Anda di halaman 1dari 57

1

TAZKIYAH AN-NAFS
Modul Tazkiyah An-Nafs adalah modul elektif
yang mengandungi tugasan. Berikut merupakan
silibus bagi modul ini untuk minggu pertama.
2
PENGENALAN MODUL
Minggu 1

Syarat amalan diterima - Ikhlas dan mengikut
syariat
Ikhlas dan dalil-dalil mengenainya
Kelebihan niat
Mesti mengikuti as-Sunnah dan kelebihannya
Kelebihan ilmu dan ulama
3
SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS

@--Tazkiyah An-Nafs--@

Dari segi bahasa membawa erti Penyucian
(Tazkiyah) Jiwa / Diri / Nafsu (An-Nafs).

Dari segi istilah pula bermaksud penyucian jiwa
dari segala macam penyakit dan kecacatan,
menetapkannya dengan kedudukan-kedudukan
(maqam), membentuknya supaya patuh dengan
nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT.
4
PENGERTIAN

@--Tazkiyah An-Nafs--@

Kesimpulannya Tazkiyah An-Nafs ialah
penyucian, penetapan dan pembentukan jiwa
(akhlak) individu muslim. Sumbernya adalah
syariat, begitu juga dengan caranya dan
hasilnya. Selain dari itu, terzahir darinya kelak
kesempurnaan dari segi muamalah dengan Allah
dan makhlukNya.
5
PENGERTIAN

Rasulullah s.a.w diutuskan kepada umat
manusia untuk melaksanakan 3 asas utama,
iaitu :

-Talim (Pendidikan)
-Tazkir (Peringatan)
-Tazkiyah (Penyucian)
6
SEJARAH

( : 129 )

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari
kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-
ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran)
dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

7
AYAT-AYAT TAZKIYAH

( :
151 )

Sebagaimana (Kami Telah menyempurnakan nikmat kami
kepadamu) kami Telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu
yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mensucikan
kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta
mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

8
AYAT-AYAT TAZKIYAH

( : 18 - 19 )

Dan Katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu
untuk membersihkan diri (dari kesesatan) ? ". Dan kamu akan ku
pimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya? "

9
AYAT-AYAT TAZKIYAH

( : 9 - 10 )


Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.
Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

10
AYAT-AYAT TAZKIYAH
IKHLAS
MENGIKUT LANDASAN SYARA
11
12
Secara mudah, ikhlas difahami sebagai
perbuatan yang dilakukan tanpa mengharapkan
sebarang balasan.
Ikhlas yang dituntut oleh agama merujuk
kepada mengharap hanya pada Allah,
melakukan segala sesuatu keranaNya.

( : 5 )

Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama
menyembah Allah dengan tulus ikhlas menjalankan agama
untukNya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta
menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar.
13
14
Setiap perbuatan manusia pasti disertakan niat
dalam hati. Sebagai contoh, seseorang makan
dengan niat untuk kenyang. Tidur, untuk
menghilangkan rasa mengantuk, dsb.
Niat berperanan merangsangkan semua
anggota badan untuk berfungsi mengikut apa
yang diniatkan.

15
Apabila seseorang itu mewujudkan elemen
ikhlas dalam niatnya, selain dari meraih apa
yang diniatkan, dia juga memperolehi
keredhaan Allah s.w.t.
Perbuatan yang diredhai akan diberkati,
dipermudahkan dan mendatangkan manfaat
melebihi jangkaan pelaku.

16
Rasulullah s.a.w telah bersabda :

Hanyasanya semua amal perbuatan itu
dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya
bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi
niatnya. Maka barangsiapa hijrahnya itu
kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu
pun kepada Allah dan Rasulnya dan
barangsiapa hijrahnya itu untuk harta dunia
yang hendak diperolehinya atau pun untuk
seorang wanita yang hendak dikahwini maka
hijrahnya pun kepada sesuatu yang dimaksud
dalam hijrahnya. ( Bukhari & Muslim )
17
Amalan tidak sah tanpa disertakan dengan niat

Seseorang apabila berniat untuk melakukan kebaikan
kemudian tidak dapat melakukanya maka baginya
pahala niat baiknya itu.

Adapun seseorang berniat untuk melakukan kejahatan
kemudian dia tidak jadi melakukannya maka baginya
pahala kerana meninggalkan niat jahatnya itu.

Mengikhlaskan niat kerana Allah adalah cara utama
untuk sesuatu amalan itu bukan saja diterima, bahkan
mendapat tempat yang paling baik di sisi Allah s.w.t.
18
Cara yang terbaik melaksanakan Tazkiyah An-
Nafs ialah melalui jalan ibadah yang mana
merangkumi beberapa tahap :
-Mengetahui
-Melaksanakan
-Memperhalusi
-Menghayati

19
Berikut adalah jenis-jenis amalan
/ ibadah penting yang perlu
dilaksanakan untuk proses Tazkiyah An-Nafs :
1. Solat
2. Zakat / Bersedekah
3. Puasa
4. Haji


20
5. Tilawah Al-Quran
6. Zikrullah
7. Tafakkur
8. Mengingati mati
9. Muraqabah / Muhasabah / Mujahadah /
Muatabah


21
10. Menyuruh kepada kebaikan & Melarang
kemungkaran
11. Berkhidmat & Tawadhu
12. Mengetahui jalan2 syaitan di dalam menguasai
nafsu & menghalangnya
13. Mengetahui penyakit2 hati dan cara
menyembuhkannya untuk mendapatkan hati
yang sihat

SOLAT
22
MENGETAHUI
Memahami hukum solat, waktunya, cara dan segala
rukun dan syarat yang perlu untuk dipenuhi.

MELAKSANAKAN
Menepati tuntutan yang diwajibkan serta
memperelokkannya dengan yang disunatkan.

SOLAT
23
MEMPERHALUSI
Mempelajari dengan lebih mendalam akan setiap gerak
laku (adab2 zahir) dalam solat serta menghadirkan diri
dalam solat dalam keadaan khusyu (adab2 batin) benar-
benar melengkapi tuntutan yang sunat.



SOLAT
24
MENGHAYATI
Solat telah menjadi sebahagian dari jiwa, tidak mampu
hidup tanpanya seperti tidak boleh hidup seseorang
tanpa makan dan minum.
Khusyu dalam solat adalah hasil dari empat tahap dalam
solat : Mengetahui, Melaksanakan, Memperhalusi &
Menghayati.

SOLAT
25

( : 1 - 2 )
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu)
orang-orang yang khusyu' dalam solatnya.

( : 34 35 )
dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk
patuh (kepada Allah), (yaitu) orang-orang yang apabila disebut
nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar
terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang
mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebagian
dari apa yang Telah kami rezkikan kepada mereka.

ZAKAT / SEDEKAH
26
MENGETAHUI
Memahami hukum zakat yang wajib, pemberian yang
disunatkan bagi membantu masyarakat.

MELAKSANAKAN
Menepati tuntutan yang diwajibkan serta
memperelokkannya dengan yang disunatkan.

ZAKAT / SEDEKAH
27
MEMPERHALUSI
Mempelajari dengan lebih mendalam akan hikmah dari
pemberian zakat / sedekah. Memperluaskan skop zakat /
infaq dalam kehidupan seharian.

MENGHAYATI
Menjadikan sedekah sebahagian dari hidup (keluarga).
ZAKAT / SEDEKAH
28
Seseorang yang telah menghayati konsep zakat / sedekah
/ infaq dalam kehidupannya akan sedaya upaya
mengalahkan sifat kikir atau cinta dunia dari dirinya.

( : 128 )
Manusia itu menurut tabiatnya kikir



( )
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada
setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu
mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah)
adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya
atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah
sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah
yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah
dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
29
ZAKAT / SEDEKAH
PUASA
30
MENGETAHUI
Memahami hukum puasa yang wajib, syarat dan rukun
yang perlu dipenuhi.

MELAKSANAKAN
Menepati tuntutan yang diwajibkan serta
memperelokkannya dengan yang disunatkan.

PUASA
31
MEMPERHALUSI
Mempelajari dengan lebih mendalam akan hikmah dari
pensyariatan puasa.

MENGHAYATI
Puasa sepanjang hayat (konsep muraqabah). Sentiasa
menjaga lidah, pandangan, nafsu.
PUASA
32
Seseorang yang telah menghayati konsep puasa sepanjang
hayat termasuk dalam jenis puasa Khusus. Puasa terbahagi
kepada 3 kategori :
1. Umum (Orang awam) : Memelihara dari nafsu makan dan jima.
2. Khusus (Orang2 Soleh) : Memelihara kesemua anggota dari dosa.
3. Khususul Khusus (Para Anbiya) : Memelihara semua yang zahir
termasuk hati.

PUASA KHUSUS
33
1. Memelihara pandangan.

[ ] .
Pandangan mata itu merupakan anak panah yang beracun dari anak
panahnya Iblis yang dilaknati Allah s.w.t. Barangsiapa yang
meninggalkannya kerana takutkan Allah, Allah akan mengurniakan
baginya keimanan yang dirasakan kemanisannya dalam hatinya.


PUASA KHUSUS
34
2. Memelihara lidah.

[ ] .
Sesungguhnya puasa itu adalah perisai.


PUASA KHUSUS
35
3. Memelihara telinga.

( : 42 )
Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong,
banyak memakan yang haram
4. Memelihara anggota2 yang lain.

[ ]
Berapa ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari
puasanya kecuali lapar dan dahaga.
PUASA KHUSUS
36
5. Tidak berlebihan makan ketika berbuka puasa.
6. Hatinya sentiasa berada dalam takut dan harap samada
puasanya diterima Allah atau tidak.
HAJI
37
MENGETAHUI
Memahami hukum haji, cara dan segala rukun dan syarat
yang perlu untuk dipenuhi.

MELAKSANAKAN
Menepati tuntutan yang diwajibkan serta
memperelokkannya dengan yang disunatkan.

HAJI
38
MEMPERHALUSI
Mempelajari dengan lebih mendalam akan rukun haji
yang telah ditetapkan. Memahami rukun dan hikmah dari
setiap peristiwa yang dilalui.

MENGHAYATI
Menganggap diri sentiasa dalam keadaan mengerjakan
haji, iaitu penyerahan kepada Allah dan berjuang
keranaNya.

HAJI
39

( : 32 )
Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka
Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

TILAWAH AL-QURAN
40
MENGETAHUI
Memahami hukum membaca Al-Quran dan
kepentingannya secara umum.

MELAKSANAKAN
Membaca Al-Quran dalam ibadah2 seharian. Berusaha
juga membaca surah-surah tertentu mengikut keperluan.

TILAWAH AL-QURAN
41
MEMPERHALUSI
Mempelajari tafsir ayat Al-Quran dan berusaha
melaksanakan hukum yang terkandung di dalamnya
dengan sebaik mungkin.

MENGHAYATI
Al-Quran dijadikan teman hidup, panduan bagi setiap
perkara duniawi ataupun ukhrawi. Selain dari menghafaz
keseluruhan ayat dan mempraktikkannya.

ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN
42
1. Memahami ketinggian dan keagungan Kalam
Allah, kelebihan bagi mereka yang membacanya.
2. Mengagungkan pemilik kalam (Allah s.w.t),
meyakini bahwa ianya bukan dari makhluk.
3. Menghadirkan jiwa dengan mengenetepikan
perkara yang lain.


Hai Yahya, ambillah kitab itu dengan sungguh2 (Maryam : 12)
ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN
43
4. Tadabbur. Selain dari menghadirkan jiwa, ayat
yang dibaca juga perlu dihayati.
5. Tafahhum. Memahami setiap ayat yang dibaca,
pada siapa ditujukan, sebabnya dan hukumnya.
6. Menjauhkan diri dari sebarang halangan yang
bakal mengganggu penghayatan dan
pemahaman.
ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN
44
7. Takhsis. Meletakkan diri sendiri sebagai pihak
yang ditujukan dalam setiap ayat (direct
command).
8. Merasakan kesan dari bacaan, jika ayat mengenai
ancaman Allah maka datang rasa takut, jika
khabar gembira, datang rasa bahagia, dll.

ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN
45
9. Taraqqi. Merasakan perintah itu datang benar2 dari
Allah s.w.t. Darjat mereka yang membaca Al-Quran itu
ada 3:
1> Merasakan seolah-olah Allah s.w.t benar2 berada di depan matanya dan
memandang kepadanya. (Takut/Tertanya2)
2> Melihat dengan mata hati seolah-olah Allah s.w.t memerintahkannya
melaksanakan sesuatu. (Malu/Harap)
3> Fokus pada ayat-ayat yang dibaca yang mengandungi sifat2 Allah.
(Sungguh2 ingin tahu)
SELAIN DARI 3 DARJAT INI, MAKA YANG LAINNYA ADALAH PEMBACA YANG LALAI.

ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN
46
10. Tabarri. Menilai apa yang dibaca dengan
keadaan diri sendiri. Jika membaca ayat-ayat
yang mengandungi janji nimat bagi mereka
yang soleh, maka dia tidak merasa dia
tergolong dari golongan tersebut, bahkan
merasa dia adalah dari golongan mereka yang
mempercayai (mumin) dan meyakini (muqin).
ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN
47
Apabila terbaca ayat yang mengandungi ancaman
siksaan pula, dia merasakan akan ditimpa ke
atasnya azab tersebut, dari situ akan datang rasa
takut dan mengharap. Begitu halnya yang berlaku
terhadap Saiyidina Umar r.a apabila membaca ayat

( : 34 )
ZIKRULLAH
48
MENGETAHUI
Mengetahui makna zikrullah, caranya serta keperluannya
dalam kehidupan seharian.

MELAKSANAKAN
Meluangkan waktu berzikir selepas solat lima waktu, juga
pada waktu2 lapang yang lain.

ZIKRULLAH
49
MEMPERHALUSI
Mempelajari makna setiap zikir juga rahsia2 dari
mengamalkannya setiap hari.

MENGHAYATI
Menjadikan hidupnya, tidur jaganya tidak lengang dari
berzikir. Zikir dengan ertikata mengingati Allah s.w.t. pada
setiap ketika.

ZIKRULLAH
50
Berkata Imam Ghazali rahimahullah:

.
.
. .

.
ZIKRULLAH
51



( )

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah
memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan al
Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan
bumi. Solat itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu
adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke
atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjua dirinya,
ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan
dirinya.
TUGAS ANDA
Bagaimana melaksanakan 4 tahap (Mengetahui,
Melaksanakan, Menghalusi & Menghayati) bagi jalan-
jalan Tazkiyah yang lainnya?
- Tafakkur
- Mengingati mati
- Muraqabah / Muhasabah / Mujahadah / Muatabah
- Menyuruh kepada kebaikan & Melarang
kemungkaran
- Berkhidmat & Tawadhu


52
TUGAS ANDA
- Mengetahui jalan2 syaitan di dalam menguasai nafsu
& menghalangnya
- Mengetahui penyakit2 hati dan cara
menyembuhkannya untuk mendapatkan hati yang
sihat
53
Mengikut Sunnah
Syarat kedua amalan diterima Allah swt
Apa yang diajarkan Rasul maka ikutlah, dan apa yang
dilarangnya maka jauhkanlah (al-Hasyar:7)
Katakanlah wahai Muhammad, sekiranya kamu
mencintai Allah maka ikutlah aku (Al Imran:31)
Hadis Aisyah r.a, Rasulullah pernah berkata: Sesiapa
yang mengadakan sesuatu yang baru dalam perihal
agama ini, yang tidak diajarkan syariat Islam, maka ia
tidak diterima (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

54
Mengikut Sunnah
Nasihat Rasulullah saw: Sesungguhnya sesiapa yang
hidup nanti akan melihat perselisihan yang banyak.
Maka ikutlah sunnahku dan sunnah para al-khulafa al-
rasyidin selepasku yang diberi petunjuk. Gigitlah ia
dengan geraham kamu jangan biarkan ia terlepas.
Berjaga-jagalah dari amalan yang diada-adakan kerana
ia tidak berlandaskan syariat Islam (riwayat Ahmad,
Abu Daud, Tirmizi)
55
Mengikut Sunnah
Al-Zuhri berkata: Berpegang teguh pada sunnah
adalah keselamatan, kerana sunnah itu seperti yang
dikatakan imam Malik; seperti bahtera Nuh a.s, siapa
yang di dalamnya selamat, yang di luarnya binasa
Sufyan berkata: Kata-kata tidak diterima kecuali
dengan amalan. Kata-kata dan amalan pula tidak akan
diterima kecuali dengan niat. Kata-kata, amalan dan
niat tidak akan tepat kecuali dengan landasan
mengikut sunnah
56
Kelebihan Ilmu dan Ulama
Ilmu adalah sesuatu yang mempunyai dalil/bukti
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu Quran,
Sunnah dan para ulama
Adakah sama orang yang mengetahui dan tidak?
(al-Zumar:9)
Sesiapa yang berusaha merentasi jalan mencari ilmu
Allah swt, nescaya Allah permudahkan baginya jalan
ke syurga (riwayat Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibn
Majah)
57

Anda mungkin juga menyukai