Anda di halaman 1dari 28

1.

0 Pengenalan

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada

dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai

pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana

ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan

akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau

terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat

dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan"

(Surah Al-Baqarah : 195)

Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman

yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan

munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram bersarkan dalil :

Dalam riwayat lain tercantum, "Setiap yang memabukkan itu khamr dan setiap yang

memabukkan itu haram. Barangsiapa minum khamr di dunia kemudian meninggal

sementara ia pecandu khamr serta tidak bertaubat maka ia tidak akan meminumnya nanti

di akhirat," (HR Muslim)

2.0 Jenayah minum arak


1
2.1 Takrifan Arak

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar,

berasal dari kata َ‫خَمَر‬ artinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar,

biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia melupakan

dirinya dan melupakan Allah .Minum arak hukumnya adalah haram, sedikit atau banyak,

mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.

Arak ialah alkohol di dalam bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang

bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya

dihasilkan oleh sel-sel yis yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-

buahan dan biji-bijian. Di dalam pasaran, ada tiga jenis arak yang popular, iaitu Bir yang

dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol. Wain yang diperbuat daripada buah-

buahan dan mengandungi 11-14% alkohol. Liquor dihasilkan dengan memeram ataupun

mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol.

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan

merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan

kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.

Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk

menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri,

keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan

pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk

selama-lamanya.

2
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk

kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan

sistem pertahanan badan.

Melihat akan perkara ini, ternyata di sana bahawa Arak itu telah menyebabkan akal

seseorang itu punah dan rosak. Perkara ini meruapaka perkara yang bercanggah dengan

Maqasid Syariah yang terhimpun dalam bait berikut :

ٌ ‫ِينَث ُ َّمَن ْف ٍسَم ْلَنسبَََََََََََو ِمثْلُهاَع ْق ٌلَوَ ِع ْر‬


‫ضَق ْدَوجب‬ ُ ‫و ِح ْف‬
ٍ ‫ظَد‬
Menjaga agama, kemudian harta dan nasab, seperti itu juga aqal adalah wajib.

2.2 Dalil pengharaman Khamar

Antara sebab arak diharamkan adalah kerana natijah yang lahir dari minuman ini. Ini

kerana, apabila seseorang itu minum arak, akalnya tidak dapat bertindak dengan betul atau

mabuk. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu tidak sedar akan perbuatannya. Dan

menodorongkan dirinya untuk melakukan perkara lain yang haram seperti berzina,

membunuh dan lain-lain lagi. Sudah memadai bagi akal yang sihat untuk mengharamkan

arak beradasarkan kesan-kesan yang disebutkan tyersebut.

Seterusnya, terdapat banyak dalil-dalil pengharaman arak yang diputuskan secara

tetap oleh dalil-dalil Syarak. Disana, tidak ada satu pun dari kalangan mereka yang menolak

mengharaman ini.1 Yang pertama adalah dalil larangan ke atas minuman “khamar” secara

berperingkat adalah seperti berikut :

1
Pengharaman arak secara mutlak ini adalah sekiranya ia tidak berhajatkan kepadanya, adapun untuk
perubatan, ada setengah ulama’ yang mengharuskan arak untuk mengubat penyakit yang hanya mampu
disembuh dengan arak, bukan atas sangkaan sahaja.
3
   
    
  
  
   
    
   
  
mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat

dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar

dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.

Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya

kepadamu supaya kamu berfikir.

Kemudian :

   


   
   

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam Keadaan

mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan

Ayat yang terakhir pada menyatakan keharaman arak :

  


  
   
  
   
   
 
  
   
     
 
4
Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban

untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka

jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya

syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu

lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah

dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).2

Larangan khamar ini berlaku secara berperingkat kerana miunuman khamar atau

arak pada awal kemunculan Islam merupakan minuman yang menjadi adat begi orang-

orang arab zaman Jahiliyyah3. Disini terserlah lah pendekatan yang dibawa oleh islam iaitu

tadarruj(berperingkat). Pendekatan ini adalah untuk mengelakkan dari pengikut Islam yang

baru mula berjinak dengan Islam daripada merasa berat untuk meninggalkan perkara

haram yang menjadi adat kebiasaan mereka.

