Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Sejarah Tahun Baru

Cina
Terima kasih kepada pengacara majlis. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera
saya ucapkan kepada Yang berusaha, Tuan Pengetua, En. Rechard Emang,
yang dihormati, En. Micheal Ak Endok, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang
dihormati, En. Renold Buloh Ak Syvelster Unong, Penolong Kanan Hal
Murid, Yang dihormati, En.Alam Ak Sabai, Penolong Kanan Ko-kurikulum,
ketua-ketua bidang, ketua warden, para guru, barisan pengawas dan
rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan serba sedikit sejarah
berkenaan Sambutan Tahun Baru Cina yang disambut oleh masyarakat
berbangsa Cina tidak lama lagi.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi


menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari
Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan. Lagenda menyatakan yang pada dulu kala, Maharaja Jed telah
menjemput 12 binatang ini untuk berlumba dan pemenangnya di susun
mengikut turutan mereka memenangi perlumbaan tersebut.
Haiwan-haiwan tersebut dengan turutan kemenangan mereka adalah,
Yang Pertama, Tikus, Kedua, Kerbau, Ketiga, Harimau, Keempat,
Arnab, Kelima, Naga, Keenam Ular, Ketujuh Kuda, Kelapan,
Kambing, Kesembilan, Monyet, Kesepuluh, Ayam, Kesebelas,
Anjing dan terakhir antara binatang tersebut adalah Khinzir.
Menarik bukan? Dipercayai daripada sinilah kitaran tahun untuk setiap
binatang yang dijadikan zodiak dalam kalender qamari Cina.

Untuk sejarah sambutan Tahun Baru Cina pula, menurut legenda, pada
zaman dahulu, seekor raksasa pemakan manusia bernama Nin () dari
pergunungan, yang muncul setiap 11 tahun untuk memburu manusia.
Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian dapat
ditakutkan dan dihalau dengan bunyi bising dan warna merah, maka
mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna
merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan
Tahun Baru yang sulung berserta amalan-amalanya. Gu nin ( ),
yang bermaksud "menyambut tahun baru", juga membawa erti "meredah
raksasa Nian".
Sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan
ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun
yang telah lalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib
baik. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan
warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah
mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Rumah-
rumah juga dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.
Hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam
seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara
simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan
musibah dari rumah.
Seterusnya,Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (ki
nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi
ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung
sendiri.
Selain itu, Hari ketiga Tahun Baru Cina pula dipercayai ramai sebagai hari
yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara. Keluarga yang
mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu
tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan
kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi
kubur.
Manakala, hari kelima belas ini pula adalah Hari Terakhir perayaan Tahun
Baru Cina yang diraikan sebagai ''Yun xio ji'' ( ), atau lebih
dikenali sebagai ''Chap Goh Meh'', yang juga merupakan Hari Kekasih
atau Valentines Day untuk kaum Cina.
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang
sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua
kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk
orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak seperti
saya.

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar
untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk
mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi
penggunaan mercun pada musim perayaan. Setiap batang mercun
digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan
berisi serbuk meriam dalam terasnya. Mercun dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat dan juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi
satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina
Disini saya juga ingin kongsikan dua unkapan lazim serta
maksudnya yang boleh diucapkan kepada mereka yang
menyambut Tahun Baru Cina.
Pertama, ''xin nian kuai le'' () ialah ''Selamat Tahun Baru
Cina'' merupakan ucapan moden yang kerap didengar di mana-mana.
Manakala, "Gong xi fa cai () diterjemah sebagai "Tahniah dan
semoga mendapat rezeki'.
Selain itu, terdapat juga beberapa pantang-larang sewaktu
perayaan Tahun Baru Cina. Antara amalan yang dipercayai boleh
membawa tuah baik adalah
Pertama, membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah
pada tahun baru.
Kedua, membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau
hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib
sekeluarga sepanjang tahun.
Ketiga, gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib
sepanjang tahun bagi pemakannya.
Di samping itu, pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan
sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang
menjelang.
Manakala pula, amalan-amalan semasa Tahun Baru Cina yang
dipercayai membawa kurang baik dan membawa nasib malang
ialah,
Pertama, menggunting rambut. Ini adalah kerana perkataan
menggunting rambut dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
Kedua, menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini
dipercayai akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Penyapu dan
pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari
pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.
Selain itu, perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi
beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini dianggap tidak bagus.
Dengan itu sekian sahajalah perkongsian yang ingin saya sampaikan
untuk anda semua pada hari ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya,saya ingin mengucapkan Selamat
Tahun Baru Cina kepada guru-guru dan rakan-rakan pelajar yang
menyambut Tahun Baru Cina. Semoga semuanya selamat sampai ke
destinasi masing-masing dan selamat bercuti kepada semua. Akhir kata,
GONG ZI FA CAI
XIN NIAN KUAI LE
SHEN TI JIAN KANG
WAN SHI RU YI
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai