Anda di halaman 1dari 2

Equipment & Commercial Property Financing-I

(Pembiayaan Peralatan & Perdagangan Harta)

Equipment & Commercial Property Financing-I adalah salah satu produk kewangan islam
yang berkonsepkan Bai Bithaman Ajil (perjanjian jual beli balik). Bai Bithaman Ajil (BBA)
juga dipanggil Bay al-Taqsit (jualan dengan ansuran) atau Bay al-Muajjal (jualan
pembayaran tertunda). Ia adalah transaksi jualan dan belian untuk membiayai sesuatu aset
secara pembayaran tertangguh dengan tempoh pembayaran yang telah dipersetujui. Harga
jualan termasuk keuntungan. Ini terdiri aset Tanah & Bangunan, Jentera dan Peralatan.
Dengan erti kata lain, ia adalah konsep perbankan Islam yang diterapkan oleh Bank Islam
dalam pembiayaan sewa beli atau pembelian insurans. Di bawah konsep Bai Bithaman Ajil,
Bank Islam memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau perkhidmatan
dengan membeli aset kepunyaan pelanggan dengan harga tunai dan kemudiannya menjual
kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah dengan keuntungan.

Aktiviti jual beli adalah diharuskan dalam islam. Urus niaga Bai Bithaman Ajil Merupakan
satu aktiviti perniagaan jual beli tangguh yang diharuskan sama seperti jual beli biasa
Perbezaan antara jual beli tangguh dan jual beli biasa adalah harga jualan bagi jual beli
tangguh lebih mahal daripada harga biasa dan harga harga jualan itu meningkatmengikut
tempoh masa penangguhan yang dikehendaki oleh pelanggan. Asas bagi al- Bai
Bithaman Ajil adalah merujuk kepada hukum yang berdasarkan nas-nas berikut:Firman
ALLAH s.w.t yang bermaksud :
Dan ALLAH telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
( Surah al-Baqarah, 2:275 )
Ayat tersebut menjelaskan bahawa aktiviti jual beli adalah halal dan diharamkan
jika aktiviti tersebut mengandungi unsur riba.Oleh itu,Bai Bithaman Ajil
merupakan satu mekanisme dalam jual beli Islam yang memelihara rukun dan syarat jual beli
yang ada dalam Muamalat Islam.

Konsep Bai Bithaman Ajil di dalam Equipment & Commercial Property Financing-I adalah
bertujuan untuk menyediakan pembiayaan bagi bakal pembeli yang tidak mampu untuk
membayar tunai terlebih dahulu dan membolehkan mereka (pembeli) untuk menjalankan
tanggungjawab harian mereka tanpa menyusahkan kewangan mereka pada saat itu. Selain itu,
ia bertujuan untuk memudahkan dan menyokong kelancaran transaksi di dalam perniagaan
dengan memberikan kaedah pembayaran yang fleksibel terutamanya melalui pembayaran
kredit.

Bank Islam memberikan pembiayaan dalam jangka masa sederhana atau panjang kepada
pelanggan untuk memperolehi tanah, harta, dan apa apa yang berkaitan dengan peralatan dan
perdagangan harta. Pembiayaan rumah adalah kemudahan yang paling popular yang
diberikan di bawah konsep BBA sama ada untuk membeli rumah yang sudah siap dibina,
rumah yang sedia ada atau membina rumah baru di atas tanah pelanggan. Di dalam sistem
BBA, pelanggan menjual harta yang dibeli kepada bank untuk jumlah wang tunai yang akan
dibayar kepada pelanggan and harta itu akan dijual balik dalam masa terdekat oleh bank
kepada pelanggan dalam jumlah yang lebih tinggi yang termasuk didalamnya keuntungan
yang akan diperolehi oleh bank, yang mampu dibayar oleh pelanggan kepada bank dengan
ansuran bulanan dalam suatu tempoh masa yang dipersetujui.

Syarat BBA yang ditetapkan oleh Bank Islam adalah ansuran hendaklah diselaraskan oleh
bank dalam suatu tempoh masa yang dipersetujui. Seterusnya, majoriti pakar perundangan
menyatakan bahawa tempoh masa kontrak mesti di nyatakan dengan jelas di dalam cara yang
tepat sama ada menggunakan kalendar islam atau lain-lain kalendar asing yang sah. Beberapa
perkara yang berkaitan dengan pengiraan jual beli pembiayaan Bai Bithaman Ajil hendaklah
diketahui oleh pelanggan. Pembiayaan dikira daripada beberapa jumlah wang yang dimohon
oleh pelanggan (Cost of Financing/ Purchase Price),dicampur dengan keuntungan
pembiayaan (Amount of Profit). Sebahagian besar pembiaya mewajibkan perlindungan
takaful (Mortgage Takaful) ke atas pembiayaannya.Tetapi pelanggan diberi pilihan untuk
mendapatkan takaful atau tidak. Jika pelangganingin perlindungan takaful, maka pengiraan
pembiayaan akan dicampurkan dengan perlindungan takaful.

Mekanisme pembiayaan Bai Bithaman Ajil dilaksanakan menurut hukum jual beli tangguh
dalam Islam. Oleh itu, segala syarat dan rukunnya adalah sama dengan rukun jual beli dalam
Islam. Selain itu, rukun sighah ijab dan qabul hendaklah dilaksanakan dengan cara yang
bersungguh-sungguh dan ikhlas antara pelanggan, pembiaya dan pemilik harta. Untuk itu,
urusan jual beli Bai Bithaman Ajil hendaklah mengandungi aqad yang khusus iaitu aqad
yang diucapkan oleh pembiaya dengan pelanggan dihadapan peguam. Pelanggan juga
mestilah memahami segala isi kandungan perjanjianterlebih dahulu sesuai dengan tuntutan
yang dikehendaki oleh ALLAH s.w.t supaya perjanjian jual beli itu dicatat dan dibacakan.
Pelaksanaan mekanisme pembiayaan al-Bai Bithaman Ajil tidak melibatkan ikatan perjanjian
jual beli yang berunsurkan riba. Di samping itu, mekanisme pembiayaan al-Bai Bithaman
Ajil juga merupakan langganan yang terbanyak dalamSkim Perbankan Islam. Ini
membuktikan bahawa Skim Perbankan Islam telah mendapatkepercayaan di hati rakyat
Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Selain itu,mekanisme pembiayaan al-Bai
Bithaman Ajil juga dapat menandingi urus niaga pinjaman konvensional yang melibatkan
riba.

Anda mungkin juga menyukai