Anda di halaman 1dari 29

PENDAHULUAN

Setiap masyarakat mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya
masing-masing. Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Di kalangan orang Melayu,
perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Ia adalah satu tahap
sejarah dalam hidup seseorang.

Oleh kerana itulah, perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dijalankan
sebaiknya-baiknya. Namun dalam konteks tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan
amalan dapat dikenalpasti adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi.
Seperkara yang tidak dapat diketepikan, tradisi perkahwinan Melayu jelas sekali mempunyai
perkaitan yang begitu rapat dengan tumbuhan semulajadi. Malah masyarakat Melayu amat
berpegang kepada pepatah yang berbunyi "Biar mati anak jangan mati adat".

Biarpun tidak banyak yang memahami falsafah dan mempelajari logik adat tersebut secara
mendalam, namun sekurang-kurangnya masyarakat buat masa ini masih memerlukannya. Untuk
tujuan meneliti idea dan amalan tersebut serta perkaitannya dengan tumbuh-tumbuhan. Fokus
perbincangan merangkumi empat peringkat tersebut:

 Merisik dan meminang


 Pertunangan
 Persiapan sebelum bersanding seperti berandam, berbedak dan sebagainya
 Bersanding dan berinai1

Apabila kita menyebut tentang perkahwinan orang Melayu Brunei, maka tidaklah termasuk
orang Melayu di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong. Ia hanya tertumpu
kepada orang Melayu di Daerah Brunei dan Muara sahaja. Pembicaraan ini ditumpukan kepada

1http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/s_noraishah.html

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/s_noraishah.html

1
istiadat yang dijalankan sebelum Hari Perkahwinan sehingga selesai Istiadat Muleh Tiga Hari
yang diamalkan sesudah Perang Dunia Kedua.

Kita sedia maklum bahawa kebanyakan kampung berlainan adat istiadat yang mereka jalankan
pada Hari Perkahwinan itu. Pendek kata setiap kampung itu ada adatnya sendiri; jika ada pun
persamaannya, sedikit banyak ada juga perbezaannya. Tetapi adat yang dipakai turun-temurun
itu sudah berkurangan diamalkan, terutama di kalangan angkatan baru. Mereka menganggap
perkara ini tidak sesuai pada zaman modern ini. Mereka berpendapat bahawa adat itu membuang
mass, tenaga dan merosotkan ekonomi. Hanya sebahagian kecil sahaja yang masih mengamalkan
unsur-unsur kebudayaan lama itu.2

Sebelum kita mengenal salah satu daripada adat perkahwinan orang-orang Melayu Brunei itu,
ada lebih baiknya kita mengenali sebanyak sedikit mengenali apakah itu ADAT,
PERKAHWINAN dan MELAYU BRUNEI itu terlebih dahulu.

ADAT

Dikalangan orang Melayu Brunei, adat adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripada
kehidupan mereka kerana perjalanan hidup mereka adalah sentiasa dipadu oleh budaya dan adat
itu sendiri adalah salah satu daripada kandungan budaya. Sebelum adanya adat bererti belum lagi
wujud kebudayaan yang memandu, mengawal dan menentukan tingkah laku yang dianggap
sopan dan betul dalam masyarakat. Nilaian masyarakat terhadap adat itu telah menjiwai diri
mereka sehinggakan peribahasa ‘biar mati anak, jangan mati adat’ begitu berfungsi sekali dalam
kehidupan mereka. Dan ada pula anggota masyarakat yang menganggap bahawa adat itu sebagai
sesuatu yang kudus dan suci. Daripada hakikat inilah bagi masyarakat melayu, apabila
melaksanakan apa-apa jua upacara atau majlis, adatlah yang terlebih dahulu diperhitungkan
kerana ia dapat menggambarkan atau mencerminkan etos masyarakat Melayu. Dalam pada itu,
adat juga boleh bertindak sebagai undang-undang, yang boleh menjatuhkan hukuman kepada
anggota masyarakat yang mengingkari atau yang melanggarnya sebagaimana yang telah
dikatakan oleh Dr. Zainal Kling,

2 Bahana,jil 11,Bil 24,apr-jun 1976.


2
“Kemunculan adat itu sebagai struktur asas seluruh kehidupan dan menegaskan ciri
keperibadian sesebuah masyarakat. Justeru itu ianya mempunyai cerita atau mitos suci, watak-
watak asal usul yang gagah dan unggul dan memberi asas makna terhadap setiap peristiwadalam
edaran hidup manusia serta kewujudan institusi dalam masyarakatnya. Dengan demikian dalam
masyarakat tradisi, adat mempunyai kedudukan suci hingga mencapai martabat agama,
dipancarkan oleh kelakuan yang betul serta halus, suatu ciri kehidupan yang menyerapi sistem
kepercayaan, hukuman dan denda. Setiap yang melanggar, melencong, melebihi atau menafikan
adat, akan menerima balasan dan hukuman. Sebaliknya setiap yang berjaya, berkuasa dan
berwibawa akan memegang, menjalankan serta patuh pada adat.”

Betapa adat itu berfungsi sebagai peraturan atau undang-undang telah dapat kita perhatikan
dengan petikan tadi. Dalam pada itu terdapat pula sarjana yang melihat adat itu dalam sudut
falsafah hidup walaupun tidak semua kata-kata itu mengandungi unsur hukum, sbagaimana yang
dijelaskan oleh Dr. Abdullah Siddik,

“Adat atau kata majmuknya ‘adat istiadat’ meliputi aspek cara hidup anggota-anggota
masyarakatnya. Sesuatu pengertian ‘adat’ yang membawa makna yang luas dan pengertian yang
amat mendalam, termasuklah juga aspek hukum dan falsafahnya.

Beliau seterusnya menyatakan,

“... dasar hukum dalam adat adalah hukum yang tidak bertulis dan ia merupakan penyataan rasa
keadilan yang hidup di sanubari rakyat sendiri. Keinsafan keadilan inilah yang membawa tiap-
tiap anggota masyarakat taat kepada adat, kerana alangkah aib dan malunya jika ia tidak
mematuhi adat.

Dalam masyarakat Melayu , orang yang tidak memetuhi adat itu, akan mendapat hukuman –
sanction. Paling tidak seseorang itu akan dilarang daripada membuat atau menyebut sesuatu.
Oleh sebab takut memdapat hukuman dan dikatakan sebagai ‘orang tidak beradat ‘, tingkah laku
anggota masyarakatnya sentiasa dalam keadaan sopan . Demikianlah halnya dengan apa yang
terdapat dikalangan masyarakat Melayu di Mukim Saba, mereka begitu patuh serta taat kepada
adat dan tingkah laku yang sopan adalah mempunyai nilaian yang tinggi, misalnya apabila
bertutur dengan orang tua-tua, anggota masyarakatnya akan menggunukan bahasa yang lebih

3
halus dan merendah diri, sekalipun seseorang itu mempunyai status. Hal seperti ini telah
disosialisasikan sejak peringkat awal lagi oleh kedua-dua ibu bapa mereka.

Oleh itu adat bertindak sebagai hukuman dan juga mempunyai fungsi. Kedua-dua aspek ini
berlaku dalam rangka hubungan manusia sesama manusia, yakni hubungan sosial dan juga
dengan alat tabii[hubungan tabii] dan dengan alam metafizik atau simbolis[alam ghaib]. Oleh
karena adat itu berhubungan dengan manusia , ia juga tidak dapat dielakkan untuk menerima
perkembangan menurut keadaan zaman . Oleh ia ada sesuatu yang dinamis dan bukan statis,
senantiasa merima perubahan. Perubahan dalam konteks ini bukanlah bererti perubahan dalam
bentuk asas,tetapi yang dikatakan menerima perubahan itu ialah dari segi perlaksanaan adat
berkenaan.

Kita juga tidak menafikan bahawa ‘adat’ yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
‘kebiasaan’ atau dalam huraian yang lebih ringkas ‘aturan yang lazim dituruti atau dilakukan
oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berzaman-zaman’, adalah sesuatu yang mempunyai
kebaikan, kebenaran dan kekuasaannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Nik Zainab Haji Abd.
Karim,

“Adat bukanlah peraturan yang bertulis, tidak juga terjadi atas perundingan dan kemufakatan
antara perwakilan badan pemerintahan, pun bukan diperintahkan oleh sesuatu badan pemerintah
tetapi umumnya rakyat mengakui kebaikan, kebenaran dan kekuasaannya.”

Apa yang dikatakan oleh Nik Zainab itu, hampir sama dengan huraian yang dibuat oleh Dr.
Nordin Selat, yang telah memperkatakan tentang adat di kalangan masyarakat Adat Perpatih di
Negeri Sembilan.

“Adat itu adalah peraturan hidup di dunia: hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Yang
menjadi tujuan adat ialah kebaikan. Adat menimbulkan yang buruk serta adat berguna kerana ia
membawa ketenteraman dalam masyarakat-adat sentosa di dalam negeri.”

H.M. Dahlan pula telah menegaskan bahawa adat dalam masyarakat manusia secara umumnya
terbahagi kepada empat kategori:

1. Adat yang teradat – dalam konteks masyarakat Melayu ia merujuk kepada undang-
undang dasar yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

4
2. Adat yang diadatkan – ia merujuk kepada himpunan nilai dan kepercayaan yang
cicipta oleh manusia sejak manusia mewujudkan masyarakat.
3. Adat Istiadat – merujuk kepada cara-cara yang diajukan dan diterima umum sebagai
sah dan stabil demi melaksanakan institusi-institusi yang melindungi. Dalam adat
istiadat yang diutamakan adalah kelengkapan dan peralatan, tatacara dan upacara
serta cara oranganisasi dalam melaksanakan sesuatu peristiwa.
4. Adat Resam – merujuk kepada social habits ( tabiat sosial ). Ia adalah merupakan
ranting-ranting kepada adat yang diadatkan dan ia mudah diubah dan inilah yang
banyak berubah dari masa ke semasa.

Daripada beberapa takrifan yang telah dinyatakan tadi, ia telah dapat memberi gambaran bahawa
konsepsi masyarakat Melayu Brunei di Mukim Saba terhadap adat, adalah tidak bertentangan
dengan apa yang telah diperkatakan oleh beberapa orang sarjana berkenaan. Anggota masyarakat
di Mukim Saba menakrifkan adat itu sebagai sesuatu kebiasaan atau peraturan yang mereka telah
warisi secara turun-temurun sejak berzaman-zaman, yang mereka anggap baik serta patut ditaati
dalam apa jua corak kehidupan. Adat itu tinggi nilainya, sehingga sesiapa yang mengingkari atau
melanggarnya akan dipandang rendah oleh masyarakat atau dikatakan sebagai ‘orang tidak
beradat’.3

PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan satu titik baru dalam babak-babak romantis kehidupan manusia.
perkahwinan bukanlah hak milik sesuatu bangsa tetapi ianya lebih universal. Oleh kerana
sifatnya yang universal itulah kita sering saja mendengar, terbaca atau ternampak gambar dua
mempelai bersanding dalam majalah-majalah atau suratkhabar. Menerusi surat khabar misalnya,
kita dapat menikmati gambar perkahwinan puteri diraja Inggeris ataupun perkahwinan orang-
orang biasa di Malaysia Barat.

Perkahwinan adalah suatu perkara keluarga dan keturunan yang membolehkan perkembangan
kelompok-kelompok keluarga kepada keturunan yang baharu. Hasil-hasil perkahwinan

3 Cetakan pertama,dewan bahasa dan pustaka, 1989:25-28.


5
meneruskan kumpulan keluarga. Perkahwinan yang meneguhkan keadaan kelompok-kelompok
kampung dan daerah sebagai kesatuan masyarakat. Perkahwinan ialah suatu upacara ugama,
sama seperti perbuatan-perbuatan lain yang memperkenalkan sesuatu yang baharu ke dalam
proses duniawi hidup yang suci dan tidak dapat diselami.4

Apabila kita membincangkan mengenai dengan perkahwinan, baik ia dalam masyarakat yang
berbentuk simple atau complex, yang pasti ialah perkahwinan itu tetap akan melibatkan golongan
manusia yang berlainan jenis, sebagaimana yang dikatakan oleh Ralph Linton,

“Perkahwinan adalah suatu kesatuan sosial yang diiktiraf di antara orang-orang seks
bertentangan. ia berbeza daripada hubungan seksual bukan perkahwinan terutamanya melalui
faktor ini pengiktirafan sosial dan melalui tempoh yang meningkat dalam masa yang
pengiktirafan itu mengandaikan. ia memandu kepentingannya sebagai institusi sosial dari fakta
bahawa ia menyediakan asas yang stabil untuk penciptaan dan oranganisasi kumpulan suami
isteri. fungsi intrinsik menyediakan untuk keperluan seksual daripada rakan kongsi dan melalui
ini untuk anak-anak pengeluaran menengah ini.”