Pengharaman ini bukan sahaja terbatas kepada peminum arak, ianya turut

diharamkan kepada 9 golongan lagi di dalam sebuah hadith:

َ‫املها َوم ْح ُملة َ ِإلي ِه‬


ِ ‫اربهاَوح‬
ِ ‫صرها َوش‬
ِ ‫اصره َو ُم ْعت‬ َّ ‫َأ َّن َالنَّ ِب‬
ِ ‫ َع‬:َ ‫ي َلعن َ ِفي َالخ ْم ِر َعشرة‬
ُ‫وساقِيهاَوبائِعهاَوأ ِكلََثمنِهاَوال ُم ْشترىَوال ُم ْشترىَل َه‬

Sesungguhnya Rasulullah melarang tentang khamar kepada 10 golongan: Orang

memerahnya, orang yang meminta untuk memerahkannya, orang yang meminumnya,

2
Surah Al-Maidah: 90-91
3
Zaman Jahiliyyah ialah zaman sebelum kemunculan Islam di semenanjung tanah arab.
5
orang yang membawanya, orang yang meminta untuk dibawakannya, orang yang

menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan keuntungannya, orang

yang membelinya, dan orang yang meminta untuk dibelikannya.4

Hadith di atas mengisyaratkan bahawa 10 golongan yang nabi sebutkan itu adalah

mereka yang berdosa kerana melakukan perkara yang haram, perkara ini dapat kita rujuk

kembali pada makna lafaz َ‫لعن‬ yang membawa maksud laknat oleh nabi, perkara yang

dilaknat oleh nabi merupakan perkara yang berdosa.

2.3 Perbandingan Hukuman Sivil dan Syariah

2.3.1 Hukuman orang yang meminum arak dalam Jenayah Syariah:

Seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang

memabukkan sama ada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman sebat tidak

lebih dari lapan puluh kali sebatan atau tidak kurang dari empat puluh kali sebat. Hukuman

ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib yang

bermaksud :

َ‫سنَّةٌَوهدا‬ ْ ِ‫س ْولَُهللاَِصلَّىَهللاَُعل ْي ِهَوسلَّمَف‬


ُ ‫ىَالخ ْم ِرَأ ْرب ِعيْنَوأبُوب ْك ٍرَأ ْرب ِعيْنَو‬
ُ َ‫عم ُرَثما ِنيْنَو َُك ٌّل‬ ُ ‫جلدَر‬
َ‫ي‬
َّ ‫أحبَّ َ ِإل‬

“Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat

puluh kali sebat dan Abu Bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga dan

Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w

dan ini yang lebih aku sukai.”5

4
Hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah
5
Hadith riwayat Muslim
6
2.3.2 Hukuman orang yang meminum arak dalam Jenayah Sivil

Bagi hukuman jenayah Sivil, Peruntukan di bawah Akta ini juga merangkumi

kesalahan membuat, menjual, menawarkan, mempamerkan (untuk jualan), menyimpan atau

membeli apa-apa minuman yang memabukkan. Menurut seksyen 18(1) Enakmen Jenayah

Syariah (Selangor) 1995, mana-mana orang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain,

minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menurut seksyen 18(2) Enakmen yang sama, mana-mana orang yang membuat,

menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli

apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.6

6
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Arak & Pencegahannya
7
2.4 Syarat-syarat pelaksanaan hukuman had ke atas peminum arak

Orang yang melakukan kesalahan minum arak yang wajb dikenakan hukuman had
seperti tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

a. Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara’

b. Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.

c. Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.

d. Minuman itu masuk ke dalam rongga melalui mulut.

Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak tidak boleh
dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana amalan mereka itu tidak boleh dikenakan
hukuman had. Ini adalah berdalilkan hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Allah tidak menyeksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh,
orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia
sembuh dari gilanya,”7

Mereka yang minum arak dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh
dikenakan hukuman had ke atas mereka. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah yang
maknanya:

“Allah mengangkat ( menghapuskan ) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan
dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.”8

Mereka yang terpaksa minum arak seperti seseorang yang sangat dahaga yang
boleh membawa maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak
diperolehi minuman yang lain kecuali arak, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke
atas mereka itu hukuman had.

