Anda di halaman 1dari 11

DI MALAYSIA

Masuk

PERAYAAN PERAYAAN

PERAYAAN
adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum . K ebiasaanya bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa . Ia juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia .
Papar Video Kembal i Seterusn ya

KONSEP RUMAH TERBUKA


Rumah terbuka atau open house sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali , Tahun Baru Cina , Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri . Istilah rumah terbuka telah menjadi amat sinonim alam kalangan pemimpin masyarakat , jabatan kerajaan dan swasta , individu , persatuan mahupun badan bukan kerajaan ( NGO ) . Ia tujuan untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia .
Papar Video Menu Utama Kembal i Seterusn ya

KONSEP RUMAH TERBUKA


Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita . Pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha menjalinkan perpaduan antara kaum akan menjadi realiti . Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum .

Menu Utama

Kembal i

Seterusn ya

Untuk keterangan mengenai Perayaan - Perayaan yang disambut oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum , klik butang di bawah :

HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN BARU CINA DEEPAVALI HARI NATAL / KRISMAS

Hari Raya Melayu dan penganut agama Islam . Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan . Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya . Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan . Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran . Umat Islam saling bermaaf - maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim . Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung .
Video Lagu Raya

HARI RAYA AIDIL merupakan perayaan masyarakat FITRI

TAHUN BARU CINA


disambut secara besar - besaran bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka . Terdapat 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu , harimau , arnab , naga , ular , kuda , kambing , monyet , ayam jantan , anjing dan babi . Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri . Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai - ramai untuk makan bersama bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga . Angpau membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan , ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang
Video Lagu Gong Xi Fa Cai

TAHUN BARU CINA


Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina . Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung , tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai - kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut . Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh .

DEEPAVALI
Dirayakan masyarakt Hindu pada bulan gelap bernama aippasi pada bulan Oktober dan November . Deepavali bermaksud sebarisan pelita mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan , kebaikan mengatasi kejahatan , keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan . Di pagi hari , masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi . Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil - kuil .

Lagu Hari Raya di sini

DEEPAVALI
Selepas bersembahyang , mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga . Kebiasannya , surirumah akan menyediakan kotak - kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara - mara mereka . Di kebanyakan rumah , rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna - warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah .

Lagu Hari Raya di sini

dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ . Dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni dan bungkusan - bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok . Kanak - kanak disuruh tidur kerana semasa mereka tidur , mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka . Sepertimana perayaan masyarakat lain , pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja - gereja untuk upacara sembahyang .
Video Lagu Krismas

HARI NATAL / KRISMAS

Anda mungkin juga menyukai