Anda di halaman 1dari 8

15 June 2009 Sisters In Islam - Bahagian 1 Siapa yang tubuhkan Sisters In Islam (SIS)?

Dr Amina Wadud (gambar sebelah tu dia la-gambar mei 2005, tengah jadi imam solat jumaat kat sebuah gereja di amerika, mantan pensyarah UIAM) yang tubuhkan pada tahun 1990 dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Mereka merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, kemudian bersepakat menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka. Siapa ketua mereka? Zainah Anwar menjadi Pengasas dan ketua SIS. Apa Tujuan Sis? Tujuan menubuhkan SIS diterangkan oleh Zainah: ``We are fighting for justice, (for) an Islam that is just, an Islam that upholds the principles of justice, equality, freedom and dignity of the human being, be it man or woman. But certainly, given the experience that we've gone through, our focus is on the rights of Muslim women.`` (Ibid: 11). Bagaimana Doktrin SIS ini tersebar di Malaysia? Keadaan ini berlaku semasa Amina Wadud menjadi pensyarah di UIAM beliau meyusupkan idea dan fahamnya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Contoh hak berpoligami bagi lelaki dan suami berhak memukul isteri yang nusyuz. Mereka mendakwa sebagai kelas dua dan dinafikan hak. Kumpulan wanita yang tidak puas hati merasa bertuah mendapat seorang mentor yang berjiwa sealiran dengan mereka. Ini terbukti dari ungkapan berikut: ``We were very lucky that we had (Muslim theologian and scholar) Dr Amina Wadud, who had arrived to teach the Quran in UIA (International Islamic University). She was teaching the Quran and she had done her PhD thesis on woman and the Quran. And so she helped us to go through the Qur`an, to go through the words, grammar, vocabulary, world view, the Qur`anic world view. So she helped us develop this methodology and it was a great engagement because she's a scholar. But we bring our activist background.`` (The Sun Weekend, July 17-18, 2004: 10). Ungkapan di atas adalah dari Zainah Anwar yang dari pengenalan dan pengajian beliau bersama kumpulan wanita tersebut. Apa kata laman web SIS? Laman web SIS pula menerangkan aktiviti mereka sebagai: Sisters in Islam is at the forefront of the women's movement which seeks to end discrimination against women in the name of religion. The group's activities in research, advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state. The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, Shariah Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion. Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam. 15 June 2009 Sisters In Islam - Bahagian 2 Pemikiran SIS? SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan Enlightment di Eropah beberapa kurun yang lalu. SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian). Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau Enlightment dimana kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama. Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan darkage (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke atas sosiopolitik Eropah. Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syar`iah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam, menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat, Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).

Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam. Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak kerajaan sendiri. SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima maximum pleasure adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu. Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan. Gerakerja SIS? Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, meperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam. SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan. SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki. SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita. Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat menggunakan media sebagai alat pendidikan. Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan. Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad. Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan bersifat mencabar Islam termasuklah: i. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen UndangUndang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003. ii. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December 1993. iii. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005 iv. "Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005 v. The State Has No Role in Policing Morality bertarikh 23 Mac 2005 Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan. Seperti yang dapat dilihat dalam Kempen Satu Suami Satu Isteri yang digagaskan SIS, pelancarannya dilakukan sendiri oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud (sebelum meninggal), beberapa tahun dahulu. Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka. 15 June 2009 Sisters In Islam - Bahagian 3 Siapa Dr Amina Wadud? KEJUTAN yang dicetuskan oleh Aminah Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Dr Aminah Wadud memegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut. Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku `Qur`an And Woman`` dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah. Beliau seolah-olah menganjurkan penentengan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita.

Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya. Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York. Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS. Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri. Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan. Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS. Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua. Siapa Zainah Anwar? Zainah merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan kewartawanan. Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala Lumpur. Dia juga pernah menerbitkan buku Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini. Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional Melayu wanita yang tidak berkahwin. Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot. Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.Isteri terus dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan, katanya. Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami. Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003. Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT. Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami, katanya. Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan keempat sesuka hati. Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah: "'They have been socialized to accept that the religious authorities know best.'" Source: Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34. "'I don't see any contradiction in that.'" Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth, "Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version. Well to me its a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think its important, and faith imposed by coercion to me is not faith. Zainah Anwar quoted when asked whether SIS had gone far from the real teaching of Islam, www.umnoreform.com/arkib_ogos.htm. Sumber : http://akhi-fairuz.blogspot.com/2009/06/sisters-in-islam-bahagian-1.html 19 June 2009 Tidak Salah Meminta Sisters In Islam Disiasat Oleh : Mohamed Hanifa Maidin - AJK Pas Pusat

Isu usul muktamar PAS berkaitan dengan pertubuhan Sisters In Islam ( SIS ) menjadi isu yang hangat dibincangkan pada masa ini. Muktamar PAS yang baru lalu menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam. Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir Muktamar ke-55 yang diadakan di Shah Alam. Antara lain ayat usul tersebut menyatakan :"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," Bagi saya isu ini menjadi hangat kerana kewujudan perkataan mengharamkan SIS yang dilihat oleh setengah pihak sebagai satu unsur yang agak drastik dan tidak demokratik. Bagaimanapun tiada siapa boleh menafikan bahawa usul tersebut bukan secara per se ingin mengharamkan SIS. Sebaliknya ayat usul secara jelas meminta satu siasatan dibuat terhadap SIS sebelum tindakan mengharamkan dilakukan. Sebagai gerakan Islam yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya PAS tidak boleh lari dari core business nya iaitu Islam. Maka jika dilihat dari konteks tersebut PAS sudah tentu berhak memberikan pandangannya dalam perkara yang menyentuh Islam dan umatnya. Saya berani mengatakan bahawa SIS sendiri sedar bahawa ramai umat Islam di negara ini yang tidak selesa dengan pendirian pertubuhan tersebut di dalam sesetengah isu yang menyentuh Islam. Saya juga percaya bahawa SIS juga menyedari bahawa mereka bukan didokong oleh golongan yang benar-benar mempelajari Islam mengikut disiplin Islam secara teratur ( munazzam ) Islam memang menghormati kebebasan bersuara. Bagaimanapun Islam mempunyai standardnya sendiri dalam menentukan had kebebasan bersuara. Mereka yang ingin bercakap tentang sesuatu isu baik isu agama atau isu bukan agama perlu menguasai bidang yang mereka cakapkan. Sebagai seorang peguam saya berhak bercakap mengenai isu perubatan tetapi sudah tentu pengusasaan saya tentang ilmu perubatan tidak sama dengan seorang doktor yang dididik secara formal dengan ilmu tersebut. Begitulah sebaliknya. Jika saya bercakap ilmu perubatan dan jelas apa yang saya cakapkan itu adalah salah orang tidak akan mengatakan saya sesat atau terkeluar dari agama. Paling kurang orang akan hanya mengatakan saya bebal atau bodoh. Tetapi apabila saya bercakap tentang agama dan terbukti apa yang saya cakap itu tidak betul, ia bukan sahaja mengancam diri saya tetapi juga mengancam orang Islam yang lain jika apa yang saya cakap tersebut dipegang dan diamalkan oleh orang