Anda di halaman 1dari 27

SHAD 6315

SISTEM PERUNDANGAN ISLAM

TAJUK:

KEPENTINGAN FATWA DAN INSTITUSI FATWA DALAM MEMBANTU PENTADBIRAN


KEADILAN DI MAHKAMAH-MAHKAMAH DI MALAYSIA, KHUSUSNYA DI MAHKAMAH-
MAHKAMAH SYARIAH

NAMA PENSYARAH:

USTAZ HAMID BIN JUSOH

NAMA PELAJAR:

NUR HUSNINA IMANI BINTI MOHD HASSAN (G2111414)

NUR FAKHRINA BINTI ROSLAN (G2122726)

INTAN NURBATRISYIA BINTI MAZLAN (G2121066)

SITI SALAMIAH BINTI ISMAIL (G2220530)

SEMESTER II 2022/2023

HARUN M.HASHIM LAW CENTRE

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


1.0 PENGENALAN

Berdasarkan soalan tersebut, apa yang kami fahami ialah masyarakat sering mempunyai
persoalan yang tidak mempunyai hukum yang jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah. Maka di
dalam situasi ini, fatwa diperlukan bagi menjawab persoalan kehidupan harian tersebut. Ia
merupakan persoalan yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Menurut Ibnu Manzur, fatwa
ditakrifkan sebagai penjelasan mengenai hukum syarak oleh mufti bagi sesuatu masalah agama
berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau
berkumpulan. Asal usul ifta’ atau fatwa dapat dilihat di dalam Al-Quran. Antaranya di dalam surah
al-Nisa’ ayat 176;

‫ْف َما ت ََركَ ۚ َوه َُو َي ِرث ُ َها ِإن له ْم َيكُن له َها َولَد ٌ ۚ فَإِن‬ ُ ‫ْس َله ُ َو َلد ٌ َو َله ُ أ ُ ْختٌ َف َل َها نِص‬
َ ‫َي ْست َ ْفتُونَكَ قُ ِل َّللاه ُ يُ ْفتِيكُ ْم فِي ْالك َََل َل ِة ۚ ِإ ِن ا ْم ُر ٌؤ َه َلكَ َلي‬
‫سا ًء فَلِلذهك َِر مِثْ ُل َح ِظ ْاْلُنث َ َيي ِْن ۗ يُ َب ِي ُن ه‬
ٍ‫َّللا ُ َل ُك ْم أَن ت َِض ُّلوا ۗ َوَّللاه ُ ِب ُك ِل ش َْيء‬ َ ‫ان ِم هما ت ََركَ ۚ َو ِإن كَانُوا ِإ ْخ َوة ً ِر َج ًاًل َو ِن‬ ِ َ ‫كَانَت َا اثْنَتَي ِْن فَلَ ُه َما الثُّلُث‬
4:176 - ‫علِي ٌم‬
َ

Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu
tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan
mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta
yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara
perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka
bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka
(ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara
laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini)
kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Definisi bagaimana fatwa itu penting dalam membantu pentadbiran keadilan di Malaysia
adalah merujuk kepada bagaimana hakim-hakim merujuk fatwa bagi membantu membuat
penghakiman atau bagaimana fatwa itu membantu hakim dalam membuat penghakiman dalam
kes-kes bukan sahaja di Mahkamah Syariah tetapi juga di Mahkamah Sivil.

1
Terdapat dua institusi yang mentadbir fatwa di Malaysia iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan (JFMK) di peringkat kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri (JFN) di peringkat
negeri. Kuasa untuk membuat dan melaksanakan fatwa adalah salah satu daripada bidangkuasa
negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Kedua, Perlembagaan
Persekutuan. Fatwa memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Islam kerana
masyarakat Islam berhajat kepada penyelesaian dalam bentuk hukum hakam kepada segala
permasalahan terutamanya isu-isu kontemporari yang berlaku dalam kehidupan mereka sehari-
harian. Oleh itu, dari segi perundangan, fatwa dapat membantu hakim-hakim di mahkamah dalam
menetapkan keputusan penghakiman.

Justeru, fatwa merupakan salah satu sumber rujukan bagi perundangan di mahkamah
terutamanya di Mahkamah Syariah. Bagi di Mahkamah Syariah, fatwa-fatwa di semua negeri,
kecuali Perlis, semestinya berlandaskan qaul mu’tamad dari pandangan Mazhab Shafie. Sekiranya
mengikuti pandangan tersebut akan membawa kepada permasalahan atau kesulitan kepada
masyarakat, maka Mufti boleh mengikuti qaul mu’tamad dari pandangan mazhab-mazhab sunni
yang lain. Sekiranya ia masih bercanggah degan kepentingan awam, maka Mufti membuat
ijtihadnya sendiri

2.0 KEPENTINGAN FATWA DAN INSTITUSI FATWA DALAM MEMBANTU


PENTADBIRAN KEADILAN DI MAHKAMAH DI MALAYSIA

Segala permasalahan terutamanya isu-isu kontemporari yang berlaku dalam kehidupan


sehari-harian masyarakat Islam perlu kepada penyelesaian dalam konteks hukum hakam. Justeru,
Fatwa memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Dari aspek
perundangan, fatwa dapat membantu hakim-hakim di mahkamah syariah dalam menetapkan
keputusan penghakiman. Semua Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia
(kecuali Negeri Kelantan) memperuntukkan bahawa fatwa hendaklah diiktiraf oleh mahkamah
sebagai autoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.

Malah fatwa juga merupakan salah satu instrumen perundangan Islam yang turut menjadi
rujukan di mahkamah sivil Malaysia. Namun, tidak terdapat peruntukan undang-undang yang jelas
menyatakan bahawa fatwa mesti menjadi rujukan di mahkamah sivil. Peruntukan undang-undang
Islam negeri hanya menyebut bahawa mahkamah sivil boleh meminta Mufti/Jawatankuasa Fatwa

2
untuk memberi pendapat mengenai Hukum Syarak dan Mufti boleh memberikan pendapatnya
kepada Mahkamah itu (Akta dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri semua negeri
kecuali Sarawak, Johor, Melaka dan Perlis).

Di mahkamah syariah, Fatwa and Mufti adalah tertakluk kepada enakmen negeri-negeri
dan Akta parlimen. Telah diperuntukkan di dalam Seksyen 34(3) Akta Pentadbiran Undang-
undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 bahawa setelah diterbitkan di dalam Gazet, sesuatu
fatwa akan mengikat setiap penduduk Muslim di Wilayah Persekutuan dan akan menjadi
kewajipan beragamanya untuk mematuhi fatwa tersebut.

Fatwa wajar menjadi rujukan utama kepada penghakiman di mahkamah Syariah kerana ia
adalah satu instrumen yang penting dalam konteks perundangan bagi menyelesaikan sebarang
pertikaian. Dengan tidak menafikan keperluan para hakim untuk berijtihad dalam perbicaraan yang
melibatkan permasalahan hukum syarak, rujukan ini memudahkan tugas hakim dalam
memberikan keputusan dan boleh mengurangkan kos perbicaraan kerana tidak mengambil masa
yang lama untuk diselesaikan. Justeru, fatwa dan pendapat mufti amat wajar dilibatkan dalam
penghakiman mahkamah Syariah dalam memberikan pandangan hukum syarak bagi meletakkan
mufti dan institusi fatwa sebagai sumber rujukan yang berautoriti. Perkara ini boleh sahaja
dimaksimumkan oleh para peguam yang membawa hujah dan sumber fatwa yang telah
dikeluarkan untuk dipertimbangkan oleh para hakim, atau hakim sendiri mengambil inisiatif
menjadikan himpunan fatwa itu sebagai rujukannya dalam memutuskan sesuatu hukum.

Manakala bagi di mahkamah sivil, hakim boleh merujuk kepada mufti dan fatwa untuk
membantu dalam penghakiman kes terutamanya bagi kes yang melibatkan hal-ehwal Islam,
walaubagaimanapun ianya tidak terikat untuk mengikut fatwa. Dalam konteks perundangan sivil,
rujukan mufti adalah merujuk kepada keterangan pakar bahawa mahkamah boleh apabila perlu
untuk mendapatkan sesuatu pendapat atau perkara daripada mereka yang mahir dalam sesuatu
bidang pengkhususan (seksyen 45, Akta Keterangan 1950) iaitu Pendapat pakar 45. (1) Apabila
mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang
negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan
atau cap jari, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus

3
dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal tentang identiti atau
ketulenan tulisan tangan atau cap jari, ialah fakta berkaitan.

