Anda di halaman 1dari 29

c

Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun

baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12

tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan

kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali

berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar

mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada

tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan

nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,

bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan a  dan kuih bakul. Kaum keluarga

c
c

akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih

pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan

menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang

diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi

bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru

Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut

dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang

dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai

kalendar qamari Cina.

c
c

Tarikh perayaan
 

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah

disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang

dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut  perkataan bahasa Cina bagi

haiwan-haiwan tersebut.

c
c

c
Haiwan Dahan bumi Tarikh
c

Tikus z 19 Februari 1996 7 Februari 2008


c

Lembu chu 7 Februari 1997 26 Januari 2009 c

c
Harimau  yn 28 Januari 1998 14 Februari 2010

c
Arnab  mo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
c

Naga  chn 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular  s 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda  w 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing  wi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet  shn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam  yu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing x 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir
hi 18 Februari 2007 5 Februari 2019

c
c

Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.

Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika

Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui

bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan

matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan

tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama

China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM.

Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu

tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han

menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

c
c

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang,

Yunnan.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin ialah seekor raksasa pemakan manusia dari

pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun,

sekitar

musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa

raksasa

Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan

letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang

membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. a 


 yang bermaksud

"menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

c
c

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara

dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada

orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina

membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa

pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang

berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan

pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar

nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi

tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah

c
c

mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan

yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena

jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan

ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina.

Ang pau bagi terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan

semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang

mencerminkan tuah dan kehormatan.

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.

Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,

menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai

bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga

Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga

mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

c
c

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk

menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: , Cina

Ringkas: ! , 

) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk

menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah

kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi

saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (O ), yang bermaksud bahawa adalah

amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-

menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja Keluarga yang mengalami kematian ahli

terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai

tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari

menziarahi kubur.

c
c

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: }, Cina Ringkas: !, j



)

dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" ( , ). Ini juga merupakan ulang tahun

hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula

pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai ( , pinyin: ? ?, Kantonis: a

a), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan

kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga

berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi

menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya

diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,

tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah

Maharaja Jed di Kayangan ( 


) di tokong agama Tao.

c
c

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila

tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa

syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah

digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi

lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai  
j

(Cina Tradisional: ] , Cina Ringkas: ] !), atau Chap Goh Mei (6 ) dalam

bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine.  a  (Cina Tradisional: , Cina

Ringkas: !!), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tngyun ialah

sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur

dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam

air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada

amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru

D ?  

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: !!!  a )

diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal

c
c

di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini

biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat

kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina

Tradisional: =, Cina Ringkas: !, pinyin: a) sebagai makanan penting, tidak dimakan

sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina 



a

a (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada

lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan

Bahasa Cina
Nama Huraian
[*]

  
ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi

18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis

 lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam


 
() bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha
 

 
dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan
"kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji 
a

() dan a.

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan

Ikan = () a perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina:

2 pinyin: y). Ramuan utama bagi a .

c
c

= () Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung



a  untuk menyambut tuah.

Ladu } () Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan

j

j

tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa

` jj2 perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi


Limau
atau masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya
mandarin
  untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan

kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang


Kuih 
dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian
bakul 
 
tahun kian tinggi".

Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat,


Mi
namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-

gula gula Cina berwarna merah atau hitam.

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum,

Tikoy garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan

warna puding ini (putih atau perang).

c
c

[*]
: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan

dari bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru



Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ! ,

pinyin:  , bahasa Hokkien (POJ): 2 bahasa Hakka: 2  , 

atau , bahasa Kantonis: 



atau 
 ) diedarkan sepanjang sambutan Tahun

Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum

berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada

kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.

Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,

kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara

pengebumian (t`, j). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana

perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak

boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama

bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala

syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

c
c

Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar

ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan,

pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan

tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk

menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada

zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim

perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap

batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan

berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi

meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan,

mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh

c
c

jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek

penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun

baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun

adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau

menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka,

kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang

yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi,

terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

ac Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun

Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-

undangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun

masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai

mercun.

ac Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,

kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga

mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun

Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya

dalam dan luar China.

c
c

ac Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970

setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68

orang lain. Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas

berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orangcserta satu serangan

terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada

membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan

membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala

mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina,

mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura.

Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga

pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh

dijual secara komersial.

ac Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.

Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari

Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

ac Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika

Tahun Baru Cinac, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan

penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara

kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di

mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

c
c

ac Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan

mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun

dibakar di Chatham Square, Chinatown.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina

kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.

Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan

permulaan baru pada tahun baru.

O O


O O
berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas

makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara

menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang O 

O
akan memanjangkan usia ibu bapa.

O


Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau

kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang

tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar

hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna

pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah

berbentuk berlian dengan aksara, atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu.

c
c

Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina, atau

"terbalik", berbunyi sama dengan, atau "tiba". Maka, melambangkan ketibaan tuah,

kegembiraan dan kemakmuran.

p

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual

ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud

Bunga plum melambangkan tuah

Kumkuat melambangkan kemakmuran

Narcissus melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang


Ikan
memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan

c
c

 
 atau 
  supaya ada lebih untuk

hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina

 (

aa).

 emas (`]2 jn yunbo) melambangkan wang

Jongkong dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk  ini

 merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman

silam.

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza

daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih

Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya

Tanglung berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada

hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala

terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan

bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru.

Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-


Perhiasan
hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina,

keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah


Tarian
dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi
singa
simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari

c
c

dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian

singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan

orang Cina.

