Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH AJUK HAFAZ

Dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati.

Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci,murid akan membaca deskripsi,bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda pula.

Contoh diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian,murid terus mendengar lagi ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.

Guru harus menyediakan aktiviti bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan,karangan-karangan lisan,latihan cara menyebut sesuatu perkataan,menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya.

Anda mungkin juga menyukai