(2) Orang sedemikian itu dipanggil pakar.

Di dalam seksyen 38 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1993 juga ada memperuntukkan bahawa “…dalam mana-mana mahkamah selain
daripada Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu
boleh meminta pendapat Mufti tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan
pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu” Namun begitu, fatwa yang diwartakan
tidaklah mengikat mahkamah sivil. Sama ada mahkamah sivil menerima atau menolak fatwa
tersebut, ianya adalah bergantung kepada budi bicara hakim yang mengadili kes tersebut.

3.0 FATWA SEBAGAI KAEDAH PENERANGAN SESUATU HUKUM DALAM ISLAM

Di dalam firman Allah:

َ ‫س ۤاءِ الهتِ ْي ًَل تُؤْ ت ُ ْونَ ُه هن َما كُت‬


َ ‫ِب لَ ُه هن َوت َْر‬
‫غب ُْونَ اَ ْن‬ َ ِ‫ب فِ ْي َي ٰت َمى الن‬ َ ‫َّللاُ يُ ْفتِ ْيكُ ْم فِ ْي ِه هن َۙو َما يُتْ ٰلى‬
ِ ‫علَ ْيكُ ْم فِى ْال ِك ٰت‬ ‫س ۤا ۗ ِء قُ ِل ه‬َ ِ‫َو َي ْست َ ْفت ُ ْونَكَ فِى الن‬
َ ‫ان َوا َ ْن تَقُ ْو ُم ْوا ل ِْل َي ٰتمٰ ى ِب ْال ِقسْطِ َۗو َما ت َ ْف َعلُ ْوا م ِْن َخي ٍْر فَا هِن ه‬
َ ‫َّللا َكانَ ِب ٖه‬
‫ع ِل ْي ًما‬ ِ ۙ َ‫ض َع ِفيْنَ مِنَ ْال ِو ْلد‬ ْ َ ‫ت َ ْن ِك ُح ْوه هُن َو ْال ُم ْست‬

Dan mereka meminta fatwa kepadamu tentang perempuan. Katakanlah, “Allah memberi fatwa
kepadamu tentang mereka, dan apa yang dibacakan kepadamu dalam Al-Qur'an (juga
memfatwakan) tentang para perempuan yatim yang tidak kamu berikan sesuatu (maskawin) yang
ditetapkan untuk mereka, sedang kamu ingin menikahi mereka dan (tentang) anak-anak yang
masih dipandang lemah. Dan (Allah menyuruh kamu) agar mengurus anak-anak yatim secara
adil. Dan kebajikan apa pun yang kamu kerjakan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah
An-Nisa’: 127)

Penggunaan perkataan fatwa pada ayat ini membawa maksud meminta penjelasan hukum
yang mana jawapan kepada permintaan tersebut akan menghasilkan implikasi hukum. Ayat ini
jelas menunjukkan bagaimana para sahabat telah bertanyakan Rasulullah saw tentang masalah
berkenaan hukum-hukum kewanitaan bagi mendapatkan kepastian hukum. Lalu ayat ini pun
diturunkan kepada baginda sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut.

Selain daripada ayat ini terdapat banyak lagi ayat-ayat yang lain yang menuntut fatwa
daripada Nabi Muhammad saw. Samada pada hal yang berkait dengan urusan kewangan,

4
perkahwinan, perceraian, perdamaian serta hak dan kewajipan dalam urusan kekeluargaan Antara
contoh persoalan berkaitan tentang nafkah (Al-Baqarah: 215), persoalan tentang berperang pada
bulan yang diharamkan (Al-Baqarah: 217), persoalan tentang hukum arak dan judi (Al-Baqarah:
219), persoalan tentang anak yatim (Al-Baqarah: 220), persoalan tentang hukum perempuan yang
datang haid (Al-Baqarah: 222) dan sebagainya lagi.

Justeru, fatwa bermaksud memberikan jawapan berdasarkan Hukum Syarak kepada


kemusykilan yang timbul manakala pada pendapat Mufti Wilayah Persekutuan maksud fatwa yang
tarjih adalah menjawab, menerangkan, menjelaskan, atau mengkhabarkan hukum.

4.0 FATWA DAN MAHKAMAH

PENGAPLIKASIAN FATWA DI MAHKAMAH

Menurut peruntukan di dalam Akta, Enakmen dan Ordinan Pentadbiran Undang-Undang


Islam yang ada sekarang, suatu keputusan yang dibuat tidak dikatakan sebagai fatwa sekiranya ia
dikeluarkan tidak mengikut prosedur atau acara yang ditetapkan, dikeluarkan oleh orang atau
jawatankuasa yang diberi kuasa dan disiarkan di dalam Warta. Hanya setelah fatwa itu disiarkan
di dalam Warta, barulah ia boleh dikuatkuasakan. Selain itu, oleh kerana Perlembagaan
Persekutuan menetapkan bahawa perkara Agama terletak di bawah bidang kuasa negeri, maka
kuasa untuk membuat dan melaksanakan fatwa adalah salah satu daripada bidangkuasa negeri
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Kedua, Perlembagaan
Persekutuan. Sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh negeri tertentu hanya mengikat orang yang
tinggal di negeri di mana fatwa tersebut dikeluarkan. Seksyen 34 (3) Akta Pentadbiran Undang-
Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan misalnya menyebut:

Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang
bermastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi
kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu melainkan jika dia
dibenarkan olah Hukum Syarak tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan,
kepercayaan, atau pendapat peribadi.

Seterusnya, dalam skop perundangan Malaysia, fatwa ialah keputusan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi penguatkuasaan undang-
undang. Fatwa yang dikeluarkan samada oleh Mufti atau Majlis Agama melalui Jawatankuasa

5
Syariah masing-masing boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu; pertama, fatwa yang
diwartakan; kedua, jawapan-jawapan fatwa yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa
fatwa; dan ketiga, penjelasan hukum yang dilakukan oleh Mufti atau pembantunya.

Hanya fatwa kategori pertama sahaja yang diakui oleh mahkamah dan semua pihak dalam
negeri tersebut seterusnya mengikat dan mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang (Seksyen
49 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Bagi fatwa kategori kedua
adalah tidak wajib diakui oleh pihak-pihak lain dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mana-mana
individu atau badan atau mahkamah sekaligus tiada sebarang implikasi undang-undang,
sebaliknya hanya berupa penjelasan dan jawapan kepada pihak yang meminta penjelasan
berkenaan hukum-hukum yang masih belum jelas secara peribadi. Namun fatwa kategori ini boleh
diproses sehingga ianya diwartakan sekiranya diberikan keizinan oleh Duli Yang Mulia Sultan
atau disesetengah negeri oleh Majlis sendiri. Fatwa kategori ketiga juga tidak wajib diterima oleh
orang yang bertanya dan ia tidak boleh diproses untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan kerana
pada hakikatnya ianya hanya penjelasan hukum yang telah sedia ada di dalam syariat Islam dan
tercatat dalam kitab-kitab agama tetapi tidak diketahui oleh orang yang bertanya tentangnya.

Oleh itu, pengeluaran fatwa di Malaysia perlu mengikut prosedur yang tertentu. Suatu
fatwa yang hendak dikuatkuasakan hendaklah diwartakan. Jika tidak diwartakan maka ia dianggap
kekal sebagai pendapat Mufti sahaja dan untuk pengetahuan atau rujukan hukum semata-mata.
Fatwa yang tidak diwartakan itu tidak mengikat orang Islam untuk mematuhinya dan pihak
berkuasa juga tidak boleh mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang mengingkari
pendapat Mufti tersebut.

KEDUDUKAN FATWA DI MAHKAMAH

Fatwa mempunyai kedudukan yang penting dalam perundangan Islam. Ia juga turut
diiktiraf oleh perundangan di Malaysia bukan sahaja di mahkamah syariah, tetapi juga di
mahkamah sivil walaupun status dan pengaplikasiannya agak berbeza. Tiada peruntukkan didalam
Akta atau Enakmen Pentadbiran Islam Negeri yang memperuntukkan mahkamah sivil mengiktiraf
fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa atau Mufti. Namun begitu, terdapat enakmen yang
memperuntukkan jika mahkamah yang bukan Mahkamah Syariah boleh meminta fatwa dari
Jawatankuasa Fatwa dan Mufti boleh mengesahkan pendapatnya kepada mahkamah yang
membuat permintaan tersebut. Seksyen 53 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

6
Selangor) 2003; Seksyen 53(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003
menyatakan:

Jika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak
perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan
itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada Mahkamah yang
membuat permintaan itu.

Seterusnya, klausa (2) dalam peruntukkan yang sama menyatakan Mufti tidak boleh
disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syarak di dalam mana-mana
Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Tetapi jika mahkamah yang bukan Mahkamah Syariah
memerlukan sesuatu pandangan mengenai Hukum Syarak, Mahkamah itu boleh meminta mufti
memberi atau memperakukan pendapat mengenai persoalan yang timbul.

5.0 PENGUATKUASAAN DAN PERUNTUKAN KESALAHAN BERHUBUNG FATWA


DALAM UNDANG-UNDANG

Penguatkuasaan kesalahan berhubung fatwa adalah melibatkan prosiding pendakwaan kes-


kes di Mahkamah Syariah. Asas kepada penguatkuasaan kesalahan ini adalah fatwa tersebut
mestilah telah digazetkan dalam warta kerajaan negeri masing-masing. Fatwa yang boleh
dikuatkuasakan adalah terbatas kepada fatwa-fatwa yang telah disiarkan dalam warta negeri
menurut undang-undang. Penguatkuasaan fatwa bermaksud tindakan undang-undang boleh
dikenakan kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi atau mengingkari fatwa yang telah
disiarkan dalam warta undang-undang negeri berkenaan.

Semua negeri memperuntukkan kesalahan dan hukuman terhadap orang Islam yang
melanggar atau mengingkari fatwa sama ada dalam bentuk fatwa itu sendiri ataupun pihak
berkuasa yang mengeluarkan fatwa iaitu Mufti dalam akta/enakmen kesalahan jenayah syariah
negeri-negeri. Maka sekiranya berlaku perbuatan mana-mana orang Islam yang melanggar fatwa
yang telah diwarta, tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan melalui proses aduan, siasatan,
tangkapan dan pendakwaan. Ia melibatkan bidang kuasa Penguatkuasa Agama dan Pendakwa
Syarie di setiap negeri. Ini kerana menurut undang-undang Islam negeri-negeri, fatwa yang telah
diwarta akan mengikat orang Islam yang berada dalam negeri berkenaan. Namun fatwa yang
diwartakan di suatu negeri hanya boleh dikuatkuasakan di negeri berkenaan sahaja.

7
Untuk menjadikan keputusan-keputusan seperti di atas menjadi fatwa yang berkuatkuasa
di sesuatu negeri, keputusan itu perlu di bawa ke negeri-negeri berkenaan dan diwartakan melalui
Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri mengikut prosedur yang telah ditetapkan di dalam Enakmen
Pentadbiran Undang-Undang Islam masing-masing. Negeri-negeri mempunyai hak samada untuk
menerima atau menolak dan samada untuk mewartakan ataupun sebaliknya. Jika dilihat dari segi
rekod, sebenarnya banyak keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang tidak
diwartakan sebagai fatwa di negeri-negeri.

Terdapat tiga bentuk kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang berkaitan fatwa
di negeri-negeri di dalam Malaysia. Pertama, kesalahan menghina atau mengingkari mufti melalui
fatwa, kedua adalah kesalahan mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa yang
sedang berkuatkuasa di negeri-negeri dan yang ketiga, kesalahan mengeluarkan fatwa oleh pihak
tidak mempunyai kuasa secara sah.

Kebanyakan negeri di Malaysia memperuntukkan kesalahan menghina atau mengingkari


pihak berkuasa agama iaitu Mufti dalam akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-
negeri kecuali di Sabah, Kedah dan Kelantan. Sebagai contoh, Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 12, Enakmen Jenayah Syariah
(Selangor) 1995 memperuntukkan sesiapa yang bertindak dengan cara menghina pihak berkuasa
agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui
fatwa adalah melakukan suatu kesalahan. Menurut peruntukan tersebut, melakukan perbuatan
yang mengingkari fatwa dikira sebagai menghina kuasa Mufti sebagai pihak berkuasa utama dalam
perkara hukum syarak di peringkat negeri. Apabila disabitkan kesalahan ini, pesalah boleh
dikenakan hukuman iaitu didenda tidak melebihi RM 3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan kedua adalah mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau


menyebarkan pendapat tentang ajaran agama Islam, hukum syarak atau apa-apa isu yang
bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri. Sekiranya ada
pihak yang mempunyai pendapat peribadi bertentangan dengan fatwa yang telah diwartakan, ia
seharusnya tidak disebarkan kepada umum kerana akan mengundang pelbagai kekeliruan dan
menjejaskan reputasi institusi fatwa dan Mufti sendiri. Seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah

8
(Selangor) 1995 dan Seksyen 12 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)
1997 memperuntukkan kesalahan tersebut dan apabila disabitkan, ia boleh didenda tidak melebihi
RM 3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Namun peruntukan
hukumannya tidak selaras di semua negeri. Di Negeri Sembilan misalnya, Seksyen 51 Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 memperuntukkan kadar hukuman yang lebih ringan iaitu
denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan ketiga berkaitan fatwa adalah kesalahan mengeluarkan fatwa yang tidak sah atau
oleh pihak yang tiada kuasa sah dalam mengeluarkan fatwa. Hal ini kerana Fatwa tidak boleh
dibuat sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak yang tidak mempunyai autoriti menurut
undang-undang sebaliknya Mufti telah dilantik oleh Sultan sebagai pihak berkuasa utama yang
berperanan mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan persoalan berkaitan hukum syarak di setiap
negeri. Walau bagaimanapun, tidak semua negeri memperuntukkan kesalahan ini. Seksyen 13
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 memperuntukkan kesalahan
bahawa tidaklah boleh sesiapa, kecuali Mufti atau Jawatankuasa Fatwa, sama ada secara lisan atau
tulisan, membuat dan mengeluarkan fatwa mengenai agama Islam atau hukum syarak dan mana-
mana orang yang melanggar peruntukan tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penguatkuasaan kesalahan berhubung fatwa ini adalah untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat Islam mengenai kepentingan fatwa sebagai sumber perundangan Islam yang
berperanan dalam membantu pentadbiran keadilan di mahkamah-mahkamah di Malaysia. Maka
sekiranya berlaku perbuatan mana-mana orang Islam yang melanggar fatwa yang telah diwarta,
tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan melalui proses aduan, siasatan, tangkapan dan
pendakwaan. Ia melibatkan bidang kuasa Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie di setiap
negeri.

6.0 KEDUDUKAN FATWA SEBAGAI AUTORITI DI MAHKAMAH SYARIAH


MALAYSIA

Di Malaysia, fatwa diiktiraf sebagai salah satu sumber perundangan Islam. Bagi
menyelesaikan suatu pertikaian dan permasalahan hukum, fatwa menjadi rujukan kepada

9
mahkamah Syariah dalam beberapa keadaan dan kes. Mahkamah merujuk fatwa dan mengikutnya
dalam keputusan mereka. Dari sudut yang kontras, terdapat bukti bahawa mahkamah Syariah tidak
merujuk kepada fatwa yang relevan biarpun terdapat fatwa berkaitan.

Sebagai pengenalan, jika kita lihat berdasarkan sejarah zaman pra-penjajahan Barat, fatwa
dan pendapat mufti berperanan besar dalam sistem pemerintahan Raja Melayu Islam dan sering
sahaja dirujuk dalam pertikaian di mahkamah (Ramizah Wan Muhammad 2009). Namun, apabila
undang-undang Inggeris mula dikenalkan dalam sistem keadilan di Tanah Melayu telah mengubah
peranan mufti dan fatwa dalam sistem keadilan dan kesannya terus berlanjutan pada hari ini.
Pengasingan institusi mufti dan mahkamah Syariah menjadikan institusi kehakiman dan fatwa
berada pada dua struktur organisasi yang berbeza.