Daripada penjelasan yang dihuraikan oleh Ralph Linton, nyatalah kepada kita bahawa fungsi
perkahwinan itu bukan hanya untuk memenuhi keperluan seks tetapi juga adalah sebagai salah
satu jalan untuk meneruskan keturunan yang sah dan diiktiraf oleh masyarakat. Di samping itu,
perkahwinan dalam apa jua bentuk masyarakat sekalipun tidak kira agama yang dianuti, ia masih
merupakan jalan yang paling selamat bagi menjamin legitimacy keturunan seperti yang
disarankan oleh E.R. Leach,

“Perkahwinan ialah satu kesatuan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan dengan anak-
anak yang dilahirkan oleh perempuan itu diakui sebagai anak-anak yang sah bagi kedua-dua
pasangan tersebut.”

Oleh kerana manusia adalah anggota masyarakat, mereka mesti melalui institusi perkahwinan
untuk mendapatkan hak pengiktirafan tersebut, sebagaimana yang dinyatakan oleh H.M.
Johnson,

4 Bahana,jil 3, bil 8,spt-dsmbr 1968:438-440.


6
“Perkahwinan itu adalah hubungan yang stabil di mana seorang lelaki dan seorang
wanita sosial yang dibenarkan, tanpa kehilangan kedudukan dalam masyarakat, untuk
mempunyai kanak-kanak.”

Dari sudut agama Islam, kita hubungkan perkahwinan itu dengan firman Allah swt yang kira-kira
bermaksud,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaaanNya ialah bila Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan
dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-
benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir.”

(ayat 21, surah ar-rum)

Intipati daripada firman Allah yang tersebut tadi ialah Allah menciptakan manusia kepada jenis
lelaki dan perempuan agar dapat berhubungan dengan cara yang halal antara kedua-dua jantina
itu dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang. Menerusi ayat itu juga kita dapat mengambil
kesimpulan bahawa Allah swt telah menggalakkan perhubungan antara lelaki dan perempuan
tetapi bukanlah seperti kelakuan haiwan yang lain. Perhubungan yang dituntut oleh Islam antara
dua jenis yang berlainan jantina itu hendaklah memetuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
Islam.

Apa yang dimaksudkan dengan perhubungan yang halal, dalam konteks yang tersebut tadi ialah
perhubungan kelamin antara lelaki dan perempuan setelah melalui akad nikah yang sah menurut
syarak. Akad nikah dalam pengertian yang paling mudah ialah ‘perjanjian perkahwinan’, tetapi
ia tidaklah sama dengan pengertian ‘kontrak’. Pada kebiasaannya ‘kontrak’ akan ditentukan dan
ditetapkan tarikh berakhirnya kepada pihak yang berkenaan, manakala ‘perjanjian perkahwinan’
adalah satu ikatan yang tulus ikhlas yang telah dilafazkan oleh lelaki dan perempuan tanpa ada
batasan waktunya untk berakhir. Penentuan berakhir satu-satu ‘perjanjian perkahwinan’ bukan
urusan manusia, ia adalah urusan Allah swt.

Daripada takrif yang dikemukakan, nyatalah bahawa erti perkahwinan itu apabila dilihat dari
sudut sosiologi atau antropologi dan juga dari sudut agama Islam adalah sesuatu yang berbeza.
Dari sudut agama Islam, perkahwinan itu adalah satu syariat yang melibatkan hukum atau

7
sesuatu yang dituntut ataupun suatu kemestian bagi umat manusia. Walau bagaimanapun,
kemestian itu bergantung pula kepada kemampuan seseorang itu iaitu kemampuan dari segi
batiniah dan jasmaniah. Atas dasar inilah, perkahwinan yang hukum asalnya ‘sunat’ itu boleh
menjadi ‘wajib’.’makruh’ dan ‘haram’, dalam keadaan yang tertentu seperti:

1. Akan dihukumkan ‘wajib’ bagi orang yang kuat nafsu seksnya serta dia mampu dari segi
jasmani dan batin serta dia khuatir akan melakukan perkara yang jahat jikalau dia tidak
berkahwin.
2. Akan dihukumkan ‘makruh’ bagi orang yang tidak berhajat untuk kahwin dan dia
sanggup memelihara nafsu seksnya serta dia khuatir tidak akan dapat melaksanakan
hukum perkahwinan jikalau dia berkahwin.
3. Akan dihukumkan ‘haram’ bagi orang yang mempunyai keyakinan bahawa dia tidak
akan dapat melaksanakan hak kewajibannya sebagai seorang suami.

Dari sudut sosiologi atau antropologi, perkahwinan itu adalah salah satu daripada pola
kebudayaan iaitu suatu institusi yang dapat mengatur kelakuan manusia yang berhubung dengan
jantina. Perkahwinan menyebabkan seorang leleki dalam pengertian masyarakatnya tidak dapat
melakukan hubungan jantina dengan sebarang perempuan, tetapi hendaklah dilakukan dengan
satu atau beberapa orang perempuan yang tertentu sahaja, iaitu yang berperanan sebagai
isterinya. Selain daripada itu perkahwinan mempunyai beberapa fungsi yang terpenting dalam
kedudukan kebudayaan manusia. Di antara lain perkahwinan memberikan hak dan kewajiban
serta perlindungan kepada hasil perhubungan seks iaitu anak-anak. Begitu juga, perkahwinan itu
memenuhi keperluan manusia untuk mempunyai seorang teman hidup, menentukan pencarian
harta dan pewarisannya, menentukan moboliti kelas sosial dan juga memelihara perhubungan
baik di antara kelompok kerabat yang terlibat ( keluarga kedua-dua belah pihak ).5

MELAYU BRUNEI

Asal usul kata ‘Melayu:

 Berasal dari kata ‘melaju’ dari kata dasar laju bermakna cepat, deras dan tangkas ( orang
Melayu bersifat tangkas dan cerdas).(Werndly)

5 Cetakan pertama, dewan bahasa dan pustaka, 1989:28-30.

8
 Melayu bererti penyeberang (bahawa orang Melayu itu menyeberang atau menukar
agamanya daripada Hindu atau Buddha kepada Islam).(Van der Tuuk)
 Melayu hampir sama pengertian dengan pengembara ( orang Melayu itu suka
mengembara atau menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain).(Hollander)
 Kata Melayu berasal daripada istilah bahasa Sanskrit iaitu ‘Malaya’ atau daripada bahasa
Tamil ‘Malai’ yang bererti bukit atau tanah tinggi. Orang portugis menyebutnya sebagai
‘Malayo’.( Harun Aminurrashid)
 Kata Melayu itu berasal dari satu daerah di negeri Parsi bernama Mahaluyah. Penduduk
Mahaluyah mengembara ke Asia Tenggara dan menetap di Sumatera dan di kepulauan
sekitarnya. Pengaruh Parsi banyak dalam kesusteraan Melayu.( Omar Amir Husin)
 Kata Melayu diambil dari sempena nama sejenis pohon harum baunya iaitu pohon
gaharu. India pernah memanggil semenanjung Tanah Melayu sebagai negeri
gaharu.(Darus Ahmad)

Definisi Orang Melayu:

 Orang Melayu lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana serta tegap dan
selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
 Dari segi budaya, definisi Melayu meliputi penduduk gugusan pulau-pulau Melayu
yang meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina dan sebagainya.
 Definisi Melayu itu boleh dipersempit atau diperluaskan. Perlembagaan Malaysia
membuka pintu kepada siapa sahaja untuk menjadi Melayu dengan syarat seseorang
itu memeluk agama Islam, pandai berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
Melayu. Apabila bangsa-bangsa lain menganut agama Islam, dia dikatakan sebagai
‘masuk Melayu’.

