Anda di halaman 1dari 4

Peredaran zaman yang serba canggih ini menyaksikan banyak perkara dan isu-isu berbangkit

terjadi,seperti dadah,rokok,dan sebagainya,dimana perkara-perkara tersebut tidak berlaku pada zaman


rasulullah dan para sahabat. Dalam hal ini,tidak terkecuali dalam hukum jual beli. Dunia globalisasi ini
telah mewujudkan pelbagai sistem jual beli dan perniagaan yang tidak ada dalil daripada Alquran dan
Hadis rasulullah secara jelas dan nyata tentang keharusan perkara tersebut. Diantaranya bon-bon yang
dikeluarkan oleh bank,insuran moden,import eksport dan sebagainya. Salah satu jual beli yang tidak wujud
secara meluas sebelum ini dan tidak ada dalil Alquran dan Hadis yang menjelaskan hukum tersebut adalah
Jual Beli Secara Ansuran. Kebanyakan diantara kita membeli kereta dan pelbagai lagi barang keperluan
yang nilainya mencecah ribuan ringgit pasti akan membayar secara ansuran harga tersebut. Timbul disini
apa hukum sebenar jual beli secara ansuran?
Hukum asal jual beli
Hukum jual beli pada asalnya adalah diharuskan oleh syara menurut dalil Alquran dan Hadis yang
menerangkan tentang keharusan dan bentuk-bentuk jual beli yang pernah dilakukan oleh rasulullah.

Dalil dari alquran


1)
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga )dan mengharamkan riba. (al-baqarah
275)Keterangan:secara jelas allah telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba. Tarif ribamenurut bahasa arab,riba merujuk kepada lebihan dan perkembangan.Perbahasan tentang riba akan
diperbincangkan pada posting yang lain.
-2)
Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah(tipu,judi,dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka
di antara kamu.(An-Nisa ayat:29)
Keterangan:Makan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah mengambil.Alquran menggunakan perkataan
makan kerana pada kebiasaannya makan menjadi matlamat amalan penyelewengan harta.Salah di sini pula
bermaksud cara yang tidak betul.Perniagaan pula ialah jual beli.

Dalil dari hadis


Terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai bentuk-bentuk jual beli yang dilakukan oleh rasulullah
dan para sahabat.
-1) : :
Dikeluarkan oleh bukhari dan muslim daripada aisyah r.a berkata:Rasulullah S.A.W telah membeli
makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran tertangguh (nasiah)dan baginda menggadaikan sebuah
perisai besi kepadanya.(riwayat al Bukhari,bab jual beli Nabi S.A.W secara nasiah,no1962)(diriwayatkan
oleh Muslim,musaqah,Bab gadai harus ketika menetap dan musafir,no 1603)
-2) :

Sabda rasulullah S.A.W:barangsiapa yang berjual beli salaf (salam),hendaklah dia berjual beli
salaf(salam)dengan sukatan,timbangan dan tempoh yang dimaklumi.(Albukhari,Bab jual salam dengan
timbangan yang dimaklumi no.2125)
Tarif jual beli secara ansuran
-Tarif

jual

beli

menurut

istilah

fuqaha;

Jual beli ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan
pemilikan nyata atau manfaat secara kekal dan bukan hutang.(dari kitab qolyubi waumairah -2/152)
Tarif jual beli ansuran() :
ulama masa kini mentarifkan jual beli ini dengan pelbagai tarif antaranya:
1)-menangguhkan pembayaran hutang secara berperingkat atau beransur-beransur kepada waktu yang
telah ditetapkan.
2)-peniaga yang menjual barangnya bagi yang membayar secara tunai dengan sesuatu harga,dan yang
menangguhkan atau membayar secara ansur dengan harga yang lebih tinggi.(tarif doktor Muhammad aqlah
Ibrahim)
3)-jualan sesuatu barang dengan harga yang ditangguhkan pembayarannya secara berperingkat (yang
diketahui bilangan peringkat pembayaran)dalam waktu yang telah dihadkan(ditetapkan),dengan harga
jualan tersebut lebih tinggi dari jualan secara tunai.(tarif doktor Al-amin Al-hajj mudarris madah syaria
jamiah ummulqura)

Kesimpulan dari tarif-tarif diatas:


-Jual beli ansuran bermaksud jualan sesuatu barang dimana,pembayarannya dilakukan secara beransuransur dalam waktu dan tempoh yang telah disepakati kedua belah pihak iaitu pihak pembeli dan penjual
dan adakalanya harga barang yang dibayar secara ansuran lebih tinggi dari harga yang dibayar secara
tunai.
-jual beli ansuran menyerupai jual beli Salam(jual beli yang didahulukan bayaran dan diketahui sifat
barang tersebut kepada suatu tempoh yang diketahui)dan meyerupai jual beli Nasiah(jualan yang
ditangguhkan bayarannya pada tempoh yang telah ditetapkan).
Bilakah wujudnya jual beli secara ansuran ini.
Jual beli secara ansuran tidak berlaku secara meluas pada zaman dahulu. Kemunculan jual beli secara
ansuran ini berlaku secara meluas dan global selepas perang dunia kedua. Selepas berlakunya perang dunia
kedua pada sekitar tahun 1940-an wujudnya bank-bank dan berbagai-bagai jenis perniagaan dan salah
satunya adalah jual beli secara ansuran.
Hukum jual beli secara ansuran
-Secara umumnya ulama mengharuskan jual beli secara ansuran.
1)-Mereka menggambarkan jual beli ini seperti jual beli secara nasiah. Nasiah adalah jualan yang
ditangguhkan bayarannya pada tempoh yang telah ditetapkan.jual beli cara nasiah diharuskan
syara,berdasarkan dalil dari alquran dan hadis.

Dalil dari alquran


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang
diberi tempoh hingga kesuatu masa tertentu,maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa
bayarannya)itu.(Al-Baqarah:282):
berkata imam qurtubi;makna hutang adalah setiap muamalat yang melambatkan bayaran wang.(aljami
liahkammulquran,lilqurtubi(3/242))

Dalil dari hadis


: :
Dikeluarkan oleh bukhari dan muslim daripada aisyah r.a berkata:Rasulullah S.A.W telah membeli
makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran tertangguh (nasiah)dan baginda menggadaikan sebuah
perisai besi kepadanya.(riwayat al Bukhari,bab jual beli Nabi S.A.W secara nasiah,no1962)(diriwayatkan
oleh Muslim,musaqah,Bab gadai harus ketika menetap dan musafir,no 1603)Tetapi ada sebahagian ulama
yang tidak mengharuskan jual beli secara ansuran. Sebab utama sebahagian kecil ulama tidak
mengharuskan jual beli ini kerana permasalahan lebihan yang berlaku iaitu harga yang dibayar secara
ansuran lebih tinggi dari harga yang dibayar secara tunai. Adakah lebihan ini dikira sebagai riba yang
diharamkan ataupun tidak?
-2)ulama yang mengharuskan jual beli secara ansuran ini menyatakan keharusan lebihan pada penangguhan
bayaran atau ansuran.

Dalil dari alquran:



Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah(tipu,judi,dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka
di antara kamu.(An-Nisa:ayat 29)
Keterangan:jual beli ansuran ini berlaku dengan suka sama suka ataupun dengan keredhaan dari kedua
belah pihak iaitu pihak pembeli dan penjual,serta lebihan yang berlaku adalah disebabkan urusan
perniagaan yang disepakati oleh kedua pihak pembeli dan penjual,maka lebihan yang berlaku disini
bukanlah riba yang diharamkan syara.

Dalil dari hadis:


:
Sabda rasulullah S.A.W:barangsiapa yang berjual beli salaf (salam),hendaklah dia berjual beli salaf
(salam) dengan sukatan,timbangan dan tempoh yang dimaklumi.(Albukhari,Bab jual salam dengan
timbangan yang dimaklumi no.2125)
Keterangan:Rasulullah S.A.W menyuruh sesiapa yang menempah iaitu melakukan jualbeli secara
salam,hendaklah mengetahui sukatan,timbangan dan tempoh yang diketahui.begitu juga digambarkan jual
beli secara ansuran,diketahui harga dan tempoh.Dalil dari qias:Jual beli secara ansuran diqiaskan kepada
jual beli salam(jual beli yang didahulukan bayaran dan diketahui sifat barang tersebut kepada suatu
tempoh yang diketahui) dari aspek memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kedua-dua jual beli ini
memenuhi keperluan manusia sejagat. Kedua-dua jual beli ini memudahkan urusan kehidupan manusia. Dalil
dari akal; Sudah jelas jual beli secara ansuran ini adalah salah satu jual beli yang memudahkan kehidupan

manusia dan umumnya kebanyakan manusia menuntut dan berhajat kepada jualan sesuatu barang yang di
bayar secara ansuran dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Dan lebihan yang berlaku adalah dengan
kerelaan kedua belah pihak pembeli dan penjual.
kesimpulan:
1)hukum jual beli ansuran adalah diharuskan,dan lebihan yang berlaku dalam jual beli ansuran yang lebih
tinggi dari bayaran tunai adalah diharuskan dan tidak dikira sebagai riba yang diharam oleh syara
2)jual beli secara ansuran mestilah diketahui kadar dan tempoh bayaran yang disepakati oleh kedua-dua
pihak.
3)jual beli ansuran diharuskan dengan menggambarkannya menyerupai jual beli Salam dan Jual beli secara
Nasiah.

Anda mungkin juga menyukai