Cai Shen (Cina Tradisional: , Cina Ringkas:  )

merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar


V
O 
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam

kepercayaan Cina.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang

terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga

orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan

bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina

Tradisional: , Cina Ringkas: ) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik

kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia

tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan

kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang

dijalankan ketika Aidilfitri.

c
c

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan

pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong

asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka

perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang

dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: q , Cina Ringkas: c

O  p?

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 2 Tulisan Cina Ringkas:

!2 pinyin: 



2 Bahasa Kantonis (Yale):   
 2 bahasa

Hokkien (POJ): O
  
@) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan

pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan a a ? yang kerap

didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, " 


 " (Cina

Tradisional: W , Cina Ringkas: !!) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi

membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga

hari kelima tahun baru.

c
c

a



!V 
di Lee Theatre Plaza, Hong Kong

"a

" (Tulisan Cina Tradisional: 2 Tulisan Cina Ringkas: !!2

pinyin: "
2 Bahasa Kantonis (Yale): #

2 bahasa Hokkien (POJ):

   
2 bahasa Hakka: 
 
), yang diterjemah sebagai "Tahniah

dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai

bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara

pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda,

ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa $


 dengan selamat, namun

secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk

yang teruk)[20]2 manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea

kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh

dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu

Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa

Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama

c
c

beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan

Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya

tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun

baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "O% " (Cina

Tradisional: !!!, Cina Ringkas: !!!) diucapkan serta-merta, yang bermakna

"semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". ! (Su, bermaksud "usia") sama

bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-

main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 

($

aa), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata y yang

juga ditulis = (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan

juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila

bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di

Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional:

 , Cina Ringkas: !!!!!!, pinyin: a"


  

 
), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang

pau."

c
c

Pantang-larang sewaktu perayaan

 


ac Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

ac Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka

pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

ac Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi

pemakannya.

ac Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru

agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

ac Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama

mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang

Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh

harapan untuk menambah kekayaan.

ac Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang

yang bergosip tentang pemakainya.

$
&'( ?()

ac Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana

perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan

"kasar" atau "sukar".

ac Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan

Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang

c
c

menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu

juga sama bunyinya dengan "kaya".)

ac Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya

dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil

dalam bahasa Kantonis".

ac Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal

kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

ac Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar

tuah bagi tahun baru.

ac Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal

Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

ac Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina

bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

j

1.c & "Nian". About.com.

http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa010900a.htm. Dipetik 2008-01-21.

2.c & 2.0 2.1 2.2 2.3 " CHUNJIE, Spring Festival (The Chinese New Year) (1st of the

1st month)". huayinet.org. http://www.huayinet.org/culture/culture_chunjie.htm.

Dipetik 2008-01-21.

3.c & 3.0 3.1 "Chinese New Year's Eve Dinner aka Reunion Dinner". Everything2. 2004-

01-20. http://everything2.com/index.pl?node_id=1514200. Dipetik 2008-01-21.

c
c

4.c & "Chinese New Year Customs Around the World". Quick Brown Fox. 2006-03.

http://www.pscscholarships.gov.sg/pscscholarshipscms/ezinehtml/2006-03/6etc.html.

Dipetik 2008-01-21.

5.c & 5.0 5.1 "Celebrating Chinese Lunar New Year in a Cantonese's Way".

http://www.newsgd.com/specials/springfestival07. Dipetik 2008-01-21.

6.c & "Chinese New Year". Kiwi Families for Passionate Parents.

http://www.kiwifamilies.co.nz/Topics/Festivals/Chinese+New+Year.html. Dipetik

2008-01-21.

7.c & 7.0 7.1 "Yan Yat: Everybodys Birthday". Christine O'Keeffe's New Year Legends.

http://www.tartanplace.com/newyear/newyrlegend/birthday.html. Dipetik 2008-01-

21.

8.c & 8.0 8.1 "Lo Hei". Mana Makan - The Feast Crusade. 2006-01-28.

http://thefeastcrusade.blogspot.com/2006/01/lo-hei.html. Dipetik 2008-01-21.

9.c & 9.0 9.1 9.2 "Yu San (Chinese New Year Fish Salad)". DimSum. 2001-01-01.

http://www.dimsum.co.uk/community/yu-san-chinese-new-year-fish-salad.html.

Dipetik 2008-01-21.

10.c& "Chinese New Year". HK Information. http://www.hk-

info.net/newsshow.php?pid=942. Dipetik 2008-01-21.

11.c& Firecrackers Singapore

12.c& Yardley, J.. "Bang is back for Beijing's New Year", International Herald Tribune,

2006-01-27.

13.c& Book soul 1970

14.c& Chingay Past

c
c

15.c& Akbur M., Peer (2002). x

O
? 
 *+ ,-.  ?
, 100,

Angkatan Polis Singapura. ISBN 981-04-7024-X.

16.c& "Singkawang dan Pinyuh Sepi Petasan, YBS Setuju Imlek Tanpa Petasan",

Equator Online, Kalbar, 2003-01-30. Dipetik 2008-01-21.

17.c& "Can you pig it? New York goes hog-wild for Chinese New Year", New York Post,

2007-02-17.

18.c& "HAPPY NEW YEAR part 3, News Archive - Feb 2003". 2003-02-03.

http://emperor.heavengames.com/archives/arc1-2003.shtml. Dipetik 2008-01-21

19.c& "fu dao". Everything2. 2002-12-23.

http://everything2.com/index.pl?node_id=1405424. Dipetik 2008-01-21.

20.c& "The origins and meaning of Gong Xi Fa Cai", Daily Express, 2007-02-17.

Dipetik 2008-01-21.

c
c

SHATHISH U THERE

YES OR NO

Anda mungkin juga menyukai