Selain itu, semua Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia (kecuali
Negeri Kelantan) memperuntukkan bahawa fatwa hendaklah diiktiraf oleh mahkamah sebagai
mengenai semua perkara autoritatif yang dinyatakan di dalamnya. Namun, mahkamah Syariah
menggunakan pendekatan yang pelbagai dalam menerima status autoriti fatwa dalam
penghakiman mereka. Dalam satu keadaan, mahkamah menerima dan merujuk fatwa yang telah
dikeluarkan oleh negeri berkaitan dalam penghakiman mereka. Dalam keadaan yang lain,
mahkamah mengeluarkan keputusan yang tidak sejajar dengan fatwa biarpun terdapat fatwa yang
berkaitan.

6.1 FATWA SEBAGAI AUTORITI DALAM SEJARAH

Catatan sejarah Tanah Melayu menunjukkan fatwa dan pandangan mufti mempunyai
kedudukan yang berautoriti dalam sistem pemerintahan, keagamaan dan kehakiman. Walaupun
bukan atas nama mufti atau Jabatan Mufti, peranan sebagai penasihat agama atau penasihat Sultan
menjadikan mereka sebagai rujukan pandangan agama sebelum pemerintahan British lagi. Raja-
Raja Melayu sebagai ketua agama Islam telah melantik mufti dan kadi untuk menasihati mereka
dalam perkara berkaitan Islam dan tafsirannya (Mohd Kamel Mat Salleh et. al. 2016).

Dalam urusan kehakiman dan perundangan, pandangan dan pendapat mufti di mahkamah
adalah suatu yang berautoriti sebagai sumber hukum Islam. Terdapat mufti yang pernah bertindak
sebagai peguam perbicaraan di mahkamah, berkuasa melantik kadi dan juga penasihat mahkamah.

10
Adakalanya mereka sendiri terlibat sebagai kadi, penasihat kadi dan pakar rujuk dalam hal hukum-
hakam, contohnya seperti yang berlaku di Melaka dan Kelantan. Sultan dalam Kesultanan Melayu
Melaka menghakimi sendiri kes yang dibicarakan di istana dengan dibantu oleh para ulama sebagai
penasihat. Impak daripada peranan sebagai penasihat sultan ini membawa kepada penggubalan
Risalah Hukum Kanun yang mula ditulis pada tahun 1446M dan lengkap disusun tahun 1456M
iaitu pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka (Abdullah @ Alwi Hj. Hassan, 2005).

Manakala di Kelantan iaitu pada tahun 1800-an, mufti terlibat sebagai hakim Mahkamah
Rendah Syariah yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kes berkaitan kekeluargaan, harta
pusaka dan beberapa kesalahan Islam yang lain. Dalam kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah
Balai iaitu mahkamah tertinggi di negeri tersebut, sultan berfungsi sebagai hakim dan mufti pula
sebagai penasihat baginda. Mufti juga dilantik sebagai ahli badan perundangan negeri yang
menjalankan tanggungjawab menyusun atur semua prosedur dan peraturan mahkamah Syariah
apabila situasi memerlukan kepada peraturan-peraturan baru.

Oleh yang demikian, suatu fakta yang tidak dapat disangkal bahawa kedudukan mufti
dalam sejarah Tanah Melayu adalah tinggi dan mulia sehingga dilibatkan dalam pelbagai urusan
yang melibatkan hal ewhal agama Islam. Ini dapat dilihat dalam peranan Shaykh al-Islam atau
Mufti yang bertindak sebagai penasihat dalam sistem pentadbiran mahkamah, antaranya ialah
Mahkamah Adat dan Mahkamah Syariah/Kadi semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu
(1800-1900). Atas keterlibatan dan peranan sebagai penasihat raja dan sultan membuktikan
bahawa mereka sebenarnya memang terlibat dalam proses membuat dan menyusun undang-
undang sehingga dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Shamrahayu A. Aziz 2015).

Perbezaan skop tugas antara mufti dan kadi ialah tugas mufti lebih kepada soal kehakiman
dalam mahkamah yang menyentuh perkara matrimonial dan pengurusan harta, manakala kadi
diberi tanggungjawab ke atas kes-kes jenayah. Bagi Negeri-Negeri Selat, mufti dan fatwanya turut
menjadi rujukan dalam penghakiman di mahkamah sivil Inggeris. Dalam kes berkaitan munakahat,
Undang-Undang Mohamedan Marriage Ordinance 1880 bagi Negeri-Negeri Selat telah dipinda
pada tahun 1908 dengan mewujudkan jawatan mufti atas perlantikan Gabenor bagi menjalankan
peranan sebagai penasihat berkaitan hukum syarak. Jawatan ini diwujudkan bagi membantu

11
Registrar dalam menyelesaikan kes-kes rayuan mengenai perkahwinan dan perceraian yang
sebelum ini di bawah kuasa kadi.

6.2 AUTORITI FATWA DAN PENDAPAT MUFTI DI MAHKAMAH SYARIAH

Dalam konteks Malaysia, seperti yang dibincangkan dari sudut perkembangan sejarah
perundangan, mufti terus kekal berperanan dalam landskap perundangan moden pasca-
kemerdekaan, terutamanya dari sudut perundangan Syariah. Tindakan British yang mengasingkan
mufti dan kadi telah memberikan kesan kepada bentuk peruntukan berkaitan kefatwaan dalam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia. Sehingga tahun 2016, kedudukan
fatwa tetap diiktiraf oleh perundangan melalui punca kuasa Enakmen tersebut. Fatwa rasmi yang
dikeluarkan oleh mufti dan Majlis melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri adalah merupakan fatwa
yang diakui dan diiktiraf oleh mahkamah Syariah. Fatwa yang diwartakan juga berautoriti dan
mengikat semua orang Islam dalam negeri berkenaan. Melanggar dan mengingkari fatwa yang
diwartakan adalah suatu kesalahan dan jika disabitkan oleh mahkamah, boleh dikenakan tindakan
dan hukuman sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang Islam Negeri.

Rumusan yang boleh disimpulkan bagi menunjukkan keautoritian fatwa:

1. Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf/boleh diterima sebagai autoriti


oleh semua mahkamah Syariah (semua negeri kecuali Kelantan). Ia
merujuk kepada semua peringkat mahkamah Syariah iaitu iaitu
Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah;
2. Fatwa yang diwartakan adalah mengikat orang Islam dalam negeri yang
mewartakan fatwa tersebut (semua negeri kecuali Kelantan);
3. Mufti tidak boleh disaman atau dipanggil untuk memberi pendapat atau keterangan
mengenai undang-undang Islam sama ada di Mahkamah Awam/Sivil atau
Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan,
Pahang dan Sabah). Ini bermaksud Mufti tidak boleh dipanggil sama ada sebagai
saksi mahupun memberi pendapat dan keterangan;

12
4. Walau bagaimanapun, pendapat mufti dalam bentuk afidavit bertulis boleh diterima
oleh mahkamah. Mahkamah yang dimaksudkan ialah ‘Mahkamah selain syariah’
atau lebih tepat mahkamah sivil (semua negeri kecuali Sarawak);
5. Dalam prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, pengemukaan pemberitahuan
fatwa yang diwartakan hendaklah menjadi bukti konklusif tentang fatwa tersebut
(Sarawak sahaja);
6. Mufti dan mana-mana ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri, tidak boleh didakwa di mana-
mana mahkamah Syariah atau sivil bagi sesuatu fatwa yang telah diwartakan (Sabah
sahaja).

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (1994), Bahagian II
(Jamaah Ulama) yang memperuntukkan mengenai hal berkaitan kefatwaan, bahawa mahkamah
Syariah Kelantan tidak terikat dengan fatwa kerana para hakim Syarie berhak berijtihad dalam
menyelesaikan suatu pertikaian di mahkamah. Fatwa boleh dirujuk dalam permasalahan baru yang
memerlukan kepada rujukan dan keputusan fatwa. Memandangkan juga bahawa fatwa adalah
suatu pandangan hukum secara umum, maka ia tidak wajar mengikat orang Islam di negeri
Kelantan. Jika ia mengikat, maka kedudukannya seolah-olah sama sahaja dengan keputusan
seorang hakim. Justeru, peruntukan mengenai fatwa hendaklah diiktiraf di mahkamah Syariah dan
mengikat orang-orang Islam, maka ia tidak dimasukkan di dalam Enakmen negeri tersebut.

