Anda di halaman 1dari 4

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender

masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan


pakaian cheongsam , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan

permulaan kepada musim bunga di China

adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui,
terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput
semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai.
Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan
menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu
dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini
akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Perayaan Kaum Cina-2)Chap Goh Mei
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari
itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah
malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama
perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun
180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han.

Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan
penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk
merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di
seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu.
Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni,
berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang
teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi
dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.
Perayaan Kaum Cina- 3)Hari Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina
menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi 1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan
kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September.
Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu
sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah,
atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk
memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan
yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan
kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat
menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya
terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Menurut cerita dongeng, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit.
Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di
laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut.
Ada seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong zaman Dinasti Xia, iaitu
pada tahun 2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi yang
mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah beraninya
memanah jatuh 9 daripada 10 buah matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan
memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut.
Permaisuri Hou Yi, bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu
hari,

Hou

Yi

memperoleh

ubat

panjang

umur

yang

dihadiahkan

oleh

Wangmuniangniang, Permaisuri Maha Kuasa di langit. Katanya, orang yang makan


ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke
kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak
memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk
disimpan. Peristiwa itu ternampak oleh Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika
Hou Yi keluar, Peng Meng telah pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E
memberikan ubat panjang umur itu kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia
tidak berdaya melawan Peng Meng, lalu dia memakan ubat panjang umur itu.
Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke bulan serta-merta.
Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis telah
memberitahukan hal yang berlaku itu kepadanya. Hou Yi berasa amat sedih, lalu
menyeru permairurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat
bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat
dilihatnya. Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan meletakkan
makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.
Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga
beramai-ramai berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang
E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lamakelamaan, berdoa pada bulan pada hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar China
telah menjadi tradisi rakyat China. Itulah Pesta Kuih Bulan.

Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul


Pesta Kuih Bulan ini di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara yang
paling penting dalam Pesta Kuih Bulan ini. Pada Pesta Kuih Bulan, iaitu malam 15
haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga orang China akan
berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah
sambil makan kuih bulan yang enak.
Cara pelbagai etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza.
Masyarakat

etnik

Zhuang

China

merayakan

Pesta

Kuih

Bulan

dengan

menyembahyangkan bulan dengan menghidangkan samsu. Para gadisnya pula


memasang tanglung yang cantik dan meletakkannya di permukaan air sungai dan
tasik untuk berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat. Rakyat etnik
Korea merayakannya dengan memalu gendang panjang dan menari berramai-ramai.
Teruna etnik Dong pula akan bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka
kepada kekasih masing-masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan
melepaskan tembakan senapang ke udara, minum samsu dan bernyanyi bersamasama. Mereka juga akan memilih kekasih dengan peluang ini.
Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi
juga merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman
sudah berubah, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang
Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara
serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan.
http://shahnyeelbab31.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai