Anda di halaman 1dari 5

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan kaum Cina yang paling popular di
Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh mereka berbangsa Cina
selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Pada
malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan
perhubungan sesama keluarga.

Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina


ni memang sinonim dengan makanan
seperti yee sang, kuih bulan dan limau
mandarin.Korang yang ada jiran berbangsa
Cina tu mesti dapat makanan ni setiap
tahun kan? Pemberian angpau pula
sebenarnya hanya dilakukan oleh mereka
yang sudah kahwin. Wang angpau akan
dimasukkan ke dalam sampul merah untuk
diberikan kepada kanak-kanak, remaja,
mahupun yang belum berkahwin. Bestnya
umur 30 tahun pun dapat angpau sebab
belum kahwin kan! 
PESTA TANGLUNG

Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini


diadakan sebagai penutup bagi perayaan Tahun
Baru Cina. Pesta tanglung merupakan malam
pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina.
Pada malam tersebut, tanglung berwarna-warni
akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk
memeriahkan lagi sambutan.

Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar


untuk menghalau makhluk jahat yang kejam.
Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya
mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh
mercun. Difahamkan, terdapat juga amalan
melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapatkan pasangan pada
waktu ini. Amoi yang belum kahwin tu boleh try!
PERAYAAN KUIH BULAN

Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan bermula sebagai menyambut kemenangan orang
Cina kalahkan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman dulu kala. Perayaan
ini juga dikaitkan dengan Chap Goh Mei, namun ia adalah perayaan yang berbeza. Perayaan
Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar Cina.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini sudah semestinya kuih bulan itu sendiri.
Kuih bulan biasanya dibuat daripada adunan manis berinti kacang merah, biji teratai
mahupun kuning telur masin. Terdapat juga tradisi mengatakan bahawa kuih bulan dibuat
sebagai persembahan kepada Dewa Dapur agar mulutnya terkunci selepas memakan kuih
bulan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaya
Syurga.
PESTA PERAHU NAGA
Pesta ini juga dikenali dengan nama Dragon
Boat Festival dan kebiasaannya akan disambut
pada hari kelima bulan kelima dalam kalendar
Lunar. Ketika perayaan ini, kaum Cina akan
mengadakan perlumbaan perahu naga dan dan
memakan zongzi. Zongzi adalah sejenis
makanan tradisional Cina berbentuk tiga segi
diperbuat daripada pulut. Rupa macam ketupat
pun ada jugak.
Perayaan ini juga dikatakan jadi simbol
semangat dan kebudayaan bangsa Cina.
Diadakan setiap tahun, pelbagai perahu
beraneka warna yang dihiasi kepala naga, ekor
naga dan lukisan badan naga sepanjang perahu
akan dapat disaksikan. Selain itu, perayaan ini
juga boleh mengeratkan hubungan baik sesama
mereka dan memupuk semangat berpasukan.
WINTER SOLSTICE
Jika penganut beragama Kristian tertunggu-
tunggu sambutan Krismas apabila tibanya
hujung tahun, kaum Cina pula tak sabar-sabar
menunggu perayaan Winter Solstice ini.
Disambut oleh kaum Cina pada 22 Disember
setiap tahun, perayaan ini sangat sinonim
dengan manisan dikenali sebagai tangyuan.

Tangyuan adalah sejenis bebola tepung beras


manis yang dimakan bersama semangkuk air
gula panas. Sejajar inovasi semasa, kini ada
juga tangyuan yang berinti kacang merah,
kacang mahupun bijan. Kaum Cina dikatakan
sering menyediakan manisan ini bersama-sama
kerana tangyuan melambangkan penyatuan.

Anda mungkin juga menyukai