Dapat disimpulkan bahawa di mahkamah Syariah, fatwa yang diputuskan oleh


Jawatankuasa Fatwa tetap menjadi autoriti kerana mahkamah hendaklah mengiktiraf fatwa yang
dikeluarkan dan boleh menjadikannya sebagai rujukan. Jika fatwa itu telah dikeluarkan dalam
bentuk teks dan bertulis seperti buku dan atas talian (online), ia boleh sahaja diiktiraf oleh
mahkamah dan jika belum ada fatwa yang berkaitan, pihak mahkamah Syariah boleh meminta
kepada mufti dan Jawatankuasa Fatwa bagi membincang dan mengeluarkan fatwa yang berkaitan.
Ia boleh disampaikan dalam bentuk afidavit bertulis dan boleh diterima di mahkamah.

Dalam beberapa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia


memperuntukkan mufti tidak boleh dipanggil sebagai saksi pakar atau memberi keterangan di
kedua-dua mahkamah Syariah dan sivil (Wilayah Persekutuan, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan,
Pahang dan Sabah). Ini adalah bagi menjaga maruah dan peribadi mufti daripada bersoal jawab di

13
mahkamah yang boleh merendahkan kedudukannya sebagai mufti dan Penasihat Raja- Raja
Melayu. Berkemungkinan juga skop tugas yang berbeza di antara mufti dan hakim tidak memberi
kewajaran kepada mufti untuk dipanggil sebagai saksi pakar di mahkamah. Sedangkan antara
tugas sedia ada mufti adalah mengeluarkan fatwa dan hukum syarak bersama ahli jawatankuasa
fatwa negeri masing-masing dan terlibat juga sebagai ahli dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Jawatankuasa Fatwa MKI). Peruntukan ini sama sekali
bertujuan untuk menjaga imej, maruah dan kredibiliti para mufti, mereka tidak boleh disaman
untuk hadir ke mahkamah bagi memberi pandangan atau menjadi saksi bagi satu-satu perbicaraan.
Namun secara rumusannya, kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti di mahkamah
Syariah adalah diterima dan diiktiraf, seperti yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Negeri-Negeri.

6.3 FATWA DAN PENDAPAT MUFTI MENJADI RUJUKAN PENGHAKIMAN


DALAM KES-KES DI MAHKAMAH SYARIAH

Berdasarkan dapatan kajian oleh Mohd Kamel Mat Salleh, Mohd Al Adib Samuri, Mohd
Izhar Ariff Mohd Kashim (2016) dalam artikel, terdapat beberapa kes di mahkamah Syariah yang
menjadikan fatwa dan pendapat mufti sebagai rujukan serta diterima dalam penghakiman.
Terdapat sembilan kes dalam kategori hukum Syariah, jika dipecahkan dari segi pola, terdapat satu
kes berkaitan penentuan nasab anak, tiga kes matrimonial, dua kes tanah wakaf dan tiga kes
berkaitan tuntutan harta. Dari sudut fatwa manakah yang menjadi autoriti dan diterima oleh para
hakim Syarie, terdapat tiga kes merujuk kepada fatwa Negeri, tiga kes juga menerima kedua-dua
fatwa Negeri dan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI serta tiga kes yang hanya
merujuk kepada fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI.

Namun begitu, terdapat dua kes yang diputuskan di Negeri tetapi menjadikan fatwa negeri
lain sebagai autoriti. Begitu juga kedudukan fatwa yang diputuskan di peringkat Kebangsaan oleh
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI yang diketahui umum sifatnya tidak mengikat negeri tetapi
menjadi kecenderungan para hakim menjadikannya sebagai autoriti dalam penghakiman.

14
1. Mohd Faizol bin Zainal v Suhaila bt Yusoff [2014] 2 ShLR 83

Dalam kes ini, fatwa Negeri Terengganu dan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI
telah dijadikan rujukan dan autoriti yang menyatakan bahawa anak yang dilahirkan kurang dari
enam bulan dua laḥzah adalah anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologi.
Peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara dalam menolak
sabitan anak sah taraf juga adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
MKI yang bersidang pada 28–29 Januari 1981 dan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1986
berkenaan pendaftaran kelahiran anak luar nikah.

2. Najim Alden Mohammad Saide v Nadiah Abdul Aziz [2013] 1 CLJ (Sya) 124

Dalam kes ini, mahkamah telah bersetuju dan menerima fatwa Majlis Fatwa Negeri Kelantan yang
bersidang pada 14 Jun 1998. Kes ini memberi isyarat bahawa fatwa di Malaysia bersifat merentas
sempadan negeri dan boleh dirujuk oleh mana-mana hakim dalam penghakimannya. Matlamat
yang ingin dicapai dalam memutuskan suatu hukum adalah fakta, bukti, hujah dan dalil. Sekiranya
ia dapat diperolehi melalui fatwa walaupun dikeluarkan di negeri lain, maka ia boleh dimanfaatkan
oleh para hakim Syarie di Malaysia.

3. Tengku Zainul Akmal bin Tengku Besar Mahmud & Anor v Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu & Anor [2012] 3 ShLR 39

Dalam kes ini, Hakim Ismail Yahya antara lainnya menjadikan fatwa yang dikeluarkan oleh
Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang diwartakan (GN28/1971) sebagai rujukan bahawa Tanah
Konsesi Chenderong tidak boleh dipindah milik dan halangan ini juga tertakluk kepada mana-
mana pihak ketiga. Kes ini juga memberi petunjuk bahawa fatwa yang diwartakan adalah mengikat
orang Islam di negeri Terengganu dan wajib dipatuhi. Ia juga menunjukkan bahawa hakim
mengikuti fatwa Kerajaan Negeri Terengganu yang telah mewartakannya. Hakim mahkamah
Syariah telah mengambil pendekatan bijak dan wajar dengan menjadikan fatwa negerinya sebagai
autoriti dalam penghakiman.

15
4. Norhairy Cheong Abdullah @ Cheong Foo Siong [2010] 3 LNS 15

Hakim dalam penghakimannya telah menjadikan fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke 11 yang bersidang pada 16hb Mac 1976 sebagai autoriti dan
rujukan. Berdasarkan fatwa ini dan sumber rujukan yang lain, hakim telah memutuskan
pembubaran perkahwinan di antara Norhairy Cheong Abdullah @ Cheong Foo Siong dengan
Cheok Bee Hun. Antara rujukan hakim dalam kes ini seperti yang disenaraikan dalam
penghakiman ialah Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke 11 yang
dikeluarkan pada 16hb Mac 1976. Sehingga Januari 2016, daripada sekian banyak kes di
mahkamah Syariah, inilah satu-satunya kes yang tertulis dalam penghakiman bahawa sumber yang
dirujuk ialah keputusan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI. Ini membuktikan bahawa
keputusan fatwa MKI boleh sahaja dirujuk dan mempunyai nilai autoriti yang berwibawa
walaupun sifatnya tidak mengikat Negeri. Rujukan ini membuktikan keyakinan tinggi para hakim
Syarie untuk merujuk fatwa peringkat Kebangsaan dalam memutuskan sebagai pertikaian kes di
mahkamah.

Kes-kes yang telah menjadikan fatwa dan pendapat mufti sebagai rujukan dalam
penghakiman jelas membuktikan bahawa fatwa adalah suatu sumber hukum yang penting kepada
para hakim di mahkamah Syariah. Rujukan kepada fatwa tidak terhad kepada fatwa yang
diwartakan sahaja, tetapi fatwa yang tidak diwartakan juga mempunyai nilai autoriti yang kuat
kepada hakim untuk dijadikan rujukan.

Apabila seorang hakim berijtihad dalam memutuskan suatu penghakiman, mereka bebas
untuk merujuk kepada mana-mana sumber seperti yang terdapat dalam kitab-kitab klasik dan
kontemporari, termasuk merujuk kepada mana-mana fatwa dalam mahupun luar negeri. Dalam
konteks isu dan permasalahan yang bersifat tempatan, sudah pasti rujukan fatwa sama ada fatwa
peringkat Negeri mahupun Kebangsaan wajar menjadi sandaran kepada hakim untuk
menjadikannya sebagai rujukan yang berautoriti dalam memutuskan suatu kes mahkamah. Begitu
juga kebijaksanaan para hakim Syariah di negeri tertentu yang menjadikan fatwa negeri lain
sebagai rujukan, dianggap sebagai satu perkembangan yang menarik bagi mengangkat nilai fatwa
negeri di peringkat nasional. Jelas bahawa fatwa itu bukan bersifat kenegerian atau mengikat
negeri tertentu, tetapi sifatnya adalah merentas sempadan geografi negeri.

16
6.4 FATWA DAN PENDAPAT MUFTI TIDAK MENJADI RUJUKAN PENGHAKIMAN
DI MAHKAMAH SYARIAH

Walaupun terdapat kes yang menunjukkan para hakim syarie merujuk fatwa dan dijadikan
sebagai autoriti, namun terdapat juga kes-kes mahkamah Syariah yang tidak menjadikan fatwa dan
pendapat mufti sebagai autoriti penghakiman. Dalam alasan penghakiman tidak dinyatakan fatwa
sebagai autoriti dan rujukan walaupun terdapat fatwa yang relevan yang boleh dirujuk hakim
syarie. Terdapat juga penghakiman yang diputuskan oleh hakim tetapi didapati tidak selari dengan
fatwa. Walau bagaimanapun tidak banyak kes yang mengenepikan fatwa sebagai autoriti
penghakiman.

Suatu yang jelas untuk dibuat perbandingan bahawa kategori kes yang tidak merujuk
kepada fatwa adalah sama dengan kes yang menjadikan fatwa sebagai rujukan. Sebagai contoh kes
berkenaan penentuan nasab anak sah/tidak sah taraf. Di negeri yang sama iaitu Terengganu, ada
hakim yang menjadikan fatwa sebagai rujukan, tetapi fatwa tidak pula dirujuk oleh hakim yang
lain. Dalam kes terdahulu iaitu kes Mohd Faizol bin Zainal v Suhaila bt Yusoff [2014] 2 ShLR
83, Hakim Kamarulazmi Ismail ada merujuk kepada fatwa sedangkan dalam kes di bawah iaitu
kes yang sama berkaitan anak tidak sah taraf juga (Faizal bin Rabion v Nurul Fazila bt Nawi
[2014] 1 ShLR 137 2. Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini bt Nasron [2013] 2 ShLR 42),
hakim berijtihad sendiri dengan tidak merujuk kepada fatwa. Ini menunjukkan bahawa hakim
bebas untuk berijtihad dengan tidak terikat dengan fatwa. Ini membuka kepada skop perbincangan
yang lebih luas kerana keputusan-keputusan yang berbeza ini memperlihatkan konsep binding
precedent atau ‘duluan yang mengikat’ tidak diamalkan di mahkamah Syariah kerana jika
diamalkan, ia seolah-olah boleh menyekat nilai kebebasan ijtihad seorang hakim dalam
membicarakan sesuatu kes.

Di samping itu, dalam satu kes lain iaitu Halijah Abdul Rahman v Zambree Baharom
[2009] 1 CLJ (Sya) 402, sebagaimana yang dibincangkan pada subtopik sebelum ini, hakim
mengambil fatwa Kebangsaan di atas sebagai rujukan penghakimannya. Dalam kes ini, memang
ada fatwa yang relevan dan boleh sahaja menjadi rujukan hakim, tetapi tiada kenyataan yang
menyebut bahawa fatwa itu menjadi autoriti kepada hakim. Ini menunjukkan bahawa hakim

17
mahkamah Syariah tidak terikat dengan fatwa kerana mereka berhak untuk berijtihad di dalam
kes-kes yang dihadapkan kepadanya.

Secara kesimpulan, terdapat dua keadaan yang menjelaskan berkaitan dengan autoriti fatwa
dan pendapat mufti, iaitu ada fatwa dan pandangan mufti yang dirujuk dan diterima dalam
penghakiman di mahkamah syariah, begitu juga sebaliknya ada fatwa yang tidak dirujuk
sedangkan fatwa ini ada kaitan dengan kes dibicarakan.

Terdapat lima corak penerimaan fatwa sebagai autoriti iaitu; i) Hakim Syarie merujuk
kepada fatwa negeri masing-masing, ii) Menjadikan fatwa negeri lain sebagai autoriti, iii)
menerima fatwa Negeri dan fatwa peringkat Kebangsaan sebagai autoriti, iv) Menjadikan fatwa
peringkat Kebangsaan sahaja sebagai rujukan berautoriti, dan v) Penerimaan fatwa sebagai autoriti
walaupun statusnya tidak diwartakan.

Corak ini menunjukkan bahawa fatwa tidak terikat dengan bidang kuasa negeri walaupun
hal ehwal agama terletak di bawah bidang kuasa negeri yang menguatkuasakan undang-undang
Islam. Ini membuktikan bahawa fatwa peringkat Kebangsaan yang dikeluarkan berdasarkan
kepentingan nasional adalah tepat, kerana ia menjadi rujukan peringkat negara demi kemaslahatan
dan kebaikan masyarakat umum, termasuk institusi mahkamah. Di samping itu, fatwa yang tidak
diwartakan tidak harus diketepikan dan wajar dirujuk oleh mahkamah memandangkan
pengeluarannya melalui proses ilmiah dan penyelidikan.

Selain meletakkan fatwa sebagai rujukan dan autoriti dalam penghakiman, ini juga
menunjukkan bahawa hakim Syarie mampu berijtihad dalam menyelesaikan pertikaian di
mahkamah tanpa memerlukan panduan daripada mufti. Bagaimanapun, untuk memastikan
mahkamah mendapat pendedahan dan maklumat tentang keberadaan sesuatu fatwa yang berkaitan
dengan isu pertikaian, maka peguam syarie wajar membentangkan di mahkamah Syariah fatwa
berkaitan. Peranan peguam Syarie ini akan dapat merancakkan lagi wacana fatwa dan
penerimaannya dalam perbahasan di mahkamah.

18
7.0 ISU-ISU LAIN BERKAITAN INSTITUSI FATWA

Terdapat beberapa isu lain yang boleh dikupas berkaitan institusi fatwa di mahkamah-
mahkamah di Malaysia. Antara isu lain yang pertama adalah berkaitan isu fatwa di bawah bidang
kuasa eksklusif Mahkamah Syariah. Berdasarkan daripada petikan daripada berita Bernama
Astro Awani pada 27 Ogos 2019 menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi menolak permohonan
Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor
yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar,
dan memutuskan bahawa isu fatwa berada dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Hakim Datuk Nordin Hassan berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar permohonan semakan kehakiman oleh SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar
dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim, selaras dengan Perkara
121A Perlembagaan Persekutuan. Datuk Nordin berkata mahkamah juga mendapati keputusan
dalam pengeluaran fatwa bertarikh 17 Julai 2014 dan diwartakan pada 31 Julai 2014 tidak dicemari
dengan tindakan yang menyalahi undang-undang dan kekadaran.

Hakim itu berkata Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di
Mahkamah Tinggi Syariah. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh SIS bahawa sebagai sebuah
pertubuhan, pihak berkuasa agama negeri tidak mempunyai kuasa terhadap mereka, Datuk Nordin
bagaimanapun tidak bersetuju dengan hujah kumpulan itu. Pada 25 Sept 2018, panel tujuh hakim
Mahkamah Persekutuan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum
memerintahkan supaya saman itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk keputusan
dalam isu bidang kuasa dan merit.

Hakim Malanjum berkata semua pihak boleh mengemukakan hujahan mereka berhubung
isu bidang kuasa di peringkat Mahkamah Tinggi untuk menjimatkan masa. Mahkamah
Persekutuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017, yang
membenarkan rayuan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, Jawatankuasa Fatwa Selangor,
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Negeri Selangor yang merupakan responden
dalam permohonan itu, memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Pada 24 Jun 2016,

19
Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan SIS, pengasasnya
Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim
untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu
sebagai menyeleweng, setelah memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang
kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.

