Anda di halaman 1dari 3

Sambutan Tahun Baru Cina

Pemberian Ang Pau tradisi utama dalam masyarakat Cina

  Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang
bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup
dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini.
Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat
Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa
dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang
sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.
 Malam Tahun Baru Cina

 Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah
ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi
tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi 
turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang
dimakan bersama arak.       

 Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang
dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua,  malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
tahun baru bermula.

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina

 Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama
penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula
berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi
‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
 Chap Goh Mei

 Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia
adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.            

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga
disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini.
Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China
diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan
gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk
merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh
negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut
diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti
gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih
ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Anda mungkin juga menyukai