Anda di halaman 1dari 2

Cara Mencegah Gejala Merokok

Untuk mencegah merokok, penting untuk menghindari penggunaan pertama


atau, setidaknya, untuk menghindari agar percubaan pertama dengan tembakau tidak
berlanjut dan tidak menjadi kecanduan. Dalam maksud yang sama, risiko yang tinggi
terhadap orang yang mencuba bahan bahaya tersebut pada awalnya kerana ianya
boleh mendatangkan sifat ingin meneruskan lagi sehingga menyebabkan ketandusan
ataupun ketagihan.

Oleh yang demikian, cara pencegahan merokok yang kami pilih adalah dengan
mengadakan Kempen Pencegahan Gejala Merokok. Tujuan kempen ini diadakan
adalah bagi memberi kesedaran kepada setiap pelajar dan juga kaki tangan Universiti
Selangor (UNISEL) bahawa merokok bukan suatu aktiviti yang sihat dan ianya tidak
mendatangkan sebarang faedah pada diri setiap orang. Pada awalnya, kempen ini
memberitahu pengetahuan asas mengenai perokok pasif. Untuk pengetahuan
seseorang yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok dikenali sebagai perokok
pasif. Kesan asap rokok yang memudaratkan sistem respirasi manusia bukan sahaja
berlaku di dalam badan perokok malah ianya berlaku dalam badan perokok pasif.

Selain itu, di dalam kempen ini juga turut memberitahu terdapat bahan-bahan
toksik yang boleh membunuh sel-sel yang terdapat di dalam laluan pernafasan seperti
TORAKS, FARINKS, EPIGLOTTIS, LARINKS, BRONKUS, BRONKIOL dan
ALVEOLUS. Antara bahan-bahan lain yang terdapat di dalam Tar rokok ialah
KADMIUM, STEARIK, TOLUENA, NIKOTIN, AMMONIA,
ASETON,METANOL SIANIDA, ARSENIK, METANA, KARBOON NIKSIDA dan
juga BUTANA.

Seterusnya, di dalam kempen tersebut kami menyebarkan bahan-bahan bacaan


yang menerangkan kesan merokok kepada perokok. Tujuan bahan-bahan bacaan ini di
edarkan adalah bagi menggalakkan orang untuk membaca dan kemudiannya
membuatkan mereka berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
Antara kesan-kesan yang akan dihadapi oleh perokok ialah:
 Sakit Jantung
 Kanser Peparu
 Tulang menjadi lemah
 Susah bernafas
 Gusi Bengkak
 Stroke
 Penyakit mata
 Kanser mulut
 Tekanan Darah tinggi

Selain itu juga merokok juga meninggalkan kesan terhadap mulut perokok iaitu:

 Nafas Berbau
 Penyakit Gusi
 Pewarnaan gigi
 Luka lambat sembuh
 Kanser mulut

Oleh yang demikian, kempen ini juga dapat membuka mata ibu mata dimana mereka
perlu lebih cakna terhadap persekitaran kerana asap rokok amat berbahaya jika dihidu
oleh anak-anak mereka, kesannya akan menyebabkan anak mereka,

 Keradangan Mata
 Mudah Batuk dan Asma
 Susah tidur dan lambat belajar
 Kurang aktivit
 Hilang selera makan
 Jangkitan pernafasan

Anda mungkin juga menyukai