7
Hadith Riwayat Bukhari dalam al-Sahih
8
Hadith Riwayat Tabrani dengan Sanad Sahih
8
Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqh iaitu, “perkara-perkara yang darurat itu
adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram.” Darurat ialah suatu keadaan yang
dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan
hilang atau cacat cedera.

2.5 Analisis arak di Negara mengamalkan hudud dan tidak mengamalkan

2.5.1 Arak di Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah meletakkan Malaysia sebagai negara

ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat

negara ini membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat

serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, Biarpun

mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara

tertinggi dalam pengambilan arak di dunia.

Rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75

bilion bagi pembelian minuman keras. Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7

peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur

purata ketagihan arak ialah 23 tahun. Malaysia merupakan Negara Islam, tetapi masih gagal

membendung masalah jenayah islam disebabkan terikat dengan undang-undang sivil yang

tidak mengambil berat tentang Pengharaman arak kepada ummat Islam di Malaysia.

9
Jadual dibawah menunjukkan kes penagihan arak berlebihan

Tahun Kes penagihan arak

2011 8 895

2012 9 546

2013 11 872

2015 10 634

2016 12 783

Berdasarkan jadual diatas, hanya peminum arak yang berlebihan dicatatkan . Jumlah

peminum arak di Malasyia terlalu banyak dan sukar dinalisis. Data diatas adalah mereka

yang tertangkap akibat kesalahan berlebihan dalam meminum arak sehingga khayal dan

memabukkan.

2.5.2 Arak di Brunei

Negara Brunei yang berdaulat dan sentiasa peka dengan pembawaan Islamnya kini

semua sedia maklum akan keberkatannya kerana boleh dikatakan seluruh rakyat Brunei

dididik dengan pengetahuan agama yang mendalam dan mereka mengamalkanny. Setiap

kali apabila adanya sambutan kebesaran Islam seluruh rakyat komited bersama dengan

pemerintah meraikannya dengan penuh khusyu’ dan ikhlas.

Pada masa yang sama, Brunei melarang keras penjualan arak secara terbuka

mahupun tertutup, bahkan difahamkan tiada pusat hiburan saperti kelab malam atau kelab

10
dangdut termasuk pusat karaoke. Hotel-hotelnya sentiasa dipantau dan bersih daripada

kegiatan kemaksiatan dan setiap mereka yang ingin menginap dengan pasangan perlu

memberikan butiran tentang hubungan mereka.Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain

Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak

diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei

yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. . Berikut adalah analisis

berkenaan arak di Brunei.

Tahun Kes arak

2011 2 617

2012 3 115

2013 1 914

2014 1 501

2015 1014

2016 814

2.6 Isu semasa minum arak

11
2.6.1 Kesalahan Minum Arak

Pada 11 Julai 2008, tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating

Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Pahang,Malaysia jam 11.40 . Kesalahan itu mengikut

Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang .Sabit

kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga

tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan

menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah

Kuantan selepas mengaku salah meminum arak. Jika gagal membayar denda , dia akan

dipenjara 3 tahun. Tertuduh mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1

Disember 2008.

Peguamnya ialah Mohd Zuki Che Mat Ghani.Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa

Syarie, Saiful Idham Sahimi.

2.6.2 Pendirian tegas Kartika

Anehnya Kartika teguh dengan pendirian untuk menerima hukuman sebat itu dan

minta dipercepatkan.Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan

dia merayu di Mahkamah Syariah Pahang .Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi merayu hukuman

diringankan. Shahrizat cukup gerun jika sistem syariah di Malaysia akan dituduh zalim. Bagi

Shahrizat, hukuman itu sangat berat bagi seorang wanita Melayu Islam.

12
Sebaliknya Kartika tidak mahu merayu-rayu, tetapi redha dengan hukuman

sebagaimana zaman Rasulullah. Penerima hukuman sebat di dunia akan diampunkan di

akhirat kelak. Dalam sejarah Islam memang ada wanita yang meminta Rasulullah

menjalankan hukuman atas kesalahan zina. Nabi Muhamad menangguhkan hukuman

sehingga bayi dilahirkan. Kartika mendapatkan pandangan daripada Mufti Perak Tan

Sri Harussani Zakaria di Ipoh. Ketua Hakim Syariah di Perak telah berhubung dengan Ketua

Hakim Syariah) Pahang untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang hukuman tersebut.

