Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 2

KANDUNGAN

1. tugasan 1

 1.0 Pengenalan 3

 2.0 konsep budi bahasa 3,4

 2.1 kepentingan kepada masyarakat 4.5

 3.0 aspek kesantunan berbahasa 5

 4.0 bentuk dan jenis kesantunan 5,6

 5.0 kesimpulan 6,7

2.rujukan 8,9

3. Lampiran 10

1
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Mohd Shafiee kerana telah memberi
tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya melakukan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus.

Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang telah
memberi bantuan kepada saya semasa saya melaksanakan tugas ini.

2
3
KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

Kesantunan merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan kita.
Maka , apakah maksud kesantunan? Kesantunan merupakan perihal santun,
kesopanan, kehalusan baik dalam bahasa lisan ataupun tulisan. Pada pendapat saya,
kesantunan ialah satu perilaku yang ditetapkan dan dilakukan oleh masyarakat
sehingga kesantunan menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh itu,
kesantunan ini biasa tersebut sebagai “tatakrama” yang bermaksud etika yang telah
menjadi tuntunan masyarakat. Selain itu, Fraser dan dalam Gunarwan
mendefinisikan kesantunan sebagai properti yang berkaitan dengan ajaran dan di
dalam hal ini menurut pendapat si pendengar, si penutur tidak melampaui hak-haknya
atau tidak mengingkari memenuhi kewajipannya. Berdasarkan kajian tersebut,
kesantunan boleh dilihat daripada pelbagai segi. Yang pertama, sikap yang
mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari. Ketika orang
dikatakan santun maka seseorang itu telah menunjukkan nilai sopan santun atau nilai
etiket yang berlaku secara baik kepada masyarakat. Seterusnya, kesantunan sangat
kontekstual. Sebagai contoh, seseorang boleh menggunakan kata yang agak keras
dengan kawan karibnya tetapi hal itu tidak menunjukkan kesantunan kepada
seseorang yang baru dikenal. Selain itu, kesantunan melibatkan hubungan yang dua
kutub seperti antara murid dengan guru, antara anak dengan orang tua. Akhirnya,
kesantunan boleh ditunjukkan dalam cara berpakaian, cara berbuat dan cara bertutur.

2.0 Konsep budi bahasa

Apakah pengertian budi? Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu
Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia. Ia merujuk kepada tingkah
manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain. Dari segi
Islam pula, budi ialah adab,sopan santun yang menggambarkan seseorang yang
berakhlak dan beriman. Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu mendefinisikan budi
sebagai jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Jadi, apakah
maksud bahasa? Merujuk dalam Kamus Dewan, kita akan mendapat maksud bahasa
sebagai bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompak manusia, percakapan yang baik dan sopan santun. Seterusnya, Ferdinand
de Saussure mendefinisikan bahasa sebagai satu isyarat abstrak yang mempunyai

4
struktur tertentu untuk berinteraksi dalam masyarakat. Pada pandangan Raminah Hj
Sabran dan Rahim Syam pula, bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan,
pendapat ,fikiran dan sebagainya. Lutfi Abas telah menyatakan bahasa sebagai data
yang dianalisis dalam linguistik. Sekarang marilah kita tengok pengertian budi bahasa.
Budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang
individu atau masyarakat. Gelaran budiman diberi kepada orang yang berbudi bahasa.
Pada pengetahuan saya, DBP medefiniskan budi bahasa sebagai satu elemen yang
merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik,sopan, pemurah dan
sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Selain itu, agama juga mempunyai
definisi budi bahasa yang berbagai-bagai. Sebagai contoh,dari pandangan agama
Islam pula,budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia dan ia
juga merupakan cerminan budaya yang menunjukkan kebudayaan masyarakat.
Manakala dari segi agama Buddha pula, ajaran Konfusius menekankan konsep lima
hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan baik antara raja
dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan
dengan kawan. Ia telah menunjukkan kepentingan berbudi bahasa kerana sifat ini
mampu mencorakkan kehidupan manusia untuk hidup lebih hormoni dan positif.
Akhirnya, agama hindu berpendapat bahawa berbudi bahasa dalam sistem
kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat. Nilai dan
kepercayaan ini berteraskan kepada aspek ashrama dharma iaitu tahap yang harus
dilalui oleh manusia. Di samping itu, kita sering boleh melihat atau mendengar iklan
yang disiarkan di media massa yang berkaitan tentang contoh,kepentingan atau cara
mengamalkan budi bahasa. Jadi, apakah ciri-ciri budi bahasa? Pertama sekali,
seseorang yang berbudi bahasa akan bertimbang rasa kepada orang lain dengan
memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain.
Seterusnya, budiman akan bersikap bertoleransi dan bersikap sabar sentiasa serta
menerima dan menghormati pendapat orang lain. Bertolak ansur juga merupakan
salah satu ciri yang dirangkumi oleh budiman, mereka tidak hanya mementingkan
atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata. Akhirnya, yang paling penting
sekali, mereka akan bersikap bersopan-santun kepada orang lain. Kesimpulannya,
budi bahasa sangat penting bagi menjamin kehormonian bangsa yang pelbagai kaum
sehingga kerajaan mengadakan kempen Budi Bahasa Amalan Kita pada tahun 2005.

