilihat sebagai gerakan feminisme yang paling aktif dan
vokal dalam memperjuang dan mempertahankan ideanya. Fenomena ini telah menjadikan
SIS sebagai sebuah gerakan wanita yang sentiasa dibayangi kontroversi di sebalik
kejayaannya. Lebih dari itu, perjuangan SIS yang mendaulatkan hak-hak asasi manusia
dan prinsip-prinsip sejagat, serta pendekatan agamanya yang berasaskan tafsiran dari
perspektif hak-hak kemanusiaan, telah mengundang dakwaan yang mengaitkannya
dengan aliran fahaman Islam Liberal. Sebelum mengaitkan SIS dengan aliran Islam
Liberal, pengenalan terhadap organisasi SIS dan peranannya sebagai gerakan feminisme
Islam di Malaysia perlu dibincangkan secara teliti. Sejarah SIS bermula dengan sebuah
study group yang terdiri dari kalangan sahabat wanita dan golongan profesional
termasuk wartawan. Apabila SIS mula membawa fahaman feminism dengan
memperjuangkan hak wanita selari dengan hak kaum lelaki, maka mereka mula
mempertikaikan keadilan melalui hukum syariah yang pada pandangan mereka adalah
sangat tidak adil dan tidak mengikut hak asasi manusia. Fahaman ini juga jelas
mempertilkaikan keadilan Allah S.W.T terhadap hak-hak wanita dalam Islam.
Sebagai contoh, kumpulan wanita ini telah lama mendesak kerajaan agar
menerima kes keganasan rumah tangga sebagai satu bentuk jenayah. Malangnya terdapat
bantahan ketika itu dari pihak Pusat Islam sendiri yang berpendapat bahawa undang-
undang keganasan rumah tangga tidak boleh disabitkan ke atas pihak suami yang
memukul isterinya yang nusyuz. Alasan yang diberikan ialah kerana Islam membenarkan
si suami memukul isterinya yang nusyuz berasaskan dalil dari al-Qur`an. Menurut
mereka, hujah sedemikian sangat-sangat tidak masuk akal, kerana sebagai orang Islam,
mereka percaya bahawa Islam itu agama keadilan, Allah itu Maha Adil dan mustahil
yang Allah itu memuliakan ketidakadilan, menyokong keganasan dan penindasan
terhadap kaum wanita . Akhirnya, mereka menyimpulkan bahawa persepsi yang salah
terhadap ajaran Islam, tafsiran terhadap nas agama iaitu ayat al-Qur`an dan Hadith serta
hukum fikah yang dicemari dengan budaya silam yang menganjurkan doktrin patriarki,
menjadi punca kepada keberlangsungan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Jadi, bagi
menangani kecelaruan tafsiran berhubung persamaan hak dan persepsi sehala yang
melebihkan kaum lelaki ini, keperluan untuk melihat semula tafsiran teks al-Qur`an
menjadi tuntutan kumpulan feminisme ini.
Secara kesimpulannya, Bagi SIS, perkara pertama yang perlu diusahakan
ialah menilai kembali tafsiran al- Qur`an memandangkan kitab suci itulah yang
menjadi sumber asas kepada Islam. Untuk itu, SIS mengutarakan kepentingan
mewujudkan versi tafsir al-Qur`an progresif. Tafsir versi ini diperlukan agar
ajaran al-Qur`an menepati nilai-nilai kemodenan, menjunjung universalisme, hak
asasi manusia dan seumpamanya, yang mewakili dan memberi fokus yang
setara dan saksama kepada lelaki dan wanita serta semua lapisan manusia,
berasaskan pandangan semesta Islam yang bersifat maju dan berkembang itu.
Maka dengan ini jelaslah bahawa gerakan SIS merupakan gerakan yang
mengembangkan faham liberal di Malaysia yang berselindung di bawah
pertubuhan wanita yang kononnya memperjuangkan hak wanita sejagat selari
dengan hak kaum lelaki. Dalam pada yang sama cuba mempertikaikan hukum
syariah demi hak asasi manusia. Malah mereka menuntut agar Al-Quran perlu
melalui pentafsiran semula agar sesuai dengan peredaran zaman yang
kononnya tidak sesuai dengan keadaan semasa terutama sekali dalam hal ehwal
hak wanita muslim.

Anda mungkin juga menyukai