Pro Dan Kontra Hukuman Sebat

Hukuman ini ditangguhkan hingga selepas hari raya aidil Fitri pada 20 September

2009. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menyatakan tidak ada tukang sebat di Penjara

Kajang. Oleh itu Kartika terpaksa dihantar pulang semula. Kemudian laporan menyatakan

'tukang sebat' telah disediakan untuk melaksanakan hukuman sebat tersebut.

2.6.3 NGO bantah SIS dan JAG

Pada 25 Ogos 2009,Pengarah Ekskutif Sisters In Islam, Dr Hamidah Merican yang

mewakili The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) menyerahkan memorandum

bantahan bertajuk 'Justice For Kartika' kepada Shahrizat. Mereka mendesak Perdana

Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan terhadap keputusan

mahkamah itu.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang di-

Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang menyerahkan isu diselesaikan di

13
mahkamah sahaja. Kontroversi ini 'dilembutkan' sempena bulan Ramadan ketika mana

umat Islam berpuasa.

Pada 2 Oktober 2009, 14 NGO Islam kesal dengan SIS dan JAG. JAG dan SIS

menganggap hukuman sebat ini kejam terhadap wanita. SIS dan JAG berpendapat

hukuman ini mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Amidi Abdul Manan dari ABIM menjadi jurucakap NGO tersebut . Enakmen Pentadbiran

Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa

Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah

adalah bererti menghina Sultan Pahang. Mereka tidak patut mencampuri dan

mempertikaikan urusan agama Islam. Laporan polis terhadap JAG dan SIS yang menghina

Islam akan dibuat.

Seminar pelaksanaan hukuman sebat akan diadakan di di dewan Jabatan Agama Islam
Pahang pada 25 Oktober 2009.Tujuannya 14 NGO tersebut ialah angkatan belia Islam
Malaysia Pahang(ABIM), peguam-peguam syarie negeri Pahang. Jemaah islah Malausia
negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan
Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim. Association Negeri Pahang , Pekida
Pahang , Badan Nadwah Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah Negeri Pahang , Ikatan
PengkajiaIslam Pahang, Malis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan,
Pertubuhan kebajikan Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Pahang.Memberi kefahaman kepada semua berhubung hukuman sebat.Demonstrasi
hukuman sebat akan diadakan.

14
2.6.4 Peleraian

Pada 1 April 2010, setelah lama menanti hukuman sebatan, digemparkan pula berita

mengejutkan bahawa Kartika menerima pengampunan dari Sultan Pahang Sultan Ahmad

Shah lalu hukuman sebatannya diringankan menjadi khidmat sosial yang wajib

ditunaikannya pada tarikh yang bakal ditentukan.

Menurut Seksyen 133, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002,

Sultan Pahang, atas nasihat mufti boleh meringan atau memberi pengampunan kepada

mana-mana pesalah syariah tanpa persetujuan orang yang telah dihukum.Timbalan Yang

Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan

Abdul Wahid Wan Hassan menjelaskan bahawa ia kesalahan pertama.

3.0 JENAYAH DADAH(AL-MUKHADDARAT)

3.1 Takrifan Dadah

15
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu

yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila

mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti

ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini

yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud

ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug",

perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan

"drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud

penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang

mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan

emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang

yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup

kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis

dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu

menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi

sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan

seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat

dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi

undang-undang.

16
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang

pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah

kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan

dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman,

pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah

seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk

mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai

"dadah yang disalahguna".

3.2 Pengharaman Dadah

Menurut mantan Syeikh al-Azhar, Mahmud Syaltut dalam karyanya al-Fatawa

menyatakan bahawa ulama fekah telah bersepakat tentang pengharaman dadah kerana

memberi kesan buruk kepada manusia, persekitaran dan keturunan. Beliau turut

membawakan pandangan Ibn Qayyim yang mengatakan bahawa termasuk dalam hukum

pengharaman arak itu adalah semua benda yang memabukkan. Oleh itu, semua jenis

dadah seperti ganja, heroin dan seumpama dengannya adalah diharamkan oleh Islam

kerana diqiaskan dengan perkara memabukkan ‫ز‬

Menurut tokoh ulama kontemporari Yusuf al-Qaradhawi, semua jenis dadah seperti

ganja, kokain, heroin dan sebagainya lagi mempunyai pengaruh dan kesan buruk terhadap

diri dan masyarakat. Pengharaman dadah telah disepakati oleh ulama fikah sejak zaman

dahulu yang mana mereka menamakan sebagai al-khabaith (dadah). Menurut beliau lagi,

Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa ganja adalah haram sama ada memabukkan ataupun
17
tidak dan hanya digunakan oleh orang jahat sahaja sedangkan orang baik tidak

menggunakannya.