Manakala isu seterusnya adalah berkaitan pengurusan dan penyelarasan fatwa dari segi
pelaksanaan dan cabaran di Malaysia. Berdasarkan pembahagian kuasa mengikut
Perlembagaan Persekutuan,pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama bagi negeri-negeri yang mempunyai
Raja manakala Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak
mempunyai Sultan atau Raja. Pengurusan pentadbiran fatwa di seluruh negeri adalah
dikuatkuasakan melalui undang-undang negeri yang dikenali sebagai Enakmen atau Undang-
Undang Pentadbiran Agama Islam. Melalui peruntukan enakmen negeri-negeri, kerajaan negeri
telah menubuhkan Jabatan Mufti. Pengurusan dan pentadbiran fatwa menjadi sebahagian daripada
tanggungjawab Mufti dan dilaksanakan melalui jabatan ini.

PENYELARASAN PENTADBIRAN FATWA

Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas dengan penubuhan Jabatan Mufti, urusan
pentadbiran fatwa yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Mufti dan Jawatankuasa
Fatwa Negeri dilaksanakan melalui Jabatan Mufti yang telah ditubuhkan di seluruh negara. JAKIM
selaku urusetia kepada Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil juga telah
berusaha memperkemas dan menyeragaramkan undang-undang pentadbiran agama Islam
termasuk urusan fatwa. Oleh kerana Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri mempunyai
bidangkuasa sendiri dalam urusan pentadbiran fatwa di negeri masing-masing, maka berlaku
perbezaan fatwa antara negeri-negeri meskipun melibatkan persoalan yang sama. Sehubungan
dengan itu, bagi menyelaras fatwa dan hukum-hukum Islam di semua negeri langkah-langkah
penyelarasan yang melibatkan penubuhan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa atau Syariah Negeri telah
dilaksanakan.

20
CABARAN DALAM PENGURUSAN DAN PENYELARASAN FATWA

Bagi tujuan menyelaras fatwa di seluruh negara, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam
Malaysia (MKI) telah menubuhkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Jawatankuasa ini diberi
tanggungjawab dalam menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara
berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. JAKlM selaku
urusetia kepada Jawatankuasa Fatwa berkenaan diberi tanggungjawab dalam membantu dan
melaksanakan segala keputusan jawatankuasa tersebut. Sungguhpun jawatankuasa fatwa
kebangsaan telah ditubuhkan,namun demikian didapati masih terdapat beberapa kelemahan
berkaitan penyelarasan fatwa yang dilaksanakan kini. Kelemahan yang dikenalpasti adalah
berkaitan dengan penguatkuasaan keputusan-keputusan fatwa kebangsaan di peringkat negeri,
penyelarasan undang-undang pentadbiran fatwa dan keanggotaan dalam jawatankuasa fatwa. Dari
segi penguatkuasaan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tidak mempunyai bidangkuasa
untuk menguatkuasakan sesuatu fatwa yang telah diputuskan. Hanya Jawatankuasa Fatwa
Negeri mempunyai bidangkuasa untuk mewarta dan menguatkuasakan fatwa di negeri
masing-masing setelah mendapat perkenan DYMM Sultan. Lazimnya fatwa yang diputuskan
oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan dibincang semula di peringkat Jawatankuasa Fatwa
Negeri dan ia tidak terikat untuk mewarta dan menguatkuasakan fatwa berkenaan. Keadaan di
atas menyebabkan penyelarasan sesuatu fatwa tidak dapat dilakukan dengan berkesan
malah mengambil masa yang lama untuk diselaraskan. Terdapat fatwa yang telah diputuskan
di peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan masih belum diambil tindakan oleh Jawatankuasa
Peringkat Negeri untuk diwarta dan dikuatkuasakan di negeri masing-masing. Sementara itu
terdapat isu dan permasalahan yang menyentuh kepentingan nasional dibincang dan
diputuskan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri seperti hukum melabur dalam ASN
dan ASB, meskipun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sehingga kini belum mengambil keputusan
mengenainya. Malah terdapat Mufti negeri yang mengambil pendirian sendiri berkaitan dengan
sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ulama luar negara tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan yang bertindak memutuskan sesuatu fatwa di peringkat negara.

21
8.0 CONTOH-CONTOH KES BERKAITAN ISU INSTITUSI FATWA DALAM BAB
MUAMALAT DI MAHKAMAH MALAYSIA

1) Arab-Malaysian Finance Bhd v Taman Ihsan Jaya Sdn Bhd & Ors, Koperasi Seri Kota Bukit
Cherakah Bhd (Pihak ketiga) dan yang lain [2008] 5 MLJ 631. Majlis Penasihat Syariah seolah-
olah tidak mempunyai kuasa, malahan didakwa terlibat dalam meluluskan kontrak yang didakwa
bertentangan dengan Islam. Ini kerana mahkamah sewenang-wenangnya menyimpulkan kontrak
bay‘ bi thaman ajil (BBA) yang diguna pakai dalam perbankan Islam tidak menepati syarak
sepenuhnya kerana ia diterima dalam mazhab Shafi‘i sahaja dan bukannya semua mazhab. Dengan
demikian, mahkamah telah memutuskan kontrak bay‘ bi thaman ajil adalah tidak sah kerana tidak
menepati tafsiran ‘perniagaan bank Islam’, iaitu ‘tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak
diluluskan oleh agama Islam’ sebagaimana disebut dalam seksyen 2 Akta Bank Islam 1983 dan
seksyen 124 (7)(c) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Mohd Izzat 2013). Kes ini menjadi
pertikaian banyak pihak apabila hal yang melibatkan undang-undang Islam ini diputuskan oleh
hakim mahkamah sivil dan bukannya hakim yang pakar dalam bidang perundangan Islam. Ini juga
menonjolkan konflik apabila kes berkaitan sistem kewangan Islam terletak di bawah bidang kuasa
mahkamah sivil. Namun Mahkamah Rayuan Sivil pada 31 Mac 2009 telah mengetepikan
keputusan Mahkamah Tinggi yang asalnya telah membatalkan kontrak bay‘ bi thaman ‘ajil dalam
kes yang tersebut di atas. Menariknya, dalam penghakiman Mahkamah Rayuan telah menerima
pandangan MPS dengan menyentuh beberapa asas yang berkaitan perundangan Islam terutamanya
isu kontrak bay‘ bi thaman ajil sebagai perjanjian jual beli, penerimaan pandangan mazhab dalam
sesuatu pertikaian dan beberapa isu perundangan Islam yang lain. Walau bagaimanapun, hal ini
menjadi pertikaian kerana melibatkan undang-undang Islam yang diputuskan oleh hakim
mahkamah sivil dan bukannya hakim yang pakar dalam perundangan Islam (Jasri & Ruzian 2010).

2) Bank Islam Malaysia Berhad v Lim Kok Hoe and Other [2009] 6 MLJ, Mahkamah Rayuan
memutuskan istilah Islamic Banking Business dalam Seksyen 2 Akta Perbankan Islam 1983
bukanlah bermaksud perniagaan perbankan yang tujuan dan operasinya diakui oleh keempatempat
mazhab. Implikasinya, hakim-hakim dalam mahkamah sivil tidak perlu membuat keputusan untuk
membuat deklarasi, sama ada sesuatu perkara adalah selari dengan agama Islam atau sebaliknya
memandangkan ia memerlukan pertimbangan ulama yang berkelayakan dalam bidang
perundangan Islam. Bagi mengesahkan sama ada sesuatu hal itu selari atau bertentangan dengan

22
Islam, mahkamah perlu mengambil notis penghakiman bahawa MPS di bawah naungan Bank
Negara Malaysia telah menjalankan kewajipan statutorinya untuk memastikan operasi bank Islam
adalah dalam lingkungan Islam. Kes ini seakan-akan kembali memberi nafas baru kepada sistem
perbankan Islam di negara ini kerana berdasarkan dokrin stare decisis, iaitu ‘keputusan mahkamah
atasan yang telah diputuskan terdahulu akan mengikat keputusan mahkamah di bawahnya’. Oleh
yang demikian, adalah menjadi suatu kewajipan kepada mahkamah untuk mematuhi keputusan
terdahulu apabila perkara yang sama dibangkitkan dalam proses perbicaraan.

