Anda di halaman 1dari 50

BAB 4

PRINSIP UMUM MUAMALAT


DAN PANDUAN PELABURAN

1
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:


1.memahami prinsip asas yang mendasari muamalat dari perspektif
islam;
2.memahami elemen pelaburan;
3.memahami prinsip pelaburan menurut islam dari segi tempat
pelaburan, pulangan, riba, perjudian dan paksaan;
4.membezakan antara pelaburan halal dan pelaburan tidak halal; dan
5.memahami aspek yang digunakan untuk menilai syarikat yang patuh
syariah.

2
PETA MINDA
4.2 PELABURAN DALAM ISLAM
4.1 PRINSIP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

4.2.1 Elemen-elemen Aktiviti


4.1.1 Prinsip Kebenaran Pelaburan
4.1.2 Prinsip Amanah 4.2.2 Matlamat Pelaburan
4.1.3 Prinsip Keikhlasan 4.2.3 Jenis-jenis Pelaburan
4.1.4 Prinsip Keadilan 4.2.4 Pelaburan dari Perspektif
4.1.5 Prinsip Persaudaraan Islam
4.1.6 Prinsip Pengetahuan 4.2.5 Prinsip Pelaburan
4.2.6 Kaedah Pelaburan
4.2.7 Garis Panduan Pelaburan
4.2.8 Tatacara Menyaring Kaunter

3
4.1 PRINSIP MUAMALAT ISLAM
Perniagaan adalah bidang pekerjaan yang digalakkan Islam. Ia
adallah satu aktiviti yang mulia yang merupakan ibadah dan juga
Sunnah Rasul SAW.
 Sebagai seorang Muslim, kita perlu patuh kepada piawaian etika
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam melakukan apa jua
aktiviti.
Menjalankan perniagaan dengan jujur dan amanah adalah amalan
soleh, mendapat pahala di sisi Allah SWT.
Implikasi disebalik idea halal/haram membuktikan Islam sangat
mementingkan standard akhlak yang tinggi dalam melaksanakan
perniagaan.
Amnya muamalat berpandukan prinsip umum berikut:

4.1.1 Prinsip Kebenaran


4.1.2 Prinsip Amanah
4.1.3 Prinsip Keikhlasan
4.1.4 Prinsip Keadilan
4.1.5 Prinsip Persaudaraan
4.1.6 Prinsip Pengetahuan
4
4.1.1 PRINSIP KEBENARAN
 Aktiviti perniagaan mestilah benar, tepat dan sah dalam semua
perkara. Orang yang benar bererti ia jujur, tidak menipu, tidak
bersumpah dan membuat sesuatu yang tidak baik, tidak menyalahi
undang-undang dan tidak membelakangi kepentingan masyarakat.

 Firman Allah SWT dalam (At-Taubah : 119) yang bermaksud:


“Hai orang-orang beriman! Patuhlah kepada Allah dan hendaklah
kamu bersama orang-orang yang benar!”
 Dalil daripada Hadith Nabi SAW:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui
setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya
ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya
basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik
makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan
wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak
kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia
dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari
agamaku (yang sempurna). 5
4.1.2 PRINSIP AMANAH
Amanah utama adalah dari Allah SWT.
Prinsip akauntabiliti kepada Allah SWT.
Hidup ini merupakan amanah dari Allah dan oleh itu dalam
hubungan antara manusia dengan manusia dari aspek
pekerjaan, perniagaan, kepimpinan, pemerintahan,
kekeluargaan dan sebagainya mestilah mengikut landasan-
landasan yang diredhai oleh Allah SWT jua dan dilaksanakan
dengan bersungguh-sungguh.
Firman Allah SWT dalam (An Nisa:59) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan barang-
barang kepercayaan kepada yang punya; dan bila menghukum
di antara manusia hendaklah menghukum dengan adil; bahawa
dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu; sesungguhnya Allah itu mendengar dan melihat.”

6
4.1.2 PRINSIP AMANAH Smbg…
 Firman Allah SWT dalam (Al Anfal: 27) yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berkhianat
kepada Allah dan Rasul, dan juga jangan berkhianat
kepada amanat-amanat yang dipercayakan kepada kamu
sedang kamu mengetahui.”

 Dalil daripada Hadith (Riwayat al Tirmizi No:1209):


“Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,
orang yang jujur dan orang yang syahid.”

7
4.1.3 PRINSIP KEIKHLASAN
 Pelaksanaan sesuatu kerja mengikut syarak akan
menghasilkan kejayaan insyaAllah.
 Asas kerja boleh bermotivasikan:
a. “keuntungan” (ganjaran/pahala);
b. “perasaan hamba” (takut denda/dosa); atau
c. “kerelaan dan rasa tanggungjawab.”
 Ketiga-tiga dasar motivasi ini masih dianggap ikhlas kerana
Al-Qur’an pun menggunakan pendekatan yang sama bagi
menggalakkan manusia melaksanakan yang disuruh dan
menjauhkan dari yang dilarang.

8
4.1.3 PRINSIP KEIKHLASAN Smbg…
Firman Allah SWT dalam (Al-Bayinnah:5) yang bermaksud:
“Dan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah
dengan tulus ikhlas beragama untuk Allah semata-mata,
berdiri lurus mengerjakan sembahyang, membayarkan zakat
dan itulah agama yang betul.”

 Dalil daripada Hadith Rasul SAW (Riwayat Muslim):



“Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepada ku
yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk
sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah
(bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu
menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”
9
4.1.4 PRINSIP KEADILAN
 Berlaku adil itu bererti ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya.’
 Maka keadilan bermaksud setiap orang mesti diperlakukan
sesuai dengan apa yang sepatutnya, tanpa diskriminasi.
 Prinsip ini sangat penting seperti dalam hal kualiti
pengeluaran dan perkhidmatan; perletakan harga, layanan
kepada pekerja, persekitaran perniagaan, dan keputusan-
keputusan perniagaan.

 Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah memerintahkan keadilan, berbuat
kebaikan dan memberi kepada kerabat-kerabat, dan Tuhan
melarang perbuatan keji, perlanggaran dan kedurhakaan. Dia
mengajari kamu supaya kamu mengerti.”
(An-Nahl : 90)

10
4.1.4 PRINSIP KEADILAN Smbg…
 Dalil dari hadith Rasul SAW (Riwayat Bukhari No 2359)”
"Sesungguhnya saudara-saudara kalian adalah tanggungan
kalian, Allah menjadikan mereka dibawah tangan kalian,
maka siapa yang saudaranya berada di tangannya hendaklah
dia memberi makan dari apa yang dia makan dan memberi
pakaian dari pakaian yang ia pakai dan janganlah kalian
membebani mereka dengan apa yang mereka tidak sanggup.
Jika kalian membebani mereka denagn apa yang mereka tidak
sanggup maka bantulah mereka".

11
4.1.5 PRINSIP PERSAUDARAAN

Islam mengajar bahawa semua manusia itu


bersaudara.
Sikap ini diamalkan setiap waktu; terhadap
pekerja, pelanggan dan orang awam.
Jauhi sifat dengki; peliharalah perhubungan baik
agar dapat mewujudkan suasana damai dan
harmoni.

12
4.1.5 PRINSIP PERSAUDARAAN
Smbg…
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan berpegang eratlah kamu sekelian dengan tali Allah, dan


janganlah berpecah belah. Ingatlah kurnia Allah kepada kamu,
ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan hati
kamu (dalam agama Allah) sehingga dengan kurnia Allah itu,
kamu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi
lobang neraka, maka dilepaskan Allah daripadanya. Begitulah
Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu
supaya kamu menurut jalan yang benar.”

(Al-Imran: 103)

13
4.1.5 PRINSIP PERSAUDARAAN
Smbg…
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka


mengucapkan: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan
saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari
kami! Dan janganlah Engkau adakan kedengkian dalam hati
kami terhadap orang-orang yang beriman! Wahai Tuhan
kami! Engkau sesungguhnya Maha Penyantun dan
Penyayang!”
(Al-Hasyr : 10)

14
4.1.6 PRINSIP PENGETAHUAN
 Ketaqwaan adalah berasaskan amalan ikhlas yang
berpandukan ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan
menuntut ilmu baik atas lelaki mahupun perempuan. Malah
ayat Al-Qur’an yang pertama diturunkan adalah berhubung
ilmu.

 Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Bacalah dengan nama Tuhan engkau, yang menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah! Dan Tuhan engkau itu Maha Pemurah. Yang
mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia
apa yang belum diketahuinya.”
(Al-Alaq: 1-5)
15
4.1.6 PRINSIP PENGETAHUAN
Smbg…
 Dalil daripada Hadith Rasul SAW (Riwayat Abu Dawud No
3641):

“Keutamaan orang berilmu di atas ahli ibadah bagaikan


keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang.
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para
Nabi tidaklah mewariskan dirham dan dinar, akan tetapi
mereka mewarisi ilmu. Maka barang siapa yang
mengambilnya, sungguh dia telah mengambil
keberuntungan yang besar.”

16
4.2 PELABURAN
PENGERTIAN PELABURAN

Pelaburan  merupakan  aktiviti  menukarkan suatu


 harta  (lazimnya wang tunai) dengan harta lain
(seperti saham syarikat, akaun simpanan, insuran,
hartanah)  yang juga disebut penanaman modal
pada suatu waktu atau sekarang dengan jangkaan
untuk mendapatkan pulangan yang positif atau
keuntungan pada masa akan datang setelah
membuat perkiraan akan risiko bagi setiap aktiviti
pelaburan tersebut.

17
4.2.1 ELEMEN DALAM AKTIVITI PELABURAN

1. Penanaman modal - wang yang diperlukan untuk


membuat pelaburan.
2. Peralihan masa - jangkawaktu dari masa  membeli
 pelaburan  sehingga dijual.
3. Pulangan - keuntungan atau pendapatan seperti
dividen,  kenaikan  nilai modal, faedah.
4. Risiko - kemungkinan mengalami kerugian dalam
pelaburan.
Suhaimi Salleh (1994)

18
4.2.2 MATLAMAT PELABURAN

 Pendapatan (Income)
 Pertumbuhan (Growth)
 Keselamatan dan Kecairan (Safety and
Liquidity)
 Perlindungan Inflasi (Inflation)
 Implikasi Cukai (Tax Implication)

19
4.2.3 JENIS-JENIS PELABURAN
• Pelaburan Tunai (Cash Investment)
Akaun Simpanan, Simpanan Tetap, Mata Wang Asing,
Sekuriti Kerajaan
• Pelaburan Ekuiti (Equity Investment)
Saham-saham, Saham Pinjaman, Waran
• Pelaburan Aset Hakiki (Tangible Assets)
Hartanah, Emas, Batu Permata
• Pelaburan Pasaran Hadapan (Futures Market)
Komoditi – pertanian, logam
• Pelaburan dalam Sukuk/Bon

20
4.2.4 PELABURAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Istilah yang selalu digunakan ialah Mudharabah.

Digalakkan dalam Islam kerana aktiviti ini membolehkan:


• manusia untuk tolong menolong
• mencairkan harta yang dimiliki oleh pihak yang kaya atau
mempunyai unit lebihan
• menggunakan rezeki yang dikurniakan secara optimum
untuk menghasilkan rezeki kepada manusia untuk
kehidupan didunia.

21
4.2.4 PELABURAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dalil atau panduan pelaburan berasaskan Syariah

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling


memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil kecuali
dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di
antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
(An-Nisa’: 29)

22
4.2.5 PRINSIP PELABURAN ISLAM

Persoalan utama:
 Tempat pelaburan – halal?
 Sifat pulangan – tetap?
 Riba – faedah?
 Perjudian
 Paksaan

Elemen ini akan menentukan pelaburan tersebut


dibenarkan ataupun tidak oleh Islam.

23
4.2.5 PRINSIP PELABURAN ISLAM Smbg…
1. Tidak melabur dalam syarikat atau aktiviti perniagaan
yang diharamkan oleh syarak;
2. Tiada jaminan terhadap keuntungan berdasarkan
modal;
3. Tiada wujud unsur gharar (ketidakpastian) atau
elemen perjudian;
4. Tiada unsur paksaan dalam keputusan membuat
pelaburan; dan
5. Tidak terlibat dalam riba.

Sekiranya salah satu daripada prinsip di atas tidak dipenuhi,


maka pelaburan itu adalah tidak sah dari awal atau
kontrak itu terbatal.

24
4.2.6 KAEDAH FIQH
• Prinsip Asal Sesuatu Perkara itu Harus
Pada asasnya, hukum bagi semua perkara adalah harus kecuali
ada dalil yang menetapkan hukum itu sebaliknya. Dari
kaedah ini kita dapat merumuskan bahawa mana-mana
aktiviti perniagaan yang tidak dinyatakan pengharamannya
oleh hukum syarak adalah halal dan harus dilakukan.
 Prinsip Keredhaan Berkontrak
Tujuan kontrak adalah untuk menyatakan dengan jelas akan
tanggungjawab pihak-pihak yang berkontrak. Oleh yang
demikian pihak-pihak berkontrak mesti memahami butiran
dalam kontrak perniagaan dan dengan demikian barulah
wujud persetujuan dan keredhaan berkontrak. Kandungan
kontrak perlu memberi keadilan kepada pihak-pihak
berkontrak.
Kaedah Kontrak dan Syarat Mengikut Apa yang Dipersetujui
Menerusi kaedah ini, syarat-syarat yang terkandung dalam
kontrak perniagaan akan diteliti untuk mengenalpasti sama
ada ia menepati hukum syarak atau sebaliknya.
25
4.2.6 KAEDAH FIQH Smbg…
• Prinsip ‘Uruf Khas’
Ada kalanya, wujud sesuatu perkara yang baru dalam
perniagaan. Sekiranya masyarakat memandang perkara itu
sebagai suatu kebiasaan dan keperluan yang tidak
mendatangkan mudharat, maka harus diterima ‘uruf tersebut
selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Sesungguhnya adat juga merupakan satu sumber hukum.

• Prinsip Syariah Yang Utuh


Apabila wujud keadaan yang tidak jelas atau keraguan, maka
kita harus kembali semula kepada hukum syariah dan
penentuan hukum boleh ditelitikan oleh pakar-pakar syariah.

26
4.2.6 KAEDAH FIQH Smbg…
• Prinsip Darurat Menghalalkan yang Terlarang
Dalam kaedah ini, ia menggunakan prinsip sesuatu perkara
yang menjadi halangan boleh menjadi neutral dalam keadaan
darurat. Dalam keadaan-keadaan yang tertentu sahaja seperti
keadaan darurat, hajat dan tahsiniyat, apabila alternatif yang
ada juga lebih memudharatkan, maka keharusan telah wujud
setakat keperluan itu sahaja dan tidak melampaui batas.
Syariah meliputi maslahah manusia melalui tiga bahagian:
1. dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya);
2. hajiyyat (keperluan); dan
3. tahsiniyat (untuk memperelokkan).
Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia
berdasarkan masalih ini.
(Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto)
27
4.2.6 KAEDAH FIQH Smbg…
Prinsip menghilangkan kemudharatan
Kaedah ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Tidak memudharatkan dan tidak dimudharatkan.”

Mengikut kaedah ini, sesuatu tindakan yang dilakukan tidak


akan memudharatkan diri sendiri dan juga pihak yang satu
lagi.

28
4.2.7 GARIS PANDUAN PELABURAN

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

1.Operasi tidak berteraskan riba;


2.Operasi tidak mengeluarkan dan/atau menjual barangan
haram;
3.Tidak melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar;
dan
4.Operasi tidak melibatkan perjudian.

29
4.2.7 GARIS PANDUAN PELABURAN Smbg…
• Percampuran Halal dan Haram
• Sekiranya aktiviti perniagaan bercampur aduk halal dan haram,
pertimbangan boleh dibuat berdasarkan kriteria atau
pandangan majlis penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti.
• Apabila bercampur halal dan haram sama banyak maka hukum
asalnya adalah haram . Namun ia boleh menjadi halal menurut
pertimbangan yang berikut:
• Aktiviti utama perniagaan mestilah bukan aktiviti yang bertentangan
dengan hukum syarak sedangkan unsur haram adalah teramat kecil
secara perbandingan dengan aktiviti utamanya;
• Pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah
baik;
• Aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada
umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan
perkara umum atau tidak dapat di elakkan (umum balwa), ‘uruf dan hak-
hak masyarakat bukan Islam yang diiktiraf dan diperakui oleh Islam

30
4.2.7 GARIS PANDUAN PELABURAN Smbg…
Perbezaan Peranan Badan Berautoriti:

•JAKIM-pengeluar dan penyelaras hukum dalam semua


perkata melibatkan umat Islam. Menggunakan pendekatan
berpandukan kepentingan umum, keperluan dan Maqasid
dan Siasah Syar’iyyah

•Suruhanjaya Sekuriti - megklasifikasikan sesuatu sekuriti itu


patuh Syariah atau tidak berdasarkan garis panduan yang
telah dibangunkan. Menggunakan pendekatan kuantitatif
dengan melihat tanda aras aktiviti perniagaan dan nisbah
kewangan.

31
4.2.7 GARIS PANDUAN PELABURAN Smbg…
Menurut Salih Yusuf, Umum al-Balwa bermaksud, "Apa-apa yang diperlukan
pada keadaan yang umum, di mana berlakunya perkara tersebut sehingga
sukar untuk dielakkan serta susah untuk dikawal dan jika dihalang ia akan
menimbulkan kesulitan yang lebih."(al-Masyaqqah tajlib al-taysir, 232).

Dr. Salih bin 'Abd Allah bin Humayd menjelaskan, "Umum al-Balwa itu
merujuk kepada dua ciri:

1) Keperluan untuk sesuatu itu diberikan keringanan dalam keadaan umum,


iaitu sukar untuk mengelakkannya dan jika tidak diberi keringanan akan
menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

2) Sesuatu itu sudah tersebar, iaitu seseorang mukallaf sukar untuk


mengelakkan diri daripadanya, atau menghilangkannya, serta jika tidak diberi
keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

Bagi ciri pertama, keringanan perlu diberikan kerana untuk memenuhi


keperluan orang mukallaf dan bagi ciri kedua, keringanan perlu diberikan
kerana ia sukar untuk dihilangkan." (Raf' al-haraj, 262).
E-fatwa (portal rasmi Majlis Fatwa)
Kaedah Umum al-Balwa dan Kesannya Kepada Perubahan Hukum Syarak
Oleh: Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa
32
4.2.8 TATACARA MENYARING KAUNTER
Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS (Majlis Penasihat
Syariah) menerima input dan sokongan daripada SC (Security
Commission/Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).
Pihak SC mengumpulkan maklumat syarikat melalui pelbagai
sumber seperti laporan kewangan tahunan syarikat, maklum
balas kepada borang kaji selidik yang dikeluarkan untuk
mendapatkan maklumat terperinci dan juga melalui
pertanyaan yang dibuat kepada pihak pengurusan syarikat
berkenaan.
SC melalui MPS akan sentiasa mengawasi aktiviti semua
syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk menentukan
statusnya daripada perspektif Syariah.

33
4.2.8 TATACARA MENYARING KAUNTER Smbg…
MPS telah menggunakan beberapa kriteria tertentu iaitu
kajian ditumpukan kepada aktiviti sesebuah syarikat yang
sekuritinya tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian,
tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan,
syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip
Syariah akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah.
Sebaliknya, sesebuah syarikat akan diklasifikasikan sebagai
sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat
menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah.
MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada
pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada
simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan
konvensional yang lain. Selain itu, dividen yang diterima
daripada pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga
diambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh MPS.
34
4.2.8 TATACARA MENYARING KAUNTER Smbg…
Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur antara aktiviti
yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah, MPS
mempertimbangkan dua kriteria tambahan iaitu :

i.pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan


mestilah baik;
ii.aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah
(kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara
manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat
kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa (perkara terlarang
yang sukar dielakkan), ‘uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak
masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

35
4.2.8 TATACARA MENYARING KAUNTER Smbg…
• Untuk penentuan percampuran sumbangan yang dibolehkan
daripada aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah
kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah
syarikat, MPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu
mengikut ijtihad (proses mengeluarkan pendapat daripada
sumber Syariah oleh ulama’ yang layak).
• Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras
melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti
syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak
patuh Syariah.

36
4.2.8 TATACARA MENYARING KAUNTER Smbg…
Tanda aras tersebut adalah seperti yang berikut:
a)Tanda aras lima peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan
Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank
konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.
b)Tanda aras 10 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur “umum balwa” iaitu
perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar
untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut adalah pendapatan
faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional.
Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan
tembakau.
37
4.2.8 TATACARA MENYARING KAUNTER Smbg…
c) Tanda aras 20 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh
Syariah seperti terimaan sewaan premis yang menjalankan
aktiviti perjudian, jualan arak dan sebagainya.
d) Tanda aras 25 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah
dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam, namun
terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan

status Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang


mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan
pusat peranginan, perniagaan saham,pembrokeran dan
sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinanmelibatkan
aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.
38
4.2.8 TATACARA MENYARING KAUNTER Smbg…
1. Operasi tidak berteraskan riba.
2. Operasi tidak melibatkan perjudian.
3. Operasi tidak mengeluarkan dan/atau menjual barangan haram
4. Tidak melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar.
5. Aktiviti utama perniagaan mestilah bukan aktiviti yang bertentangan
dengan hukum syarak dan unsur haram adalah teramat kecil secara
perbandingan dengan aktiviti utamanya.
6. Pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat mestilah baik.
7. Aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada umat
Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan perkara
umum atau tidak dapat di elakkan (umum balwa), ‘uruf dan hak-hak
masyarakat bukan Islam yang diiktiraf dan diperakui oleh Islam
8. Tanda aras lima peratus
9. Tanda aras 10 peratus
10. Tanda aras 20 peratus
11. Tanda aras 25 peratus 39
4.2.8 PROSES PENAPISAN PERNIAGAAN/SEKURITI

Pkt 1 Pkt2
Tapisan Aktiviti: Kriteri Tambahan:
S •Unsur haram adalah kecil
•Operasi ada riba banding dgn. aktibiti utama
Y •Operasi ada judi
Tidak
•Pandangan masyarakat yg Ya
H
A •Buat atau jual punyai gambaran baik A
barang haram terhadap skt. L
R A
•Operasi ada unsure •Aktibiti utama adalah
I ‘gharar’ penting dan ada maslahah L
K untuk negara
A •Tidak Melebihi Tanda
Aras 5%, 10%,20%,25%
T
Ya

Tidak

TOLAK
TOLAK
40
4.2.9 SENARAI SEKURITI PATUH SYARIAH OLEH MAJLIS PENASIHAT
SYARIAH SECURITY COMMISSION

 Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan senarai terkini


sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat
Syariah (MPS). Senarai sekuriti patuh Syariah terkini yang
tersenarai di Bursa Malaysia tersebut berkuat kuasa mulai 28
May 2021.
 Senarai terkini ini mengandungi 746 sekuriti yang
diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah. Ini
meliputi 80 peratus daripada sekuriti tersenarai di Bursa
Malaysia.
 Terdapat 25 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai patuh
Syariah (Jadual 1). Lima belas sekuriti yang dimasukkan dalam
senarai tidak patuh syariah (Jadual 2).

https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=48a2810f-415f-48e7-
bfac-ff77dc473c0e 41
4.2.9 SENARAI SEKURITI PATUH SYARIAH OLEH MAJLIS PENASIHAT
SYARIAH SECURITY COMMISSION

42
PENAPISAN SAHAM
(IslamiQStocks.com)
The stock screening process involves an assessment of a
company's business activities by a respected Shari'ah council
of scholars. For example, the council looks into the activities
of a company and would fail companies involved in gambling
and other Halal practices.
The balance sheet of the company is also scrutinised, and
companies deriving too much income from interest, for
example, would also fail to meet the criteria needed for
Islamic investment.
IslamiQStocks.com has screened over 8000 active companies
listed on the London Stock Exchange (LSE), New York Stock
Exchange (NYSE), American Stock Exchange (AMEX) and
NASDAQ.
IslamiQStocks.com are creating the world's first one-stop
Islamic financial and investment information source online.
43
PENAPISAN SAHAM
(IslamiQStocks.com)
PELABURAN HALAL
PELABURAN TAK-HALAL
- Aktiviti perniagaan tak halal
- Aset cair melebihi 45% jumlah aset
- Nisbah hutang–jumlah aset melebihi had 30%
- Lain-lain hasil tak halal adalah 5% atau lebih

44
DOW JONES ISLAMIC MARKET KUWAIT INDEX
Introduction
The Dow Jones Islamic Market Kuwait IndexSM measures the
stock performance of companies traded in Kuwait that pass
screens for compliance with Islamic principles.

Index Universe
The index universe is defined as all stocks in the Dow Jones Kuwait
Composite IndexSM, which represents all companies domiciled
and headquartered in Kuwait whose stocks trade on the Kuwait
Stock Exchange. Preferred stocks are excluded from the selection
universe.

Review Frequency
The index is reviewed quarterly, in March, June, September and
December.
45
DOW JONES ISLAMIC MARKET KUWAIT INDEX

Stock Selections:
Stocks are screened based on industry type and financial ratios. Stocks that
pass all of the screens are added to the index.
Industry screen. Excluded are companies with any of the following lines of
business:
• Alcohol • Financial Services
• Tobacco • Defense/weapons
• Pork-related products • Entertainment
Financial Ratio Screens. Excluded are companies with any of the following
ratios are 33% or more:
• Total debt divided by trailing 12-month average market capitalization
• The sum of a company’s cash and interest-bearing securities divided by
trailing 12-month average market capitalization
• Accounts receivables divided by trailing 12-month average market
capitalization
46
CONTOH ASAS PELABURAN

ABC HOLDING CO.

SUB. 1 SUB. 2 SUB. 3

SUB. 2.A

47
CONTOH ASAS PELABURAN Smbg…
Panduan Pelaburan Syariah: Lihat aliran dari bawah ke
atas.
Contoh:
Katakan kalau SUB. 2A menjalankan aktiviti haram,
maka tak boleh labur dalam SUB 2A, SUB. 2 dan ABC
Holdings.
Kalau SUB. 1 menjalankan aktiviti halal, maka boleh
labur dalam SUB. 1 walaupun ABC Holdings tak boleh
dilabur. Panduan syariah pelaburan tidak melihat aliran
dari atas ke bawah.

48
KESIMPULAN
Memahami konsep muamalat dan pelaburan dalam Islam
menjadikan kita lebih peka kepada apa yang kita mahu dalam
hidup. Walaupun objektif kita dalam melabur samada untuk
Pendapatan (Income), Pertumbuhan (Growth), Keselamatan
dan Kecairan, (Safety and Liquidity), Perlindungan Inflasi
(Inflation), Implikasi Cukai (Tax Implication), yang semuanya
berkisar untuk meningkatkan harta/kewangan/kekayaan
namun kita perlu sentiasa ingat dan berwaspada bahawa apa
saja bentuk muamalat atau peluang pelaburan yang kita
ceburi, kita mesti pastikan sumber/hasil yang diperolehi adalah
halal dan diredhai Allah SWT dalam mengamalkan Islam
sebagai satu cara hidup. Hanya dengan redha Allah SWT,
orang Islam akan dapat ganjaran syurga.

49
Rujukan

• https://carihadis.com/Shahih_Bukhari/2359
• http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/154-
perkara-haram-dalam-perniagaan
• https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?
id=48a2810f-415f-48e7-bfac-ff77dc473c0e
• Sahih Muslim, Book 10, Kitab Al-Buyu (Translation) at
https://www.iium.edu.my/deed/hadith/muslim/010_smt.html
• https://www.idntimes.com/life/education/tyas-hanina-1/hadist-
tentang-menuntut-ilmu/7

50

Anda mungkin juga menyukai