Menurut mantan Mufti Besar Mesir, Hasanain Muhammad Makhluf (2005), jumhur

ulama berpandangan bahawa dadah merupakan suatu najis yang diharamkan sama ada

mengambilnya dengan kuantiti sedikit atau banyak serta mabuk atau tidak. Banyak kesan

buruk dari pengambilan dadah yang mempunyai persamaan dengan kesan arak antaranya

membawa kerosakan pada diri. Bahkan kesan disebabkan penyalahgunaan dadah adalah

lebih dahsyat daripada kesan arak.

Menurut tokoh ulama kontemporari Wahbah al-Zuhaili dalam karyanya alFiqh al-

Islami wa Adillatuh, diharamkan semua jenis dadah seperti ganja, heroin dan lain-lain lagi

kerana memberi mudharat kepada badan dan akal. Beliau melihat pengharaman dadah ini

adalah bertepatan dengan sebuah hadith daripada Ummu Salamah:

َ‫سولَُهللاَِع ْنَ ُك ِلَ ُم ْس ِك ٍرَوَ ُمف ِط ٍر‬


ُ ‫نهىَر‬
Rasulullah S.A.W. telah melarang daripada setiap perkara yang memabukkan dan

melesukan.9

Berdasarkan beberapa fatwa para ulama Islam ini, maka jelaslah bahawa dadah

merupakan najis yang diharamkan oleh agama Islam. Penyalahgunaannya adalah berdosa

di sisi syarak dan boleh dikenakan hukuman ta’zir menurut jumhur ulama. Walau

bagaimanapun, syarak memberi pengecualian dalam beberapa keadaan tertentu seperti

ketika darurat, berubat dan pembedahan dengan beberapa syarat seperti individu itu

diawasi oleh ahli perubatan Islam yang dipercayai.

9
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
18
3.3.Hukuman dadah terhadap dudud dan sivil

3.3.1 Hukuman dadah dalam Jenayah Islam

Sesungguhnya hukuman ke atas pengedar dan pengguna dadah adalah termasuk

dalam kategori Takzir yakni terpulang kepada Kerajaan Islam dan hakim untuk

menentukannya berdasarkan kemaslahatan awam dari semasa ke semasa). Ini kerana ianya

tidak terdapat dalam nas-nas yang sarih sepertimana jenayah zina, mencuri, membunuh.

Jenayah dadah boleh di qiyaskan dengan jenayah arak kerana dari segi ‘illah atau sebab ia

sama.

Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya

seperti yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibn Majah bahawa Rasulullah melaknat

tentang “khamar.” Oleh yang demikian, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa semua

kegiatan seperti berikut adalah haram hukumnya iaitu meggunakan dadah bagi tujuan

yang salah, menjual belikan dadah, menanam sebarang tumbuh-tumbuhan atau bahan

untuk menghasilkan dadah, memproses sebarang tumbuh-tumbuhan atau bahan untuk

menghasilkan dadah dan menggunakan keuntungan hasil menjual belikan serta menanam

tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan dadah.

19
3.3.2 Hukuman dadah dalam jenayah Sivil

Akta atau hukuman berkaitan dadah menurut jenayah Sivil di bahagikan pada

banyak keadaan. Antara akta yang ada ialah Akta Dadah Berbahaya 1952 (akta 234), Akta

Penagih dadah (rawatan dan pemulihan) 1983 (Akta 283), Akta Dadah berbahaya

(perlucutkan Harta) 1988 (Akta 340) dan langkah-langkah pencegahan Khas 1985 (Akta 316).

Kes dadah hanya melibatkan bidangkuasa jenayah iaitu kesalahan yang boleh membawa

hukuman penjara atau di hantar pusat pemulihan atau denda atau sebat atau kombinasi

mana-mana hukuman.

3.4 Bukti-bukti yang mensabitkan kesalahan minuman arak

a Pensabitan dengan keterangan:

Kesalahan minuman arak boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh
dua orang saksi atau dengan ikrar yang dibuat oleh orang yang dituduh itu dengan
kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki
yang mempunyai syarat-syarat yang mencukupi.

Jika saksi tersebut terdiri dari orang perempuan, atau seorang saksi lelaki beserta
dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan
tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh.

b. ikrar dari tertuduh

Kesalahan minum arak boleh disabitkan juga melalui pengakuan yang dibuat oleh
tertuduh. Ikrar atau pengakuan dari pihak tertuduh memadai dengan sekali pengakuan
sahaja. Ikrar tersebut hendaklah dilakukan secara sukarela tanpa sebarang paksaan di

20
hadapan seorang pegawai kehakiman kemudian diulangi di hadapan hakim ketika
perbicaraan dijalankan.

c. Qarinah

Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau
minuman yang terdapat pada nafas tertuduh atau muntah yang mengeluarkan arak atau
sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian
mahkamah ke atas tertuduh bahawa dia sedang berada dalam keadaan mabuk adalah
boleh diterima sebagai keterangan umtuk membuktikan bahawa dia telah melakukan
kesalahan melainkan jika tertuduh dapat membuktikan sebaliknya.

3.5 Syarat pensabitan hukuman ke atas kesalahan dadah

1. positif ujian air kencing

2. Berada dalam keadaan mabuk, khayal, ketagihan, gangguan tingkah laku

21
3.6 Analisis arak di Negara mengamalkan hudud dan tidak mengamalkan

3.6.1 Dadah di Malaysia

Jadual dibawaah menunjukkan kes penagihan dadah mengikut data keseluruhan pada

tahun 2010 hingga 2016. Sumber Agensi anti Dadah kebangsaan

Tahun Kes penagihan dadah

2010 23 642

2011 19 531

2012 15 101

2013 20 887

2014 21 777

2015 26 668

2016 30 884

Kes penagihan dadah di Malaysia meningkat 14% kepada 30,847 pada 2016,

berbanding 26,668 kes pada 2015. Selain itu, katanya statistik menunjukkan peningkatan

penagih baharu kepada 22,925 kes berbanding 20,281 kes dalam tempoh sama.

Peningkatan kadar jenayah dadah ini sukar dibendung kerana undang-undang sivil bagi

penagih dadah adalah tidak berat.dikenakan denda bernilai wang ringgit dan penjara .

3.6.2 Dadah di Brunei


22
Situasi penyalahgunaan dadah di Brunei Darussalam pada tahun 2015 adalah

terkawal dan tidak menemui sebarang penghasilan dadah atau pemesongan kimia atau

mempunyai tanaman dadah haram. Namun begitu, Brunei Darussalam akan terus berjaga-

jaga dan ini termasuk ancaman penyeludupan ke negara ini dan akan terus bekerjasama

rapat dan membuat penyelarasan dengan negara-negara ASEAN lain, Bermula

Bermula pada tahun 2014, Brunei menunjukkan kesan yang positif dalam menangani

masalah penagihan Dadah. Adakah disebabkan oleh pengamalan Hukuman Ta’zir di

Negara itu. Pada tarikh 22 oktober 2013, kerajaan Brunei mengamalkan udang-undang

hudud. Rajah di bawah menunjukkan keberkesnan Hudud itu sendiri.

Tahun Kes Dadah

2011 9 503

2012 11 345

2013 8 059

2014 6 144

2015 5 317

2016 3 993

3.7 Isu semasa Dadah

BANGKOK: Raja dadah Malaysia yang digelar ''Mr T'' mungkin bukan dalang sebenar

sindiket dadah antarabangsa terbesar yang ditangkap polis Thailand beberapa


23
hariselepas,menurut Biro Penindasan Narkotik (NSB), Thailand.

"Mr T, yang ditahan di Lapangan Terbang Hatyai sejurus tiba dari Chiang Rai, Rabu

lepas, mungkin orang kanan kepada dalang sebenar sindiket itu, yang kini sedang giat

diburu pihak berkuasa Thailand berikutan penahanan leftenan kanannya baru-baru ini.