lain juga. Di dalam Islam dipanggil dhol wa adhol ( sesat dan menyesatkan ). Perkataan sesat ( dholal ) hanya relevan dalam isu agama dan tidak dalam isu yang lain. Secara peribadi saya memuji keberanian SIS menyatakan pandangan namun apa yang dikesali dalam banyak keadaan keberanian itu melebihi hadnya sehingga mewujudkan satu kekeliruan di kalangan masyarakat. Bekas pengasas SIS, Cik Salbiah Ahmad sendiri mengakui antara sebab mengapa beliau telah keluar dari pertubuhan tersebut dan tidak mahu lagi terlibat dengan pertubuhan itu adalah kerana isu tudung. Di dalam bukunya yang bertajuk Critical Thoughts on Islam , Rights and Freedom in Malaysia ( 2007 ) beliau menulis seperti berikut ( lihat m/s 8 dan 9 ) Salah satu sebab untuk saya meninggalkan dan tidak lagi menyertai SIS pada tahun 1997 , pertubuhan yang saya tubuhkan pada tahun 1987 adalah kerana isu tudung.. Dalam pertemuan pertama dengan wakil Yayasan Ford ( Ford Foundation ) , salah seorang anggota SIS telah membuka tudung yang saya pakai. Anggota SIS tersebut tidak mahu mana-mana ahli SIS dipandang oleh pembiaya SIS adalah mereka yang jenis bertudung ( tudung type ) , tidak progresif , fundamentalist dan obscurantist ( golongan yang kabur ) . Saya terasa dihina dengan dengan tindakan ahli SIS tersebut dan saya memaklumkan hal tersebut kepadanya di dalam pertemuan tersebut. Tetapi ahli SIS tersebut tidak berubah dan bagi saya tindakan tersebut tidak menghormati pilihan saya ( untuk bertudung ) Lihat sendiri pengakuan dari mantan pengasas SIS terhadap tindakan SIS berhubung pemakaian tudung. Mengenai isu poligami saya ingin kongsi di sini kenyataan rasmi SIS yang bertajuk Controversy on Polygamy bertarikh 8 Januari 2002 di mana SIS menyatakan antara lain ( Terjemahan dari bahasa Inggeris ) Oleh itu isu yang sepatutnya perlu dibincangkan di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula di dalam undang-undang sivil untuk orang-orang bukan Islam tetapi sama ada poligami sepatutnya harus diteruskan di bawah undang-undang keluarga Islam untuk orang Islam Orang Islam seharusnya mengetuai masyarakat lain di dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaanya." Pendirian SIS yang kontroversial terhadap isu poligami tersebut tidak berhenti di situ. SIS juga adalah salah satu dalang utama di dalam kempen monogami ( satu suami satu isteri ) yang dianjurkan oleh Coalition on Womens Right in Islam pada 16/3/2003.

Kempen monogami ini telah ditentang hebat oleh para Mufti di negara ini kerana kempen ini secara halus dan secara tidak langsung cuba membawa mesej bahawa hukum poligami yang dibenarkan oleh Islam adalah satu yang tidak membawa kebaikan kepada wanita. Bagi saya pendirian SIS terhadap poligami ini menunjukkan kecelaruannya dan kekeliruannya dalam memahami hukum poligami di dalam Islam. SIS di dalam banyak tulisannya cuba menunjukkan bahawa amalan poligami telah banyak menindas wanita. Jika pun benar amalan poligami menindas wanita itu bukan hujah untuk kita menolak poligami yang dibenarkan Islam . Sebaliknya itu adalah hujah Islam ke atas orang yang berpoligami. Maknanya Islam boleh berhujah kepada pengamal poligami yang menindas wanita bahawa kerana kamu ( pengamal poligami ) tidak mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan sebab itulah poligami kamu yang amalkan mendatangkan keburukan. SIS juga, tanpa bersandarkan disiplin ilmu , dengan begitu mudah membuat pendirian bahawa Kongsi Raya bukanlah amalan agama ( lihat kenyataaan rasmi SIS bertajuk Kongsi Raya not a religious ritual bertarikh 16 hb Jun 2006 ) di mana antara lain SIS menyatakan Kongsi Raya is not a religious ritual, but a harmonious social custom that has become part of Malaysian tradition, and become a model to other countries ( Terjemahan : Kongsi Raya bukanlah amalan agama tetapi satu adat sosial yang harmonis dan menjadi satu tradisi orangorang Malaysia dan menjadi model kepada negara negara lain ) Lihatlah betapa mudahnya SIS mengeluarkan kenyataan seolah-oleh isu kongsi raya tidak mempunyai nilaian dan celupan agama. Bagi orang Islam menyambut hari raya adalah satu bentuk ibadah ( sebab itu ada syiar takbir dan ibadat solat iaitu solat aidil fitri dan solat i'edul adha ) dan memandangkan ianya satu 'ibadah amalan tersebut tidak boleh dibuat mengikut kemahuan kita sendiri. Amalan kongsi raya yang telah diamalkan oleh rakyat negara ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menjustifikasikan bahawa