Kewujudan Kerajaan Melayu:

 Catatan China:
Pada abad ketiga masehi, terdapat lebih dari 10 buah kerajaan Melayu wujud
antaranya Kerajaan Langkasuka, Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan dan Tambralinga.

9
 I-Tsing dalam tulisannya pada abad ke-7 masehi pernah menyebut tentang Mo-Lo-
You.
 Kerajaan Melayu di Selatan ialah Seriwijaya, Majapahit, pasai, Brunei, Patani,
Melaka, Aceh, Johor-Riau.
 Kedatangan penjajah telah membahagi-bahagikan negeri orang Melayu di antara
kuasa penjajah seperti Inggeris, Belanda dan Sepanyol.
 Orang Melayu telah disisihkan supaya mereka lemah dan tidak mampu menentang
penjajah. Mereka disisihkan dan dibiarkan mendiami kawasan pendalaman atau luar
bandar untuk melakukan pekerjaan pertanian secara subsistem sahaja. Segala sektor
produktif diberikan kepada pekerja-pekerja asing yang dibawa dari luar.

Pengaruh Asing Dalam Kebudayaan Melayu:

 Pengaruh India:
- Pada zaman Hindu, bahasa Melayu ditulis dalam dua jenis huruf yang berasal
daru Pallava (huruf Kawi dan Nagari). Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh
bahasa Sanskrit (bukti tulisan batu-batu bersurat lama).
- Konsep ‘raja’ dan ‘kerajaan’ dipinjam dari istilah Hindu (disamakan dengan
konsep ‘devaraja’ atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan dewa-
dewa. Konsep devaraja merupakan tradisi Brahim yang beranggapan bahawa
raja mempunyai kuasa penuh dalam urusan agama dan kerajaan. Raja sebagai
dewa amat tinggi statusnya dan dianggap wakil tuhan di dunia.
- Kebudayaan Hindu mempengaruhi sistem perwarisan berasaskan keturunan.
- Gelaran pada jawatan pegawai-pegawai kerajaan dan pembesar-pembesar
Negara.
- Upacara yang menyerupai adat Hindu:
o Adat melenggang perut, mencecahkan madu ke mulu kanak-kanak
bersamaan dengan adat Hindu yang mencecahkan madu dan minyak
sapi ke bibir bayi, yang dilakukan oleh Brahim supaya bayi itu
panjang umur dan mendapat kebahagiaan.
o Upacara menindik telinga.
o Penggunaan siri pinang, beras kunyit dan berinai.

10
 Pengaruh islam:
- Abad ke 13 dan14 merupakan zaman peralihan dengan datangnya Islam ke
rantau ini.
- Bahasa Arab mula menjalar ke dalam bahasa Melayu.
- Gelaran jawi bagi orang-orang Arab mungkin berkait rapat dengan panggilan
Jawi yang digunakan oleh orang Arab.
- Melalui pengaruh Islam dan huruf Arab, bahasa Melayu berkembang dengan
pesat, juga mula menjadi bahasa pengantar dalam geraka n dakwah dan
menjadi taraf bahasa lingua franca (bahasa perhubungan) di rantau ini.
- Tamadun Islam memberi corak keislaman dan sistem kesultanan Melayu.
- Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan
adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah
Allah.
- Para ulama sering menjadi penasihat raja. Pemerintahan daerah dijalankan
oleh pembesar kerajaan yang dibantu oleh kadi.
 Pengaruh Barat:
- Sekularisme.
- Budaya kuning.6

Bangsa Melayu Brunei adalah sebahagian daripada rumpun bangsa Melayu yang terbentuk dari
hasil pertembungan yang berlaku di antara Proto Malays dengan Deutro Malays di alam Melayu.
Proto Malays yang berhijrah lebih awal di kawasan tersebut telah bercampur baur dengan
Deutro Malays yang datang terkemudian. Akibat daripada percampuran itu lahirlah beberapa
rumpun bangsa di Tamah Melayu, Indonesia, Brunei, Filipina, dan beberapa buah kepulauan lain
di sekitar alam Melayu. Setiap kelompok daripada rumpun bangsa tersebut akhirnya membentuk
identiti masing-masing sesuai dengan suasana, iklim dan keadaan sekeliling di mana mereka
berada. Antara rumpun Melayu yang lahir daripada suasana, iklim dan keadaan keliling tersebut
adalah Acheh, Bajau, Bali, Batak, Brunei, Bugis, Bisaya, Dayak, Dusun, Jambi, Jawa, Madura,
Mendahiling, Minangkabau, Petani dan Riau.

6 Nota MIB.

11
Di Negara Brunei Darussalam, Melayu Brunei adalah rumpun masyarakat utama yang
menguasai politik dan teras identiti bangsa dan negara. Merekalah juga golongan majoriti yang
menjadi pengatur dan pencorak pentadbiran negara. Namun rumpun atau etnik Melayu yang lain
seperti Melayu Belait, Melayu Bisaya, Melayu Dusun, Melayu Kedayan, Melayu Murut dan
Melayu Tutong – yang terbentuk hasil daripada pengaruh keadaan di tempat mereka tinggal dan
berkembang – tidak pula kehilangan hak selaku penduduk asal negara ini. Seperti rumpun
Melayu Brunei, rumpun-rumpun tersebut juga diterima menjadi ‘Anak Brunei’ yang diistilahkan
sebagai warganegara Brunei secara mutlak undang-undang. Menurut Perangkaan Tahunan
1996/97 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perangkaan Jabatan Perancangan dan Kemajuan
Ekonomi, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam, daripada jumlah 305,100
penduduk negara ini 204,000 adalah terdiri daripada etnik atau rumpun-rumpun masyarakat
bangsa Melayu Brunei yang sebahagian besarnya adalah terdiri daripada rumpun Melayu Brunei.

Sesuai dengan peranan mereka selalu golongan etnik utama yang menerajui urusan politik dan
sebagai rujukan budaya dan identiti negara, kebanyakan daripada rumpun Melayu Brunei secara
turun-temurun bermastautin di Daerah Brunei Muara terutama di kampung air, tempat
bermulanya pusat pentadbiran dan urus niaga negara ini. Menurut sejarah, kampung air menjadi
pusat pemerintahan pertama dalam zaman Sultan Muhammad, Sultan Brunei yang pertama (T.M
1363-1402) dan termasyhur sebagai pusat pemerintahan empayar Brunei yang meliputi seluruh
pesisir negara Brunei dan pulau-pulau di Selatan Filipina. Walaupun masyarakat bangsa Melayu
Brunei terdiri daripada pelbagai rumpun atau etnik, mereka dapat hidup aman dalam satu
kumpulan yang disatukan oleh bahasa Melayu sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan
mereka.

Sejarah

Menurut pengkaji-pengkaji tempatan, Brunei pada mulanya dikenali sebagai Poli. Sesudah itu
Po-ulo dan kemudian Po-ni. Mengikut catatan China dalam zaman Dinasti Sui (T.M.581-619)
Poli yang dikatakan sebagai Brunei itu terletak di sebuah pulau di sebelah tenggara Canton. Po-
ulo pula adalah nama bagi Negara Brunei Darussalam yang terdapat dalam catatan China di
zaman Dinasti Tang (T.M. 618-906) berdasarkan kepada apa yang sering disebuntukan pada
waktu itu jika belayar dari Chih-tu ke arah barat daya boleh sampai ke Po-ulo. Po-ni adalah nama

12
bagi bagi Negara Brunei Darussalam yang dikenali di zaman Dinasti Sung (T.M. 960-1279) yang
menurut Charington adalah sama dengan Po-li.

Pembentukan nama Brunei adalah hasil daripada permuafakatan dan persetujuan di kalangan
kumpulan orang Melayu (dari rumpun Melayu) yang kemudiannya menamakan diri mereka
sebagai bangsa Melayu Brunei. Kumpulan berkenaan telah memilih seseorang daripada kalangan
mereka untuk menjadi sandaran dan kepala bagi menubuhkan sebuah negara tempat tinggal
mereka yang kekal dan berdaulat. Orang yang dipilih, kemudiannya dikenali sebagai raja atau
pemerintah, bersedia dan bersetuju untuk mengetuai anak buahnya. Dia berjanji akan memikul
tanggungjawab memimpin dan memerhatikan kesejahteraan serta keselamatan orang-orang yang
dipimpinnya, di samping berikrar tidak akan bersifat zalim. Sebaliknya mereka yang dipimpin
bersedia pula untuk memberikan kuasa memerintah kepada pemimpin dan berjanji tidak akan
menderhaka. Demikianlah kontraks sosial dan perjanjian adat dipersetujui di antara mereka, yang
menjadikan negara Brunei sentiasa kekal dalam keamanan dan kesejahteraan.

Kemasyhuran negara Brunei banyak diceritakan melalui keagungan kesultanan Brunei.


Kesultanan Brunei ini bermula daripada Awang Alak Betatar, kononnya dia adalah salah seorang
daripada 14 orang putera raja daripada kayangan(Sanib Said,1994: 113). Antara adik-beradiknya
yang lain adalah Pateh Berbai dan Awang Jerambak yang menjadi pembesar-pembesar negara.
Awang Alak Betatar memeluk Islam dan mengenalkan dirinya sebagai Sultan Muhammad Shah
setelah perkahwinannya dengan puteri Johor yang berlangsung kira-kira pada tahun 1368 Masihi.

Berdasarkan kepada pembuktian sejarah yang dipelorehi sejauh ini, negara Brunei telah wujud
berkuru-kurun lamanya. Dalam catatan sejarah China, hubungan negara Brunei dan negara China
bermula sebelum zaman pemerintahan Liang (502-577 Masihi). Dalam tahun-tahun Masihi 517,
522, 616, 630 dan 699, Brunei pernah menghantar utusan ke negara China dengan membawa
barang-barang persembahan hasil negara.

Pada tahun 977 Masihi Raja Po-ni (Brunei) yang bernama Hiang Ta diceritakan ada menghantar
satu utusan ke negara China bagi menyampaikan ufti yang berupa gading, rempah dan kapur
barus kepada Maharaja China. Orang yang baginda titahkan mengetuai utusan itu adalah terdiri
daripada Fu-lu-Shieh, Shih Nu, Pu-ali dan Koh-sin. Menurut sumber China, Fu-lu-Shieh adalah
seorang Arab yang terdampar ke Brunei yang menerangkan mengenai kehebatan China kepada

13
Hiang Ta. Sungguhpun tidak ada catatan mengenai hubungan kedua negara pada tahun-tahun
selepas 977 Masihi, namun itu tidak bererti hubungan antara mereka sudah terputus. Hal ini
terbukti apabila catatan sejarah di antara tahun-tahun 1082 Masihi hingga 1425 Masihi
menunjukkan hubungan di antara negara Brunei dan negara China terutama di bidang politik
dan ekonomi terus berjalan rancak.

Dalam bidang ekonomi, negara Brunei (Po-ni) dikatakan membekalkan bahan-bahan hutan dan
alam semula jadi seperti kapur barus, lada sulah, dan lain-lain ke negara China. Manakala
sebagai timbal balas pula, China pula menjual hasil-hasil mereka seperti tembikar, besi dan
tembaga kepada negara Brunei. Dalam bidang politik hubungan diplomatik di peringkat tertinggi
semakin menggalakkan apabila pada tahun 1408, Raja Brunei yang bernama Ma-na-ji-cia-na
(Maharaja Karna) telah dijemput bersama untuk menghadiri upacara kebesaran dan jamuan
kenegaraan di Fengtianmen (pintu gerbang penyembahan langit) dengan diberikan sambutan
yang meriah oleh pembesar-pembesar negara Chuna. Dalam lawatan tersebut Maharaja Yong
telah menghadiahkan “State Mountain”, satu penghormatan yang paling tinggi diberikan kepada
negara Brunei selain dari negara Jepun, Melaka dan Cochin. Undangan dan pemberian hadiah
tersebut merupakan satu pengiktirafan negara China kepada Brunei sebagai sebuah empayar
yang berdaulat dan bertamadun.7

Sebelum kita masuk kepada perbahasan mengenai salah satu adat dalam perkahwinan ada
baiknya juga kita mengetahui tentang pantang larang dalam perkahwinan.

Pantang larang secara ringkasnya bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak
manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia. Pantang
larang ini pula dapat dibahagikan kepada pantang larang perkataan, kedudukan, perjalanan,
perbuatan dan kediaman.8 Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah
pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri
mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat

7 Cetakan ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009.


8 http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/adat-dan-pantang-larang-dalam.html

14
melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebuntukan perkara ini kepada
mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang tersebut diantara ialah:

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan
tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan
perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur dirumah orang, takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat
tidak baik.

