Anda di halaman 1dari 3

PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

Merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan


pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan menyediakan pembelajaran
secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti hands-On dan Minds. Konteks pula membawa
maksud keadaan, situasi dan kejadian. Pembelajaran adalah merupakan satu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk dan kompleks serta mengatasi kaedah-kaedah jenis latih tubi
dan rangsangan dan tindak balas. Maka itu konsep kontektual diberi penekanan sebagai
salah satu teknik pengajaran. Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya
mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal
dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan
dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Kesihatan
berkenaan tajuk Penyakit berjangkit mungkin mengetahui bagaimana penyakit itu merebak
dan bagaimana penyakit tersebut bertindak balas dengan persekitaran dan apakah langkah
pencegahan penyakit-penyakit tersebut. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang
mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara
bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.
Matlamat
Matlamat pengajaran dan pembelajaran ialah supaya guru memahami, menguasai dan
menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman
para guru adalah penting kerana guru mampu menyampaikan pembelajaran dengan
berkesan dan menepati konsep kontekstual. Kontekstual ialah suatu kaedah yang dibentuk
berasaskan maksud kontekstual itu sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran
isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam
kehidupan seharian mereka. Di sekolah pelajar tidak mampu membuat kaitan antara apa
yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Pelajar tidak
didedahkan kepentingan mempelajari sesuatu matapelajaran, mereka hanya diarahkan
untuk belajar kerana merupakan salah satu daripada matapelajaran peperiksaan. Keadaan
ini berlaku disebabkan oleh cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk
pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah
syarahan yang abstrak). Kaedah pengajaran lazim juga perlu difahami kerana konsep itu
akan memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh
kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara
lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di
luar bilik darjah.
Objektif

Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya


1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual
2. Menerangkan kepentingan dan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
3. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
4. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin
dan berkesan.
5. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.
Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi
sebenar. Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan pelajar untuk
membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian
mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
Teori Pembelajaran Kontekstual
Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda dan maklumat
disampaikan dalam pelbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada murid dan guru
mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran
yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku
apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka
sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari
maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa
seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan
lebih bermakna. Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspek-aspek yang
melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran, ia meliputi persekitaran dalam bilik darjah,
makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Melalui teori
ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang
menggabungkan atau memvariasikan pelbagai bentuk pengalaman yang boleh melibatkan
aspek-aspek sosial, fizikal, psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Ciri-ciri teori pembelajaran kontekstual ialah murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna iaitu di dalam rangka minda. Melalui

pengetahuan tersebut maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna
kepada murid. Peranan seorang guru ialah untuk mewujudkan kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perkaitan dengan
hubungan persekitaran, sekolah dan situasi pekerjaan adalah merupakan salah satu
pendekatan dari kontekstual.
Mengapa Pendekatan Kontekstual Perlu dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan kontekstul menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui seberapa
banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial,
fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui
persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak
dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi
melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Cara tradisional tidak
menggalakkan pembelajaran yang mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran
saintifik seperti mana yang dirasakan amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan
mereka menghayati pelajaran sebagai budaya kehidupan seharian. Cara penyampaian guru
menggunakan kaedah kontekstual secara langsung dan terus, sama ada secara sedar atau
tidak, mahu atau tidak mahu, akan membantu guru mengajar dan membantu pelajar
mempelajari setiap matapelajaran secara berkesan.

Anda mungkin juga menyukai