kongsi raya adalah sah di sisi Islam. Halal atau haramnya sesuatu amalan tersebut hendaklah dinilai dengan berpaksikan nas dan bukannya dari apa yang telah diamalkan melainkan apa yang diamalkan itu selari dengan nas. Jika apa yang telah diamalkan adalah selari dengan nas Islam mengiktiraf amlan tersebut berdasarkan kaedah " Al'adah muhakkamah" . Atas dasar itu di dalam Islam terdapat perbezaan prinsip yang terpakai di dalam urusan muamalat dan prinsip yang terpakai di dalam urusan ibadah. Di dalam urusan mu'amalah , prinsip yang terpakai adalah sesuatu perkara itu pada asalnya harus kecuali ada nas yang melarang ( al-aslu fi al-ashya al-ibahah ) Manakala prinsip di dalam 'ibadah pula sesuatu ibadah itu haram ( dilarang ) hukumnya melainkan ada nas yang membenarkannya. Jumaat, 2 Oktober 2009 SIS Kian Melampau 1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak . 2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini . 3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak . 4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .] 5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah . 6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa

lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil . 7. Sebatan mengikut cara Islam : a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk e] Sebatan dengan kekuatan sederhana f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala g] Tidak melukakan kulit pesalah. 8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula : a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz. b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap. h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar . 9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam . 10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ? 11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam . 12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ? 13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ? 14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ? 15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpretasi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya . Sunday, October 11, 2009 Menyangkal hujah-hujah Sisters in Islam dalam Isu Kes Sebatan Kartika SISTERS IN ISLAM BERKATA : Hakikat bahawa Kartika sendiri nampaknya ingin hukuman sebat tersebut dijalankan ke atasnya tidak sepatutnya menghalang pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu dengan adil dan penuh belas kasihan dalam semua konteks kes tersebut. Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia. JAWAPAN AUFA Kartika sedar dan insaf dengan perbuatannya dan mahu bertaubat. Beliau tahu bahawa hukuman sebatan walaupun sebenarnya pelaksanaan di zaman Rasulullah SAW adalah 40 kali sebatan tetapi di zaman sekarang hanya 6 sebatan dikenakan dan beliau tidak mahu disoal di Padang Mahsyar kelak. SIS, kalian tidak takut dengan azab seksa kubur dan

hanya mengagungkan agama baru iaitu hak asasi manusia. Kembalilah pada ajaran AL-Quran dan As-Sunnah. Di dalam AlQuran telah tercatat bahawa ARAK ADALAH IBU SEGALA KEJAHATAN dan telah dinyatakan secara jelas di dalam hadith bahawa sesiapa yang meminum arak maka hukumannya adalah sebatan. SISTERS IN ISLAM BERKATA: Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan sati (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya. Terdapat percanggahan pendapat tentang jika seseorang balu memilih untuk mengorbankan dirinya, mereka yang lain tidak boleh campur tangan. Jelasnya, ini bukanlah satu amalan yang tidak boleh dibiarkan berdasarkan prinsip pilihan bebas. JAWAPAN AUFA Berhati-hati dengan apa yang dituturkan kerana khuatir akan boleh tergelincir dari akidah dan membawa kepada murtad. Nauzubillah. Menyamakan analogi sati dengan hukuman sebatan adalah terlalu tidak masuk akal. Sati juga adalah bertentangan dengan Islam. Islam telah meletakkan garis panduan larangan meminum arak telah dinyatakan jelas di dalam Quran, jika melanggar maka hadith pula berkata Hukuman adalah sebatan. Sebatan yang dikenakan pula hanya menggunakan ranting kayu yang kecil dan tidak menyakitkan. Mengapa SIS tidak berjuang dan mengatakan sebatan di dalam hukuman jenayah di bawah kanun acara jenayah lebih menyeksakan dan boleh mengakibatkan kecederaaan serius dan maut?? Hukuman Sebatan dalam Islam kekal sehingga hari kiamat dan bukan boleh diubah-ubah mengikut peredaran zaman macam menukar fesyen pakaian. Bertaubatlah kalian dan ingatlah kita di dunia ini tidak lama, jika bercakap mengikut kehendak nafsu maka tunggulah seksaan pedih di akhirat kerana menafikan Hadith sebagai sumber kedua dalam Perundangan Islam (Islamic Jurisprudence) SISTERS IN ISLAM BERKATA: Isu penting di sini adalah kemerosotan standard hak asasi yang digunakan di negeri Pahang. Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah. Jika Kartika dikenakan hukuman sebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negera Islam yang sederhana akan tergugat selama-lamanya. Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah. Dalam kes Kartika, kami berasa amat khuatir kerana prinsip am penjatuhan hukuman tidak digunakan: beliau adalah seorang pesalah kali pertama, beliau berasa sesal dan telah mengaku bersalah, dan tidak terdapat keganasan dalam perbuatan melakukan kesalahan tersebut. Hukuman beliau tidak setimpal sama sekali dengan kesalahan yang dilakukan. Kami turut menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengadakan kajian semula yang komprehensif ke atas undang-undang kesalahan jenayah Syariah, dengan tujuan memansuhkan undang-undang sedemikian. Pada tahun 1997 dan 2005, SIS telah menyerahkan memorandum kepada pihak Kerajaan tentang kesalahan jenayah syariah, membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan termasuklah peruntukan-peruntukan di dalam undang-undang tersebut yang tidak berasaskan teori dan amalan undang-undang Islam, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta juga bercanggah atau bertindan dengan Kanun Keseksaan dan undang-undang persekutuan yang lain. Akhir sekali, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa yang berkaitan bahawa keadilan hendaklah dilembutkan dengan rasa belas ihsan; dan bukan hanya keadilan dilakukan dengan saksama tetapi ianya hendaklah benar-benar dilakukan secara adil agar masyarakat Malaysia berasa yakin dengan proses di mahkamah Syariah. JAWAPAN AUFA Di negara-negara arab yang melaksanakan hudud telah terbukti hukuman ini mampu mengekang jenayah, maafkan saya mungkin SIS menolak rukun Islam iaitu menunaikan haji (pada firasat sayalah) jika SIS pernah menunaikan haji tentu dapat melihat bagaimana gerai-gerai dan kedai-kedai jualan ditinggalkan tanpa perlu dikunci atau dirantai atau memasang penggera, pengawal keselamatan....sedangkan di Malaysia, kedai emas yang mempunyai penggera, pengawal keselamatan lengkap bersenjata pun belum tentu lagi dapat menjamin keselamatan daripada dirompak.....hatta saya menunggu juga berita di kalangan SIS yang diragut beg atau disamun, maka ketika itulah baru kalian akan berkata, kalau perompak ini dipotong tangan maka akan kuranglah kecurian di Malaysia ini. Tapi tidak begitu, tahun demi tahun statistik jenayah makin menakutkan kita......kalian menolak hukum ALLAH, hukuman curi jelas dinyatakan di dalam Al-Quran iaitu dipotong tangan......tapi mengapa kalian cuba menafikan lagi dan menegakkan kanun keseksaan....kalian sedang melancarkan perang terhadap ALLAH! Sekiranya melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong hukumannya adalah ke tali gantung, maka begitu jugalah apabila melancarkan perang terhadap AYAT-AYAT ALLAH (Pencipta sekalian Manusia) maka hukumannya adalah pancung sehingga mati....ya benar di dunia tiada hukuman ini..tunggulah saja saat kematianmu, masa itu bawalah Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan, Undang-Undang Hak Asasi Manusia sebagai Peguambela untuk membela kalian daripada soal jawab di dalam kubur... Saya bercakap kerana benar kerana sayangkan kalian yang seakidah, saya sedih kerana kalian menyamakan hukuman hudud dengan sati oleh kaum hindu. Saya terkilan kerana sepatutnya golongan profesional muslimah ini menjadi barisan hadapan mempertahankan Islam dan Hukuman Jenayah Syariah daripada diperlekehkan oleh bangsa dan kaum yang beragama lain, tapi kalian bersekongkongkol dengan menggunakan nama Islam dan menghina hukuman jenayah syariah yang diperintahkah oleh ALLAH dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW kekasih ALLAH, pesuruh ALLAH, Nabi Kita Astaghfirullah Sehingga ke hari ini hukuman sebatan ke atas Kartika masih belum dilaksanakan.... Ucapan terakhirku yang ikhlas buat saudara seIslam semua Bertaubatlah sebelum kematian datang menjemputmu

BAR COUNCIL
