Anda di halaman 1dari 8

SEJARAH TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar
qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan
masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula
akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau
Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas
perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa
Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan
keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Tarikh perayaan :

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan
seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-
nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Sejarah :

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya,
awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan
11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai
untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12
ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima
Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10
pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya,
itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan
bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos :

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim
sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar
menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan
penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun
Baru yang sulung. Guò nián (Cina Ringkas: 过 年), yang bermaksud "menyambut tahun
baru",membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Sebelum Tahun Baru :

Sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh,
kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang
menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.
Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar
nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan
dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Hari Pertama:

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang
yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan
daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka,
biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut
tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2 :

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Ringkas: 开 年, kāi nián)
menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.
Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi
keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3 :
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara
mara.Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah
amatmudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat
dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda
penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5:

Di bahagian utara China, ladu (Cina Ringkas: 饺 子) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破
五). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan,
perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7:

Hari ketujuh dikenali sebagai ''hari jadi orang ramai'' (Cina Ringkas:人日), iaitu hari yang
manausia setiap orang ditambah lagi setahunmenurut pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul
untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan
dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau
Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata
dunia selain rantau tersebut.

Hari ke-9:

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di
Kayangan (天公 ) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya
tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada
Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Hari ke-15:

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai ''Yuánxiāo jié'' (Cina
Ringkas: 元 宵节), atau ''Chap Goh Mei'', versi Cina bagi Hari Valentine.

Tāngyuán (Cina Ringkas: 汤 圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán
ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang
mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat,
hari yang sama ini juga dikenali sebagai ''Perayaan Tanglung''.
Ang pau :

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh
pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang
dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil
dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金) . Oleh sebab
angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka
wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap
bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8 ringgit selalu didapati dalam
angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru:

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya
berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya
kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan
rumah.

Bunga Api:

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah
ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali
panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana
warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun
melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat.
Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam
sambutan Tahun Baru Cina

Ucapan Semasa Menyambut Tahun Baru Cina:

''xin nian kuai le'' (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年快乐)
ialah''Selamat Tahun Baru Cina'' merupakan ucapan kontemporari yang mencerminkan
pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di
negara Barat.

Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo"(Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过 年好)
yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai
dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah ''dapat hidup dalam keadaan
yang baik''.

Selain itu, "Gong xi fa cai” (Cina Ringkas:恭喜发财) yang diterjemah sebagai "Tahniah dan


semoga mendapat rezeki ''

Pantang-larang sewaktu perayaan :

Tuah baik:

• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa
musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk"memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah
menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang
akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada
hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip
tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk") :


• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan
bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis
bagi"seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai
positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan
"kaya".)
• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil.
Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai"memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan
sering telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun
baru.
• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina
kerana ini turut dianggap tidak bagus.
• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina
bagi "buku"sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Adat resam dan pantang larang


Tahun Baru Cina
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/adat-resam-dan-pantang-larang-tahun-baru-cina-29179?cp
Angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Biarpun diamalkan masyarakat cina, namun ramai yang mungkin tidak mengetahui simbolik di sebalik setiap adat resam dan tradisi
tersebut.

Mengikut kepercayaan cina, terdapat banyak pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran
untuk tahun baru itu.

Antaranya Pengasas Good Feng Shui berkongsi bahawa keluarga kaum cina akan membersihkan rumah sebelum perayaan.

"Sebelum masuk tahun baru kita buang segala barang lama tua bukan sahaja fizikal tetapi dari segi fikiran apa fikiran dan
pengalaman lama yang tidak baik sakit hati membawa tuah kurang baik akan dibuang dalam hari itu." kata Kenny.

Bagaimanapun mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.

Masyarakat Tiong Hua juga akan mengenakan pakaian baru pada hari berkenaan sebagai simbolik permulaan tahun baru.

"Dia macamresetkita punyaenergysemua baru apa yang kurang baik sudah dibuang dalam hari pertama semua diperbaharui dari
segi fikiran fikizal, kasut baru semua baru." katanya.

Selalunya pada Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat kerana ia dipercayai
membawa malang.

"Biasanya budah nakal ahli keluarga tidak akan marah atau kalau budak buat salah supaya mungkin budak pecah gelas ibu bapa
mungkin cakap pecah itu tanda bagus untuk mencantikkan keadaan yang kurang baik hari itu semua cakap baik sahaja." katanya
lagi.

Antara pantang-larang lain yang diamalkan adalah tidak memakai warna hitam atau putih yang merupakan warna berkabung.

Sementara itu, Kenny menegaskan jumlah angpau yang diberikan pula mesti berangka genap.

"Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Kalau ada orang bagi RM6 perlulah diberikan 1 keping RM5 dan 1 keping
RM1. Bilangannya mesti genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Biasanya kita akan elak beri angpau yang
bernombor ganjil." tambah Kenny.

Amalan memberi limau mandarin juga simbolik memberi tuah.

"Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan setiap Tahun Baru Cina
kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. Warna limau juga keemasan seperti memberi
jongkong emas kepada orang lain."

Namun terdapat segelintir yang juga memberikan buah epal sebagai simbolik kesihatan yang lebih baik.

"Sekarang ramai juga orang yang bagi epal "ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud kesihatan yang baik." tambah
Kenny.

Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/adat-resam-dan-pantang-larang-tahun-baru-cina-29179?cp

PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM CINA


TAHUN BARU CINA
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan
sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.

HARI CHAP GOH MEI

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei
disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran,
di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secucuk.

Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk
mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan
yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan
Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera
besar "Chingay".

PERAYAAN KUIH BULAN


Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina
iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan
perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri.
Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji
teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti
Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa
Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada
Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Anda mungkin juga menyukai