Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Sisters in Islam (SIS) merupakan suatu gerakan feminisme yang memperjuangkan hak-
hak wanita di Malaysia. Gerakan ini telah didaftarkan secara rasmi sebagai Badan
Bukan Kerajaan (Non Governmental Organisation; NGO) pada tahun 1993 di bawah
nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. SIS merupakan salah satu gerakan feminisme
yang agak aktif dan popular bagi mempertahankan segala pandangannya. Pada hari
ini, gerakan SIS berjaya mencipta peluang untuk masyarakat Malaysia menyuarakan
permasalahan yang berlaku seperti memperjuangkan keadilan, hak-hak manusia dan
demokrasi pada abad ke-21 ini.

2.0 Latar belakang penubuhan

2.1 Sejarah penubuhan

Penubuhan gerakan Sisters in Islam (SIS) ini dipelopori oleh wanita-wanita golongan
professional yang terdiri daripada ahli akademik, peguam, jurnalis, analis dan aktivis
yang agak terkenal pada tahun 1980-an. Gerakan ini bermula dengan satu persoalan
yang muncul di benak peneraju utama penubuhan SIS ini iaitu “Kalau Allah itu Maha Adil
atau kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang dan polisi-polisi yang dibuat
atas nama Islam tetapi mencetuskan ketidakadilan”. Dasar perjuangan gerakan SIS
ialah memperkukuhkan landasan pendekmorasian, membangun kehidupan beragama
yang berdasarkan kepada penghormatan atas perbezaan, mendukung dan
menyebarkan gagasan keagamaan yang pluralis, terbuka dan humanism serta
mencegah agar pandangan keagamaan yang militan dan pro-kekerasan tidak
menguasai wacana awam. Secara ringkasnya, gerakan SIS ini bermula daripada
perbincangan dalam kelompok kecil antara kumpulan sahabar, mengkaji sistem
perundangan, melibatkan diri secara langsung kepada mangsa yang memiliki krisis
kekeluargaan, kempen untuk melakukan reformasi terhadap undang-undang dan
mengkaji Al-Quran semula. Memandangkan ahli gerakan SIS ini terdiri daripada
golongan professional yang memiliki ilmu, teori dan kefahaman tentang beberapa
bidang iaitu bidang perundangan, penulisan dan Al-Quran, maka ianya memudahkan
ahli gerakan ini untuk memperjuangkan matlamat gerakan ini bagi meningkatkan
martabat kaum wanita dan menegakkan keadilan. Peredaran zaman menyebabkan
gerakan SIS ini bergerak dengan proaktif melalui pendidikan umum yang diberikan
kepada kaum wanita tentang hak-hak wanita dan keadilan yang perlu dicapai oleh setiap
wanita di muka bumi ini. Gerakan ini mulai menyediakan bengkel-bengkel latihan di
dalam aspek hak-hak wanita di dalam Islam pada tahun 2000, Hal ini adalah kerana,
ahli-ahli gerakan ini berpendapat bahawa ilmu pendidikan yang diberikan di dalam
bengkel tersebut kepada kaum wanita mampu memberi kesedaran kepada kaum wanita
tentang hak-hak wanita dalam mencapai kehidupan yang berkualiti. Perkara ini
bertepatan dengan Affizal Ahmad (2008) yang melihat pengetahuan itu sebagai
pemangkin perubahan dalam mencapai kehidupan yang berkualiti.

2.2 Aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan

Aktiviti yang ditawarkan di bawah gerakan SIS ini ialah ianya mengadakan bengkel-
bengkel khusus bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan wanita bagi menegakkan
emansipasi wanita. Bengkel-bengkel tersebut diketuai oleh pemimpin utama dalam SIS
dan antara tajuk bengkel yang telah dijalankan ialah Gender dan Seksualiti dalam Islam,
Islam, Budaya & Gender dan Kepimpinan Bersama Wanita Islam di Malaysia. Bengkel-
bengkel yang diadakan selaras dengan objektif jangka panjang SIS yang menginginkan
agar diskriminasi dan ketidakadilan dihapuskan ke atas kaum wanita yang sering
didoktrinkan bahawa kaum wanita ini tidak akan menjadi sehebat kaum lelaki. Antara
perkhidmatan yang disediakan oleh gerakan SIS ini ialah menyediakan khidmat
perundangan bagi menyelesaikan hal-hal yang melibatkan undang-undang. Ahli-ahli
gerakan SIS ini merupakan individiu yang mahir dalam dunia perundangan, maka
mereka membantu masyarakat sekeliling bagi mendapatkan khidmat perundangan.
Klinik Bantuan Guaman Telenisa merupakan salah satu perkhidmatan yang menjadi
pilihan masyarakat untuk mengetahui hak-hak yang dimiliki oleh wanita.
3.0 Analisis kewangan persatuan

Kewangan gerakan SIS ini berada pada tahap yang baik. Hal ini adalah kerana,
pelbagai aktiviti yang dijalankan bergantung kepada kewangan gerakan ini. SIS tidak
akan meminta bayaran di sebalik aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan kepada
masyarakat sekeliling. Tiada laporan kes penyelewengan dan korupsi yang berlaku di
dalam gerakan kewangan SIS.

4.0 Analisis isu persatuan

Antara isu yang dimiliki oleh gerakan SIS ini ialah pengharaman pertubuhan NGO
Sisters In Islam (SIS) oleh Fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). SIS juga telah
difailkan tuduhan oleh MAIS bahawa SIS merupakan pertubuhan yang memiliki
kefahaman yang sesat. Hal ini berlaku kerana MAIS telah menggazetkan bahawa mana-
mana individu atau pihak yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan
“pluralisme” agama sebagai pihak yang sesat dan melakukan penyelewengan daripada
ajaran Islam. Maka, MAIS telah mengharamkan pertubuhan SIS ini tanpa ada sebarang
justifikasi atau runding bicara sebelum MAIS melakukan pengharaman tersebut.
Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Othman menyatakan bahawa MAIS telah melanggar hak
asasi kebebasan suara, bersekutu dan agama yang dijamin di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Hal ini adalah kerana, pengharaman SIS yang telah dilakukan oleh MAIS
tidak diiringi dengan sebarang justifikasi terhadap perbuatan MAIS tersebut. Beliau juga
menyatakan bahawa kuasa untuk membataskan hak-hak asasi hanya terletak pada
Parlimen yang memiliki kuasa legislatif bagi membataskan hak-hak asasi individu,
masyarakat atau dunia. Beliau juga mewujudkan persoalan untuk MAIS dan masyarakat
bahawa bagaimana aktiviti yang mencerminkan belas kasihan dan kebaikan dalam
Islam serta meningkatkan kesedaran wanita tentang keadilan boleh dianggap sesat dan
menyeleweng?"
Antara isu yang dimiliki oleh persatuan ini ialah tuduhan yang dilemparkan buat
ahli-ahli gerakan SIS ini yang merupakan golongan liberal dan plural dalam beragama.
Hal ini agak tidak bertepatan dengan konteks agama Islam bahawa penganutnya
hendaklah mengamalkan agama Islam secara holistik tanpa merasakan bahawa
terdapat nilai-nilai benar yang dimiliki oleh sesuatu agama selain daripada agama Islam.
Meskipun agama Islam menekankan aspek toleransi dalam perhubungan, agama Islam
bukannya suatu perkara yang boleh dipandang enteng dalam aspek aqidah. Menurut
Mohd Aizam Mas’od (2013), aqidah ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan
yang muktamad tanpa sedikit pun rasa syak dan ragu-ragu bagi orang yang berpegang
kepada kepercayaan itu. Sebagai penganut agama Islam yang memegang nama
‘Sisters in Islam’, ahli gerakan SIS ini hendaklah meneliti akan kefahaman mereka
tentang aspek aqidah. Meskipun ahli gerakan SIS ini merupakan golongan professional
yang memiliki kerjaya yang agak hebat dan merupakan golongan cerdik pandai, agama
Islam merupakan suatu agama yang hanya Allah SWT sahaja tahu akan kebenaran
tentang keseluruhan perkara yang ada di muka bumi ini. Salah satu contoh gerakan SIS
ini menerima pluralisme agama ialah apabila terdapat ahlinya yang menolak hukum
hudud daripada diaplikasikan dan diguna pakai dalam negara Islam (Zulkiple Abd. Ghani
& Noor Amani Mohamed Hussin, 2014). Hal ini juga jelas membuktikan bahawa gerakan
SIS merupakan golongan yang bukan merupakan Ahli Sunnah Wal-Jamaah kerana
menurut Mohd Aizam Mas’od (2013), golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah merupakan
golongan yang berfahaman sederhana, tidak melampau dan tidak terlalu longgar maka
ianya dikeluarkan Khawarij, Syiah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Muktazilah, Anti-
Hadith, Islam Liberal, pluralisme agama dan seumpanya. Menurut Wan Adli Wan Ramli
(2012), golongan Islam Liberal mengkehendaki untuk Islam itu perlu difahami semula
dan bukan sekadar dalam kerangka ilmu yang diterima Islam, akan tetapi dalam semua
bidang ilmu yang dimiliki pada hari ini. Hal ini sangat bertepatan dengan tindakan-
tindakan yang dipamerkan oleh ahli gerakan SIS yang mencabar Fatwa Majlis Agama
Islam Selangor berkenaan dengan tuduhan ke atas SIS tentang kefahaman sesat yang
dimiliki oleh gerakan Sisters in Islam (SIS).
5.0 Analisis SWOT dan cadangan penambahbaikan

5.1 Analisis SWOT

Strength
Weakness
- Memperjuangkan emansipasi wanita
- Tidak berpegang kepada aqidah Islam yang
- Memiliki Klinik Bantuan Guaman Telenisa sebenar
- Memberi khidmat perundangan secara - Tidak memiliki sumber kewangan yang jelas
percuma kepada kaum wanita
- Memiliki ahli gerakan yang tidak amanah
- Menyediakan satu platform bagi membantu
kes-kes wanita

SWOT

Opportunity Threat
- Memiliki ahli-ahli gerakan yang profesional - Ancaman liberal dan pluralisme dalam
dan berpengaruh beragama
- Membuka peluang kepada golongan muda - Perbalahan antara jantina boleh berlaku
untuk menimba ilmu pengetahuan dengan akibat kelantangan SIS menyuarakan
mendalam sebagai 'intern' pandangan
-

5.2 Cadangan penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh gerakan SIS ialah usaha
menegakkan hak-hak wanita hendaklah diselangi dengan pegangan kepada aqidah
yang sebenar dengan konsep wasatiyyah iaitu tidak melampau dan adil. Hal ini sangat
selari dengan perjuangan gerakan SIS, maka, konsep Wasatiyyah hendaklah
diaplikasikan dalam menyelesaikan isu-isu hak kewanitaan. Perkara ini selaras dengan
pernyataan Abdullah Md Zin (2013) yang mentakrifkan ‘wasatiyyah’ sebagai suatu
pendekatan yang sangat dituntut oleh Islam. Pendekatan ‘wasatiyyah’ ini bersifat
komprehensif bagi menyelesaikan tuntutan dan permasalahan ummah yang berlaku.
Selain itu, cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh gerakan SIS
ialah memastikan pemilihan kakitangan merupakan kakitangan yang tidak melakukan
sebarang penyelewengan dalam gerakan SIS dan bersih daripada sebarang rekod
jenayah. Hal ini adalah kerana terdapat kes serbuan polis yang berlaku di pejabat
Sisters in Islam pada tahun 2016. Perkara tersebut dipercayai berlaku kerana
kakitangan Sisters in Islam terlibat dengan kes pecah amanah melibatkan dana
sebanyak RM 207, 563. Meskipun kes pecah amanah ini tidak berlaku dalam gerakan
SIS, akan tetapi, pemimpin di dalam gerakan SIS hendaklah memastikan kakitangan
dan ahli gerakan SIS bersih daripada sebarang kes jenayah agar gerakan SIS yang
memiliki tujuan dan matlamat yang baik ini tidak akan dieksploit dengan kes-kes
sebegini.

6.0 Penutup

Penubuhan gerakan Sisters in Islam sedikit sebanyak dapat membantu kaum wanita
yang memerlukan hak pembelaan dalam isu-isu penceraian, hak anak dalam keluarga,
hak isteri dalam keluarga, poligami, keganasan rumahtangga dan pembahagian harta.
Akan tetapi, individu yang memerlukan perkhidmatan gerakan SIS ini hendaklah
memiliki aqidah yang benar dan kuat agar individu tersebut tidak terpengaruh dengan
pegangan Islam Liberal dan pluralisme agama yang menjadi pegangan kepada ahli
gerakan SIS. Hal ini adalah kerana gerakan Islam Liberal merupakan salah satu usaha
halus bagi mengeluarkan umat Islam daripada agama penganut agama Islam tanpa
disedari dan dilakukan melalui nama Islam (Abdullah Md Zin, 2018, 10 Mac) Intihanya,
penubuhan sesuatu persatuan, gerakan dan kelas memerlukan kepakaran dan
pengetahuan daripada kesemua ahli agar permasalahan yang bakal berlaku dapat
diselesaikan dengan efektif.

Anda mungkin juga menyukai