Stp kali menaiki bas dari Kolej Islam Sultan Alam Shah ke Kuala Lumpur,biasanya kerana ingin menghadiri program-program tertentu,perhatian saya akan sentiasa tertumpu pada sebuah bangunan yang terletak di sebelah kanan ketika bas melalui jalan itu (tak ingat jalan apa).Bangunan Bar Council yang tersergam.Taklah menarik sangat bangunannya,ttp kerana Bar Council itu yg amat menarik perhatian saya.Minat yang sangat mendalam,keinginan yang membuak-buak untuk meneruskan pelajaran dalam bidang undang-undang dan mendalami ilmu hebat ini menyebabkan saya amat suka dengan bangunan bar council Apa yang terjadi pada tanggal 09 Ogos 2008,berdemonstrasi di depan Bar Council menjadikan saya sedikit sebak.Tindakan Bar Council menganjurkan Forum bertajuk Memeluk Islam atau Conversion To Islam mencetuskan kontrovesi dalam negara ini.Namun,pada pandangan saya,kontrovesi ini menjadi panas dan hangat kerana peranan pihak media yang mungkin juga bermotif.Forum yang sepatutnya berlangsung selama separuh hari terpaksa dihentikan atas desakan orang ramai yang berkumpul di depan bangunan tersebut dan mendesak agar forum tersebut dihentikan.Kelihatan beberapa pemimpin Dewan Pemuda Pas spt YB Salehhuddin Ayub,ahli parlimen PKR Zulkifli Nordin dan juga Naib Presiden GPMS,Jais turut serta bersama menyatakan protes di depan Bar Council tersebut. Apa yang agak membanggakan,peranan yang dimainkan oleh para mahasiswa mahasiswi GAMIS yang turut serta mengambil bahagian dan menyatakan pendirian dalam isu ini.At least kita dapat lihat masih ada segolongan mahasiswa yang masih cakna isu,sedar apa yang terjadi di sekeliling mereka,ada sensitiviti dan bertindak menyatakan pendirian mereka.Walaupun pandangan saya secara peribadi mahasiswa patut memainkan peranan yang lebih pada event di depan Bar Council tersebut.Suasana menjadi agak tidak terkawal bila mana emosi mula menguasai beberapa orang yang terus meluahkan kemarahan mereka melalui pembesar suara yang ada banyak pada event td.Mungkin disebabkan banyak pihak yang menyertai protes ini dan masing-masing ada interest sendiri lalu masing-masing bawak pembesar suara sendiri.Kata-kata kesat dan kasar yang tidak sedap didengar mula kedengaran yang menyebabkan suasana menjadi tidak tenang.Malah puluhan blogger nonmuslim telah mengemukan komen dan kritikan mereka terhadap suasana yang terjadi malah turut juga mengkritik dan mempersoalkan inikah nilai-nilai akhlaq dlm ajaran Islam.Inilah padahnya bila terlalu mengikut perasaan,medan dakwah yang patutnya boleh diguna menjadi backfire balik kpd Islam. Apakah niat sebenar Bar Council disebalik penganjuran forum seperti ini?Kalau dulu mereka juga telah menganjurkan satu forum tentang ketuanan Melayu,yang jugak menimbulkan sedikit kontrovesi,kali ini mereka teruskan lagi.Saya secara peribadi pada mulanya sejak dari malam semalam sebelum berlangsungnya event forum ini bertungkus lumus mencari maklumat tentang forum ini,tujuan bar council dan juga mendengar pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak.Namun,hati ini masih berbelah bahagi tidak dapat membuat satu stand dan pendirian yang kukuh.Sebagai seorang pelajar undang-undang,walaupun masih di tahun 2,masih terlalu cetek ilmu undang-undang yang saya perolehi,namun,hati ini tidak menafikan bahawa Intellectual Discussion yang cuba dibawa oleh Bar Council dalam isu ini merupakan antara langkah yang baik,konflik yang ada dalam kelompangan isu undang-undang berkaitan interpretation provision Article 121 (1A) yang ingin dibincangkan secara serius,terbuka dan penuh kematangan dengan cara membincangkan in matters of laws dan bukan in matters of religions seolah-olah tiada apa masalah dengan forum tersebut.Namun,isu sensitivity dan seolah-olah ada malicious intention juga di pihak Bar Council menyebabkan saya juga tidak tenang untuk meredhakan begitu sahaja tindakan bar council.Apatah lg 2 kes Shamala dan Shubashini juga turut menjadi perbincangan utama. Namun,kehadiran saya dihadapan Bar Council semalam,memberikan makna yang amat besar pada diri saya dan perjuangan akademik dan karier saya.Betapa saya rasa begitu sebak melihat bangunan Bar Council yang amat saya sukai itu dihuni kebanyakkannnya oleh orang-orang yang bukan seaqidah,yang tidak menyembah Tuhan yang sama yang mana saya sembah.Betapa ruang dakwah yang ada dalam Bar Council tertutup begitu sahaja.Betapa pentingnya perlu lahir dan dibentuk peguam-peguam Islam yang berkredibiliti tinggi yang mampu dan layak memimpin Bar Council suatu hari nanti.. Saya sangat suka bangunan Bar Council.. Becoming Lawyer Of The Deen

Anda mungkin juga menyukai