Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN LARI

BERPAGAR

Tarikh : 13 Oktober 2012 Bil. Pelajaran : 1

Tingkatan : 4B Bil. Pelajar : 21 orang

Hari : Isnin Jantina : Lelaki

Minggu : 38

Masa : 8.15 a.m – 8.55 a.m

Tunjang pembelajaran : 2 (Kemahiran)

Tajuk pembelajaran : Olahraga (Balapan)

Fokus pembelajaran : Ansur maju lari berpagar

Pengetahuan awal murid:


1. Murid telah memperoleh maklumat tentang acara lari
berpagar melalui buku teks.
2. Murid pernah menyaksikan acara lari berpagar dalam
sukan tahunan sekolah.

Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;-

Psikomotor : 1. Melakukan ansur maju lari berpagar 2 kali daripada 3 kali


percubaan pada jarak 50 meter.
2. Melakukan kemahiran mengambil langkah di garisan permulaan
sebanyak 2 kali daripada 3 kali percubaan

Kognitif : 1. Menyatakan secara lisan mengenai acara-acara yang


dipertandingkan dalam acara lari berpagar
2. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 otot yang terlibat dalam acara
lari berpagar

Afektif : 1. Melakukan aktiviti yang dirancangkan dengan bersungguh-


sungguh
2. Memberi kerjasama dalam aktiviti berkumpulan

Persediaan murid : Berpakaian sukan, kasut sukan

Persediaan guru : Kon, pita ukur, wisel, kayu, blok permulaan, pagar, bahan edaran
Bahagian Aktiviti Isi Pembelajaran Pengelolaan Catatan

Set Induksi Berlari Acara lari berpagar merupakan


(5 minit) melepasi acara lari pecut tetapi menggunakan
halangan dan pagar sebagai halangan. Atlet
menyusun seharusnya memiliki kepantasan
puzzle berlari disertai dengan kebolehan
melepasi pagar-pagar dengan lancar
dan berkesan dalam masa yang
paling minimum di udara.
Kelancaran pergerakan ini disebut
sebagai ritma. Atlet perlu
mempunyai fleksibiliti yang tinggi
supaya dapat mengkoordinasikan
pergerakan tangan dan kaki agar
dapat menghasilkan larian yang
lancar.

Kategori acara lari perpagar:


1. 110 meter lari berpagar (L)
2. 100 meter lari berpagar (P)
3. 400 meter lari berpagar (L)
4. 400 meter lari berpagar (P)

Perkembangan Pemanasan
(20 minit) badan

Regangan 1. Berlari kon ke kon


kepala, tangan, 2. Regangan di bahagian leher
pinggang dan kanan dan kiri, atas dan bawah
kaki 3. Tangan bersilang ke kanan dan
ke kiri
4. Pinggang statik, upper body ke
kanan dan ke kiri, ke hadapan
dan ke belakang
5. Mengangkat lutut ke dada kanan
dan kiri, lunges

Murid
membentuk Murid dikehendaki membentuk
kumpulan kumpulan seramai 5 atau 6 orang
satu kumpulan.
Ansur maju:

1. Fasa
permulaan Fasa permulaan
Teknik permulaan acara lari
berpagar adalah sama dengan acara
lari pecut. Gunakan gaya dekam di
blok permulaan. Letakkan kaki
lonjakan di belakang blok
permulaan untuk mendapatkan
lapan langkah sebelum melepasi
pagar atau letakkan kaki lonjakan di
hadapan blok permulaan untuk
mendapatkan tujuh langkah sahaja.
Lari dengan larian yang konsisten
dari permulaan hingga dua langkah
terakhir. Pendekkan langkah
terakhir supaya pusat graviti berada
di hadapan daripada kaki yang
melangkah pagar.
2. Berlari
melepasi 1. Lari seperti biasa 10 hingga 12
halangan meter dengan langkah yang
kayu panjang. Lari semula ke etmpat
permulaan. Lakukan berulang
kali hingga biasa.
2. Berlari dan melangkah batang
kayu yang disusun dalam jarak
tertentu untuk mendapatkan
langkahan yang tetap.
3. Berlari dan
melangkah 1. Berlari dan melangkah batang
kayu yang rotan yang ditinggikan secara
ditinggikan. beransur-ansur. Latihan ini
untuk mendapatkan ritma dan
ulangan langkahan yang
seragam ketika berlari melepasi
halangan.
4. Berlari
kearah 1. Berjalan ke arah pagar dan
pagar dan melangkah pantas di tepi pagar
melangkah dengan kaki hadapan
tepi pagar diluruskan. Sebaik sahaja kaki
hadapan mencecah tanah,
bengkokkan kaki belakang
melepasi pagar. Rapatkan tumit
ke punggung. Mulakan dengan
berjalan dan kemudian diikuti
dengan berlari.
5. Berlari
melepasi 1. Berlari melepasi pagar yang
pagar yang rendah. Jika tiada pagar,
rendah gunakan kayu yang tersusun.
Lakuan ini memberi fokus
kepada teknik pergerakan kaki
belakang semasa lompatan dan
melepasi pagar.
Kemuncak Permainan Murid akan bertanding lari berpagar
(10 minit) kecil dalam kumpulan masing-masing
pada jarak 50 meter secara bergilir-
gilir menggunakan ansur maju yang
telah dipelajari.

Penyejukkan Murid dikehendaki melakukan


badan penyejukkan badan.
Melakukan regangan kaki,
pinggang, tangan dan kepala.

Penutup Soal jawab Murid bersoal jawab dengan guru


(5 minit) berkaitan tajuk pembelajaran pada
hari ini.

Penialaian kendiri

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Penilaian penyelia

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai