Anda di halaman 1dari 4

2.0 Esei tentang perbezaan pendekatan pembelajaran secara kontekstual berbanding dengan berasaskan projek dalam KHSR.

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran yang telah diperkenalkan dalam Kurikulam Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada murid-murid tahap dua sekolah rendah. Mata pelajaran kemahiran hidup digubal untuk mengembangkan keupayaan pelajar dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bagi mengajar mata pelajaran ini guru perlu menggunakan beberapa jenis pendekatan untuk mencapaiobjektif pelajaran. Guru boleh menggunakan pendekatan kontektual dan pendekatan berasaskan projek. Pendekatan pembelajaran kontektual ialah keadah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan mind-on. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid asimilasi dan akomandasi pengetahuan dan kemahiran baru. Depdiknas (2002:5) menyatakan pembelajaran kontekstual (Contextual Teaching and Learning) sebagai konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara materi yang diajarkan dengan situasi dunia nyata siswa dan mendorong siswa membuat hubungan antara pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan mereka sehari-hari, dengan melibatkan tujuh komponen. Manakalah, pendekatan pembelajaran berasaskan projek ialah sesuatu aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Pendekatan ini melibatkan pelajar memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topic yang dikaji. Kedua-dua pendekatan ini sangat berkesan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Kedua-dua pendekatan ini terdapat berbezaan ketara dan guru perlu mengenal pasti berbezaan tersebut dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk pengajaran tertentu. Pendekatan kontekstual berasakan penimbaan ilmu melalui perkaitan pendidikan dengan persekitaran. Ini bermaksud murid akan lebih faham apabila pengajaran ini mengait dengan kehidupan murid dan murid akan mudah asimilasi dan akomondasi pengetahuan lama dengan pengetahuan baru. Conthonya, murid akan mudah belajar sikap hak pengguna apabila ia dikaitkan dengan kehidupan harian seperti menunjuk situasi-situasi yang bersesuaian dengan pelajaran. Pendekatan berasaskan projek berasakan cara menyelesaian masalah yang 6

dihadapi secara individu atau kumpulan. Pelajar akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin dihadapi dalam kehidupan harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui keadah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Conthonya, pelajar akan faham cara penghasilan litar apabila membuat projek berkaitan dengan elektrik. Perbezaan kedua yang terdapat diantara pendekatan ini ialah keberkesanan pendekatan. Pembelajaran kontekstual akan berkesan apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan dengan cara yang makna. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Guru perlu mengaitkan pembelajaran mereka dengan persekitaran iaitu dalam kehidupan seharian barulah pelajar dapat memproses maklumat dengan cara yang bermakna. Guru boleh memberi situasi-situasi berkaitan dengan topic yang diajar akan lebih fahamkan pelajaran. Manakalah pembelajaran pendekatan beasaskan projek hanya akan berkesan apabila murid menaruh minat dan sedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirangcang oleh guru. Di sini, guru perlu merancang aktiviti yang boleh mencungkil minat mereka dalam melaksanakan aktiviti. Kebanyakan aktiviti pendekatan ini perlu mengait dengan kerja amali, permainan dan kajian. Guru boleh menyuruh menyediakan tapah untuk penanaman sayur. Seterusnya, pendekatan kontekstual melibatkan pembelajaran secara abstrak dan konkrit. Pendekatan ini akan melibatkan aktiviti hand -on dan mind-on iaitu melibatkan aktiviti berkaitan dengan abstrak seperti membaca dan berbincang dan konkrit seperti mengendalikan kerja amali. Ini akan membantu pelajar mahir dalam sesuatu pelajaran dengan mendalam dan dapat mengaplikasikan pengajaran dalam kehidupan seharian. Conthonya, selepas mengajar cara membaiki pakaian guru boleh memberikan kerja amali iaitu menyuruh murid mambaiki pakaian yang rosak dengan sendiri. Hal ini akan membantu para murid asimilasikan pengetahuan lama dengan pengetahuan baru. Pendekatan berasaskan projek pula hanya melibatkan pembelajaran secara konkrit dimana murid akan terus mula melakukan menjahit tanpa membaca atau memperoleh pengetahuan tentang jahitan terlebih dahulu. Guru hanya akan menyediakan modal contoh. Ini akan menyusahkan murid dengan tidak tahu cara menjahit dengan betul dan kemas. Selain itu, pendekatan kontekstual akan mengambil jangka masa yang pendek untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Murid akan belajar secara berlisan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja amali. Semasa pembelajaran juga guru akan mengaitkan pelajaran dengan

kehidupan harian maka murid senang untuk mengingat dan boleh aplikasi dalam kerja amali dengan mudah dan boleh siap dalam jangka masa pendek. Contohnya, murid akan pelajar topic menurus barang terlebih dahulu sebelum membuat kerja amali. Maka pelajar akan tidak menyusah untuk mengurus dan boleh disiap pada jangka masa pendek. Pendekatan berasaskan projek pula hanya mengasaskan penyelesaian masalah dalam bentuk tugasan maka akan mengambil jangka masa yang panjang. Dalam pendekatan ini pelajar perlu lakukan tugasan dengan sendiri atau berkumpulan dan guru hanya bantu untuk melaksanakan tugasan. Contohnya,murid akan mengendalikan tanaman sayuran dengan sendiri dan guru hanya bantu pada masa perlu. Perbezaan seturusnya yang terdapat dalam kedua-dua pendekatan ialah unsur inovatif dan kreativiti murid. Dari segi pendekatan kontekstual pelajar hanya mempratikan apa yang diajar oleh guru. murid tidak akan cuba melakukan sedikit inovatif dalam kerjaan mereka. Mereka akan ikut apa yang guru ajar dan tidak akan buat selebih itu. Conthonya, dalam menghias akuarium murid hanya akan hias seperti mana guru ajar dan tidak memikir luar kota. Ini akan membuat pelajar tidak diketahu bakat sendiri. Manakalah pendekatan berasaskan projek pula membantu para murid mencungkil bakat mereka dengan menghasil projek secara kreatif dan inovatif. Guru hanya membimbing dalam proses projek dan menjalakan menghasil projek mengikut kreativiti murid. Sebagai contohnya, murid melakukan projek kayu dengan menggunakan kreativiti mereka masing-masing. Dengan ini guru boleh melihat hasilan yang berbeza mengikut kreativiti dan inovatif murid. Pendekatan kontekstual hanya membantu para murid memahami cara mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan. Murid tidak akan menghalami situasi sebenar dan tidak tahu cara menyelesaikan masalah dalam kehipudan sebenar. Murid akan mengikut ajaran guru apabila perlu menyelesaikan masalah dan akan kelang kabut apabila masalahnya luar dari ajaran guru dalam kelas. Contohnya, dalam unit merancang dan menyediakan jualan murid akan faham cara membuat rancangan dan sediaan menjual seperti mana guru mengajar. Kalau berlaku terbalik iaitu rancangan jualan guru tidak dapat dipraktikan murid tidak akan cuba menukar rancangan malah akan keliru dan putus asas dengan mudah. Manakalah, dalam pendekatan berasaskan projek pelajar akan menghalami setiap halangan dengan krativiti sendiri tanpa minta bantuan orang lain. Hal ini akan membantu murid menghadapi apa sahaja cabaran tanpa mudah putus asa dan berdikari. Contohnya, dalam unti mengurus jualan murid akan urus setiap jualan dengan sendiri atau berpasukan dan akan tahu cara menguruskan jualan dengan lebih lanjut apabila mereka menghalami sendiri lebih dari membaca secara teori. 8

Pelajar akan dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan dan akan berfikir cara berkesan untuk mengurus. Pengalaman ini akan membantu murid untuk menyara kehidupan dengan tabah dan gigih. Penilaian adalah satu aspek yang sangat penting dalam setiap pengajaran dan pembelajaran untuk melihat hasil objektif dicapai atau tidak. Dalam pendekatan kontekstual pentaksiran autentik digunakan untuk menilai pancapaian murid. Pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh murid-murid di dalam bilik darjah setiap hari. Guru boleh menilai prestasi murid dengan memberi kuiz, ujian, lembara kerja dan sebagainya. Contohnya, untuk menguji kefahaman murid dalam unit keselamatan dan organisasi bengkel guru boleh memberi ujian formatif dan menilai prestasi murid. Bagi pendekatan berasaskan projek, penilaian akan dibuat dari bermula projek atau tugasan hingga akhirnya. Guru akan mentaksir secara individu dan kumpulan mengikut krateria-kreteria. Di akhir projek guru akan menayak beberapa soalan untuk memastikan penglibatan murid terdapat dalam tugasan tersebut. Contohnya, guru akan mula menilai dari mulanya memberi tugasan penghasian projek elektrik sampai siap sempurna. Kesimpulanya, pendekatan kontekstual dan pendekatan pembelajaran berasaskan projek merupakan pendekatan yang sering diguna dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini, terutamanya bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pendekatan-pendekatan dihasilkan dengan tujuan untuk memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif pelajaran. Guru perlu mahir dalam memilih pendekatan yang betul mengikut pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai