Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan.

Islam merupakan sebuah agama yang lengkap dan menyeluruh. Kesempurnaan

Islam bukan sahaja mencakupi urusan ukhrawi bahkan Islam juga

menggariskan panduan kepada manusia dalam urusan duniawi. Islam

merupakan agama yang sempurna kerana ianya meliputi semua aspek

kehidupan umatnya termasuklah dalam bidang ekonomi. Sistem cagaran untuk

mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila

Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan

menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk

dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur

gharar (penipuan).Pajak gadai, sejak zaman penjajahan, memainkan peranan

memenuhi keperluan kredit masyarakat luar bandar. Walau bagaimanapun,

perniagaan pajak gadai banyak diusahakan masyarakat Cina. Hal ini telah

menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan

hukum syarak. Institusi ini hingga hari ini menjadi begitu ‘popular’ kerana

perkhidmatan yang diberikan adalah mudah, cepat dan personal.  Di samping

itu, ia dapat menggantikan peranan orang tengah yang menghantui ekonomi

masyarakat kampung.

Begitupun, umumnya masyarakat Melayu menganggap pajak gadai yang

sedia ada beroperasi secara yang dikira bercanggah dengan Islam. Penerimaan
mereka terhadap institusi ini adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan

yang terdesak dan dalam keadaan mereka tidak mempunyai alternatif yang lain.

Pengertian ar-Rahnu

Menurut pengertian bahasa ar-Rahnu bermaksud tahan. Menurut

pengertian istilah pula, maksudnya ialah meletakkan sesuatu barang yang

berharga sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang

pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang

tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh

mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu.

Ringkasnya, ar-Rahnu merujuk kepada harta yang di jadikan cagaran kerana

sesuatu hutang untuk melunaskan hutangnya apabila tidak berkemampuan

untuk melakukan pembayaran oleh pihak yang berhutang mengikut ketentuan

syarak.

Kata ar- Rahnu (Gadaian) dalam bahasa Inggeris dinamakan sebagai

Mortage dan Pawn. Ia secara umum membawa maksud cagaran yang

diserahkan oleh pemimjam kepada yang memberi pinjam untuk jangka masa

yang tertentu.

Menurut pendapat ulama mujtahid, sekiranya seseorang itu

menggandaikan hambanya dan ia tidak dapat membayar hutang, maka sah

orang yang memegang gadaian memerdekakan hamba tersebut dan mestilah

mengembalikan nilai lebih daripada memerdekakan hamba itu kepada

pemiliknya.
Barang gadaian juga merupakan suatu amanah dalam tangan pemegang

gadai, sekiranya barang tersebut rosak dengan bukan sebab kecuaiannya ia

tidak perlu membayar ganti rugi. Namun sekiranya dia memindahkan barang

tersebut, contohnya ketulan emas yang telah digadai telah dijadikan cincin atau

dengan sebab kecuaian lain, maka penggadai mestilah membayar ganti rugi.

Hukum gadaian

Jumhur ulama berpendapat muamalat ar-Rahnu (gadaian) adalah

diharuskan, baik ketika sesorang tersebut bermastautin, bermukim atau dalam

keadaan bermusafir. Muamalat ar-Rahnu (gadaian) dalam Islam diharuskan

berdasarkan dalil daripada nas al-Quran dan Hadith. Antaranya :

Firman Allah SWT dalam ayat 216 surah Al-Baqarah

            
          
          
  

Maksudnya : Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai)

sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada

barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika

sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang

dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa

kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan

persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia


adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang

kamu kerjakan.

Pengharusan ar-Rahnu ( gadaian ) juga berdasarkan hadith Nabi SAW

yang bermaksud:

Rasulullah SAW telah menggadaikan baju besi kepada seorang Yahudi

di Madinah dan Baginda mengambil 30 gantang barli daripada Yahudi tersebut

untuk dimakan oleh keluarga Baginda.

Oleh itu, jumhur ulama telah berpendapat muamalat gadaian adalah

diharuskan baik ketika seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam

keadaan bermastautin. Jumhur ulama juga mengatakan sah juga sesiapa yang

menggadaikan barangan yang tertentu jumlahnya, harta yang dapat

dipindahkan, seperti emas dan perak serta harta yang tidak dapat dipindahkan,

seperti kebun dan tanah. Jumhur ulama menambah lagi, akad gadaian dikira

sah dengan lafaz ijab dan Qabul.

Rukun ar-Rahnu ( gadaian )

Ar-Rahnu (gadaian) dalam Islam mempunyai 5 rukun iaitu:

1. Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin)

2. Hutang (Marhun Bih)

3. Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu majlis penyerahan dan penerimaan gadaian

4. Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.


5. Barang gadaian (Marhun). Terdiri dari barang-barang yang halal dan sah

untuk dijual beli menurut pandangan syarak.

Syarat ar-Rahnu (gadaian)

Ar-Rahnu (gadaian) mempunyai syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ar-Rahnu

(gadaian) terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Syarat penggadai ( Rahin ) dan Pemegang Gadaian (Murtahin)

2. Syarat barang yang digadai (Marhun)

3. Syarat Hutang (Marhun Bih)

Syarat penggadai ( Rahin ) dan Pemegang Gadaian (Murtahin)

Antara syarat Penggadai ( Rahin ) dan Pemegang Gadaian (Murtahin) ialah:

 Mukallaf

 Pilihan sendiri

 Penggadai dan pemegang gadaian adalah harta masing-masing

Syarat barang yang digadai (Marhun)

Antara syarat barangan gadaian ( Marhun )ialah:

 Tidak boleh menggadai manfaatnya, tetapi mestilah barang


 Mestilah boleh dijual.

Syarat hutang ( Marhun Bih )

Antara syarat hutang (Marhun Bih) pula ialah:

 Mestilah dinilai, atau boleh digunakan, seperti wang, emas dan perak

 Hutang itu jumlahnya mestilah diketahui oleh kedua belah pihak

 Hutang itu mestilah tetap, ianya tidak kurang dan tidak bertambah apabila

melakukan pembayarannya.

Sighah

Sighah ialah lafaz Ijab dan Qabul

Hikmah ar-Rahnu (gadaian)

Antara hikmah Islam mensyariatkan ar-Rahnu (gadaian) ialah

1. Pertolongan kepada yang terdesak dan memerlukan.

2. Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang.

3. Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang

apabila terdesak

4. Lahirnya perasaan kasih sayang dan kasih mesra sesama manusia

5. Menjaga kemaslahatan insan ketika mereka mengadakan muamalat ar-

Rahnu (gadaian)

Isu-isu semasa yang berkaitan dengan gadaian secara Islam al-Rahn.


Pajak gadai barangan kemas yang dijalankan secara al-Rahnn atau Bank

Rakyat sekarang adalah selari dengan kehendak syarak dan ianya diharuskan.

Hal tersebut kerana pihak pemegang gadai akan menyimpan barang kemas

tertentu dalam jangka masa yang tertentu.

Pihak pemegang gadaian tidak akan melakukan apa-apa perubahan dan

tidak akan menggunakan barang yang digadai. Pihak pemegang gadai hanya

bertindak sebagai pemegang amnah. Sekiranya berlaku kerosakan dengan

sebab pemegang gadaian secara sengaja, ia akan menggantikannya.

Selain itu, bayaran lebihan yang akan dikenakan terhadap orang yang

berhutang atau penggadai itu adalah upah simpan barang dan kadarnya adalah

berpatutan. Seandainya tempoh yang telah dijanjikan telah cukup, penggadai

tidak dapat membayar hutang, barang tersebut akan dijual dan lebihan nilainya

akan dikembalikan kepada pemiliknya. Justeru itu, gadaian secara Islam atau

al-Rahn adalah berbentuk menolong orang yang terdesak dan bukannya

menindas.

Manakala pajak gadai barang kemas di kedai pajak gadai atau gadai

kepada orang perseorangan yang meluas dalam konteks semasa adalah haram

hukumnya dan berdosa baik pemegang gadai ataupun penggadai. Hal tersebut

kerana bayaran yang dikenakan oleh kedai pajak adalah dalam bentuk riba dan

menindas, bukannya upah. Selain daripada itu, sekiranya penggadai tidak dapat

menjelaskan hutang yang dipinjam setelah cukup tempohnya, barang kemas

yang digadai dikira lesap. Hal ini merupakan satu penipuan dan penindasan.
Gadaian barang kemas kepada individu yang banyak dilakukan dalam

masyarakat juga bercanggah dengan landasan syarak. Walaupun kadang-

kadang bayaran tambahan tidak dikenakan ataupun upah yang dikenakan kecil

sahaja, tetapi barang kemas tersebut digunakan oleh pemegang gadai dan tidak

disimpannya. Selain daripada itu, jika berlaku kerosakan, pemegang gadai tidak

akan menggantikannya. Hal itu amat bercanggah dengan hukum syarak.

Barang gadaian tidak boleh digunakan dan hanya sebagai cagaran hutang

sahaja.

Pajak gadai asset seperti tanah dan rumah atau barang-barang yang

tidak dapat dipindahkan selain barang kemas yang berlaku dalam konteks

masyarakat juga perlu diperbetulka supaya ianya selari dengan syarak. Semua

asset tersebut tidak boleh diambil manfaat oleh pemegang gadai walaupun

dengan izin penggadai. Pemegang gadai boleh menjaganya sebagai amanah

dan cagaran sahaja. Oleh itu, bentuk gadaian barangan kemas dan asset yang

tidak selari dengan syarak adalah haram.

Begitu juga helah jual beli yang dilakukan dalam proses gadaian untuk

menggunakan asset tersebut adalah haram. Hal ini adalah kerana harga yang

diakadkan itu jauh berbeza dengan nilai sebenar dan mereka melakukan akad

jual beli dengan helah dan tujuan supaya pemegang gadai menjual semula

kepada penggadai.

Anda mungkin juga menyukai