Anda di halaman 1dari 46

LATAR BELAKANG FALSAFAH

MELAYU ISLAM BERAJA (MIB)


Disampaikan oleh:
Hj Mohd Shahrol Azmi bin Hj Abd Muluk
Pusat Ilmu Teras,
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
Selasa, 28 Rabiulakhir 1439 bersamaan 16 Januari 2018
PENGENALAN
• Apabila memperkatakan tentang latar belakang
falsafah MIB sebenarnya kita tidak boleh lari dari
mengali semula sejarah silam ketiga-tiga komponen
yang terdapat pada falsafah ini.

• Memang setengah orang kurang senang kepada


sejarah. Namun dalam kehidupan kita sebenarnya kita
tidak boleh lari dari sejarah.
• Kerana sejarahlah merupakan salah satu faktor yang
mendorong negara kita tercinta Negara Brunei
Darussalam memerlukan falsafah MIB.

• Dengan yang demikian dalam kuliah ini akan melihat


satu persatu terhadap komponen falsafah tersebut
iaitu Melayu, Islam dan Beraja.
• Ada yang berpendapat MIB hanya boleh dikatakan
sebagai falsafah negara apabila ia telah disytiharkan
secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam pada 1 Januari 1984, semasa pencapaian
kemerdekaan negara ini.
• Bagaimanapun pada realitinya sejak Awang Alak Betatar
memeluk agama Islam dengan mengambil gelaran Sultan
Muhammad Shah (1363 – 1402) falsafah ini sudah pun
berakar umbi.
• Cuma ia tidak diisytiharkan secara rasmi oleh pihak
berkuasa sehinggalah pada tahun 1984.
MELAYU DAN HUBUNGANNYA DENGAN MIB

• Melayu sebagai salah satu kompenan dalam latar belakang


sejarah MIB biasanya dilihat dalam dua kategori iaitu
bangsa dan bahasa.
• Melayu dari segi bangsa adalah merujuk kepada kelompok
Austronesia yang majoritinya mendiami Semenanjung
Tanah Melayu, Patani, Jawa, Sumatera, pesisir pantai
Borneo,Sulawesi, Filipina dan pulau-pulau kecil yang
terletak di antara lokasi-lokasi rantau.
• Kemudiannya dikenali sebagai rantau Alam Melayu atau
Nusantara.
• Perkataan Melayu pada asalnya dirujuk kepada
bukti-bukti yang terdapat dalam sumber India,
China, Barat dan tempatan.

• Sebagai contoh perkataan Melayu terawal


dikatakan muncul pada sumber India terdapat
dalam kitab India purba “Vayu Purana” sebagai
Malayadvipa yang secara literal bermaksud “Pulau
Gunung’ salah sebuah daerah di Kepulauan Timur
yang menghasilkan banyak emas dan perak.
• Sementara itu sumber China yang mencatatkan
perkataan Melayu yang dirujuk sebagai Mo-Lo-Yu yang
terdapat dalam rekod Yijing yang ditulis oleh seorang
sami Buddha di zaman pemerintahan Dinasti Tang.

• Sami ini telah berkunjung ke Alam Melayu di antara


tahun 688 hingga 695 Masihi.

• Beliau telah mencatatkan tentang sebuah Kerajaan


Melayu di Jambi Sumatera.
• Melalui sumber tempatan pula perkataan Melayu
telah dapat dikesan dari perkataan Bhumi Malayu
yang terdapat pada inskripsi Padang Roco bertarikh
1286 Masihi.
• Bhumi Malayu ini dipercayai sebagai Kerajaan
Dharmasraya yang wujud dari abad ke-12 hingga 14
Masihi.
• Manakala itu sumber bertulis tempatan terawal
mencatatkan tentang perkataan Melayu terdapat
dalam karya Sejarah Melayu (Malay Annals).
• Jadi jelaslah perkataan Melayu itu memang sudah
wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-6 Masihi
yang merujuk kepada satu kelompok bangsa Melayu
mendiami Alam Melayu.

• Dalam hubungan ini Melayu sama ada dari segi


tempat atau kerajaan sebagai salah satu kompenan
dalam falsafah MIB Brunei sudah pun ada sebelum
kedatangan pengaruh Islam ke negara ini lagi.
BANGSA MELAYU BRUNEI

• Bangsa Melayu Brunei sebagai salah satu bangsa di


rantau adalah bangsa asli yang menetap di seluruh
Brunei, wilayah Sabah dan Sarawak atau pun
sepanjang wilayah utara Pulau Borneo.

