Anda di halaman 1dari 11

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

Tahun Baru Cina


Tahun Baharu Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié)
merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar
qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan
sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok
limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh
orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima
belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan
dengan perayaan Cap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai
orang Cina, seperti China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,
[1]
 Taiwan, Thailand, dan juga di pekan cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga
disambut di tempat-tempat yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai
takwim qamari Cina),
termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan
Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (旧正月 kyūshōgatsu)

Tarikh perayaan

Tarikh hari Tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan
seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-
nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.
Haiwan Dahan bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2003

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambin
未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
g

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Babi 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019


Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal
tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11
ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk
memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti
Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja
pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama
ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui.
Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal
tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Puisi Tahun baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang,

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim
sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar
menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan
penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun
Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut
tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[2][3]
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat
serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-
kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah
yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.
Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar
nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan
warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah makan besar. Hidangan yang terdiri daripada ikan
terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga
menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana
bentuknya berupa jongkong emas Cina. Angpau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi
sewaktu makan besar. Sampul merah ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.[4]
Hari pertama

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang
yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging
pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[5]
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi
orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa,
datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut
tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari kedua
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina Ringkas: 开年, kāi
nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.
[6]
 Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi
keluarga kandung sendiri.

Hari ketiga
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara
atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah
untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam
di rumah sahaja[6] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu
tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun
Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.[7]
Hari kelima
Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi) dijadikan sarapan
pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa
kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan lagi
dengan mercun.

Hari ketujuh
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang
mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.[8]
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk
melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan
kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia
Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia
selain rantau tersebut.[8][9]

Hari kesembilan
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di
Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah
malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja
tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku
Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari kelima belas


Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina
Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Cap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien, versi
Cina bagi Hari Kekasih. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis
dalam sup, dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada
tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak
dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.
Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.
Hidangan Tahun Baru

Makan besar
"Makan besar" (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam
sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung
halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota
keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi
daging ayam dan ikan.

Intisari Makanan

Bahasa
Nama Huraian
Cina [*]

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18


bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru.
Luohan Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy"
luóhàn zhāi
zhai dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha
dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran".
Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu.

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan


Ikan yú perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (Bahasa
Cina: 餘; pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.

Ikan Salmon yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung


Yee sang yúshēng
untuk menyambut tuah.[9]

Ladu  jiaoz Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol
jiǎozi
i emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa


金橘 jīnjú;
Limau perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina
atau
mandarin ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau
柑 gān
mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih ini paling laris didapati di China timur


年糕 niángā
Kuih bakul (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan
o
dengan "kian tahun kian tinggi".[3]
Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun
Mi
amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina


Gula-gula
berwarna merah atau hitam.

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air,
Tikoy dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini
(putih atau perang).

Amalan Tahun Baru

Angpau[
Secara tradisi, angpau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin: hóng
bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事, bahasa
Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang
dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.[3]
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang
dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan
dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka
4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang
dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 Ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 Ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat
dimasukkan dalam angpau.[11]

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya
berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada
para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai
warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru
dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui
Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul
bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu
sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou
Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[19]

Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya
tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat
sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada
satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik
dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan
sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan
Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan
ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.[20]

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran
tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud

Bunga plum melambangkan tuah

Kumkuat melambangkan kemakmuran

Narcissus melambangkan kemakmuran


Bunga kekwa melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias


yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan
Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya
ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu
dengan pepatah Cina niánnián yǒuyú (年年有餘).[10]

Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang


Jongkong Yuanba dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini
o merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman
silam.
Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza
daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih
Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya
Tanglung berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada
hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala
terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz
dan bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru.


Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina.
Perhiasan
Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul
Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina.


Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan
bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang
Tarian singa
menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.
Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan
perniagaan orang Cina.

Cai Shen (財神; 财神) merupakan dewa kekayaan yang


Cai Shen disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada
malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung[sunting | sunting sumber]


Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila
warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di
seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam
tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春运) dan boleh
disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri.
Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan
mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang
dijalankan ketika Aidilfitri.
Rumah terbuka[sunting | sunting sumber]
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar
negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-
sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar
kaum Cina.

Anda mungkin juga menyukai