"Kami (pihak berkuasa Thailand) akan mendapatkan dalang sebenar," kata Timbalan

Ketua NSB Mejar Jen Supakit Srijantaranon kepada Bernama baru-baru ini dan menambah

dalang sebenar semakin terjerat berikutan penahanan orang kanannya terutama

Supakit berkata pihak berkuasa Thailand mula mengesyaki penglibatan seorang lagi

tokoh lebih besar selain Mr T selepas membuat perbandingan asetnya dengan nilai dan

kuantiti dadah yang diseludup sindiket itu ke Malaysia sebelum ini.

24
Beliau berkata sindiket itu berjaya menyeludup lima percubaan ke Malaysia

sebelum gagal pada percubaan keenam Mac tahun lepas, apabila pihak berkuasa

Thailand memintas 282kg ice di Sadao dan menahan dua lelaki,rakyatMalaysia

Supakit berkata dua lelaki warga Malaysia berkenaan yang ditahan, telah

mendedahkan operasi sindiket tersebut serta pembabitan Mr T semasa soal siasat, yang

dakwa mereka adalah pemilik dadah yang diseludup itu.

Pihak berkuasa percaya kehadiran Mr T di Chiang Rai sebelum penahanannya

adalah untuk membuat pesanan untuk konsainan dadah yang lain.

"Setiap percubaan menyeludup dadah membabitkan ratusan kilogram ice, bernilai lebih

daripada 1 bilion Bath (kira-kira RM126 juta)," menurut beliau dan menambah Mr T terus

membisu apabila ditanya oleh pihak berkuasa mengenai sindiket itu dan peranannya.

Menurut Supakit, pihak berkuasa Thailand mula membongkar operasi besar

sindiket itu susulan tangkapan Mr T dan lain-lain, membabitkan bukan sahaja

25
menyeludup jumlah dadah yang besar ke Malaysia tetapi juga mengusahakan pelbagai

perniagaan dengan menjadikan Hatyai dan Sadao, berhampiran sempadan Malaysia,

sebagai pangkalannya.

"Dalam kerjaya saya selama 30 tahun sebagai anggota polis, ini adalah sindiket terbesar,"

katanya dan menambah, pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti

dokumen yang bertimbun berkaitan operasi dadah dan perniagaan sindiket

Supakit berkata sekurang-kurangnya 16 syarikat dipercayai milik rakyat Malaysia

yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket itu telah dikenal pasti pihak berkuasa,

melibatkan pelbagai perniagaan daripada hartanah, hiburan, kelab malam, hotel,

apartmen

Beliau berkata pemilik dan pengurus syarikat itu masih belum melaporkan diri

kepada pihak polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu dan jika gagal

berbuat demikian, pihak berkuasa akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

4.0 Kesimpulan

Islam memang mengharamkan arak sejak sekian lama. Sebabnya, ia lebih

mendatangkan mudarat kepada manusia berbanding sedikit kebaikan yang diperolehi

daripadanya. Pengharaman arak atau minuman alkohol itu bukan sahaja oleh agama

26
Islam, malah turut disokong oleh agama lain. Ia termasuk laporan oleh organisasi

kesihatan di pelbagai Negara

Pengharaman dadah dilihat kepada semua benda yang memabukkan adalah

haram di sisi Islam, termasuklah semua jenis dadah sama ada dadah jenis baharu atau

sebagainya. Ini kerana, penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan kesan buruk dan

mudarat yang amat besar kepada penagih. Bertambah jelas dengan adanya dalil-dalil

yang menunjukkan tentang pengharaman dadah melalui kaedah qias illah terhadap

pengharaman arak. Bahkan juga bukan setakat mendatangkan merosakkan kepada

individu penagih itu sahaja, malah kerosakan ini mencakupi kerosakan kepada agama,

bangsa dan negara memandangkan mereka merupakan aset berharga kepada

masyarakat.

5.0 Rujukan

1. Hasyiah bajuri Ala Fathul Qarib imam Bajuri

2. Sunan Tirmizi

3. Sunan Abu Daud

27
4. al Quran al Qarim

5. http://www.adk.gov.my/web Rabu 26 April 2017 12:20 PM

6. http://www.astroawani.com Sabtu 29 April 2017 1: 30 AM

28

Anda mungkin juga menyukai