4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan
perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah
kerana ia boleh melemahkan orangan seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh
menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut
menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur
meniarap kerana tidak bagus untuk orangan seks kerana darah tidak mengalir.

15
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam
yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang
rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari
perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati
Allah.

26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

16
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan
lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur
di dalam bagi mengelak dr dikhianati orang.

33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan
mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun,
jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil pelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak
manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan
turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang
tetamu.

41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat
pengantin lelaki.

43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

17
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan
dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.9

Isu pantang larang ini sememangnya mencetuskan pelbagai konterversi terutamanya jika
dibahaskan berdasarkan perspektif Islam. Perkara ini kerana, terdapat pelbagai pantang larang
yang realitinya sungguh bercanggah dengan syariat Islam. Percanggahan ini berlaku disebabkan
kebanyakan pantang larang ini mengandungi unsur-unsur yang menyentuh soal akidah umat
Islam sedangkan soal akidah dalam Islam merupakan soal yang dititikberatkan dan diambil
serius. Hal ini kerana, hampir kebanyakan adat dan pantang larang masyarakat Melayu
mempunyai kaitan yang begitu sinonim dengan agama Hindu.Perkara ini sememangnya
mempunyai kerelevanannya yang tersendiri kerana menurut sumber sejarah, kebayakkan
masyarakat di Tanah Melayu sebelum kurun ke-15 Masihi menganut kepercayaan Hindu selain
animisme. Namun, setelah kedatangan Islam, segala amalan masyarakat Melayu ketika itu
disesuaikan dengan ajaran Islam. Terdapat pelbagai teori berkenaan kedatangan Islam di Tanah
Melayu. Ada yang mengatakan Islam dibawa dari bumi India selain yang mengatakan agama ini
dibawa dari Arab dan Parsi.Walaubagaimanapun, kebanyakan orientalis merumuskan bahawa
Islam di Tanah Melayu dibawa dari tanah India. Insan pertama yang mengatakan hal yang
sedemikian ini ialah Pijnappel yang merupakan seorang profesor pengajian Melayu yang
pertama di UniversitiLeiden. Beliau berpendapat bahawa penyebar Islam di Tanah Melayu
adalah terdiri daripada orang Arab bermazhab Syafii dariGujarat dan Malabar. Hal ini kerana,
tempat-tempat ini ada disebut dalam buku-buku sejarah kepulauan Melayu. Namun begitu, teks
Sulalatus Salatin atau yang lebih dikenali dengan istilah Sejarah Melayu pula mengatakan
bahawa pendakwah berbangsa Arablah yang mengislamkan pemerintah Melaka. Pendakwah ini
dikenali dengan nama Sayid Abdul Aziz. Kedatangan Islam ini akhirnya membawa kepada
proses islamisasi terhadap corak kepercayaan dan budaya masyarakat Tanah Melayu pada ketika
itu. Menurut Tom Pires, proses islamisasi ini berlaku secara aman oleh pedagang Islam yang
berkahwin.10

9 mforum.com.my
10 http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/adat-dan-pantang-larang-dalam.html

18
ADAT PERKAHWINAN

upacara dalam perkahwinan terbahagi kepada 4 acara sebelum perkahwinan mengambil


tempat:
(a) Adat Berbedak & Berinai
(b) Adat Penghantaran Berian
(c) Istiadat Akad Nikah
(d) Istiadat Bersanding11

Adat perkahwinan orang Melayu Brunei sememangnya unik dan pelbagai upacara
dilaksanakan sebelum acara kemuncaknya, iaitu majlis bersanding. Salah satu daripada
upacara tersebut adalah berbedak mandi. Berbedak mandi merupakan upacara untuk
membersihkan kotoran dan untuk menghaluskan kulit bagi bakal pengantin. Daripada segi
adat pula, berbedak mandi melambangkan bakal pengantin akan memasuki pengangunan
(bakal pengantin dalam jagaan pengangunan).

Dalam tahun-tahun sebelum dan selepas Peperangan Dunia Kedua, bakal pengantin yang
memasuki pengangunan (terutamanya bakal penganti perempuan), akan memakai pakaian
serba putih, tidak bebas keluar bilik, dan dilarang melihat wajah di cermin kerana dikhuatiri
‘libas’ iaitu hilang kemanisan atau keelokan paras rupa yang dipercayai berpunca daripada
jampi yang tidak berkesan lagi.12

Dari segi prinsipnya, majlis ‘malam masuk berbedak’ yang terdapat dalam sistem adat
perkahwinan orang Melayu di Mukum Saba adalah hampir sama dengan adat ‘Bertepung
Tawar’ dalam adat perkahwinan orang Melayu Sarawak. Perlu juga diperjelaskan di sini
bahawa perbezaan antara majlis ‘berbedak mandi’ dan majlis ‘malam masuk berbedak’ ini.
Kita telah mengetahui bahawa majlis ‘berbedak mandi’ dilangsungkan pada sebelah siang
dengan dihadiri atau melibatkan keluarga pengantin yang terdekat sahaja tetapi dalam majlis
‘malam masuk berbedak’ ini, ia dilangsungkan pada sebelah malam dengan dihadiri, bukan

11 http://nurul1404.blogspot.com/2011/06/huraian-kebudayaan-dalam-aspek-melayu.html

12 unit Bruneiana, perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei,2011.

19
hanya keluarga bakal pengantin tetapi juga jiran, sahabat handai serta para jemputan yang
lain. Dapatlah dikatakan bahawa majlis ‘malam masuk berbedak’ ini adalah upacara yang
kedua meriah dan dilangsungkan secara besar-besaran, selain daripada upacara pada ‘hari
persandingan’.13

Upacara ini dilangsungkan di rumah kedua-dua bakal pengantin masing-masing, dan


biasanya diadakan seminggu sebelum majlis bersanding pada sebelah petang dengan dihadiri
oleh keluarga terdekat bakal pengantin.14 Pada lazimnya majlis berbedak didahului oleh
keluarga pengantin keluarga perempuan dahulu dan pada malam berikutnya baharulah
dipihak lelaki, kerana kalau pihak pengantin lelaki didahulukan berbedaknya ianya akan
memberi maksud yang tidak baik iaitu memberi pendek umur (meninggal dunia).

Setelah diketahui oleh pihak keluarga pengantin lelaki istiadat berbedak akan bermula
disebelah pihak pengantin perempuan, maka mereka akan menghantar berjenis-jenis barang
kepada pihak pengantin perempuan. Pada siang hari tersebut pihak keluarga pengantin lelaki
akan menghantar rombongan yang terdiri daripada tiga atau empat orang tua-tua perempuan
dan tiga orang kanak-kanak laki-laki dengan membawa tiga biji gangsa yang berisi bedak
perasang, bedak lulut, bedak putih tujuh warna, bedak malam segangsa, empat ela kain putih
untuk baju, empat pucuk dian besar, dua kotak dian kecil, sehelai tuala kecil, sehelai tuala
besar, bedak badan, bedak muka, ubat gigi, berus gigi, sisir, segangsa bau-bauan seperti
minyak wangi, bunga kuning, bunga gadong, bunga gambir, bunga melur, jadam, kemayan,
langir, kalambigi, aying-ayingan empat. Demikian juga halnya bagi pihak keluarga pengantin
perempuan akan membalas balik sama seperti yang dihantar kepada mereka, sebelum malam
berbedak diadakan dipihak pengantin lelaki. Hal ini menggambarkan kehalusan budi
masyarakat Melayu Brunei dan semangat kekitaan yang sejati dalam sikap menghargai
pemberian seseorang. Sejajar dengan kehendak Islam bahawa semua umat Islam di dunia ini
adalah bersaudara.15

Sebelum upacara berbedak dimulakan, pengangun dan pembantunya akan menyediakan


tempat duduk pengantin dengan hamparan kain keemasan dan dialas dengan kain jongsarat.

13 Cetakan pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989,64.


14 unit Bruneiana, perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei,2011.
15 Berita Muzium, jil 6, bil2, 1984.

20
Sementara itu disetiap penjuru pula didirikan empat pucuk lilin (dua besar dan dua kecil).
Dua pucuk dian besar dinyalakan sebelum upacara ‘memaliti’ (mencaliti) bedak kepada
bakal pengantin. Pakaian bakal pengantin dalam upacara berbedak mandi ini pada
kebiasaannya ialah pakaian bertenun (baju kurung atau baju kebaya panjang) bagi bakal
pengantin perempuan dan juga dipakaikan barang kemas seperti bunga goyang,kancing,
karang tembusa, serbang, gagatar, sisir, ayam-ayam, panding, gelang geroncong,gelang
pengaluan, subang, gandi, kain kapit dan selendang keemasan.16 Bakal pengantin
perempuan akan dipakaikan kain jongsarat berwarna merah sebagai samping dengan hanya
dikepit oleh tangan kiri pengantin.17 Bakal pengantin lelaki pula memakai pakaian cara
Melayu, bersamping dan bersongkok.18

Untuk upacara ini seelok-eloknya tujuh bedak warna disediakan di dalam tujuh biji mangkuk
kaca berwarna putih yang diletakkan di atas sebiji gangsa tembaga. Tujuh warna bedak itu
ialah kuning, putih, hitam, merah, kalas, gadung dan coklat. Pada lazimnya setiap orang yang
memaliti pengantin itu akan memaliti bahagian di antara dua alis kanan kiri dan dari bawah
ke atas dengan menggunakan jari telunjuk atau jari manis yang dipercayai boleh
menambahkan seri muka dan kejelitaan atau kecantikan pengantin itu, besar
kemungkinannya adalah disebabkan sebutan basmalah dan doa rezeki yang dibacakan
sebelum memaliti pengantin. Sebaik sahaja ‘zikir marhaban’ dimulai, upacara memaliti ini
pun dimulakan oleh ayah kedua belah pihak keluarga pengantin dan kemudiannya barulah
diikuti oleh keluarga terdekat yang hadir. Dalam tahun-tahun tiga puluhan mereka yang
dijemput untuk menghadiri upacara ini ialah hanya kaum wanita yang sudah beranak empat
atau lebih, yang dianggap sudah berumur dan jika terdapat kaum lelaki yang memaliti
hanyalah mereka yang terdekat dengan keluarga pengantin sahaja. Manakala golongan anak-
anak dara dilarang sama sekali menghadiri upacara ini, kerana menurut adat tidaklah manis
jika ada anak dara yang menghadirinya. Namun di zaman sekarang semua orang tidak kira
tua atau muda bolehlah menghadirinya.19

16 Berita Muzium, jil 16,bil 1,1995.


17 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu Brunei.
18 Berita Muzium, jil 16,bil 1,1995.
19 Brunei Malay Tradiational Wedding Ceremony,Kementrian Kebudayaan Belia dan Sukan.

21
Membedaki ini adalah sebagai isyarat memulakan upacara berbedak mandi. Sementara acara
sebenarnya dikendalikan oleh pengangun dan pembantunya di dalam bilik pengantin. Mereka
akan memaliti keseluruhan badan bakal pengantin dengan bedak yang sudah dijampi.
Lurutan bedak daripada badan bakal pengantin dikenali sebagai ‘lulut’. Lulut ini akan
dikumpulkan dan dibungkus dengan kain putih. Ada di kalangan masyarakat Melayu di
negara ini yang mempercayai bahawa lulut daripada kedua-dua pengantin hidup aman damai
dan bahagia. Campuran lulut itu kemudiannya akan dibuang ke sungai oleh bapa pengantin
perempuan sewaktu majlis bersanding. Kepercayaan seperti ini masih ada yang
mengamalkan sehingga ke hari ini.20

Selepas berbedak, akan dilangsungkan upacara mandian. Pengantin akan duduk diatas papan
yang berlapik sambil dikelilingi empat lilin. Setiap lilin akan dipegang oleh kanak-kanak
memakai ''sesandang'' yang berlainan warna.
Pengantin tersebut seterusnya akan dimandikan dengan air ''langir'', air bunga melor atau
melati dan bercampur dengan air bercampur ''kalambiji''. Air ini bertindak sebagai pembersih
dan minyak wangi badan. Kemudian pengantin akan di mandikan dengan air bersih diikuti
dengan pengambilan air wudhu. Selepas itu, pengangun akan mengambil lilin yang menyala
dan menyuruh pengantin tersebut meniup padam dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga
kali. Selepas itu, pengantin akan disuruh berpakaian putih. Dia seterusnya akan diliputi
dengan bau kemenyan, bertujuan untuk mengekalkan bau segar dan harum pengantin dan
untuk melarikan iblis atau ilmu hitam. Selesai sahaja menjalani upacara mandi, pengantin
akan diiring oleh pengangun ke bilik pengantin untuk menjalani upacara bertangas. Antara
lain tujuan bakal pengantin ditangas, supaya bakal pengantin di dalam keadaan segar, sihat,
harum dan kononnya terlindung dari perbuatan ilmu hitam dan sebagainya. Setelah itu
pengantin dipakaikan semula pakaian masuk berbedak tadi untuk memasuki katil peraduan.

Ketika adat majlis berbedak ini dilangsungkan, kedua-dua bakal pengantin, lebih-lebih lagi
perempuan juga akan diajar tentang pesucian mandi (secara islam), iaitu mandi hadas besar
dan nifas. Perkara pesucian ini diajarkan adalah kerana masyarakat Melayu dahulu tidak
begitu faham dan mengetahuinya dengan lebih mendalam pada masa itu. Oleh kerana itu,

20 unit Bruneiana, perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei,2011.

22
pengangun akan mengajar bakal pengantin tentang bacaan pesucian mandi, agar nanti apabila
sudah berumahtangga mereka sudah bersedia dan tahu mengenal perkara berkenaan. Kadang-
kadang pengantin perempuan juga diajar bacaan mentera (jampi) oleh pengangun mereka,
umpamanya mentera pemanis, pesucian mandi dan lain-lain lagi. Kononnya mentera-mentera
ini dipercayai mendatangkan kebaikan kepada mereka, umpamanya pengantin sentiasa
kelihatan manis dan menarik lagi suci.

Mentera mandi

Bismillahirrahmanirrahim, Ibuku bumi(?),

Bapaku langit (?)

Mandi roh mandi jasad

Mandiku didalam kandang kandil siti Fatimah (?)

Tebunikan tilamku........

Urikan kainku........

Tangkai pusat kan tungkatku......

Allah huu....... Allah......

Atau

Bismillahirrahmannirrahim,

Mandi roh mandi kalam

Mandiku bersuci di dalam kandang Siti Fatimah.....(?)

Allah huu.... Allah.....

Tetapi dalam pengangunan masa kini ajaran pesucian ini tidak lagi diajarkan oleh pengangun
kerana bakal pengantin perempuan telah terdedah dan mempelajarinya dibangku sekolah,
melalui buku agama dan seumpamanya. Walaupun memasuki alam pengangunan tidak lagi
begitu diberatkan kepada bakal pengantin lelaki tetapi sesetengah masyarakat Melayu Brunei

23
dahulu menganggap bahawa bakal pengantin lelaki juga perlu memasuki alam pengangunan,
sepertimana bakal pengantin perempuan.21

Yang jelasnya upacara berbedak ini adalah sebagai perlambangan membersihkan atau
menyucikan diri kedua-dua bakal pengantin. Suci pada tubuh badan dan suci pada rohani.
Proses membersihkan atau menyucikan ini sebenarnya dimainkan oleh pengangun yang
bertindak sebagai pembekal ilmu berumah tangga kepada bakal pengantin.22

KESESUAIAN ADAT MAJLIS BERBEDAK DENGAN KONSEP MIB

Adat perkahwinan yang ada di Brunei Darussalam, antaranya adalah seperti adat menghantar
berian, adat berpacar, adat berbedak dan sebagainya. Adat ini adalah merupakan adat yang
sudah biasa dilakukan turun-temurun dari sejak dahulu lagi oleh bangsa Melayu Brunei,
termasuk juga dengan adat malam berbedak, ianya telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dan
ianya bersesuaian dengan konsep Melayu.

Adat-adat tersebut adalah tidak dituntut dalam agama Islam, walau bagaimanapun ia
merupakan manifestasi kepada budaya kita, Selama adat-adat yang dijalankan tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, adat malam berbedak disesuaikan
dengan majlis berzikir. Hal ini bertujuan untuk mendapat rahmat dari Allah swt. Namun
disamping itu dalam adat malam berbedak pun terdapat hal-hal yang menyimpang dari ajaran
agama Islam, oleh kerana itu kita hendaklah terlebih dahulu menepis atau mengeluarkan hal-
hal yang bersifat khurafat itu, agar majlis tersebut tidak dibenci oleh Allah swt.

Apabila disesuaikan dengan konsep Beraja pula, ianya memang bersesuaian, kerana dalam
adat istiadat diraja adat malam berbedak pun dilaksanakan. Disini menandakan bahawa
rakyat Brunei taat dan patuh kepada raja.

21 Berita Muzium, jil 16,bil 1,1995.


22 unit Bruneiana, perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei,2011.

24
KESIMPULAN

Adat majlis ‘malam masuk berbedak’ merupakan salah satu acara yang besar sebelum acara
persandingan dilangsungkan yang dilaksanakan pada sebelah malam. Adat majlis ‘malam
masuk berbedak’ ini bertujuan untuk membersihkan kotoran serta menghaluskan kulit bakal
pengantin, tetapi dari segi adat ia adalah bertujuan sebagai satu pengisytiharan bahawa bakal
pengantin telah masuk dalam ‘pengangunan’. Di dalam adat ini terkandung banyak hal-hal
yang negatif, disamping itu ada juga hal yang positif. Hal yang negatif hendaklah kita tapis
dan hilangkan, sedangkan yang positif hendaklah kita kekalkan.

25
26
BIBLIOGRAFI

1) Haji Mohd. Yussop Bakar, Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei di Mukim Saba, Dewan
Bahasa dan Pustaka , 1989.
2) Pengiran Dr. Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin, Budaya dan Adat Istiadat dalam Karya
Kesusteraan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
3) Berita Muzium, Jil 16 bil 1,Jabatan Muzium Brunei,1995.
4) Brunei Malay Traditional Wedding Ceremony, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
5) Warisan Bangsa, Adat Perkahwinan Melayu Brunei, Unit Bruneiana, Perpustakaan Dewan
Bahasa dan Pustaka,2011.
6) Berita Muzium, Jil 6 Bil 2,Jabatan Muzium Brunei,1984.
7) Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin
Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, Adat dan Istiadat Brunei, Perpustakaan
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
8) Sabtu Ampuan Sapiuddin, Perkahwinan, Bahana,Jil 3 Bil 8, Perpustakaan Dewan Bahasa
dan Pustaka,1968.
9) Rokiah Md. Salleh, Adat Perkahwinan orang Melayu Brunei, Perpustakaan Dewan Bahasa
dan Pustaka, Bahana, Jil 11 Bil 24, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
10) Basri Miri, Adat Perkahwinan orang Melayu Brunei , Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
11) http://nurul1404.blogspot.com/2011/06/huraian-kebudayaan-dalam-aspek-melayu.html
12) http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/adat-dan-pantang-larang-dalam.html
13) mforum.com.my

27
ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN 1

2. ISI 1

a) ADAT 2
b) PERKAHWINAN 5
c) MELAYU BBUNEI 8
d) ADAT PERKAHWINAN 19
e) KESESUAIAN ADAT MAJLIS BERBEDAK DENGAN
KONSEP MIB 24

3. KESIMPULAN 25

4. BIBLIOGRAFI 26

28
29

Anda mungkin juga menyukai