13) Kes Gerakan Ahmadiah (Qadiani)


Ajaran Qadiani berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam
Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab.
Bapa beliau bernama Mirza Ghulam Murtadha sementara ibunya Chiragh Bibi. Mirza Ghulam
Murthada disifatkan sebagai berketurunan Parsi berasal dari Samarkand sebelum berhijrah ke India
dan menetap di Qadian. Setelah menetap di India, Mirza Ghulam Murthada berjaya menjawat
kedudukan penting dalam sistem pentadbiran British di India dan menjadi penyokong kuat pihak
British. Mirza Ghulam Ahmad sendiri mengakui hal ini apabila menyebutkan bahawa, “That my
father Ghulam Murtaza was amongst those who had good connections and affectionate
relationship with the English Government…”.

Ajaran Ahmadiyah atau Qadiani pada penghujung abad ke 19 telah berkembang di negara-
negara Islam. Malahan ia terus kekal sehingga ke hari ini. Ajaran ini turut berkembang di Malaysia
serta menimbulkan polemik agama dan politik yang tidak kecil. Di lihat dari beberapa sudut maka
didapati bahawa Gerakan Ahmadiyah ini menunjukkan beberapa perkara. Pertama, terlihat
wujudnya perkaitan antara gerakan Ahmadiyah dengan keinginan imperialisme barat melalui
British untuk memecahkan masyarakat Islam, kedua, wujudnya ajaran-ajaran yang disifatkan
sebagai sesat dan menyeleweng dalam ajaran Islam. Ketiga, wujudnya satu bentuk keterikatan
antara masyarakat Islam di negara-negara yang berbeza.

Keterikatan ini dibayangkan melalui berbagai rupa bentuk gerakan sama ada yang benar
mahupun yang dianggap sesat seperti Ahmadiyah. Keempat, gerakan ini bermula di Benua Kecil
India dan ia bukanlah satu-satunya gerakan dari benua kecil itu yang berkembang di Alam Melayu.
Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah atau Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada

23
asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang benar dan tidak
menyeleweng dari jalan yang sepatutnya.

Farahwahida Mohd Yusof dan Siti Ramlah Ibrahim dalam kajian mereka mengenai hal ini,
ada memperjelaskan secara panjang lebar dalam bab ketiga buku yang bertajuk Penyelewengan
Ajaran Qadiani. Secara ringkas mereka mengatakan bahawa perkara-perkara yang menyebabkan
ajaran Qadiani dilihat sebagai ajaran yang menyeleweng dari ajaran Islam berasaskan kepada,
pertama, pengakuan Mirza bahawa beliau merupakan Nabi dan Rasul.

Di Malaysia, ajaran Qadiani ini telah diisytiharkan sebagai ajaran sesat. Menurut fatwa
yang telah diwartakan di negeri Selangor ialah ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi
dari ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir
oleh Ulama"-ulama" Islam serata dunia. Seterusnya, Jabatan Agama Islam Selangor telah
menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala
Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan
D.Y.M.M. Sultan Selangor serta beberapa orang Alim Ulama" di Negeri Selangor ini. Setiap orang
yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad (keluar dari Agama Islam). Maka
wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat.

9.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, fatwa mempunyai banyak kepentingan terutama dalam membantu


pentadbiran keadilan di Mahkamah-Mahkamah di Malaysia, khususnya di Mahkamah-Mahkamah
Syariah.Pertamanya,ahli fikir Islam boleh mencadangkan perundangan yang bertepatan dengan
kehendak syariat untuk menggantikan undang-undang penjajah yang sesetengahnya kurang tepat
dengan tuntutan Islam tetapi masih menjadi amalan walaupun negara sudah merdeka. Berdasarkan
sejarah zaman pra-penjajahan Barat, fatwa dan pendapat mufti berperanan besar dalam sistem
pemerintahan Raja Melayu Islam dan sering sahaja dirujuk dalam pertikaian di mahkamah.
Namun, pengenalan undang-undang Inggeris dalam sistem keadilan di Tanah Melayu turut
mengubah peranan mufti dan fatwa dalam sistem keadilan dan kesannya terus berlanjutan pada
hari ini.Selain itu,fatwa juga menjadi satu keperluan untuk menjawab isu dan permasalahan baharu
dalam penemuan teknologi, ilmu moden yang perlu dilihat dalam konteks syariat. Maka para alim
perlu menerangkan aplikasi hukum syariat dalam penemuan moden dan kehidupan semasa yang

24
serba canggih dengan hujah rasional akal yang diperakukan oleh syariat seperti menggunakan
kaedah kias, istihsan, maslahah, uruf dan termasuk berusaha menghalang kecelakaan yang lebih
besar.

Perkara ini boleh sahaja dimaksimumkan oleh para peguam yang membawa hujah dan
sumber fatwa yang telah dikeluarkan untuk dipertimbangkan oleh para hakim, atau hakim sendiri
mengambil inisiatif menjadikan himpunan fatwa itu sebagai rujukannya dalam memutuskan
sesuatu hukum. Seterusnya,fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh mufti dan Majlis melalui
Jawatankuasa Fatwa Negeri adalah merupakan fatwa yang diakui dan diiktiraf oleh mahkamah
Syariah. Melanggar dan mengingkari fatwa yang diwartakan adalah suatu kesalahan dan jika
disabitkan oleh mahkamah, boleh dikenakan tindakan dan hukuman sewajarnya mengikut
peruntukan undang-undang Islam Negeri. Akhir sekali,dapat disimpulkan bahawa fatwa yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa tetap menjadi autoriti kerana mahkamah hendaklah
mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan dan boleh menjadikannya sebagai rujukan. Manakala bagi kes
di mahkamah sivil, hakim boleh merujuk kepada mufti dan fatwa untuk membantu dalam
penghakiman kes terutamanya bagi kes yang melibatkan hal-ehwal Islam, walaubagaimanapun
ianya tidak terikat untuk mengikut fatwa.

25
RUJUKAN

1. Abdullah @ Alwi Hj. Hassan. 2005. Pelaksanaan Undang-Undang Syariah pada Zaman
Pramerdeka: Aspek Sejarah dan Pelaksanaan. Dlm. Siti Shamsiah Md Supi (pnyt.). Asas
dan Kerangka Perundangan Negara Islam - Malaysia, hlm. 23-46. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia

2. Fatwa dan Realitinya Pada Zaman Rasulullah oleh Noor Naemah Abd Rahman Jld 9 No. 1
Jurnal Syariah (2001) hlmn 13 – 32

3. Fatwa: Kedudukannya di Mahkamah Sivil oleh Arif Fahmi Md Yusof & Izawati Wook Jld 9
Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa (2017) hlmn 24 - 38

4. Gerakan Ahmadiah (Qadiani) Di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah, Azharudin Mohamed


Dali,Hlm 34-53

5. Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di
Mahkamah Malaysia oleh Mohd Kamel Mat Salleh,Mohd Al Adib Samuri Mohd Izhar
Ariff Mohd Kashim, ISLAMIYYAT 39(2) 2017: 113 – 124

6. Mohd Kamel Mat Salleh, Mohd Al Adib Samuri & Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. 2016.
Kedudukan Fatwa dan Pendapat Mufti Sebagai Autoriti di Mahkamah Syariah
Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, Vol. 1(1) (2016). Hlm. 1-23.

7. Pengurusan Dan Penyelarasan Fatwa:Pelaksanaan Dan Cabaran Di Malaysia, Mohd. Mohadis


Yasin,hlm 120-131.

8. Penguatkuasaan Kesalahan Berhubung Fatwa dalam Undang-Undang Jenayah Syariah di


Malaysia oleh Zanariah Dimon Jld 3 No. 1 Journal of Muwafaqat (2020) hlmn 116 -
129

9. Ramizah Wan Muhammad. 2009. Sejarah Pentadbiran Kehakiman Islam di Malaysia: Satu
Sorotan. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia 21(1): 1-11.

10. Shamrahayu A. Aziz. 2015. Institusi Fatwa dalam Perundangan Negara. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia.

11. Undang-Undang Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia oleh Zaini Nasohah 2005 hlmn 25 - 44

12. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-fatwa-di-bawah-bidang-kuasa-eksklusif-
mahkamah-syariah-216067?amp=1

26

Anda mungkin juga menyukai