Anda di halaman 1dari 5

PERAYAAN KAUM CINA

Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan
sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua
akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih
sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama
dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.Tahun Baru
Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

Pada Tahun Baru Cina, orang cina juga suka menggunakan berus untuk menulis pasangan ayat yang
bermakna baik dengan kaligrafi cina pada kertas merah dan ditampalkan pada pintu masuk agar
kebaikkan dan kebahagaian akan bersama ahli keluarga sepanjang tahun.
Dibawah menunjukkan contoh kaligrafi cina yang biasanya digunakan pada Tahun Baru Cina.

HARI CHAP GOH MEI


Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di
mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar
dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian
serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat
pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap
Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar
"Chingay".

PERAYAAN KUIH BULAN


Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu
pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan
tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih
Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau
kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang
diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.
Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja
Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Pesta Ching Ming


Pesta Ching Ming merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina untuk mengenang nenek
moyang yang telah meninggal dunia. Biasanya anak-anak dan cucu-cicit akan pergi ke kubuh atau
tempat nenek moyang bersemandi. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek
moyang disamping berbul-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang da bahan
keperluan asas kepada nenek myang kerana mereka yakin nenek moyang juga akan menggunakan
wang pada dunia yang ketiga.

Pesta Tuan-Wu
Pesta Tuan-Wu disambut pada 5 haribulan dalam bulan ke-5 kalender cina. Perayaan ini disambut
untuk mengenang budi dan jasa seorang patriotisme yang bernama Qu-Yuan pada zaman dahulu yang
bunuh diri dengan cara terjun sungai dimana ikat batu pada badan diri untuk mengelakkan mayat
terapung. Qu-Yuan bunuh diri kerana sedih dan kecewa terhadap raja yang tidak ingin mendengar
nasihatnya sehingga negaranya terjatuh ke tangan orang lain.
Dengan itu, rakyat yang mensanjungi Qu-Yuan berasa sedih dan kasihan terhadapnya, mereka pun
mendayung perahu untuk mencari badan dan mayat Qu-Yuan agar dia boleh diselamatkan. Akan
tetapi, mereka gagal mencari mayatnya. Selain itu, mereka juga risau mayatnya dimakan oleh ikan.
Maka, mereka memasak nasi dan dibalut dengan daun supaya dibuang ke dalam sungai dan dimakan
oleh ikan agar ikan tidak makan mayat dan badan Qu-Yuan.
Dengan adanya cerita ini, maka Pesta Tuan-Wu disambutkan sehingga masa kini untuk mengenang
jasa seorang patriotisme. Oleh itu, makanan "Bak Zhang" dan pertandingan lumba perahu masih
disambut setiap tahun sehingga masa kini.

Perayaan Hantu
Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan
bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu ,iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh,
termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan
Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala
pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga
alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha
melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal.
Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para
keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang
dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual,
pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan
kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka
masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam
keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang
menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Pesta "Dong-Zhi"
Pesta ini merupakan pesta yang terakhir dalam setahun bagi kaum cina. Bebola digosok dengan
tepung pulut dan diwarnakan dengan warna merah dan warna yang disukai. Selepas itu, bebola
dimasak dengan air rebus bercampur daum pandan dan gula. Bebola yang bulat mewakili keluarga
yang perpaduan dan selepas makan dianggap sudah bertambah usia setahun.

Anda mungkin juga menyukai