Anda di halaman 1dari 3

Tujuan perayaan tahun baru cina.

Perayaan tahun baru Cinamelambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.

Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya
tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai
simbol murah rezeki.

Bila perayaan tahun baru cina disambut?


Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana
bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan
11 ketika Dinasti Zhou di China.

Namun, adalah diketahui bahawa “bulan lompat” yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari
dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel
yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian).

Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM.
Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui.
Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal
tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Tarikh perayaan tahun baru cina yang bersamaan dengan permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru.
Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.

Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua
binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.

Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga,
lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi
sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Bagaimana perayaan tahun baru Cina disambut?


Sebelum Tahun Baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang
menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu
dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu
tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa
Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri
daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara,
adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana
bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi
sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu
yang mencerminkan tuah dan kehormatan

Hari Pertama.
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang
meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari
ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi
orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk
nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun
baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari Ke-2.
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari “membuka tahun” (Cina Tradisional: 開年, Cina Ringkas: 开年, kāi
nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.
Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga
kandung sendiri.

Hari Ke-3.
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara
atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai “mulut merah” (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk
terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di
rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak
akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar
dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari Ke-5.
Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi) dijadikan sarapan pada
pagi “pecah lima” (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina.
Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari Ke-7.
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang
mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk
melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan
kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia
Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain
rantau tersebut.

Hari Ke-9.
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan
(天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai “tahun baru” suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam
pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut.
Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari
ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari Ke-15.
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional:
元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari
Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup,
dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung
pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam
air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat,
hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Anda mungkin juga menyukai