Anda di halaman 1dari 6

Bagaimana kurikulum

sejarah menanam
kesedaran
,toleransi,berkongsi
tanggungjawab terhadap
masa hadapan?

Pengertian sejarah
Pengertian umum:
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejarah bermaksud
asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar
berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan
tawarikh.
Pendidikan Sejarah ialah huraian yang sistematik daripada
segala sesuatu yang dikerjakan dalam lapangan pendidikan
pada waktu yang telah lampau
Pendidikan sejarah merupakan mengkaji yang meliputi sistem
pendidikan, persekolahan dan gagasan-gagasan masyarakat
tentang pendidikan, kearah keagamaan ilmu dan pengetahuan.

Kurikulum sejarah menanam kesedaran, toleransi,


berkongsi tanggungjawab di masa hadapan
kerana:

Sejarah dapat membina intelektual dalam kalangan


masyarakat.
Hal ini disebabkan sejarah dapat menyebabkan kita
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesebuah tamadun
ataupun peristiwa misalnya peristiwa 13 Mei 1969.
Pembinaan intelektual melalui sejarah dalam kalangan
masyarakat dapat mewujudkan masyarakat berfikir secara lebih
matang dalam menangani sesuatu masalah dan dapat
mengelakkan daripada berulangnya kembali peristiwa lalu.
Seterusnya melalui pendidikan sejarah kesedaran dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat dan ia mewujudkan
rakyat yang dapat berfikir secara positif.
Dalam pelan pembangunan wawasan 2020 yang masih
mengambil kira peri mustahaknya pembangunan yang
seimbang antara kaum dicapai.

Kurikulum Sejarah juga mengajar supaya tidak mengamalkan sikap


Ecthno Centric supaya keamanan semua pihak dan peristiwa pahit 13 Mei
tidak akan berulang kembali. Masyarakat akan saling bekerjasama dalam
membangunkan negara.
Melalui sejarah peristiwa hitam yang berlalu pada masa lalu masih diingati
hingga ke hari ini.Hal ini seterusnya menyebabkan sejarah sebagai sesuatu
medium yang terbaik untuk mewujudkan sesuatu bangsa yang kukuh.
Sekiranya kita tidak menjadikan sejarah sebagai landasan hidup maka kita
akan terumbang-ambing dalam dunia yang penuh rintangan ini.
Pembelajaran sejarah menyebabkan kita lebih arif dan bijaksana seperti
yang terungkap dalam buku history dan Historian yang dikarang oleh
Boardman iaitu Sejarah menjadikan manusia lebih arif.
Melalui sejarah segala kesilapan lalu dapat dielakkan agar peristiwa pahit
tidak berulang kembali dan mereka dapat bersikap bijak dalam mencari
penyelesaian mengenai peristiwa tersebut.

Cara kurikulum sejarah menanam kesedaran


,toleransi,berkongsi tanggungjawab terhadap masa
hadapan:
Menerapkan lebih banyak unsur patriotik dalam kurikulum
sejarah. Sebagai seorang guru, kita boleh mengadakan
lawatan ke muzium.
Menyambut hari kemerdekaan bersama murid-murid.
Mengadakan pertandingan melukis poster dan kuiz mengenai
Sejarah.
Menayangkan video klip yang berunsur sejarah.
Mengadakan gotong royong supaya sikap saling berkongsi
tanggungjawab dapat diwujudkan tanpa mengira kaum.

Kesimpulan:
Kurikulum sejarah amat penting dalam sejarah menanam
kesedaran ,toleransi,berkongsi tanggungjawab terhadap masa
hadapan.
Sejarah mengajar kita erti kehidupan dan menghargai warisan
bangsa.
Masyarakat yang buta sejarah ibarat masyarkat yang hidup tanpa
jiwa.
Hidup kita ini umpama roda kerana-kadang kadang kita di bawah
dan kadang kita di atas

Anda mungkin juga menyukai