2.1 kepentingan kepada masyarakat

Merujuk kajian tadi, kita telah mengetahui konsep budi bahasa. Adakah budi
bahasa sangat penting kepada masyarakat ? Sekarang marilah kita mengkaji
kepentingan budi bahasa. Kepentingan budi bahasa yang pertama ialah budi bahasa

5
berupaya membentuk negara ini menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni.
Hal ini adalah kerana masyarakat yang berbudi bahasa tidak akan berbicara tentang
perkara yang berunsur sensitif. Lama-kelamaan, semua ahli masyarakat akan
menjadi lebih peka dengan kelebihan atau kekurangan pihak lain dan tidak akan
menggunakan bahasa yang kasar untuk menegur orang lain. Lantaran itu, semakin
banyak orang berbudi bahasa semakin amanlah negara kita. Selain itu, salah satu
kepentingan budi bahasa ialah dapat mewujudkan perpaduan di negara kita yang
berbilang etnik. Masyarakat yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi akan saling
menghormati dan menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, taraf
dan umur individu tersebut. Dengan ini, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana
yang harmoni dan ceria walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza daripada
aspek budaya, adat dan kepercayaan. Secara tidak langsung, pertelingkahan dan
perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969
dapat dielakkan. Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat.
Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat yang bertatasusila dan berbudi bahasa
akan mempamerkan nilai-nilai positif seperti memberi layanan yang sopan dan
bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini signifikan agar dapat
meninggalkan imej yang negatif terhadap negara kita dalam diri pelancong.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, ia telah menunjukkan kepentingan budi bahasa
kepada masyarakat.

3.0 Aspek kesantunan berbahasa

Dari aspek kesantunan berbahasa pula, cara sapaan lisan atau bertulis merupakan
aspek kesantunan berbahasa. Hal ini adalah kerana menurut bahasa Melayu dengan
sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
Seterusnya, dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem
sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan
penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa
mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi
perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa halus disamakan dengan pendidikan
yang penuh dengan adab tata tertib. Selain itu, kesantunan berbahasa juga dikaitkan
dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.
Sebagai contoh, patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih,
bercemar duli dan sebagainya.

4.0 Bentuk dan jenis kesantunan

6
Menurut Amat Juhari Moin, kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan. Bentuk dan jenis kesantunan terbahagi kepada empat iaitu kesantunan
verbal, kesantunan non verbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan. Pertama
sekali, kesantunan verbal yang bermaksud kesantunan berbahasa daripada segi
verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Hal ini dikatakan demikian
kerana dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait
rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan
yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk
menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang dan terdapat lima
jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di sekolah,
iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan. Antara ciri-ciri
kesantunan verbal ialah terima kasih, selamat pagi, jemput duduk, minta kerjasama
dan sebagainya. Manakala kesantunan non verbal pula, ia merupakan komunikasi
tanpa kata-kata yang dikenakan juga sebagai badan atau bahasa tubuh. Sebagai
contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.
Maka, apakah fungsi kesantunan non verbal? Ia berfungsi sebagai pengesahan
komunikasi verbal. Seterusnya, terdapat beberapa jenis kesantunan bukan verbal.
Misalnya, gerakan anggota badan. Gerakan anggota badan yang berlaku dalam
komunikasi nonverbal mempunyai makna tertentu serta menyampaikan mesej dalam
komunikasi yang dihasilkan. Gerakan mata juga merupakan kesantunan non verbal.
Sebagai contoh, mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
maksudnya ialah gerakan tangan. Gerakan anggota badan ini mempunyai erti
masing-masing dan menjadikan komunikasi non verbal. Di samping itu, kesantunan
lisan. Kesantunan lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal yang merupakan
komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.
Kebaikannya adalah mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia. Dari segi
bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah ciri-ciri sebutan
yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan,suara dan intonasi yang sopan dan
pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus. Dari segi bahasa tubuh badan,
aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah gaya percakapan yang
sopan, pandangan mata yang sesuai dan gerak laku yang bertatasusila. Akhir sekali,
kesantunan penulisan. Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses
komunikasi intrapersonal. Penyampai perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan
sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada

7
penyampai mesej. Contoh bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah surat rasmi,
laporan, kertas kerja, ucapan rasmi, pidato dan minit mesyuarat.

5.0 kesimpulan

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara komunikasi sama ada dari segi
verbal atau non verbal. Ketika berkomunikasi, kita perlu mengambil kira norma-norma
budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Cara
berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat
setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan haruslah sesuai dengan situasi
ketika berkomunikasi. Sekiranya seseorang itu tidak dapat menggunakan kesantunan
berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong
atau angkuh,bahkan tidak berbudaya.

8
RUJUKAN

Abdul Chaer. (2010). kesantunan berbahasa. Petaling Jaya. Rineka Cipta.

Catcat 85. (2011). definisi budi bahasa. Retrieved 28 ogos 2017 from
https://www.scribd.com/doc/58310054/Definisi-Budi-Bahasa

Colin. (2012). kesantunan verbal. Retrieved 28 ogos 2017 from


https://www.scribd.com/document/84776296/Kesantunan-Verbal

Dr. Nazariyah Sani & Husin Fateh Din. (2015). Kesantunan masyarakat
Malaysia.Petaling Jaya. Sasbadi Sdn.Bhd.

Jh Tan.(2017). kesantunan. Retrieved 28 ogos 2017 from


https://www.scribd.com/document/354469842/kesantunan

Jieyi chan. (2015). pengertian budi, bahasa dan budi bahasa. Retrieved 28 ogos 2017
from
https://pt.slideshare.net/jieyichan5/tutorial-1-pengertian-budi-bahasa-dan-budi-bahas
a

9
Kamektok2011. (2013). minggu 1 kesantunan masyarakat Malaysia. Retrieved 28
ogos 2017 from https://www.slideshare.net/kamektok2011/minggu-1-24827138

Nurul Syazwani & Fathin Nabilah.(2015). konsep budi bahasa dalam masyarakat
Malaysia. Retrieved 30 ogos 2017 from
https://www.slideshare.net/microwong/konsep-budi-bahasa-dalam-masyarakat-malay
sia

Plokmi.(2012). kesantunan berbahasa. Retrieved 29 ogos 2017 from


https://www.scribd.com/doc/84303634/kesantunan-bahasa

Siti Azura Azis. (2011). kesantunan berbahasa. Retrieved 29 ogos 2017 from
https://www.slideshare.net/sitizura77/kesantunan-berbahasa

Suliani Danny. (2011). kesantunan bahasa. Retrieved 28 ogos 2017 from


https://www.scribd.com/doc/54740696/KESANTUNAN-BAHASA

10
LAMPIRAN
Aspek Kesantu nan Berba hasa
1.
C ara sapaan lisan/ bertul is m enurut bahasa Mela yu de nga n sopan sant un su paya t idak dia nggap seb agai b iadab ata u ti dak berb udi bahasa.
2.
Kehalusan bu di ba hasa dalam m em akai a tau m eng guna kan bahasa a tau keso pan an ke tika m eng gun akan bahasa.
3.
Dalam kesant una n berba hasa, ba hasa Melayu m em pu nyai sistem sapa an d an p anggi lan ya ng tersen diri.
4.
Sistem sapaan dan pang gila n ini m el ibat kan pengga bu ngan ge laran, r uj uka n horm at dan ga nt i nam a.
5.
Kesantu nan ber bahasa m em pu nyai ciri- ciri yang terten tu. Pen ggu naan k osa kata dan gan ti nam a diberi per hatia n k husus agar sesuai denga n ke dud ukan , pa ngkat , um ur, da n keakra ban hub unga n.
6.
Bahasa halus m eng iku t Asm ah Haji Om ar ``disam akan denga n pe ndi dika n yang pen uh denga n ada b ta ta tert ib.''
7.
Kesantu nan ber bahasa j uga d ikait kan denga n pe nggu naan bahasa halus, term asuk di dalam nya ialah laras bahasa is tana . Antara ungka pan berkenaa n iala h pa tik, tua nku, berangk at, bersiram , bersem ayam , jun ju ng ka
Aspek Kesantu nan Berba hasa
1.
C ara sapaan lisan/ bertul is m enurut bahasa Mela yu de nga n sopan sant un su paya t idak dia nggap seb agai b iadab ata u ti dak berb u
2.
Kehalusan bu di ba hasa dalam m em akai a tau m eng guna kan bahasa a tau keso pan an ke tika m eng gun akan bahasa.
3.
Dalam kesant una n berba hasa, ba hasa Melayu m em pu nyai sistem sapa an d an p anggi lan ya ng tersen diri.
4.
Sistem sapaan dan pang gila n ini m el ibat kan pengga bu ngan ge laran, ruj uka n horm at dan ga nt i nam a.
5.
Kesantu nan ber bahasa m em pu nyai ciri- ciri yang terten tu. Pen ggu naan k osa kata dan gan ti nam a diberi per hatia n k husus agar sesuai denga n ke dud ukan , pa ngkat , um ur, da n keakra ban hub unga n.
6.
Bahasa halus m eng iku t Asm ah Haji Om ar ``disam akan denga n pe ndi dika n yang pen uh denga n ada b ta ta tert ib.''
7.
Kesantu nan ber bahasa j uga d ikait kan denga n pe nggu naan bahasa halus, term asuk di dalam nya ialah laras bahasa is tana . Antara ungka pan berkenaa n iala h pa tik, tua nku, berangk at, bersiram , bersem ayam , jun ju ng kasih , bercem ar

11

Anda mungkin juga menyukai