Anda di halaman 1dari 9

Sambutan Tahun Baru Cina

 Pemberian Ang Pau tradisi utama dalam masyarakat Cina

  Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang
bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup
dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini.
Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat
Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa
dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang
sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.

 Malam Tahun Baru Cina

 Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah
ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi
tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi 
turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang
dimakan bersama arak.       

 Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang
dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua,  malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
tahun baru bermula.

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina


 Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama
penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula
berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi
‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

 Chap Goh Mei

 Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia
adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.            

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga
disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini.
Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China
diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan
gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk
merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh
negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut
diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti
gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih
ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Dalam budaya Cina,  adat pemberian angpau dan majlis makan beramai-ramai  dikenali sebagai
yee sang.
Yee sang bermaksud majlis makan beramai-ramai untuk keuntungan di kalangan masyarakat
Cina yang menjadi tarikan utama sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap
diamalkan sehingga kini.

Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya
ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.

Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu
tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh
membuang segala keuntungan yang ada.

Loi Bee Theng, 23, berkata, sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut
kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan
kekayaan kepada mereka.

Katanya, mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan
pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang.

Masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang
digunakan pada hari sambutan pecah.

Oleh itu, mereka akan pastikan untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja rumah supaya
tiada petanda buruk boleh berlaku kepada keluarga mereka.

Malah, menurut gadis ini, acara makan beramai-ramai paling dinantikan ketika sambutan
berkenaan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang
dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.

Menurutnya, walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan
ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

"Kita perlu pulang ke kampung berjumpa sanak-saudara memandangkan sesetengah orang


mungkin hanya dapat berjumpa keluarga mereka setahun sekali.

"Ia adalah perkara wajib yang perlu dilakukan bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada
keluarga seluruhnya," katanya ketika ditemui di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, baru-
baru ini.

Sementara itu, Ong Huey Shyan, 23, berkata sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi
mengenakan pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.

"Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna
hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria,"
katanya.

Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan berkahwin mereka perlu
memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.

"Ia sememangnya dinanti-nantikan kerana pada ketika ini saya dapat mengumpulkan banyak
angpau daripada sanak-saudara.

"Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap
akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada
individu berkenaan," katanya.

Cindy Lee Ker Sin, 23, pula menjelaskan kewujudan pantang-larang adalah untuk membimbing
perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.

Mungkin ramai tidak mempercayainya kerana menganggap ia sesuatu yang tidak boleh diterima
pakai tetapi bagi mereka yang mengamalkannya, ia membantu dalam menjadikan kehidupan
lebih bermakna.

Baginya sendiri, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh
dipandang ringan kerana ia menjadikan siapa diri seseorang itu hari ini.

"Kita perlu memeliharanya supaya tidak terus tenggelam dalam arus kemodenan dunia tanpa
sempadan kini.

"Selain kita sebagai generasi muda, siapa lagi yang boleh membantu mengekalkannya untuk
tatapan dan pengetahuan generasi akan datang," katanya.

Bagaimanapun, berlainan pula dengan Kenneth Kang, 24, yang tidak lagi mengamalkan adat
tradisi ini selepas kematian neneknya.
Menurutnya, dia sekeluarga tidak begitu mengamalkan adat tradisi itu kerana kurang
mempercayainya namun ada sebahagian yang masih diamalkan.

"Kami masih mengamalkan acara makan beramai-ramai sebelum Tahun Baru Cina kerana pada
ketika itu, ia memberikan banyak kegembiraan dengan berkumpul semula bersama keluarga.

"Lebih-lebih lagi semua sanak-saudara berada jauh di perantauan dan ketika itulah kami dapat
bersemuka dan bergembira bersama," katanya.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/02/pantang-larang-tahun-baru-


cina.html#ixzz2tDl9yiGv

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/02/pantang-larang-tahun-baru-


cina.html#ixzz2tDl3xra4
Rahsia Yee Sang - makanan wajib Tahun Baru Cina

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka lebih
banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan
dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.

Dalam bahasa Cina, perkataan yee bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu
kekayaan berkekalan. Perkataan €˜sang€™ pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai
maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan yee sang ini melambangkan
simbol kemewahan dan panjang umur.

Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-
sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung
(pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup.
Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat.

Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan
manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan
untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu. Selepas sos
dituangkan, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang
.

Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee sang itu digaul
bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja
bulat.

Mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit perkataan ‘lou
hei’. Dalam konteks ini, perkataan ‘lou’ bermaksud menggaul manakala ‘hei’
pula ialah naik.

Semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal
dinikmati sepanjang tahun. Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut
percaya bahawa perkataan ‘lou hei’ dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan
lebih baik kepada seseorang.

Resepi Yee Sang

Bahan:

Sedikit timun, betik, seleri yang telah dijerukkan

Sedikit halia jeruk merah dan putih

Sedikit keladi rangup dan daun bawang

Rumpai laut merah dan putih


50 gram obor-obor

sedikit asam mandarin kering

sedikit daun sup, daun limau kasturi, lobak putih, lobak merah

50 gram tobiko

100 gram uni

Perasa:

150 ml sos pelam

30 ml cuka lemon

30 ml cuka buah

30 ml minyak zaitun

100 gram kacang

50 gram bijan goreng

100 gram kepingan badam

1/2 sudu teh serbuk lada putih

1/2 sudu teh serbuk rempah gabungan

2 peket keropok yee sang

Penyediaan:

1 Susun semua bahan dalam pinggan besar. Lobak putih dan merah yang diparut diletakkan di
bahagian tengah.

2 Perah jus lemon pada tobiko dan uni.

3 Gaulkan kesemua bahan segar dan perasa.

4 Sedia dihidangkan.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2014/01/rahsia-yee-sang-makanan-wajib-


tahun.html#ixzz2tDlSITnY

Anda mungkin juga menyukai