Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan
sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan yang nyata. (L.Martin, 1986). Selain itu, seni adalah komunikasi. (Hauser, 1959).
Ini telah menjelaskan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk
diketengahkan supaya maksud yang ingin disampaikan lebih menarik dan mudah difahami.
Maka lahirlah seni dalam pendidikan (SDP).

Seterusnya, SDP menumpukan kepada bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Kewujudan SDP adalah untuk menajamkan instuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi mereka. SDP menggalakkan penggunaan pancaindera untuk meningkatkan
kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Pendidikan ialah satu
proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-
kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk
melatih kecerdasan melalui seni. (Dewey, 1919).

2.0 PENGETAHUAN BAHARU YANG DIPEROLEH

Matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi,
bentuk, tekstura dan irama. (Russell, 1968). Jelasnya bahawa SDP memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan. Dengan ini, saya telah mendapati bahawa kit pembelajaran adalah
amat penting dalam proses PDP. Saya telah memilih surat khabar lama sebagai bahan utama
persembahan kit saya. Dari segi seni visual, saya telah meminta murid-murid untuk membuat
tengkolok serta memakainya manakala dari segi pergerakan pula, saya telah meminta murid-
murid untuk menyusun peristiwa-peristiwa mencapai kemerdekaan. Dari segi muzik pula,
saya telah meminta murid-murid menyanyikan lagu “Saya Anak Malaysia”.

Pertama sekali, saya telah menyediakan bilangan bentuk segi tiga dan garisan yang
panjang dan ia dipotong daripada surat khabar lama. Selain itu, saya juga menyediakan
beberapa kertas A4 yang dicetak dengan peristiwa-peristiwa mencapai kemerdekaan.

Cara penggunaan persembahan kit saya ialah meletakkan duit syiling di belakang surat
khabar berbentuk segi tiga dan mewarnainya di atas surat khabar supaya corak duit syling
dapat diwujudkan. Dalam sesi ini, kreativiti murid-murid dapat dikembangkan kerana mereka
akan menghasilkan bentuk yang berbagai-bagai dengan menggunakan pelbagai syiling.
Selepas itu, mereka akan melekatkan garisan panjang di belakang segi tiga tersebut serta
mengukurnya di kepala masing-masing sebelum melekatnya. Selepas itu, murid-murid akan

1
memakai tengkolok tersebut dan mengikut peristiwa-peristiwa tersebut melakukan
pergerakan Tunku Abdul Rahman semasa melaung “Merdeka!”. Melalui persembahan ini,
saya telah mempelajari bahawa kreativiti adalah sangat penting dalam proses PDP. Proses
PDP yang kurang kreativiti akan mengurangkan minat pembelajaran murid-murid.

3.0 KEKUATAN

Melalui persembahan ini, saya telah mendapat beberapa kekuatan dalam


persembahan saya. Pertama sekali, kekuatan yang terdapat dalam persembahan saya ialah
persembahan saya bersifat kreativiti. Saya telah meminta murid-murid menggunakan duit
syiling dan meletakkannya di belakang surat khabar yang bersegi tiga. Dalam ini, murid telah
menggunakan kreativiti mereka dengan menggunakan duit syiling untuk menghasilkan
pelbagai corak. Ini telah menunjukkan murid-murid telah menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan tengkolok yang istimewa. Ini juga selaras dengan konsep SDP yang
menggunakan pancaindera untuk meningkatkan kreativiti murid-murid.

Selain itu, kekuatan persembahan saya ialah memberikan arahan yang jelas semasa
persembahan. Ini adalah kerana arahan yang jelas merupakan asas kepada sesebuah bilik
darjah. Arahan yang tidak jelas akan menyebabkan proses PDP menjadi tidak lancar serta
mengelirukan murid-murid sehingga tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang sedang
dijalankan. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid hanya mengikut arahan guru
sebagai panduan kepada diri sendiri. Arahan yang tidak jelas akan mengakibatkan murid-
murid kehilangan panduan dan tidak dapat mencapai tahap efektif sesuatu PDP.

Kekuatan persembahan saya yang seterusnya ialah menggunakan lagu yang senang
dan mudah untuk murid-murid semasa menerapkan muzik dalam proses PDP. Muzik yang
saya digunakan bertajuk “Saya Anak Malaysia”. Lagu ini telah membawa semangat patriotik
kepada murid-murid. Lagu ini digubah berdasarkan melodi “kalau rasa gembira tepuk tangan”.
Melodi ini adalah amat diketahui dan dikenali oleh murid-murid kerana melodinya yang senang
diingati. Dari segi lirik pula, lirik telah menggunakan perkataan yang ringkas disamping
membawa tema tajuk persembahan saya iaitu “kemerdekaan”. Melalui kaedah ini, murid-
murid akan dapat diingati kemerdekaan negara dengan senang.

4.0 KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan juga didapati dalam persembahan saya. Pertamanya,


pengaturan susunan bilik darjah yang tidak strategik. Contohnya, penyusunan kedudukan
murid-murid yang tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. Ini telah
menyebabkan murid-murid tidak dapat menjalankan aktiviti berkumpulan dengan lancar.

2
Kedudukan yang tidak strategik juga akan menyebabkan ketidakselesaan murid-murid
semasa proses PDP.

Kelemahan yang kedua ialah pengaturan penggunaan ruang bilik darjah yang tidak
strategik. Kelemahan ini didapati oleh saya semasa murid-murid menjalankan aktiviti
menyusunkan langkah atau peristiwa mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Saya meminta
murid-murid mewujudkan kerjasama dalam aktiviti tersebut iaitu murid-murid berbincang
dalam kumpulan dan salah seorang melekat jawapan tersebut di atas lantai manakala salah
seorang mengukurkan jarak antara satu peristiwa dengan satu peristiwa. Namun begitu,
akibat pengaturan ruang bilik darjah yang tidak strategik, salah satu kumpulan murid
mengalami masalah tidak mencukupi ruang untuk melekat jawapan mereka di atas lantai.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah mengaturkan


kedudukan bilik darjah yang strategik iaitu kedudukan yang boleh menjalankan pelbagai
aktiviti tidak kira aktiviti berkumpulan atau aktiviti individu. Ini adalah kerana kedudukan bilik
darjah akan memberi kesan kepada PDP. Kedudukan yang tidak strategik akan menyebabkan
kesulitan kepada murid-murid semasa menjalankan aktiviti.

Seterusnya, penggunaan ruang bilik darjah dengan manfaat juga sangat penting dalam
PDP. Oleh itu, ruang kosong mesti digunakan dengan manfaat. Masalah ini dapat
diselesaikan dengan merancangkan susunan meja kerusi dan kemudahan-kemudahan asas
seperti almari. Dengan ini, ruang yang terdapat dalam bilik darjah dapat mempelbagaikan
aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bilik darjah.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan guru amat penting dalam sesebuah bilik darjah atau tidak proses
PDP tidak dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai tahap efektif. Selain itu, penyusunan
kedudukan bilik darjah juga penting dalam sesebuah bilik darjah. Perancangan bilik darjah
yang baik dapat menyebabkan proses PDP dijalankan dengan efektif.

3
RUJUKAN
Dewey, J. (1919). John Dewey's Logical Theory . Kessinger Publishing, LLC.

Hauser, A. (1959). The Philosophy of Art History. New York : Alfred A. Knopf.

L.Martin, D. (1986). Handbook for Creative Teaching. Rod & Staff Pub.

Russell, D. (1968). Invention and the Evolution of Ideas .

4
LAMPIRAN

5
GAMBAR 1.0 Menayangkan video sebagai set induksi

6
7
GAMBAR 2.0 Pelajar sedang menghasilkan tengkolok

8
GAMBAR 3.0 Murid sedang memakai tengkolok yang dihasilkan oleh pelajar

9
GAMBAR 4.0 Hasil buatan pelajar

GAMBAR 5.0 Persembahan kit

10

Anda mungkin juga menyukai