• Mereka hidup harmoni dengan etnik lain sungguhpun


mereka berlainan agama dan budaya.
• Asal usul bangsa Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak
sangat berkait rapat dengan latar belakang sejarah
Kesultanan Melayu Brunei.

• Sebelum kedatangan British ke Sarawak dan Sabah,


kedua-dua wilayah ini merupakan wilayah kesultanan
ini.
• Sarawak mula terpisah dari Kesultanan Brunei apabila
James Brooke mula menguasai Sarawak pada tahun
1846.
• Ini diikuti lagi dengan pendudukan Jepun dari tahun
1941 hingga 1945, penjajahan British dari tahun 1946
hingga 1963 dan akhirnya menjadi sebahagian
daripada Malaysia bulan Ogos 1963.
• Sabah mula terpisah daripada Kesultanan Melayu
Brunei pada 11 Ogos 1865 apabila konsul Amerika,
Charles L. Moses memperolehi pajakan dari Sultan
Abdul Momin dan bersama Sarawak telah masuk
Malaysia pada tahun 1963
BAHASA MELAYU
ASAL USUL DARI SEGI BAHASA

• Kemunculan bahasa pada setiap bangsa memang berasal


daripada penuturnya kerana tanpanya, bahasa itu tidak
akan wujud dan tersebar.
• Begitu juga dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah
salah satu cabang keluarga bahasa Austronesia yang
terpenting di kawasan Alam Melayu dan menjadi lingua
franca di wilayah ini sejak abad awal Masihi lagi.
• Hal ini terbukti dari catatan seorang rahib Cina, I
Tsing yang tiba di Seriwijaya pada tahun 671 Masihi.
• Seriwijaya pada masa itu adalah pusat pengajian
agama Buddha.
• Teks pengajian yang mereka gunakan adalah
bahasa Melayu Kuno.
• Dengan itu dari segi penggunaan bahasa jelas
Melayu sebagai sebahagian daripada komponen
falsafah MIB dalam latar belakang sejarahnya
memang sudah pun ada.
• Kerana Brunei adalah sebahagian daripada negara
di Alam Melayu.
BAHASA BANGSA MELAYU BRUNEI

• Bangsa Melayu Brunei sebagai sebahagian daripada


bangsa rumpun Melayu di di Alam Melayu adalah
penutur bahasa Melayu.
• Bila mula bahasa Melayu digunakan oleh bangsa
Melayu Brunei tidak dapat dipastikan.
• Walau bagaimanapun bahasa ini dipercayai telah
digunakan sejak turun-temurun oleh penduduk di
negara ini.
• Bahasa Melayu dalam masyarakat Brunei yang
menggunakan tulisan jawi dipercayai telah ada seawal
abad ke-11.

• Hal ini boleh dilihat pada batu nisan di Brunei pada


tahun 1048 Masihi (440 Hijrah), batu nisan Puteri
Sultan Abdul Majid Ibni Muhammad Shah bertarikh
1408 Masihi.
• Dalam hubungan ini Sayid Muhammad Naguib al-
Attas telah menegaskan bahawa dengan kedatangan
Islam telah membawa bersamanya tulisan Arab yang
dijadikan sebagai tulisan Melayu.

• Tulisan jawi telah menjadi jambatan kepada


perpaduan satu bahasa meliputi seluruh golongan
bangsa Melayu di Alam Melayu.
• Dari segi kesan arkeologi, penggunaan bahasa Melayu
dalam batu bersurat atau batu tarsilah yang
menukilkan tentang Silsilah Raja-Raja Brunei yang
ditulis dalam tulisan Jawi.
• Begitu juga manuskrip-manuskrip lama seperti kitab-
kitab agama, hikayat, syair, undang-undang dan lain-
lain.
• Ini membuktikan pengunaan huruf jawi dalam bahasa
Melayu itu telah lama wujud di negara ini.

• Jadi ini menunjukkan penggunaan tulisan jawi dalam


bahasa Melayu bukanlah satu yang asing dalam latar
belakang falsafah MIB Brunei.
ISLAM DAN FALSAFAH MIB

• Islam sebagai salah satu kompenan MIB Negara


Brunei Darussalam juga bukanlah satu perkara baru
dalam latar belakang kewujudan falsafah ini.

• Permulaan perkembangan agama Islam adalah secara


perlahan-lahan yang disebarkan oleh Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam pada abad ke-
7 Masihi.
• Bangsa Arab telah berjaya disatukan oleh Rasulullah di
bawah panji-panji Islam hingga menjadi menjadi satu
umat yang bertamdaun tinggi.
• Syiar Islam kemudiannya turut berkembang dan
melarat ke Alam Melayu termasuk Brunei.
• Menurut Hamka, masuknya agama Islam ke Alam
Melayu ini nampaknya mempunyai keistimewaannya
tersendiri, iaitu dengan jalan damai, tanpa kekerasan
malah diterima dengan sukarela oleh penduduk di sini
meskipun tidak dengan sekaligus.
• Bangsa Arab dikatakan sebagai pelopor kedatangan Islam ke
negeri-negeri Melayu pada abad ke-7 Masihi termasuklah
Brunei.
• Namun ada juga yang berpendapat Islam di Alam Melayu
disebarkan dari India dan China.
• Di antara laporan awal tentang kehadiran agama Islam ke
Brunei menerusi kemunculan orang-orang yang beragama
Islam sebagai mana yang telah direkodkan oleh sumber
China pada tahun 977 Masihi.
• Pada tahun ini Raja Puni (Brunei) telah menghantar utusan
ke China diketuai oleh Pu Ya-li (Abu Ali), Shih Nu (Sheikh
Noh) dan Qadhi Qasim dengan membawa sepucuk surat dan
barang-barang persembahan.
• Melihat kepada nama-nama wakil kerajaan Brunei ini,
jelas mereka adalah orang-orang Islam.
• Ini menunjukkan sudah ada masyarakat Islam di
Brunei pada abad ke-10.
• Jadi ada kemungkinan sebahagian penduduk
tempatan yang telah memeluk agama Islam ketika itu,
terutama di kalangan rakyat biasa kesan daripada
dakwah dari mubaligh luar.
• Dari segi ini jelas dalam latar belakang sejarah falsafah MIB
dari segi Islam di kalangan rakyat bawahan sudah pun ada di
Brunei pada masa itu.
• Bagaimanapun tidak terdapat tarikh yang jelas yang
menyatakan mengenai bila bermulanya kedatangan agama
Islam di Brunei.
• Namun raja Brunei pertama memeluk Islam ialah Awang
Alak Betatar setelah berkahwin dengan Puteri Johor pada
tahun 1368.
• Apabila menganut Islam, baginda telah dikenali sebagai
sebagai Sultan Muhammad Shah (1363 – 1402).
• Kalau sebelum ini pengislaman penduduk Brunei berlaku
secara perlahan-lahan, tetapi apabila Awang Alak Betatar
memeluk Islam, telah ia diikuti oleh para pembesar dan
penduduk Brunei secara meluas.
• Perihal Sultan Muhammad Shah menerima syariat Islam
telah dinukilkan dalam Silsilah Raja-Raja Brunei yang
menyatakan seperti berikut:
“yang pertama-tama kerajaan di negeri Brunei membawa
hukum Islam mengikut syariat Nabi kita Muhammad Sallallahu
Alaihi Wassalam di negeri Brunei iaitu Paduka Sultan
Muhammad”
• Bagi para orientalis Barat berpendapat bahawa kedatangan
Islam ke Brunei bukan berlaku pada abad ke-14 tetapi hanya
pada abad ke-16, ekoran dari kejatuhan Melaka ke tangan
Portugis, serentak dengan penerimaan Islam ini maka
tertubuhlah Kesultanan Melayu Brunei.

• Kerajaan ini kemudiannya mengambil alih peranan Melaka


sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam.
Pandangan tersebut antara lain telah dikemukakan oleh K.G.
Tregonning, D.G.E Hall, J.F.Cady, N. Tarling dan Robert
Nicholl.
• Bagaimanapun pandangan ini masih dipertikaian oleh
sarjana-sarjana tempatan kerana beranggapan sarjana
Barat hanya melihat sumber luar negeri tanpa
merujuk sumber tempatan.

• Kerana sumber tempatan seperti tarikh pada batu


nisan banyak membuktikan bahawa kedatangan Islam
sudah wujud sebelum abad ke-16.
• Kekentalan Sultan-Sultan Brunei berpegang kepada
syariat Islam telah menjadikan agama ini bukan sahaja
berkembang dengan baik di kalangan penduduk
tempatan, malahan juga tersebar dengan luasnya ke
Pulau Borneo khasnya Sabah dan Sarawak dan
kepulauan Filipina terutama pada abad ke-16.
• Setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah, tahta
kerajaan Brunei telah diteruskan oleh saudara
baginda iaitu Sultan Ahmad (1426 -1432).

• Apabila baginda mangkat, tampuk pemerintahan telah


diserahkan kepada menantunya Sultan Sharif Ali (1425
– 1432). Baginda adalah seorang mubaligh Arab
berasal dari Taif berketurunan Rasulullah.
• Dengan kewibawaannya mentadbir kerajaan dan
pengetahuannnya yang luas mengenai agama, berkahwin
dengan seorang puteri raja Brunei dan diperkukuhkan lagi
dengan perlantikannya sebagai Sultan Brunei yang ketiga,

• maka kesemua faktor ini telah membolehkan Sultan Sharif


dengan mudah menyebarkan syair Islam di Brunei.

• Baginda telah memberikan saham besar dalam menegakkan


ajaran dan syiar Islam serta membangunkan masjid diikuti
dengan penentuan arah qiblat.
• Peranan Sultan Sharif Ali tidak saja terbatas sebagai
seorang pemimpin negara, bahkan juga sebagai
pendakwah dan menjadi guru agama kepada
penduduk Brunei.

• Apabila Sultan Sharif Ali dikatakan menegakkan syariat


Islam maknanya baginda secara perlahan-lahan telah
memperkenalkan hukum hakam Islam sebagai cara
hidup penduduk Brunei.
• Manakala itu baginda membangun masjid bererti
bilangan penganut Islam semakin ramai hingga
memerlukan masjid sebagai tempat khas
melaksanakan amalan ibadat dan ajaran Islam.

• Gerakan dakwah yang pesat yang telah dijalankan


oleh Sultan Syarif Ali menjadikan baginda tersohor
sebagai “Sultan Berkat”.
• Keberkatan ini bukan sahaja untuk baginda sendiri tetapi
telah melimpah kepada negara apabila Brunei telah muncul
memikul tanggungjawab sebagai “Obor Islam yang
menerangi sekitarnya.

• Benih yang subur disemai oleh Sultan Sharif Ali telah diwarisi
dan dikuti oleh Sultan-Sultan Brunei selepas baginda dalam
menegakkan dan menyebarluaskan syiar Islam.

• Ia tidak hanya berlaku bersifat tempatan tetapi juga


melangkaui sempadan Brunei.
• Ini menjadikan unsur-unsur Islam dalam falsafah MIB
terus hidup yang dipelopori oleh Sultan-Sultan Brunei.
Para sejarawan berpendapat zaman kegemilangan
Brunei selepas Sultan Sharif Ali ialah zaman
pemerintahan Sultan Bolkiah (1485 – 1524) dan
zaman Sultan Muhammad Hassan (1582 – 1598).

• Kegemilangan pemerintahan zaman Sultan Bolkiah


dibuktikan dengan kejayaan baginda menguasai
seluruh Pulau Borneo sehingga ke utara Filipina.
• Dalam konteks ini baginda tidak hanya menguasai dari
segi politik tetapi dalam masa yang sama telah
menyebarkan dakwah Islamiah ke atas penduduk yang
dikuasainya.

• Bagaimanapun Islam selepas baginda terutama di


zaman Sultan Saiful Rizal (1533 – 1581) telah tercabar
dan tersaing dengan kehadiran Sepanyol di Filipina
membawa slogan 3G, gold, glory and god.
• Pendidikan Islam tidak hanya lagi berpusat di istana-
istana atau di kediaman golongan elit saja tetapi ia
juga diajarkan di masjid-masjid, surau-surau, balai-
balai ibadat dan tidak terkecuali juga di rumah-rumah
guru-guru agama.
• Dari itu jelaslah Islam dalam latar belakang sejarah
falsafah MIB di negara ini memang sudah ada dan
berkembang sejak Awang Alak Betatar memeluk
agama Islam.

• Sultan-Sultan Brunei selepas itu terus memainkan


peranan penting mengembangkan syair Islam dengan
sokongan padu pendakwah luar dan tempatan.
RAJA DAN FALSAFAH MIB
• Brunei yang dikenali sebagai Po-ni pada tahun 860 Masihi
bolehlah ditafsirkan sebagai sebuah kerajaan Melayu yang
kecil. Maknanya pada masa ini Brunei sudah mempunyai
raja.
• Pada masa ini belum memenuhi syarat MIB kerana pengaruh
Islam belum bertapak.
• Sementara itu Yang berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri
Maharaja Haji Awg Mohd. Jamil Al-Sufri berpendapat
kewujudannya Brunei sebagai sebuah negara beraja lebih
awal dari tahun tersebut.
• Beliau mengatakan kemunculannya kira-kira sebelum abad
keenam lagi ketika mana Brunei dikenali sebagai Poli.
• Kemudian ia telah berkembang maju hingga berhasil
mengukuhkan kuasa politik, ekonomi dan sosialnya.
• Kestabilan yang dinikmati oleh Kerajaan Brunei ini telah
mengizinkan untuk melaksanakan dasar penaklukanya ke
negeri-negeri yang berjiran dengannya.
• Kekuatan tentera ini jelas dalam abad kesepuluh apabila Raja
Brunei berangkat akan diiringi oleh 100 buah kapal perang.
• Dasar penaklukan ini berjaya meluaskan pengaruh
politiknya hingga berupaya menguasai empat belas
buah negeri.

• Brunei terus mencapai zaman keemasan menjelang


kurun ketiga belas kerana pada tahun 1225 Masihi,
Raja Brunei pada masa itu berhias dengan gelang dan
rantai serta ubin dan pinggan mangkuknya yang
diperbuat dari emas.
• Bagaimanapun pada akhir kurun keempat belas Brunei
menempoh cabaran apabila didapati ia berkeadaan miskin
dan lemah.
• Pada tahun 1365 Masihi ia telah ditakluk oleh Majapahit.
• Akibat kelemahan ini, Sulu yang sebelumnya di bawah
kekuasaan Brunei telah membebaskan diri.
• Malah pada tahun 1369 Masihi dulu telah menyerang Brunei
hingga Bandar Brunei terbakar.
• Kemerosotan Brunei pada abad keempat belas ini semakin
jelas apabila wilayah yang dikuasainya tinggal sepuluh buah.
• Zaman kemerosotan abad keempat belas beransur
pulih setelah berjaya membebaskan diri daripada
penguasaan Majapahit.
• Brunei dijangka berjaya mencapai kedaulatan pada
awal abad kelima belas.
• Dalam masa yang sama pengaruh Islam telah
berkembang yang sama-sama dianuti oleh pemerintah
dan rakyat Brunei yang menjadikan negara sebagai
negara Melayu Islam Beraja.
• Permulihan ini semakin jelas apabila hubungan Brunei
dengan China semakin rapat awal abad kelima belas.
• Kesan dari pemulihan, akhirnya Brunei di bawah
kepimpinan raja bangkit semula mencapai zaman
kegemilangan politiknya sekitar akhir abad kelima
belas hingga awal kurun keenam belas terutama
semasa pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524) dan
sekali lagi pada penghujung abad keenam belas
semasa era kekuasaan Sultan Hassan (1582-1598).
Seperti dijelaskan sebelum ini.
• Zaman keagungan Brunei ini bukan sahaja menerima
garapan dari sumber tempatan bahkan juga disaksikan
sendiri oleh Antonio Pigafetta, seorang pelapor yang
menyertai ekspedsi Megallen mengelilingi dunia.
• Ketika sampai ke Brunei dalam tahun 1521 Masihi, beliau
telah merekodkan bahawa Kesultanan Brunei merupakan
sebuah kerajaan yang besar dan kaya raya.
• Selepas kemangkatan Sultan Bolkiah, wilayah Brunei telah
merosot kerana dicabar oleh penguasa-penguasa tempatan
yang ingin membebaskan diri sehingga ada di antara tanah-
tanah jajahan ini berjaya membentuk kerajaan berdaulat
seperti yang dilakukan oleh Sambas.
• Kesultanan Brunei buat julung-julung kalinya dikuasai oleh
sebuah kuasa Barat pada tahun 1578.
• Namun Sepanyol hanya dapat bertahan selama 72 hari dan
berundur dari Brunei akibat daripada serangan yang diketuai
oleh Pengiran Bendahara Sakam.
• Dengan pengunduran Sepanyol ini, maka Brunei di bawah
kuasa Sultan Saiful Rizal (1533-1581) telah terselamat dari
penguasaan politik.
• Kesultanan Brunei sekali lagi mencapai zaman kegemilangan
apabila tampuk pemerintahan dipegang oleh Sultan
Muhammad Hassan pada akhir abad keenam belas.

Anda mungkin juga menyukai